Showing posts with label Ambiga. Show all posts
Showing posts with label Ambiga. Show all posts

Monday, 29 September 2014

Rahsia DiSebalik Mengapa Majlis Peguam Ingin Mansuhkan Akta Hasutan 1948


Menurut Presiden Kelab Warisan Malaysia (Keris) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang juga seorang pengamal undang-undang ada satu sebab utama mengapa Majlis Peguam dan Presiden Badan Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan beriya-iya benar ingin memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Mohd Khairul di status Facebooknya menyatakan sejak kebelakangan ini, Majlis Peguam beriya-iya mengepalai gerakan mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 namun  sebab sebenar ini tidak pernah di bincangkan secara terbuka oleh Bar Council dan Ambiga dalam mana-mana majlis atau penulisan mereka.

Apakah sebab utama mereka nak mansuh Akta Hasutan 1948?

Sebab menurut Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan, Ahli- ahli Parlimen adalah kebal dari sebarang pendakwaan mahkamah jika mereka mengucapkan atau mengundi sesuatu di dalam perbahasan majlis Parlimen KECUALI hal-hal yang merupakan satu kesalahan di bawah  AKTA HASUTAN 1948.

Lihat bagaimana hebat dan pentingnya Akta Hasutan ini berbanding dengan akta-akta yang lain. Ahli Parlimen Kebal dari pendakwaan KECUALI di bawah AKTA HASUTAN.

Mohd Khairul menjelaskan, jumlah Ahli Parlimen pembangkang semakin ramai di Parlimen dan satu hari nanti mereka mungkin menjadi kerajaan namun selagi AKTA HASUTAN tidak dimansuhkan, mereka tidak akan mampu menghapuskan Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu dan Bahasa Melayu melalui Parlimen kerana tindakan itu akan merisikokan mereka dikenakan tindakan AKTA HASUTAN.

Beliau juga menyatakan, buat masa ini, sebagai diversion, mereka hanya menggunakan  alasan AKTA HASUTAN menyekat kebebasan, menganiaya Adam Adli,  Ali dan beberapa individu namun itu bukan sebab sebenar.

Sebab itulah kita semua, biarpun berlainan fahaman politik mesti mempertahankan AKTA HASUTAN 1948 dengan apa cara pun. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Sunday, 13 October 2013

ANWAR IBRAHIM, SAMSENG & ...?

-HOT NEWS ! ANWAR IBRAHIM HANTAR BARUA & SAMSENG GANGGU FORUM YUKTES VIJAY!  APA CERITA NI ? KEKEKE!!!-


Apa cerita ni ??? Forum “Cleaning Bersih : An Analysis of Bersih’s People’s Tribunal” yang dianjurkan oleh Yuktes Vijay di Crystal Crown Hotel,Petaling Jaya,telah diganggu oleh samseng yang dihantar Anwar Ibrahim.

Forum ini bertujuan membongkar disebalik topeng NGO Bersih dan dalang bersama,Anwar Ibrahim terpaksa ditamatkan lebih awal dari waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan perkara buruk yang berlaku.baca surat di bawah

Kepada,Yang Berhormat 
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail - Presiden Parti Keadilan Rakyat 
Datuk Ambiga Sreenevasan - Pengerusi BERSIH 2.0 
cc: Anwar Ibrahim - Penasihat PKR 
A. Samad Said - Pengerusi Bersama 

Per : Menuntut Ganti Rugi 

Merujuk kepada perkara di atas. 

2. Saya telah menganjurkan sebuah forum untuk memberi pandangan serta penilaian alternatif kepada Tribunal Rakyat yang dianjurkan Bersih. 

3. Namun,sebaik forum ini bermula,ia telah diganggu oleh beberapa ahli PKR dan terpaksa diberhentikan untuk menjamin keselamatan semua pihak yang hadir ketika itu.Kelakuan dan sikap mereka yang agresif mula parah. 

4. Saya ingin menuntut kos ganti rugi sebanyak RM 10,000 di mana kos sewa dewan sebanyak RM 4060 serta kos penyediaan dan penanggungan bayaran pengangkutan kesemua hadirin termasuk pihak media serta panelis turut disertakan.

5. Apa yang saya harap adalah agar PKR dan BERSIH menanggung kos ganti rugi tersebut untuk memberi dorongan agar anak-anak muda tidak patah semangat untuk menganjurkan satu forum atau mengadakan diskusi yang pendapat serta kepercayaannya bercanggah dengan PKR dan BERSIH. 

6. Malah langkah ini akan menjadi teladan kepada ahli-ahli yang lain agar tidak menyampuk dan mengacau satu proses demokrasi yang tahap pemahamannya lebih mendalam daripada yang diketahui oleh mereka yang hanya menanam intepretasi demokrasi sebagai demo di jalan raya. 

7. Sayameminta maaf dan ingin menjelaskan kenapa tuntutan ini dibuat secara terbuka iaitu untuk mempamerkan kesaksamaan dan keadilan kedua-dua dalam mempertahankan demokrasi walau persefahaman tentang aplikasi berbeza. 

Terima kasih. Sekian, 

Yuktes VIjay 

(sumber) 

-UnReportedNews™®

Thursday, 27 December 2012

AMBIGA & PROGRAM "JOM PANTAU"? NAK PANTAU APA?

-DASAR PEROSAK BANGSA & NEGARA .. BANG ANU DAH GAGAL MERAYU CAMPURTANGAN AUSTRALIA KINI MENGUNAKAN BERSIH & AMBIGA SEBAGAI "BACK-UP" PLANNYA .. TUTUP MALU ER BANG ANU? KEKEKE!!!-
Anwar Ibrahim yang menggunakan platform Bersih melalui Ambiga Sreenavasan nampaknya semakin tertekan apabila rayuannya kepada kerajaan Australia untuk masuk campur dalam proses pilihan raya negara ini ditolak mentah-mentah.
 
Anwar kemudian terpaksa menggunakan pengaruhnya susulan kegagalan Ambiga yang sebelum itu berkempen di negara itu untuk tujuan yang sama tetapi menerima jawapan negatif dari Kementerian Luar Australia.
 
Malu Anwar bukan kepalang apabila menerima respons yang negatif dari Menteri Luar Bob Carr.
 
Kata Carr kerajaan Australia bukan berfungsi sebagai badan pemantau Suruhan Jaya Pilihan Raya dan sudah tentunya bukan tugasnya untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia.
 
Apabila pihak asing tidak lagi berminat untuk mendokong agenda peribadi Anwar menerusi Bersih, kini Ambiga beriya-iya pula mahu melancarkan program 'Jom Pantau' baru-baru ini.
 
Program itu kononnya akan menggerakkan rakyat bagi memantau proses pilihan raya pada PRU13 nanti untuk memastikan ia berjalan tanpa sebarang unsur penyelewengan dan penipuan.
 
Pembangkang amat senang mencari kesalahan dan keburukan orang lain tapi apabila terkena batang hidung terus membisu dan buat pekak telinga.
 
Contohnya pemilihan PKR dua tahun lalu penuh dengan gejala rasuah, nepotisme dan kronisme namun semua aduan dan bantahan disenyapkan oleh Anwar kerana mahu memenangkan kumpulan yang menyokong Azmin Ali.
 
Semua calon yang tidak sebulu dengan Azmin ang bertanding jawatan Timbalan Presiden dicantas dan dipastikan tidak mendapat undi atau digugurkan nama mereka pada saat akhir.
 
Calon-calon anti-Azmin menghadapi laluan amat sukar kerana kawalan ketat kroni rapat Anwar itu akan memastikan Jawatankuasa Pemantau Pemilihan akan mencari setiap kesalahan bagi menafikan mereka daripada bertanding.
 
Akhirnya apabila keputusan diumumkan, lebih 90 peratus barisan pemimpin Majlis Pimpinan Pusat adalah kroni-kroni Azmin termasuk juga majoriti ketua-ketua cabang PKR diseluruh negara.
 
Jika Anwar ingin bersihkan proses pilihan raya negara ini telus dan adil, pastikan beliau cuci dahulu semua kekotoran yang menyelaputi proses pemilihan partinya terlebih dahulu.
 
Namun pilihan raya yang bersih, adil dan telus bukannya objektif sebenar Anwar atau Ambiga.
 
Jika diperhatikan perjalanan tiga perhimpunan Bersih yang telah diadakan sejak tahun 2007, trendnya bukan untuk menuntut pelaksanaan lapan tuntutan yang dikemukakan kepada SPR tetapi sebagai satu cara mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan rusuhan jalanan.
 
Lebih-lebih seruan Ambiga sebagai Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengajak rakyat berpartisipasi dalam program 'Jom Pantau' kononnya sebagai pemerhati dalam PRU13 adalah taktik untuk memecahbelahkan lagi perpaduan orang Melayu.
 
Ini kerana perhimpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 menyaksikan majoriti peserta yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada orang Melayu terutamanya golongan muda dan belia.
 
Amat sedikit sekali peserta ketiga-tiga demonstrasi anjuranBersih disertai oleh kaum Cina apatah lagi kaum India, lantas menimbulkan syak wasangka apakah sebenarnya tujuan bersih.
 
Politik Melayu telah berpecah tiga kepada UMNO, Pas dan PKR dan usaha yang dilakukan oleh Ambiga adalah untuk memburukkan lagi retak pada perpaduan Melayu.
 
Jika ramai belia, remaja dan muda-mudi Melayu dapat dipengaruhi menyertai program-program Bersih maka ini akan melemahkan sokongan kepada UMNO dan apabila parti tulang belakang Barisan Nasional itu hilang kekuatan, senanglah pembangkang menyerang kerajaan bertubi-tubi.
 
Inilah hasil daripada agenda dana asing diakui diterima oleh Ambiga sendiri.
 
Maka Bersih bukanlah usaha murni kononnya untuk menegakkan keadilan dan ketelusan dalam proses pilihan raya tetapi merupakan landasan untuk menjatuhkan kerajaan melalui kekecohan yang timbul daripada perhimpunan yang diadakan.
 
Bersih berselindung di sebalik gerakan massa untuk melemahkan bangsa Melayu dengan melaga-lagakan mereka.
 
Apa yang Ambiga mahu lihat daripada perhimpunan Bersih ialah orang Melayu berkelahi sesama sendiri dan kuasa politik mereka diperkotak-katikkan.
 
Dengan itu senanglah pihak asing yang selama ini membiayai Anwar serta PKR dan gerakan berlandaskan pengaruh rakyat seperti Bersih, Suaram, anti-Lynas dan sebagainya, melaksanakan program kawalan asing ke atas negara ini.
 
Janganlah terlalu asyik dilayan slogan-slogan yang pro-rakyat sehingga lupa maksud yang tersirat.
 
Hakikatnya Ambiga tidak berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih atau adil dan orang Melayu yang menyokong Bersih hanyalah kuda tunggangan yang tidak sedar mereka sedang dieksploitasi dengan mudah.
 
Sumber: MIK

-UnReportedNews™®

Wednesday, 30 May 2012

MENGAPA EZAM MENINGGALKAN ANWAR & PR?-PART II

-BIARPUN ANWAR SUDAH DIPENJARA ATAS TUDUHAN MELIWAT PEMANDUNYA-AZIZAN, SAYA MENERUSKAN USAHA SAYA MENCARI BUKTI UNTUK MEMBERSIHKAN NAMANYA "ONCE & FOR ALL" HANYA BERDASARKAN PENAFIAN ANWAR YANG BERMATI-MATIAN MENDAKWA IANYA KONSPIRASI KERAJAAN NAMUN SEBALIKNYA, SEDIKIT DEMI SEDIKIT HASIL SIASATAN SAYA NYATA LEBIH BERPIHAK PADA KERAJAAN & MEMANG WUJUD BEBERAPA FAKTA YANG BERASAS YANG LEBIH MENJURUSKAN KEJADIAN LIWAT ITU BENAR-BENAR TERJADI-

Bekas Setiausaha Sulit kepada Penasihat Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Senator Mohamad Ezam Mohd Nor mengakui dia memerlukan hampir setengah tahun atau enam bulan untuk membuat keputusan nekad meninggalkan Anwar bukan sahaja kerana banyak petunjuk yang di temuinya tidak berpihak kepada Anwar Ibrahim malah tindakan Anwar sendiri (selepaskan dibebaskan dari penjara) yang seakan-akan enggan membersihkan namanya kerana mengkuatiri kes liwat tersebut mungkin di"buka" semula.

Anwar dibebaskan lebih awal daripada tarikh tamat hukumannya pada bulan September 2004 dengan persetujuan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan beliau bebas secara rasmi selepas dokumen pembebasannya di tandatangani  oleh tiga orang hakim yang menjatuhkan hukumannya beberapa tahu yang lepas. Anwar telah berjanji tidak akan berkecimpung dalam politik dan akan berpindah "keluar" negara iaitu ke New York, USA selama dua tahun.

"Berbalik kepada apa yang telah menyebabkan saya tidak mempercayai Anwar lagi..pada dokumen pembebasan awal Anwar  terdapat satu catatan dimana ketiga-tiga orang hakim berkenaan sebulat suara memang mempercayai ada unsur-unsur "homoseksual" pada kes itu walaupun mereka tidak dapat membuktikannya."

"Pada pandangan saya, walaupun Anwar telahpun dibebaskan namun catatan hakim-hakim tersebut pada dokumen tersebut masih lagi  "mengikat"nya dengan tuduhan liwat dan Anwar, sekiranya dia benar-benar suci dari apa jua segala aktiviti-aktiviti homoseksual, dia tidak seharusnya berkompromi dengan catatan oleh ketiga-tiga hakim berkenaan kerana ianya bagai satu penghinaan kepada Anwar dan seharusnya mendesak catatan itu di padamkan  atau dibuang secara rasmi menerusi prosedur mahkamah."

"Pada mulanya Anwar beria-ia benar seolah dia begitu serius untuk mengambil tindakan tersebut namun ianya bagaikan "hangat-hangat taik ayam" sahaja, kerana Anwar bagaikan lebih menghargai "kebebasannya walaupun  dia di "cop"kan sebagai seorang homoseksual yang tidak dapat di buktikan" seumpama mempunyai pegangan biarlah hidup tanpa  maruah asalkan bebas di luar dari merengkok di penjara."


"Mungkin Anwar dapat hidup begitu tanpa maruah tapi bukan diri saya dan di situlah mula berputik perasaan curiga dan was-was saya..mengapa seseorang yang bermati-matian mendakwa dirinya bukan homoseksual sanggup di kaitkan dengan perkara durjana itu hanya kerana asalkan dia boleh hidup bebas di luar..dimanakah letaknya maruah Anwar Ibrahim?"

'Saya tanya dalam hati saya adakah pemimpin sebegini yang saya akan sokong dan biarkan unuk memimpin saya dan rakyat Malaysia kelak..maruahnya sendiri pun bisa di gadai apatah lagi maruah orang lain..tidak, saya tidak akan membenarkannya."

"Enam bulan berlalu dan saya masih lagi terpinga-terpinga cuba membuat penilaian ke atas perkara tersebut sehinggalah pada suatu ketika sewaktu Datin Azizah berada di luar bandar dan sepertimana  yang saya nyatakan terdahulu, saya telah menjadi begitu rapat dengan keluarga Anwar Ibrahim lagi-lagi sewaktu dia di dalam tahanan namun arahan Datin Azizah begitu aneh dan secara sendirinya menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran saya selama hampir enam bulan.

"Datin telah mengarah saya untuk "mengintip" segala "perbuatan" suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembantu peribadinya-Saiful Bukhari serta satu perkara yang paling penting sekali iaitu agar memastikan Anwar Ibrahim tidak akan "tidur" dengan Saiful..MasyaAllah!"

"Terus-terang saya nyatakan, saya bertindak meninggalkan Anwar Ibrahim (lebih kurang setahun selepas pembebasannya) tanpa bertemu dengannya kerana saya khuatiri dia mungkin mampu mengubah pendirian saya (ketika itu) dan walaupun dia berkali-kali ingin bertemu saya enggan bertemu dengannya..itu waktu dulu..kalau sekarang, mungkin dia yang pula enggan bertemu dengan saya," kata Ezam sambil ketawa.

"Atas tindakan saya, ramai yang menuduh saya dengan pelbagai tuduhan, baik dari pihak BN ataupun pembangkang namun saya sebenarnya sudah berputus asa untuk berpolitik kerana apa yang selama ini saya perjuangkan, apa yang bela secara berhabis-habisan  tanpa persoalan dan apa yang saya percayai dengan sepenuh hati saya rupa-rupanya "benar segalanya sepertimana yang diperkatakan selama ini."

"Saya kemudiannnya mengajar di universiti di luar negara  untuk beberapa tahun sehinggalah tahun 2008(sebelum pilihanraya umum) apabila Anwar Ibrahim "membayangkan" sekumpulan besar MP BN akan menyertainya." 

"Saya kenal betul dengan taktik Anwar Ibrahim ni maka saya rasa ianya adalah kewajipan saya untuk mendedahkan siapa sebenarnya dirinya," kata Ezam sambil mengakui tiba saja di Malaysia, dia menemui PAS terlebih dahulu (berdasarkan perinsip setiakawannya) dan mendedahkan siapa Anwar sebenarnya namun, ada juga seorang dua hamba PAS ini berkata, "Ya, kami juga ada menerima maklumat yang sama tapi biarlah..kita (PAS) pakai Anwar dulu." "Hampir tersentak saya mendengarnya kata-katanya-"Biar dia pakai (perkudakan) Anwar dulu?" di dalam hati saya, saya berani meneka siapa yang akan  diperkudakan serta siapa yang akan memperkudakan mana-mana pihak."

"Hanya selepas pertemuan dengan PAS yang seakan tidak mahu menerima amaran saya mengenai Anwar Ibrahim  itu  kemudiannya  saya mengambil keputusan untuk menemui Perdana  Menteri Tun  Abdullah Ahmad Badawi menyatakan niat saya ingin membantu BN secara ikhlas pada PRU 2008. Alhamdullillah, PM benarkan saya memberi bantuan dan di sini ingin saya jelaskan di sini, saya tidak tawarkan apa-apa jawatan dalam UMNO pada masa itu lagipun saya sedar ramai lagi ahli UMNO yang lebih lama berjasa dari saya..hanya pada lebihkurang dua tahun yang lepas saya memilih untuk mendaftar sebagai ahli UMNO biasa sehinggalah saya dilantik sebagai senator ."

"Apa yang ingin saya perjelaskan disini adalah individu yang bernama Anwar Ibrahim ini adalah amat "merbahaya & ancaman" dia tidak akan  teragak-agak memporak-perandakan negara ini hanya sekadar untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kita mengetahui kepetahannya berucap, kelicikannya menabur janji, memanipulasikan mana-mana isu dan segala sifat-sifatnya yang saya telah cuba gambarkan kepada semua menerusi pengalaman saya sebentar tadi, maka kita harus behati-hati dan berpegang teguh dengan pendirian kita sekiranya berhadapan dengan Anwar Ibrahim dan "kuncu-kuncunya."


-UnReportedNews™®


PS: Ada lagi..Bro Ezam ni kalo dah mule berkece mace esok dah takse tobek lag..Nantikan Part III dialog tertutup Ezam yang diadakan di auditorium pusat latihan LHDN di bandaraya Kuching ini yang di anjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak sebentar tadi. Ezam tiba di sini untuk beristirehat bersama keluarganya selama empat hari di sini namun kesudiannya secara sepontan untuk melibatkan diri dalam beberapa siri program amatlah di hargai.

Tuesday, 29 May 2012

ANWAR-MERBAHAYA & ANCAMAN PADA MALAYSIA? PART I


-IDEALOGI & AMALAN ANWAR MENIMBULKAN ISU-ISU SENSITIF- PERKAUMAN & AGAMA LEBIH MIRIP PADA NIAT HANYA UNTUK MENCETUSKAN  RASA BENCI RAKYAT PADA KERAJAAN YANG SEDIA ADA TANPA MENGAMBILKIRA IMPLIKASI KE ATAS PERPADUAN  & KEHARMONIAN RAKYAT, KESTABILAN POLITIK & KEAMANAN NEGARA  INI..ATAU  INI (HURU-HARA/DARURAT) SENGAJA DIPERCATURANNYA SUPAYA RAKAN-RAKAN "ASINGNYA" ADA ALASAN UNTUK "CAMPURTANGAN"?-


Bekas Setiausaha Sulit kepada Penasihat Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Senator Mohamad Ezam Mohd Nor melabelkan bekas bosnya itu sebagai seorang yang "bahaya dan boleh menjadi ancaman" kepada negara Malaysia.


"Tindakan Anwar yang memberi sokongannya secara terbuka terhadap  Israel tidak lama dahulu juga boleh dikategorikan sebagai suatu "pengkhianatan" kepada semua masyarakat Islam di seluruh dunia seolah-olah mengiktirafkan negara Zionist itu yang terang-terang mencerobohi and merampas Tanah Palestine."


"Anwar Ibrahim adalah seorang yang licik dan bijak memanipulasikan orang dengan seribu alasan serta janji yang semuanya omong kosong belaka agar beliau disokong tanpa berbelah bagi dan sekiranya perancangannya tidak berjaya, beliau masih boleh meyakinkan mereka dengan alasan yang lain untuk terus mempercayainya."


"Anda semua masih ingat pada "Janji 16hb September"? Yang kononnya, majoriti MP BN akan keluar parti dan menyertainya..bukan saja dia mampu menipu rakyat malah dengan PAS dan DAP juga di perbodohkannya dan walaupun dia kantoi melakukan pembohongan terbesar itu namun dia tetap mendapat sokongan mereka."


"Saya begitu yakin yang sokongannya terhadap Israel dulu bukannya  disalah tafsir oleh akhbar antarabangsa itu namun kenyataan tersebut disengajakan untuk menambah keyakinan pihak Israel yang dia (Anwar) berkemampuan menjadi Perdana Menteri Malaysia agar terus mendapat bantuan kewangan dari pihak Zionist berkenaan."



Ezam yang juga merupakan pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) sewaktu Anwar di penjarakan menyatakan dia tidak hairan dengan "permainan munafik" Anwar yang bertindak sebalik dari apa yang dikatakan kerana itu adalah "Anwar Ibrahim" yang sebenarnya. 


"Sehingga serendah tahap merayu melalui surat (bertarikh 8hb September 1998) kepada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad enam hari selepas dipecat jawatan Timbalan Perdana Menteri (pada 2hb September 1998) agar memaafkannya dan menerimanya kembali masuk ke dalam UMNO..sedangkan dalam masa (enam hari) tersebut Anwar tidak henti-henti memaki-hamun Tun Mahathir tapi sebaliknya dalam diam-diam cuba merayu Tun..apakah jenis maunsia sehina begini?," persoal Ezam sambil mendakwa  beliau masih menyimpan "surat rayuan" Anwar tersebut.




"Dia adalah seorang yang berkebolehan untuk "menukar" perwatakan serta penampilannya sekelip mata jika perlu..dari seorang politikus, ekonomis, ulama dan apa-apa saja watak yang difikirkannnya boleh mempengaruhi mereka mempercayai apa saja yang diutarakannya."


Anwar adalah seorang "opputunis" mengambil peluang kerana beliau bijak memanipulasikan sesuatu isu atau perkara remeh menjadi alasan rakyat membenci kerajaan sebagai contoh isu HINDRAF, PTPTN, LBGT dan Bersih, tambah Ezam.


"Selagi apa saja isu, biarpun perkara yang remeh pun yang dianggapnya boleh dipergunakannya untuk mencetus amarah rakyat kepada kerajaan akan beliau pergunakan," katanya lagi sambil memberi contoh "isu pelupusan PTPTN" kalau di kaji memang tiada sebarang "political-mileage" kerana hampir 90 peratus peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka dan selebihnya tidak.


"Tapi dek kerana nak meraih sokongan 10 peratus yang tidak membayar balik PTPTN, Anwar sanggup mempergunakan penuntut-penuntut berkenaan untuk niat jahatnya walaupun sekutunya DAP dan PAS bertindak tidak mencampuri perkara itu kerana mereka sedar  ianya adalah tindakan yang kurang bijak."


"Begitu juga dengan Bersih..dari mula lagi sudah ternyata mereka bukannya memperjuangkan pilihanraya yang telus sebagaimana yang mereka nyatakan tetapi tindakan Anwar memperkudakan Ambiga untuk mencetus huru-hara nyata lebih mirip agar keadaan negara ini menjadi huru-hara...mungkin juga dengan adanya situasi sebegini ini boleh dijadikan alasan untuk rakan-rakan "asing" Anwar mencampuri hal-ehwal Malaysia? Tak mustahil kan."


Penuh dengan pembohongan, penipuan dan penafian, begitulah gambaran Ezam sewaktu beliau menjadi pengikut tegar dan juga "orang paling kanan" Anwar Ibrahim dalam lewat 90han sebelum beliau bertindak nekad meninggalkan Anwar.



"Namun seperti yang saya nyatakan, Anwar mampu menyakinkan sesiapa sahaja dengan pembohongannya," tambah Ezam sambil menambah kesetiaannya terhadap Anwar ketika itu tiada berbelah bagi kerana dia mempercayai sepenuhnya perjuangan Anwar untuk  rakyat sehinggakan dia telah dimasukkan kedalam penjara sebanyak dua kali gara-gara membela  bekas bosnya.


Ezam malah menjadi "penjana wang" untuk keluarga Anwar ketika dia (Anwar) menjalani hukuman penjara (Kerana Kes Liwat I) sehinggakan dia terpaksa meminta bantuan daripada beberapa orang Presiden negara-negara jiran di rantau ini.


-UnReportedNews™®







PS: Pembuka-kata Ezam, "Saya ke sini (Sarawak) bukan untuk mengajar tapi sekadar berkongsi pengalaman tambahan pula, rakyat Sarawak nyata memang sudah lama bijak menilai kerajaan yang baik  kerana negeri ini merupakan salah satu benteng kuat BN."


Nantikan Part II dialog tertutup Ezam yang diadakan di auditorium pusat latihan LHDN di bandaraya Kuching ini  sebentar tadi. Ezam tiba di sini untuk beristirehat bersama keluarganya selama empat hari di sini namun kesudiannya secara sepontan untuk melibatkan diri dalam beberapa siri program amatlah di hargai.

IKUT PERASAAN BAWA PADAH PADA AMBIGA?

-SITUASI "KERANA MULUT, BADAN BINASA!" KINI DIALAMI AMBIGA YANG DULUNYA BONGKAK BERTEGAS PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 ADALAH KEHENDAK & HAK RAKYAT TAPI SEBAIK SAJA BEBERAPA NGO BERHIMPUN DIDEPAN RUMAHNYA, DIA  CUBA MENYALAH MEREKA YANG BERTINDAK GANAS DALAM PERHIMPUNAN ITU PULA, TAPI POKOKNYA, SEMUANYA DAPAT DIELAK SEKIRANYA AMBIGA MENERIMA TAWARAN KERAJAAN AGAR IANYA DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA ATAU BUKIT JALIL, NAMUN AMBIGA SENDIRI YANG MEMILIH UNTUK BERDEMO DIJALANAN! AMBIK KOW!-

Setelah mengetuai 25,000 orang untuk membuat provokasi terhadap pihak polis di jalanan yang akhirnya berakhir dengan huru-hara, kecederaan, kerosakan terhadap harta awam dan mengotorkan kawasan tersebut dengan sampah-sarap, Ambiga dengan tidak malunya tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi. 


Dia mendakwa bahawa dia tidak mengarahkan penyokong-penyokongnya supaya mengganas. Ambiga langsung tidak menyesal terhadap tindakannya yang enggan menerima Stadium Merdeka untuk menjalankan perhimpunan aman 'Duduk Dan Bantahnya'. 


Apa yang Ambiga mahu adalah publisiti dan sokongan dari parti-parti tententu terhadap bantahan yang dilakukan. Dia berharap agar BERSIH mampu membantu gologan liberal dalam meraih kuasa. Namun, dia tetap gagal untuk membawa pendekatan ini di jalanan. 


Sekurang-kurangnya, rakyat sedar bahawa BERSIH seakan-akan menunjukkan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) tidak akan bersih dan mereka akan menjalankan lebih banyak protes dan mereka juga akan membawa lebih ramai media asing yang akan membantu dalam menjatuhkan kerajaan. 


Ambiga pasti menjangkakan bahawa dia akan dikutuk oleh penyokong kerajaan. Namun, dia pasti mempunyai 'kekuatan dan semangat' yang kental. Jadi, apabila semuanya berakhir, dia pasti menjangkakan bahawa rakyat pasti akan sentiasa menyebut-nyebut tentang semangat 'keheroan-nya' 


Dia pasti tidak menjangka bahawa orang-orang biasa atau 'nobodies', akan membantah dan mengamuk akibat daripada kesan BERSIH 3.0. Sebenarnya, mereka tidak berbuat banyak, mereka hanya memasang gerai-gerai dan menari sedikit di hadapan rumahnya, tetapi itu sudah cukup untuk menakutkan Ambiga. 


Dalam keadaan panik, dia menyifatkan mereka sebagai bodoh, tidak matang, dan penganggur yang tidak mempunyai apa-apa yang lebih baik untuk dilakukan. Ambiga marah kerana mereka telah mengganggu jiran-jirannya, melanggar hak privasinya dan mengotorkan kawasan rumahnya dengan sampah-sarap di sepanjang jalan di rumahnya.


Apa yang dia tidak sedar adalah dia telah lakukan perkara yang sama terhadap peniaga-peniaga tersebut, lebih teruk lagi, kerana dia telah menganggu pendapatan harian mereka. Dia tidak sedar bahawa terdapat banyak perumahan di Kuala Lumpur dan juga di sepanjang jalan yang dikotori oleh BERSIH pada 28hb April 2012. 


Penduduk di pangsapuri, tetamu di hotel-hotel yang pasti mempunyai rancangan hari itu bnagaimanapun terkandas, takut dan tertanya-tanya mengapa Ambiga hancurkan rancangan mereka pada hari tersebut. Semestinya, Ambiga akan memberi alasan bahawa ianya hanya dijalankan selama 'satu' hari. 


Tetapi, BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 juga dijalankan selama 'satu' hari. Dan kini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa satu lagi protes akan dijalankan kerana PAS sudah mula meroyan untuk menjalankan 'satu' lagi demonstrasi. 


Jadi, tiada siapa yang tahu berapa 'satu' hari lagi Ambiga akan jalankan. Ada yang boleh mengatakan bahawa perbuatan membalas dendam adalah kebudak-budakan. 


Walau bagaimanapun, kita mahu mengucapkan tahniah kepada yang para peniaga dan yang rakyat yang datang untuk memperjuangkan hak-hak mereka menyatakan bantahan mereka terhadap BERSIH dan melakukannya di tempat yang betul - di hadapan rumah Ambiga.


Ambiga mendakwa bahawa dia mewakili suara majoriti rakyat.Namun, para meniaga tersebut adalah antara mereka yang tidak pernah menyokong Ambiga. 


Terdapat beberapa laporan polis dan panggilan yang telah dibuat bagi membatalkan perhimpunan BERSIH, dan ianya dibuat oleh rakyat. Adakah Ambiga dengar akan rintihan rakyat? Dan bilakah rakyat pernah mengundi Ambiga untuk mewakili kita? 


Dia semestinya tidak mewakili penulis, keluarga, rakajn sekerja dan rakan-rakan penulis yang kini tidak tahan melayan kerenah dari Ambiga. Apapun, rakyat perlu bersyukur kerana Ambiga akhirnya belajar dari kesilapan setelah dua lagi kumpulan telah datang ke rumahnya untuk membantah BERSIH. 


Jadi, setelah menerima segala memo, gangguan dan 'pasar malam aman' di hadapan rumahnya. Ratu LGBT ini tidak mampu bertahan lagi. Akhirnya, dia meminta maaf! Kita tidak perlu mempersoalkan seikhlas mana Ambiga dalam memohon maaf.
Dengan ini, kita percaya bahawa Ambiga tidak akan menggangu kita, rakyat Malaysia. Dan jika dia masih berbuat demikian, pasti jiran-jiran Ambiga akan menghalau ratu LGBT ini keluar dari kawasan perumahan mereka.


Sumber: Cik Zah


PS:InsyaAllah ibubapa saya akan menjalankan Umrah pada tahun ni namun sekiranya mereka bersama warga Malaysia yang lain di sekat daripada menunaikan Umrah mereka dek kerana hasil "gimik" Bersih di Arab Saudi baru-baru ni..tahu aku apa nak buat dengan engko Ambiga!!

-UnReportedNews™®

Thursday, 17 May 2012

AMBIGA TERKENA "MAINAN SENDIRI"!


-AMBIGA YANG MEMULAKAN "PERMAINAN" INI, KINI RASAKAN SENDIRI APA YANG TELAH DIRASAI MANGSA-MANGSA BERSIH 3.0, ABANG POLIS TAK PERLU AMBIL TINDAKAN, LAGIPUN MEREKA MENJUAL BURGER & HANYA "BERSENAM" BUKANNYA MERUSUH SEPERTI PESERTA BERSIH TU-

Setelah mengganggu warga kota pada 28 April lalu sehingga menyebabkan peniaga-peniaga kecil dan miskin kerugian, pemandu teksi kehilangan pendapatan seharian serta mengotorkan jalanraya, Ambiga Sreevanesan berharap akan dapat pulang berehat di rumah agamnya di kawasan elit Bukit Damansara sebagai seorang pejuang rakyat yang keletihan, baru pulang dari perbatasan.


Namun, tidak terjangka oleh Ambiga bahawa mereka-mereka yang terkesan dari perbuatannya itu akan membalas dendam dengan mengganggu hidupnya pula. Tidak sangka semangat srikandi rakyat ini begitu pantas goyah apabila sekumpulan peniaga IKHLAS dan Bekas Tentera, berniaga dan bersenam di hadapan rumahnya.


Walaupun gangguan yang dihadapinya tidak termasuk kerugian dari segi kewangan, mahupun menyekat pintu rezekinya seperti yang dialami oleh rakyat yang terlibat, tetapi Srikandi murtad dan LGBT yang dipandang mulia oleh PAS ini jelas amat tertekan apabila sukar untuk masuk ke kawasan rumah sendiri.


Hairan, bagaimana seorang pejuang fahaman liberal yang kuat, bersemangat tinggi dan begitu hebat boleh menjadi sebegitu gabra hanya kerana “sukar untuk keluar masuk ke kawasan rumahnya”.


Mungkin juga bauan asap burger membuatkannya lemah jantung atau senaman ponggong sekumpulan bekas tentera kita pula membuatkan darah tingginya naik secara tiba-tiba. Tidak tahan melihat tekanan yang dihadapi Ambiga akibat “sukar keluar masuk ke rumah”, A. Samad Said juga turut merayu agar jangan diganggu Ambiga.


Apapun, dengan meminta bantuan polis dan Majlis Bandaraya untuk menangani masalah ‘sukar keluar masuk ke rumah sendiri”, Ambiga telah mengaku kalah.


Seolah-olah menjilat kahak sendiri Ambiga langsung tidak malu meminta bantuan mereka-mereka yang digelarnya ‘anjing’ yang dihina sebagai pemalas, lembab, bodoh. Mereka-mereka ini jugalah yang dituduhnya sebagai korup, tidak adil, berat sebelah dan sebagainya.


Ya, kali ini Ambiga mungkin akan menafikan yang beliau pernah menghina polis, kerajaan dan semua agensi-agensi kerajaan tetapi hakikatnya, itulah yang dimomokkan saban hari oleh puak berfahaman liberal dan juga ekstremis Cina yang bernaung di bawah berbagai-bagai nama pertubuhan dan parti politik yang menyokong BERSIH.


Maka, sahlah, manusia yang bernama Ambiga ini tidak sehebat mana pun di mana hanya kerana “sukar nak masuk ke rumah” pun sudah meroyan dan merengek kepada A.Samad Said. Bayangkan, jika beliau berada di tempat peniaga-peniaga yang mengalami kerugian itu bagaimana agaknya reaksinya? Mungkin bakar diri juga sudahnya.


Sewajarnya pihak polis dan kerajaan tidak perlu mengambil pusing dengan rengekan Ambiga. Persetankan saja jika Ambiga dan kuncu-kuncunya menuduh pihak polis sebagai tidak professional jika tidak melindungi privasinya kerana percayalah, mereka akan tetap menuduh yang sama tak kira apa pun kebaikan yang dilakukan oleh pihak polis untuk menjaga keselamatan mereka, masyarakat dan negara keseluruhannya.


KEPADA PIHAK POLIS, KITA MENYERU AGAR JANGAN SEKALI-KALI LUPA BAHAWA BEBERAPA RAKAN ANDA HAMPIR KEHILANGAN NYAWA KERANA AMBIGA.


JANGAN LUPA LAUNGAN PERUSUH YANG INGIN MEMBUNUH SEMUA POLIS-POLIS YANG ADA.


DAN JANGAN LUPA PEGANGAN UNDANG-UNDANG AMBIGA IAITU: MELERAIKAN DEMONSTRASI ADALAH PERBUATAN TIDAK DEMOKRATIK.


AKHIR SEKALI, JANGAN LUPA BAHAWA MENGGUNAKAN KEKERASAN UNTUK MEMAKSA PESERTA DEMONSTRASI BERSURAI ADALAH SATU BENTUK ‘KEGANASAN POLIS’ MENGIKUT AJARAN AMBIGA.


Justeru, biarlah rakyat berdemo di hadapan rumah Ambiga dengan apa saja cara yang mereka suka termasuk mengganas sekali pun.


Jika beliau ingin rakyat berhenti mengganggunya, bayar saja pampasan kerugian yang dialami mereka, habis cerita. Kalau tak ada duit, jual saja rumah agam tersebut dan kembalilah ke estet kalau pun tidak ke negara asal nenek moyangnya. Tapi tak mungkin Ambiga tak ada duit. Entah berapa dana Zionis NED yang diterimanya dan entah berapa yang disonglapnya pun tak ada siapa tahu. Tak gitu?


Sumber: Cik Zah

-UnReportedNews™®

SENAMAN "TONGGENG" DEPAN RUMAH AMBIGA


-AMBIGA JUGA DI BERI AMARAN BAHAWA TINDAKAN AKAN DI AMBIL SEKIRANYA DIA MENGADAKAN BERSIH 4.0 YANG AKAN MENJEJASKAN KEAMANAN NEGARA-


Sekumpulan 20 ahli Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang tidak berpuas hati dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0, mengadakan senaman 'tonggeng' di hadapan rumah Pengerusinya, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara di sini pagi ini.

Kumpulan tersebut yang diketuai Presiden PVTM, Mohd. Ali Baharom tiba di kawasan perumahan itu pada pukul 8.30 pagi sebelum memulakan senaman.

Senaman selama 20 minit itu yang dipimpin oleh seorang daripada bekas komando Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) juga sebagai simbolik menentang agenda Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) yang dibawa Ambiga.

Semasa senaman dilakukan, Ambiga keluar dari rumah membawa minuman isotonik untuk diberikan kepada bekas-bekas tentera terbabit. Bagaimanapun pelawaan itu ditolak dengan alasan sebagai bekas pejuang, senaman tersebut belum cukup membuat mereka terasa haus.

Ketika bertemu Ambiga, Mohd. Ali memberi amaran akan 'bertindak' jika wanita tersebut dan sekutunya berhasrat untuk mengadakan Bersih 4.0.

"Kami akan mengambil tindakan jika kamu mengadakan Bersih 4.0 untuk menjejaskan keamanan negara.

"Kami sebagai bekas tentera bergadai nyawa di dalam hutan untuk memastikan keamanan negara ini tetapi pihak Bersih telah bertindak sebaliknya," katanya semasa bertentang mata dengan Ambiga di sini.

Sumber: Kelab Umno Kuala Selangor 

-UnReportedNews™®

Friday, 4 May 2012

TINDAKAN PESERTA BERSIH BAGAIKAN PENGGANAS?!

-MELIHAT MENERUSI PETI TV, KEGANASAN BERSIH TEMPOH HARI SEOLAH BERLAKU DI NEGARA ASING LAIN YANG BERPORAKPERANDA DEK TEKANAN EKONOMI, PENINDASAN & KETIDAK-ADILAN YAKNI PERKARA-PEKARA TIDAK BERLAKU DI MALAYSIA. MAKA AKU BERTANYA SENDIRI, APAKAH SEBENARNYA KITA DI MALAYSIA NI TERLALU SENANG & AMAN SEHINGGAKAN KITA TIDAK MENGHARGAI APA YANG KITA NIKMATI & KECAPI SELAMA INI ATAU SEMEMANGNYA KITA INGIN MERASAI APA ITU ERTI KESUSAHAN SEBENARNYA-


Kesian betul aku tengok wartawan Al-Hijrah yang kena pukul oleh "manusia puak spesis subversif" sewaktu Perhimpunan Bersih 3.0 pada hari Sabtu lepas, sampai begitu sekali tahap kebodohan penyerang-penyerang tu, agak-agaknya apa yang wartawan tu buat kat MAK KORANG ye sampai korang pukul dia macam tu hah?


Aku salute kat Bro Wartawan tu sebab dia telur, biarpun dia sorang dia ada keberanian nak berdepan dengan korang yang nyata tak bertelur langsung sebab korang hanya berani kerana korang ramai. Engkorang ni betul-betul bahlul dan takda telur


Punyanya hampeh korang tu sampai anggota polis yang dah tak terdaya melawan pun korang masih nak tibai lagi. Aku rasa-rasa korang ni memang selalu kena dera makbapak korang masa kecik-kecik dulu kan sebab tu lah korang berperangai sadis sangat!!


Baru je dengan tangan kosong, tahap kerosakan harta orang awam dan kerajaan yang telah dimusnahkan dah mencecah hingga ribuan atau jutaan ringgit, cuba bayangkanlah jika puak-puak ni ada kelengkapan senjata-api, kang naya semua? Tahap diaorang ni boleh di labelkan sebagai militan atau pengganas negara!


Keganasan yang telah dipamirkan hasil dari rancangan (Bersih) pembangkang sebenarnya menggambar sedikit sebanyak corak pemerintahan yang mereka amalkan (jika ditakdirkan lah mereka berkuasa kelak) di mana, semuanya akan menggunakan kekerasan semata-mata kemahuan mereka menjadi kenyataan.


Pembangkang bagaikan tidak teragak-agak menggunakan kekerasan dan keganasan nanti mereka ini akan menggunakan kekerasan pada mereka yang tidak sehaulan dengan mereka, pada mereka yang membantah tanah-tanah masjid atau suara di rampas sebab nak nak buat kondominium atau pub serta tidak mustahil juga kekerasan mungkin mereka akan guna-pakaikan ke atas mana-mana suami yang enggan "berkongsi isteri" dengan mereka!


So, sebelum benda tu terjadi baik kita tangani dengan segera dan aku serta majoriti rakyat Malaysia menyokong penuh tindakan Polis Di Raja Malaysia yang kini dalam usaha memburu seramai 49 suspek yang bertindak ganas, mencederakan orang lain serta merosakkan harta benda awam sewaktu Perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Kota Kuala Lumpur pada Sabtu lepas.


Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, pihak polis sudah mengenalpasti identiti setiap orang daripada 49 suspek yang ada kaitan kejadian rusuhan dan keganasan susulan dari Perhimpunan Bersih itu.




"Mereka ini bertindak ganas dan dalam masa yang sama telah menyalahi undang-undang dan pihak kami telah pun mengenalpasti identiti semua suspek-suspek tersebut dan kami percaya kami akan dapat menangkap semua mereka dalam masa yang terdekat ini."


Di sesi sidang-akhbar yang sama pada Khamis lepas, Mohmad turut juga mengedarkan suspek-suspek tersebut kepada pelbagai agensi-agensi berita dan suratkhabar agar wajah merekas dipaparkan kepada orang awam."


-UnReportedNews™®


PS: Ambik kow, nak sangat, kan dah glamor satu negara? 

Tuesday, 1 May 2012

SHAMSIDAR "MAKAN AIS-KRIM", AZMIN PULA BIARKAN "AIS-KRIMNYA DIMAKAN"

-PATUTLAH PUN AZMIN TAK HIRAUKAN SKANDAL SHAMSIDAR & ANWAR YANG DIKATAKAN "MAKAN AIS-KRIM" BERSAMA DI VILLA MILIK DATUK NALLAKARUPPAN KERANA AZMIN SENDIRI RUPANYA MEMPUNYAI SKANDAL & MEMBIARKAN GADIS ITU "MAKAN AIS-KRIMNYA KETIKA DI DALAM SEBUAH TANDAS. SEMUA AKSI & GELAGAT RAKUS MEREKA BERDUA MEREKA SEMPAT DIRAKAM DALAM KLIP VIDEO- 








-UnReportedNews™®

PAKATAN RAKYAT TERDESAK HINGGA TERPAKSA EDIT PHOTO

 -NYATA SEKALI PHOTO YANG BERLATAR-BELAKANGKAN DATARAN MERDEKA ITU YANG DI AMBIL DARI SATU ARAS YANG TINGGI TELAH BEGITU KETARA DIEDIT DENGAN MENOKOK-TAMBAHKAN IMEJ “LAUTAN MANUSIA” MEMBANJIRI KESELURUHAN DATARAN MERDEKA ITU DENGAN NIAT INGIN MEMBERI IMPRASI SEOLAH BERSIH & ANWAR IBRAHIM DI SOKONG MAJORITI RAKYAT MALAYSIA WALHAL SEBALIKNYA DIMANA MASYARAKAT KIAN SEDAR AKAN “PERMAINAN BANG ANU” YANG NYATA SEMAKIN TERDESAK DITAMBAH LAGI SIKAPNYA YANG TIDAK TERAGAK-AGAK   MEMPERJUDIKAN KESELAMATAN & NYAWA PENYOKONG-PENYOKONGNYA DEMI UNTUK MEMENUHI NASFU SERAKAKNYA INGIN MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA-


Cuba perhatikan secara teliti pada pertindahan kedua gambar itu terutamanya pada bangunan Daya Bumi…tepatkan?







-UnReportedNews™®

Monday, 30 April 2012

ANWAR IBRAHIM KANTOI MEMBERI ISYARAT MEMULAKAN KEGANASAN BERSIH

-RAKAMAN VIDEO AMATUR YANG DITAYANGKAN DI BULETIN UTAMA TV3 SEBENTAR TADI JELAS MEMBUKTIKAN RUSUHAN & KEGANASAN PADA PERHIMPUNAN BERSIH ITU SEBENARNYA TELAH DIRANCANG SECARA TERPERINCI OLEH BANG ANU & KUNCU-KUNCUNYA UNTUK MEYEMARAKKAN AMARAH RAKYAT UNTUK BANGKIT MENENTANG KERAJAAN NAMUN JUMLAH PESERTA BERSIH YANG JAUH TERLALU RENDAH DARI APA YANG TELAH DIJANGKA SEBELUM INI ADALAH BUKTI MAJORITI RAKYAT MALAYSIA MENOLAK BANG ANU KERANA MEREKA TIDAKLAH SEDUNGU GOLONGAN YANG TERLIBAT DALAM INSIDEN TERSEBUT-

Anwar Ibrahim "terkantoi' dirakam dalam klip video dengan jelas sekali memberi isyarat tangan kepada balacinya paling ketatnya Azmin Ali seolah memberi arahan untuk mula bertindak ganas yang kemudiannya menjurus pada titik permulaan insiden rusuhan sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari. 

Azmin yang lebih dikenali dengan nama timangannya "Bapak Ayam" (sesuai betul dengan perkhidmatan "service" termasuk bab-bab berkaitan "makan aiskrim" Bang Anu juga dikatakan disediakannya oleh isterinya, Shamsidar Tahrin yang didakwa secara terbuka oleh bekas sahabat baiknya Datuk Nallakarupan mempunyai "hubungan sulit yang agak luarbiasa" dengan Bang Anu kerana kononnya mendapat "restu" Azmin sendiri) kelihatan bertanya kepada Bang Anu seolah untuk mendapat kepastian.

Sekali lagi Bang Anu jelas kelihatan memberi isyarat dengan mengoyangkan tangannya untuk memulakan "rancangan jahat" mereka yang mengambil kesempatan untuk merusuh dalam perhimpunan tersebut dengan niat untuk mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.

Sejurus selepas itu, peserta-peserta Bersih 3.0 bagaikan secara automatik berperangai bagaikan "beruk mabuk termakan belacan" merosakkan apa saja objek dan harta orang awam di sekitar Dataran Merdeka itu termasuk memusnahkan kenderaan polis serta menyerang anggota polis dan juga wartawan yang bertugas di sana pada hari itu.

Anwar ibrahim tidak boleh lagi menafikan yang dia tidak ada kaitan langsung dalam kejadian rusuhan itu sebab rakaman itu membuktikan dia lah sebenarnya bapak dalang dan juga dajal yang  telah merancang segalan keganasan dan kemusnahan dalam rusuhan itu!!



-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List