Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Wednesday, 17 September 2014

Giliran Parti PAS Akan Diharamkan ROS


Selepas kekecohan yang dicetuskan pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor apabila perwakilannya mempertikaikan keputusan pemilihan sayap pada parti itu tahhun lalu yang dianggap tidak sah, adakah sekali lagi pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan menyiasat parti itu.

Sebuah parti lagi dari Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini iaitu DAP telah disiasat ROS dalam kes yang sama iaitu kesalahan ketika pemilihan parti itu pada Disember 2012.

Memetik laporan Berita Harian pada 19 April tahun lepas, pihak ROS mengambil tindakan tidak mengiktiraf jawatan yang dipegang oleh anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu tetapi tidaklah sampai membatalkan pendaftaran DAP.

Berikutan pertikaian Pemuda PAS pula sekarang, pastinya tidak lama lagi parti itu akan disiasat oleh ROS berkenaan isu pemilihan yang didakwa mesti dibatalkan.

Berkenaan isu itu, kekecohan tercetus apabila seorang perwakilan Shah Alam mendedahkan bahawa ada terdapat lima kawasan di negeri Johor tidak boleh diiktiraf kerana gagal mengadakan muktamar masing-masing pada tahun berkenaan.

Bagaimanapun, perwakilan daripada kelima-lima kawasan itu tetap mengambil bahagian dalam proses pemilihan yang berlangsung di Petaling Jaya.

“Lima kawasan itu tidak buat muktamar mereka, tapi bagaimana mereka boleh hadiri Muktamar Pemuda Pusat?

“Malah mereka dibenarkan terlibat dalam pengundian, kesannya begitu besar hingga kemungkinan parti kita boleh dibatalkan oleh ROS,” kata perwakilan itu ketika sesi meluluskan laporan tahunan Muktamar PAS ke-54 di Kota Tinggi, Johor semalam.

Kebimbangan perwakilan Pemuda Shah Alam itu turut disokong oleh perwakilan Pemuda PAS Sabak Bernam Mohd Labib Abd Jalil.

“Setuju atau tidak, jika kita katakan bahawa pemilihan lepas adalah pemilihan yang tidak sah,” katanya.

Pertikaian berhubung status kesahihan pemilihan Pemuda PAS turut disokong dengan laporan bertulis yang diserahkan perwakilan Puchong, Mohd Rosharizan Mohd Roslan.

Cuba menenangkan keadaan, Pengerusi Tetap Pemuda PAS, Kamal Ashaari akhirnya menangguhkan persidangan selama 10 minit bagi memberi ruang kepada kepimpinan sayap itu melakukan semakan berhubung pendedahan berkenaan.

Kembali selepas itu, Kamal akhirnya mengumumkan bahawa Pemuda PAS tidak mempunyai kuasa untuk melakukan siasatan.

“Pada peringkat ini kita tak ada kuasa nak siasat. Tak perlu tunggu esok, malam ini juga saya akan serahkan laporan tadi kepada Majlis Syura Ulama,” katanya.

Kita bakal lihat dalam masa akan datang, berapa lama masa yang akan diambil untuk perkara ini dibawa ke perhatian ROS untuk siasatan.

Dan jika siasatan itu mendapati ada masalah pada pemilihan Pemuda PAS berkenaan akan membawa kepada pengharaman parti Islam itu.

Jika itu berlaku, konflik dalam PR bukan sahaja melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malahan ia turut tercalit kepada dua lagi parti iatu DAP dan PAS. – MYNEWSHUB.CC

-UnReportedNews™®

Sunday, 10 November 2013

VIDEO: SUSPEK PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK DITANGKAP!

-SEPANDAI-PANDAI BABI MELOMPAT, AKHIRNYA JADI BAKUTEH JUGAK, SUDAHLAH HIDUP KO MEREMPAT, DATANG KE SINI JADI PENYANGAK! KEKEKE!!!


VIDEO : Suspek Tembak Pegawai AmBank Direman

-UnReportedNews™®

TERKINI: PEROMPAK & PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK DIBERKAS!

-TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH PDRM KERANA MEMBERKAS SUSPEK PEROMPAK & PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK! SEKARANG BARU KAU TAHU TINGGI LANGIT & BUMI YA DONG? KEKEKE!!!-


Sekalung tahniah admin ucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia kerana kecekapan mereka sehingga berjaya memberkas perompak dan pembunuh kejam pegawai Ambank tanpa sempat suspek melarikan diri ke negara asalnya, Indonesia.



Berdasarkan tweet KPN sebentar tadi, suspek dikatakan diberkas sekitar Johor Bahru awal pagi tadi.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 17 September 2013

MASYAALLAH .. KISAH USTAZAH, LOVEBITE, KONDOM & TEMAN LELAKI DI LOTENG!

-USTAZAH DICEKUP KERANA MEMILIKI KONDOM & KESAN LOVEBITE DILEHER SERTA YANG LEBIH MEMERANJATKAN LAGI; TEMAN LELAKINYA YANG MENYOROK DI LOTENG! BARU "PROJEK" KER? KEKEKE!!!-

Gambar Hiasan
Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.

Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.

Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.

Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.

Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.

Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.

Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim, katanya.

Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi. (sumber

-UnReportedNews™®

Saturday, 31 August 2013

KETUA GANGSTER DITEMBAK MATI DEPAN AHLI KELUARGA DALAM KUIL!

-DIFAHAMKAN, MANGSA YANG DIKENALPASTI SEBAGAI KETUA KONGSI GELAP 21 SEDANG BERSEMBAHYANG APABILA BELIAU DITEMBAK MATI SECARA KEJAM DIHADAPAN SELURUH AHLI KELUARGANYA SENDIRI OLEH DUA LELAKI! FUH, SEMAKIN MENJADI PULAK DIER ORANG NI YA BIARPUN OPS CANTAS KHAS SEDANG GIAT DILANCARKAN! MEMANG JENIS TAK TAKUT MATILAH! KEKEKE!!!-

Seorang ketua kumpulan kongsi gelap berusia 37 tahun ditembak mati dihadapan ahli keluarganya ketika sesi upacara sembahyang di sebuah kuil di Gelang Patah dekat sini pada Jumaat.

Ketika kejadian K. Jeganathan sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya.

Kira-kira pada pukul 7.30 malam, dua lelaki yang memakai topi keledar masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa.

Suspek kemudiannya segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki motosikal.

Semuanya berlaku dalam beberapa minit sahaja.

Jeganathan, dipercayai ketua kumpulan Geng 21, dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah dan namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana.

Mayatnya di bawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Jurucakap polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu segera menghubungi hotline polis, di talian 07-2212999. (sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 14 August 2013

PENGAWAI POLIS TOLAK RASUAH SETENGAH JUTA RINGGIT!

-KONTRAKTOR DIDAKWA TAWAR RASUAH RM500,000 KEPADA PEGAWAI POLIS! CAYA LAH LU TUAN! PADAN MUKA! KEKEKE!!!-

Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan rasuah RM500,000 kepada seorang pegawai polis pada April lepas.

Menurut laporan Bernama, Zulkifli Ali, 49, dituduh menawarkan rasuah itu kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Muar, ASP Abdul Ghani Talib sebagai dorongan untuk melepaskannya daripada ditangkap kerana kesalahan memiliki dadah mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah nombor 2C, Blok C, Pangsapuri Indah, Jalan Salleh, Muar pada 2.45 petang, 12 April lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa SPRM, Ridzuan Abd Malik di hadapan Pegawai Pendaftar Mahkamah Sesyen Johor Bahru Norhidayah Abdul Manaf.

Norhidayah membenarkan Zulkifli, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin RM20,000 namun tertuduh gagal membayarnya.

Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 18 Sept depan. 

-UnReportedNews™®

Sunday, 11 August 2013

VIDEO: SURAU DISALAHGUNAKAN TEMPAT RITUAL AGAMA BUDDHA!

-UPACARA RITUAL SEMBAHYANG CINA BUDDHA INI DIPERCAYAI DIADAKAN DIDALAM SURAU MILIK TANJUNG SUTERA RESORT, TANJUNG SEDILI, KOTA TINGGI, JOHOR! APA DAH JADI NI?-

Kami menemui satu lagi video berkaitan agama yang mengajak kita berfikir lebih lanjut. Ia berkaitan satu kumpulan dipercayai agama Budhha menjalankan upacara sembahyang atau ritual keagamaan mereka dalam sebuah surau.

Lokasinya ialah di Surau Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor.

Video berkenaan telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan resort.

Video itu turut dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu.blogspot.com  ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah.

Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut Buddha ini yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang solat surau.

Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan.

Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat bersifat sementara kerana lihat cara tempat sembahyang mereka diletakkan dan tambahan pula ia sebuah surau yang terletak di dalam resort.

Pada saya, mereka ini mungkin menjalani sejenis program Budhha di resort berkenaan dan tiada lokasi untuk menjalankan upcara sembahyang sehingga pihak resort memberi mereka kemudahan surau untuk menjalankan ucapara itu.

Mynewshub kemudian menghubungi Pengurus Tanjung Sutera Resort Syed Ahmad Alkaff bagi mendapatkan penjelasan.

Menurut beliau, kejadian berkenaan terjadi semalam dan anggota rombongan terlibat datang dari Singapura. Menurut beliau pihaknya kerap menerima banyak rombongan dan lawatan dari pertubuhan keagamaan di resort mereka.

“Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan.

“Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa,” katanya kepada Mynewshub.my ketika dihubungi hari ini.

Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.

Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, katanya.

Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan. 


(sumber

-UnReportedNews™®

Saturday, 15 June 2013

ZAHID HAMIDI ATAU SATU PARTI DAP YANG PATUT "BERCUTI"?

-IKUT SEDAP MULUT SI APEK TUA KIT SIANG TU JE NAK MENYARANKAN ZAHID PATUT "BERCUTI" DARI TUGASNYA SEBAGAI MENTERI KDN SEHINGGA DUA KES SELESAI .. ABIH TU, KES PEMILIHAN CEC DAP BELUM SELESAI MACAM MANER? SATU PARTI DAP KENA "BERCUTI" JUGAK KER? APA HAL LU SULAH TAKUT SAMA ZAHID HAH? ITU ZAHID HAMIDI BANYAK "LI-HAI" O, ITU LAH PASAL LU OLANG SULAH GEGAR KAH? KEKEKE!!!-

Saranan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang seperti yang dilaporkan dalam Roketkini agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya "bercuti" daripada menjalankan tugasnya sehingga dua kes yang kononnya memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN) diselesaikan tidak masuk akal sama sekali.

Apa hak si Apek tua nak membuat saranan sebegitu? 

Dia ingat parti BN dan kerajaan Malaysia ni BAPAK dia yang punya ker?

Sukahati dier ler nak meneruskan tugasnya, lu sibuk-sibuk apahal? 

Lu ada "share" nak tentukan samaada dier dapat bertugas atau sebaliknya?

Suka-suka jer nak menyentuh hal orang lain sedangkan hal parti sendiri tak terurus!

Jika sesuatu kes diambilkira sebagai alasan untuk sesorang itu "bercuti", Kit Siang yang seakan luper daratan itu harus ingat kes pemilihan CEC DAP belum selesai lagi. 

Jadi apakah seluruh anggota CEC DAP atau seluruh ahli parti DAP perlu bercuti juga?

Hakikatnya, DAP begitu "gerun" dengan Zahid Hamidi yang begitu tegas menjalankan tugas dan ini menyusahkan DAP serta kuncu-kuncunya sehinggakan Kit Siang buat-buat tak nampak BABI  di depan mata namun kuman di seberang sungai dapat diperhatikannya pula! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Tuesday, 9 April 2013

DAP JOHOR: RETAK MENANTI BELAH!

-MACAM NI KE SEORANG PEMIMPIN? GENDANG "PERANG" BARU SAJA MULA DIPALU, TAPI TIGA PEMIMPIN TERTINGGI TERMASUK PENGERUSI DAP JOHOR MELETAK JAWATAN GARA-GARA CAMPURTANGAN "URUSAN DALAMAN" DAP JOHOR OLEH "BERGU LIM DUA BERANAK" (KIT SIANG & GUAN ENG)! WALAUAPAPUN YANG TELAH TERJADI, AKU TUMPANG GEMBIRA JE! TERUSKAN . TERUSKAN! KEKEKE!!!-

Belum pun mengundi, jauh sekali menang dan menjadi kerajaan, hendak menamakan calon juga Pakatan Rakyat sudah kelam-kabut, atau lebih tepat, gagal sama sekali. Jika di Perlis kita menyaksikan PKR dan PAS berbalah, di Kedah PAS dan DAP berbalah, yang terkini, di Johor kita boleh menyaksikan bagaimana DAP dan DAP serta PKR pula berbalah. 

Pergolakan dalaman parti sendiri dan pertelagahan antara rakan sekutu sudah tidak dapat ditutup lagi, sehingga Anwar sendiri terpaksa mengaku di dalam ceramahnya di Melaka semalam bahawa terdapat gaduh-gaduh ‘sedikit’, namun boleh diselesaikan.

Kerana ‘gaduh-gaduh sedikit itulah’ maka hari ini 3 pemimpin DAP telah sah meletakkan jawatan akibat tidak berpuas hati dengan tindakan anak beranak kuku besi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang masuk campur dalam urusan parti itu di Johor. Mereka yang meletakkan jawatan adalah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Chen Hau, Timbalannya Norman Fernandez dan Setiausahanya, Tan Chen Choon. 

Jelas, ‘gaduh-gaduh’ itu bukanlah sedikit seperti kata Anwar, tetapi benar-benar serius.

Bayangkan, mereka yang meletakkan jawatan itu bukannya calang-calang tetapi merupakan pemimpin DAP peringkat tinggi di negeri itu. Justeru, tidak hairanlah apabila 5 lagi dikhabarkan telah bersedia untuk menurut langkah mereka, antaranya, ADUN Mengkibol, Ng Lam Hua. 

Dr. Boo Chen Hau diketahui bermati-matian mempertahankan DAP sehingga bergaduh sakan dengan Datuk Chua Jui Meng. Namun, setelah mendapat keyakinan untuk menang, DAP sanggup menolak Dr. Boo bagi memberi laluan kepada ‘orang-orang pilihan’ keluarga Lim. Sehingga meletakkan jawatan, Dr. Boo masih belum disahkan sama ada akan bertanding. 

Dari situ, pergolakan dalaman DAP turut menular kepada PKR apabila calon PKR sendiri terpaksa mengalah dan tercampak ke kawasan-kawasan yang kurang selamat lalu menyebabkan ketidakpuasan hati semakin memuncak. Antara pemimpin PKR yang menjadi mangsa ialah Chua Jui Meng sendiri, di mana beliau telah ‘ditendang’ ke Segamat daripada kawasan selesanya, Gelang Patah, atas keterpaksaan untuk memberi laluan kepada Tokong Lim Kit Siang. 

Sebelum ini, Chua pernah meminta antara parlimen Bakri atau Kulai apabila dinafikan pencalonan di Gelang Patah. Tetapi, permintaan Chua telah ditolak mentah-mentah di mana DAP bertegas tetap akan meletakkan calonnya di kedua-dua kerusi itu juga. 

Selain itu, kita juga menyaksikan perebutan kerusi Johor Jaya di mana kedua-dua DAP dan PKR telah mengumumkan calon masing-masing, iaitu Liow Cai Tung dan Jimmy Phua. Setakat ini, masih tiada kata putus mengenai pertindihan kerusi tersebut. 

Desas-desus mengkhabarkan bahawa akan berlaku lagi perletakan jawatan oleh beberapa pemimpin DAP negeri itu dalam masa terdekat. Jumlah yang dianggarkan ialah 8 orang, termasuk yang telah dinamakan sebagai calon kerana tidak puas hati dengan kawasan yang diberi. Dalam pada itu, dalam satu program minggu lepas, ahli DAP sendiri telah berpiket kerana tidak puas hati terhadap kepimpinan yang meletakkan calon luar. 

PKR juga dikhabarkan sudah mula memboikot semua program DAP dan hanya memberi kerjasama di dalam program-program PAS. 

Dari senario di atas, apa yang dapat kita simpulkan ialah Lim Kit Siang benar-benar seorang kuku besi dan Anwar Ibrahim langsung tidak dihormati oleh DAP sebagai bakal Perdana Menteri PR. 

Anwar tidak mampu mempertahankan parti dan calon pilihannya, Anwar tidak mampu mengawal keadaan dan Anwar bukanlah seorang Ketua yang efektif. DAP pula terbukti sebagai parti chauvinis dan kiasu yang tidak menghormati sesiapa termasuk rakan dan ketua sendiri. 

Lebih dari itu, ia memperlihatkan bagaimana PR tidak mampu duduk semeja, berbincang dan membuat keputusan yang kemudiannya dipatuhi oleh semua pihak. 

Justeru, rakyat kini dapat menilai sendiri di mana adalah mustahil PR akan mampu menguruskan negara sekiranya mereka memerintah, sedangkan untuk mengurus gerak kerja awal pilihanraya juga, mereka telah gagal sepenuhnya. (sumber)  

-UnReportedNews™®

Monday, 8 April 2013

PEMILIHAN CALON PAKATAN MASIH BERSERABUT!

-CAMNER PULAK NI? KATA HANGPA SEPAKAT TAPI SEBESAR HAMA PUN HANGPA TAK MENUNJUKKAN PERSEFAHAMAN! CAMNER HANGPA NAK MENTAKBIR NEGARA  (JIKA DITAKDIRKAN MENANG-FUH! SELISIH MALAIKAT 44)? BARU BUKA BUKU BAB NI HANGPA MASING-MASING DAH TUNJUK KERAS KEPALA! AMBOI PAK AJI, KEMBANG HIDUNG BILA DENGAQ "JIKA DITAKDIRKAN MENANG" TADI, PAK AJI & PAKATAN HARUS INGAT, KEJAYAAN SEBUAH NEGARA TAK BERGOLEK DATANG BEGITU SAJA TAPI IANYA ADALAH HASIL PENGORBANAN, KOMITMEN SEPENUHNYA & YANG TERPENTNG, KEIKHLASAN BERKHIDMAT SEPERTI YANG BN AMAKAN SELAMA INI! KEKEKE!!!-

Apa kena dengan Anwar Ibrahim semenjak dua menjak kebelakangan ni ye? Apa saja yang dirancang semuanya bagaikan tidak menjadi pula. Apakah ini sebenarnya petanda-petanda awal yang karier politiknya kian sudah menghampiri pnghujungnya?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ternyata gagal untuk menamakan calon-calon parti itu di Perlis berikutan rundingan pembahagian kerusi antara sekutu mereka iaitu PAS dan DAP masih menemui jalan buntu.

Difahamkan, Anwar, yang juga merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya mengumumkan senarai calon mereka semasa berceramah di Kampung Seberang Ramai di sini pada malam Ahad.

Bagaimanapun beliau secara tergesa-gesa meninggalkan majlis selepas menyampaikan ucapan ringkas tanpa membuat sebarang pengumuman.

Pengerusi PKR Perlis, Mohd Faisol Abd Rahman berkata hingga kini masih terdapat beberapa isu berkaitan kerusi Parlimen Kangar dan Indera Kayangan yang masih belum dapat diselesaikan.

"Secara tradisinya kedua-dua kerusi berkenaan diisi oleh calon PKR, namun pada pilihan raya kali ini PAS sangat berminat untuk mengintai kerusi Kangar manakala DAP berminat dengan kerusi Indera Kayangan," katanya.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang menegaskan  bahawa Parlimen Kulai dan Bakri (Johor) merupakan kerusi yang akan mereka tandingi pada pilihan raya umum akan datang.

"Tempat itu adalah kerusi DAP, noktah," tegas Lim ketika diemui ditemui pemberita selepas pelancaran jentera pilihan raya DAP Johor di Johor nBaru di sini semalam sambil menambah, terpulang kepada semua pihak untuk membuat spekulasi kerana beliau tidak mahu mengulas lanjut isu itu. 

"Anda akan tahu (siapa bertanding) bila kami (DAP) umumkan. Teruskanlah kalau mahu membuat spekulasi, tetapi kerusi Bakri dan Kulai milik DAP. Itu sahaja," katanya. 

Kenyataan kerasnya itu dilihat sebagai usaha bagi menghentikan spekulasi bahawa Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dijangka bertanding sama ada di Parlimen Bakri atau Kulai selepas PKR bersetuju untuk membenarkan DAP bertanding di Gelang Patah.

Lim sepatutnya mengumumkan calon yang bakal bertanding di Parlimen Bakri ketika berceramah di Muar, semalam. 

Sebelum ini Chua adalah antara calon-calon Pakatan Rakyat yang menunjukkan minat untuk bertanding di Gelang Patah namun kedudukan itu diberikan kepada Lim oleh rakan sekutunya Anwar Ibrahim.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List