Showing posts with label DUN Tupong. Show all posts
Showing posts with label DUN Tupong. Show all posts

Thursday, 24 November 2016

Jangan Biar Pembangkang Terus Membuat Persepsi Jahat - Fazzrudin


Kita tidak boleh membiarkan pembangkang terus menerus memainkan persepsi memberi gambaran negatif kepada kerajaan sebaiknya, kita terangkan isu tersebut dengan jelas kepada rakyat agar mereka mengetahui perkara yang sebenarnya.

ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, kita tidak mahu ianya menjadi isu 1MDB dimana biarpun ianya tidak bermasalah namun permainan persepsi jahat pembangkang yang terus menerus tanpa penjelasan segera telah memberi 1MDB imej yang buruk.

Ujar beliau lagi, perhimpunan kecil yang diadakan oleh pihak pembangkang semalam berniat memburukkan dan mencerminkan bahawa kerajaan tidak transparent dan corrupt di mata rakyat.


"Perhimpunan kecil dengan placard menuntut penjelasan berkenaan MRP seolah-olah kerajaan tidak mahu respond terhadap usul ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen."

Fazzrudin berkata demikian ketika ditemui UnReportedNews™® di lobi DUN Sarawak selepas sesi Perbahasan Bajet 2017nya pada Persidangan DUN Sarawak pagi tadi.

"ADUN Kota Sentosa, telah membuat pertuduhan yang berat tanpa asas terhadap kerajaan dan jika beliau ikhlas, beliau boleh menarik balik pertuduhan tersebut terhadap kerajaan dan meneruskan usulnya untuk memohon penjelasan berkenaan peruntukan MRP berkenaan."

Fazzrudin menambah, beliau (Chong) juga boleh menghantar soalan kepada YAB Ketua Menteri kita atau Menteri Kewangan untuk mohon penjelasan tetapi oleh kerana niat dan hasrat hanyalah untuk score political point and spin segala isu untuk memburukkan kerajaan, maka beliau tidak mahu menarik balik point-point pertuduhan tersebut, agar usul beliau ditolak dan beliau di gantung dari Dewan. 

Secara sarkastik Fazzrudin berkata, ini adalah supaya beliau seolah-olah berjuang sehingga digantung dari dewan dan rugilah pengundi-pengundi yang mengharapkan wakil rakyat untuk mewakili mereka dalam dewan. 

"Budaya sebegini amat tidak sihat sekali dan jika diamalkan, ia akan menganggu focus kita bersama, agenda kita bersama, iaitu untuk mendapatkan hak negeri kita semula, tidak akan tercapai," katanya lagi. -UnReportedNews™®

Thursday, 20 March 2014

AZIZ TANGGANG FITNAH TBS LAGI!

-AZIZ NI MEMANG TAKDE KERJA KE? BANGUN TIDUR TERUS BERFIKIR NAK BUAT FITNAH? HAI, NGAPE KO NI DITAKDIRKAN DIJADIKAN MANUSIA, ALANGKAH BAIKNYA KALO KO JADI.. KEKEKE!!!-

Status terkini akaun FB Penyelaras Pusat DAP Tupong Abdul Aziz Isa a.k.a Aziz Tanggang memang berbaur fitnah semata-mata.

Apakah Aziz tak tahu prosedur TBS di mana semua staf TBS diwajibkan hadir sebelum 8.00am di Dewan Saidina Umar Al-Khattab tingkat tiga bangunan itu untuk mengaji Al Quran dan tazkirah setiap pagi?

Hanya beberapa orang staf TBS yang akan di tugaskan di Kaunter di Headquarters atau Unit Agihan di waktu itu.

Staf TBS tahu amanah dan tanggungjawab mereka, jadi jangan Aziz nak pandai-pandai nak mengfitnah. Ko dah abis modal kah Jis?

Ko tahu kan megfitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Ko tahukan fitnah termasuk dalam dosa yang tak di ampun Allah selagi orang yang ko itu tidak memaafkan ko.

So, baiklah dari sekarang ko pergi TBS dan memohon maaf dari seluruh staf TBS..jangan lupa cium tangan mereka jugak! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Monday, 20 January 2014

CERAMAH AZIZ DAP DIHADIRI 30 ORANG?

-PETANDA YANG KURANG BAIK BUAT BAKAL CALON TUPONG DAP ABDUL AZIZ ISA A.K.A "AJIS TANGGANG" APABILA CERAMAHNYA HANYA DIHADIRI OLEH KURANG DARI 30 ORANG! JENAKA LAH KO TOK JIS! KEKEKE!!!-


Mana ratusan penyokong-penyokong DAP baru sepertimana yang didakwa oleh Aziz di dalam status Facebook saban hari yang "berebut-rebut" mendaftar diri mereka menjadi ahli DAP Tupong? Kau tipu ya Jis? Kau syok sendiri ya Jis?

Sedangkan Matang itu adalah kawasan dimana letaknya Pusat Khidmat DAP Tupong yang diselaras oleh Ajis sendiri. 

Memalukan betul aksi si Ajis yang "menumpang" pada Ceramah PAS berceramah dihadapan kurang dari 30 hadirin (campur dengan ahli-ahli sukarelawan pembangkang sendiri) di Matang, Petra Jaya semalam.

Rupanya kau tak sepopular yang kau sangkakan ya Ajis? Betul-betul menghabiskan beras dan tak balik modal belanja untuk promosi, persiapan ceramah tu kan? 


Masyarakat Tupong, khususnya kaum Melayu dan Bumiputera tahu akan "bahaya"nya menyokong DAP dan Ajis kini semestinya sudah mula menyedari untuk menawan Tupong tidaklah semudah mana yang telah beliau gambarkan! Wassallam.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 17 December 2013

PKR & DAP TAK SEBULU DI SARAWAK?

-HAMPEH BUDAK AJIS TU, AKU HARAP BAHA (BAHARUDDIN MOHSEN-PEMIMPIN MELAYU PKR SARAWAK) AKAN MENGAMBIL TINDAKAN WAJAR AKAN  "KEKURANGAN HAJAR" DAP MEMBUKA CAWANGAN DI TUPONG, SIMUNJAN & BETONG TANPA PERSETUJUAN PKR SARAWAK! INI DAH KIRA KES MASUK RUMAH ORANG TAK BAGI SALAM LER! KEKEKE!!!-

Siang tadi aku minum dengan seorang rakan lama yang aku kenali dari kecil lagi. Orangnya baik namun sayang, pemahaman politiknya dengan aku jauh agak berbeza. Beliau adalah salah seorang "orang kuat" PKR Sarawak.

Bila di "provoke" mengenai insiden DAP "masuk ke rumah" PKR (Tupong) dimana Pusat Khidmat DAP Tupong dibawah penyelarasan Abdul Aziz Isa , rakan aku mengerutkan dahi sambil bertanya, "Siapa budak Aziz ni? Memandai-mandai nak masuk "area" PKR?".

Rakan aku juga mendedahkan, setahu beliau, DAP Sarawak langsung tidak pernah berbincang apatah lagi meminta "kebenaran" dari pihak PKR Sarawak untuk menubuhkan Pusat Khidmat DAP di "kawasan-kawasan PKR".

Bagaikan kecewa dengan sikap berdiam diri pemimpin-pemimpin Melayu PKR Sarawak, rakan aku, yang beranggapan Baharuddin Mohsen, sebagai pemimpin Melayu PKR Sarawak yang veteran seharusnya menyatakan pendiriannya dalam perkara ini.

"Saya berserta ramai lagi rakan-rakan Melayu PKR yang lain begitu kecewa dengan perkembangan ini dan sekiranya ada peluang, saya sendiri akan bertanya dengan Baha (Baharuddin Mohsen) secara terus terang. Janganlah PKR Melayu di injak-injak sebegitu rupa oleh DAP!," luahnya lagi.

Tersenyum aku mendengar luahannya, Alhamdullillah ramai juga rakan-rakan seAgama dan seBangsaku dalam PKR berfikiran demikian.

Aku rasa tidaklah begitu keterlaluan bagi aku mentafsirkan tindakan DAP masuk ke kawasan Melayu/Islam bagaikan "menjual daging khinzir" dengan mempergunakan seorang "peniaga Melayu". Tak gitu? Kekeke!!! Wasallam.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 13 November 2013

MAKHLUK DAP YANG KURANG HAJAR-SI TANGGANG SARAWAK

-INGAT SIKIT KAWAN, KITA ORANG MELAYU NI HIDUP BERADAT! SIAPA AWAK NAK BERDEBAT DENGAN MENTERI MUDA! SIAPA AWAK MEMPERTIKAI PERLANTIKAN MUFTI SARAWAK! POYO BETUL! KEKEKE!!!-


Budak hingusan DAP yang baru saja graduate dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) minggu lepas dalam akaun Facebook nya membuat cabaran terbuka untuk Menteri Muda (Hal Ehwal Islam) Negeri Sarawak Datuk Haji Daud Abdul Rahman unruk berdebat mengenai Tabung Baitulmal Sarawak.

Siapa Aziz, yang telah "dinobatkan" sebagai penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong yang juga merupakan pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen hendak membuat cabaran sebegitu?

Bagi masyarakat Melayu Sarawak, Aziz ni bagaikan si "Tanggang Sarawak" yang begitu cenderung dan bakal mengkhianati bangsa Melayunya dan lebih sadis lagi, agama Islamnya sendiri, khususnya di Sarawak mengikut apa saja telunjuk DAP.

Jenuh kepenatan dah jejari admin UnReportedNews™® membuat artikel-artikel berkaitan "keterlampauan" makhluk yang bernama Aziz ini!


Sebelum ini, Aziz juga telah memberi gambaran yang perlantikan  Mufti Sarawak Sahibul Samahah Datuk Kipli Yassin adalah kerana fakta beliau adalah seorang Melanau.

Apa salah Datuk Mufti Sarawak adalah dari kalangan orang Melanau? Mengapa senteng sangat daya pemikiran Aziz yang bagaikan memandang rendah dengan kewibawaan Datuk Mufti Sarawak.

Adoi Aziz, janganlah kau terlalu kufur dengan alam duniawi yang didendangkan oleh DAP sehinggakan kau sanggup memperlekehkan mereka-mereka yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin masyarakat Islam di negeri ini.

Tolong buka minda kau yang setahun jagung itu yang mungkin telah di"kafir"kan secara sengaja atau tidak oleh pengajaran yang kau dapati dari DAP yang kreteria perlantikan Datuk Mufti itu bukanlah kerana beliau adalah dari bangsa Melanau!

Adakah kau terlalu bangsat sehinggakan kau ter"overlook" yang pemilihan mufti ini amatlah rapi dan dihalusi dan sepengetahuan admin UnReportedNews™®  Datuk Mufti sebelum ini pernah berkhidmat di Jabatan Agama sebelum dilantik sebagai Mufti sebab ilmu agamanya melebihi daripada calon-calon yang lain. 

Awak seorang graduan, jangan derhaka macam si Tanggang, susunlah kata-kata menggunakan fikiran dan bercakap dengan mulut, jangan mengikut berkata gerakhati dipengaruhi oleh politik dan bercakap dengan lubang bontot!

-UnReportedNews™®

Sunday, 29 September 2013

RAMAI JUGA YANG "TERTIPU" SERTAI DEMO 20 SEN?!

-JUMLAH PESERTA YANG SERAMAI TIDAK LEBIH DARI 40 ORANG YANG BERDEMO ATAUPUN DENGAN LEBIH TEPAT LAGI, "AKTIVITI JALAN-JALAN CARI MAKAN" YANG TURUT DISERTAI OLEH PENYELARAS PUSAT KHIDMAT DAP TUPONG AZIZ ISA NYATA MENDAPAT SAMBUTAN HAMPEH! IRONINYA, BOSS AZIZ, CHONG CHENG JEN TIDAK PULA MENYERTAI MEREKA BERJALAN KAKI SEBALIKNYA MENAIKI KERETA MEWAHNYA SEBAIK SAHAJA DEMO ITU BERMULA! KEKEKE!!!-

Fuh, "meriah" sungguh program "demo 20-sen" anjuran bersama beberapa NGO tempatan sebagai tanda protes terhadap dakwaan "kenaikan harga petrol" baru-baru ini di Bandaraya Kuching tengahari semalam.

Biarpun mendapat respon hambar dari peserta-peserta yang jumlahnya tidak sampai 40 orang itu, penganjur, yang pasti tidak mahu air-mukanya jatuh jika demo tersebut dibatalkan berkeras meneruskan demo.

Kehadiran kelibat Ahli Parlimen Bandar Kuching dan juga ADUN Kota Sentosa (DAP) Chong Chieng Jen serta pembantunya Abdul Aziz Isa yang tiba berdekatan sebuah komplex membeli-belah di Jalan Haji Taha pada jam 1 tengahari semalam pada mula bagaikan memberi semangat kepada peserta-peserta demo itu.

Namun, keadaan bertambah sadis juga apabila Chong dilihat menaiki sebuah kenderaan meninggalkan tempat tersebut setelah ditemubual oleh seorang wartawan sebaik sahaja peserta ingin memulakan acara berjalan kaki mereka.

Mungkin itulah sebabnya Aziz yang telah dilantik sebagai penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong baru-baru ini kelihatan tersengih-sengih seorang diri sepanjang perjalanan mereka yang melewati sejauh hampir tiga kilometer sebelum menamatkannya di Padang Merdeka.




Ramai yang tertanya-tanya, apakah sebenarnya mesej ingin mereka sampaikan dengan mengadakan aktiviti sedemikian? Selain dari bersenam serta membakar beberapa ratus kalori setelah berjalan  kaki beramai-ramai sebegitu sambil menyalahkan kerajaan sebagai dalang "menaikkan" harga petrol, apa lagi yang keuntungan yang mereka dapat?

Tindakan pendemo-pendemo tersebut, yang rata-ratanya orang muda-muda belaka termasuk panganjur, Chong dan Aziz nyata mereka "tidak memahami sepenuhnya" apa sebenarnya yang berlaku, khususnya berkaitan dengan harga minyak petrol yang mereka dakwa telah "dinaikkan" oleh kerajaan.

Istilah "kenaikan harga petrol" dalam perkara ini sebenarnya tidak begitu tepat kerana kerajaan sebaliknya telah "mengurangkan" subsidi petrol sebanyak 20 sen dari jumlah 83 sen sebelum ini dan dua perkara ini walaupun nampak sama tapi sesungguhnya ianya amat berbeza kerana ianya bergantung kepada niat seseorang itu, sama ada ingin menimbulkan rasa amarah orang lain atau mengambil perkara ini secara positif.

Telah berkali-kali kerajaan menjelaskan pengurangan subsidi petrol tidak dapat dielakkan dek kemerunduman ekonomi dunia yang menjejaskan semua negara namun nampaknya masih ada pihak yang tidak dapat menerima penjelasan ini ataupun tidak kurang juga yang sengaja buat-buat tidak paham!

Admin UnReportedNews™® pula menganggap demo tersebut mungkin sebenarnya lebih kepada "memperkenalkan" Abdul Aziz Isa, yang ditelah mula dicanangkan bakal menjadi calon DAP di DUN Tupong dalam pilihanraya yang diadakan kurang dua tahun lagi.

Aziz yang sebelum ini tidak dikenali langsung tiba-tiba mencanak naik namanya setelah perlantikannya dan dimata beberapa rakan pemerhati politik menjangka beliau bakal menjadi "senjata rahsia" DAP untuk menembusi kawasan majoriti Melayu (Tupong) serta dilihat berpotensi tinggi serta mempunyai kelainan dari mana-mana "produk DAP" sebelum ini.

Namun begitu, tindakan anak muda graduan berlulusan sains-politik untuk ikut berdemo semalam secara automatik bagai telah mengepamkan ekspektasi-ekspektasi tinggi terhadapnya ke dalam lubang tandas serta beliau sebenarnya, takler seterrer mana yang dijangka tapi hanya sekadar "cukup syarat" untuk menjadi pembangkang.

-UnReportedNews™®

Thursday, 26 September 2013

GAGAL KAWAL PKR & PAS SARAWAK, DAP BUKA CAWANGAN DI KAWASAN MELAYU?

-TAKTIK "DEVIDE & CONQUER" YANG DIPERGUNAKAN DAP AMAT MUDAH DIBACA! TANGGAPAN MEREKA, DENGAN MELETAKKAN SEORANG CALON MELAYU DI KAWASAN TUPONG & MENIMBULKAN ISU-ISU YANG MERAGUKAN, MASYARAKAT MELAYU AKAN "BERALIH-ARAH" TAPI MEREKA SILAP PENGIRAAN KERANA PENDUDUK DI TUPONG PASTINYA AKAN TERUS SETIA KEPADA PBB/BN  YANG SELAMA INI TELAH BANYAK BERBAKTI MEMBAWA PELBAGAI PEMBANGUNAN DI SANA! KEKEKE!!!-

Mungkin ramai, terutamanya masyarakat di kawasan Tupong yang majoritinya terdiri dari kaum Melayu, baik yang menyokong Barisan Nasional mahunpun Pakatan Rakyat mempersoalkan atau tertanya-tanya mengapa pula Pusat Khidmat DAP, sebuah parti politik berteraskan kaum Cina dibuka di kawasan tersebut.

Terkini, sumber dalaman dari barisan pembangkang mendedahkan kepada UnReportedNews™®   penubuhan Pusat Khidmat DAP Tupong disebabkan kegagalan DAP Sarawak "mengawal" PKR dan PAS Sarawak, baik dari peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat pemimpin tertinggi kedua-dua parti tersebut.

Apabila ditanya apa yang dimaksudkannya, "kegagalan DAP mengawal PKR & PAS", sumber tersebut menyatakan terdapat beberapa perancangan dasar dan isu yang telah dicadangkan DAP untuk digunapakai sebagai bahan kempen dalam pilihanraya negeri yang akan datang tidak begitu dipersetujui oleh kedua parti pembangkang rakan DAP.

Kebetulan, baru-baru ini, DAP menerusi "wakil Melayu/Islam" mereka iaitu saudara Abdul Aziz Isa iaitu penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong dan juga pembantu Pengerusi DAP Sarawak telah dilihat begitu galak menyerang Tabung Baitulmal Sarawak berkaitan yang kononnya "dana zakat Tabung Baitulmal Sarawak telah disalahgunakan".

Alhamdullillah, Tabung Baitulmal Sarawak, Majlis Islam Sarawak dan Pejabat Mufti Sarawak telah tampil secara sukarela menafikan dakwaan-dakwaan yang telah di laporkan oleh portal yang dipercayai ada hubungkait dengan pembangkang susulan dari dakwaan-dakwaan saudara Aziz tersebut. (Klik sini

Maka timbul beberapa persoalan bermain di minda UnReportedNews™®:
1) Apakah ini (serangan terhadap Tabung Baitulmal Sarawak, sebuah Institusi Kewangan Islam negeri ini) adalah sebahagian dari "beberapa perancangan dasar dan isu cadangan DAP untuk dipakaiguna sebagai bahan kempen dalam pilihanraya negeri yang akan tidak di persetujui oleh kedua parti rakan DAP" itu?

2) Apakah penubuhan Pusat Khidmat DAP Tupong mendapat "restu" sepenuhnya dari PKR dan PAS Sarawak atau sebaliknya?

3) Apakah tiada barisan calon Melayu mempunyai nilai-nilai kepimpinan, potensi dan kredibiliti dari PKR atau PAS dari Kawasan Tupong sehinggakan DAP terpaksa "menyelitkan" calon mereka sendiri?

4) Sanggupkah masyarakat Melayu di kawasan Tupong di"jajah" secara politik di bawah telunjuk oleh sebuah parti yang berteraskan kaum yang lain?  

Sekiranya benar apa yang didedahkan oleh sumber tersebut, UnReportedNews™® seikhlas-ikhlasnya ingin mengucapkan syabas kepada PKR dan PAS Sarawak kerana tekad mengadakan sempadan, tidak mencampuri agama, khususnya agama Islam dalam perkara ini dengan politik.

InsyaAllah, UnReportedNews™® akan tampil lagi dengan kupasan-kupasan berkaitan perkara ini dalam masa yang terdekat. Wassallam.

Artikel berkaitan, klik sini dan sini

-UnReportedNews™®

DAP SUDAH PASTI BERTANDING DI DUN TUPONG!

-TUPONG DIJADIKAN SEBAGAI SATU "EKSPERIMEN" ATAU UNTUK "TEST-POWER" DAP DI KAWASAN MAJORITI MELAYU! BERDASARKAN PERBUALAN UnReportedNews™® DENGAN PEMBANTU CHONG CHIENG JEN IAITU ABDUL AZIZ ISA, BELIAU MENGAKUI DIA AKAN MENJADI CALON DAP BAGI KAWASAN TERSEBUT DALAM PILIHARAYA NEGERI YANG AKAN DILANGSUNGKAN DALAM DUA TAHUN NIH! SILALAH KALAU DAH BERHAJAT SANGAT! KEKEKE!!!-

Pada program Blackout ala forum yang diadakan pada 28 Mei 2013 lepas di Citadines Hotel, Kuching, DAP Sarawak telah mengumumkan kecenderungan mereka untuk bertanding di kawasan PEDALAMAN Sarawak. Senarai kawasan sasaran DAP di Sarawak untuk PRN Sarawak ke 11 akan datang ialah: KLIK  untuk senarai kerusi sasaran DAP di kawasan pedalaman Sarawak. 

Dari senarai sasaran DAP, tidak ada satu pun kerusi kawasan Melayu. Namun apa yang mengejutkan ialah sekarang DAP telah mempunyai pejabat atau bilik gerakan di DUN Tupong; ianya merupakan DUN yang terletak di dalam parlimen Petrajaya; kawasan majoriti Melayu Bumiputera!

Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah DAP menganggap Petrajaya ini sebuah kawasan pedalaman juga? Atau sememangnya didalam diam DAP cuba mencantas PKR dan PAS yang telah lama bertapak di Petrajaya tanpa persetujuan kedua-dua parti? Kalau PKR dan PAS sendiri yang bersetuju dengan kemasukan DAP ke DUN Tupong, maka jelaslah PKR dan PAS bersekongkol dengan DAP menjual hak orang Melayu di kawasan Tupong! Satu persatu hak orang Melayu akan dirampas!


Walaupun menurut info, yang bertugas di bilik gerakan DAP Tupong itu adalah pengkhianat Melayu, namun telah ramai yang merungut berkenaan kemasukan DAP ke kawasan Melayu Bumiputera!

Berapakah bayaran untuk jual beli maruah orang Melayu si penjaga pejabat tersebut? -Sematan Ke Lawas

Dari artikel lampau UnReportedNews™®:
DAP DUN TUPONG SARAWAK BERKEMUNGKINAN AKAN GUNA ISU AGAMA?
-POLITIK, POLITIK JUGA TAPI JANGANLAH SAMPAI TERGADAI MARUAH BANGSA & AGAMA KAN?-

"Cantik" sungguh percaturan DAP Sarawak kan? Dengan "selamba" mereka meletakkan Abdul Aziz Isa, pembantu Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebagai pengendali Pejabat Khidmat DAP DUN Tupong.

Aziz, seorang graduan yang berketurunan Melanau-Iban dijangka akan mencabar ADUN Tupong dan juga Menteri Muda (Hal-Ehwal Islam) di Pejabat Ketua Menteri Datuk Haji Daud Abdul Rahman dalam PRN ke 11 yang akan diadakan dalam tempoh dua tahun ini.

Semestinya memang ada "muslihat" di sebalik perlantikkan Aziz sebagai wakil DAP Sarawak di kawasan Melayu/Islam kerana lazimnya DAP tidak akan begitu "baik hati" sekali memberi seorang "muka baru" apatah lagi yang beragama Islam untuk mewakili mereka tanpa mengharapkan apa-apa "pengorbanan" sebagai balasannya.

Dipendekkan cerita, Aziz juga merupakan anak saudara kepada beberapa orang pemimpin tertinggi dalam Barisan Nasional Sarawak dan ini diakui sendiri olehnya ketika pertemuan dengan UnReportedNews™® tidak berapa lama dulu (beberapa bulan yang lalu) ketika sesi sidang DUN yang lepas. Klik untuk seterusnya 

-UnReportedNews™®

Monday, 16 April 2012

JANGAN MENDAHULUI KETUA MENTERI & PERDANA MENTERI

-SENARAI CALON PBB BAGI PRU KE 13 BELUM LAGI DI SIAPKAN MAKA JANGAN MUDAH MENDENGAR KHABAR ANGIN ATAU SPEKULASI-


Jangan mendahului Ketua Menteri Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perkara yang berkaitan dengan penamaan calon-calon khususnya mereka dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang.


Naib Presiden PBB Datuk Haji Daud Abdul Rahman yang memberi peringatan ini sambil menambah bahawa sesetengah pihak tertentu seolah-olah mempunyai motif itu menyebarkan khabar angin ini terdapat beberapa ahli Parlimen akan tidak di senaraikan malah akan di ganti dengan orang lain.

Daud, yang juga Menteri Muda (Hal Ehwal Islam) di Pejabat Ketua Menteri menjelaskan bahawa mereka yang menyebar khabar angin ini sebenarnya mempunyai agenda serta motif  mereka yang tersendiri iaitu ingin "mengambil-alih" kerusi Parlimen itu untuk mereka sendiri.

"Mereka yang memulakan spekulasi mengenai senarai ahli Parlimen PBB yang kononnya akan bakal digugurkan sebenarnya berniat untuk melobi diri atau kroni-kroni mereka menggantikan Ahli Parlimen yang dikatakan akan digugurkan."

Dakwaan mengenai terdapatnya satu senarai nama ahli Parlimen PBB yang akan digugurkan adalah tidak munasabah sama sekali serta tidak masuk akal kerana PBB belum pun lagi membuat keputusan muktamad berkaitan dengan calon-calon PRU ke 13, kata Daud kepada pemberita selepas merasmikan program di Komplex Kebajikan Laila Taib (PERYATIM) di Jalan Sultan Tengah di sini pagi semalam.

Daud menjelaskan bahawa PM Najib sudah menyatakan bahawa faktor utama untuk menjadi calon adalah seseorang itu mestilah "winnable" atau mampu menang dan walaupun penyandang jawatan yang telah berkhidmat beberapa penggal tapi masih mampu untuk menang maka mereka juga masih mempunyai peluang yang akan dicalon semula.

"Semua ahli Parlimen PBB telah dijemput menghadiri satu mesyuarat mengenai jentera-jentera pilihan raya pada dua minggu lepas kerana kita masih menganggap mereka sebagai wakil kami, jadi saya menasihatkan semua ahli Parlimen PBB kini mesti terus bekerja seperti biasa."

Menjawab kepada soalan sama ada mana-mana Ahli Parlimen PBB telah menyatakan hasrat mereka supaya tidak dicalon semula lagi, Daud dinyatakan bahawa setakat ini hanya sesorang alhi Parlimen iaitu dari Samarahan YB Dato' Seri Sulaiman Taib yang telah berbuat demikian.

Mengingatkan akar umbi PBB supaya tidak mudah mendengar khabar angin kerana ia boleh mengganggu perpaduan mereka, Daud menggesakan agar mereka terus memberi tumpuan kepada menyatukan PBB serta menyediakan diri mereka untuk menghadapi pilihan raya Umum yang akan datang.





-UnReportedNews™®

Wednesday, 8 February 2012

NO "EXPRESS HAJ" CASES IN SARAWAK, SAYS DAUD

THIS HOWEVER, WON'T LET OUR GUARD DOWN BUT WE WILL KEEP MONITORING THE SITUATION FROM TIME TO TIME

SO far, there is no report yet of Lembaga Tabung Haji’s (LTH) "Express Haj" cases occurring in Sarawak such had as had happened in West Malaysia recently.

“As far as I am concern, there are no reports of "Express Haj" cases had occurred in this state where pilgrims on the waiting list “jumping” their queues after making “some services payment” to LTH staffers such had happened in Peninsula Malaysia.”

Assistant Minister (Islamic Affair) to Chief Minister Office Datuk Haji Daud Abdul Rahman said this adding therefore, to his knowledge no LTH staffers in Sarawak were picked up by the Malaysia Anti-Corruption Commission (MACC) related to this issue.

“This circumstances (no LTH Express Haj cases in Sarawak) however, won’t let our guard down but we will keep on monitoring the situation from time to time,” he added.

"I am not saying that those who had performed their Haj through the “Express Haj” are “haram” because of God knows that but they definitely should had performed their Haj properly and accordingly to the stipulated procedure to achieve “Haji Makbur” (Perfect Haj),” explained Daud.

Daud, who is also Tupong State Assemblyman disclosed this to UnReportedNews™® during an exclusive interview which was held in his office at Baitul Makmur Building in Petra Jaya near the city yesterday morning.

According to a National-paper, due to the uncover of the “Express-Haj” scam, Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom had pledged to upgrade the LTH’s computerized database security to overcome weaknesses in haj management to ensure no one can by-pass the haj’s waiting-list names.

In a related matter, Daud told UnReportedNews™® that the quota for Sarawakian pilgrims for last year and this year is only 700 people which is too little, despite the State had been “urging” to the Islamic Affairs in Prime Minister’s (PM) Office for the Sarawak quota to be added up to 1,200 people.

“We (Sarawak) are a bit disappointed with the (PM) office relating to this issue as each year, we had written letter after letter asking additional quota for Sarawakian pilgrims from the Federal government but disappointing, till today, none of our letters were entertained.”

“We literally had even pleaded to them (PM Office) urging them to give priority to those who had not perform their Haj yet but not to those who had performed their Haj as they can opted by using private company (slightly higher cost compared to LTH), as I said, they just won’t listen to us,” added Daud.

-UnReportedNews™®

Saturday, 24 December 2011

PERKAHWINAN SONGSANG RAKYAT MALAYSIA DI EROPAH SUNGGUH MEMALUKAN

SETAKAT INI TIADA LAPORAN PELAJAR ISLAM SARAWAK DI LUAR NEGARA TERLIBAT DALAM "AKTIVITI GAY"

JAIS MEMANTAU PELAJAR ISLAM SARAWAK

KES seorang lelaki Malaysia yang "berkahwin" seorang lelaki di Eropah baru-baru ini adalah satu tamparan dan penghinaan bukan sahaja kepada masyarakat Islam tetapi semua rakyat Malaysia kerana mana-mana orang biasa tidak akan menjalani "hubungan abnormal", mengahwini jantina yang sama serta ianya bukanlah amalan & norma mana-mana manusia biasa tanpa mengira agama mereka.



Menteri Muda (Hal Ehwal Islam) Di  Pejabat Ketua Menteri Sarawak Datuk Haji Daud Abdul Rahman berkata sambil menambah memang terdapat dalam Akta Undang-undang Syariah yang menyatakan bahawa mana-mana orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan yang didapati bersalah mempunyai hubungan yang tidak normal atau "khalawat" boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.



Daud, yang juga Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur berkata demikian ketika diminta  UnReportedNews ™ ® memberi komen tentang kes di mana seorang lelaki Malaysia, bekas pelajar dalam kursus perubatan di Ireland yang dilaporkan telah "berkahwin" dengan seorang lelaki Ireland dan mereka "perkahwinan" meraka telah diadakan di sebuah gereja di Dublin, Ireland baru-baru ini.


[Arif Alfian Rosli, yang 30 itu yang telah sebelum ini dilaporkan hilang beberapa bulan yang lalu yang dikatakan menghubungi ibu bapanya selepas terjadi salah faham satu dengan mereka pada tahun 2009 berniat berhijrah ke Ireland telah memakai satu pakaian berwarna hitam dan Melayu tradisional lengkap dengan tanjak Melayu berwarna emas di kepalanya semasa "perkahwinan" tersebut.]-sumber dari blog-blog lain
.
Daud kemudian menyatakan pada masa ini terdapat lebih kurang 30,000 pelajar Islam dari Sarawak termasuk di bawah tajaan Kerajaan dan swasta belajar di luar negara dan segala pergerakan dan aktiviti mereka di pantau oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

"Setakat ini, kami tiada menerima apa-apa laporan mengenai kejadian pelajar-pelajar Islam dari Sarawak yang menuntut di pengajian tinggi institut atau universiti-universiti di luar negara  terlibat dalam "perkahwinan gay" atau "hubungan gay", tambah Daud selepas merasmikan "Karnival Sinjan 2011 " di Kampung Sinjan di Petra Jaya di Kuching di sini pagi ini.

"JAIS sentiasa memantau semua aktiviti dan pergerakan pelajar-pelajar kita di luar negara dan Alhamdullillah, kita masih belum menerima sebarang laporan mengenai apa-apa "hubungan abnormal" yang melibatkan pelajar-pelajar kita."
JAIS JUGA KINI SEDANG MEMERHATIKAN SEBUAH KELAB GAY YANG BEROPERASI DI KUCHING & AKAN MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS MEREKA YANG BERAGAMA ISLAM YANG TERLIBAT SAMA

HUBUNGAN SONGSANG
Dalam perkara yang berkaitan, Daud mengakui bahawa JAIS telah menerima aduan mengenai kewujudan "kelab gay" beroperasi di Padungan Kuching di sini bagaimanapun, JAIS tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kerana belum  ada Akta menetapkan mereka boleh berbuat demikian  walau bagaimanapun, JAIS hanya boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana akan Islam kepada premis.

"Kami memang telah menerima aduan mengenai kelab gay tersebut tetapi setakat ini, kami tidak mempunyai Akta yang membenarkan JAIS mengambil tindakan," tambah beliau sambil menasihat masyarakat Islam, khususnya di Sarawak supaya tidak mudah dipengaruhi hubungan yang tidak normal yang diperkenalkan dari Barat sebagai masyarakat Timur yang mempunyai adat, tradisi dan agama yang melarang kita mengamalkan amalan-amalan yang songsang tersebut.

-UnReportedNews™®

MALAYSIAN GAY MARRIAGE IN EUROPE, AN INSULT AND HUMILIATION TO MALAYSIA

SO FAR, THERE"S NO REPORT INVOLVING MUSLIMS SARAWAKIAN STUDENTS ABOARD IN "GAY-RELATIONSHIP"
JAIS MONITERING STUDENTS ABOARD
THE case of a Malaysian man "marrying" another man in Europe recently is actually an insult and a humiliation not only to the Muslim community but also to the people of Malaysia as any normal people would not be doing this "abnormal relationship",  married to the same gender, which is definately not the practice of any normal human being regardless of their religions.

Sarawak Assistant Minister (Islamic Affair) to Chief Minister's Office Datuk Haji Daud Abdul Rahman said this adding that he can't recalled but there is however, an Act in the Syariah Law stating that any Muslim, either man or woman found guilty having abnormal relationship or "close-proximity" could be fined or jailed or both.

Daud, who is also the Assistant Minister of Infrastructure Development said this when asked by UnReportedNews™® to comment on a case where a Malaysian man, a former student in the medical course in Ireland who was reported "married" to an Irish man and their "wedding" was held in a church in Dublin, Ireland recently.

[Arif Alfian Rosli, in his 30's who was earlier reported missing a few months ago was said had not contacted his parents but only his siblings after a misunderstanding with them in 2009 before migrating to Ireland permanently wore a black-colored Malay traditional attire complete with a gold-colored "Malay tanjak" head attire during the "wedding"]-sources from other blogs.

Daud then disclosed that presently, they have about 30,000 Muslim Sarawakians, either send privately, under Government and private sponsorship studying abroad but all this while Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) have been watching and monitering them.

"SO far, there have been no reports of any incidents of Muslim students from Sarawak studying in the higher learning institutes or universities at the overseas involved in "gay marriage" or "gay relationship", added Daud after officiating the "Sinjan Carnival 2011" at Kampung Sinjan at Petra Jaya near Kuching city here this morning.

"JAIS have been monitering all of the activities and movements of our students' studying aboard and Alhamdullillah (Praise to God), we have yet to recieve any reports of any "abnormal relationship" involving our students." 
JAIS IS PRESENTLY MONITERING A GAY-CLUB IN KUCHING & WILL TAKE ACTION IF ANY MUSLIMS INVOLVED
ABNORMAL RELATIONSHIP
On related matter, Daud admits that JAIS had been receiving complaints on the existence of a "gay club" somewhere in Padungan in Kuching here however, JAIS cannot take any action as there are no Acts stipulating they can do so but nevertheless, JAIS can only take action against any Muslim going to the premises.

"We have been recieving complaints on the gay club but so far, we have no Acts which prohibited JAIS to take action," he added advising the Muslim community, particularly those in Sarawak not to be easily influenced on abnormal relationship introduced from the West as we from the Eastern has our own custom, tradition and religion which prohibits us from practising such practices.


-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List