Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts

Thursday, 11 September 2014

UPSR: JPN nafi kebocoran berlaku di Perak


IPOH: Jabatan Pendidikan negeri menafikan maklumat yang tersebar di media sosial bahawa seorang guru di negeri ini telah ditahan kerana disyaki bertanggungjawab membocorkan soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Pengarahnya, Idris Ramli berkata, hasil semakan di kesemua 10 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mendapati tidak berlaku kes soalan UPSR bocor di mana-mana sekolah di negeri ini.

"Setakat ini jabatan tidak terima laporan mengenai seorang guru di negeri ini ditahan kerana bocorkan soalan UPSR," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE (Oleh SAYED HESHAM IDRIS)
-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List