Showing posts with label Putra jaya. Show all posts
Showing posts with label Putra jaya. Show all posts

Wednesday, 11 September 2013

ELAK PERJALANAN KE ZAMBOANGA YANG KINI SEDANG BERGOLAK

-MALAYSIA MENGIKTIRAF & MENGHORMATI KEDAULATAN NEGARA RAKAN SE-ASEANNYA ITU & TAK SESEKALI AKAN MENCAMPURI URUSAN DALAMAN NEGARA FILIPNA NAMUN ATAS SEBAB KESELAMATAN, KERAJAAN MALAYSIA MENASIHATI AGAR SEMUA WARGANEGARANYA ADA PERANCANGAN UNTUK PERGI KE SANA MENANGGUH PERJALANAN MEREKA SEHINGGA KEADAAN KEMBALI PULIH! APASAL PLAK AKU TERINGAT PADA SI KIRAM YER? KEKEKE!!!-

Tiada rakyat Malaysia dikesan berada di kawasan pertempuran bersenjata antara sekumpulan anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan pasukan keselamatan Filipina di Zamboanga, selatan Filipina.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan hari ini menyatakan walaupun demikian, Kedutaan Besar Malaysia di Manila dan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City telah diarah mengambil langkah sewajarnya bagi membantu rakyat negara ini yang mungkin terjejas.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) meningkatkan kawalan keselamatan di sepanjang perairan Sabah bersempadan dengan selatan Filipina, jelas Anifah dan menambah, rakyat Malaysia yang berhasrat untuk ke kawasan berkenaan juga diminta menangguhkan sementara perjalanan mereka sehingga keadaan keselamatan kembali pulih.

Menjelaskan sebagai fasilitator kepada proses damai antara Kerajaan Filipina dan MILF, Malaysia tetap komited dengan usaha ke arah penyelesaian konflik secara aman demi kebaikan semua pihak, beliau juga menyuarakan keyakinan Malaysia terhadap kedua-dua pihak akan meneruskan proses damai ke arah keamanan, kestabilan dan kemakmuran yang perpanjangan di selatan Filipina.


"Pertempuran itu merupakan isu dalaman, Malaysia yakin keadaan dapat dikawal dan kedua-dua pihak mampu memulihkan semula keamanan di kawasan terbabit," katanya sambil menegaskan, Malaysia tetap menghormati prinsip dan semangat Asean untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara-negara anggota.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 3 September 2013

KENAIKAN RON5 & DIESEL UNTUK KUKUHKAN EKONOMI

-WAIMA KENAIKAN 20 SEN YANG BERMULA TEPAT TENGAH MALAM TADI SEBAHAGIAN DARI PROSES PENGUKUHAN EKONOMI NEGARA, KERAJAAN WAJAR MEMANTAU (BUKAN SETAKAT CAKAP-CAKAP SAJA) KE ATAS GOLONGAN PENIAGA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN IKUT SAMA MENAIKKAN HARGA BARANGAN LAIN! TAU-TAU JER LER PUAK-PUAK NI SUKE MENGAMBIL KESEMPATAN! KEKEKE!!!-

Kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah tengah malam ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang akhbar di Putrajaya semalam menjelaskan,pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel.

"Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel dan jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion."

Menerangkan untuk mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, beliau memberi jaminan kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

"Proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan namun begitu, ianya akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan kesannya tidak begitu membebankan rakyat."

"Dengan itu, kita harus tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial (BR1M),"  kata Najib yang telah mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali.

Beliau yang juga memegang portfolio Menteri Kewangan menambah, kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.

"Sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan disesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik."

"Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020."

"Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat dan dihagar para peniaga tidak mengambil peluang ini untuk menaikkan harga barang tanpa mengambil kira kepentingan rakyat."

-UnReportedNews™®

Monday, 2 September 2013

SENARAI 20 NAMA PARTI POLITIK BARU

-BERIKUT ADALAH SENARAI NAMA 20 PARTI POLITIK YANG TELAH DULULUSKAN OLEH ROS PADA HARI INI .. SEMAKIN "MERIAH"LAH ARENA POLITIK KITA NI YER! KEKEKE!!!-

Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada Isnin mengumumkan nama 20 parti politik baru yang diluluskan pertubuhan itu berkuatkuasa 28 Ogos lalu.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, daripada jumlah itu, 11 parti politik dari Sabah, Sarawak (5) dan Semenanjung Malaysia (4).

Beliau berkata, pihaknya meluluskannya setelah meneliti dan berpuas hati dengan permohonan selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan telah menjalanitapisan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Ini merupakan 'hadiah' daripada pihak kerajaan untuk hak berpersatuan.

"Kita harap mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil pendaftaran kepada 20 parti politik baru yang diluluskan ROS di ibu pejabatnya di sini, Isnin.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman
Beliau menjelaskan, masa yang lama diambil untuk meluluskan permohonan mereka yang tertangguh sejak tahun 2008 kerana mahu memperhalusi dan meneliti keupayaan sesebuah pertubuhan parti.

Katanya, ada juga permohonan yang tidak diluluskan dan perlu ditolak kerana dasar perlembagaan yang tidak teratur dan permohonan tak lengkap.

"Masa depan sesebuah negara bergantung kepada pertubuhan parti ini. Oleh itu, kita kena betul-betul menilai sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab," katanya.

Parti politik daripada Semenanjung:

1) Parti Keadilan India Malaysia (MIJP).

2) Parti Generasi Baru (NewGen Party).

3) Parti Nasional Malaysia (MNP).

4) Parti Nasional Penduduk Malaysia (People's National Party of Malaysia).

Parti politik Sabah:

5) Parti Kebangsaan Sabah (PKS).

6) Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Baru.

7) Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA).

8) Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN).

9) Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN).

10) Parti Bersatu Bugis Sabah.

11) Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS).

12) Parti Pembangunan Warisan Sabah / Sabah Heritage Development Party.

13) Parti Cinta Sabah (PCS).

14) Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU).

15) Parti Damai Sabah (PARTI SPP).

Parti politik Sarawak:

16) Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

17) Parti Bumi Kenyalang (PBK).

18) Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS BARU).

19) Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB).

20) Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai / People's Alliance For Justice of Peace (Peace Party-Sarawak).

(sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 28 August 2013

RUPA-RUPANYA TERDAPAT 49 KONGSI GELAP DI MALAYSIA!

-PENGUMUMAN NAMA-NAMA KONGSI GELAP INI ADALAH UNTUK MEMBUKTIKAN KDN BENAR-BENAR BERHASRAT MENGHAPUSKAN KUMPULAN GANSTER-GANGSTER INI! KEKEKE!!!-

Senarai nama 49 kumpulan kongsi gelap akan didedahkan pada Khamis (esok), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun beliau berkata hanya nama kumpulan tersebut akan didedahkan.

Zahid mengatakan tindakan terkini yang akan diambil oleh kementeriannya dengan mengumumkan nama-nama kongsi-kongsi gelap tersebut adalah untuk memberi maklumat kepada orang ramai serta menunjukkan kesungguhan kerajaan menangani kegiatan gangsterime ini.

Beberapa hari yang lepas, Zahid menyuarakan rancangan untuk mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka.

“Kami dah ada senarai nama kumpulan yang dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta senarai aktiviti jenayah dilakukan,” katanya sambil menambah langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

“Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah serta masyarakat akan dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain.

“Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak,” katanya lagi.

-UnReportedNews™®

Friday, 9 August 2013

TUNGGU SAAT & KETIKA SESUAI, TUN M AKAN BIDAS PAK LAH?!

-DALAM RESPONNYA TERHADAP BUKU TULISAN DUA BEKAS PEMIMPIN TERTINGGI; LEE KUAN YEW & PAK LAH, SECARA SARKASTIK TUN M MENYATAKAN BELIAU AMAT "TERHIBUR" AKAN "SINDIRAN" KUAN YEW & BUAT PAK LAH PULA, DIA AKAN MEMBERI "KENYATAAN BALAS" DALAM MASA YANG TERDEKAT NI! ADOI, TAK TAU LER APA KOMEN TU NANTI YER, TAPI SEPERTI BIASA, IANYA PASTI TERAMAT PEDAS & MENUSUK JIWA SESIAPA YANG TERKENA KAN? KEKEKE!!!-

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) hadir rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya semalam
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau akan mengulas mengenai komen teguran menyinggung yang dibuat oleh penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam buku 'Awakening: Tun Abdullah Badawi Years in Malaysia, terhadap menyinggung teguran oleh pengganti dia Tun Abdullah Badawi dalam buku itu, Awakening dalam masa terdekat.

"Saya akan kaji buku itu. Saya akan membuat sedikit rujukan dalam tempoh tersebut," katanya kepada pemberita di rumah terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana di sini pada Khamis.

Dalam buku tersebut, Abdullah berkata hubungannya dan Dr Mahathir renggang sejak beliau mengambialih pemerintahan negara kerana kerana "ketidakupayaaan beliau menerima kritikan dan pandangan orang lain melainkan dirinya sendiri."

Kenyataan tersebut dapat dibaca dalam bab pertama, 'A Conversation With Tun Abdullah Ahmad Badawi' yang dijalankan oleh Prof Bridget Welsh dan Prof James U.H. Chin.

Buku tersebut turut memuatkan karya tulisan daripada tokoh politik seperti Mohamed Khir Toyo, Liew Chin Tong dan Edmund Terence Gomez.

Abdullah bukan satu-satunya figura politik yang menyatakan sindiran pedas terhadap Dr Mahathir minggu ini.

Dalam buku terbarunya, 'One Man's Views of the World, bekas Perdana Menterinya Singapura, Lee Kuan Yew mempersoalkan bagaimana Malaysia hendak mencapai matlamatnya untuk menjadi sebuah negara Islam yang maju.

Dr Mahathir, 88, dikeremuni para pemberita pada Khamis di majlis rumah terbuka Perdana Menteri untuk mendapat komen beliau mengenai kritikan yang dilemparkan oleh dua bekas rakan baiknya.

Bagaimanapun Dr Mahathir yang bersikap peramah itu tenang sahaja dengan kritikan yang dilemparkan oleh Lee terhadapnya.

"Dia sudah berusia 90 tahun. Kita beri dia elaun macam orang memberikannya kepada saya juga

"Beliai berhak untuk memberikan pendapat kerana ada kebebasan bersuara, terutamanya di Singapura," katanya.

Selain daripada itu, Lee berkata Malaysia sebelum ini merupakan sebuah negara yang 'tenang' namun kini ia telah menjadi 'lebih ortodoks sejak berada di bawah pengaruh negara Timur Tengah'.

"Mereka pernah menyediakan minuman keras pada majlis makan malam dan minum bersama anda," katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List