Showing posts with label Jusuf Kalla. Show all posts
Showing posts with label Jusuf Kalla. Show all posts

Saturday, 17 August 2013

ANWAR "MELIWAT" LAGI?!

-MACAM DAH TAKDE ORANG LAIN YANG NAK DIKENCING, NUAR KINI NAK "MELIWAT" DAP & PAS PULAK? YANG DAP & PAS PUN BENGAP SATU MACAM JUGAK SEBAB MENDIAM DIRI KENA KENCING NGAPER?! SUKE YER? KEKEKE!!!-

Situasi politik di Malaysia ni sememangnya begitu "meriah" betul sejak dua menjak kebelakangan ni lebih-lebih lagi dengan adanya Bang Nuar Brahim yang ligat pemikiran hanya untuk satu matlamat-berkuasa!

Setelah mengetahui dirinya langsung tiada berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia menerusi piliharaya (PRU-13) yang adil, dia gunakan pelbagai taktik kotor pulak termasuk menabur fitnah yang kononnya PRU-13 telah dicemari oleh BN dengan penipuan.

Gagal untuk mempengaruhi sokongan padu orang ramai menerusi demonstrasi "Blackout" di seluruh pelusuk negara kini Anwar dapat akal baru dengan menebar fitnah Najib menawarkan untuk membentuk kerajaan perpaduan dengannya!

Walhal dier sendiri yang tanpa segan dan silu dan berjumpa Jusuf Kalla merayu-rayu meminta Jusuf agar menolongnya sekali lagi menjadi perantara antara beliau dan Najib. 

PKR nak "menyusup" masuk ke BN? Tak hangat hati ker DAP dan PAS tentang perkara ni? PKR membelakangi rakan sepakatan mereka?

Ataupun dua melaun ni memang sengaja bengap atau ada agenda di sebalik PKR nak "join" BN ni? Nak menghancur BN dari "dalam" kot?

Bagi orang biasa, kalau kena kencing sebegini, bila kawan dah mula "main belakang" memang dah bengang dah, buat apa bersekongkol dengan manusia seperti Nuar Brahim ni!

Tak per ler DAP dan PAS, memang kamu berdua dah tertakdirkan untuk diperbodoh dan di"liwat" oleh manusia yang selicik Nuar Brahim! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Friday, 16 August 2013

TERKINI: ANWAR HANYA LAYAK JADI PELAWAK!

-KISAH SEBENAR DI SEBALIK BISIK-BISIK KONONNYA PM NAJIB YANG "MEMUJUK" ANWAR NAMUN HAKIKAT SEBALIKNYA, ANWAR YANG MATI-MATI "MERAYU" MENAWARKAN PERPADUAN DENGAN NAJIB! KELAKAR LAH KO NI NUAR! KEKEKE!!!-

Beberapa hari lepas Anwar Ibrahim membuat kenyataan bahawa beliau mengesahkan Datuk Seri Najib menawarkan untuk membentuk kerajaan perpaduan dengannya. Sini.

Seperti biasa....setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Anwar kita tak boleh percaya 100 peratus kerana ianya datang daripada seorang munafik. Sebelum pilihan raya umum yang lepas dia berjanji akan mengundurkan diri dari politik sekiranya pakatan pimpinanannya gagal mengambil alih pemerintahan negara. Selepas PRU lain pula jadinya. Tak munafik ke namanya itu ? 

Sekarang dia kata pula Najib tawar perpaduan dengannya...

Apa sebenarnya yang berlaku ?

Anwar telah terlepas peluang terbaik untuk menjadi PM dalam PRU lepas. Selepas PRU beliau sudah tidak dihormati oleh sekutu-sekutunya. Orang-orang mereka lebih menghormati Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng, kerana dua orang itu lebih berkuasa berbanding Anwar yang hanya berjawatan Ketua Pembangkang. Itu pun atas ehsan DAP....

Anwar inginkan kuasa....Anwar ingin dihormati dan disanjungi....Anwar juga bengang kerana Khalid Ibrahim banyak tidak mengikut arahan-arahannya....

Anwar ke Indonesia sekali lagi dan berjumpa Jusuf Kalla merayu-rayu meminta Jusuf agar menolongnya sekali lagi menjadi perantara antara beliau dan Najib. Jusuf agak keberatan untuk menjadi orang tengah sekali lagi kerana beliau telah ada pengalaman ditipu Anwar semasa menjadi orang tengah dalam kes perjanjian PRU lepas. 

Selepas pertemuan Anwar berkali-kali menghubungi Jusuf merayu-rayu agar menolongnya. Dalam bulan Ramadhan Anwar ada menghubungi Jusuf dan salah satu ayat yang digunakan dalam perbualan tersebut seperti berikut, "Bilang sama Pak Najib di bulan Ramadhan perlu bermaaf-maafan".

Antara yang ditawarkan Anwar untuk membentuk perpaduan dengan Najib seperti berikut, 

1) Anwar akan memecat Khalid Ibrahim dan Najib boleh memilih individu pilihannya untuk mengetuai Selangor. 

2) Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

3) Empat orang ahli parlimen PKR dilantik sebagai menteri.

Pujukan demi pujukan oleh Anwar Ibrahim akhirnya membuat Jusuf mengalah dan bersetuju untuk menjadi orang perantara. Jusuf sepatutnya ke Kuala Lumpur untuk bertemu Datuk Seri Najib  pada malam 11 Ramadhan. Namun disebabkan oleh pesawat peribadinya mengalami kerosakkan Jusuf terpaksa membatalkan kedatangannya ke Kuala Lumpur pada 11 Ramadhan. 

Jusuf Kalla ke Kuala Lumpur pada 20 Ramadhan bersamaan dengan 28 Julai 2013 setelah pesawatnya boleh digunakan. 

Jusuf datang bersama beberapa lagi ahli rombongannya. Antara yang datang bersama Jusuf adalah, Ade Dwi Irawan, Hamid Awaludin dan Emir Chairullah. 

JKM- Jusuf Kalla Mufidah, Mufidah adalah isteri Jusuf Kalla
Pesawat Jusuf yang bernombor pendaftaran PK-JKM mendarat di Kuala Lumpur pada 28 Julai 2013 jam 8.20 malam. Jusuf mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib pada malam itu juga untuk membawa tawaran-tawaran yang dikemukakan Anwar. Bagaimanapun Datuk Seri Najib telah menolak tawaran-tawaran yang dibawa oleh Jusuf Kalla. 

Selesai bertemu Datuk Seri Najib, pada malam itu juga Jusuf terus bertemu dengan Anwar bagi menyampaikan berita yang Datuk Seri Najib menolak tawaran yang dikemukakannya. Jusuf bersama rombongannya berangkat pulang dengan pesawat yang sama pada keesokkan paginya (29 Julai 2013)   jam 7.00 pagi. 

Anwar berang dengan Najib yang menolak tawarannya. Itulah sebabnya dua hari selepas itu iaitu pada 1 Julai 2013 Anwar membuat satu kenyataan yang keras terhadap Najib dengan menggesa Najib agar tidak menjadi seperti binatang. Lihat di sini

Kebanyakkan orang-orang Pas telah mengetahui perkara ini. Sekumpulan pemuda-pemuda Pas telah diberitahu perkara ini dalam bulan Ramadhan. Sebab itu bila Anwar membuka kisah ini ianya tidak disambut oleh puak-puak Pas atau tidak ada hu...ha...hu....ha....puak-puak Pas memperlekehkan Najib kerana mereka telah tahu lebih awal perkara ini dan mereka tahu yang sebenarnya Anwar yang menawarkan perpaduan dengan Najib. Bukannya Najib yang menawarkan perpaduan dengan Anwar. (sumber

PS: Tajuk artikel ini tiada berniat langsung memandang rendah kepada profession pelawak. Kelas pelawak-pelawak negara ini terlalu tinggi jika dibandingkan dengan "pelawok" yang seekor ni... Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Sunday, 30 June 2013

KARPAL HARUS BERTAUBAT!

-GESAANNYA AGAR JUSUF KALLA MEMOHON MAAF DARI ANWAR TAK MASUK AKAL & SEPATUTNYA BELIAU MENASIHAT ANWAR AGAR MINTA MAAF DARI PM NAJIB & RAKYAT MALAYSIA KERANA MELANGGARI PEJANJIAN YANG TELAH DIUSUL ANWAR SENDIRI! TONGKANG KARAM "HOT-WHEELS" NI BOLEH TAHAN GAK SPIN NYER YER? KEKEKE!!!-

Gesaan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Karpal Singh agar bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla harus meminta maaf secara terbuka daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ianya boleh menjejaskan pakatan pembangkang sungguh tidak masuk akal sama sekali.

Karpal, yang ditemui pemberita dalam satu sidnag media di Pulau Pinang semalam berkata, segala yang dibincangkan antara Jusuf dengan Ketua Pembangkang itu tidak seharusnya didedahkan kepada umum kenyataan yang dikeluarkan Jusuf juga boleh menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Anwar.

Sebelum ini, Jusuf juga mendakwa Anwar telah mengingkari perjanjian (usulan Anwar sendiri) dengan Najib sesiapa yang kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)lalu harus menerima kekalahan dengan terbuka.

Jusuf juga mendedahkan pihak pembangkang menerusi Anwar telah mendapat dana besar dari pihak asing untuk menganjurkan siri perhimpunan haram membantah keputusan PRU-13.

Pada pandangan Jusuf, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempunyai imaginasi melampau dan ego kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam PRU-13 lalu.

"Jusuf harus meminta maaf secara terbuka kerana menuduh Anwar mendapat bantuan dana asing untuk menjalankan perhimpunan berkenaan kerana jika Anwar terjejas, ia juga memberi kesan kepada komponen dalam pakatan pembangkang," kata Karpal lagi.

Bagaikan tak sedarkan diri atau buat-buat tidak tahu, Karpal dengan nada yang sinis menggesa agar Jusuf supaya, "menyatakan rasa kesalnya kerana menuduh Anwar seperti itu".

Amboi-amboi-amboi, banyak cantek si wheely ni, dalam perkara ini naper "salah" Jusuf je dier nampak tapi kesalahan Nuar dia "tutup mata". 

Sepatutnya Karpal menasihati Anwar agar mohon maaf dari Najib serta rakyat Malaysia kerana kegagalannya mematuhi "Perjanjian Gelap"nya dengan Najib seperti yang didakwa Jusuf.

Karpal sepatutnya menghalang Anwar daripada meneruskan "Perhimpunan Black505"nya dan menggesa Anwar mematuhi perjanjian tersebut.

Seperti biase, modas operandi pembangkang adalah menutup sesuatu isu yang boleh memberi kesan kepada mereka akan cuba "dikabur" dengan menimbulkan isu-isu uang kadangkalanya tak masuk akal langsung.

Dalam hal ini, bukan saja Karpal namun dengan Anwar sekali yang patut bertaubat! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Tuesday, 18 June 2013

PENIPUAN ANWAR TAHAP GABAN!

-ANWAR YANG MEMOHON KEPADA JUSUF KALLA UNTUK MENJADI "ORANG TENGAH" DI ANTARA BELIAU & NAJIB BUKANNYA JUSUF KALLA YANG MENAWARKAN DIRI UNTUK MENJADI ORANG PERANTARAAN DIANTARA MEREKA BERDUA SEPERTIMANA YANG DIDAKWA ANWAR! DASAR PENIPU YANG HENDAK MENUTUP MALU! KEKEKE!!!-

al-azharrisiddiq - Dalam bahagian kedua ini, saya akan menjurus kepada “Surat Perjanjian” oleh Anwar Ibrahim, Jusuf Kalla dan DS Najib Razak. Di luar sana, terlalu banyak rumors yang perlu saya perbetulkan, kerana jika saya tidak perbetulkan, orang-orang UMNO khususnya telah memberi satu persepsi yang silap khususnya kepada DS Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Jika apa yang saya tulis ini tidak benar, maka Bapak Jusuf Kalla berkata tidak benarlah juga kepada saya. Dalam hal ini, saya amat yakin integriti Bapak Jusuf Kalla.

Oleh kerana saya terlibat dalam pertemuan ini, maka saya bertanggungjawab untuk berkongsi hal ini, dengan harapan pembaca akan berfikir dan bukannya menjatuhkan hukuman.

Siapa buat Surat Perjanjian

Dalam hal ini, saya kecewa dengan Anwar Ibrahim kerana saya dapati beliau tidak bercakap benar dalam beberapa perkara. Saya membaca satu berita kononnya Anwar mengatakan Bapak Jusuf Kalla yang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah.

Walhal, pada bulan Mac 2013, Anwar Ibrahim sendiri datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla pada malam hari, dengan ada teman saksi iaitu Bapak Fahmi Idris dan Bapak Yusril Ihza Mahendra di ruang tamu tempat yang sama saya duduk bersebelahan Bapak Jusuf Kalla dalam gambar itu.

Ketika itu (Mac, 2013), Anwar dengan yakin menghujahkan kepada Bapak Jusuf Kalla beliau akan menang PRU13. Bukannya Bapak Jusuf Kalla yang memanggil Anwar datang ke Jakarta. 

Kita harus faham, siapa tetamu dan siapa tuan rumah. 

Pada bulan Mac 2013 itu, Apakah Bapak Jusuf Kalla yang berkunjung ke Kuala Lumpur atau Anwar Ibrahim yang mendatangani Jakarta? Anda jawab sendiri!

Selepas Anwar berjaya meyakinkan Bapak Jusuf Kalla dan berjaya memujuk beliau, maka Bapak Jusuf Kalla atas dasar sehabat seemosi (istilah di Indonesia untuk menunjukkan tahap keakraban) telah terbang ke Kuala Lumpur dan bertemu Anwar Ibrahim pada 4/5/2013 iaitu sehari sebelum PRU13. Dan seterusnya Bapak Jusuf Kalla turut bertemu DS Najib pada tengah malamnya.

Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya, bahawa Anwar Ibrahim membuat Surat Perjanjian di antaranya sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan. Ada beberapa lagi yang saya tidak perlu nyatakan di sini.

Bapak Jusuf Kalla memberitahu saya bahawa Anwar menandatangani Surat Perjanjian yang dibuatnya itu, dan Bapak Jusuf Kalla turut menurunkan tandatangan. Tetapi tidak oleh DS Najib!

Tuduhan kepada Najib

Terdapat tuduhan di dalam parti UMNO dan juga para wartawan dan bloggers kononnya DS Najib terlibat dalam perjanjian tersebut. Kononnya DS Najib berada bersama-sama Anwar Ibrahim untuk menandatangani “Perjanjian” itu. Walhal sebenarnya Bapak Jusuf Kalla bertemu Anwar dan DS Najib secara berasingan.

Saya berani menyatakan bahawa DS Najib tidak terlibat mula dalam permainan politik Anwar ini, sebaliknya Anwar yang merangka pertemuan dengan Bapak Jusuf Kalla, Anwar yang mencadangkan perjanjian itu, Anwar yang meminta dan memujuk Bapak Jusuf Kalla supaya menjadi orang tengah, Anwar yang memulakannya.

Memang benar Bapak Jusuf Kalla membawa surat perjanjian yang dirangka oleh Anwar Ibrahim itu, tetapi DS Najib tidak menandatanganinya, DS Najib tidak bersetuju.

Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada Anwar, bahawa DS Najib tidak mahu menandatangani perjanjian itu. Pada pengamatan saya, DS Najib menghormati kemunculan Bapak Jusuf Kalla sebagai sahabatnya juga, maka apakah kamu fikir jika tetamu besar seperti bapak Jusuf Kalla bertandang ke rumah DS Najib dan kamu meminta DS Najib menutup pintu? Makanya, DS Najib mesti melayan Bapak Jusuf Kalla dengan seribu kemuliaan sebagai seorang tetamu apatah lagi sahabat lama.

Saya bercakap panjang lebar dengan Bapak Jusuf Kalla dalam hal ini, dan saya berpendapat para ahli UMNO dan bloggers tidak berlaku adil kepada DS Najib dalam hal ini, sebab itu saya terpaksa menulis dengan agak panjang sedikit.

Jika anda bertanya saya, apakah Anwar sedang memerangkap DS Najib, saya tidak boleh menjawabnya kerana ianya niat Anwar. Saya percaya anda boleh memahaminya.

Kenapa saya membela Najib

Saya terpaksa ke depan kerana saya satu-satunya bertemu dengan Bapak Jusuf Kalla, maka saya mesti membetulkan rumors yang salah.

Saya menerima pelbagai sms daripada rakan blogger dan wartawan, antara rumors salah kononnya dalam perjanjian itu DS Najib meminta kepada Anwar Ibrahim sekiranya DS Najib kalah agar dirinya dan keluarganya jangan dipenjara! Ini adalah satu cerita rekaan dan fitnah yang sangat besar kepada DS Najib. Tidak ada tertulis dalam perjanjian akan hal itu, malah tidak disebut pun, hanya selepas sebulan ini barulah cerita rekaan itu muncul dan saya beri jaminan kepada anda cerita itu tidak benar.

Anwar hanya bercakap tentang isu besar dalam PRU13 iaitu jawatan Perdana Menteri yang menjadi idamannya, Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap tentang masa depan Nurul Izzah dan beberapa perkara lain. Mereka bercakap tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Penuh, isu dakwat, isu pengundi Bangladesh dan hal-hal lain.

Malangnya, saya bersetuju dengan Bapak Jusuf Kalla bahawa Anwar sendiri yang merangka idea perjanjian itu, Anwar yang datang bertandang ke rumah Bapak Jusuf Kalla bercakap tentang idea perjanjian itu, malangnya sesudah PRU13, Anwar tidak komited kepada apa yang diusahakannya sendiri.

Kekecewaan dan “kemarahan” Bapak Jusuf Kalla ialah tatkala dia sangat komited membantu, Anwar pula tidak komited kepada usaha janjinya sendiri!

Saya fikir cukup setakat ini dulu. Bacalah semula artikel-artikel ini, saya menyembunyikan sesuatu di dalamnya :

http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/05/ds-najib-tun-razak-jusuf-kalla-anwar.html
http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/06/segerakan-rekonsiliasi.html
http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/06/bersama-ketua-dewan-perwakilan-rakyat.html
http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/06/eksklusif-rundingan-anwar-jusuf-kalla.html

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya mesti menjaga kerajaan yang dipilih oleh rakyat semasa PRU13 baru-baru ini. Bukan soal two third majoriti atau menang besar dan menang kecil, peraturannya ialah jika kita mahu menghormati hak rakyat, menghormati sistem demokrasi yang menjadi amalan berkerajaan di Malaysia, Anwar seharusnya mengucapkan kepada DS Najib “Selamat Maju Jaya”.

Itulah juga yang diungkapkan oleh Khalifah Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz, dalam buku yang ditulis oleh Dr. Ali Muhammad Muhammad Al-Shallabi bahawa hormatilah “keputusan demokrasi”. 

Salam hormat dari saya kepada anda pembaca budiman. (sumber

-UnReportedNews™®

Sunday, 16 June 2013

RAHSIA "PERJANJIAN" NAJIB & ANWAR DIDEDAHKAN!

-SALAH SATU DARIPADA PERJANJIANNYA ADALAH SESIAPA DI ANTARA NAJIB (BN) ATAU ANWAR (PR) YANG KALAH (DALAM PRU-13), YANG KALAH HENDAKLAH MENERIMA KEKALAHAN! NAMUN AL-ABU NAWAS AL-ANWARI YANG BEGITU YAKIN AKAN MEMENANGI PRU TERSEBUT MEMUNGKIRI KEMUDIANNYA MEMUNGKIRI JANJI BERKENAAN! KEKEKE!!!-

Saya ditemani bapa A.M Fatwa, Ahli Parlimen Indonesia, Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia
al-azharrisiddiq – Pada mulanya saya tidak hendak menulis perkara ini dan saya cuba bertahan untuk tidak menulis, kerana Bapak Jusuf Kalla berpesan kepada saya supaya berhati-hati. Namun begitu, apabila saya membaca blog rakan saya ini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ , saya dapati berlaku kekeliruan dan perkara yang tidak adil kepada DS Najib. Maka, saya mengambil keputusan untuk menulis berita eksklusif ini.

Pertama sekali, pertemuan saya dengan Bapak Jusuf Kalla adalah berseorangan dengan dibantu oleh Ahli Parlimen Indonesia, Bapak A. Mohamad Fatwa yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia. Saya ditemani oleh dua orang rakan.

Hubungan Anwar dengan Bapak Jusuf Kalla dan Bapak A.M. Fatwa adalah hubungan sahabat lama berpuluh-puluh tahun sejak zaman belia lagi. Malah sehari selepas Anwar dibebaskan dari penjara (2004), Bapak A.M. Fatwa terbang ke Kuala Lumpur untuk meraikan pembebasan Anwar.

Manakala, hubungan DS Najib dengan Bapak Jusuf Kalla ialah hubungan sejarah di mana Bapak Jusuf Kalla adalah seorang Usahawan sejak zaman ibu bapanya lagi, manakala DS Najib adalah keturunan Bangsawan Bugis dari Kerajaan Goa di Sulawesi Selatan. Manakala, saya pula hubungan kekeluargaan dengan Bapak A.M. Fatwa dan juga Bapak Jusuf Kalla dari sebelah isteri saya.

Negosiasi Antara Anwar-Jusuf Kala-Najib

Dalam perbincangan Eksklusif saya dengan Bapak Jusuf Kalla dalam satu jam di rumah Bapak Jusuf Kalla, beliau memberitahu saya bahawa Anwar bertemu dengannya sebanyak 3 kali.

Pertemuan pertama berlaku pada bulan Mac di mana Anwar datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla di Jakarta. Tujuan Anwar bertemu Bapak Jusuf Kalla untuk meminta Bapak Jusuf Kalla menjadi orang tengah semasa PRU-13, di mana Anwar sangat yakin akan menang dan meminta Bapak Jusuf Kalla memberitahu DS Najib supaya sesiapa di antara mereka yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Cukup saya dedahkan satu ini, yang lain sudah pasti rahsia.

Bapak Jusuf Kalla seorang yang bijak, dalam pertemuan itu, beliau memanggil dua lagi Ahli Parlimen Indonesia sebagai saksi iaitu Bapak Yusril Ihza Mahendra dan Bapak Fahmi Idris, kedua-duanya mantan Menteri Indonesia dan kedua-duanya juga adalah sahabat Anwar.

Namun demikian, selepas keputusan PRU-13 memberi kemenangan kepada DS Najib pada malam 5/5/2013, Anwar Ibrahim telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh berlaku penipuan. Kemungkiran janji Anwar menyebabkan sahabat-sahabatnya itu (Bapak Jusuf Kalla, Yusril, Fahmi dan lain-lain) marah kepada Anwar Ibrahim.

Ketika saya berdiskusi dengan bapa A. M Fatwa di rumahnya
Dalam negosiasi itu, Anwar berkata kepada Bapak Jusuf Kalla “saya mahu jawatan Perdana Menteri”. Bapak Jusuf Kalla sebaliknya menjawab kepada Anwar, “Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen, Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!”.

Bapak Jusuf Kalla berkata lagi, “jika kamu (Anwar) di Indonesia, ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral (parti)”.

Tambah Bapak Jusuf Kalla lagi, “kamu kata isu dakwat, lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih ada dakwat yang belum hilang. Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya”.

Masa Depan Nurul Izzah

Dalam pertemuan itu juga, Anwar dan Bapak Jusuf Kalla menyentuh masa depan Nurul Izzah. Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap soal jawatan Menteri Penuh kepada Nurul Izzah. Dalam pertemuan itu, Anwar meminta masa untuk berfikir.

Bapak Jusuf Kalla turut bercakap beberapa jawatan Kabinet kepada Anwar, dan Anwar meminta tempoh masa berfikir.

Menurut Bapak Jusuf Kalla, Anwar datang menemuinya untuk membuat negosiasi ini kerana Anwar begitu yakin dia akan menang PRU13 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Pada pandangan Bapak Jusuf Kalla, Anwar hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana Anwar mengangggap dirinya adalah Perdana Menteri, Anwar percaya dirinya adalah Perdana Menteri, bercampur-campur dengan sikap egonya, maka Anwar kata Bapak Jusuf Kalla tidak dapat menerima hakikat ketewasannya di dalam PRU13.

Tekanan Washington

Bapak Jusuf Kalla turut menceritakan hal lain, di mana beliau memberitahu kepada saya adanya elemen Washington dalam keputusan PRU13 itu, di antaranya pihak Washington telah menekan Presiden Indonesia supaya menerima kunjungan Anwar dan memberi sokongan kepada Anwar.

Dalam hal ini, Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya beliau telah dihubungi oleh Presiden Indonesia untuk meminta pendapat akan hal ini, dan Bapak Jusuf Kalla memberi pandangan kepada Presiden Indonesia bahawa adalah tidak betul untuk menerima tekanan Washington itu.

Maka, pertemuan Anwar dan Presiden Indonesia semalam jelas akibat daripada tekanan Washington ke atas Presiden Indonesia. (sumber)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List