Showing posts with label Peter Chin. Show all posts
Showing posts with label Peter Chin. Show all posts

Sunday, 15 June 2014

TIGA BEKAS WAKIL RAKYAT SUPP DIPECAT!


KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) semalam memecat tiga bekas wakil rakyatnya iaitu Datuk Dr Jerip Susil (ADUN) Bengoh), Ranum Mina (ADUN Opar) dan Dr Johnical Rayong Ngipa (ADUN Engkilili).

Presidennya Tan Sri Peter Chin berkata, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) setelah kegagalan parti mendapatkan penjelasan daripada ketiga-tiga wakil rakyat itu berhubung sama ada mereka menyertai atau menyokong parti baharu, Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

“Kami (parti) telah menghantar tiga surat kepada tiga ADUN iaitu bekas ADUN SUPP Datuk Dr Jerip Susil, Ranum Mina dan Dr Johnichal Rayong untuk memberi penjelasan kepada kami dengan memberi tempoh 14 hari daripada tarikh surat dihantar iaitu 20 Mei lepas.

“Sehingga kini kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada mereka dan disebabkan kegagalan mereka berbuat demikian hasil mesyuarat CWC hari ini kami memutuskan mereka bertiga dipecat daripada parti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan CWC di Ibu Pejabat SUPP di sini, semalam.

Chin menegaskan, surat yang dihantar itu bagi mendapatkan penjelasan kerana sebelum ini parti mempunyai bukti jelas bahawa mereka menyokong atau menyertai TERAS kerana mereka berada pada sidang media mengenai TERAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 15 Mei lepas.

“Keputusan juga diambil kerana selepas itu mereka pernah membuat kenyataan pada sidang media dan CWC memutuskan untuk memecat mereka.

“Mereka adalah wakil rakyat yang dipecat parti selepas bekas ahli SUPP Dato Sri Wong Soon Koh yang disinggirkan daripada parti oleh CWC pada mesyuarat sebelum ini iaitu 31 Mei lepas,” tegas beliau.

Sementara itu pada sidang media yang sama Chin turut memberitahu, terdapat tiga cawangan parti sehingga kini belum mengemukakan senarai kutipan yuran ahli kepada parti pusat untuk dikemas kini sebelum Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) akan datang.

Ia kata beliau bagi memudahkan parti pusat menyemak sama ada mereka benar-benar ahli atau tidak yang akan menjadi penanda aras sama ada mereka layak menyertai pemilihan atau tidak.

“Tiga cawangan terbabit adalah Belaga, Kemena serta Sibu dan apabila mereka tidak menghantar senarai maka ahli-ahli cawangan terbabit tidak boleh terlibat dalam pemilihan akan datang,” katanya.

Chin memberitahu, pemilihan pada peringkat cawangan dan cawangan kecil SUPP akan diadakan bermula pada 15 Julai hingga 3 Ogos 2014 dan sehingga kini parti mempunyai 43 cawangan.

“Selain itu bagi memastikan pemilihan dijalankan dengan baik di peringkat cawangan, kami mengeluarkan satu panduan sebanyak 14 perenggan agar pemilihan dijalankan mengikut perlembagaan.

“Ia bagi memastikan pemilihan dijalankan dengan lancar dan tidak ada sesiapa akan mempersoalkan tentang pemilihan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) lagi seperti yang berlaku pada TDC pada tahun 2011,” tegasnya. (sumber)

-UnReportedNews™®

Monday, 1 July 2013

SUPP USAH MAIN "TARIK TALI" LAGI!

-DULU PRESIDEN SUPP TAN SRI DATUK SRI PETER CHIN MENYATAKAN SUPP BOLEH BERSATU KEMBALI TAPI HABUK PUN TARAK, SEKARANG NI BEKAS TIMBALAN PRESIDEN SUPP DATO SRI WONG SOON KOH PULA YANG BERKATA PENYATUAN SUPP TAK MUSTAHIL! JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN! JANGAN BUANG MASA MAA KERANA PRN DALAM DUA TAHUN SAJA LAGI! STOP TALKING & START TAKING ACTIONS! KEKEKE!!!-

Usaha untuk memperkasa penyatuan ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tidak mustahil sekiranya semua pihak komited ke arah tersebut.

Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh yang dilapor Utusan Borneo sebagai berkata ini bertujuan memastikan Barisan Nasional (BN) mempunyai masa depan yang cerah.

Wong berkata, beliau kini terpaksa menggalas tanggungjawab yang cukup besar ekoran kekalahan dua calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Katanya, beliau perlu memastikan Sibu terus berada di bawah payung pemerintahan BN untuk memastikan kesinambungan pembangunan.

“Saya mengakui tugas yang dipikul kini semakin berat untuk memastikan nasib rakyat Sibu terbela.

“Justeru, saya menyeru ahli-ahli parti serta ketua-ketua masyarakat agar terus menyokong kepimpinan saya,” katanya pada Majlis Penyerahan Geran MRP kepada tuai-tuai rumah di Kawasan DUN  Bawang Assan di sini semalam.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Andrew Shilling Bangit yang juga pengerusi Unit Bumiputera SUPP Sibu.

Sejumlah RM350,000 telah diserahkan kepada 96 orang tuai rumah di kawasan DUN berkenaan.

Menurut Wong, pemberian geran MRP yang pertama pada tahun ini dan penyerahan geran MPR untuk penggal kedua dijadualkan sebelum penghujung tahun ini.

Sementara itu, Andrew dalam ucapannya berkata secara keseluruhan jumlah undi yang disumbangkan kaum Bumiputera masih tinggi.

“Pada PRU13 lalu undi kaum Bumiputera menang dengan majoriti kira-kira 1,000 undi.

“Ini terbukti, kita (Iban) terutama di kawasan luar bandar masih setia dengan BN,” katanya.

-UnReportedNews™®

Monday, 15 April 2013

PRU-13 TERKINI: EMPAT PRESIDEN PARTI KOMPONEN BN SAH TIDAK AKAN BERTANDING!

-KESEMUA MEREKA MENYATAKAN PENDIRIAN TIDAK AKAN BERTANDING DALAM PRU-13 KERANA INGIN MEMBERI LALUAN KEPADA MUKA BARU! POK NIK, KIT SIANG & MEREKA-MEREKA YANG "SEUSIA-SEBAYA" TAHAP NYANYUK PATUT MENCONTOHI AMALAN MULIA SEBEGINI DARI MERAPU MEROYAN TAK TENTU PASAL! KEKEKE!!!-

Empat presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) sah tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

Tiga daripadanya iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)Datuk Seri Peter Chin Fah Kui masing-masing terlebih dahulu menyatakan pendirian tidak bertanding bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Chua Soi Lek -MCA
Peter Chin - SUPP
Terkini, Bernama melaporkan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas juga tidak akan bertanding berdasarkan senarai calon PRU13 parti itu yang diumum pada Isnin.

Pada pilihan raya umum kali ini, PPP akan bertanding di satu kerusi Parlimen iaitu di Kepong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

M. Kayveas -PPP
Koh Su Kun -Gerakan
Kayveas yang ditemui pemberita kemudiannya berkata, kerusi Parlimen Kepong akan ditandingi Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan, Naib Presiden parti itu Senator Datuk Chiw Tiang Chai (DUN Kota Laksamana), Bendahari PPP Perak Kerk Guan Chuan (DUN Pasir Bedamar) dan Naib Presiden PPP Datuk Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff di DUN Manik Urai.

DUN Kota Alam Shah akan ditandingi sama ada Datuk Maglin Dennis D'Cruz atau seorang lagi calon yang sudah dikenal pasti. Barisan Nasional terdiri daripada 13 parti komponen. 

PENGUMUMAN SENARAI CALON PRU-13 PARTI KOMPONEN BN MULAI ESOK!

Dalam perkara berkaitan, Pengerusi Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan Umno akan mengumumkan senarai calonnya untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) esok, sementara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, mulai hari ini.

Najib, yang juga Pengerusi BN berkata pengerusi BN negeri-negeri akan menyampaikan surat watikah pencalonan kepada calon-calon BN di negeri masing-masing pada Selasa.

Beliau berkata pemilihan calon telah melalui proses yang panjang, meliputi banyak rundingan dengan parti komponen dan pengerusi BN negeri-negeri, selain mengambil kira sentimen dan jangkaan pengundi untuk melihat perubahan dalam barisan calon BN.

"Senarai calon BN ini merupakan barisan yang pada hemat saya terbaik yang mampu kita sediakan," katanya yang juga Perdana Menteri kepada pemberita selepas menyerahkan surat watikah Pencalonan dan Aku Janji BN kepada presidenparti-parti komponen dan pengerusi BN negeri-negeri di sini hari ini. 

Sementara itu, pengerusi BN negeri-negeri yang ditemui selepas majlis itu enggan mendedahkan apa-apa sebaliknya memaklumkan senarai calon BN untuk kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) akan diumumkan pada Selasa di setiap negeri. 

Sebelum itu Najib telah memberi bayangan iaitu 31 peratus calon BN pada PRU-13 adalah mereka yang daripada kumpulan profesional dan ulama.

"BN cuba melakukan secara inklusif dan yakin barisan yang ditampilkan mampu memberi saingan hebat pada parti lawan dan kita cuba lakukan secara inklusif di peringkat Parlimen yang mana sebanyak 91 peratus calon memiliki Diploma ke atas."

"Kita punya pelbagai kategori penyertaan calon, 31 peratus datang daripada golongan profesional seperti profesor, Pegawai Tadbir Diplomatik dari agensi kerajaan, doktor, peguam dan ulama," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan watikah dan senarai calon kepada pemimpin parti komponen dan pengerusi BN negeri di Menara Dato Onn siang tadi.

"Selain daripada kumpulan itu, pihaknya turut membariskan calon yang popular di peringkat akar umbi dan bukan semua akan sertai kabinet jadi penentuannya adalah kebolehan untuk jadi calon pemimpin akar umbi," katanya lagi.

Ketika ditanya adakah itu senarai yang telah dimuktamadkan, beliau berkata, ini senarai (calon) yang terakhir, saya harap tiada yang berubah, daripada mereka yang tercalon, kami cuba berikan yang terbaik.

"Umumnya, saya yakin ini pasukan BN yang terkuat kita tampilkan. Inilah pasukan yang boleh penuhi aku janji manifesto BN. Saya juga berusaha tampilkan inklusif sebanyak mungkin," katanya.

-UnReportedNews™®

Friday, 22 February 2013

BANGKIT SEMULA, CABAR NAJIB PADA SUPP!!!

-PRU KE-13 NANTI ADALAH UJIAN SEBENAR SAMAADA SUPP MASIH DISOKONG DAN DIHORMATI MASYARAKAT CINA DI SARAWAK ATAU SEBALIKNYA-

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) diberi cabaran untuk bangkit semula sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) yang disokong padu oleh rakyat terutamanya, masyarakat yang Cina di Sarawak dalam Pilihanraya Umum ke-13 (GE) yang akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat cabaran tersebut menggesa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli SUPP mestilah bersatu dan mengetepikan perselisihan faham dan masalah peribadi mereka demi untuk Komuniti Cina di Sarawak.

"Semua pemimpin dan ahli SUPP mesti bersatu sebagai satu entiti, memyisihkan masalah dan segala perbezaan peribadi mereka ke tepi kerana kita kini berada diambang PRU di mana ia akan menjadi ujian sebenar samaada SUPP masih disokong dan dihormati masyarakat Cina ataupun sebaliknya."

Membuat gesaan agar SUPP terus memainkan peranan mereka supaya parti itu boleh bangun semula menyumbang kepada BN, Najib, yang juga Pengerusi BN Negara mentakan mereka (SUPP) harus bersatu, bukan hanya untuk kepentingan masyarakat Cina tetapi juga demi masa depan negara ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Pra-Chap Goh Meh, anjuran oleh SUPP yang dihadiri oleh lebih daripada 10,000 orang di tempat letak kereta MJC Batu Kawa New Township berhampiran bandaraya Kuching disini pada malam Khamis.

Mengingatkan rakyat bahawa mereka harus bersyukur ke atas pelbagai perkara terutamanya, yang melibatkan Komuniti yang Cina secara langsung walaupun kejayaan tersebut dicapai setelah mereka bekerja keras dan mempunyai kemahiran keusahawanan, Najib menambah bahawa semuanya ini adalah juga disebabkan oleh dasar-dasar BN yang mencipta peluang, membenarkan ekonomi untuk berkembang.

"Selama ini, kerajaan mahu mendekati masyarakat Cina dengan menyediakan banyak manfaat banyak melalui dasar-dasar BN," beliau berkata sambil menambah bahawa kerajaan telah sentiasa menghormati budaya yang Cina itu dan cara hidup dengan menerima mereka menerusi semangat konsep 1Malaysia.

"Kami tidak meletakkan apa-apa sekatan bagi sesiapa, terutamanya masyarakat Cina untuk mencapai kejayaan dan sebagai bukti, Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia di luar China dan Taiwan untuk membenarkan sekolah Cina akan ditubuhkan di negara ini."

"Fakta ini (membenarkan penubuhan sekolah-sekolah Cina di negara ini) walau bagaimanapun, telah dianggap enteng sewenang-wenangnya oleh sesetengah pihak," kata Najib lagi.

Mengingatkan masyarakat Cina agar tidak memperjudikan masa depan mereka dan juga masa depan Malaysia serta anak-anak mereka dan generasi mereka dengan pembangkang dalam pilihan raya akan datang, Najib menegaskan jika mereka membuat pilihan yang salah, ianya akan merugikan diri mereka sendiri dan untuk memulihkan keadaan itu nanti adalah satu tugas yang amat sukar.

"BN Pusat akan terus bekerja rapat dengan kerajaan BN Sarawak di bawah pimpinan Pehin Sri Taib agar semua rakyat Sarawak akan mendapat hanya yang terbaik dan walaupun semua pembohongan dan buruk perkara yang telah digambarkan oleh pembangkang selama ini, BN taklah seburuk yang mereka cuba gambarkan."

"Jika kita ini (BN) seteruk yang mereka katakan, bagaimana kita boleh mencapai pertumbuhan 6.4 peratus pada suku keempat tahun lepas iaitu merupakan tahap  yang jauh lebih tinggi seperti yang telah diramal oleh IMF," persoal Najib sambil menambah dengan pertumbuhan ekonomi 5.6 peratus, Malaysia telah menarik banyak pelaburan asing dan swasta.

"Mereka (pembangkang) akan terus mengkritik perkara yang buruk tentang kerajaan BN walaupun semua perkara baik telah kita lakukan dan ya, walaupun BN tidaklah sempurna tapi kita telah melakukan perkara-perkara yang baik untuk memacu ekonomi kita ke arah yang betul umtuk menjadi sebuah negara yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020."

Memberi jaminan yang kerajaan akan membuat komitmen untuk menjadi adil serta menyediakan pembangunan inklusif yang saksama, beliau berkata bahawa Sarawak mempunyai banyak potensi untuk dimajukan seperti negeri-negeri lain di Malaysia dari segi pembangunan.

Turut hadir ialah isteri Najib Datuk Patinggi Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isterinya Puan Sri Ragad Kurdi-Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan lain-lain tetamu kehormat.

Dengan jumlah 10,000 orang menyertai dalam acara mengaul Yee Sang, majlis petang Khamis berkenaan telah dicatat dalam Malaysia Book of Records dengan bilangan orang-orang yang teramai dlam penglibatan mereka dalam acara atersebut sebelum ini hanya merekodkan 4,500 orang.

-UnReportedNews™®

GAMBAR-GAMBAR PM DI MAJLIS MAKAN MALAM CHAP GOH MEH SUPP

-LEBIH 10,000 ORANG HADIR DI MAJLIS YANG DIHADIRI PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK & KETUA MENTERI SARAWAK PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD-














-UnReportedNews™®

Friday, 27 April 2012

BN AKAN RENTAP BALIK SIBU DARI DAP DALAM PRU13?

-BN MEMENANGI KERUSI NEGERI BAWANG ASSAN DENGAN 1,808 UNDI DAN NANGKA DENGAN 5,302 UNDI TETAPI KALAH DI PELAWAN DENGAN 6,391 UNDI IAITU MEMPEROLEHI LEBIH 719 UNDI BERBANDING PEMBANGKANG-

Sikap tidak putus asa yang di tunjukkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak terhadap rakyat Sibu patut di puji kerana beliau terus meletakkan Sibu sebagai salah satu destinasi perhentiannya dalam lawatannya ke Sarawak walaupun Sibu adalah kubu kuat DAP.


Namun daripada sokongan yang di tunjukkan rakyat Sibu sebentar tadi ketika menyambut Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) adalah begitu mantap dan meyakinkan.

Menurut lapuran BERNAMA, BN boleh merampas semula kerusi Parlimen Sibu yang disandang oleh DAP dengan menampilkan calon yang sesuai dan strategi yang betul pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata pemimpin akar umbi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Huong Haw Ching berkata berdasarkan undi yang diperoleh BN di tiga kerusi di Sibu pada Pilihan Raya Parlimen Sarawak tahun lepas, BN sebenarnya telah memenangi kerusi Sibu.
Beliau menbuat ulasan tersebut menjelang majlis makan makan 1Malaysia bersama rakyat Sibu yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini Khamis.

BN kalah tipis kepada DAP dengan perbezaan 398 undi pada pilihan raya kecil itu yang digelar 'Pertarungan Rejang' dua tahun lepas berikutan kematian penyandang BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew daripada SUPP.

Robert Lau Hui Yew mendapat 18,447 undi kurang daripada 18,845 yang diperoleh Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng untuk memenangi kerusi pada pilihan raya kecil itu. Calon Bebas Narawi Haron mendapat 232 undi.

BN memenangi kerusi negeri Bawang Assan dengan 1,808 undi dan Nangka dengan 5,302 undi tetapi kalah di Pelawan dengan 6,391 undi, iaitu memperoleh lebih 719 undi berbanding pembangkang, katanya.

Dikatakan sokongan bagi Dewan Undangan Negeri Sibu, terutama di kalangan pengundi Bumiputera, untuk BN telah meningkat.

"Dengan sokongan daripada pengundi bumiputera di Nangka, saya fikir kita boleh memenangi kerusi BN, walaupun saya jangkakan peluang itu 50-50 memandangkan tiada yang boleh dikatakan sebagai kerusi selamat," kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Ra'paee kepada Bernama.

Pemerhati politik tempatan percaya Sibu adalah satu-satunya kerusi Parlimen di kalangan kerusi bandar yang majoriti pengundi adalah kaum Cina yang mana BN mempunyai peluang untuk merampas semula pada pilihan raya akan datang.

Halangan mungkin wujud kerana perpecahan di kalangan anggota SUPP, terutama di peringkat cawangan tempatan, antara pengerusi cawangan dan menteri kanan negeri Datuk Seri Wong Soon Koh yang memihak kepada satu pihak dan Presiden parti Datuk Seri Peter Chin memihak pihak yang lain.

"Cawangan Sibu berharap dapat meletakkan calon mereka sendiri dan menyerahkan terus kepada ketua menteri dan perdana menteri, bukan kepada parti CWC (Jawatankuasa Kerja Pusat) kerana ia tidak mengiktiraf Chin selaku presiden parti. Ada tiga calon parti berpotensi; Datuk Vincent Lau, Robert Lau Hui Yew dan Datuk Seri Benny Lee," kata bekas anggota majlis tempatan Dr Gregory Hii.

Beliau memberitahu Bernama Vincent Lau mempunyai kelebihan, tetapi perpecahan yang melanda SUPP mungkin membolehkan DAP mengekalkan kerusi itu.

Wong dan enam ADUN parti itu tidak mengiktiraf Chin sebagai presiden baharu selepas mereka memboikot Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) SUPP Disember lepas, mendakwa ia tidak sah kerana berlaku salah laku dan penyelewengan semasa pemilihan cawangan SUPP.

Tetapi Hii berkata BN harus memilih calon yang sesuai dan melaksanakan strategi yang betul, seperti memainkan isu Wong, yang merupakan Pengerusi DAP Sarawak, yang memikul banyak tanggungjawab, ia mungkin berjaya menyebelahi BN.

Wong, selain merupakan anggota Parlimen, juga ADUN Bukit Assek dan ketua pembangkang negeri.
DAP berkata ia sukar untuk mengekalkan kerusi itu berikutan dakwaan peningkatan 900 pengundi pos di kawasan pilihan raya itu.

Bagaimanapun, Dr Jeniri Amir, penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata usaha oleh kedua-dua pihak yang bertentangan dalam politik akan menyebabkan jumlah pengundi berkurangan pada pilihan raya umum nanti.

Katanya pengundi mungkin kurang berminat kerana mereka berpendapat PRU adalah kurang menarik berbanding pilihan raya negeri, yang diadakan berasingan. Malah katanya jumlah mereka yang keluar mengundi pada pilihan raya negeri telah menurun.

Bagaimanapun, jika terdapat satu perkara yang pasti pada masa ini, adalah BN harus memuktamadkan calonnya bagi kerusi itu, walaupun ia telah mengenal pasti tiga calon berpotensi.

Sebaliknya DAP juga belum memutuskan sama ada penyandangnya Wong akan mempertahankan kerusi itu.

Wong berkata: "Kita akan mengumumkannya pada masa yang sesuai. Kita belum memutuskan lagi calon. Saya tidak tahu lagi. Terpulang kepada jawatankuasa pemilihan."

-UnReportedNews™®

Sunday, 5 February 2012

I WILL NOT INTERFERE THE CURRENTS CRISIS IN EITHER SUPP OR SPDP, SAYS TAIB

I'VE EARLIER ADVICE BOTH OF THE SUPP'S FACTIONS BUT THEY WON'T "LISTEN", ON SPDP'S CRISIS, WE HAVE WAIT A LITTLE BIT LONGER..I'M NO LONGER A SPECIALIST IN RESOLVING CRISIS 


CHAIRMAN of Sarawak Barisan Nasional (BN) and Chief Minister Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yesterday once again reiterated on his stands of his neutrality position regarding on the leadership issue which currently hitting both respective parties.

“I would not interfere in the current leadership crisis in both of either the State BN component parties; Sarawak United People's Party (SUPP) and Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) directly.”

He said this to reporters at a press conference after attending the Kuching City South Council (MBKS) Ramah-Tamah Chinese New Year 2012 Open-house organized by respective council held at the MBKS Hall near the city here yesterday.


Taib said that being the number one leader in this State, he has not only to focus on the State’s political aspect but that all level of people are not left out of the government's transformation program.

"I am no longer a specialist who can resolve the crisis SUPP and as I mentioned earlier, I would not just simply intervene directly in any of the internal matters of any of the State BN component parties, especially when the issues regarding on the parties’ leadership crisis.”

"Before (the situation now), I had gave a lot of advices and express my ideas and own opinions (onto their crisis) however, it seems (that my advices and suggestions are) not relevant to them (SUPP) such that failing to resolve their crisis .. and to issue SPDP, we have to wait a bit longer," he added.


Elaborating more, Taib expresses he wants a leader in both the BN component parties involved in the leadership crisis to solve the problem immediately for the good of BN as a whole.

"It’s up to them to them, what we want is settle and deal this matter so that the impact of these crisis would not gave a negative effect in general, to BN .. the sooner  they can solve this problem, it’s better for BN," he said.
He also expresses his hopes for any movement or quarters representing the Chinese to be more “serious” to strengthen the unity among the people, especially for the Chinese Community.

SUPP internal crisis triggered due to the party’s Presidential post tussle between SUPP’s new president Datuk Seri Peter Chin and Dato Sri Wong Soon Koh just as the party was on the verge of its 21st Triennial Delegates' Conference (TDC) in December last year.


Their crisis turned to a deeper situation when the former deputy secretary-general of the SUPP (Soon Koh) and his factions has announced to boycott decision of the TDC which was officiated by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

Meanwhile, SPDP crisis started after the president, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom announced Sylvester Entries Muran, a member of SPDP 5, expelled from the party at the party's supreme council meeting last November.

Following that action, the remaining four leaders of the so-called Gang 5 have announced that they left the party, comes into effect last January 7.

Also present at the MBKS Ramah-Tamah Chinese New Year 2012 Open-house were Taib’s wife Puan Seri Ragad Kurdi-Taib, MBKS Mayor and the event’s organizing chairman James Chan Khay Syn, Second Finance Minister Dato Sri Wong Soon Koh, Minister of Infrastructure Development and Communication Dato Sri Michael Manyin Jawong, the event’s co-organizing chairperson Datin Hanifah Alsree-Taib and other distinguished and invited guests.


-UnReportedNews™®

Wednesday, 25 January 2012

SUPP TO INTENSIFY ITS EFFORT TO GAIN BACK THE CHINESE'S CONFIDENCE IN THE WATER DRAGON YEAR

CHIN URGES ALL SUPP MEMBERS TO RE-UNITE & PUT ASIDE WHATEVER DIFFERENCES AMONG THEM FOR THE SAKE OF THE PARTY & THE INTEREST OF THE CHINESE COMMUNITY IN SARAWAK
GONG XI FA CHOY
SARAWAK United Peoples Party (SUPP) President Datuk Datuk Sri Peter Chin Fah Kui Peter hopes that the arrival of the “Chinese New Year of the Water Dragon” will strengthen the unity of the various ethnics of different religions, races and backgrounds in Sarawak to a higher and even greater level than before.

“The Chinese believes that the year of the dragon will bring prosperity and happiness therefore, I sincerely hope that we Sarawakians can achieve this by working close together despite of our differences of religions, races and ethnics to make Sarawak a much better state for all of us.”

Chin, who is also Minister of Energy, Green Technology and Water and Member of Parliament for Miri was met by reporters during the SUPP’s Chinese New Year open-house which was held at SUPP’s headquarters at Central Road near the city on the first day of the celebration (Monday).

“This year, SUPP must work even much harder than before as being a political component party in State Barisan Nasional (BN) therefore, we, from all ranks and levels, from the top and bottom must give all our effort particularly, to contribute wins for BN in the forthcoming 13th General election.”

Urging each and every single one of SUPP's members to re-unite and regroup for the sake and interest the Chinese community and the party itself in general, Chin hopes that they can put aside whatever their differences are so that together they can focus in strengthening back the party to its “old self” by gaining support from the Chinese community.

During the morning session, Chin together with his deputy Datuk Richard Riot Jaem and other SUPP’s supreme council members hosted the hundreds of visitors attending the SUPP’s Chinese New Year open-house, an annual program organised by SUPP, with the main objective   for the people to meet the leaders of the Chinese community.

Among the VIPs attending the SUPP's open-house were Acting TYT Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar & his wife Datin Amar Fatimah Mohd Iskandar, accompanied by Assistant Minister of Planning & Resource Management Mohd Naroden Majais & spouse, Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu & his wife Datuk Sri Empiang Jabu, Deputy Speaker of Parliament Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar & his wife Datin Hajah Feona Sim, Minister of Natural Resources & Environment Datuk Douglas Unggah, Minister of Welfare, Women & Family Development Datuk Hajah Fatimah Abdullah & other distinguished guests.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 18 January 2012

ALLAHYARHAM HERMAN @ MUHAMMAD SULAIMAN ABDULLAH, A TRUE HERO

HERMAN UNSELFISHLY RISKED HIS LIFE FOR A STRANGER DESPITE HE DID NOT KNOW HOW TO SWIM & IN THE END PERISHED UNDER THE WATER

HERMAN SIHAS
JANUARY 5th, 2012 would be remembered for the rest of the lives for the family of Herman Sihas @ Muhamad Sulaiman Abdullah, one of the two victims in the flash flood tragedy near Batu Lintang near the city here.

That morning, Herman’s sister received a phone call and was told that her 28-year-old brother who had just worked only a week at the Jalan Rock Shell petrol station had drown after attempting to save an SMK Batu Lintang female student Kho Ying Qi who had slipped and fell into a monsoon drain nearby the petrol station.

Herman’s spontanious action to jump into the water to save the student, a stranger to him despite he himself cannot swim was his true nature as we know him as a caring and responsible human being. That was Herman, as we knew him.

During the next two days is a very difficult situation for all families however, thanks to the prayer of unfailing sympathy of all parties, irrespective of race and religion throughout the search and rescue operation, his body was finally discovered by members of the Civil Defence Department (personnel) on Saturday, January 7, 2012 at 8:45 am.

We lost a good son in this family however, we very proud because for us, his departure is not in vain as many things had happened before and after this incident that gave a lot of signs and guides us as a family. May his soul prayed and placed among the believers.
FATIMAH

That was a press release release emailed by Sihas Mangku, the father of Allahyarham Muhamad Sulaiman Abdullah through a fellow-blogger to UnReportedNews™® yesterday afternoon.

Herman’s family also would like to thank the Fire & Rescue Department, Malaysia Volunteer Corps (RELA), Royal Malaysian Police (RMP), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), PERKIM, Social Welfare Department (JKM ), SGH and those either direct or inndirectly involved in search and rescue operation and the funeral session.

PETER
The family also thanked the family of Awang Yusuf Awang Jaya, Billy Sujang, Mas Ammar Azhan Saie, Samariang Aman villagers especially KRT Samariang Aman,  relatives, employers and friends for the help and assistance given.

The family would also like to thank Minister of Welfare of Women and Family Development Datuk Fatimah Abdullah, Sarawak United People's Party (SUPP) President Datuk Peter Chin and Assistant Minister of Resource Development Datuk Haji Mohd Naroden Majais who visited us at the funeral and gave donations.

NARODEN
Also thanks to those have contributed to our family over the incident and not t forget the medias and electronic media that delivers the latest news throughout the search and rescue operation on the day of the incident.

For the parents of the deceased Kho Ying Qi and family, we hope and pray this family given with a lot of patience and fortitude to face these trials.

For those who wish to contribute sincerely, can contact Melen Menijar (Herman’s mother) at 014-5982011 or Quenifoneous Dominic at 013-8208075. 


-UnReportedNews™®

Sunday, 11 December 2011

PETER CHIN, THE NEW SUPP PRESIDENT (PART 3)

PETER CHIN WON UNOPPOSED AFTER WONG SOON KOH BOYCOTTED PARTY'S ELECTION  
THE NEW SUPP PRESIDENT

DATUK Seri Peter Chin Fah Kui is the new Sarawak United People’s Party (SUPP) when he won unopposed after another contender, Datuk Seri Wong Soon Koh boycotted the election process just now.

RIOT-SUPP'S NEW DEPUTY PRESIDENT
The sixty-six-year-old Chin, who is also the Minister of Energy, Green Technology & Water would be assisted by the new SUPP’s Deputy President Datuk Richard Riot.

At a press conference later, Chin urged those who had boycotted the party's election process to come back into SUPP’s fold to strengthen the party.

He also said that there are several other vacant post in SUPP’s Central Working Committee (CWC) and hinted he might offered them to Wong and his followers if they were willing to accept them. 

"OLD" SUPP NEEDS REVAMPING TO BE RELEVANT (PART I)

SUPP MUST REGAIN ITS IMAGE AS POWERHOUSE OF SARAWAK'S BN COMPONENT PARTY 
NAJIB DELIVERING HIS SPEECH AT THE 22ND SUPP DELEGATE CONVENTION
SARAWAK United People's Party (SUPP) is urged to regain its image as one of the powerhouse of the Sarawak's Barisan Nasional (BN) component party and to establish back the people's trust making SUPP, a choice for Sarawakians.

"SUPP needs rethink of a new and a winning strategy, including revamping the changes that needs to be change than only SUPP would be stronger and you must do all you can to persuade or convince back the people, especially the Chinese voters to give their support to you."


Prime Minister and also the BN Chairman Datuk Seri Haji Najib Tun Razak made this challenge in his speech before officially launching the 22nd SUPP's Delegates Convention was applaused by more than 400 SUPP's delegates attending the convention on last Saturday.

SUPP is an old party, it must be re-energized so that it have spirits to go on, pointed Najib adding that SUPP had existed so many years ago and during the period, the party had rendered its services to the people and that is why he (Najib) believes that SUPP have still much more to offer in many years to come.

He urged the delegates that their party must convince back the voters particularly after the worse defeat in the last State election and if they work hard enough, they can win back the trust of the urban voters.

MY PRESENCE HERE IS NOT TO INTERFERE IN SUPP'S INTERNAL AFFAIR, SAYS NAJIB

As for the internal conflict on the party's Presidential post, Najib said that his presence at the convention has no other intention but only wants to see SUPP to become stronger once more and respected by all Sarawakians beside BN had been practising not to interfere in any internal affairs of its component parties.

"Once the dust is settle, please close back the ranks and work together as a team as the enemy is not within your fellow SUPP but the enemy is actually out there, the enemy is the opposition, especially we are on the verge of th 13th General Election (GE)," he reminded those involved in the "conflict".

"With the 13th GE just around the corner...I still don't know when is the date for the GE," Najib jokingly paused before adding that when the time comes, he wants SUPP to be fully ready at its best for the GE.

Thursday, 8 December 2011

THE FORTHCOMING SUPP'S 22ND TRIENNIAL DELEGATES CONFERENCE..UNITED OR DIVIDED?

THE CONFERENCE COULD SERVED AS A PLATFORM TO KISS & HUG HOWEVER, IT CAN ALSO USED AS AN OPEN WAR-FIELD TO SWIPE AT RIVALS..

MANY will be eyeing closely at the SUPP's Triennial Delegates Conference (TDC) starting tomorrow (Friday, December, 9th) with Minister of Local Government & Community Development and also Second Finance Minister Dato Seri Wong Soon Koh going one on one with Party's Organizing Secretary Datuk Seri Peter Chin for the Presidential Post.

Both with the "no backing down & no compromise" attitude had openly, "exchanged fires" on each other for the past few weeks and speculations believes that both of the contenders for the President post have still more "arsenals" tucked under their sleeves to be unleashed on the final day of the TDC.
(Left to right) SOON KOH AND PETER CHIN WILL BE AT THE "FINAL SHOWDOWN" THIS WEEKEND.
Realistically, its a healthy competition however, if things goes "out of hand" it could stirred up an even critical internal problem within SUPP itself and in directly would affect Barisan Nasional (BN) with the 13th General Election just around the corner. 

The questions is; whether the defeated contender will be able to accept his defeat and follow the majority but many believes (and hopes) that both Soon Koh and Peter Chin are veterans politicians who loves SUPP would be able to so but for others just wait and see.
(Left to right) NAJIB AND TAIB WOULD BE AT THE SUPP'S TDC.
Federal and State BN realizes that SUPP is still relevant to BN as Prime Minister Datuk Seri Haji Najib Tun Razak and Chief Minister Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud would attend the TDC...so SUPP, your faith now lies in your own hands.

NEXT POST: UnReportedNews™® WOULD BE COVERING THE SECOND & FINAL DAY OF SUPP'S TDC

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List