Showing posts with label Perlis. Show all posts
Showing posts with label Perlis. Show all posts

Wednesday, 8 January 2014

SUAMI PAKSA ISTERI HAMIL BUAT SEKS DENGAN REMAJA

-GILA ATAU APA? SUAMI PAKSA ISTERINYA YANG HAMIL BERSETUBUH DENGAN REMAJA 15 TAHUN! TAMBAH GILA, SI SUAMI DIKATAKAN TELAH MERAKAM SEGALA PERBUATAN KEJI INI!-


Seorang suami yang memaksa isteri hamil melakukan hubungan seks dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen di sini, tadi.

Muka depan Harian Metro dan web myMetro hari ini melaporkan seorang isteri muda berusia 19 tahun menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.

Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya.

Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

Sepupu tertuduh pertama berusia 15 tahun juga turut didakwa dan tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.

Suami mangsa tidak dibenarkan diikat jamin manakala sepupunya dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Februari ini.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Fazril Sani Mohamed Fadzil.

Sementara itu, mangsa menyatakan sungguh jijik dengan perbuatan suaminya itu.

“Dia tak patut hidup lagi di dunia ini kerana perangainya lebih teruk daripada binatang,” katanya.

Berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Arau pada hari yang sama, menyebabkan suaminya yang berusia 22 tahun serta remaja terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nora, 19, berkata, suaminya turut merakam aksi hubungan seksnya dengan remaja terbabit yang juga sepupu lelaki itu.

“Selepas itu dia (suami) pula melakukan hubungan seks secara paksa dengan saya,” katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 19 July 2013

JENAYAH: BERLAGAK ALIM NAK PECAH TABUNG MASJID!

-MODUS OPERANDI SASPEK ADALAH AKAN BERLAGAK ALIM BERSOLAT BERJEMAAH SEBELAH SIANG SEBELUM MEMECAH TABUNG MASJID TERSEBUT PADA SEBELAH MALAMNYA! SEMUANYA HANYA UNTUK MENCARI MODAL MEMULAKAN PERNIAGAAN AIR SOYA DI BAZAR RAMADHAN! KURANG ASAM BETUL! MACAM MANA SEKOQ IBLIS NI BOLEH TERLEPAS DARI DI RANTAI? KEKEKE!!!-

Seorang penjual air soya disyaki melakukan kegiatan memecahkan tabung beberapa buah masjid untuk mendapatkan wang dan dijadikan modal perniagaannya di sebuah bazar Ramadan di Kangar, Perlis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar DSP Ismail Che Isa yang dilaporkan Bernama sebagai berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan pada 15 Julai lalu dan siasatan awal mendapati dia menggunakan wang itu bagi memulakan perniagaan air soya.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya pada Khamis, beliau berkata lelaki yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu ditahan reman sejak 15 Julai lalu sehingga 21 Julai ini untuk siasatan lanjut.

Ismail berkata berdasarkan maklumat kegiatan pecah tabung masjid yang berlaku di sekitar daerah Kangar, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar melancarkan Ops Masjid sejak 1 Julai dan berjaya mengesan dan menahan suspek di kediamannya di sini kira-kira pukul 3 pagi.

“Hasil tangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan enam kes pecah tabung masjid sekitar Kangar yang membabitkan kehilangan wang berjumlah RM1,500,” katanya.

Katanya hasil tangkapan itu, polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan bagi memecah tabung masjid termasuk sebuah alat pemotong, pisau lipat, spanar, lampu suluh dan pen penguji.

Turut dirampas ialah wang berjumlah RM39, beg duit kulit, beg pinggang dan sehelai baju sejuk yang dipercayai digunakan bagi membalut peralatan yang digunakan bagi kerja mencuri itu.

Siasatan awal mendapati suspek yang berlagak alim akan bersolat secara berjemaah di masjid terutama pada sebelah siang dan menjalankan kegiatan memecah tabung masjid ketika kesemua jemaah sudah pulang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Beliau berkata suspek juga dipercayai melakukan kegiatan yang sama di sekitar daerah Padang Besar dan Arau. 

-UnReportedNews™®

Monday, 8 April 2013

PEMILIHAN CALON PAKATAN MASIH BERSERABUT!

-CAMNER PULAK NI? KATA HANGPA SEPAKAT TAPI SEBESAR HAMA PUN HANGPA TAK MENUNJUKKAN PERSEFAHAMAN! CAMNER HANGPA NAK MENTAKBIR NEGARA  (JIKA DITAKDIRKAN MENANG-FUH! SELISIH MALAIKAT 44)? BARU BUKA BUKU BAB NI HANGPA MASING-MASING DAH TUNJUK KERAS KEPALA! AMBOI PAK AJI, KEMBANG HIDUNG BILA DENGAQ "JIKA DITAKDIRKAN MENANG" TADI, PAK AJI & PAKATAN HARUS INGAT, KEJAYAAN SEBUAH NEGARA TAK BERGOLEK DATANG BEGITU SAJA TAPI IANYA ADALAH HASIL PENGORBANAN, KOMITMEN SEPENUHNYA & YANG TERPENTNG, KEIKHLASAN BERKHIDMAT SEPERTI YANG BN AMAKAN SELAMA INI! KEKEKE!!!-

Apa kena dengan Anwar Ibrahim semenjak dua menjak kebelakangan ni ye? Apa saja yang dirancang semuanya bagaikan tidak menjadi pula. Apakah ini sebenarnya petanda-petanda awal yang karier politiknya kian sudah menghampiri pnghujungnya?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ternyata gagal untuk menamakan calon-calon parti itu di Perlis berikutan rundingan pembahagian kerusi antara sekutu mereka iaitu PAS dan DAP masih menemui jalan buntu.

Difahamkan, Anwar, yang juga merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya mengumumkan senarai calon mereka semasa berceramah di Kampung Seberang Ramai di sini pada malam Ahad.

Bagaimanapun beliau secara tergesa-gesa meninggalkan majlis selepas menyampaikan ucapan ringkas tanpa membuat sebarang pengumuman.

Pengerusi PKR Perlis, Mohd Faisol Abd Rahman berkata hingga kini masih terdapat beberapa isu berkaitan kerusi Parlimen Kangar dan Indera Kayangan yang masih belum dapat diselesaikan.

"Secara tradisinya kedua-dua kerusi berkenaan diisi oleh calon PKR, namun pada pilihan raya kali ini PAS sangat berminat untuk mengintai kerusi Kangar manakala DAP berminat dengan kerusi Indera Kayangan," katanya.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang menegaskan  bahawa Parlimen Kulai dan Bakri (Johor) merupakan kerusi yang akan mereka tandingi pada pilihan raya umum akan datang.

"Tempat itu adalah kerusi DAP, noktah," tegas Lim ketika diemui ditemui pemberita selepas pelancaran jentera pilihan raya DAP Johor di Johor nBaru di sini semalam sambil menambah, terpulang kepada semua pihak untuk membuat spekulasi kerana beliau tidak mahu mengulas lanjut isu itu. 

"Anda akan tahu (siapa bertanding) bila kami (DAP) umumkan. Teruskanlah kalau mahu membuat spekulasi, tetapi kerusi Bakri dan Kulai milik DAP. Itu sahaja," katanya. 

Kenyataan kerasnya itu dilihat sebagai usaha bagi menghentikan spekulasi bahawa Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dijangka bertanding sama ada di Parlimen Bakri atau Kulai selepas PKR bersetuju untuk membenarkan DAP bertanding di Gelang Patah.

Lim sepatutnya mengumumkan calon yang bakal bertanding di Parlimen Bakri ketika berceramah di Muar, semalam. 

Sebelum ini Chua adalah antara calon-calon Pakatan Rakyat yang menunjukkan minat untuk bertanding di Gelang Patah namun kedudukan itu diberikan kepada Lim oleh rakan sekutunya Anwar Ibrahim.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List