Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Monday, 16 March 2015

Nurul Izzah Ditahan Di Bawah Akta Hasutan


KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Nurul Izzah Anwar telah ditahan reman berhubung ucapan ‘Ketua Pembangkang’ yang dibuat pada Selasa lalu.

“Dia telah ditahan dan akan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Nurul Izzah hari ini hadir bersama aktivis, Safwan Anang ke IPD tersebut untuk memberi keterangan berkenaan penglibatannya dalam himpunan #KitaLawan baru-baru in.

Sebelum itu, beliau memaklumkan, telah diberikan notis oleh pihak polis berkaitan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan juga Akta Hasutan 1948. (Baca sepenuhnya

-UnReportedNews™®

Wednesday, 7 January 2015

Pegawai Khas ADUN Sarawak Ditahan Polis Berkaitan Kes Dadah


KUCHING: Polis menahan pegawai khas seorang wakil rakyat di wilayah tengah Sarawak semalam bagi membantu siasatan kes pengedaran dadah.

Difahamkan, suspek yang berusia lingkungan 50-an ditahan dalam serbuan di pusat khidmat wakil rakyat terbabit, bertindak atas maklumat risikan dan aduan awam.

Sumber memberitahu BH, hasil pemeriksaan kemudian menemui beberapa bungkusan plastik lutsinar dipercayai mengandungi pil khayal disembunyikan di premis berkenaan.

"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret/Sesyen Mukah esok bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut, termasuk mengenalpasti dari mana bekalan dadah terlarang itu diperoleh dan rangkaian pengedarannya," katanya.

Sumber berkata, hasil siasatan awal tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan sebagai pusat pengedarannya, dengan sebagai besar 'pelanggan' adalah kalangan penagih setempat.

Sementara itu, wakil rakyat terbabit gagal dihubungi bagi mendapatkan maklum balas mengenai penahanan pegawai khasnya itu. - BH -UnReportedNews™®

Saturday, 13 December 2014

Pasangan Suami-isteri Ditemui Mati Dalam Keadaan Misteri Di Kuching


Dua mayat, seorang lelaki dan wanita ditemui dalam keadaan separa reput didalam sebuah kenderaan di Santubong berdekatan Bandaraya Kuching di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi Sarawakiana mengesahkan kejadian sambil menyatakan polis menerima maklumat tersebut menerusi panggilan talipon dari orang awam.

"Setelah mendapat maklumat dari orang ramai lebih kurang jam 8 pagi, sepasukan polis menemui sebuah kereta jenis Proton Saga  (JCN4655) yang diletakkan di tepi jalan menuju ke Kampung Sungai Tiram, Pasir Pandak, Santubong."

"Kenderaan di temui dalam keadaan berkunci dan polis kemudiannya mendapati terdapat dua mayat; seorang lelaki dan wanita dalam keadaan 20 peratus reput."

"Mayat lelaki di temui dalam keadaan duduk di tempat duduk pemandu sementara mayat wanita berkenaan di temui dalam keadaan berbaring di tempat duduk penumpang hadapan."

Siasatan awal polis mendapatui tiada kesan kecederaan di kedua mayat, tiada kehilangan harta benda dan tiada tanda kerosakan pada kenderaan tersebut.

Polis telah mengenalpasti identiti kedua mayat sebagai pasangan suami isteri; Aziz Mohamad Basiron (lelaki), 30-tahun dari Kampung Semilang, Kuching dan Sharipah Aini Wan Mohamad (wanita), 27-tahun dari Kampung Hilir, Beladin, Pusa.

Polis juga sedang mengesan waris kedua mayat dan bedah siasat akan dilakukan pada jam 3 petang ini di Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menentu punca kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai SDR (mati mengejut) sehingga laporan bedah siassat itu diperolehi. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Monday, 27 October 2014

Ketua Polis Negeri Yang Gagal Gempur Perjudian Haram Akan Di Tukar 24 Jam - KPN


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggempur habis-habisan kegiatan perjudian haram di seluruh negara dalam usaha menghapuskan jenayah itu sehingga ke akar umbi.

Utusan Malaysia difahamkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri telah mengeluarkan arahan kepada semua Ketua Polis Negeri untuk melancarkan ‘peperangan’ terhadap pengusaha mesin judi yang dianggap oleh satu sumber sebagai satu tindakan drastik oleh pasukan berkenaan.

Melalui arahan tersebut, Khalid memberi tempoh seminggu kepada semua Ketua Polis Negeri menyelesaikan isu mesin judi.

“Jika gagal berbuat demikian, pegawai terlibat akan ditukarkan dalam tempoh 24 jam,” kata satu sumber di sini, hari ini. (Baca sepenuhnya

-UnReportedNews™®

Tuesday, 30 September 2014

Wajah Individu-Individu Disyaki Terlibat Dalam Kes Godam ATM





Di atas adalah wajah individu-individu, warga asing Latin Amerika yang dipercayai terlibat dalam kes pengodaman mesin ATM yang di ambil dari CCTV di permis-permis kejadian.

Setakat semalam (Isnin) sebanyak 10 kes (dua kes pada hari Ahad dan lapan kes pada hari Isnin) berkaitan pengeluaran wang di mesin-mesin ATM yang melibatkan kerugian lebih dari RM1 juta ringgit.

Setakat ini, kes pengodaman mesin ATM hanya melibatkan Bank Al- Rajhi, Bank Affin dan Bank Islam di Negeri Selangor dan berikut adalah lokasi bank-bank yang telah digodam:

1. Cawangan bank: Al- Rajhi Kota Damansara, PJ
Masa Kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: RM285,700

2. Cawangan bank: Affin Bank Jalan Yong Shook Lin, PJ
Masa kejadian: 27.9.14 Kerugian: RM303,000

3. Cawangan bank: Affin Bank USJ10/1J
Masa kejadian: 27.9.14 @ 5:30 pm Kerugian: RM265,000

4. Cawangan bank: Al- Rajhi Seksyen 9, Shah Alam
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:30 pm Kerugian: RM116,000

5. Cawangan bank: Al-Rajhi Wisma Metro Kajang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui

6. Cawangan bank: Al-Rajhi Puchong
Masa kejadian: 29.9.14 @ 01:12 am Kerugian: belum diketahui

7. Cawangan bank: Al-Rajhi Kelana Jaya
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui

8. Cawangan bank: Al-Rajhi Jalan Raja Bot, Klang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 4:00 pm Kerugian : RM150,000

9. Cawangan bank: Bank Islam Seksyen 14, PJ
Masa kejadian: 29.9.14 @ Kerugian: RM 395,850

10. Cawangan bank: Bank Islam Jalan PJU 5/5 Dataran Sunway
Masa kejadian : 29.9.14 @ Kerugian: RM: 221,160

Dari raut wajah suspek-suspek yang dirakam dari CCTV tersebut, mereka dipercayai berumur dalam lingkungan 20 ke 30-an.

Sumber polis memberitahu Sarawakiana bahawa pihak berkuasa di setiap sempadan di seluruh negara sedang dalam keadaan berjaga-jaga dan siap-siagam sekiranya suspek-suspek tersebut ingin melarikan diri dari negara ini. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Sunday, 28 September 2014

KPD Kuching Peringatkan Ahli Parlimen DAP Supaya Cakap Biar Berfakta


KUCHING: Ketua Polis Kuching ACP Roslan Bek menyelar Ahli Parlimen Stampin (DAP) Julian Tan agar tidak membuat kenyataan media mengenai statistik jenayah tanpa fakta yang boleh memberi tanggapan yang salah kepada orang ramai terhadap polis .

"Kenyataan MP Stampin tersebut hanya melalui berdasarkan cakap-cakap dan andaian saja tanpa memberi statistik jumlah tempat dan waktu kejadian."

"Beliau (Julian) sepatutnya lebih peka dan membantu mangsa membuat laporan polis kerana laporan tersebut adalah penting untuk dijadikan rekod dan statistik untuk pihak polis merancangkan penugasan."

Roslan mengingatkan Julian sepatutnya tampil memberi nasihat kepada penduduk setempat bagaimana untuk menjaga harta benda masing-masing dan bukan hanya menunding jari kepada polis.

Roslan memberi respon kepada kenyataan MP Stampin yang dipaparkan di akhbar Utusan Borneo (September 26, 2014) bertajuk "Jenayah Jalanan Membimbangkan".

"Tidak dinafikan jenayah tersebut memang berlaku tetapi ianya masih terkawal dan jumlah kejadian telah menunjukkan penurunan jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu," katanya sambil menambah statistik jenayah IPD Kuching jelas menunjukkan penurunan.

Menegaskan kadar pertuduhan menepati KPI yang ditetapkan setiap bulan, Roslan mendedahkan pelbagai operasi juga telah dijalankan dan tangkapan setakat ini mencecah hampir 1,000 orang dan ini semuanya adalah fakta.

Berikut adalah statistik tangkapan dan tuduhan jenayah serta penyelesaian kes yang meningkat (bagi kawasan Kuching)

Perbandingan Indeks Tahunan sehingga tarikh terkini : (01hb Januari- 26hb September 2013/2014)
- 2013 : 2,046 kes @ selesai: 807 kes = (39.44%) berbanding dengan 2014 : 1,679 kes @ selesai: 829 kes = (49.73%)
- Penurunan kes sbyk: -367 kes = (-17.94%)

Bagi Jenayah Jalanan :
- 2013 : 174 kes @ selesai: 64 kes = (36.78%) berbanding dengan 2014 : 137 kes @ selesai: 54 kes = (39.42%)
- Penurunan sebanyak: -37 Kes = (-21.26%)

Jumlah Tangkapan Bagi Tempoh ( 01hb Januari - 25hb September 2014 )
1. Bunuh 302KK - 7 orang
2. Rogol - 21 orang
3. Samun Berkawan T/Senjatapi- 77 orang
4. Samun Tanpa Senjatapi- 16 orang
5. Mendatangkan Cedera- 123 orang
6. Lain-lain Curi - 202 orang
7. Curi M/Lori/Van - 35 orang
8. Curi M/Mar - 45 orang
9. Curi M/sikal: 288 orang
10. Curi Ragut- 9 orang
11. Pecah Rumah Siang hari- 47 orang
12. Pecah Rumah Malam Hari- 95 orang
Jumlah : 965 orang

Kadar Pertuduhan @ Charging Rate untuk Bulan September 2014 setakat 26/9/2014 adalah (77 Tuduh) = (40.96%)

Jumlah OP Lejang/OP Pintu & OP Rentap (01hb-25hb Sept. 2014)
1. OP Lejang :
SJR = 42 Kali

Operasi Balai/ Cawangan : 297 Kali
2. OP Pintu = 67 Kali
3. OP Rentap: 37 kali

Statistik Ops Dadu/mesin komputer mulai 1.1.2014 - 25.9.2014
Jum. serbuan : 153 kali
Jum. tangkapan: 225 org
Jum. rampasan: 1878 unit komputer.
Jum. Tuduh : 133 orang

Menyeru orang ramai untuk memberi kerjasama membuat laporan polis jika berlaku sebarang kejadian jenayah, Roslan menekankan membuat andaian pihak polis tak boleh buat apa-apa adalah tidak tepat, kerana jika masyarakat memberi kerjasama kita amat yakin sesuatu kes itu mudah diselesaikan.

"Berilah kepercayaan dan keyakinan kepada pihak polis untuk membantu masyarakat semua ... berilah sebanyak mungkin maklumat kepada pihak polis," tambahnya lagi. -Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

Friday, 19 September 2014

Laporan Polis Terhadap Chong Hina Negaraku


Syabas kepada Pemuda BN Sarawak kerana mengambil inisiatif membuat laporan polis siang tadi terhadap Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang didakwa telah menghina lagu Kebangsaan.

Laporan polis itu dibuat bersama oleh dua orang Naib Pengerusi Pemuda BN Sarawak Liwan Lagang dan Tan Kai serta beberapa orang pemimpin BN Sarawak yang lain di Balai Polis Gita, Petra Jaya.

Chong, yang juga Ahli Parliemen Kuching dan ADUN Kota Sentosa dikatakan menulis pada statusnya akaun Facebooknya dimana beliau seakan memperlekehkan lagu Negaraku sewaktu lagu tersebut dimainkan sebelum sebuah filem bermula dalam pawagam beberapa hari yang lepas. (Baca selanjutnya)

-UnReportedNews™®

Monday, 15 September 2014

KEBOCORAN KERTAS UPSR: EMPAT GURU DITAHAN


KUALA LUMPUR: Polis menahan empat guru bagi membantu siasatan kes pembocoran kertas Science dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Pulau Pinang dan Perak pada jam 3.30 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, guru terbabit terdiri tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun. 

“Mereka ditahan selepas sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu beberapa lokasi Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak. 

“Dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas gajet komunikasi yang digunakan untuk dianalisa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada pihak polis. 

“Kami juga menasihatkan kepada mana-mana pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai,” katanya. 

Sehingga kini, seramai 10 individu telah diambil keterangan terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru. 

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga. 

LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baru bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu. 

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai-MyMetro

-UnReportedNews™®

Thursday, 11 September 2014

UPSR Bocor : Guru dari Perak kena tahan polis


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenal pasti individu yang bertanggung jawab menyebarkan soalan UPSR bagi subjek Bahasa Melayu Penulisan, Matematik dan Sains di laman-laman sosial.

Individu tersebut yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan di Perak telah ditahan untuk siasatan lebih lanjut. 

Difahamkan juga, sekolah tersebut merupakan sekolah yang terletak di pedalaman negeri ini. Disebabkan kedudukannya yang jauh di pedalaman, kertas-kertas soalan UPSR telah sampai di pusat-pusat peperiksaan di kawasan tersebut sehari lebih awal daripada tempat-tempat lain. 

Guru tersebut telah memanipulasikan keadaan ini dengan bertindak mengambil gambar soalan tersebut dan menyebarkan gambar-gambar itu melalui aplikasi whats app. 

Dalam kes berkaitan, peperiksaan UPSR bagi kertas Sains terpaksa di tangguhkan kepada tarikh 30 September 2014 disebabkan kebocoran soalan di laman-laman sosial yang tidak dapat dibendung lagi. 

Selain itu, pihak SPRM juga mengingat kan kepada orang ramai agar berhenti melakukan aktiviti penyebaran ini kerana ianya akan memberikan kesan buruk kepada mental murid-murid terlibat.

Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh sebentar tadi. (sumber)

-UnReportedNews™®

Tuesday, 9 September 2014

Kemalangan Melibatkan Empat Kenderaan, Penunggang Motorsikal Maut





KUCHING: Seorang penunggang motorsikal maut dalam satu kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan termasuk dua kenderaan pacuan empat roda dan sebuah van di Jalan Tun Jugah,Kuching Berdekatan Flyover BDC di sini sebentar tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek mengesahkan kejadian menyatakan kemalangan berlaku lebih kurang jam 8:30 malam.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan Toyota Hilux yang datang dari arah Batu 7 menghala ke pusat bandar telah hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

Toyota Hilux tersebut kemudiannya bertembung dengan sebuah kenderaan vrvan yang bergerak lurus menghala ke Batu 7, manakala mangsa yang menunggang motosikalnya yang sedang bergerak mengekori van telah melanggar van berkenaan dari arah belakang.

Manakala sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda yang juga dari arah pusat bandar menghala ke Batu 7 tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kenderaan Hilux tersebut.

Mangsa yang dikenalpasti identitinya sebagai Abu Bakar Sam, 44 tahun maut ditempat kejadian dan kes masih dalam siasatan dibawah Seksyen 41(1)apj 1987. -Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

Friday, 5 September 2014

SASPEK INSIDEN RUSUHAN DI STADIUM NEGERI SARAWAK DIKENALPASTI




KUCHING: Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad menunjukkan beberapa gambar individu yang dikehendaki untuk tampil menyerah diri di Balai Polis yang berdekatan untuk siasatan lanjut berhubung dengan insiden rusuhan yang berlaku ketika perlawanan bola sepak Piala Malaysia dimana pertemuan diantara Perak dan Sarawak yang diadakan di Stadium Negeri Sarawak Sabtu lalu.

Oleh yang demikian, orang ramai yang mengenali individu terbabit diminta memberi kerjasama kepada pihak polis dalam memberi maklumat mengenai individu yang dikehendaki tersebut. Lagi gambar dari Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.-Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

Tuesday, 2 September 2014

ADUN DAP PIASAU MEMUATNAIK GAMBAR PALSU UNTUK BANGKITKAN KEMARAHAN TERHADAP PDRM?


ADUN DAP Piasau, Alan Ling Sie Kong yang tidak tahu apa-apa termasuklah melaksanakan tugasnya sebagai ADUN, cuba mengambil kesempatan dengan menyemarakkan kebencian orang awam terhadap PDRM.

Alan Ling Sie Kong dalam Facebooknya menyiarkan sekeping gambar yang konon-kononnya seorang remaja yang mengalami kecederaan setelah berlaku kekecohan dan rusuhan dalam sebuah perlawanan di ntara Sarawak dan Perak. Kononnya juga, polis tidak mempedulikan remaja yang cedera itu dan tidak bertanggungjawab terhadap tahap keselamatan di stadium tersebut.

Malangnya, gambar yang digunakan untuk melakukan fitnah terhadap PDRM adalah gambar Abu Khattab Al-Malizia, salah seorang rakyat Malaysia yang terbabit dalam perang saudara di Syria yang mengalami kecederaan. baca selanjutnya 

-UnReportedNews™®

KETUA POLIS NEGARA: TIADA MAAF LAGI KEPADA PENGHASUT


Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak permohonan maaf yang dikemukakan oleh penguna media sosial yang mengeluarkan kenyataan biadap dan menghina pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Khalid melalui laman twitternya berkata individu yang menyalahgunakan rangkaian media sosial untuk menghina, mengutuk dan menghasut hanya perlu menunggu tindakan diambil terhadap mereka.

“Tiada Maaf lagi kepada sesiapa jua yang menyalahgunakan rangkaian media untuk menghina/mengutuk dan menghasut. Tunggu tindakan@PDRMsia” ujar beliau di twitter sebentar tadi.

Beliau sebelum ini telah mengarahkan Police Cyber Investigation Response Centre (PCIRC) untuk mengambil tindakan dan menjalankan siasatan terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina PDRM melalui media sosial.

Pengguna Twitter menggunakan nama Viktor Wong (@wonghoicheng) sebelum ini menulis: “Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless @KBAB51 Henrich Himmler of Malaysia.” (Celaka PDRM. Terima kasih kepada @KBAB51 yang kejam, Henrich Himmler Malaysia).

Viktor kemudiannya menarik kembali kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Khalid dan PDRM.

Manakala seorang lagi pengguna twitter bernama Nasrul Omar (@ennasrul) yang menuduh Khalid sebagai ‘anjing BN’ telah menutup akaun tersebut. -Suara.tv

-UnReportedNews™®

Sunday, 31 August 2014

RUMAH GUAN ENG DIBALING BOM, DI MANA PPS?


Kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan telah dibaling dengan bom botol ‘molotov cocktail’ pada kejadian kira-kira jam 11.48 malam di ambang Hari Merdeka semalam.

Koknya beberapa hari sebelum ni, Guan Eng dengan bongkak dan lantang mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk berdepan dengannya didalam isu pertubuhan haram PPS, bila dah kena hal, pandai lak apek ni memanggil polis.

Bak kata apek tu, "Saya boleh tunggu... mana mana saya tunggu"..


Apasal panggil polis plak? Ngape tak panggil PPS? Mana pegi PPS? Oh ya, lupa plak aku, kebanyakkannya telah ditahan polis pagi tadi sebab terlalu gedik nak mencabar polis dan mengambil bahagian dalam perarakan sambutan Hari Merdeka di Penang .. Ambik kaw...Kahkahkah!!!


-UnReportedNews™®

Saturday, 30 August 2014

VIDEO: PPS MAHU PERANG SAMA POLIS?


Selepas menggelar Ketua Polis Negara Sebagai tidak waras kerana mengeluarkan arahan menyiasat pertubuhan haram PPS , DAP hari ini berkeras akan mempertahankan PPS walaupun ianya jelas menyalahi undang-undang sedia ada.

Setiausaha Agung DAP , Lim Guan Eng juga secara angkuh menyatakan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak takut kepada Ketua Polis Negara dan PDRM serta memberi amaran supaya jangan main-main dengan PPS.

Persoalannya kini mengapa Guan Eng selaku Ketua Menteri boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tahu bahawa apa yang dipertikaikan adalah disebabkan oleh tindakan keterlaluan anggota PPS yang dilihat bukan menjurus kepada mengawal keselamatan orang awam.

Insiden memukul ala mafia melibatkan anggota PPS yang berlaku di Pulau Pinang sejak pasukan itu ditubuhkan sudah cukup untuk menimbulkan kesangsian banyak pihak.

Insiden ini berlaku setelah seorang anggota PPS dilaporkan telah menyerang seorang lelaki cina sehingga menyebabkan kecederaan serius.Disebabkan tindakan sedemikian maka banyak pihak tampil mempertikaikan PPS dan setelah disiasat pasukan itu tidak didaftarkan secara sah.

Memandangkan anggota pasukan ini terlibat dalam mengawal keselamatan orang awam maka kegagalan pasukan ini didaftarkan dengan pihak yang sepatutnya mengundang kerisauan banyak pihak memandangkan sudah terdapat insiden rakyat dibelasah oleh anggota PPS.



Persoalan timbul siapakah yang memantau para anggota pasukan PPS ?

Siapakah yang memberikan latihan kepada anggota PPS ?

Dalam masa yang sama anggota PPS turut dikesan melakukan tugas-tugas parti DAP dengan memakai pakaian seragam mereka. Adakah ini merupakan sebahagian daripada tugas-tugas PPS ?

Guan Eng ternyata cuba untuk menutup kelemahan sendiri dengan membuat kenyataan secara terbuka bahawa kerajaan negeri DAP tidak takut dengan pihak PDRM seolah-olah satu cabaran dibuat kepada pihak Polis supaya jangan sesekali mengganggu apa sahaja urusan yang dibuat oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Bukankah itu juga merupakan satu ugutan yang boleh diklasifikasikan sebagai ancaman kepada pihak PDRM sendiri dan apakah DAP kini mahu "berperang" dengan PDRM ? (sumber



-UnReportedNews™®

Sunday, 24 August 2014

PENGANGGUR TUNJUK ISYARAT LUCAH PADA POLIS DI TANGKAP


Gara-gara nak menunjuk "terrer" kepada kenkawannya, seorang penganggur 18-tahun di berkas oleh polis selepas membuat isyarat lucah dengan kedua jari hantunya di Bandaraya Kuching semalam.

Kejadian berlaku lebih kurang jam 2 petang, ketika dua anggota polis pelancung sedang membuat rodaan bit rutin di sepanjang Waterfront Kuching.

Sedang mereka membuat pemeriksaan ke atas sekumpulan remaja yang merayau-rayau di sana, salah seorang dari remaja tersebut telah menunjukkan isyarat lucah dengan menunjukkan jari hantu kedua-dua belah tangan kepada mereka.

Saspek kini dalam tahanan polis dan akan dihadap ke mahkamah pada hari Isnin depan.

Difahamkan saspek akan di dakwa di bawah seksyen 509 Penal Kod Keseksaan; mengeluarkan perkataan atau menunjuk isyarat lucah yang bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang.

Timbalan Ketua Polis Kuching Supt Fauzilan Abdul Aziz, keteika di hubungi mengesahkan kejadian.

Jika sabit kesalahan, saspek boleh dikenakan penjara tidak lebih dari lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hai, kok ya pun nak melepak, lepak ler, maklumlah hari Sabtu, hari muda-mudi ler katakan tapi janganlah sampai nak carik pasal dengan polis. polis hanya menjalankan tugas, hormatlah sikit, tak payahlah nak tunjuk-tunjuk jari pulak.

Kecik-kecik dah nak tunjuk rebel, kalau dah geram sangat dan tak tahan nak tunjuk-tumjuk jari tu, sumbat je jari-jari ko tu ke dalam lubang hidung sendiri .. haa.. kan dah kena tangkap .. padan muke ko .. kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Wednesday, 6 August 2014

BREAKING NEWS: PELANCONG ASING DIROMPAK & DIBUNUH DI KUCHING? (UPDATED)




Gambar-gambar ini aku ambik semasa nak menghantar anak aku sekolah pagi tadi di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching.

Menurut sumber polis, mangsa, seorang pelancong lelaki warga asing berkulit putih di percayai di pukul oleh lebih dari seorang suspek di hadapan sebuah kedai telekomunikasi di sebelah hotel bujet.

Mangsa juga dipercayai  cuba melarikan diri namun gagal dan mati di hadapan sebuah perhentian bas berdekatan tempat kejadian.

Kelihatan juga unit forensik serta unit anjing pengesan polis yang menyiasat di kawasan berkenaan.

Identiti mangsa masih belum didedahkan pihak polis yang sedang menyiasat kes ini.


(Updated) DUA mangsa merupakan warga Ireland berusia 22 dan 23 tahun, pelajar jurusan perubatan yang membuat praktikal di salah sebuah hospital swasta di Sarawak.

Salah seorang mangsa di percayai di tikam di bahagian belakang dengan sebilah pisau yang masih tertusuk di badannya. Kedua mayat ditemui polis terbaring di tepi kedai telekomunikasi dan di hadapan perhentian bas di jalan berkenaan.

Sumber polis menyatakan kedua mangsa sebelum kejadian dikatakan telah minum di sebuah pusat hiburan berdekatan dan berjalan melalui kawasan tersebut sebelum bertengkar dan bergaduh dengan sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kereta.

Difahamkan TIGA suspek lelaki tempatan telah ditahan polis berkatian kejadian tersebut. (Updated) Suspek keempat juga telah diberkas oleh pihak polis lebih kurang jam 4.45 petang sebentar tadi di kawasan Kenyalang di Kuching.

-UnReportedNews™®

Thursday, 10 July 2014

MANGSA CULIK DI SABAH BERJAYA DI SELAMATKAN!


Pada 6 Mei lalu, seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, Sabah telah menjadi mangsa culik lima lelaki bersenjata.

Bagaimanapun, menerusi laporan terkini sebuah akhbar tempatan, mangsa, Yang Zai Lin, 34, telah berjaya diselamatkan awal pagi tadi.

Ia disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditemui selepas menghadiri taklimat penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Escomm) di Kota Kinabalu, hari ini.

Mengimbas kembali kejadian itu, mangsa diculik kira-kira jam 2.45 pagi dan kejadian itu turut melibatkan kejar-mengejar antara anggota pasukan keselamatan dan pertahanan Esscom.

Unit udara dan laut telah bertindak mengejar dan memintas bos yang dinaiki penjenayah dari selatan Filipina itu termasuklah dengan berbalas tembakan berhampiran pulau Mataking sebelum mereka berjaya meloloskan diri ke perairan antarabangsa.

Insiden itu berlaku selepas sebulan seorang pelancong yang juga warga China diculik di sebuah resort di Semporna. (sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 4 July 2014

GAMBAR: LELAKI DISYAKI CUBA MENCURI TERLEKAT KEPALA DILANTAI!



DUNGUN - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.

Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.

Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.

"Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.

Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.

Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.

Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List