Showing posts with label Abdul Aziz Isa. Show all posts
Showing posts with label Abdul Aziz Isa. Show all posts

Thursday, 5 May 2016

Rahsia Aziz DAP Didedahkan


Hajah Mazuin Haji Manan @ Maknek, nenek kepada calon DAP Batu Kitang Abdul Aziz Isa menyifatkan cucunya bagai "wayar tak betul" dan "bagai kera diberi belacan" apabila menyertai DAP.
 
"Aziz Isa adalah cucu Maknek dan ayahnya adalah anak ke empat. Dari tingkatan satu dan tingkatan dua, Makneklah yang menghantarnya ke sekolah kerana ibu bapanya bekerja dan setelah tamat tingkatan lima, Aziz melanjutkan pelajaran ke UNIMAS."
 
Maknek menjelaskan, emak Aziz berbangsa Iban manakala ayahnya berbangsa Melayu dari Buso dan Aziz bukanlah dari bangsa Melanau sepertimana yang didakwanya.
 
"Dia kata (Allahyarham) Tun Rahman itu datuk dia, semua orang ternama itu saudara-mara dia tetapi saya dia tidak mengaku nenek. Tapi macam mana dia boleh berdatukkan Tun Rahman dan Datuk Taib?," persoal Maknek.
 
"Aziz dahulu tidak berpolitik, malah selepas belajar di UNIMAS dia tidak terlibat dalam arena politik dan tidak bekerja."
 
Maknek menyatakan, Aziz hanya mula belajar berpolitik apabila mengikut ADUN Demak Laut (PBB/BN) Dr Haji Hazland Abang Hipni namun dia seolah-olah tidak sabar untuk berada di atas.
 
"Aziz tidak mahu berada di bawah tetapi terus ke atas dan seperti yang dia kata, dalam masa dua tahun dia akan jadi Ketua Menteri. Cita-cita dia macam "wayar tak betul"."
 
"Setelah itu apabila Aziz tidak jadi ketua (semasa bersama YB Hazland) dia menceburkan dirinya pula bersama DAP," kata Maknek sambil menambah, Chong (Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen) hanya mempergunakan Aziz di dalam DAP, malah Aziz seolah-olah macam anjing yang menyalak.
 
Maknek juga menyifatkan Aziz bagaikan kera diberi belacan kerana berani memaki hamun Tok Nan (Ketua Menteri) dan mencercakan Abang Jo (Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg) bodoh.
 
"Aziz berani menyumpah dan jenis yang cakap main lepas dan kaki maki... saya harap mudah-mudahan calon BN Batu Kitang Lo Khere Chiang akan menang."
 
"Aziz kata Tok Nan tak pandai, Abang Jo tak pandai. Dia baharu setahun jagung dalam arena politik dah kata orang tua-tua tidak pandai. Perjuangan orang tua-tua dia tidak tahu. Dia baharu saja berjuang."
 
Maknek mempersoalkan, jika beribu penduduk Batu Kitang mengundi memilih Aziz, beliau dan DAP mungkin tidak dapat menunaikan permintaan rakyat.
 
"Aziz masih muda, masih mentah kerana habis sekolah sahaja terus berjuang dalam arena politik dan banyak hal politik yang dia belum tahu. Sepatutnya berjuanglah dahulu dalam pemuda untuk mengambil pengalaman dahulu sebelum kita menjadi "bapa".
 
"Oleh sebab itulah Maknek yang lama tidak aktif kerana memberi kepada orang yang lebih muda. Apabila melihat cucu jadi macam ni, semangat Maknek kuat naik balik semangat."
 
"Aziz akan bertanding di Batu Kitang namun saya akan sokong calon BN Batu Kitang Lo Khere Chiang dan mudahan BN akan menang."
 
"Maknek juga berharap, rakyat Sarawak akan memberi mandat yang besar kepada Tok Nan dan BN," katanya lagi.
 
*Ditranskrip dari video temubual Hajah Mazuin Haji Manan @ Maknek, nenek kepada calon DAP Batu Kitang Abdul Aziz Isa di You-Tube. -UnReportedNews™®

Sunday, 1 May 2016

Nenek Aziz DAP Berkempen Untuk BN

Hajah Mazuin @ Nek Wen, nenek kepada calon DAP Batu Kitang Abdul Aziz Isa (empat dari kiri) berkempen untuk calon BN Batu Kitang Lo Khere Chiang. 
"Jangan undi cucu saya Abdul Aziz Isa dari DAP tapi undilah calon BN di DUN Batu Kitang iaitu Lo Khere Chiang."

Itulah kata-kata Hajah Mazuin @ Nek Wen, nenek kepada calon DAP Batu Kitang Abdul Aziz Isa semasa beliau turun berkempen dengan Lo Khere Chiang di Batu Kitang petang tadi.

"Saya merayu agar masyarakat di DUN Batu Kitang agar tidak mengundi cucu saya," katanya lagi.

Kenapa ni Aziz? Nenek atau darah daging sendiri berkempen menentang anda? Sampai begitu sekali? Apakah dosa Aziz kepada nendanya sehingga beliau melafazkan kata-kata sedemikian?

Penulis dimaklumkan Nek Wen tidak redha cara Aziz berkempen dengan cara kasar dan keterlaluan, menghina pemimpin lain yang jauh lebih tua dari beliau (Aziz).  -UnReportedNews™®

Saturday, 2 April 2016

Aziz Isa Jangan Nak Auta, Ahli DAP Sendiri Tak Terbantu, Inikan Pula Rakyat!


Dakwaan Abdul Aziz Isa (Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Petra Jaya) yang tidak kira dimana DAP berada, khidmat dan bantuan untuk rakyat yang memerlukan sentiasa diberikan tanpa mengira bangsa, agama, jantina, kawasan mahupun ideologi politik boleh dipam ke lubang najis.

Ye ker Ajis? Ingat tak dengan Irene Chang? Isteri bekas Pengerusi DAP Sarawak, Mendiang Wong Ho Leng. Apa yang DAP dah bantu kepada keluarga mendiang?

Irene Chang pernah meluahkan satu ketika dulu DAP langsung tidak memberi satu sen pun kepada mereka biarpun apa yang telah mereka lakukan untuk DAP.

Bahkan yang membantu keluarga Wong Ho Leng adalah Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak dengan sumbangan RM1 juta selepas ucapan penggulungan beliau ketika Persidangan DUN, 15 Mei, 2014.


Jadi penulisan Aziz pada status Facebooknya yang mendakwa nasib penduduk di Kampung Rampangi, Santubong mereka tidak dibela di bawah kepimpinan BN/PBB didalam Parlimen Santubong (Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) dan DUN Pantai Damai (Dr Haji Abdul Rahman Junaidi) amatlah janggal sekali.

Yang jelas sekali, DAP tidak termampu membantu ahli DAP dan dalam perkara ini, bukan sebarangan ahli biasa tetapi bekas PENGERUSI DAP Sarawak sendiri, inikan pula kononnya nak membantu rakyat.

Dakwa Aziz, kononnya setakat ini, Mordi Bimol banyak membantu penduduk di kawasan Sematan, Perigi dan Lundu bersama beliau telah "sedikit sebanyak" ada memberi khidmat kepada penduduk di Parlimen Santubong.

Mohon juga Aziz dan Mordi Bimol tolong senaraikan "sedikit sebanyak bantuan" yang mereka dakwa telah salurkan kepada penduduk di Santubong.

Dan sekiranya Aziz dan DAP hendak tahu apa jasa Wan Junaidi dan Abdul Rahman, pergilah bersiar-siar di DUN Pantai Damai dan Parlimen Santubong dan lihatlah dengan sendiri kerana kebanyakan pembangunan yang anda lihat dikawasan-kawasan tersebut adalah hasil keringat mereka berdua dan sudah pastinya BUKANnya DAP! -UnReportedNews™®

Saturday, 20 February 2016

Aziz DAP Bantu PKR Berkempen?

Bagaikan menjilat kahak sendiri, Penyelaras Pusat Khidmat Tupong DAP Abdul Aziz Isa dikatakan sudah "berbaik-baik" dengan PKR Sarawak.
Dulu bukan main lagi Aziz, yang juga Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Chong Chieng Jen menghentam PKR Sarawak dengan pelbagai hinaan dan cemuhan.
"PKR hanya mementingkan diri mereka sendiri dengan mengumumkan calon mereka begitu awal sekali, tanpa sebarang perbincangan dengan pihak-pihak lain dalam Pakatan Harapan," dakwa Aziz yang dipetik sebagai berkata di Malaysiakini tidak berapa lama dulu sambil menambah bahawa PKR juga enggan melepaskan mana-mana kerusi "walaupun telah tewas" pada PRN yang lepas.
"(Ini) menunjukkan bagaimana sombong dan tidak bekerjasamanya PKR Sarawak dan mereka mungkin sebenarnya tiada langsung tidak mempunyai niat untuk bertanding disana pada mulanya namun hanya bertindak "meredah" di kawasan tersebut apabila mereka terdesak maka, pertandingan tiga penjuru akan berlaku," kata Aziz lagi.
"PKR sukar untuk didekati kerana "kebodohan otak dan keegoan" mereka," katanya sambil menambah, DAP mempunyai peluang yang lebih baik daripada PKR untuk menewaskan BN.
"DAP telah turun padang dikawasan-kawasan tersebut sejak pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013 namun PKR hanya mula turun padang dalam tempoh dua hingga tiga bulan lalu sebelum pilihan raya," dakwanya lagi.
"Amat menyedihkan kerana PKR tidak belajar untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya sambil menyifatkan PKR sebagai sombong .. PKR perlu melepaskan beberapa kerusi yang mahu ditandingi untuk DAP, kerana ia tidak memenangi kerusi-kerusi sebelum ini."
Terkini, Aziz dikatakan telah mula membantu bakal calon PKR Satok iaitu Salleh Shawkatali berkempen bagi menghadapi PRN11 Sarawak yang dijangka akan berlangsung pada bulan April tahun ini.
Malahan, Aziz juga dikatakan telah hadir pada Majlis Penubuhan Ranting PKR Kampung Kudei Lama pada 16 Febuari yang lepas.
Tidak diketahui samada "kehadiran" Aziz ini atas dasar keikhlasan atau sebagai "satu muslihat" yang mungkin berniat untuk merosakkan rancangan sepanjang kempen Salleh, yang juga merupakan AMK Sarawak.
Apa yang nyata, boss Aziz sendiri iaitu Chong tidak "sebulu" dengan Presiden PKR Datin Wan Azizah Wan Ismail kerana perebutan kerusi pada PRN kelak.
Salleh sendiri seharusnya berhati-hati dengan Aziz kerana maklumlah, DAP ini banyak helah dan muslihatnya. -UnReportedNews™®

Sunday, 7 February 2016

Aziz Terus Meroyan Nak Jadi Calon DAP



Teringat saya beberapa bulan yang lalu, Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak iaitu Abdul Aziz Iza begitu rajin turun ke padang di kawasan Tupong dan Satok untuk bertemu dengan penduduk disana sambil mengedar suratkhabar Roket Kini.

Pada masa itu, Aziz juga begitu yakin pemimpin PKR Sarawak akan berkompromi dengan DAP Sarawak mencapai kata sepakat dalam semangat berpasukan dan memberi laluan kepada mereka untuk bertanding di Tupong dan Satok.

Aziz, secara peribadi juga pernah menyatakan kepada penulis yang beliau akan bertanding di salah satu daripada kawasan tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 nanti.

"Kami pembangkang pasti akan mencapai kata sepakat dalam soal pembahagian kerusi kerana matlamat kami (pembangkang) adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat dan yang paling penting sekali, mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN)," itu antara kata-kata Aziz kepada saya suatu ketika dahulu.

Aziz nak jadi calon di Satok namun Salleh (PKR) sudah menempah nama di Satok
Namun kini, semuanya telah berubah, Aziz ibarat "lebih sudu dari kuah", dimana beliau dilihat mendahului Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menghentam PKR Sarawak apabila mereka bertegas akan terus mempertahankan kerusi DUN Tupong dan Satok.

Aziz, yang dipetik dari Malaysiakini sebagai berkata, PKR "mementingkan diri mereka sendiri" ketika mengumumkan calon-calon mereka untuk PRN11 yang akan datang.

"PKR hanya mementingkan diri mereka sendiri dengan mengumumkan calon mereka begitu awal sekali, tanpa sebarang perbincangan dengan pihak-pihak lain dalam Pakatan Harapan," dakwa Aziz sambil menambah bahawa PKR juga enggan melepaskan mana-mana kerusi "walaupun telah tewas" pada PRN yang lepas.

"(Ini) menunjukkan bagaimana sombong dan tidak bekerjasamanya PKR Sarawak dan mereka mungkin sebenarnya tiada langsung tidak mempunyai niat untuk bertanding disana pada mulanya namun hanya bertindak "meredah" di kawasan tersebut apabila mereka terdesak maka, pertandingan tiga penjuru akan berlaku," kata Aziz lagi.

"PKR sukar untuk didekati kerana "kebodohan otak dan keegoan" mereka," katanya sambil menambah, DAP mempunyai peluang yang lebih baik daripada PKR untuk menewaskan BN.

"DAP telah turun padang dikawasan-kawasan tersebut sejak pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013 namun PKR hanya mula turun padang dalam tempoh dua hingga tiga bulan lalu sebelum pilihan raya," dakwanya lagi.

"Amat menyedihkan kerana PKR tidak belajar untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya sambil menyifatkan PKR sebagai sombong.

"PKR perlu melepaskan beberapa kerusi yang mahu ditandingi untuk DAP, kerana ia tidak memenangi kerusi-kerusi sebelum ini."

Jelas dari kata-kata Aziz diatas mengambarkan keinginannya yang membuak-buak hendak menjadi calon DAP pada PRN11 tidak dapat disembunyikan lagi lagi sehinggakan beliau berfikir secara tidak rasional lagi.

Tidak berapa lama dahulu DAP Sarawak juga telah mengumumkan barisan calon yang akan bertanding, bahkan Aziz sendiri pada status FBnya telah "mengumumkan" beliau akan bertanding samaada di Kota Sentosa atau Batu Kitang. Jadi apa salahnya PKR mengumumkan barisan calon mereka?

Umum tahu Kota Sentosa adalah kubu kuat DAP yang majoritinya adalah pengundi Cina dan secara logiknya apakah penyandangnya iaitu bos Aziz sendiri-Chong Chieng Jen akan menyerah bulat-bulat kerusinya kepada seorang budak Melayu yang mentah dan naif seperti Aziz? (Keep on dreaming brader)

Dalam hal ini, Aziz sebenarnya kini dilihat sudah mencapai tahap "panik" dan kebimbangan beliau tidak ada peluang untuk bertanding menjadi calon DAP.

Tak apalah Aziz, saudara masih muda, sabarlah, mungkin apabila Chong Cheng Jen mencapai usia 70-han nanti mungkin anda akan diberi peluang untuk bertanding.

Sementara menanti saat tersebut, teruslah anda menjadi "maskot DAP" atau budak pengedar suratkhabar Roketkini kerana pada mata umum, itulah sahaja jawatan yang selayak-layaknya untuk anda dalam DAP Sarawak. -UnReportedNews™®


Baca artikel berkaitan-

Tuesday, 2 February 2016

PRN11 Sarawak : Harapan Aziz Jadi Calon Musnah ..


Takziah buat Abdul Aziz Isa, angan-angannya nak menjadi calon Melayu DAP pertama bertanding di Sarawak tidak menjadi apabila kerusi yang beliau idam-idamkan telah disahkan akan ditandingi PKR.

Baru-baru ini, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dalam satu sidang media yang turut dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan 22 calon yang akan bertanding di Zon Selatan pada PRN11 yang dicadangkan pada April 2016..

Calon-calon PKR terdiri daripada Francis Teron (Opar), Boniface Willie Tumek (Tasik Biru), Jajol Numan (Tanjung Datu), Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong) dan Mohd Salleh (Satok).

Turut disenaraikan See Chee How (Batu Lintang), Voon Shiak Ni (Batu Kitang), Athina Sim (Serumbu), Willie Mongin (Mambong), Musa Ngog (Tarat) dan Cyril Langin (Kedup).

Calon-calon lain Regional Abell (Bukit Semuja), Jamilah Baharuddin (Simunjan), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Lingga), Nicholas Mujah (Balai Ringin) dan Norina Utot (Simanggang).

Kolien Liong pula dicalonkan di Batang Ai, Yukub Daud (Saribas), Vernon Kedit (Layar), Neol Bucking (Bukit Saban), Jemat Panjang (Kalaka) dan Ali Biju (Krian).

Pada minggu lepas, Aziz, yang juga Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak Ching Chieng Jen dengan konfidennya mengumumkan beliau akan bertanding samaada di Kota Sentosa atau Batu Kitang.

Umum tahu Kota Sentosa yang disandang oleh Chong adalah kubu kuat DAP manakan Chong hendak menyerah bulat-bulat kerusi tersebut kepada Aziz, sedangkan Batu Kitang adalah kawasan DUN baharu dan kekuatan serta sokongan DAP di sana masih belum dapat dipastikan lagi.

Takkan Chong berani mengambil risiko untuk kalah pada PRN kelak? Takkan Chong nak duduk diluar sedangkan Azizi enak-enak saja duduk didalam DUN waktu persidangan DUN Sarawak kelak?

Penamaan Voon Shiak Ni sebagai calon PKR di Batu Kitang bagaikan paku terakhir menutup segala peluang bagi Aziz yang selama ini terkapai-kapai mencari kawasan untuk bertanding kerana sebelum ini beliau kelihatan "aktif berkempen" di Tupong dan Satok namun kedua-duanya telah di"cop" oleh PKR - Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong) dan Mohd Salleh (Satok).


Hubungan Aziz dan Voon sebenarnya tidak mesra kerana mempunyai sejarah hitam mereka sendiri dan sudah tentunya Voon tidak akan memberi sebarang muka kepada Aziz.

Aziz hampir-hampir disaman oleh Voon kerana menyelarnya (Voon) dalam status FBnya sebagai "jalang" dan perkataan kesat tidak berapa lama dulu namun difahamkan selepas Aziz memohon maaf secara terbuka maka kes tersebut dilupakan begitu saja.

Baiklah, cukup dengan sejarah silam dan lampau, kita fokus kepada masadepan pula .. setelah tidak mendapat peluang menjadi calon PRN, apakah agaknya sumbangan Aziz kepada DAP nanti? Apakah beliau rela akan terus menjadi "Maskot DAP" atau sebaliknya .. tungguuu...

-UnReportedNews™®

Tuesday, 10 November 2015

PKR Akan Bertanding Di Satok, Bukan DAP?

 
Impian Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Abdul Aziz Isa untuk menjadi calon DAP di DUN Satok pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang bagaikan berkecai apabila PKR Sarawak mula mengetengahkan calon mereka sendiri iaitu Ketua AMK Satok Salleh Shawkatali.
 
Sumber dalaman PKR mendedahkan kepada UnReportedNews™®, Salleh berpotensi menjadi calon kerana sokongan anak muda di Satok serta sentimen yang PKR adalah lebih ber"keMelayuan" berbanding dengan DAP yang memberi lebih banyak peluang untuk menang jika berbanding dengan Aziz dari DAP.
 
Sumber tersebut juga mendedahkan, jentera PKR kini sudah mula digerakkan di samping Salleh telah mula turun padang menemui bakal pengundi, khususnya di kawasan Satok.
 
 
Berita ini ibarat "jatuh ditimpa tangga" bagi Aziz jelas keciwa apabila tidak tersenarai dalam barisan Majlis Tertinggi DAP Sarawak baru-baru ini.
 
Umum tahu perhubungan DAP dan PKR khususnya di Sarawak sekarang adalah pada tahap yang "tidak begitu mesra" dan terdapat pertindihan dalam meletakkan calon masing-masing.
 
Dan ini diakui sendiri oleh Aziz apabila ditemui oleh penulis di Persidangan DUN Sarawak yang lepas namun, beliau  begitu optimis yang "satu penyelesaian" akan dicapai oleh kedua pihak biarpun perhubungan mereka agak renggang.
 
Apakah ini "penyelesaian" yang Aziz nyatakan tersebut iaitu pembangkang akan meletakkan Salleh (PKR) untuk bertanding di DUN Satok?
 
Apakah Aziz akan berputih mata? Walau sesiapa pun jadi calon pembangkang, biarpun kedua-duanya sekali pun diletakkan di DUN Satok, mereka pastinya akan mendapat tentangan hebat dari penyandangnya iaitu Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg (PBB/BN). -UnReportedNews™®

Monday, 9 November 2015

Aziz Isa Keciwa Dijadikan "Maskot" DAP?

Maskot seringkalinya dikaitkan dengan ikon binatang atau haiwan untuk sesebuah pasukan, satu penugasan yang tidak kurang pentingnya, namun bagi Pembantu Khas Kepada Pengerusi DAP Sarawak Abdul Aziz Isa ianya amat tidak memadai jika dibanding dengan segala usaha yang beliau telah lakukan selama ini.
Dalam beberapa status FB terbarunya, Aziz, yang juga merupakan penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong, jelas menunjukkan kekecewaannya kerana tidak tersenarai didalam Pemilihan Jawatankuasa DAP Sarawak 2015/2018 baru-baru ini.
Luah Aziz: Saya belajar sesuatu yang baru hari ini.
Kalau nak masuk dalam satu pasukan bola sepak, kamu tak perlu berlatih main bola bersungguh-sungguh. Kamu hanya perlu duduk dan asalkan sudah ada nama, maka kamu akan masuk dalam pasukan tersebut biarpun baru masuk kelab. Apa guna berlatih bersungguh-sungguh selama bertahun-tahun kalau kamu hanya menjadi maskot kelab?
Yang sudah lama dalam kelab, selagi kamu tak ada PhD dalam Sains Sukan, kamu tak akan diambil masuk dalam pasukan walaupun kamu sudah berlatih hampir 2-3 tahun. Tak guna kamu hari-hari turun berlatih apabila pada akhirnya, orang yang jarang turun berlatih yang akan dipilih untuk bermain bola.Lebih baik berlatih berenang kerana anda mungkin lebih bagus dalam berenang daripada bola sepak. Mungkin akan ada orang melihat bakat kamu dalam renang dan akan mengambil anda sebagai perenang biarpun anda juga pandai main bola sepak.
Biar pada penghujung penulisannya, Aziz mendakwa beliau "bercakap tentang bola sepak, tak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati", umum tahu penulisan berkenaan sebenarnya menjurus kepada keputusan Pemilihan Jawatankuasa DAP Sarawak 2015/2018 tersebut.
Aziz bagaikan cuba "memujuk" dirinya sendiri dengan meluahkan, "Sabar Aziz, perjalanan masih panjang. If both Barisan, Pakatan and Borneo political parties still play racial politics, I might just quit politics and focus on business, NGO and international politics."

(Sekiranya Barisan Nasional, Pakatan (termasuk DAP kot?) dan semua parti politik di Borneo masih memainkan dasar parti perkauman, beliau mungkin akan bersara dari politik dan memberi fokus kepada perniagaan, NGO atau politik antarabangsa.)
Luahan hati Aziz tidak berhenti disitu, pada status beliau yang lain, Aziz menyatakan, "Bagus jadi tukang potong rumput. Bila dah rata, suruh saja orang lain main. Siapalah peduli pasal budak hingusan? Tak ada duit, tak ada PhD, tak pandai manis mulut. Budak hingusan yang mentah, terlalu lantang, berani bersuara, dan berani membantah akan sentiasa menjadi pemain simpanan.
Sports is about winning the game. Sports is about unity in diversity. What ever la, who cares anyway. You just a budak hingusan, jadi tukang potong rumput or coffee boy lagi bagus dan jangan cakap banyak kalau tak ada PhD. Simpan saja kebolehan, tak perlu tunjuk kelebihan lagi, you are nobody but just a rascal kid! Zip your mouth.
Hahaha Aziz, stop it! Nanti orang pikir lain pulak. Go to sleep... Esok potong rumput... Zzzzzzzzz........."
Penulis akui, selama ini, Azizlah diantara pemimpin-pemimpin muda Melayu DAP Sarawak yang agak agressif, konsisten, komited dan sering "turun-padang" (walau kadangkala menjengkilkan penulis sendiri) dalam membangkitkan sesuatu isu atau masalah masyarakat (baik yang relevan atau sebaliknya).
Aziz seharusnya mengambil ikhtibar dari kejadian ini; DAP bukan seindah yang beliau sangkakan, DAP bukanlah parti pelbagai kaum sepertimana yang diperkatakan, DAP hanya memerah keringat anak Bumiputera untuk sokongan namun untuk mengiktirafkan anak Bumiputera tersebut untuk duduk setara dengan mereka di barisan pemimpin DAP hanyalah satu mimpi retorik kosong belaka!
Belum terlambat lagi untuk Aziz "kembali ke pangkal jalan", sekiranya beliau ikhlas dalam perjuangan kepada Agama, Bangsa dan Negara sepertimana yang beliau sering dakwa, tinggalkan DAP Sarawak, jangan hanya dijadikan "maskot DAP" serta diperbodohkan dengan sedemikian rupa dan berjuanglah dari platform yang benar-benar memperjuangkan apa yang telah beliau laungkan (Agama, Bangsa dan Negara).
Jangan ibarat "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" .. jika kita mengetahui yang kehadiran kita tidak dikehendaki, disenangi, diappresiasi dan yang terpenting sekali; dipercayai, buat apa kita terus menanti di sana dan sanggup terus ditunggangi hanya untuk meraih sokongan disamping dijadikan alat untuk memburukkan pemimpin yang sebangsa dan seagama dengan kita?
So Aziz, tepuk dada tanyalah selera..
PS: Ikhlas dari aku, abaikan pujukan bos engkau nanti yang mungkin akan menawarkan langit dan bumi untuk mengambil hati engkau semula..
Untuk rekod, berikut adalah senarai Terbaru Pimpinan Tertinggi DAP Sarawak ..
Chairman : Chong Chieng Jen 张健仁
Deputy Chairman : Chiew Chin Sing 周政新
Vice Chairman : Leon Jimat Donald 里昂
David Wong Kee Woan 黄培根
Secretary : Alan Ling Sie Kiong 林思健
Vice Secretary : Yap Hoi Liong 叶海量
Treasurer : Wong Ling Biu 黄灵彪
Assistant Treasurer : Christina Chiew Wang See 周宛思
Organising Secretary : Violet Yong Wui Wui 杨薇讳
Publicity Secretary : Wong King Wei 黄庆伟
Political Education
政治教育局 : Oscar Ling Chai Yew 林财耀
Women Affair Secretary : *Irene Mary Chang Oi Ling 郑爱鸰
NCR legal Bureau Chief : Paul Raja
Committee member : Ting Tze Fui, Baru Langub, John Brian, Richard Lias
Chong Siew Chiang, Mordi Bimol
*Irene Mary, women affair sec is the late Wong Ho Leng wife.
-UnReportedNews™®

Thursday, 11 June 2015

Nazib Syok Sendiri, DAP Akan Bertanding Di Satok - Aziz Isa


Ketua AMK Sarawak Ahmad Nazib Johari tidak perlulah nak "syok sendiri" untuk menjadi calon bertanding di Satok pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang kerana   kerana DAP sudah ada calon yang nyata lebih baik dari dirinya di kawasan tersebut. 

Penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong Abdul Aziz Isa berkata, selain dari Satok, DAP juga akan meletakkan calon di Tupong pada PRN yang akan datang dan kedua-duanya adalah calon Melayu, graduan berumur bawah 30 tahun dan merupakan anak tempatan.

"DAP akan bertanding di Satok kerana saban hari PKR "hampir sunyi" di Satok tambahan kehadiran PKR di Satok adalah "almost zero" (kosong)," tegasnya lagi.

Aziz, yang merupakan pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata demikian apabila dihubungi Sarawakiana dan ditanya mengenai gerakan #nazib4satok yang lancarkan oleh Nazib baru-baru ini di Fanpage FB beliau untuk menjadi calon di Satok pada PRN yang akan datang.

Mempersoalkan bagaimana Nazib, yang kini bekerja di Kuala Lumpur berniat hendak menjadi wakil rakyat di sini (Satok) walhal hanya "muncul" di ambang pilihanraya, Aziz menyifatkan tindakan Nazib yang sudah membuat poster untuk bertanding tersebut sebagai "syok sendiri".

"PKR di Petra Jaya bagaikan sudah tidak berfungsi lagi, tambahan pejabat PKR Petra Jaya pun sudah ditutup dan kebanyakan isu atau kes-kes di Satok, Tupong and Samariang (dalam Kawasan Parlimen Petra Jaya) dikendalikan oleh DAP," dakwa Aziz.

"Takkanlah setelah penat-penat DAP "menebas rumput sehingga padang dah rata dan cantik, pemain pun sudah bersedia untuk berlawan", tiba-tiba nak diserahkan kepada PKR?," persoal Aziz lagi secara sinis.

Menyifatkan PKR hanya mahu menjadi calon tapi enggan bekerja tanpa turun padang, Aziz berkata, pertembungan di Satok pada PRN kelak adalah diantara DAP dan PBB, bukannya di antara PKR dan PBB seperti dulu.

"Lagipun, DAP selama ini telah mengadakan pelbagai program di kawasan Satok seperti program membantu isi borang kebajikan, isi borang baitulmal, 14 program di bulan puasa (yang lepas), menyuarakan isu Taman Mini Satok, isu penjaja Kampung Masjid, isu tanah terbiar di Binamara dan banyak lagi program-program lain tapi, apa yang dah PKR buat selama ini?," persoal Aziz lagi.

Beliau juga mendakwa, penyokong pro-pembangkang di Satok sudah tidak lagi mempercayai PKR malah, lebih mempercayai DAP yang jelas nampak bekerja dan serius membantu orang susah berbanding PKR yang hanya senyap dan muncul masa pilihanraya seperti biskut "Chipsmore".

"Terus terang saya katakan, penduduk di Kampung Tanjong and Kampung Sinjan dah menolak PKR, dan semua bekas ahli PKR di kawasan sana telah menyertai DAP, tambahan kawasan tersebut sudah dibuka dua ranting DAP," dakwanya lagi. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Wednesday, 20 May 2015

Aziz Isa "Sekolahkan" PKR Sarawak


Penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong Abdul Aziz Isa menyelar sikap PKR Sarawak yang mempertikaikan barisan kabinet bayangan DAP yang diumumkan baru-baru ini. 

Umum tahu yang DAP dan PKR di Sarawak kini sedang dalam keadaan "perang dingin" dan bagaikan menyiram minyak ke dalam api, Aziz, yang juga penolong khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen "membelasah" PKR Sarawak menerusi status di akaun Facebooknya.

Menurut Aziz, adalah lebih baik sekiranya PKR Sarawak menumpukan perhatian tentang masalah rakyat, ekonomi setempat, projek terbengkalai, masalah kemiskinan, penindasan masyarakat Dayak, sosio-ekonomi Melayu, pendidikan sekolah Cina, kes kebajikan ibu tunggal, autonomi Sarawak dan sebagainya daripada menjadikan pemilihan barisan kabinet bayangan DAP itu sebagai satu isu.

"(PKR Sarawak) sibuk hal DAP tetapi hal rakyat diketepikan .. apa yang nak disibukkan dengan DAP membariskan kabinet bayangan sendiri?," persoal Aziz.

"Ya Shadow Cabinet DAP, tak ada kaitan dengan PKR dan PAS. Sekira mereka (PKR dan PAS) tidak setuju, buatlah kabinet bayangan sendiri."

"Janganlah nak sibuk dengan hal orang lain .. tak ada orang nak memuji cara kamu itu .. nanti saya cakap lebih, main saman pula .. cakap pun tak guna," sindir Aziz lagi.

Sebelum ini, Aziz Isa dikatakan akan disaman oleh naib ketua wanita PKR Malaysia Voon Shiak Ni diatas dakwaan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Voon. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Tuesday, 25 November 2014

Pelajar Unimas Nafi Jadi "Agen DAP"


Salah seorang dari pelajar Unimas yang menggunakan nama "satap rajit" yang mengikuti Majlis DAP Fund Raising di Kuching baru-baru ini telah menghubungi admin UnReportedNews™® dan menafikan yang mereka yang hadir ke majlis telah menyertai DAP seperti yang didakwa dalam posting UnReportedNews™® sebelum ini.

"satap rajit" juga menegaskan mereka mengikuti majlis semata-mata hanya kerana ingin membuat assignment mereka yang berkaitan dengan politik.

"Kami memilih event parti politik ini kerana due date bagi menghantar assignment adalah pada 1/12/2014 dan hanya event tersebut yang ada pada ketika itu," katanya lagi.

"Berkaitan dengan kenyataan encik yang adakah parti komponen BN di Sarawak tidak memberi ruang, disini saya nak jelaskan bahawa parti BN di Sarawak sini tidak mengadakan politikal event dalam masa terdekat ini."

Memohon agar admin jangan memberi kenyataan yang menyinggungkan perasan, "satap rajit" juga mengatakan mereka terpaksa memilih mana-mana events politik yang ada dalam masa terdekat ini.

"Kami tidak menyertai parti DAP," kata "satap rajit" sambil menegaskan sekali lagi mereka tidak menyertai parti DAP dan mereka hanya hadir ke majlis tersebut semata-mata hanya untuk membuat assignment.

Okay, adik "satah rajit", sekiranya aku ada menyinggung perasaan sesiapa, aku minta maaf tapi tahukah adik-adik pelajar Unimas yang menghadiri function tersebut pada malam itu (biarpun hanya atas nama membuat assignment), anda semua telah dilantik sebagai "agent-DAP" secara sedar atau tidak.

Ini di akui sendiri oleh Pengerusi pengelola majlis tersebut Abdul Aziz Isa yang juga pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen pada ucapannya pada malam itu.

Apakah adik-adik yang hadir pada majlis tersebut tidak peka akan intipati ucapan Abdul Aziz pada malam itu atau sekadar hanya bertepuk tangan untuk memeriahkan majlis tersebut.

"Pada malam ini kita kena sebarkan ... setiap antara kita adalah "agent-UBAH" ... Agen Perubahan ... " petikan dari ucapan Abdul Aziz (Aku malas nak uploadkan video ucapan Aziz tu dalam blog, menghabiskan beras jer, korang cariklah sendiri video tu kat facebook dia).

Cuba adik-adik yang bijaksana ni interperasikan kepada aku apakah maksud kenyataan Aziz ini .. pada aku, ini adalah clear-statement yang menyatakan setiap hadirin yang hadir, termasuk adik-adik pelajar Unimas yang menghadiri majlis tersebut pada malam itu adalah "agen-DAP" ... aku hanya menulis apa yang berlaku, yang aku dengar .. yang selebihnya, tanyalah Aziz sendiri, apakah niatnya berkata begitu.

Perlu diambilkira, Aziz juga bekas pelajar Unimas yang dulu membuat assignment mengenai DAP .. situasi yang sama seperti situasi yang di alami adik "satah ajit" dan rakan-rakan adik yang lain sekarang .. 

Satu lagi adik "satap ajit", berkenaan apa yang aku maksudkan dalam posting aku yang terdahulu yakni "apakah BN Sarawak tidak memberi ruang" bermaksud apakah BN Sarawak tidak ada program untuk mendekati golongan muda seperti adik-adik pelajar di Unimas, itu saja .. Peace No War - UnReportedNews™®

Sunday, 23 November 2014

DAP Sarawak Rekrut Pelajar Unimas?


Penat je mak-bapak hantar jauh-jauh pi timba ilmu kat universiti kerajaan, minat dier orang kat pembangkang jugak.

Terkini, admin UnReportedNews™® mendapat tahu DAP menerusi Penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong Abdul Aziz Isa dikatakan sedang "merekrut" bakal-bakal siswazah Unimas di Sarawak.

Biarpun ianya mungkin salah satu dari sesi "practical" mereka dalam jurusan yang mereka telah ambil tapi mengapa mereka mesti mengambil bahagian dalam majlis yang di anjurkan oleh pembangkang?

Apakah parti-parti komponen BN Sarawak seperti PBB, PRS, SPDP dan SUPP tidak memberi ruang bagi bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi ini sehingga mereka terpaksa memilih DAP sebagai "bahan" mereka?



Difahamkan seramai 50 orang pelajar Unimas yang telah menghadiri Majlis DAP Fund Raising di Kuching baru-baru ini serta berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin DAP termasuk Penolong Bendahari Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook, yang juga Ahli Parlimen Rasah (Negeri Sembilan). 

Mungkin sudah tiba masanya pula BN Sarawak juga memulakan program bagi mendekati bakal mahasiswa dan mahasiswi ini agar mereka tidak di rekrut dan diracuni oleh pembangkang.

Janganlah menanti sehingga saat akhir baru nak tergadah apabile menyedari sokongan dari golongan muda buat BN Sarawak sudah pudar baru nak mula mendekati golongan muda seperti mana yang pembangkang telah lakukan.  -UnReportedNews™®

Tuesday, 11 November 2014

PANAS: Tiga Kawasan DUN Idaman Abdul Aziz Isa (DAP)


Hari pertama persidangan DUN Sarawak semalam bermula dengan begitu lancar sekali.

Walaupun suasana persidangan agak gamat seketika apabila ADUN Nangka Dr Annuar Rapaee (BN) telah memberi "diagnosis secara percuma" kepada ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen (DAP) dengan mengklasifikasikan Chong mempunyai simptom seperti "orang gila".

Namun bukan perkara itu yang ingin aku ketengahkan pada posting ini tapi perbualan aku dengan Penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong Abdul Aziz Isa, yang juga pembantu khas Chong semalam.

Tak tahulah jika Aziz hanya berseloroh ataupun tidak, Aziz nyata begitu "ambitious dan confident" apabila beliau mendedahkan dia akan bertanding di salah satu daripada tiga DUN; Tupong, Samariang ataupun Satok dalam PRN yang akan datang.

Aziz juga mendedahkan DAP Sarawak akan mengadakan satu majlis di sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kuching ini pada 1 Disember yang akan datang dimana Chong, yang juga Pengerusi DAP negeri akan membuat "satu pengumuman yang akan mengejutkan".

"Mungkin Chong akan membuat pengumuman di mana aku nak stand nanti," katanya lagi sambil memerhati muka aku, mungkin untuk melihat reaksi aku.  

"Kenak, ko pikir aku sik ada chance menang di sia kah? (Mengapa, kau ingat aku tak ada peluang nak menang kat sana ke?)," tanyanya kepada aku apabila aku mengerut dahiku.

Aku malas nak melayan dia, nanti panjang lak cerita, kerja aku masih berlambak, baik aku blah...

Aku harap-harap adalah si Aziz pagi ni berkeliaran pagi ni kat depan pintu DUN macam biasa, semalam dia melepasi pintu keselamatan dengan berjalan aku (bukan aku tak tahu Jis, saja-saja buat tak tahu..hehehe)

Okay Jis, ini statistik keputusan PRN Sarawak untuk DUN Tupong, Samariang dan Satok yang lepas:


N06: TUPONG: SARAWAK: 17,796
1. DATUK DAUD ABDUL RAHMAN (BN-PBB)...................8,304
2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR)................3,753
Jumlah mengundi/Votes Cast...........................12,192
Majoriti/Majority.....................................4,551

N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942
1. SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (BN-PBB)......8,008
2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR).........................2,577
Jumlah mengundi/Votes Cast...........................10,729
Majoriti/Majority.....................................5,431

N08: SATOK: SARAWAK: 10,431
1. DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG (BN-PBB)...4,691
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)...........................1,891
Jumlah mengundi/Votes Cast............................6,661
Majoriti/Majority.....................................2,800

1. Ketiga-tiga calon Pakatan Rakyat (PR); Baharuddin, Zulrusdi dan Ahmad Nazib dikira sebagai calon "heavy-weight" (kire paling hebatlah) tapi terusuk (kecundang) jua di tangan penyandang-penyandang kerusi tersebut.

2. Kau ingat PKR senang-senang nak bagi "kawasan mereka" kat DAP ditambah lagi dengan permasalahan yang dihadapi Pakatan Rakyat (PR) sekarang?

Jadi janganlah nak memasang angan-angan yang bukan-bukan, balik jer ke pusat khidmat ko sendiri dan "main masak-masak" jer kat sana..

Kepada ADUN Tupong Datuk Haji Daud Abdul Rahman, ADUN Satok Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg dan ADUN Samariang Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, anggaplah kata-kata Aziz ni sebagai pendorong bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk di kawasan YB masing-masing.

-UnReportedNews™®

Monday, 18 August 2014

GEMPAR!!! SENARAI TERKINI KABINET BAYANGAN PAKATAN RAKYAT?

Ini adalah status terbaharu pada akaun Facebook penyeleras Pusat Khidmat DAP Tupong Abdul Aziz Isa mengenai cadangan beliau akan barisan Menteri kabinet Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memerintah! Kekeke!!!


PS: Ajis telah menamakan bosnya,.. Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen sebagai Menteri KDN (Tolong ambil perhatian kepada "menteri" pada nombor 2).. ada papa kah Jis? Up-up jer nampak? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Monday, 11 August 2014

DAP SARAWAK SOKONG TAN SRI KHALID?


Penyelaras Pusat Khidmat DAP DUN Tupong Abdul Aziz Isa yang juga merupakan pembantu Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen  dalam status akaun Facebook beliau menyatakan, 

"Masa Tan Sri Khalid Ibrahim 'gantung tak bertali', ramai yang menyatakan sokongan kepada beliau dan ada juga yang menentang, sekarang, bila TSKI dibuang parti, semua hentam TSKI. Inilah politik lama orang Melayu, opportunist! Habis madu sepah dibuang. Tak kisah nak kritik TSKI, tapi jangan sampai menjahanamkan peribadi beliau. Saya cuma melihat sekarang. Yang penting, Gelombang UBAH di Petra Jaya tetap diteruskan."

Aku rasa komen beliau, "Inilah politik lama orang Melayu, opportunist! Habis madu sepah dibuang" di tujukan khas buat orang Melayu dalam PKR yang tak henti-henti menghentam Tan Sri Khalid selama ini.

Buat kali pertama aku amat bersetuju dengan status Ajis Tanggang ni ..

Apakah ini bermakna DAP Sarawak secara tidak langsung menyokong Tan Sri Khalid dan tidak reda "kezaliman" yang di lakukan oleh Nuar Brahim dan kuncu-kuncunya dalam usaha menjatuhkan MB Selangor itu.

Atau pun Ajis Tanggang hanya ingin mengambil kesempatan di atas kemuncak kemelut PKR Selangor dengan menonjolkan diri dengan mengeluarkan kenyataan tersebut..Kekeke!!!

PS: Psssst Jis, semasa Tunku Abdul Aziz Tuanku Ibrahim keluar dari DAP dulu, ramai jugak kengkawan ko dari DAP yang menghentam dia so pleaselah jangan nak menyalahkan bangsa Melayu saja, kaum-kaum lain pun lebih kurang sama, cuma ko saja yang sengaja bodoh nak menyalahkan bangsa sendir! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Tuesday, 22 July 2014

ANGAN-ANGAN AJIS TANGGANG DAP HENDAK MENJADI KM SARAWAK?


Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak yang juga penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong Abdul Aziz Isa rupa-rupanya mempunyai daya imiginasi yang begitu tinggi rupanya.

Mana ker tidak, dalam komentor akaun Facebooknya, budak hingusan ini menyuarakan keinginannya hendak menjadi Ketua Menteri Sarawak atau paling-paling tidak pun menjadi Menteri Kebudayaan, Belia, Sukan dan Perlancongan.

Jauh panggang dari api Jis, sekiranya dengan pembawaan sikap anda sekarang yang tidak mengambilkira sensitiviti masyarakat Melayu Islam di Sarawak dengan membuta-tuli menghentam Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), sebuah Institusi Kewangan Islam yang khusus untuk membantu masyarakat Islam di negeri ini, anda tidak akan pergi jauh dengan sikap anda itu.

Ataupun anda sememangnya telah ditakdirkan akan jadi "pengikut atau hamba" DAP buat selamanya yang hanya dipergunakan untuk menyerang bangsa dan agama anda sendiri..HAHAHA

-UnReportedNews™®

Saturday, 21 June 2014

PRN SARAWAK KE-11: DAP AKAN MENCALON "ANJING" UNTUK BERTANDING?


"Analisis Politik" mengenai kemungkinan calon-calon yang bakal diturunkan pada PRN Sarawak ke-11 yang dipaparkan oleh Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak Abdul Aziz Isa di akaun Facebooknya bagaikan membawa padah apabila salah seorang komentornya menggesa agar DAP tidak meletakkan calon di kawasan bukan majoriti Cina serta melabelkan mana-mana calon yang dipertandingkan sebagai "anjing".

"Woof! Woof! Woof! DAP akan hantar "anjng" sebagai calon untuk bertanding pada PRN Sarawak ke-11 nanti?

Komentor Facebook Penyelaras DAP Tupong Abdul Aziz Isa telah melabelkan calon Bumiputera DAP yang bakal bertanding dalam Pilihan raya Negeri Ke-11 yang akan datang di kawasan majoriti bukan Cina sebagai "ANJING". DAP juga digesa hanya bertanding di kawasan majoriti Cina sahaja. 

Antara kata-kata komentor tersebut, "Kalau STAR salah saya hentam.. Kalau PKR, DAP PAS salah saya pun hentam.. Kalau BN salah saya lagi lah HENTAM!! 
Macam mana nak takbir Sarawak kalau sendiri amalkan KORUPSI..
kalau DAP letak ANJING di kawasan Dayak untuk tanding blah lah..
Blah la.. Cari orang yang betul untuk bekerja untuk rakyat..
kalau Dripin -STAR VS Willie (PKR) vs DAP (any anjing Chong) Vs BN mestilah saya undi Willie Mongin. 
STAR harus serius untuk bertanding untuk betanding terlebih dahulu mesti UBAH kepimpinan dan calon mestilah kredible dan berani bersuara dan bukan ANJINGG!!! calon pun penting oiiiiiiiii!!"

Komentor juga secara terus terang dan spesifik menyebut jangan meletakkan "ANY ANJING CHONG" (Pengerusi DAP Sarawak Cong Cheng Jen) sebagi calon di kawasan bukan majoriti Cina.

Anjing ni selalu dikaitkan sebagai binatang yang hanya mengikut perintah tuannya. Woof! Woof! Woof!

Hai Aziz, engkau tak terasa ke yang engkau sendiri termasuk dalam katergori tu? -Madein Sarawak 

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List