Showing posts with label ATM. Show all posts
Showing posts with label ATM. Show all posts

Tuesday, 4 October 2016

Pasukan Tentera Nasional Indonesia Guna Kenderaan Curi Ditahan Di Sarawak


LUBOK ANTU: Polis merampas sebuah kenderaan pacuan-empat-roda yang dipercayai dicuri dan digunakan oleh sepasukan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) dari Markas Batalion TNI 312 Kala Hitam Indonesia) di Sarawak semalam.

Difahamkan, kenderaan itu sedang digunakan oleh anggota-anggota TNI tersebut yang berkonvoi bersama sepasukan angota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menaiki beberapa buah kenderaan lain dari Kem Penrissen Kuching ke Badau.

Pasukan anggota ATM tersebut telah ditugaskan untuk menemai pasukan TNI hingga ke sempadan Sarawak-Indonesia.

Sumber dalaman mendedahkan, konvoi tersebut kemudiannya berehat di Kem JPG Lubuk Antu namun ditahan oleh sepasukan polis yang membuat operasi berdekatan luar kem berkenaan apabila hendak menyambungkan perjalanan mereka lebih kurang jam 3:15 petang.

Siasatan awal polis mendapati, salah seorang anggota TNI mendakwa mereka telah menyewa kenderaan tersebut dari seorang lelaki di sebuah rumah di Jaoi Babang, Indonesia pada hari Ahad lepas.

Pemeriksaan lanjut polis juga mendapati kenderaan pacuan-empat-roda jenis Toyota Hilux telah menggunakan plat Indonesia KB9826LL (nombor palsu) dan nombor pendaftaran sebenarnya adalah QKW2061 yang telah dilaporkan hilang di Kota Samarahan baru-baru ini.

Kenderaan itu juga telah dipasang dengan peralatan pengesan GPS yang membolehkan pihak polis mengenalpasti lokasinya.

Kenderaan tersebut telah diserahkan kepada pihak Balai Polis Lubuk Antu untuk siasatan lanjut.-UnReportedNews™®

Monday, 17 February 2014

TERKINI: SARAWAK HADAPI ANCAMAN TENTERA MISUARI?

-PEMBEBASAN KEBANGSAAN MORO (MNLF) BARU SAJA MENGUMUMKAN AKAN MEWUJUDKAN REPUBLIK BANGSAMORO & KEMUNGKINAN SARAWAK JUA AKAN DIANCAM KESELAMATANNYA!-

Sarawak berkemungkinan berdepan ancaman gerakan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) pimpinan Nur Misuari yang baru saja mengumumkan akan mewujudkan Republik Bangsamoro.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata, ekoran perkembangan tersebut, Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dijangka dikembangkan ke negeri Sarawak.

Jelas beliau, walaupun tahap ancaman itu masih rendah namun ATM tetap waspada dalam memastikan kedaulatan negara terjamin.

“Republik Mindanao (Bangsamoro) itu termasuk Pulau Pahlawan termasuk pulau di Sabah dan Sarawak, sebab itu kemungkinan Sarawak akan diancam keselamatannya, maka kita akan perluaskan ESSCOM ke Sarawak sebab kita tidak mahu apa yang berlaku di Sabah Febuari lalu berlaku kepada Sarawak.

“Kita sebagai anggota tentera tidak mahu dipersalahkan pada masa akan datang kerana tidak melihat kemungkinan ancaman itu akan berlaku dan kita melihatnya dengan begitu serius,” kata Zulkefli.

Bagaimanapun Zulkefli berkata, ESSCOM Sarawak dijangka tidak akan melibatkan penggunaan aset utama milik angkatan tentera namun ia akan bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media mengenai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2014 yang akan berlangsung 14 hingga 17 April di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bagi memperkuatkan lagi kawalan keselamatan di perairan Sarawak, kerajaan sedang menimbangkan cadangan untuk memperkenalkan kawasan keselamatan khas menyamai Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM), di bumi Kenyalang itu.

Katanya, kawasan keselamatan khas di Sarawak itu akan meningkatkan kawalan keselamatan terhadap operasi minyak dan gas di perairan Sarawak itu yang amat penting kepada ekonomi negara.

Sarawak merupakan diantara pengeluar terbesar minyak dan gas Malaysia.

“Ia akan melibatkan kerjasama dengan syarikat-syarikat minyak dan gas yang beroperasi di perairan Sarawak. Petronas, Shell dan Esso memiliki pelantar-pelantar minyak yang beroperasi di tengah-tengah lautan.

“Mereka membelanjakan berbillion ringgit untuk memastikan keselamatan kakitangan mereka,” katanya. - news.abnxcess.com

-UnReportedNews™®

Saturday, 21 December 2013

KENDERAAN MENTERI MUDA SARAWAK YANG DIROMPAK DITEMUI KEMBALI, DUA SASPEK DIBERKAS

-SYABAS PDRM DAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DI ATAS PERKEMBANGAN INI! HASRAT DUA PENCURI KENDERAAN MENIKMATI HASIL JUALAN BARANG YANG DIROMPAK MEREKA YANG DIANGGAR JUTAAN RUPIAH TIDAK KESAMPAIAN APABILA KANTOI DI SEKATAN JALANRAYA! KEKEKE!!!-


Polis telah menemui semula kenderaan curi milik seorang Menteri Muda Sarawak serta menahan dua suspek di sempadan Sarawak- Kalimantan Barat siang tadi.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dua suspek lelaki tempatan tersebut telah ditahan di sebuah sekatan jalan raya oleh Tentera Tentera Malaysia berhampiran dengan sempadan pos Serikin.

"Suspek yang berumur 29 dan berusia 47 tahun dari Kampung Suba, Bau dan Kampung Semariang Batu, Petra Jaya telah diberkas sewaktu menaiki kenderaan Toyota Fortuner yang dipercayai milik Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Liwan Lagang pada hari Isnin lepas."

Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong telah dihubungi oleh UnReportedNews™® untuk diminta mengulas mengenai perkara ini.

"Suspek yang dipercayai dalam perjalanan ke sebelah Indonesia telah ditahan pada kira-kira jam 6 pagi selepas menunjukkan dokumen kenderaan dan cukai jalan yang meragukan," katanya sambil menambah bahawa pemeriksaan awal kereta mendapati bahawa nombor casis siri adalah kenderaan yang telah dilaporkan dicuri.

"Siasatan polis awal percaya bahawa suspek telah merancang untuk menjual kenderaan tersebut di negara jiran," katanya sambil menambah bahawa polis masih lagi membruru suspek-suspek yang lain berkaitan dengan kes ini.

Dalam kejadian rompakan berprofil tinggi ini, menteri muda berkenaan dirompak oleh dua pencuri yang tidak dikenali bersenjatakan pisau ketika beliau keluar dari kenderaannya untuk membeli surattkhabar di Kota Sentosa.

-UnReportedNews™®

Saturday, 14 December 2013

KISAH SEBENAR INSIDEN "BLACK HAWK DOWN", AMERIKA AKHIRNYA IKTIRAF KEHEBATAN TENTERA MALAYSIA!

-SELEPAS 20 TAHUN INSIDEN BLACK HAWK DOWN DI SOMALIA, AMERIKA SYARIKAT BARU AKHIRNYA MENGAKUI KEHEBATAN & PERANAN TENTERA MALAYSIA DALAM MISI MENYELAMAT TENTERA MEREKA YANG TERBABIT DALAM INSIDEN TERSEBUT! MALU LER TU! KEKEKE!!!-


Amerika Syarikat (AS) akhirnya menyatakan penghargaan terhadap pengorbanan dan sumbangan tentera pengaman Malaysia yang terbabit dalam misi menyelamatkan anggota tentera kuasa besar dunia itu di Mogadishu, Somalia pada 3 Okt 1993.

Penghargaan dan ucapan terima kasih itu diutarakan oleh Pemangku Penolong Setiausaha Negara bagi Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly hari ini setelah lebih 20 tahun kejadian itu berlaku.

Katanya, tentera pengaman Malaysia yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Somalia ketika itu telah membuktikan keberanian dan kehebatan mereka dalam menjalankan tugas.

“Dalam operasi keamanan global, kami sentiasa mengagumi peranan pasukan pengaman Malaysia, dan kami juga mendapat manfaat daripada keberanian dan keperwiraan anggota pasukan pengaman Malaysia.

“Dan seorang anggota pengaman Malaysia terkorban dalam usaha menyelamatkan tentera Amerika di Mogadishu, 20 tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan pengiktirafan ‘Full Training Capability’ dan pelancaran pelan induk Pusat Latihan Pengaman Malaysia, di sini hari ini. Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Dalam kejadian 20 tahun lalu, sekumpulan askar AS terperangkap di kawasan musuh iaitu tentera militan Somalia selepas dua helikopter Black Hawk mereka ditembak jatuh di bandar Mogadishu.

Pasukan pengaman Malaysia bersama pasukan pengaman Pakistan dan AS yang menyertai operasi UNOSOM II di bawah PBB kemudian ditugaskan menyelamatkan kumpulan askar terbabit.

Operasi menyelamat tersebut akhirnya berjaya bagaimanapun seorang tentera pengaman Malaysia terbunuh sementara lapan lagi mengalami kecederaan.

Biar pun sudah 20 tahun berlalu, tiada penghargaan rasmi diberikan oleh pihak AS terhadap pasukan pengaman Malaysia yang telah menyelamatkan tentera mereka dan langsung ‘dilupakan’ dalam sebarang babak dalam filem ‘Black Hawk Down’ arahan pengarah Ridley Scott pada 2001 yang kononnya memaparkan kisah
benar kejadian itu.

Kelly berkata, pasukan pengaman Malaysia kini sudah menerajui di peringkat rantau ini dan global dan dengan kewujudan Pusat Latihan Pengaman Malaysia, di sini membuktikan Malaysia mempunyai pasukan pengaman yang terbaik.

“Saya fikir semua rakyat Malaysia harus berbangga dengan apa yang telah dicapai pasukan pertahanan Malaysia,” katanya. (sumber)

-UnReportedNews™®

Wednesday, 11 September 2013

ELAK PERJALANAN KE ZAMBOANGA YANG KINI SEDANG BERGOLAK

-MALAYSIA MENGIKTIRAF & MENGHORMATI KEDAULATAN NEGARA RAKAN SE-ASEANNYA ITU & TAK SESEKALI AKAN MENCAMPURI URUSAN DALAMAN NEGARA FILIPNA NAMUN ATAS SEBAB KESELAMATAN, KERAJAAN MALAYSIA MENASIHATI AGAR SEMUA WARGANEGARANYA ADA PERANCANGAN UNTUK PERGI KE SANA MENANGGUH PERJALANAN MEREKA SEHINGGA KEADAAN KEMBALI PULIH! APASAL PLAK AKU TERINGAT PADA SI KIRAM YER? KEKEKE!!!-

Tiada rakyat Malaysia dikesan berada di kawasan pertempuran bersenjata antara sekumpulan anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan pasukan keselamatan Filipina di Zamboanga, selatan Filipina.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan hari ini menyatakan walaupun demikian, Kedutaan Besar Malaysia di Manila dan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City telah diarah mengambil langkah sewajarnya bagi membantu rakyat negara ini yang mungkin terjejas.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) meningkatkan kawalan keselamatan di sepanjang perairan Sabah bersempadan dengan selatan Filipina, jelas Anifah dan menambah, rakyat Malaysia yang berhasrat untuk ke kawasan berkenaan juga diminta menangguhkan sementara perjalanan mereka sehingga keadaan keselamatan kembali pulih.

Menjelaskan sebagai fasilitator kepada proses damai antara Kerajaan Filipina dan MILF, Malaysia tetap komited dengan usaha ke arah penyelesaian konflik secara aman demi kebaikan semua pihak, beliau juga menyuarakan keyakinan Malaysia terhadap kedua-dua pihak akan meneruskan proses damai ke arah keamanan, kestabilan dan kemakmuran yang perpanjangan di selatan Filipina.


"Pertempuran itu merupakan isu dalaman, Malaysia yakin keadaan dapat dikawal dan kedua-dua pihak mampu memulihkan semula keamanan di kawasan terbabit," katanya sambil menegaskan, Malaysia tetap menghormati prinsip dan semangat Asean untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara-negara anggota.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 10 September 2013

MALAYSIA BERSEDIA TANGANI KEBANGKITAN MNLF JIKA CEROBOHI SABAH

-SUSULAN SERANGAN TERKINI PEMBERONTAK MNLF DI ZAMBOAGA-FILIPINA, MALAYSIA TELAH MENGELUARKAN AMARAN KESELAMATAN & MEMPERSIAP-SIAGAMKAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SERTA MEMPERTINGKATKAN KAWALAN DI SEPANJANG SEMPADAN PERAIRAN NEGERI SABAH UNTUK MENGHADAPI APA SAJA KEMUNGKINAN BERLAKU!-

Askar Filipina di Zamboaga menangangi pemberontak MNLF
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang diwujudkan di perairan pantai Sabah akan segera bertindak sekiranya wujud sebarang pencerobohan.

Laporan media pada Isnin menyatakan terdapat kira-kira 400 anggota bersenjata yang dipercayai ahli kumpulan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) cuba memasuki pantai Timur Sabah ekor an pertempuran yang berlaku di Filipina dengan tentera kerajaan.

"ESSCOM bukan hanya terdiri daripada aspek ketenteraan, ia turut merangkumi polis, bahagian perisikan serta kerjasama serantau antara kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Filipina dan mereka sentiasa dalam keadaan bersedia. Kita akur keluasan pantai timur Sabah merangkumi ribuan kilometer persegi, namun bahagian berkenaan sentiasa dipantau oleh ESSCOM."

"MNLF sentiasa cuba memutar belitkan isu ini...Kita telah sebut ini banyak kali, tentera kita masih ada di sana. Jika mereka cuba ceroboh walau seinci tanah kita seperti mana yang berlaku di Lahad Datu, kita tahu bagaimana cara untuk perangi mereka," katanya dalam satu laporan berita di Petaling Jaya, Selangor semalam. 

Kira-kira 400 lelaki bersenjata yang dipercayai daripada kumpulan MNLF dilaporkan cuba memasuki pantai timur Sabah selepas menyerang bandar Zamboaga di selatan Filipina dan menurut laporan terbaru, pemberontak Moro itu turut mendakwa mereka telah menawan tujuh orang penduduk kampung dan meminta kedutaan Indonesia untuk campur tangan dalam insiden tersebut dan setakat ini dilaporkan sekurang-kurangnya seorang polis Filipina maut manakala beberapa lagi cedera dan 30 orang dijadikan tebusan.

Dalam perkara yang berkaitan, Malaysia telah mengaktifkan amaran keselamatan di sepanjang sempadan perairan Sabah dengan selatan Filipina berikutan serangan pemberontak Moro di Zamboanga City untuk meneliti sebarang kemungkinan insiden yang berlaku di selatan Filipina pada pagi Isnin turut menular ke negeri ini.

Nur Misuari
Kira-kira 400 lelaki bersenjata yang dipercayai ahli kumpulan MNLF menyerang Zamboanga City yang terletak kira-kira 460km dari Sandakan dan menurut laporan terbaru, pemberontak Moro itu turut mendakwa mereka telah menawan tujuh orang penduduk kampung dan meminta kedutaan Indonesia untuk campur tangan dalam perkara tersebut dan dilaporkan juga sekurang-kurangnya seorang polis Filipina maut manakala beberapa lagi cedera dan 30 orang dijadikan tebusan.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad di Kota Kinabalu semalam dilaporkan dalam satu laporan berita memberitahu bahawa pasukan keselamatan telah mengambil pendekatan untuk mengkukuhkan sempadan perairan di samping memantau perkembangan serangan di Zamboanga. 

"Kami telah memaklumkan pasukan keselamatan kita supaya bersedia dan Esscom juga akan bekerjasama berikutan insiden itu," katanya dan dengan kedudukan Sabah yang terletak berhampiran Selatan Filipina menimbulkan kebimbangan bahawa pemberontak mungkin melarikan diri ke negeri itu dalam usaha mengelak daripada ditangkap pihak keselamatan Filipina.

MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari yang disisihkan daripada perjanjian damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kelihatan tidak senang duduk dan mengisytiharkan kemerdekaan untuk wilayah selatan Filipina termasuk Sabah pada 13 Ogos lalu.

-UnReportedNews™®

Monday, 12 August 2013

DAKWAAN SABAH DISERANG LAGI SEKADAR PROPAGANDA SI KIRAM GILA!

-MALAYSIA TOLAK DAKWAAN DISERANG "TENTERA SULU" YANG MENDAKWA DIRI MEREKA SEBAGAI SULTAN SULU JAMALUL KIRAM III ADALAH TIDAK BERASAS YANG MERUPAKAN SEBAHGIAN DARI[PADA USAHA PROPAGANDA UNTUK MENYEVARKAN KETAKUTAN DI KALANGAN RAKYAT! PENDEKATA, KIRAM MEMANG GILO! KEKEKE!!!-

Malaysia menolak dakwaan "tidak berasas" bahawa lapan tentera terbunuh dalam serangan hendap oleh kumpulan lelaki bersenjata Sulu di Lahad Datu baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, dakwaan jurucakap bagi pihak kumpulan yang diketuai oleh mereka yang mendakwa diri mereka sebagai Sultan Sulu Jamalul Kiram III adalah tidak berasas dan merupakan sebahagian daripada usaha propaganda untuk menyebarkan ketakutan di kalangan rakyat.

"Mereka membuat pelbagai dakwaan untuk mewujudkan keharmonian dan rasa takut di kalangan rakyat. Saya menyeru orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan tersebut yang tidak berasas oleh individu-individu (Sulu) yang menggunakannya sebagai propaganda," katanya ketika dihubungi pada Isnin mengenai laporan dalam beberapa akhbar Filipina bahawa kumpulan bersenjata Sulu telah memmbunuh lapan tentera.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib turut menafikan laporan itu dan mengesahkan bahawa tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas Sulu.

Laporan berita itu memetik jurucakap kumpulan berkenaan, Abraham Idjirani sebagai berkata bahawa "tentera" Sultan yang diketuai oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram (lebih dikenali sebagai Azzimuddie sini) telah memaklumkan kepadanya bahawa lapan anggota pasukan Malaysia terbunuh selepas diserang hendap oleh sekurang-kurangnya 50 anggota kumpulan "Pasukan Keselamatan Diraja" Sultan yang diketuai oleh pegawainya Utuh Ubie di kawasan Felda di Lahad Datu pada Jumaat.

Idjirani mendakwa beliau dimaklumkan oleh Agbimuddie mengenai kejadian tembakan itu menerusi panggilan telefon.

"Tidak ada asas terhadap dakwaan itu. Tiada sebarang insiden sama sekali," kata Mohammad, sambil menambah bahawa keselamatan diperketatkan berikutan terdapat khabar angin bahawa kumpulan lelaki bersenjata Sulu merancang untuk mengadakan serangan "gelombang kedua" semasa Hari Raya.

"Ia adalah Hari Raya yang tenang, jadi tidak ada sebab untuk orang ramai bimbang atau panik," katanya.

Mohammad berkata, orang ramai yang mempunyai sebaranga maklumat atau memerlukan apa-apa penjelasan mengenai sesuatu insiden boleh menghubungi Bilik Operasi mereka di 089 863181 di Lahad Datu.

"Ia beroperasi 24 jam seminggu dan orang ramai boleh menghubungi pada bila-bila masa," katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

Sunday, 11 August 2013

KES TEMBAK ANGGOTA TENTERA DI SEMPADAN BERKAITAN DENGAN PENYELUDUPAN!

-TIMBALAN MENTERI KDN DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR PERCAYA INSIDEN TEMBAK YANG TELAH MENCEDERAKAN SEORANG ANGGOTA TENTERA MALAYSIA SEMASA MEMBUAT RUTIN KAWALAN & RONDAAN DISEMPADAN SEMALAM ADA KAITAN DENGAN AKTIVITI PENYELUDUPAN ATAUPUN JENAYAH!-

Pasukan Keselamatan Malaysia dan Pasukan Keselamatan Thailand telah lama menjalinkan kerjasama dengan erat dalam aspek keselamatan terutamanya, membendung aktiviti-aktiviti penyeludupan di sempadan kedua buah negara.

Timbalan Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar percaya ada kemungkinan anggota tentera berkenaan telah terserempak dengan kegiatan-kegiatan penyeludupan yang sedang dijalankan.

"Kehadiran kelibat anggota tentera tersebut dikawasan berkenan mungkin telah "menyukarkan lagi "tugas-tugas" mereka (penyeludup) sehingga mereka nekad mengambil tindakan menembak anggota keselamatan itu.

Meluahkan rasa simpati terhadap anggota tentera tersebut, Junaidi menambah maka cadangan KDN untuk menubuh Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) untuk ditugaskan di semua sempadan, termasuk di Sarawak amatlah bertepatan sekali.

Junaidi yang juga merupakan Ahli Parlimen Santubong menjelaskan secara keseluruhannya, anggota-anggota UPP trediri daripada "gabungan" beberapa buah agensi keselamatan di bawah kuasa kementeriannya termasuk Polis, Kastam , Immigresen dan lain-lain lagi.

Dalam temubual bersama UnReportedNews™® semalam, beliau menerangkan sengan cara ini, UPP akan dapat melaksanakan tugas-tugas membendung kegiatan penyelupan dan juga aktiviti jenayah di sempadan dengan lebih efisyen dan effektik.

"Oleh kerana anggota-anggota UPP itu diserap dari agensiegansi berlaianan setiap seorang dari anggota UPP mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang-bidang masing-masing dan ianya akan memudahkan lagi mereka dan ini akan melancarkan lagi tugasan mereka."

"Dalam usaha membenteras penyeludupan, KDN telah mengambil keputusan menubuhkan UPP di Negeri Sarawak selewat-lewatnya pada tahun depan sebelum di selaras dengan UPP lain yang sudah sedia ada," tambah Junaidi dalam temubualnya yang diadakan di rumah kediamannya di Bandaraya Kuching.

Dalam kejadian tembak tersebut, anggota tentera yang berusia 26 tahun sedang membuat rondaan kawalan keselamatan di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand di sini, cedera selepas terkena tembakan dalam kejadian awal hari ini.

Kejadian berlaku pukul 4.30 pagi ketika beliau baru saja selesai membaiki pagar yang dikopak di kawasan berkenaan dan berdasarkan laporan polis, mangsa sedang melakukan rondaan bersama seorang lagi anggota tentera dengan menaiki motosikal tentera apabila mereka ternampak bahagian pagar keselamatan yang dikopak.

Mangsa kemudian turun daripada motosikal dan membaiki pagar itu sebelum ternampak cahaya lampu suluh dari arah negara jiran sejurus saja selesai membaiki pagar itu, mangsa kemudian ditembak sewaktu berjalan menuju ke motosikal.

Sekurang-kurangnya dua das tembakan telah dilepaskan sebelum mangsa digegaskan ke Hospital Kangar dan didapati terkena enam das tembakan iaitu dua pada paha kanan, satu pada paha kiri dan tiga pada bahagian belakang.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 31 July 2013

KOMUNIS BOLEH PERGI MAMPUS!

-FILEM BERTAJUK "BRAVO" MERUPAKAN FILEM SEBENAR YANG MEMAPARKAN BERTAPA BURUKNYA HATI PERUT KOMUNIS BUKAN MACAM FILEM PROPAGANDA KOMUNIS SEPERTI "THE NEW VILLAGE"! ELEH! PERASAN PULAK ADA KAMPUNG SENDIRI KAT MALAYSIA NI! KEKEKE!!!-


Sepatutnya filem sebegini yang diangkat dan filem propaganda komunis seperti New Village tidak dibenarkan tayangannya sama sekali. 

Sinopsis Bravo: Filem yang mengisahkan perjuangan lima anggota Komando (Rejimen Gerak Khas) ditugas mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Kawasan tengah semenanjung akan dijadikan lokasi menawan Malaysia dengan perjuangan bersenjata. Lima komando tersebut berjaya mengesan kem dan kedudukan musuh serta perancangan sulit mereka. Tetapi malangnya hubungan terputus akibat Set Komunikasi yang rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera yang sepatutnya tiba, mereka bertempur melawan hampir 200 gerila.

Sebelum pertempuran bermula, setiap dari mereka telah menulis wasiat. Dipetik dari kisah benar yang diselongkar melalui Diari Misi Komando. Dahulunya merupakan Rahsia Sulit ATM dan kini dipaparkan untuk sama-sama kita fikir dan nilai sumbangan mereka.

Teraju utama filem ini ialah Remy Ishak, Beto Khushairy, Hattan, Fizz Fairuz, Zul Huzaimi, Shashi Tharam, Adam Corrie, Frenkey, Fran Peterson, Kamal Adli dan beberapa lagi. Filem Bravo 5 ini dijangka akan ditayangkan pada hujung tahun ini (In Sha Allah)…

Kekuatan filem Bravo Lima bergantung kepada gabungan pelakon dan aksi daripada 12 pelakon lagak ngeri yang di bawa daripada Singapura dan China. Sebanyak 65 hingga 70 peratus adalah aksi yang akan menggunakan khidmat 120 anggota tentera dari ATM sendiri untuk menjayakan filem ini. Selain itu elemen dramatik, percintaan, kasih sayang, komedi, pengorbanan tidak lari diselitkan di dalamnya. (sumber)

-UnReportedNews™®

Wednesday, 19 June 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU TIADA KAITAN TUNTUTAN SULU!

-PENCEROBOHAN TIADA KAITAN DENGAN TUNTUTAN "SULTAN SULU" TERHADAP SABAH NAMUN LEBIH BERNIAT MENGHURU-HARAKAN KEAMANAN MALAYSIA! KO MASIH MENYIMPAN HASRAT NAK JADI "RAJA BORNEO" KER KIRAM? GILO! KEKEKE!!!- 

Pencerobohan di Lahad Datu tidak ada kaitan dengan tuntutan 'Sultan Sulu' tetapi adalah tindakan pengganas yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara khususnya di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Sabah, tegas Musa yang dilaporkan Bernama sebagai berkata, adalah sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat dalam Malaysia.

Sambil merujuk buku bertajuk 'Putting to Rest the Claim to Sabah by Self-proclaimed Sultanate of Sulu', beliau berkata Peguam Negara Malaysia menyatakan status negeri Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia yang sah adalah berdasarkan dua asas utama.

"Pertama, berdasarkan instrumen ikatan yang sah dan mengikut undang-undang, 'Sultan Sulu' pada masa dahulu telah secara sukarela menyerahkan sepenuhnya dan muktamad wilayah yang sekarang dikenali sebagai Sabah untuk selamanya semua tuntutan dan hak selain menerima hak bayaran wang serahan tahunan.

"Kedua, sebarang tuntutan atau hak 'Sultan Sulu' terhadap Wilayah Sabah walaupun ia sah atau wujud pada tahun 1962/1963 telah menjadi terbatal dan termansuh apabila penduduk Sabah membuat satu keputusan sendiri melalui pungutan suara pada tahun 1962 oleh Suruhanjaya Cobbold pada bulan Ogos hingga bulan September 1963," katanya.

Beliau berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah Setiausaha Agungnya telah melaksanakan satu lagi pungutan suara di mana rakyat di Sabah telah menyatakan hasrat mereka secara sukarela untuk merdeka daripada penjajahan British dan justeru, bersetuju untuk bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia.

Musa berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Klias) sama ada benar pihak Sultan Sulu III menuntut hak ke atas negeri Sabah dan siapakah yang disyaki sebagai dalang pencerobohan itu, semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Likas, di sini Selasa.

Musa yang juga pengerusi jawatankuasa keselamatan negeri berkata pengganas yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Tentera Di Raja Kesultanan Sulu' yang dianggarkan seramai 200 orang dikesan menceroboh di Lahad Datu pada 9 Feb lepas.

"Dalang pencerobohan ini ialah Datu Agbi Muddin Datu Kiram dan Jamalullail Kiram serta penglibatan warga Malaysia yang masih dalam siasatan polis.

Musa Aman
"Dalam kejadian tersebut, pengganas-pengganas berkenaan enggan berundur dari kawasan yang dicerobohi. Dengan itu pasukan keselamatan telah melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh dari Sulu tersebut pada 5 Mac," katanya.

Beliau berkata pertempuran itu menyebabkan seramai 80 orang terkorban, termasuk lapan anggota polis dan dua tentera Malaysia serta memaksa penduduk kampung meninggalkan rumah kediaman mereka.

Bagi menjamin keselamatan wilayah yang terlibat, katanya kerajaan telah mengisytiharkan kawasan Pantai Timur Sabah sebagai Kawasan Keselamatan Khas dan meletakkan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan berkenaan.

Musa berkata penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang diumumkan Perdana Menteri pada 7 Mac lepas adalah berikutan insiden pencerobohan di daerah Lahad Datu.

Penubuhan ESSCOM yang diterajui Ketua Pengarah Datuk Mohammad Mentek, antara lain bertujuan memantapkan lagi semua operasi yang dilaksanakan oleh pelbagai entiti pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen.

Ketua menteri berkata antara aspek utama yang dipertanggung jawabkan kepada ESSCOM ialah untuk meningkatkan kawalan keselamatan terutama di kawasan Perairan Pantai Timur Sabah selain meningkatkan kemampuan risikan di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, Musa berkata 10 daerah diwartakan sebagai Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) yang merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Katanya ESSCOM kini berada di landasan yang betul dan mampu bergerak seiring dengan visi, misi dan matlamat yang telah ditetapkan.

Justeru, visi ESSCOM adalah untuk menjadi peneraju kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Pantai Timur Sabah menjelang tahun 2017, katanya.

Beliau berkata ini termasuk mengekal dan meningkatkan aktiviti keselamatan di Kawasan Pantai Timur Sabah daripada sebarang ancaman musuh.

Ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan dalam membantu memacu pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat, katanya.

Selain itu, Musa berkata ESSCOM juga bermatlamat untuk memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Malaysia secara amnya dan di kawasan Timur secara khususnya, memastikan kesejahteraan penduduk terutama dalam menjaga kesihatan awam di kawasan yang terlibat.

Penubuhan ESSCOM turut memastikan anggota masyarakat bebas untuk membuat perjalanan di kawasan Pantai Timur Sabah dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi orang yang menduduki tanah atau premis secara tidak sah di dalam kawasan berkenaan.

Musa berkata bagi memastikan visi, misi dan matlamat dapat dicapai, ESSCOM mengenal pasti lima teras strategik yang akan dilaksanakan mulai tahun 2013 hingga 2017.

Ini termasuk memperkukuhkan kawalan keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah secara bersepadu bagi mewujudkan persekitaran yang selamat, meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat, merancang dan menyelaras penempatan semula selaras dengan keperluan pemeliharaan keselamatan awam bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, katanya.

Beliau berkata tumpuan juga diberikan kepada memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat Kawasan Pantai Timur Sabah bagi mengukuhkan perpaduan nasional dan menyelaras program pembangunan sosio ekonomi sebagai pemangkin kepada perkembangan keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah.

Kiram Al-Sulu
Sejak penubuhannya, pelbagai aktiviti dijalankan oleh ESSCOM, antaranya mengadakan pelbagai mesyuarat dan pemantauan terhadap tahap keselamatan dan ketenteraman semasa pilihan raya umum ke-13 dengan menempatkan dua pegawai kanan ESSCOM di kesemua 10 daerah yang diwartakan sebagai Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Katanya pihak ESSCOM berusaha mempertingkatkan jumlah anggota keselamatan dan aset bagi menghadapi sebarang anaman di masa hadapan. Kesemua agensi keselamatan dan penguatkuasaan akan berusaha untuk memastikan peristiwa yang berlaku di Tanduo, Lahad Datu tidak akan berulang.

Musa berkata kerajaan telah mengambil pelbagai yang wajar ke arah mewujudkan prasarana yang sesuai untuk menempatkan aset pasukan keselamatan di bawah ESSCOM.

Sehubungan itu, katanya, lima batalion akan ditempatkan di Kawasan Pantai Timur Sabah yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kerajaan masih meneliti lokasi yang sesuai untuk menempatkan kesemua lima batalion tersebut. Pada masa kini, pembinaan kabin khususnya bagi ibu pejabat ESSCOM dan beberapa balai polis hanya bersifat sementara.

"Di samping itu, kerajaan juga prihatin terhadap kebajikan penduduk kampung yang terlibat semasa penerobohan tersebut. Justeru, kerajaan mempunyai dua cadangan bagi penempatan semula kampung di Tajung Batu dan kampung di Tanjung Labian yang terlibat dalam insiden pencerobohan pengganas baru-baru ini," katanya.

Bagi penduduk kampung di Tanjung Batu, Musa berkata penempatan kampung berkenaan sedang dalam proses pembinaan di atas Tanah Cadangan Simpanan Kampung Tanjung Batu yang berkeluasan 6.1 hektar, melibatkan pembinaan 25 buah rumah baharu.

"Empat daripada rumah tersebut dibina di atas tanah bergeran, manakala sebanyak 21 buah rumah lagi dibina di atas tanah kerajaan negeri. Pada ketika ini, projek pembinaan rumah-rumah tersebut telahpun bermula dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2013," katanya.


Beliau berkata bagi cadangan penempatan penduduk kampung di Tanjung Labian, penempatan akan dibina di atas Tanah Simpanan Rancangan Penempatan daerah Lahad Datu iaitu Kampung Tenagian, melibatkan pembinaan sejumlah 52 buah rumah baharu.

Kebenaran bagi memasuki dan memulakan pembinaan telahpun diperoleh daripada Jabatan Tanah dan Ukur tetapi proses bagi menentukan sempadan masih belum diputuskan oleh Juruukur Daerah, katanya.

Sementara itu, sejumlah 106 rumah yang rosak semasa insiden tersebut telah dibaiki sepenuhnya oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui Giat Mara dan Felcra Sdn Bhd.

Berikutan pencerobohan itu, Musa berkata seramai 31 orang telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca dan dalang dalam pencerobohan itu.

Beliau berkata ketika ini tahap keselamatan di Sabah khususnya di daerah di bawah liputan ESSCOM adalah terkawal, dan sehingga kini, tidak ada insiden pencerobohan baru yang dilaporkan.

Bagaimanapun, Musa berkata ESSCOM sentiasa memantau perkembangan keselamatan terutama di Kawasan Pantai Timur Sabah dan menegaskan agensi keselamatan termasuk ATM, PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sentiasa membantu dan akan bertindak sekiranya terdapat sebarang ancaman baharu ke atas keselamatan Sabah

Pada masa yang sama, Malaysia menyangkal dakwaan media Filipina mengenai berlakunya ppertempran diantara pasukan keselamatan negara dengan kira-kira 400 tentera bersenjata Sulu di daerah Lahad Datu.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai ESSCOM, Datuk Mohamad Mantek memberitahu The Star pada selasa bahawa dakwaan berlaku pertempuran itu adalah tidak masuk akal.

"Tiada insiden seperti itu berlaku.

"Tiada berlaku sebarang pencerobohan atau pergerakan sesiapa. Tiada apa-apa berlaku," katanya.

Menurut beliau, dakwaan sedemikian adalah berniat jahat dan bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.

Mohamad berkata, polis sedang meneruskan siasatan terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Kampung Tanagian, dalam Zon Tanjung Labian, Lahad Datu pada petang Isnin sebelum mereke menghilangkan diri.

Media Filipina melaporkan bahawa kira-kira 400 lelaki bersenjata Sulu bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia di Kampung Tungku dekat Lahad Datu pada petang Isnin.

Jurucakap kumpulan bersenjata Sulu, Abraham Idjirani mendakwa pertempuran itu dilaporkan kepadanya oleh Agbimuddin Kiram yang juga adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram.

Abraham mengakui mereka memasuki Kampung Tungku kira-kira pukul 1 petang sebelum bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 18 June 2013

SEKUMPULAN LELAKI BERPAKAIAN SERBA HITAM CULIK GADIS DI LAHAD DATU!

-KEJADIAN DIMANA SEORANG GADIS YANG MENDAKWA DIRINYA DILARIKAN SEKUMPULAN LELAKI MENGINGATKAN KITA KEPADA IGAUAN NGERI RAKYAT SABAH TERUTAMANYA, PENDUDUK LAHAD DATU SEWAKTU INSIDEN PENCEROBOHAN LANUN SULU DI SANA PADA AWAL TAHUN INI!-

PASUKAN keselamatan bertanyakan sesuatu kepada mangsa yang 
mendakwa diculik di Kampung Tanagian, Lahad Datu semalam

Seorang wanita mendakwa anak saudara perempuannya berusia 14 tahun telah diculik dan dilarikan dari sebuah rumah oleh 12 lelaki berpakaian serba hitam dalam kejadian di Kampung Tanagian, Felda Sahabat Lahad Datu dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, wanita tersebut mendakwa mangsa telah dibawa ke sebuah ladang sebelum diikat di sebatang pokok berdekatan rumahnya.

Bagaimanapun, remaja tersebut berjaya melepaskan diri sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibu saudaranya.

Berdasarkan laporan, ketika ditahan, wanita itu mendakwa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan telah menanyakan mengenai dua individu kepada anak saudaranya.

"Mereka mencari Bintor dan Tasha namun mangsa tidak mengenalinya sebelum dia ditinggalkan di situ," kata wanita itu.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang dipetik Kosmo Online berkata, polis yang mendapat laporan mengenai kejadian itu telah bergegas ke lokasi ladang kira-kira pukul 2 petang.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 11 June 2013

HELLO KIRAM! APA KHABAR?

-HUH! KHABAR TAK BAIK! "BETA" TIBA-TIBA JE JADI "GERING" BILA DENGAR CERITA "BETA" AKAN DITANGKAP TAK LAMA LAGI! OKLAH! "BETA" INGIN "BERADU"! JANGAN GANGGU LAGI! KEKEKE!!!-

Hello AI, Mati le beta kalau macam ni! Hello-hello! Hampeh! Diletaknya talipon tu!
Ketua kumpulan pengganas dari Filipina, Jamalul Kiram III serta pengikutnya dijangka diberkas dalam tempoh terdekat selepas Biro Siasatan Antarabangsa (NBI) Filipina mengemukakan laporan siasatan insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah kepada Kementerian Kehakiman negara tersebut baru-baru ini.

Dalam laporan siasatan tersebut, turut dilampirkan adalah cadangan untuk menangkap dan mendakwa ketua pengganas itu bersama 38 pengikutnya yang meloloskan diri dalam operasi pihak berkuasa Filipina di Kepulauan Tawi-tawi bulan lalu.

Menurut sumber, antara perkembangan terbaru yang diterima pihak berkuasa Malaysia ialah laporan siasatan telah diserahkan kepada kementerian terlibat di negara itu yang akan bertanggungjawab mendakwa dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka.

“Mereka dikatakan akan dikenakan tiga tuduhan iaitu melancarkan perang ke atas negara luar, memiliki senjata api secara haram dan larangan membawa senjata api sewaktu tempoh pilihan raya memandangkan ketika insiden itu, Filipina dalam proses kempen pilihan raya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sumber berkata, siasatan yang dijalankan pihak berkuasa negara itu berjaya mendedahkan pencerobohan Lahad Datu dan Semporna oleh pengganas Kiram sebenarnya telah dirancang beberapa bulan sebelum mereka mendarat di perairan pantai timur Sabah pada Februari lalu.

Hai mambang kuning berbelang! Janganlah beta ditangkap! Pui!
“Menurut pihak berkuasa Filipina, rancangan pencerobohan berdarah itu telah mula diatur sejak November lalu sebelum hampir 200 ahli kumpulan pengganas mendarat di perairan Sabah,” katanya.

Sumber turut memberitahu, dalam waktu sama pihak berkuasa negara itu sedang giat memburu adik Kiram iaitu Agbimuddin Kiram yang kini dikesan bersembunyi di kepulauan di Filipina.

Tambahnya, pihak Filipina juga bersedia untuk menyerahkan Agbimuddin kepada pihak berkuasa Malaysia untuk dibicarakan di sini manakala abangnya, Jamalul Kiram III akan menjalani perbicaraan dan hukuman di Filipina.

Menurut beliau, berita mengenai permohonan tangkapan Jamalul Kiram III akan memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia khususnya di Sabah yang marah dengan perbuatan zalim dilakukan oleh kumpulan itu.

Dalam pada itu, media Filipina hari ini melaporkan kerajaan negara itu akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung keputusan sama ada pengganas Kiram akan diekstradisi ke Malaysia untuk menjalani hukuman di negara ini atau sebaliknya. (Sumber).



-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List