Showing posts with label Gangsterism. Show all posts
Showing posts with label Gangsterism. Show all posts

Thursday, 17 October 2013

"HERO TAMIL" SI SURENDRAN KECUT TELUR?

-APA LAGI SURENDRAN, JANGAN BANYAK SONGEL! JANGAN PANDAI MENGHENTAM POLIS SUKA TEMBAK PENJENAYAH JE! HOI MACA, RAMAI NAK TENGOK YOU BERAKSI MACAM DALAM FILEM TAMIL, SATU WORANG "FREEHAND" HANTAM SATU KAMPUNG PAKAI SENJATA API! KEKEKE!!!-

Kalo setakat "pakai" baju kalis peluru, anak aku pun boleh
Naib Presiden PKR, N Surendran hari ini kelihatan mencuba mengenakan baju perisai polis sebagai persediaan untuk menyertai operasi polis.

Bagaimanapun, beliau belum menandatangani perjanjian indemniti yang diperlukan oleh pihak polis.

APA CERITA NI YB? NAK ‘JOIN’ KE TAK NAK NI???

Menurut laporan Malaysiakini.com, Surendran berkata, terdapat bahagian dalam perjanjian itu yang perlu dibincangkan dengan penasihat undang-undangnya dan pemimpin parti itu.

Menurut penasihat undang-undangnya, R Sivarasa, indemniti itu, antara lain, membebaskan polis daripada tanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian, dan Surendran tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap kerajaan Malaysia, pihak polis, ketua polis negara, atau mana-mana pegawai yang terlibat dalam operasi itu.

Sivarasa berkata beliau telah menasihatkan Surendran supaya tidak menyertai operasi polis itu, manakala Surendren memberitahu media bahawa beliau masih bersedia untuk meneruskannya, tertakluk kepada perbincangannya dengan pemimpin parti dan penasihat undang-undangnya.

Katanya, beliau tidak meminta jaminan supaya tiada apa yang akan berlaku ke atas dirinya (dalam operasi itu). Surendran berkata, ini kerana memang akan terdapat risiko apabila terlibat dalam operasi dengan suspek yang bersenjata.

Katanya, beliau tidak meminta sesuatu yang sangat tidak munasabah untuk memastikan supaya beliau tidak cedera, sambil menambah bahawa sedikit keraguan mereka ialah apabila pihak polis berkata mereka (polis) tidak boleh dipertanggungjawabkan jika apa-apa berlaku.

Itu, tegas Surendran, adalah satu cadangan yang berbeza sama sekali.

Macam nilah YB, jangan cerita banyaklah, jangan banyak belit, kalau nak ‘join’ cakap je nak ‘join’, kalau taknak cakap je taknak.

Rakyat dah muak dengan cerita berbelit macam ni.

Kalau daripada awal YB dah tahu risiko, kenapa YB nak sebut bab tanggungjawab dan segala hal ini.

Sekiranya YB takut sangat kehadiran peluru sesat ke apa ke, apakata YB bawa bincang dengan Ketua Polis Negara, mana tahu Tan Sri Khalid boleh sediakan kereta perisai atau paling tidak pun bas FRU bagi menjamin keselamatan YB.

YB tolong jangan kasi malu, kehadiran YB tidak diundang, kalau YB ragu-ragu silalah pulang! (sumber

-UnReportedNews™®

Saturday, 12 October 2013

KPN TAK ADIL CUMA JEMPUT SURENDRAN SERTAI OPERASI POLIS TEMBAK PENJENAYAH?

-PASTINYA RAMAI YANG MENGHARAP HADI AWANG JUGA DIJEMPUT BERSAMA DALAM OPERASI TERSEBUT UNTUK MELIHAT KEPAKARAN "BERSILAT" SEPERTIMANA YANG TELAH BELIAU SARANKAN KEPADA POLIS JIKA BERHADAPAN DENGAN PENJENAYAH! TIME TU BARU DIER TAHU TINGGI LANGIT & BUMI! KEKEKE!!!- 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjemput Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran untuk menyertai operasi anggota polis untuk menembak penjenayah.

Khalid membuat jemputan tersebut di Twitter pada 11 Oktober dengan menyediakan baju kalis peluru untuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau menerima tawaran berkenaan.

"Untuk memberitahu apa yang terjadi ketika polis berhadapan dengan penjenayah dalam operasi yang dijalankan, kami menawarkan YB Surendran untuk menyertai kami," tweet Khalid.

Ketika dihubungi Star Online, Surendran berkata beliau telah memberi maklum balas kepada Khalid melalui Twitternya dan menerima jemputan ketua polis negara berkenaan.

Beliau berkata Khalid memberitahu dia perlu menandatangani perjanjian perlindungan sambil menambah dia akan dijemput untuk menyertai satu operasi membanteras penjenayah bersenjata akan datang.

Khalid juga meminta Surendran menghubungi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bila beliau bersedia untuk menandatangani perjanjian perlindungan dan mengukur saiz yang sesuai untuk baju kalis peluru.

Surendran bagaimanapun berkata beliau belum lagi menghubungi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah berkenaan.

Beliau berkata dia sedia berhadapan dengan sebarang risiko sama seperti pegawai polis yang terlatih.

"Jangan tembak untuk membunuh dan jangan tembak tanpa memberi sebarang amaran," tambahnya. (sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 11 October 2013

MENTERI KDN TAK PERNAH SOKONG KUMPULAN KONGSI GELAP!

-SEKALI LAGI PORTAL PRO PEMBANGKANG, MALAYSIAKINI MENG"SPIN'KAN TEKS UCAPAN DS ZAHID HAMIDI YANG "BOCOR" SEWAKTU TAKLIMAT KESELAMATAN BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT TIDAK LAMA DULU & MENGGAMBARKAN BELIAU MENYOKONG BEBERAPA KONGSI GELAP!-

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi meminta wartawan yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataannya dalam sebuah majlis tertutup di Melaka, Sabtu lalu untuk menyiarkan penuh ucapannya. 

Menurut Zahid, ucapannya jelas bahawa beliau tidak pernah menyokong kumpulan berkenaan apatah lagi bersama dengan mana-mana ahli kongsi gelap yang ada. 

Namun jelasnya lagi, disebabkan hanya separuh sahaja kenyataan daripada ucapan tersebut dikeluarkan, mesej yang sampai kepada masyarakat lari daripada maksud yang asal.  

"Saya harap wartawan yang dapat rakaman itu sebutkan semua sekali ucapan saya, bukan ambil yang sekerat saja. Saya tak pernah menjadi penyokong mana-mana kongsi gelap, saya tidak pernah," katanya.  

Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat yang diadakan pada 5 Oktober lalu bertempat di MITC Ayer Keroh mengundang kontroversi apabila teks ucapan beliau bocor dan disiarkan dalam satu portal pro-pembangkang, Malaysiakini.  

Beliau dikecam kerana dilihat cuba untuk membela kumpulan kongsi gelap yang digelarkan sebagai 'Tiga Line'.  

Dalam ucapannya di majlis tertutup itu, Zahid menyarankan agar kumpulan kongsi gelap itu untuk "menjalankan apa yang patut", namun telah dijelaskan bahawa kenyataan itu hanyalah sekadar gurauan.  

"PEKIDA ini merupakan sebuah NGO, dan 'tiga line' ini merupakan serpihan kepada PEKIDA itu. Sebagai serpihan yang tidak didaftarkan, ianya tentu satu pertubuhan yang haram, sebagaimana 48 lagi pertubuhan yang disebutkan oleh Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. 

"Tetapi tiga lini kebanyakannya melakukan program-program kenduri-kendara atau kematian di kalangan ahli-ahli PEKIDA, atau dikalangan sedara mara mereka. 

"Saya memberikan amaran, walaupun saya tidak lazim memberikan amaran ini, kalau ada dikalangan mereka menjadi bouncer, saya sebut dalam ucapan itu, atau penarik kereta, atau melakukan perbuatan jenayah, saya akan minta polis melakukan tangkapan sama seperti ahli kongsi gelap yang lain, jelas," katanya lagi. (sumber)

-UnReportedNews™®

POLIS DISARAN "BERSILAT" HADAPI PENJENAYAH?

-NI SARANAN NYANYUK TAHAP BABOON KE APE NIH? NGAPER HADI AWANG SAMPAI MELALUT MACAM NI? NAK MEMBANGKANG PUN KENA LER PADA TEMPATNYA! TAK MASUK AKAL TERUS! APER LER! KEKEKE!!!-

Portal Malaysiakini.com melaporkan yang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata boleh menembak penjenayah tetapi “perlu kena pada tempatnya”.

”Kita kena tahu dia penjenayah atau pun tidak. Kalau dia bersenjatakan parang sahaja, anggota polis kita banyak yang tahu silat. Cukuplah, sepadan dengan penjenayah itu.

“Penjenayah ada kecil besar,” katanya ketika diminta mengulas berhubung kenyataan kontroversi “tembak dulu” oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini.

Diminta menjelaskan pendiriannya sama ada bersetuju atau tidak, Abdul Hadi menjawab:

“Tindakan (menembak) boleh, tapi kena pada tempatnya. Bukan tak boleh, (tapi) kena pada tempatnya,” katanya sambil ketawa kecil.

Kita berterima kasih pada Hadi kerana mengutarakan pandangan yang ‘bijak’ itu.

Sebenarnya kita cukup tak faham mengapa ramai ahli politik ‘bijak pandai’ di negara ini yang cukup sayang kepada penjenayah.

Kalau boleh mereka lebih rela melihat anggota polis kita ‘dalam keranda’ daripada penjenayah itu sendiri berada di dalamnya.

Pelik, akhir-akhir ini kita lihat ahli politik kita cepat benar ‘melantun’ kalau polis mengambil tindakan.
Tetapi bila indeks jenayah meningkat, merekalah orang pertama yang akan bertukar menjadi gila meroyan- buat sidang akhbar sana sini mengutuk pihak berwajib kerana kononnya gagal membendung masalah ini.

Namun bila Ops Cantas dilancarkan, beribu samseng ditangkap dan ada yang ditembak mati, mereka juga yang melatah!

Saranan Hadi itu adalah cukup memalukan, apatah lagi bila ia datang dari mulut seorang presiden parti yang dihormati.

Kita kena ingat, kita tidak boleh mengagak apa yang dalam fikiran penjenayah bila senjata sudah berada di genggaman tangannya.

Tak kiralah sama ada ia pedang, parang mahupun senjata api sekalipun.

Dia akan berbuat apa saja untuk melepaskan diri…jadi kalau anggota PDRM sendiri sudah mempunyai pistol di pinggang, apa kejadah dia nak habiskan masa dan kudratnya untuk bersilat pula dengan penjenayah ini?

Ini bukan pertandingan siapa handal dan siapa kuat seperti Laksamana Tuah dan Jebat.

Ini adalah perlawanan untuk menumpaskan mereka yang tidak hairan pada undang-undang, Hadi juga kena ingat, polis bukan sebarangan melepaskan tembakan.

Mereka akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan pertumpahan darah, bila penjenayah mula bertindak agresif, baru mereka menggunakan opsyen lain termasuklah menembak ke arah suspek.

Jadi soal polis kena bersilat seperti mana saranan Hadi tadi tak timbul langsung.

Cerdiklah sikit kalau nak bagi pandangan pun!  (sumber

-UnReportedNews™®

Monday, 30 September 2013

PENINGKATAN KES JUVANA DI PULAU PINANG SALAH SIAPA?

-KES JENAYAH MEMBABITKAN JUVANA DI PULAU PINANG SEBANYAK 26 PERATUS ADALAH SESUATU FENOMENA YANG AMAT MEMBIMBANGKAN KERANA MENJEBAKKAN DIRI DENGAN JENAYAH DALAM USIA YANG MUDA BAGAIKAN MEREKRUT BAKL-BAKAL GANGSTER SAHAJA! KEKEKE!!!-

Kes jenayah kekerasan yang melibatkan juvana di Pulau Pinang meningkat sebanyak 26 peratus bagi sembilan bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata ia adalah sesuatu yang membimbangkan dan orang ramai terutama ibu bapa perlu bersama-sama membendung jenayah di kalangan juvana.

“Dari Januari sehingga September tahun ini, sebanyak 92 kes jenayah melibatkan juvana berbanding hanya 66 kes bagi tempoh sama tahun lepas, peningkatan sebanyak 26 peratus.

“Kes-kes jenayah terutama berkaitan kekerasan itu berlaku di dalam dan di luar sekolah dan polis perlukan kerjasama daripada semua pihak bagi membendungkan kegiatan berkenaan,” katanya.

Abdul Rahim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar untuk murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pulau Pinang di Dewan Sree Mariamman, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Syed Jaafar Syed Ali dan Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin.

Kira-kira 1,000 pelajar sekolah Tamil di seluruh Pulau Pinang menyertai seminar sehari itu.

Sementara itu, mengulas mengenai khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan yang diterimanya, Abdul Rahim berkata siasatan terperinci mengenai kes berkenaan sedang dijalankan.

“Ada saya kata saya takut?. Di sini saya nak tegaskan saya langsung tidak gentar. Kalau saya takut, tak payahlah saya jadi ketua polis negeri,” katanya.

Selasa lepas, Abdul Rahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, selepas menerima kiriman SMS berbaur ugutan daripada individu tidak dikenali.

Antara kandungan SMS berkenaan ialah “Hello kepala Penang mau kasi ingat U sudah ambil saya punya kawan lima orang, U jangan ingat U The Best’,”. –BERNAMA

-UnReportedNews™®

Thursday, 26 September 2013

KETUA POLIS PULAU PINANG CABAR GANGSTER

-"TAK PAYAHLAH UGUT-UGUT HANTAR SMS, TELEFON MANA MAU JUMPA, SAYA AKAN PERGI!", RAHIM MEMBERI CABARAN GANGSTER YANG TELAH MENGHANTAR UGUTAN MENERUSI SMS KEPADANYA! ALA, ADA TELUR KER SI PENGHANTAR SMS ITU NAK BERJUMPA KETUA POLIS NEGERI TUH? KEKEKE!!!-

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mencabar individu yang menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepadanya pada Isnin lepas untuk bersemuka.

Abdul Rahim berkata, beliau tidak gentar dengan SMS yang diterima dan perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memerangi jenayah di negeri ini sekali gus menjalankan tugas dengan lebih tegas.

“Saya nasihatkan kepada penghantar mesej (ugutan) itu, jangan ingat dia terlepas daripada tindakan pihak polis.

“Tak payahlah ugut-ugut hantar SMS, beritahu saja… telefon mana mahu jumpa, saya akan pergi. Kalau dah berani sangat, beritahu tempat, tunggu saya… saya akan pergi,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam sempena Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2013 di sini malam ini.

Beliau menerima lebih tiga SMS ugutan pada Isnin dan sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pukul 9 malam semalam.

Antara kandungan SMS berkenaan ialah “Hello kepala Penang mau kasi ingat U sudah ambil saya punya kawan lima orang, U jangan ingat U The Best”.

Selain itu, pengirim SMS turut mengugut untuk “mengambil” Abdul Rahim atau rakannya, jika tidak berjaya “mengambil” Abdul Rahim.

Kesemua SMS diterima daripada nombor yang sama bermula pukul 9 pagi ketika Abdul Rahim berada di pejabatnya.

Abdul Rahim berkata sebagai pegawai polis, beliau sudah biasa dengan SMS berbaur ugutan dan tidak kisah dengan perkara itu kerana apa yang penting ialah menjalankan tugasnya dalam memastikan keamanan serta keselamatan masyarakat.

“Saya langsung tak berasa takut, bimbang dan sebagainya. Kalau saya sebagai Ketua Polis Negeri takut, bagaimana masyarakat? Kalau tunjuk muka takut, masam, bagaimana saya nak kekalkan keamanan. Apa yang saya nak takut. Saya akan lebih tegas lagi dalam perkara ini,” katanya.

Abdul Rahim berkata, beliau mengarahkan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah negeri menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Beliau turut mengesahkan timbalannya, Datuk A. Thaiveegan yang baru bertugas minggu lepas, juga menerima SMS berbaur ugutan dan siasatan berhubung perkara itu sedang dijalankan. –Bernama

-UnReportedNews™®

Sunday, 15 September 2013

WALAUPUN TAHU DIBURU, ADA HATI NAK BERHIBUR DI KELAB MALAM!

-EMPAT LELAKI DIPERCAYAI AHLI KUMPULAN KONGSI GELAP YANG DI BURU POLIS ADALAH DI ANTARA 18 INDIVIDU YANG DI TAHAN DALAM OPS CANTAS KHAS DI PULAU PINANG SEMALAM! PADA MUKA! KEKEKE!!!-

Polis Pulau Pinang menahan 18 individu termasuk tujuh wanita warga asing atas pelbagai kesalahan dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan di lima pusat hiburan di seluruh negeri, awal hari ini.

Sebanyak 14 pasukan polis terdiri daripada pegawai dan anggota terbabit dalam operasi tujuh jam berakhir jam 3 pagi ini di Seberang Perai, Queensbay, Persiaran Gurney dan sekitar pusat bandar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC Mazlan Kesah berkata, empat daripada suspek lelaki berusia antara 20-an dan 30-an disyaki anggota geng 04 berdasarkan lambang tatu pada badan mereka.

“Lapan lelaki ditahan untuk siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 manakala tujuh wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan ditahan atas kesalahan imigresen,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata beberapa paket dadah pelbagai jenis ditemui bertaburan di atas lantai dipercayai sengaja dicampak pengunjung pusat hiburan yang menyedari kehadiran polis.

Mazlan berkata, polis turut menjumpai tiga batang rotan sebesar pergelangan tangan dan tiga cota di dalam sebuah premis di Persiaran Gurney dipercayai digunakan sebagai senjata pergaduhan.

Sementara itu, Mazlan berkata, polis turut merampas 12 set komputer yang diubah suai menjadi mesin judi dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Seberang Perai Selatan serta menahan tiga lelaki atas kesalahan perjudian.

Katanya, seorang pemilik premis boleh didakwa mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda RM10,000 bagi setiap mesin judi atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selain itu, dua pemain judi akan siasat mengikut Seksyen 7 (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan dan denda tidak melebihi RM5,000. 

-UnReportedNews™®

Thursday, 12 September 2013

GAMBAR: DUA AHLI GENG 36 MATI DITEMBAK POLIS

-SIASATAN AWAL POLIS MEMPERCAYAI KEDUA SUSPEK ADALAH PEMBUNUH UPAHAN DENGAN MODUS OPERANDI MENYAMAR SEBAGAI POLIS UNTUK MENAHAN MANGSA MEREKA! POLIS JUGA MERAMPAS LENCANA POLIS, DUA PUCUK PISTOL AUTOMATIK & SEJUMLAH DADAH DI TEMPAT KEJADIAN! PADAN MUKA! KEKEKE!!!-

Dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 36 terbunuh selepas berbalas tembak dengan polis di persimpangan Lebuhraya SPA-AMJ, berdekatan pasar raya Tesco Melaka Cheng di sini, Khamis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dalam kejadian pukul 9.20 pagi itu, sepasukan polis dari Bukit Aman dan Melaka mengesan kedua-dua suspek termasuk yang dikenali 'Teratai Boy', menaiki kereta Perodua Myvi.

Apabila diarah berhenti oleh polis, suspek melepaskan tembakan ke arah polis menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan bagi mempertahankan diri dan akhirnya polis berjaya menumpaskan suspek yang berusia 25 dan 35 tahun itu, katanya kepada pemberita, di sini.

Menurut Khalid, kejadian itu juga membantu polis menyelesaikan tujuh kes bunuh, satu kes cubaan bunuh dan dua kes samun yang membabitkan seorang daripada suspek.Lelaki ini memang dikehendaki dan polis pernah meminta bantuan orang ramai untuk mengesannya pada hujung bulan lepas bagi membantu siasatan, katanya.

Beliau berkata seorang lagi suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah.

Mengulas kejadian berbalas tembak itu, Khalid berkata suspek melepaskan lima tembakan ke arah polis dengan ada yang mengenai kereta pasukan keselamatan.

Katanya pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan dua pucuk pistol automatik serta dadah jenis ganja selain lencana Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lencana integriti yang dipakai anggota PDRM pada badan suspek. 

Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan sama ada kedua-dua suspek ialah pembunuh upahan dan menyamar sebagai anggota polis, katanya.

Menurut Khalid, susulan kejadian itu polis menyerbu sebuah rumah milik seorang suspek dan menahan seorang lelaki dan wanita, masing-masing berusia 34 dan 35 tahun bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas sebuah kereta mewah serta peralatan pecah rumah dari rumah itu.

Sambil berterima kasih kepada orang awam yang membantu polis sehingga tumpasnya dua suspek tersebut, Khalid berjanji PDRM akan meneruskan Ops Cantas untuk mengesan penjenayah di negara ini.

Katanya Ops Cantas juga akan diperluas secara besar-besaran ke Sabah dan Sarawak.



-UnReportedNews™®

Monday, 9 September 2013

LAGI ANGGOTA GENG MELAYU KL DIBERKAS

-SEORANG KETUA GENG BERGELAR "AYAHANDA" YANG MEMPUNYAI TATU DIBADANNYA ADALAH SALAH SEORANG DARIPADA 34 INDIVIDU YANG TELAH DITAHAN OLEH POLIS DALAM SUSULAN "OPS CANTAS" YANG JUGA TELAH MERAMPAS PELBAGAI JENIS SENJATA API!-

Seramai 34 individu dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap ditahan dalam Ops Cantas Khas Polis Kuala Lumpur dalam tempoh lebih tiga minggu sehingga hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata jumlah itu adalah daripada 502 orang yang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah selepas pemeriksaan terhadap 10,126 orang dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur.

Mendedahkan perkembangan ini dalam satu sidang akhbar siang tadi, beliau menyatkan serbuan dan pemeriksaan secara terancang di beberapa lokasi ‘hotspot’ pada Sabtu dan Ahad lepas, seramai tujuh daripada 53 individu yang ditahan terbabit dalam kumpulan kongsi gelap dan pelbagai senjata api dirampas.

"Serbuan ke atas sebuah kereta jenis Toyota Prius Sabtu lepas kira-kira pukul 8.30 malam di hadapan sebuah restoran di Taman Usahawan Kepong, polis menahan dua lelaki dan hasil pemeriksaan menemui satu kelopak peluru bersaiz 9mm berisi 10 butir peluru yang disorokkan di dalam poket seluar salah seorang daripada mereka."

“Susulan tangkapan itu, satu lagi serbuan dijalankan di pangsapuri Saujana, Damansara Damai. Seorang lelaki ditahan dan (polis) merampas tiga pucuk pistol semi auto jenama Hammerli P26., G23 Milspec dan PX4 Custom, tiga kelopak peluru berisi 29 butir peluru kapur, sepasang gari ibu jari dan pelbagai komponen pistol,” katanya lagi.

"Seorang daripada tiga yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau bersabit dadah dan polis kini sedang mengesan seorang lagi rakan kumpulan ini yang dikenali sebagai A’wan," jelas Mohmad sambil menambah, kesemua mereka ditahan mengikut akta berkaitan senjata api dan samun dan kini direman sehingga 14 September.

Beliau juga mendedahkan tentang penahanan seorang lelaki berusia 40an yang memiliki watikah pelantikan sebagai ‘ayahanda’ yang dipercayai terlibat dengan kumpulan silat dimana tiga pucuk pistol palsu dirampas dalam satu serbuan Ahad lepas kira-kira pukul 3.35 pagi di sebuah studio muzik di Taman Sri Rampai.

“Di badan lelaki ini dipenuhi dengan tatoo…kita masih jalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada kumpulan yang disertainya itu adalah pertubuhan haram atau kumpulan kongsi gelap,” katanya lagi serta menjelaskan lelaki itu ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966.

-UnReportedNews™®

Thursday, 5 September 2013

PELBAGAI SENJATA AUTOMATIK DIRAMPAS POLIS

-POLIS MERAMPAS PELBAGAI JENIS SENJATA API AUTOMATIK TERMASUK MODEL AK-47 BERSERTA DUA TIN PENUH BERISI PELURU DALAM SATU SERBUAN DI SEBUAH PERMIS PERNIAGAAN KOSONG SEMENTARA DUA SASPEK BERKAITAN DENGAN BARANGAN RAMPASAN TERSEBUT TURUT DIBERKAS DI DUA LOKASI BERASINGAN! MACAM NAK PERGI "BERPERANG" JER NI? KEKEKE!!!-

Pelbagai jenis senjata api dirampas dalam satu serbuan ke atas sebuah kedai kosong di Naka, Alor Star di Kedah, awal pagi tadi, lapor NST Online.

Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, antara jenis senjata yang dirampas termasuk tiga raifel Kalashnikov AK-47, tiga laras Colt M4 Carbine, senjata api buatan sendiri dan pistol Beretta semi automatik serta 11 kelopak peluru kosong untuk pelbagai jenis senjata.

Katanya, dalam serbuan jam 5 pagi itu, polis turut merampas lima guni baja urea dan dua tin yang dipenuhi peluru pelbagai saiz.

Ahmad berkata susulan daripada serbuan itu, polis telah menahan dua lelaki berusia 50 dan 53 tahun di dua lokasi berasingan.

“Suspek pertama ditahan ketika serbuan manakala suspek kedua ditahan di Kuala Kedah kira-kira jam 1 petang tadi.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Senjata Api,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, hari ini. (sumber

-UnReportedNews™®

"GANGSTER" DALAM POLITIK DAH DIKENALPASTI!

-KDN SUDAH MENGENALPASTI ANGGOTA KONGSI GELAP YANG "MENYERAP" MASUK KE ARENA POLITIK NEGARA INI! JIKA DAH "BERSARA" & BERTAUBAT, TAK APA LER TAPI TAKUT-TAKUT JER KEDUDUKAN & PENGARUH POLITIK DISALAHGUNA UNTUK MENINGKATKAN LAGI PEMBABITAN KONGSI GELAP KE TAHAP YANG LEBIH DAHSYAT LAGI! GODFATHER TU! KEKEKE!!!-

Kementerian Dalam Negeri sudah mengenal pasti individu yang mempunyai kaitan dengan kongsi gelap dan dikatakan turut bergiat dalam bidang politik di negara ini, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis.

"Sekiranya ahli politik ini adalah bekas anggota kongsi gelap, mungkin mereka sudah bertaubat dan tidak adillah untuk mengaitkan mereka lagi dengan kongsi gelap. "Tapi, jika siasatan mendapati mereka masih mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, maka kami akan dedah nama mereka dan mengambil tindakan undang-undang." 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 56 anggota pasukan keselamatan Kota KInabalu.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas pendedahan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan bahawa seorang bekas banduan yang pernah menjadi ketua kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat rendah sebuah parti politik di Pulau Pinang. 

Dalam perkembangan berkaitan gangsterisma, kawalan disepanjang sempadan Thailand diperketatkan bagi mengelak ahli-ahli kumpulan kongsi gelap membuang tatu mereka di negara tersebyt.

Difahamkan polis Perak telah menubuhkan pasukan khas untuk mengawal kawasan sempadan dengan Thailand bagi mengawasi pergerakan ahli kumpulan kongsi gelap menyeberangi sempadan untuk membuang tatu di badan mereka.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata pasukan berkenaan ditempatkan di sempadan Pengkalan Hulu.

"Kami sedang mengawasi pergerakan mereka," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Terbaru, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa ahli kumpulan kongsi gelap dikatakan menyeberangi sempadan untuk membuang tatu di badan mereka bagi mengelakkan mereka di tahan dalam Ops Cantas yang sedang dijalankan oleh pihak polis.

-UnReportedNews™®

BEKAS KETUA GANGSTER KINI BERKECIMPUNG DALAM POLITIK?

-INDIVIDU TERSEBUT YANG SEBELUM INI TELAH DIDAKWA & MENJALANI HUKUMAN PENJARA KINI MEMEGANG JAWATAN KETUA DI PERINGKAT BAWAHAN SEBUAH PARTI POLITIK DI PULAU PINANG! SIAPA AGAKNYA MAHLUK INI YER? KEKEKE!!!-

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan mendedahkan seorang bekas banduan, yang juga bekas ketua kumpulan kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat bawahan dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang.

Katanya beliau yang ketika itu masih dalam perkhidmatan polis, telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini.

Katanya bekas banduan itu pernah menjadi ketua kongsi gelap di negara ini dan aktifnya dalam politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara.

Beliau yang ditemui Bernama di sini, bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemimpin itu tetapi berkata individu berkenaan kini merupakan ketua di peringkat bawahan sebuah parti politik di negeri itu.

Zaman Khan menggesa pihak polis menyiasat perkara itu kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi oleh orang ramai terhadap penglibatan ahli politik dalam dunia kongsi gelap.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya sedia menyiasat dakwaan pembabitan anggota kongsi gelap dalam arena politik mahupun memegang jawatan penting dalam sesebuah parti politik di negara ini.

Beliau berkata pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mahupun maklumat untuk mengaitkan pembabitan anggota kongsi gelap dalam parti politik mahupun banduan yang telah dibebaskan.

"Anggota kongsi gelap jadi ketua bahagian parti politik tidak ada lagi. Kalau benar ada dakwaan seperti itu kita sedia menyiasat," katanya.

Minggu lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan sebanyak 49 kongsi gelap dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, membunuh, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

Dalam Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lepas bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara, polis menangkap 4,777 orang dan merampas 136 kenderaan curi, lapan senjata api, satu bom tangan, 54 peluru dan 133 senjata berbahaya.

Operasi itu dilancarkan setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi.

Antara kes itu termasuk pada 29 Julai lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dibunuh manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.

Dua hari sebelum itu, aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan jalan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April lepas.

Bernama sebelum ini melaporkan kumpulan kongsi gelap ini bergantung kepada aktiviti pengedaran dadah selain daripada aktiviti pinjaman wang haram 'ah long' dan aktiviti maksiat termasuk perjudian dan pelacuran.

Dalam pada itu, Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata penglibatan anggota kongsi gelap mahupun bekas banduan di dalam sesebuah parti politik di negara ini merupakan satu perkembangan yang tidak baik.

Beliau berkata sebagai sebuah parti yang berdaftar. jawatankuasa parti itu perlu menyiasat latar belakang setiap anggota mereka sebelum mereka dibenarkan bertanding di peringkat bahagian seterusnya memegang jawatan penting di dalam parti.

"Jika dibiarkan ia akan menjadi satu ancaman, kerana anggota kongsi gelap ini akan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk melakukan aktiviti haram," katanya. - BERNAMA

-UnReportedNews™®

Monday, 2 September 2013

KETUA KONGSI GELAP 36 DITEMBAK MATI

-LEBIH MENGEJUTKAN LAGI ADALAH SIASATAN AWAL POLIS PERCAYA KETUA GENG 36 YANG MATI DITEMBAK ITU ADALAH BEKAS PEGAWAI TENTERA UDARA MALAYSIA (TUDM)! APA NAK JADI NE? KEKEKE!!!-

Anggota forensik menjalankan pemeriksaan di lokasi Jambu Keshan ditembak
mati dari jarak dekat berhampiran restoran bapanya, awal pagi Ahad. -BERNAMA
Bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mati ditembak di Taman Rishah di sini pada Ahad merupakan ketua Geng 36 di Batu Gajah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, S. Jambu Keshan, 39, dipercayai ditembak mati oleh musuh kumpulan tersebut kerana ada kaitan dengan dadah.

"Kami juga percaya insiden itu ada kaitan dengan pertelingkahan di antara ahli kumpulan mangsa, Geng 04 dan Geng 08," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Jambu Keshan mati ditembak oleh seorang lelaki bertopeng berhampiran restoran bapanya di Taman Rishah di sini kira-kira pukul 7.15 pagi Ahad.

Mohd Dzuraidi berkata polis telah merakam keterangan dua orang saksi dan percaya suspek yang terlibat dalam insiden itu lebih daripada dua orang.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari kedai berhampiran menunjukkan lelaki bertopeng itu manakala cermin kereta Toyota Vios yang dipandu rakan suspek itu berwarna gelap. (sumber)

-UnReportedNews™®

Saturday, 31 August 2013

KETUA GANGSTER DITEMBAK MATI DEPAN AHLI KELUARGA DALAM KUIL!

-DIFAHAMKAN, MANGSA YANG DIKENALPASTI SEBAGAI KETUA KONGSI GELAP 21 SEDANG BERSEMBAHYANG APABILA BELIAU DITEMBAK MATI SECARA KEJAM DIHADAPAN SELURUH AHLI KELUARGANYA SENDIRI OLEH DUA LELAKI! FUH, SEMAKIN MENJADI PULAK DIER ORANG NI YA BIARPUN OPS CANTAS KHAS SEDANG GIAT DILANCARKAN! MEMANG JENIS TAK TAKUT MATILAH! KEKEKE!!!-

Seorang ketua kumpulan kongsi gelap berusia 37 tahun ditembak mati dihadapan ahli keluarganya ketika sesi upacara sembahyang di sebuah kuil di Gelang Patah dekat sini pada Jumaat.

Ketika kejadian K. Jeganathan sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya.

Kira-kira pada pukul 7.30 malam, dua lelaki yang memakai topi keledar masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa.

Suspek kemudiannya segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki motosikal.

Semuanya berlaku dalam beberapa minit sahaja.

Jeganathan, dipercayai ketua kumpulan Geng 21, dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah dan namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana.

Mayatnya di bawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Jurucakap polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu segera menghubungi hotline polis, di talian 07-2212999. (sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 30 August 2013

KALAU YA PUN OPS CANTAS TU OPERASI "MEMBURU" PENJENAYAH, APA SALAHNYA?

-MENGAPA PULAK ADA PUAK YANG "CUAK" PADA OPS CANTAS KHAS NI? MENGAPA RISAU & SEAKAN TIDAK SENANG DENGAN USAHA POLIS MEMERANGI AHLI-AHLI KONGSI GELAP NI? ADAKAH OPERASI INI SEDIKIT-SEBANYAK "MENGANGGU" KEPENTINGAN-KEPNTINGAN LU ORANG KER? KEKEKE!!!-

Ops Cantas Khas yang kini sedang dilancar dan dipergiatkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya bertujuan untuk menjejaki ahli-ahli kongsi gelap bukannya dan bukanlah suatu operasi pemburuan besar-besaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata operasi tersebut adalah merupakan inisiatif polis yang begitu diperlukan dalam membolehkan rakyat hidup di persekitaran yang bebas daripada jenayah.

"Ia adalah operasi membanteras jenayah secara berterusan dan saya meminta polis untuk meneruskannya dan ia bukan operasi pemburuan, ia kehendaki oleh rakyat," katanya kepada pemberita semalam dan menambah, sekiranya kita mahu hidup dalam sebuah negara yang bebas daripada jenayah, jadi kita perlu laku ia."

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan senarai 49 pertubuhan haram di mana kebanyakannya adalah kumpulan kongsi gelap yang disenaraikan polis dalam Ops Cantas.

Sehubungan itu, polis menegaskan tindakan akan diambil ke atas semua anggota 49 kumpulan kongsi gelap yang dikenalpasti dan ianya termasuk penggunaan Akta-akta Pertubuhan dan Akta-akta berkaitan jenayah.

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang kemudiannya secara sinis berkata, "Jadi kalau mereka mahu jadi ahli kongsi gelap, kena bersedialah, selain akta berkaitan jenayah, kami juga akan ambil tindakan mengikut Akta Pertubuhan terhadap mereka."

"Kesemua kumpulan berkenaan sama kerana terbabit dalam aktiviti jenayah seperti peras ugut, merusuh, membunuh, bergaduh, memukul dan penyalahgunaan dadah," katanya lagi ketika diminta mengulas pengumuman nama 49 kumpulan kongsi gelap yang dibuat oleh KDN semalam an Dalam Negeri (KDN) pada Khamis.

Dalam perkara yang kaitan, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menjelaskan kesemua 49 kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos dan polis sedia mengambil tindakan tanpa kompromi terhadap ahli politik yang didapati terbabit dalam kegiatan kongsi gelap termasuk menjadi ketua kumpulan itu.

"Setakat ini kami tidak dengar lagi ahli politik yang terlibat dalam kongsi gelap, tetapi kalau kami siasat dan didapati benar, kami akan ambil tindakan yang betul," katanya mengulas laporan akhbar pada Rabu yang mendakwa terdapat kumpulan kongsi gelap diketuai ahli politik di negara ini. 

Mendedahkan kira-kira 40,313 individu dikenal pasti sebagai ahli kumpulan 49 pertubuhan haram yang terdiri daripada kumpulan kongsi gelap, Rahim mnjelakan antara aktviti utama kebanyakan pertubuhan itu (walaupun bukan semua) ialah pengedaran dadah, peras ugut dan membunuh menggunakan senjata api serta menimbulkan huru-hara di tempat awam.

"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barangtajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," katanya sambil menambah beberapa kumpulan kongsi gelap itu bergerak aktif di beberapa negeri seperti Geng 04 yang dikenal pasti aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

"Geng 08 pula bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Double 7, bergerak aktif di seluruh Semenanjung sementara Tiga Line dilihat bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak. Geng 30 pula bergerak aktif di seluruh Semenanjung," katanya lagi.

Selain itu, Rahim berkata, Geng 38 juga didapati bergiat aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor dan semua 49 kumpulan tersebut telah diumumkan sebagai pertubuhanharam di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan, 1966, berkuatkuasa pada Selasa (28 Ogos).

Dengan pengisytiharan berkenaan tiada individu boleh menggunakan kembali nama berkenaan sebagai sebuah pertubuhan dan antara tindakan lain yang boleh diambil di bawah akta yang telah digazetkan itu adalah semua aset ya ng dimiliki oleh kumpulan kongi gelap berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi.

"Tidak ada seorang pun individu boleh memegang jawatan dan menjalankan apa aktiviti mahupun mesyuarat dalam bangunan atau bertindak sebagai ahli kumpulan kongsi gelap berkenaan dan sekiranya mereka didapati menggunakan nama atau simbol kumpulan berkenaan digunakan pada premis perniagaan tersebut boleh disita dan sekiranya individu yang ditahan dikenal pasti sebagai anggota 49 pertubuhan haram itu mereka akan disiasat dan didakwa di mahkamah.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List