Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Friday, 13 May 2016

PRK Sungai Besar: Pembangkang Rebut Bertanding


SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) dijangka berdepan saingan lebih daripada satu parti pembangkang apabila Parti Amanah Negara (PAN) turut menyatakan hasrat meletak calonnya selepas PAS mengesahkan untuk berbuat demikian.

Ketua Pemuda PAN Selangor, Abbas Azmi, berkata pihaknya mempunyai beberapa calon yang semuanya mempunyai kelebihan tersendiri dan diyakini diterima masyarakat setempat.

"Pemuda PAN negeri akan mencadangkan calon parti ini dipilih mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Parlimen Sungai Besar.

"Calon PAN wajar diberi laluan untuk mewakili PH dalam PRK ini. Kami bersedia dengan apa juga kemungkinan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abbas berkata, gerak kerja bertemu masyarakat dan pengundi sudah dimulakan, termasuk memberi bantuan makanan asas kepada fakir miskin, edaran risalah bagi memperkenalkan misi dan visi PAN serta melaksanakan program kemasyarakatan.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata parti itu akan mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Besar daripada sekutu PH.

Iskandar berkata, calon PAS lebih layak bertanding berbanding DAP, PKR atau PAN, malah menegaskan ia secara tradisi adalah milik PAS sejak 1990-an.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon, yang terkorban dalam nahas helikopter Eurocopter AS350 di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Noriah yang juga Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, menjadi Ahli Parlimen Sungai Besar selama tiga penggal sejak tahun 2004. (-BH)

Manakala itu, PRK Parlimen Sungai Besar, Selangor dan PRK Parlimen Kuala Kangsar, Perak akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala hari penamaan calon pada 5 Jun.

Menurut Berita Harian perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, Wan Mohammad Khairil memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar selepas menewaskan calon PAS dan Bebas, manakala Noriah memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar selepas mengalahkan calon PAS.

Dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat khas berhubung kedua-dua PRK berkenaan, Mohd Hashim berkata, SPR menetapkan pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar.

Bagi PRK Sungai Besar, pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi ialah di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.

Allahyarham Noriah dan Wan Mohammad merupakan antara enam mangsa kemalangan helikopter jenis Eurocopter AS350 yang terhempas dekat Sebuyau iaitu ketika dalam penerbangan dari Betong ke Kuching.

Turut terkorban dalam nahas itu ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai serta juruterbang helikopter, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Allahyarham Noriah memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh M.Hussin dengan majoriti 399 undi, manakala Wan Mohammad Khairil memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar menewaskan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Datuk Kamilia Ibrahim, Bebas dengan majoriti 1,082 undi. -UnReportedNews™®

Sunday, 21 February 2016

Chong Chieng Jen Dihentam Pada "Pertemuan Rahsia" Pakatan?

 
Satu pertemuan rahsia di antara PAS, PKR, DAP dan Amanah mengenai perundingan kerusi pada PRN11 Sarawak telah berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.
 
Lokasi pertemuan tersebut tidak didedahkan namun difahamkan, agenda utama pertemuan tersebut adalah untuk mendamaikan persengketaan diantara PKR dan DAP Sarawak.
 
Sumber dalaman mendedahkan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen teleh "dihentam" dengan teruk oleh pemimpin PKR dan Amanah dalam pertemuan tersebut.
 
 
Chong juga dikatakan didalam keadaan yang terkelu tidak terkata apabila dipersoalkan oleh pemimpin PKR Sarawak dihadapan semua yang hadir pada pertemuan berkenaan.
 
Ianya berpunca dari kedegilan dan kesombongan Chong dan DAP Sarawak terhadap pertindihan dan perebutan kerusi diantara PKR dan DAP.
 
Sumber juga menyatakan, semua yang hadir bersetuju yang Chong lah yang telah "menyerang" Baru Bian/PKR Sarawak menerusi media biarpun Baru Bian memilih untuk tidak memberi sebarang respon ke atas serangan berkenaan.
 
Jelas, kesombongan Chong dan DAP kerana memiliki kerusi pembangkang paling banyak di Sarawak telah membuat mereka berani untuk menindas rakan sepakatan mereka sendiri.
 
Kita tunggu dan lihat sama ada Chong dan DAP Sarawak akan akur dengan keputusan pertemuan rahsia tersebut atau sebaliknya. -UnReportedNews™®

Wednesday, 27 January 2016

PRN11 Sarawak: Rahsia Pembangkang Sarawak Didedahkan


Dari 82 kerusi DUN yang akan dipertandingkan, Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dijangka hanya akan bertanding di 45 buah kerusi.

Sewaktu hanya diperuntukkan sebanyak 71 kerusi DUN dulu, PKR bertanding di 49 buah DUN dan logiknya, semakin bertambah kerusi (71 menjadi 82), PKR sepatutnya akan bertanding lebih 49 bukan? 

Kenapa semakin berkurang? PKR sebenarnya belajar dari kesilapan kerana mereka sudah mula menerima hakikat sebenar yakni pada PRN Sarawak ke-11 ini yang akan berlangsung tidak lama lagi, peluang untuk menang semakin kelam. 

Tiga kerusi DUN (Ba'Kalalan, Batu Lintang dan Krian) yang sedia ada pun sukar nak dipertahankan dan silap-silap pada sesi yang akan datang tiada ADUN dari PKR pada persidangan DUN Sarawak nanti.

Walaubagaimanapun, sokongan dari PKR negeri-negeri di Semenanjung dijangka amat kuat dan tersusun kali ini berbanding parti pakatan yang lain. 

Walaupun dijangka akan kalah dan hilang kerusi, PKR seperti biasa, pada luaran mereka menggambarkan mereka kuat namun hakikatnya ianya adalah sebaliknya.

Sikap mereka yang langsung tidak akan bertolak ansur kepada rakan pakatan terutama PAN adalah kekuatan mereka yang diketahui umum.

DAP Sarawak pula seperti biasa menunjukkan sikap angkuh angkuh dan sombong dengan strategi dan kekuatan diri sendiri.

Mereka masih bersikap "over-confident" dengan sokongan orang kaum Foo Chow dan Tiong Hua di bandar-bandar. 

Strategi memperkudakan Parti Amanah Negara (Pan) sebagai rakan kongsi dan "pak turut", iaitu dua parti pakatan dalam Pakatan Harapan menjadikan majoriti, bagi mengekang PKR di Sarawak agar tidak menjadi terlau kuat dari DAP.

Sumber dalaman mendedahkan, "Stratergi DAP kali ini amat mudah kerana ingin melemahkan orang Melayu dan Iban dalam Pakatan Harapan serta menjadikan mereka sebagai "Yes Man" kepada DAP. Semua kenyataan di sidang akhbar dikarang oleh DAP. Peluang Dap kali ini hanya pada kerusi di bandar. PAN langsung tidak diberimuka oleh DAP di Sarawak dan calon Melayu DAP juga akan menjadi bahan ujian bagi Dap kali ini kerana DAP ingin mencermin mereka bukanlah parti cina malah turut disertai oleh orang Melayu dan Iban."

PAS pula berhadapan dengan realiti dimana kesemua kerusi DUN yang akan mereka tandingi akan berhadapan dengan perlawanan tiga penjuru dengan PAN-PKR-DAP-Calon Bebas.

Seperti PKR, sokongan dan bantuan dari negeri-negeri Semenanjung juga amatlah kuat namun masalah utama PAS adalah mereka tiada isu untuk diketengahkan dan masih dibelenggu hudud dan juga kenyataan orang Iban di Sarawak memakai cawat oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.

Isu remeh seperti amalan dalam agama Islam dan budaya tempatan juga gagal dihayati oleh PAS dimana PAS di Semenanjung masih mengambil kira soal haram bersalam dengan orang perempuan, soal aurat dan haram mengucap selamat semasa Hari Krismas. 

Soal calon juga menjadi halangan buat PAS dimana sehingga kini, senarai calon PAS terdiri daripada mereka yang berpendidikan rendah kecuali 2-3 orang. 

Bagaimana nak berbahas dalam DUN kalau bahasa pengantar DUN pun tergagap-gagap? Kekurangan yang paling nyata bagi PAS adalah mereka tidak akan duduk semeja dengan DAP dan PAN. PAS hanya sudi duduk dengan PKR secara tidak rasmi atau di kedai-kedai kopi.

Strategi hanya memfokuskan satu kerusi DUN sahaja memberikan peluang kepada Sarawak Workers Party (SWP) untuk menang di dalam PRN nanti. 

Dengan kekuatan kewangan yang mantap walaupun jentera yang sedikit, SWP nampak bagaikan membuang masa dan tenaga, bertanding 1 daripada 82 kerusi DUN, tetapi strategi SWP ini wajar dipuji kerana mereka bagaikan sedar dan "mengukur baju di badan sendiri".

Tetapi kalau diukur betul-betul, SWP boleh bertanding separuh daripada DUN Sarawak dengan kekuatan kewangan yang ada namun, dari segi politik, satu DUN (sama ada menang atau tidak), akhirnya, SWP mesti memilih untuk berada di dalam kumpulan kerajaan atau pembangkang selepas itu namun mengenali politik Sarawak, SWP dijangka bakal akan menyertai semula BN.

Parti yang paling junior adalah PAN dan ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem telah mengklasifikasikan PAN sebagai parti dari Malaya. 

Penggerak Pan di Sarawak hanya beberapa kerat sahaja namun PAN dilihat mempunyai nafsu kuat nak bertanding mengalahkan SWP walaupun kewangan tiada. 

PAN seperti PAs di awal kewujudan mereka di Sarawak, iaitu tiada calon yang boleh diketengahkan dan prestasi dengan PAS tidak jauh mana tetapi PAN amat lemah dan tiada jentera tempatan. 

Kajian oleh Unimas membuktikan daripada 100 orang hanya tiga orang yang mengenali PAN, itupun sebab kerana ketiga orang itu adalah penggerak PAN!!!

PAN bakal bertanding di semua kerusi milik Pas walaupun mereka sedari undi PAS akan mengatasi PAN. Penggerak PAN di Sarawak rata-ratanya terdiri dari kalangan bekas ahli PAS malah ada yang dari PBB melompat ke PKR yang melompat ke PAN dan kini menjadi ahli PAN.

PAN di Sarawak semakin malang kerana tidak seperti PKR dan PAS, mereka tidak ada sokongan negeri-negeri yang kuat malah tiada kewangan pun untuk bertanding.

Jumlah kerusi yang dijangka yang akan ditandingi oleh pembangkang di Sarawak:

PKR 45
DAP 32
PAS 8
SWP 1
PAN 9

Totalnya adalah sebanyak 95 calon pembangkang yang akan bertanding tanpa mengira calon bebas atau Snap dan Star. Ini bermakna 13 kerusi akan menyaksikan perlawanan lebih daripada 2 penjuru (BN vs Pembangkang).

PKR - DAP - PAS - PAN bertembung di 1 kerusi
PKR - DAP - PAS bertembung di 1 kerusi
PKR - DAP - PAS bertembung di 2 kerusi
PKR - DAP bertembung di 5 kerusi
PKR - PAN bertembung di 2 kerusi
PKR - PAS bertembung di 2 kerusi


Dengan keadaan 5 Pembangkang yang tidak bersatu di Sarawak, BN sebagaimana dijangka akan menang mudah dan bakal membolot 69 kerusi. Dap akan kekal di 7 DUN dan baki 5 DUN akan dimenangi oleh BN atau DAP dengan majoriti tipis dan SWP menang satu DUN. -UnReportedNews™® 

Tuesday, 19 January 2016

PAS Sarawak Harus Berpijak Di Bumi Nyata, Jangan Nak Salahkan BN Sahaja


Dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, Pengerusi Lajnah Penerangan dan Media Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak Mohd Shokri Ahmad Fauzi seharusnya berpijak di bumi yang nyata.
 
Mohd Syokri sepatutnya menyedari kelemahan PAS sendiri bukannya menunding jari menyalahkan Barisan Nasional (BN) akibat kegagalan mereka (PAS) untuk mendapat sekurang-kurangnya satu kerusi di negeri ini.

Dalam kenyataan medianya semalam, beliau mendakwa, disebabkan takutnya BN kepada PAS, kawasan terpinggir luar bandar iaitu Beting Maro, semua pemimpin BN turun padang berkempen pada PRN lepas dan sekiranya calon PAS menang di situ, seolah-olah kiamat kecil kepada pimpinan BN.

Hebat betul PAS sekarang, sehingga mereka pun boleh mencipta "kiamat" mereka sendiri dan apakah Syokri lupa, pemimpin PAS Pusat dan pembangkang lain pun turut turun ke Sarawak membantu pembangkang berkempen?
 
Hakikatnya, kemenangan BN adalah disebabkan oleh kekuatan BN Sarawak dan ianya disumbang oleh kelemahan PAS negeri ini yang nyata gagal membangkitkan isu-isu yang relevan serta memberi kepercayaan kepada pengundi pada PRN yang lepas.
 
Syokri juga bagaikan bermimpi apabila mendakwa, "PAS hari ini ujarnya, bukan lagi sebuah parti yang dominan di kawasan tertentu atau untuk golongan tertentu sahaja, tetapi merupakan parti ‘arus perdana’, berupaya memenangi pilihan raya meskipun bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara."
 
Apakah beliau lupa kemenangan PAS yang beliau dakwa dimana-mana kawasan seluruh negara sebelum ini disebabkan kerana sokongan DAP?
 
Dan pada PRN kali ini, DAP tidak akan bekerjasama lagi dengan PAS, malah PAS kini telah berpecah dua dengan terciptanya Parti Amanah Negara (Amanah) pimpinan Mohamad Sabu.

Cammonlah Syokri..bangunlah dari tidur... -UnReportedNews™®

Wednesday, 7 October 2015

Pengerusi DAP Sarawak Sememangnya Angkuh

 
Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee menyifatkan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebagai seorang individu yang angkuh.
 
Menurutnya, Chong menginginkan lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tanpa memikirkan rakan pembangkang lain.
 
Dipetik dari sebuah akhbar tempatan, Jofri menyatakan PAS sememangnya menjangka keangkuhan Chong selepas memutuskan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) Sarawak yang turut dianggotai PAS dan PKR.
 
“Alasan DAP memutuskan hubungan dengan PAS disebabkan pelaksanaan rang undang-undang berkaitan hukum hudud tidak munasabah kerana ia hanya dilaksanakan di Kelantan dan tiada kaitan dengan Sarawak,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.
 
"Kenyataan Chong bahawa PAS tidak relevan di Sarawak antara kenyataan paling angkuh sejak beliau memegang jawatan pengerusi DAP," katanya lagi.
 
Jofri juga mempersoalkan apakah Chong mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan peribadi beliau dan beliau juga suka memaksa rakan pakatan lain seperti PKR untuk patuh dan tunduk kepada kehendak beliau.
 
“Tindakan DAP di bawah pimpinan Chong menyukarkan untuk pembangkang bersatu dan akan menyukarkan hasrat rakyat mengubah kerajaan yang ada sekarang,” katanya lagi sambil menambah, hudud bukan isu yang perlu dibangkitkan di Sarawak kerana Sarawak belum mampu daripada pelbagai aspek pelaksanaan hudud meskipun di kalangan orang Islam.
 
"Isu hudud hanya propaganda politik murahan Chong yang tidak rasional sebaliknya beliau sebenarnya menginginkan lebih banyak kerusi pada PRN akan datang."
 
Jofri berpendapata sekiranya DAP Sarawak terus mengikut telunjuk kepimpinan Chong kemungkinan DAP Sarawak ketinggalan dan sukar mendapat sokongan rakyat daripada kalangan orang Muslim dan Bumiputera lain.
 
"Keegoan DAP meminta semua pihak lain mengikut kehendak dan telunjuk mereka adalah suatu perkara bertentangan dengan keharmonian rakyat Sarawak," selarnya lagi.
 
Beliau juga bertegas PAS Sarawak masih menjalin hubungan dengan PKR sebagaimana diputuskan dalam Muktamar PAS Pusat dan mereka mahu bergabung bersama untuk kebaikan rakyat Sarawak. -UnReportedNews™®

Friday, 24 April 2015

APA?? PAS Sarawak Nak Laksana Hudud Kalau Berkuasa?


Pesuruhjaya PAS Sarawak Haji Adam Ahid tidak menolak kemungkinan PAS akan melaksanakan hudud di Sarawak jika berkuasa di negeri ini. (Baca sepenuhnya)

"Setakat ini, kalau kita nak bercakap tentang hudud pun kita merasa malu lagi kerana kita belum menang (apa-apa kerusi) lagi."

"Sebagai orang Islam di Sarawak, kami menyokong hudud dilaksanakan di Kelantan saja.. impossible (mustahil) lah (nak laksanakan hudud di Sarawak) kerana saya (PAS) belum menang lagi," kata Adam.

Apabila ditanya pemberita adakah PAS akan melaksanakan hudud di Sarawak sekiranya berkuasa di negeri ini, Adam hanya mampu berkata, "itu kita akan bincang lagi."

"Hukum hudud ini sudah termaktub didalam Al-Quran sebelum kita lagi .. itu hukum Allah dan kita tidak boleh tolak."

"Saya belum menang lagi .. menang sepuluh DUN pun belum boleh bawa (hudud ke Sarawak) .. sebagai seorang Islam, saya nak jaga akidah saya .. nak kata saya tak bawa hudu pula nanti saya yang salah (di sisi Islam)," katanya lagi.

Adam berkata demikian dalam satu sidang media di DUN Sarawak selepas membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem di pejabatnya di DUN Sarawak hari ini. (Baca sepenuhnya-UnReportedNews™®

Sunday, 26 October 2014

Isteri-isteri Azhar Idrus Kecewa Dengan Video Lucah


KUALA LUMPUR: Penyebaran video lucah berdurasi 38 saat yang mirip seorang penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) turut mengundang rasa kecewa kedua-dua isteri dan anak-anaknya.

Mereka turut meluahkan rasa kecewa masing-masing atas penyebaran gambar screenshot ‘ustaz’ berkenaan tetapi berikrar akan menghadapi perkara ini dengan tabah. (Baca sepenuhnya)

Isteri pertama UAI, Rogayah Sulong dalam laman Facebooknya meluahkan rasa kecewa atas penyebaran gambar screenshot itu dan berdoa semoga Allah menutupi aib keluarganya. (Baca sepenuhnya)


-UnReportedNews™®

Thursday, 23 October 2014

Azhar Idrus Beraksi Dalam Rakaman Video Seks?


Belum sejuk cerita pasal gambar intim Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dengan calon Prk Teluk Intan Dyana Sofya, sekarang ni kecoh pula pasal video seks mirip penceramah agama terkenal yang pro Pakatan. 

Khabarnya, video pasal individu bergelar Ustaz ni dah tersebar melalui beberapa blog serta facebook dan group whatsapp.. Tak tahulah dari mana sumber asalnya, tapi sejak tengah malam tadi memang kemunculan video ni menjadi topik hangat di media sosial. 

Dengan trend perkongsian perkara-perkara dalam bilik tidur sebegini sekarang, tak ada apa yang mustahil untuk kita nafikan.. Walaubagaimanapun, kalau difikirkan secara logik akal, takkan lah seorang Ustaz yang sering membicarakan soal agama tergamak merakam aksi seksnya sendiri kann.

Tambah-tambah pulak Ustaz ni memang terkenal serta mempunyai pengikut yang ramai di seluruh negara.. Dan agak mustahil jugak Ustaz ni sengaja mahu simpan benda-benda macam ni.. Rasanya tak ada untung apapun kalau disimpan walaupun sekadar untuk kenangan. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Thursday, 18 September 2014

#PRKPENGKALANKUBOR: Calon "Teruna" PAS Pandai Berceramah


PENGKALAN KUBOR: PAS menafikan calon parti itu yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim tidak pandai berceramah sehingga menjadikan suasana kempen 'lesu'.

Pengarah Jawatankuasa Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya mempunyai strategi tersendiri dalam berkempen iaitu mendekati pengundi di peringkat akar umbi dengan membuat lawatan rumah ke rumah.

"Tok Wan Di (Wan Rosdi) mempunyai latar belakang agama. Dia boleh berceramah, bagaimanapun kami menyimpannya seperti 'anak teruna'.

"Fokus calon kami adalah bertemu orang ramai, jadi kita tidak akan mengganggunya dengan program-progam kempen. Dia tidak akan memainkan isu," katanya pada sidang media harian di Markas Besar PAS di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kempen PAS yang dilihat tidak serancak Barisan Nasional (BN) kerana calonnya yang dilihat tidak agresif dalam berkempen, khususnya ketika menyampaikan ceramah.

Sebaliknya, Wan Abd Rahim berkata, slot kempen ceramah PAS akan diisi oleh penceramah yang terdiri daripada pimpinan tertinggi parti.

Mengulas lanjut beliau berkata, kempen secara senyap dan tidak mendapat liputan media adalah disengajakan.

"Bila calon kita pergi rumah ke rumah, ia tidak diberi fokus atau perhatian. Dia pergi secara senyap tanpa diketahui pihak media," katanya.

Menurutnya, PAS menyasarkan untuk berjumpa dengan 75 peratus daripada keseluruhan pengundi.

Difahamkan, setakat ini PAS telah bertemu dengan 50 peratus daripada pengundi di DUN Pengkalan Kubor. -mStar

-UnReportedNews™®

Wednesday, 17 September 2014

Giliran Parti PAS Akan Diharamkan ROS


Selepas kekecohan yang dicetuskan pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor apabila perwakilannya mempertikaikan keputusan pemilihan sayap pada parti itu tahhun lalu yang dianggap tidak sah, adakah sekali lagi pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan menyiasat parti itu.

Sebuah parti lagi dari Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini iaitu DAP telah disiasat ROS dalam kes yang sama iaitu kesalahan ketika pemilihan parti itu pada Disember 2012.

Memetik laporan Berita Harian pada 19 April tahun lepas, pihak ROS mengambil tindakan tidak mengiktiraf jawatan yang dipegang oleh anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu tetapi tidaklah sampai membatalkan pendaftaran DAP.

Berikutan pertikaian Pemuda PAS pula sekarang, pastinya tidak lama lagi parti itu akan disiasat oleh ROS berkenaan isu pemilihan yang didakwa mesti dibatalkan.

Berkenaan isu itu, kekecohan tercetus apabila seorang perwakilan Shah Alam mendedahkan bahawa ada terdapat lima kawasan di negeri Johor tidak boleh diiktiraf kerana gagal mengadakan muktamar masing-masing pada tahun berkenaan.

Bagaimanapun, perwakilan daripada kelima-lima kawasan itu tetap mengambil bahagian dalam proses pemilihan yang berlangsung di Petaling Jaya.

“Lima kawasan itu tidak buat muktamar mereka, tapi bagaimana mereka boleh hadiri Muktamar Pemuda Pusat?

“Malah mereka dibenarkan terlibat dalam pengundian, kesannya begitu besar hingga kemungkinan parti kita boleh dibatalkan oleh ROS,” kata perwakilan itu ketika sesi meluluskan laporan tahunan Muktamar PAS ke-54 di Kota Tinggi, Johor semalam.

Kebimbangan perwakilan Pemuda Shah Alam itu turut disokong oleh perwakilan Pemuda PAS Sabak Bernam Mohd Labib Abd Jalil.

“Setuju atau tidak, jika kita katakan bahawa pemilihan lepas adalah pemilihan yang tidak sah,” katanya.

Pertikaian berhubung status kesahihan pemilihan Pemuda PAS turut disokong dengan laporan bertulis yang diserahkan perwakilan Puchong, Mohd Rosharizan Mohd Roslan.

Cuba menenangkan keadaan, Pengerusi Tetap Pemuda PAS, Kamal Ashaari akhirnya menangguhkan persidangan selama 10 minit bagi memberi ruang kepada kepimpinan sayap itu melakukan semakan berhubung pendedahan berkenaan.

Kembali selepas itu, Kamal akhirnya mengumumkan bahawa Pemuda PAS tidak mempunyai kuasa untuk melakukan siasatan.

“Pada peringkat ini kita tak ada kuasa nak siasat. Tak perlu tunggu esok, malam ini juga saya akan serahkan laporan tadi kepada Majlis Syura Ulama,” katanya.

Kita bakal lihat dalam masa akan datang, berapa lama masa yang akan diambil untuk perkara ini dibawa ke perhatian ROS untuk siasatan.

Dan jika siasatan itu mendapati ada masalah pada pemilihan Pemuda PAS berkenaan akan membawa kepada pengharaman parti Islam itu.

Jika itu berlaku, konflik dalam PR bukan sahaja melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malahan ia turut tercalit kepada dua lagi parti iatu DAP dan PAS. – MYNEWSHUB.CC

-UnReportedNews™®

Tuesday, 16 September 2014

Isu MB Selangor: PAS Sepatutnya Berdiam Diri


KUALA LUMPUR: PAS sepatutnya "berdiam diri" demi menghormati PR setelah dua parti komponen bertegas dengan cadangan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Peguam PAS Zulhazmi Sharif yang dipetik dari Sinar Harian sebagai berkata, PAS tidak sepatutnya menyuarakan penentangan terhadap cadangan tersebut.

Beliau berkata, sebenarnya masalah ini datang dari PAS dimana sekiranya 15 ADUN PAS (Selangor) bersetuju nak tukar menteri besar, masalah ini sudah selesai.

“Kalau tidak setuju pun, tidak perlu bantah. Itu sahaja. Dalam PR ada tiga komponen, PKR, DAP dan Pas. PKR sudah setuju, DAP sudah setuju, jadi dua lawan satu."

"Majoriti sudah bersetuju. Jadi kalau kita tidak setuju jangan bantahlah, duduk diam-diam sahaja,” katanya dalam sesi soal jawab “Kemelut MB Selangor: Mampukah PR Bertahan?" anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), semalam.

"Kedegilan PAS yang menolak Wan Azizah melambatkan proses  pertukaran menteri besar di negeri itu," kata Zulhami sambil menambah, seramai 28 ADUN telah bersetuju menteri besar ditukar, hanya 15 ADUN PAS sahaja yang masih mahu kekalkan Khalid.

"Yang 15 (DUN) ni tunggu apa lagi? ... yang kita (PAS) degil sangat ni kenapa? Apa yang kita (PAS) mahu?"

“Sepatutnya hal ini sudah lama selesai, tapi PAS boleh pula keluar kenyataan kata tak setuju (Dengan Wan Azizah) ... PAS kata tidak setuju dengan Wan Azizah, tapi dia (PAS) juga yang calonkan Wan Azizah,” katanya lagi. -Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Monday, 15 September 2014

#PRKPENGKALANKUBOR : PAS UMPAN RM300-RM2,000 BAGI SETIAP UNDI?


Sekarang ini sedang berlangsung hebat acara berkempen di seluruh Pengkalan Kubor. PAS bersungguh-sungguh mahu menawan kubu kuat UMNO selama tiga penggal berturut-turut itu dengan pelbagai taktik dan dakyah termasuklah menyerang peribadi calon BN dan juga memperlekehkan pondok pengajian yang dibina oleh calon UMNO itu.

Namun yang paling menarik adalah apabila Jentera PAS menjadikan golongan muda sebagai sasaran apabila mereka mula memainkan isu yang mempersoalkan kemampuan calon BN sekarang meneruskan legasi bekas ADUN Pengkalan Kubor dahulu. Jentera PAS turut mengugut pengundi sekiranya tuntutan royalti minyak berjaya diperolehi, kawasan Pengkalan Kubor yang dimenangi oleh UMNO-BN tidak akan menerima satu sen pun royalti berkenaan.

Sedangkan Kerajaan Negeri Kelantan sendiri masih tercari-cari ruang dan kelemahan pada akta yang berkaitan untuk merealisasikan tuntutan mereka. Malah lebih tepat lagi, kempen royalti minyak sudah semakin hampir menyamai kempen HUDUD yang PAS pernah popularkan sedikit masa lalu sebelum PKR dan DAP mematikan kempen tersebut dengan ancaman, ugutan dan penghinaan ke atas PAS.

Daripada maklumat yang diperolehi, jentera PAS itu turut menawarkan pembelian ke atas Pemuda UMNO Cawangan dan PDM pada kadar harga antara RM300 sehingga RM2000 bagi memastikan mereka memberikan sokongan serta bekerja untuk PAS. Kerja utama mereka adalah untuk menarik pengundi-pengundi muda secara senyap sepertimana yang berlaku di Teluk Intan.

Untuk tujuan tersebut, PAS dikatakan telah memperuntukkan dana sekitar RM450,000 sehingga RM480,000 bagi memastikan golongan muda berpihak kepada mereka.

Manakala Jentera Dewan Muslimat dan Briged Muslimat pula bergerak dari rumah ke rumah dengan menjadikan golongan ibu tunggal, fakir miskin dan OKU sebagai sasaran. Mereka menggunakan slogan, UNTUK AKHIRAT.

PAS turut melakukan penyebaran risalah sekitar jam 4:30 pagi sehingga jam 5:30 pagi.

Pada masa yang sama, PAS juga sedang berusaha untuk mencungkil latar belakang peribadi calon UMNO-BN yang dikatakan pernah berkahwin sebelum ini tetapi tidak mempunyai anak. Bekas isteri calon UMNO-BN dikatakan telah menetap di Kuala Lumpur dan berkahwin lain.  

Tidak ketinggalan juga FITNAH yang sedang gigih dimainkan dan disebarkan oleh jentera propaganda PAS melibatkan kaum nelayan. Pengerusi Persatuan Nelayan yang pro-PAS dikesan memainkan isu bantuan one-off RM200 kepada nelayan. Menurutnya, bantuan itu sebenarnya berjumlah RM800 tetapi kerajaan dan Perikanan telah menyebat duit mereka sebanyak RM600. Oleh kerana itu, pihak kerajaan menurutnya, telah berhutang kepada setiap nelayan wang berjumlah RM600.

Dakyah tersebut dilihat memberi kesan apabila para nelayan yang kurang membaca sebaliknya sekadar mendengar cakap-cakap dan ceramah, mula termakan dengan hasutan berkenaan.

Nampaknya, PAS menggunakan apa-apa sahaja kaedah dan menghalalkan apa-apa sahaja cara asalkan matlamat mereka untuk menawan DUN Pengkalan Kubor tercapai! -The Flying Kick 

-UnReportedNews™®

Wednesday, 10 September 2014

Nik Abduh Lancar "Perang" Terhadap PKR & DAP


Pengkhianatan PKR terhadap PAS sebenarnya bermula di saat dua pengkhianat daripada ADUN PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. 

Ahli Parlimen Pasir Mas (PAS) Nik Mohamad Abduh Nik Aziz pada status akaun Facebooknya semalam berkata pengkhianatan ini juga sebaliknya, telah memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.

"Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan dua ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR."

Nik Abduh juga menyatakan sebagaimana dua ADUN itu telah memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS.

Beliau juga mempersoalkan dimanakah dalilnya apabila Presiden PAS Datuk Seri Awang Hadi pula yang sebaliknya dituduh sebagai pengkhianat PR kerana menamakan calon MB daripada PAS walhal, pengkhianatan ini sebenarnya bermula dari PKR.

Jelas penulisan Nik Abduh menegaskan pengkhianatan PKR terhadap PAS dengan cara mempengaruhi dua ADUN PAS tersebut untuk tidak mentaati keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang menyokong agar Tan Sri Khalid Ibrahim terus memegang jawatannya adalah titik mulanya pengkhianatan PKR terhadap PAS.

Hakikatnya, PAS telah dikhianati oleh ahlinya sendiri yang secara tidak langsung didalam masalah atau situasi (Kajang Move) yang dicipta oleh PKR sendiri sehingga ianya kini melibatkan pula PAS mengelami masalah-masalah dalaman.

Untuk mengembalikan kredibiliti dan imej baik PAS, Nik Abduh juga menyaran Presiden PAS Hadi Awang kini hanya ada dua pilihan iaitu bertindak drastik dan keras membawa PAS keluar daripada PR, membatalkan Tahaluf Siyasi kerana dikhianati atau memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR.

Mengimbau kembali tindakan PAS melalui mesyuarat pada Ogos 17, 2014 dimana Majlis Syura Ulama memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada Tan Sri Khalid, Nik Abduh mengakui tindakan tersebut telah menerima pujian dari orang ramai.

Keputusan 'emas' tersebut malangnya hanya mampu bertahan selama lima jam apabila di sebelah petang pada hari yang sama dimana tanpa kehadiran presiden PAS, mesyuarat PR memutuskan hanya satu nama akan dipersembahkan kepada istana iaitu Wan Azizah Wan Ismail!

Akibatnya, Presiden yang sebaliknya berhadapan dengan kemelut yang berganda iaitu bagaikan memberi gambaran Presiden PAS tidak mampu mengawal parti dan menyebabkan ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan Wan Azizah.

Nik Abduh juga mempersoalkan tindakan PKR yang seakan "memaksa" 13 ADUN PAS agar menandatangani surat sumpah agar menyokong Wan Azizah sebagai MB yang baru.

Keadaan semakin kalut apabila mesyuarat PAS pada Ogos 25, 2014 memutuskan tidak akan menghantar sebarang nama dan menyerahkan kebijaksanaan memutuskan isu MB kepada pihak Istana dengan alasan presiden menggunakan kata putusnya sendiri dan tidak menerima pandangan majoriti ahli.

Selain dari BN, rakan PR PAS sendiri mula turut menamakan PAS sebagai parti U-Turn dan mula dipermainkan rakan-rakannya sendiri dan ini ditambah dengan berbangkitnya isu presiden PAS mengajak Azmin Ali belot terhadap partinya.

Menyarankan Presiden PAS agar bertindak segera Nik Abduh juga memberi kesimpulan bahawa PAS atau presiden PAS telah sampai ke tahap toleransi tertinggi dan sekiranya masih tidak disambut baik, maka toleransi berakhir dan presiden PAS akan mula bertindak.

Beliau merasakan Presiden harus membuat keputusan bahawa PKR dan DAP tidak perlu lagi diajak berunding dan menangani isu dalaman PAS dengan caranya sendiri. 

Apakah ini "semboyan" yang telah lama dinanti-nantikan oleh sebahagian ahli PAS yakni mereka harus keluar dari PR demi mengembalikan asas perjuangan mereka yang sebenarnya? -Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Thursday, 4 September 2014

BIJAK-BIJAK ... JIJAH KIPAS & NUAR BRAHIM KENA "MAIN" HADI


Krisis menteri besar di Selangor telah menemui episod baru apabila PAS dipercayai telah menolak pencalonan isteri Anwar Ibrahim Wan Azizah sebagai MB Selangor serta mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif PAS untuk jawatan itu.

Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.

Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini. 

Menurut sumber mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon. Dan lebih pasti Pas menolak pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor.

PAS menegaskan bahawa lebih dari dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana.

Sudah sampai masa Pas perlu bersuara demi mencegah kemungkaran yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan sekutunya. (sumber

-UnReportedNews™®

Saturday, 30 August 2014

ADOIII ... PEDAS & SINISNYA KATA-KATA KETUA MENTERI SARAWAK


Tindakan dan kenyataan Ketua Menteri Sarawak yang baru iaitu Tan Sri Datuk Amar Hj. Adenan Satem amat memalukan !

Pedih yang teramat sangat dengan kenyataan tersebut, gundah gulana dan malu seperti ayam tertelan kabad.

Kita sedia maklum dan tahu agenda 3 parti pembangkang ini sedang giat menghasut rakyat Sarawak dan Sabah supaya menentang penyatuan dua negeri Borneo ini dalam Malaysia. Mereka mahu mewakili rakyat untuk menuntut kemerdekaan daripada Malaysia.

Kata mereka penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia pada tanggl 16 September 1963 adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang antara bangsa. Doris Jones adalah salah seorang aktivis Sabah yang lantang menentang kemasukan Sabah ke dalam Malaysia. Di Sarawak pula Baru Bian menjadi wira kelompok ini untuk menarik keluar bumi kenyalang dari Malaysia. Baru Bian adalah calon Ketua Menteri Sarawak jika Pkr menang besar dalam pilihan raya negeri pada 2011 lalu.

Di samping itu, mereka mahukan Umno tidak masuk ke Sarawak sebagaimana Umno masuk ke Sabah pada awal tahun 90an.  Umno diharamkan masuk ke Sarawak kata mereka.

Adenan Satem dengan penuh sinis menyatakan jika mahu parti Umno tidak masuk ke Sarawak, maka parti lain dari semenanjung juga seperti Pkr, Dap dan Pas tidak boleh masuk ke Sarawak. Hairan kenapa Dap, Pkr dan Pas boleh ke Sarawak tetapi tidak Umno?

Sebenarnya jika kita lihat di Sarawak , tidak ada satu pun komponen parti BN yang ditubuhkan di semenanjung mengembang kan sayapnya ke Sarawak.  Kita tahu di Sarawak sendiri sudah banyak komponen BN yang menjadikan komponen BN berjumlah 14 buah parti dan jumpa parti terbanyak adalah datangnya dari dua buah negeri di Borneo.

Kemasukan Umno ke Sabah bukan lah disebabkan oleh keinginan atau Umno terhengeh-hengeh nak ke sana, tetapi ianya berlaku kerana parti PBS ketika itu telah menikam belakang BN dan akibatnya Umno diminta masuk segera ke sana bagi menentang pengkhianatan PBS ketika itu. Di Sarawak pula tidak ada sebab untuk Umno dan komponen BN ke sana.

Agenda sebenar Pas, Pkr dan Dap bukan sahaja untuk keluar dari Malaysia tetapi untuk menubuhkan sebuah negara baru berunsurkan Tripple S country.

Tahniah kepada Adenan Satem, berani menempelak Pas, Pkr dan Dap...Hidup PBB, Hidup BN , Hidup Adnan Satem....... (sumber

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List