Showing posts with label Nazri Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nazri Aziz. Show all posts

Wednesday, 21 August 2013

DEMI RAIH UNDI UMNO, MENTERI SARAWAK DIJADIKAN "KORBAN"?

-APAKAH PELANTIKAN DATUK SERI SHAHRIZAT JALIL YANG JUGA MERUPAKAN KETUA WANITA UMNO DENGAN JAWATAN "PEMBANTU ATAU PENASIHAT KHAS" BAIK DI JPM ATAUPUN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT SEBENARNYA BERMOTIF MERAIH UNDI WANITA DALAM PEMILIHAN AGONG UMNO (PAU) TIDAK LAMA LAGI? JANGANLAH MACAM NI KAWAN! KEKEKE!!!-

Ini berkaitan dengan maruah beb! Bukannya aku sengaja nak carik pasal atau apa dan bagi mereka yang memandang enteng perkara ni, wa tak kisah pun, korang boleh stop membaca kat sini.. dan campak cerita aku ni dan pamkan ke dalam lubang tandas je tapi jika anda-anda yang rasa aku ada "arguement" dalam perkara ni, sila baca dengan teliti dengan hati yang terbuka!

Secara logiknya, mengapa pulak menteri dari Sarawak, dalam perkara ini melibatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Datuk Hajah Rohani Abdul Karim memerlukan Datuk Shahrizat Jalil sebagai "pembantu/penasihat khas"nya? Atau sebagai "pembantu/penasihat khas" kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak? Pelik betullah!

Ini pandangan aku sendiri, "I have nothing personal against Datuk Seri Shahrizat, she's a good and hard-working lady, I sincerely respect her for her courageous effort to "rise again" after the alleged NFC scandal but when it involves the dignity of any of my Sarawakian Ministers and in this case, Rohani Karim, a good humble, dedicated hardworking minister like Shahrizat herself, I felt I have to say something even to the circumstances that I might be "booed" by certain parties for doing so!"

Manakala, Rohani pula begitu professional tidak mahu menyinggung mana-mana pihak ketika ditanya media mengenai komen Menteri Perlancongan Datuk Seri Nazri Aziz dalam perkara tersebut apabila beliau hanya memberi jawapan demikan, "Shahrizat bukanlah penasihat kepada kementerian saya, itu hanyalah pendapat beliau (Nazri)". 

Jikalah Shahrizat berada diposisi Rohani sekarang dan Najib pula melantik seorang "pembantu khas" beliau, apakah agaknya perasaan Shahrizat yer? Perlu di ingatkan, semasa Shahrizat meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dulu, Najib seperti agak keberatan dan enggan melantik penggantinya sebaliknya, beliau sendiri kemudiannya yang menjadi pemangku jawatan tersebut. Mengapa yer? Adakah hanya untuk "menjaga hati" Shahrizat?

Yang pastinya, setelah PRU-13 dulu Najib telah melantik Rohani sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat di atas kewibaan, kreditabiliti dan kemampuan yang ditunjukkan oleh Rohani sendiri yang sebelum ini telah memegang jawatan Timbalan Menteri KPNDKK .. full stop. Naper nak ubah-ubah atau nak tambah-tambah jawatan yang sebelum ini memang tak pernah wujud pun? Kecualilah sememangnya ada "game" lain disebalik perlantikan jawatan "semadi nadai" (bahasa Iban bermaksud "daripada takde") baru tu?

Ditambah lagi dengan komen Nazri Aziz, "Rohani is from Sarawak. Probably her focus of work does not cover many of the Peninsula aspects, the Ministry is used to the management done by those from the Peninsula". 

Sebagai seorang menteri yang dianggap veteran dalam kabinet kerajaan, Nazri seharusnya lebih sensitif dan tidak patut memberi komen sedemikian unlesslah, beliau sebenarnya ada niat disebalik memberi sokongan terhadap "pelantikkan" Shahrizat itu.

Kalau asal tempat dari mana si penjawat tu datang jadi isu yang menyebabkan seseorang itu tak boleh perform dalam penugasannya, punyalah ramai orang Semenanjung yang memegang jawatan tinggi di jabatan kerajaan negeri kat Sarawak ni, tak pernah pulak aku dengar ada "pembantu khas tempatan" yang dilantik untuk membantu mereka sepertimana terjadi dalam kes Rohani & Shahrizat!

Nak dipotongkan cerita aku menjadi pendek, secara jujur hati kecil aku merasakan semuanya ini bermotifkan untuk mendapat undi dari Wanita UMNO just in case manalah tahu ada "kejadian gempak" dalam PAU nanti! Begitu juga dengan si Nazri yang dikatakan sedang "nazak" dan amat "ketandusan" sekarang yang inginkan sokongan untuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan tersebut.

Aku tak kisah wal-hal internal UMNO kerana bagi aku, "the best and deserved person will win in PAU", tapi janganlah nak jadikan mana-mana menteri Sarawak ataupun sesiapa saja dalam BN sebagai batu loncatan untuk kesinambungan politik kalian! Beringatlah sikit yang kemenangan yang kita capai pada PRU-13 yang lalu adalah atas kerjasama di antara kita semua bukannya kerana usaha satu pihak atau seseorang individu tertentu semata-mata! Wassalam.

-UnReportedNews™®

APA SEBENARNYA "GAME" NAJIB & NAZRI NI?

-BETUL KER ROHANI KARIM SEBAGAI ORANG SARAWAK TAK CEKAP MENJADI MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT, JAWATAN YANG LAZIMNYA DIJAWAT ORANG SEMENANJUNG SEHINGGAKAN SHAHRIZAT JALIL DILANTIK SEBAGAI PEMBANTUNYA? DOUBLE STANDARD KER? UNDI KAMI ORANG SARAWAK TIME PILIHANRAYA DULU PUN DIKIRA SEPERTIMANA UNDI RAKAN-RAKAN KAMI DISEMENANJUNG KAN? KEKEKE!!!-

Dua hari ni agak panas jugalah berita tentang Najib yang offer Shahrizat jadi penasihat. Saya bukan nak buat sebarang spekulasi. 

Walaupun reaksi pertama saya adalah - Dah takder orang lain ker?, tapi saya malas nak komen panjang. Nanti akan ketahuan juga apa perancangan Najib.

Apa yang saya nak tumpukan adalah SENARIOnya sebagaimana yang dilapurkan oleh media. 

Isnin 19 Ogos mStar - Baru desas-desus jer yang dilapurkan.

Isnin 4:19pm Mkini - Wartawan duk tanya Najib minta pengesahan, dan Najib jawab - "Tiada apa-apa pengumuman lagi setakat ini, biarkan begitu saja," 

Isnin di Kemaskini Selasa 10am Malaymail - HERO 1Malaysia CIP Nazri enter frame ! Dengan konfiden giler dia menjawab segala persoalan yang berlegar ....

Aku rasa Najib lantik Shahrizat sebab nak dia bantu Rohani. Tak salah pun dari segi MORAL!
“I believe the prime minister had appointed her (Shahrizat) to help Rohani, the new minister.
“What is most important is to resolve whatever problems we might face, I don't think it is morally wrong to do that,”

Rohani orang Sarawak ... dia tak biasa cara kerja orang Semenanjung.
"Rohani is from Sarawak. Probably her focus of work does not cover many of the peninsula aspects..the ministry is used to the management done by those from the peninsula." (hmmmm ... banyak Nazri tahu cara orang Kementerian Wanita kerja, ek)

Sensitif ? Mana ada ..... Ni dah lepas PRU. Dulu ia sensitif sebab PRU. Sekarang soal sensitiviti begitu tidak patut dilayan dah.
"Now is already after the elections. Before it was sensitive because of the general election. Now such sensitivity should not be given priority."

Selasa 20 Ogos 1:30 pm Malaymail - Memandai jer Nazri tuh ....! kata Menteri Wanita, Datuk Rohani. Shahrizat bukan penasihat kepada Kementerian saya.
Rohani also said that fellow Cabinet colleague Datuk Seri Nazri Aziz was merely giving "his opinion" in saying that Shahrizat - the former women's minister - was appointed to "help Rohani, the new minister".

"It's not adviser to my ministry,"

Selasa dikemaskini 3:18pm TMI - Shahrizat buat pengakuan! 
“Ya, saya adalah penasihat kepada Jabatan Perdana Menteri,” katanya dalam satu mesej kiriman ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

(Tapi dalam artikel TMI itu ditulis -  Datuk Seri Shahrizat Jalil mengesahkan pelantikannya sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menguruskan hal ehwal wanita.)

Selasa 7:05pm Mkini - Wartawan masih duk tanya Najib minta pengesahan dan Najib jawab -
“Kenapa kamu berminat hendak tahu pasal beliau?”

Semua sekarang TERDIAM! 

Hahahahahahahaha ....

PS - Antara perkara yang boleh digossipkan adalah 

- Apa game Najib?
- Macamana Nazri boleh tahu dulu, dia beri kenyataan pada media bukan borak2 kedai kopi .... SIAPA NAZRI DIHATI NAJIB? 
- Siapa yang ajar Najib jawab macam tu pada media?
- Kenapa kamu berminat hendak tahu pasal beliau? Kenapa? Tak boleh tanya ke? Ke Najib nak bayar gaji Shahrizat pakai duit poket sendiri dan bukannya duit rakyat makanya rakyat tak perlu ambil tahu? -Din Turtle 

-UnReportedNews™®

Tuesday, 20 August 2013

NAZRI NAK BUAT APA LAGI NI HAH?!

-JANGANLAH SEAKAN NAK MELAGA-LAGAKAN ROHANI & SHAHRIZAT PULAK! KONTROVERSI ANAKNYA SENDIRI BELUM SELESAI LAGI .. KALO NAK "DIVERT" PUN AGAK-AGAKLAH, JANGANLAH SAMPAI MELIBATKAN ORANG BN SENDIRI & JUAL NAMA PM! KEKEKE!!!-

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bukan merupakan penasihat kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, kata menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim.

Shahrizat, yang sebelum ini merupakan seorang menteri, dilaporkan akan dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai hal ehwal wanita.

"Beliau bukan penasihat kepada kementerian saya, jadi saya tidak boleh mengulas tentang itu," kata Rohani pada sidang akhbar di Sidang Kemuncak Wanita ke-11 pada Selasa.

Apabila ditanya mengenai kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang Perdana Menteri telah melantik Shahrizat untuk membantu Rohani, beliau berkata: "Itu adalah pendapat beliau". (sumber

PS: JANGAN CAKAP OTAK AKU NI MACAM TAIK LEMBU PULAK, RASE-RASENYA ORANG YANG MAIN CAKAP TANPA BERFIKIR TU MUNGKIN ADA POTENSI MEMPUNYAI OTAK SEBEGITU! KAN? KAN? KAN? KEKEKE!!!

-UnReportedNews™®

Sunday, 18 August 2013

NEDIM NAZRI KIRA DAH KENA "TURUN PANGKAT" LER NI?

-TERKINI! AKHIRNYA JAWATAN ANAK MENTERI PERLANCONGAN & KEBUDAYAAN DATUK SERI NAZRI AZIZ DI "TUKAR"! KEKEKE!!!-


Akhirnya, pengendali web rasmi Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menukar jawatan anak Nazri Aziz.

Yang terbaru ialah jawatannya ialah Pegawai Khas Ahli Parlimen Padang Rengas (Urusan Gen Y).

Sebelum ini, jawatan anak Nazri Aziz yang tertera di dalam web kementerian ialah 'Pegawai Khas' dan menjadi topik panas dalam alam internet ini.


Sebelum ini, MiM telah menulis satu entri mengenai topik ini. Di antaranya :

1. Seminggu ini, nama DS Nazri Aziz kembali menjadi topik panas. MiM mengharapkan beliau peka dan pro-aktif menjaga institusi kerajaan Barisan Nasional yang sering diserang oleh pihak pembangkang dengan pelbagai tuduhan seperti salah guna kuasa, rasuah, nepotisme dan kronisme. 

2. Walau pun rakyat sudah masak dengan wayang kulit kepimpinan pembangkang yang mengamalkan rasuah, nepotisme, salah guna kuasa dan kronisme, Nazri Aziz tidak patut memberi respons yang agak sombong dan bukannya mahu memperbaiki kesilapan yang berlaku. 

3. Kenyataan-kenyataan di bawah pasti akan terngiang-ngiang di fikiran rakyat terutamanya ahli-ahli UMNO termasuk MiM yang bakal memilih kepimpinan baru MT UMNO tidak lama lagi.

a. "And of course he doesn't have to be paid, he has a lot of money, his father is rich."   

b. "I don't care what people think. I don't care what bloggers, netizens, journalists write about me." 

c. " I don't please anybody but myself." 

4. MiM boleh baca karakter Nazri Aziz yang agak robust tetapi dalam hal ini, jika beliau mengaku dan kemudiannya nama anak beliau dikeluarkan daripada senarai Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia atau diperbetulkan jawatan anak beliau, segalanya boleh selesai dengan baik. seterusnya 

MiM tidak pasti siapa yang mengarahkan pengendali web rasmi kementerian Perlancongan dan Kebudayaan supaya memperbetulkan jawatan anak Nazri Aziz tetapi MiM berharap pihak itu ialah Nazri Aziz sendiri.

Beliau juga boleh mengeluarkan kenyataan untuk menarik kembali kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini yang telah mengguris banyak pihak yang ikhlas menegur demi mempertabatkan imej dan maruah parti UMNO dan BN.

MiM yakin Nazri Aziz tiada masaalah untuk melakukanya. -Dr MiM 

PS: "I don't have to please any Ministers or YBs, I only need to please myself!" Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

KEBONGKAKAN NAZRI MENJADI LIABILITI KEPADA NAJIB & BN!

-DI AMBANG PEMILIHAN AGUNG UMNO TAK LAMER LAGI, PM NAJIB KENA TEGAS PADA PENDIRIANNYA! PM, PLEASE SAY YOUR STANCE ON THIS WRONGDOING OF EMPLOYING MEMBERS IN GOV MINISTRY & IGNORANT ATTITUDE OF THIS MALAYSIAN MINISTER!-


Dibawah ni adalah komen bongkak, angkuh dan sombong Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengenai isu menyentuh anaknya yang dilantik sebagai Pegawai Khas dalam kementeriannya.

"And of course he doesn't have to be paid, he has a lot of money, his father is rich"

"I don't care what people think. I don't care what bloggers, netizens, journalists write about me."" I don't please anybody but myself."

Amboi-amboi-amboi, lunaknya tona bahasa, sedapnya bicara mengikut hati. 

Sebagai wartawan, blogger dan seorang yang "tidak kaya", aku betul-betul terasa dengan kenyataan Pak Menteri yang tak sedar diri ini.

Tindakan Nazri melantik anaknya, Nedim yang dikatakan pernah terlibat dengan kontroversi sebelum ini sebagai pegawai khas menjadi isu malah dengan angkuh Nazri menyatakan anaknya tidak dibayar gaji oleh kerajaan, sebaliknya melalui duit poketnya sendiri sambil menyombong mengatakan, "Ini kementerian saya, saya boleh boleh lantik sesiapa saja."

Hai Pak Menteri, lupakah kamu yang Kementerian kamu tu bukannya secara rasmi "milik" kamu sebaliknya asdalah milik kerajaan yakni rakyat Malaysia? Don't act stupid okay?

Sad to say, perangai individu angkuh sebeginilah yang akan mengjahanamkan BN. Perangai pemimpin sedemikianlah yang akan membuat penyokong-penyokong setia BN akan merasa muak dan membenci kerajaan serta mula mencari "alternatif lain".

Ni sebenarnya bukan hal aku dari Sarawak ni tapi aku kena peringatkan juga, Pemilihan Agung UMNO tak lamer lagi so PM Najib kena berhati-hati bila nak "memilih" pihak kepada mana-mana calon yang bertanding.

Memanglah jawatan Najib tak di pertandingkan dalam pemilihan itu tapi jika dia terus menyokong menteri yang seangkuh Nazri ni (yang aku agak-agaklah) akan kalah ataupun paling tidak mendapat sokongan yang berkurangan dalam pemilihan tersebut nanti, mana Najib nak taruh muka beb!

Najib kena tegas dalam menyatakan pendiriannya dalam apa saja perkara, jangan seperti lalang dibuai angin, sekejap ke sana, sekejap ke sini.

"Ya atau Tidak,", bukannya hari ni cakap tidak menjadi salahnya Nazri berbuat demikian asalkan tidak melibatkan pembayaran gaji oleh kerajaan dan besok pulak cakap ahli keluarga menteri hanya boleh diletakkan sebagai pembantu di kawasan Parlimen masing-masing dan bukannya di kementerian! Isk-isk-isk!

Dahlah, aku pun malas nak membebel Hari Ahad ni. Lu orang fikirlah sendiri. Kekeke!!! Wassallam.

PS: Aku tarik baliklah kata pujian peribadi aku sewaktu berbual dengan Nazri sewaktu kami bertemu di Bandaraya Kuching tidak lama dulu. Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Sunday, 10 February 2013

PAKATAN HARUS SEDIA & AKUR TERIMA KEKALAHAN PRU KE-13!

-SEWAKTU BN "HILANG" BEBERAPA NEGERI DALAM PRU 2008, BN BOLEH MENERIMA KENYATAAN & REDA, JADI PUAK PAKATAN KENA TUNJUKKAN KEJANTANAN MEREKA TU SIKIT,  BOLEH TERIMA KEKALAHAN SECARA "GENTLEMAN", JANGAN ASYIK NAK MENCARI ALASAN NAK TUNJUK PERASAAN & DEMONSTRASI KALAU KEPUTUSAN TAK BERPIHAK PADA MEREKA! MACAM BUDAK-BUDAK LER! KEKEKE!!!-

Pembangkang perlu terima peringatan awal Perdana Menteri supaya mereka tidak menimbulkan huru-hara sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Nazri berkata pembangkang harus mencontohi kerajaan Barisan Nasional (BN)yang sedia menerima kekalahannya di lima negeri pada pilihan raya umum lepas. "Walaupun kita kalah di beberapa buah negeri kita tak ada masalah langsung untuk serah kerajaan itu kepada pembangkang," katanya selepas menyampaikan bantuan Azam Tani Fasa 1 kepada 20 penerima di sini, Sabtu.

Nazri mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang berharap pembangkang menerima keputusan PRU-13 dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.

Katanya, peringatan awal adalah untuk mengelakkan perkara itu berlaku selepas keputusan PRU-13 diumumkan.

"Perdana Menteri menyebut perkara ini kerana kecenderungan mereka(pembangkang) melakukan aktiviti-aktiviti demonstrasi yang negatif dan menghasut rakyat. "Kecenderungan pembangkang seolah-olah mereka sahaja yang betul dan hari ini usaha untuk memburukkan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dilakukan begitu hebat sekali, saya rasa ada kecenderungan itu di pihak mereka sekiranya mereka tidak menang dalam pilihan raya nanti," katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri mahukan rakyat lebih berhati-hati dan tidak menyokong usaha pembangkang untuk memporak perandakan rakyat selepas pilihan raya nanti.

Demonstrasi pembangkang menghasut rakyat supaya membenci BN kerana (dituduh)zalim adalah tidak betul kerana kerajaan BN adalah kerajaan yang baik, katanya.

"Kita (kerajaan BN) sudah buat segala apa yang kita janji...pembangkang hanya janji macam-macam tapi tidak tunaikan," katanya. "Dalam keadaan (negara) stabil, aman damai, dia (pembangkang) mungkin nak kalah itu ada, sebab itu mereka sedang berusaha cari jalan bagaimana nak mendatangkan perasaan marah rakyat terhadap BN," katanya dipetik  BERNAMA.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List