Showing posts with label SUPP. Show all posts
Showing posts with label SUPP. Show all posts

Wednesday, 8 June 2016

Kerusi SUPP Bukan Untuk Parti Lain


KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian bertegas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukkan kepada parti itu tidak boleh diberikan kepada parti-parti lain.

Beliau berkata, di bawah pemahaman dan semangat Barisan Nasional (BN) satu-satu parti komponen tidak boleh memiliki lebih separuh daripada keseluruhan kerusi (DUN).

“Saya pernah mengatakan perkara itu sebelum ini dan ia tetap kekal. Di bawah pemahaman BN kerusi diperuntukkan kepada SUPP iaitu 19 kerusi sedia ada ditambah satu kerusi baharu harus kekal.

“Pemahaman ini dicapai antara SUPP dengan Pengerusi BN Negeri dan Pengerusi BN Malaysia sebelum Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) iaitu ‘semua kerusi dipertandingkan adalah milik parti komponen BN,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kompleks DUN di sini semalam, sebagai mengulas kenyataan Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) mengatakan parti itu mendapat restu daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk kekal bersama UPP.

Menteri Kerajaan Tempatan itu berkata, jika pemahaman tersebut dilanggar maka semangat berkongsi BN tidak bermakna lagi.

“Saya mahu menambah, bagi kerusi baharu, daripada 11 kerusi itu, Ketua Menteri (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) secara terbuka banyak kali mengatakan setiap komponen dijanji dua kerusi.

“Setakat ini, SUPP hanya diberi satu iaitu Batu Kitang dan kita menuntut satu lagi,” katanya sambil menambah jika salah satu komponen BN memiliki lebih separuh kerusi BN lebih sesuai digelar ‘Barisan Sarawak’.

Beliau menjelaskan, dalam hal ini SUPP tidak boleh dikatakan menuntut kerusi dimenangi UPP kerana kerusi-kerusi berkenaan sememangnya pada asal milik parti terbabit.

Kerusi dimaksudkan ialah Opar, Mambong (Bengoh), Engkilili, Dudong dan Bawang Assan.

Pada PRN11 lalu, calon langsung BN diletakkan di tujuh daripada 20 kerusi diperuntukkan kepada SUPP selepas penyelesaian pemilihan calon antara kedua-dua parti gagal dicapai.

“Jika parti-parti lain mahu menerima mereka, kerusi-kerusi ini kekal milik SUPP seperti dikatakan sebelum ini dan ia jelas dinyatakan, melainkan ada pihak yang mungkir janji.

“Saya juga banyak kali mengatakan pintu parti (SUPP) sentiasa terbuka menerima semula mereka termasuk seorang calon langsung BN bertanding di kerusi baharu tetapi parti kita ada perlembagaan harus dipatuhi,” katanya. - UB

-UnReportedNews™®

Wednesday, 30 March 2016

Masalah Empat Parti Diselesai Sebelum Penamaan Calon


Masalah yang melibatkan empat parti di negeri ini akan diselesaikan sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak itu menegaskan bahawa masalah berkenaan melibatkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) serta Parti Demokratik Progresif (SPDP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

“Perkara (masalah antara parti) ini akan diselesaikan sebelum penamaan calon… mereka akan menyelesaikan masalah antara satu sama lain, sama ada SPDP dan TERAS atau SUPP dan UPP.

“Bagi calon terus BN, sama ada mereka perlu meletak jawatan, perkara ini juga tetap akan terus diselesaikan walau apa sekalipun,” katanya pada sidang media semasa mengumumkan calon Parti Rakyat Sarawak (PRS) selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Ditanya mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), Adenan yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) terus berteka-teki dengan tarikh berkenaan dan membayangkan beliau akan berjuma Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Abdul Taib Mahmud dalam masa terdekat ini.

“Dalam masa terdekat (perjumpaan dengan Tun Taib)… tidak ada guna untuk kita membuat spekulasi sekarang kerana ia semakin dekat,” tegasnya.

Malahan kata Adenan beliau bertemu dengan Tun Taib untuk mendapatkan perkenan bagi pembubaran DUN dan selepas itu ia bergantung kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan.

“Selepas mendapat nasihat daripada Yang di-Pertua Negeri bagi pembubaran DUN, speaker DUN akan memaklumkan kepada SPR tentang perkara ini dan dari situ SPR akan mengambil alih bagi menentukan tarikh PRN,” katanya.

Sementara itu Adenan turut mengumumkan senarai nama 11 calon dikemukakan oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) termasuk dua daripadanya adalah kerusi baharu.

Antara 11 calon berkenaan Tan Sri Datuk Amar James Masing bagi DUN Baleh, Datuk John Sikie Tayai (Kakus), Datuk Mong Dagang (Bukit Begunan), Wilson Nyabong Ijang (Pelagus), Liwan Lagang (Belaga), Malcom Mussen Lamoh (Batang Ai), Alexander Vincent (Ngemah) dan SnowdanLawan (Balai Ringin).

Sementara muka baharu, Christopher Gira calon di Tamin manakala dua calon bagi kerusi baharu, Majang Reggie (Samalaju) dan Chuk Pai Ugon (Murum).

“Mereka adalah antara sebahagian daripada pasukan saya sebagai calon Barisan Nasional yang dikemukakan PRS dan diterima saya,” katanya. - Utusan Borneo

-UnReportedNews™®

Tuesday, 1 March 2016

Keengkaran Komponen Parti BN Sarawak Terima Formula "BN Plus" Adenan Akan Bawa Padah?


Baru-baru ini, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) secara terang-terangan tidak bersetuju dengan idea untuk meletakkan calon terus Barisan Nasional (BN) bagi kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong.

Timbalan Presiden SUPP Datuk Seri Richard Riot Jaem, menerusi teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Ketua Wanita SUPP Datin Jennifer Chee Moinie berkata, jika benar perkara itu berlaku maka ia amat tidak adil bagi ahli dan penyokong parti.

“Berikutan proses persempadanan semula terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Bengoh yang kini dikenali sebagai Mambong merupakan kerusi tradisi SUPP sejak tahun 1970-an lagi dan ia juga tidak selaras dengan formula perkongsian kuasa BN yang tidak bersetuju untuk meletakkan calon BN terus di Mambong."

“Ini kerana kerusi itu adalah milik parti komponen BN yang sedia ada dan menjadi penghinaan kepada mana-mana parti komponen .. mengapa meletakkan calon BN terus apabila kita mempunyai calon-calon kita sendiri daripada parti-parti komponen?

“Jika ini berlaku, ia boleh melemahkan peluang BN untuk memenangi kerusi itu,” katanya pada ‘BN Unity Dinner’ yang dihadiri oleh lebih 50 ahli parti komponen BN di Mambong.

Riot yang juga dipetik di akhbar Utusan Borneo sebagai berkata, sebagai timbalan presiden dan ketua Unit Bumiputera SUPP, beliau telah diberi mandat oleh Ketua Menteri untuk menyelesaikan isu SUPP selain mencadangkan calon yang bersesuaian bagi Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Saya harus akui tugas itu tidak mudah tetapi keputusan perlu dibuat ... bagi SUPP pada persidangan perwakilan tahunan pada bulan Ogos 2015, para perwakilan telah meluluskan resolusi bahawa parti menolak cadangan UPP (Parti Rakyat Bersatu) mengenai isu rundingan kerusi.

“Parti telah memberitahu bahawa ia akan bertanding di semua 19 kerusi tradisi SUPP serta dua kerusi baharu,” kata Riot lagi.

Petikan dari penulisan Dr. Awang Azman Awang Pawi di Utusan Malaysia bertarikh Februari 07, 2016 menyatakan, BN Sarawak sebenarnya kini sedang bergelut dengan krisis dalam politik sesama komponen mahupun "rakan mesra" BN selepas SUPP berpecah dan serpihan dalam parti membentuk Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang terajui oleh Datuk Seri Wong Soon Koh yang pernah menerajui SUPP.

Manakala, ketidaksehaluan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mengakibatkan ianya turut berpecah dan melahirkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) yang kini diterajui oleh Tan Sri William Mawan yang pernah menjadi Presiden SPDP.

Kedua-dua parti ini mendakwa menjadi "rakan mesra" BN dan hal ini sudap pastinya menimbulkan masalah dalam pembahagian kerusi. 

Parti SUPP dan SPDP berkeras mahu mengambil kerusi yang merupakan hak parti tersebut manakala ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak yang menyertai parti TERAS dan UPP pula mahu bertanding atau meletakkan calon mereka atas tiket parti serpihan tersebut.

Sudah pasti, agak sukar untuk menangani konflik tersebut dan dalam majlis ulang tahun SUPP ke-56, Presiden SUPP, Senator Sim Kui Hian berikrar tidak akan menyerahkan 19 kerusi yang merupakan kerusi asal SUPP dan jelas ini merupakan suatu reaksi yang agak keras.

Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing juga menyatakan, tidak akan berkompromi dengan mana-mana bukan ahli SPDP untuk mengambil kerusi milik asal SPDP dan sudah pastinya, ini akan merumitkan keadaan di Sarawak.

Pertandingan tiga penjuru boleh berlaku sekiranya tidak ada kompromi antara parti SUPP dengan UPP mahupun SPDP dengan UPP dan malah pertandingan empat penjuru juga berlaku sekiranya parti DAP dan PKR tidak ada persefahaman pada saat-saat akhir. 

Meskipun BN mempunyai peluang yang cerah, namun undi pasti merosot atau merudum mahu pun tewas.

Bagi Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sudah pastinya mahu membuktikan rakyat Sarawak memberi mandat sepenuhnya kepada beliau pada pilihanraya yang pertama yang beliau menjadi KM pada PRN11 Sarawak nanti.

Menurut Dr. Awang lagi, strategi Adenan dapat dilihat apabila beliau dengan tegas menyatakan akan memastikan hanya satu calon BN dalam 82 kerusi yang dipertandingkan oleh BN. 

Hal ini bermakna UPP dan TERAS turut mendapat pembahagian kerusi walaupun kurang disenangi oleh SPDP dan SUPP. Beliau sedar formula yang pernah digunakan oleh Taib kurang sesuai kerana ketika era tahun 1980-an DAP tidak begitu dominan manakala PKR belum lagi ditubuhkan.

Ketika ini lawan sengit ialah DAP dan PKR. Difahamkan perundingan dengan parti komponen BN akan terus berlangsung sehingga pada saat-saat akhir penamaan calon. 

Adenan sendiri secara terus terang pernah menyatakan, jika BN Sarawak mahu menang pada PRN11 Sarawak, semua pihak, termasuk SUPP, UPP, SPDP dan TERAS harus mengikut formula yang beliau ilhamkan nanti.

Persoalannya kini, apakah SUPP, UPP, SPDP dan TERAS akan akur akan arahan Adenan atau sebaliknya? Kita tunggu.. -UnReportedNews™®

Tuesday, 5 August 2014

JANGAN NAK MENYIRAM MINYAK KE DALAM API, KM AKAN SELESAIKAN KEMELUT BN SARAWAK DALAM MASA TERDEKAT

MALAYSIA BOOK OF RECORDS: Adenan, Jamilah, Dr Annuar, Abang Johari dan Fadillah bersama-sama memotong pulut panggang terbesar dan terpanjang yang berukuran 22sm diameter, 5.5m panjang serta seberat 160kg pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Sibu semalam. — Gambar Bernama
Terdapat beberapa pihak termasuk dari parti komponen BN Sarawak sendiri bagaikan agak tidak senang dengan cara Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Haji Adenan Satem menangani kemelut yang kini melanda SPDP dan SUPP.

Berselindungkan di sebalik Page Facebook, (malas aku nak spesifikasikan secara terperinci buat masa ini) admin-admin page ini bagaikan cuba membakar amarah rakyat Sarawak khususnya penyokong-penyokong Barisan Nasional Sarawak dengan pelbagai sentimen seperti KM "masih sanggup menerima "pembangkang", Presiden Teras Tan Sri Datuk Sri William Mawan dan Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh" ke dalam kabinet BN Sarawak.

Adenan lebih arif dengan permainan politik Sarawak ini, jauh lebih dari admin-admin tersebut maka sepatutnya (jika benar anda penyokong setia BN yang tiada niat jahat yang lain), beliau harus diberi peluang dan masa yang secukupnya untuk melaksanakannya dengan cara beliau sendiri.

Janganlah ada pula pihak, lebih-lebih lagi dari parti komponen BN Sarawak sendiri yang cuba mengeruhkan lagi keadaan yang mungkin akan merugikan kita sendiri dan memberi kelebihan kepada pembangkang.

"NAKPA COBA DIPOLAH KO YA POK?"

SIBU: Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berharap pertelingkahan yang berlaku antara Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dengan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) akan diselesaikan dalam masa terdekat bagi menjamin kebaikan kerajaan negeri.

“Pertelingkahan antara SPDP dan TERAS serta pertelingkahan SUPP dengan UPP sedikit sebanyak melemahkan pendirian parti.

“Akibatnya ia akan melemahkan pendirian bangsa itu sendiri dan pembangkang yang mendapat manfaatnya,” katanya.

Sehubungan itu Adenan berharap beliau diberi masa untuk menyelesaikan masalah yang terjadi antara SPDP dan TERAS serta SUPP dan UPP.

“Saya akan selesaikan masalah antara SPDP dan TERAS serta masalah SUPP dan UPP. Tetapi, bagi saya masa kerana saya tidak dapat selesaikan masalah tersebut secara serentak,” katanya pada Majlis Ramah- Tamah Aidilfitri di sini semalam.

Namun Adenan menambah kata, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak menghadapi sebarang masalah sesama parti pada masa ini.

Pada majlis sama Adenan turut meluahkan rasa terima kasih kepada rakan kabinet kerana sentiasa memberi sokongan kepadanya sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan negeri Sarawak.

“Tanpa sokongan diberi oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Alfred Jabu dan Datuk Amar Abang Johari, Datuk Amar Awang Tengah, Tan Sri James Masing, Tan Sri William Mawan Ikom dan Dato Sri Wong Soon Koh pasti sukar untuk saya menguruskan pentadbiran negeri dengan telus,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa Sarawak tidak pernah menyertai Malaysia kerana tiada negara bernama Malaysia sebelum September 1963 dan Malaysia hanya menjadi kukuh selepas Sarawak, Sabah dan Singapura bersetuju bergabung membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee berkata kerajaan meluluskan 600 ekar tanah untuk mewujudkan kampung moden dalam masa beberapa tahun.

Pada majlis itu, Adenan menyerahkan replika cek bernilai RM500,000 kepada Dr Annuar untuk infrastruktur perkuburan Islam baharu di Kemunyang serta RM500,000 lagi untuk menaik taraf Masjid An-Nur Sibu.

Hadir sama isteri Adenan Puan Sri Datuk Jamilah Anu, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh dan Menteri Muda Promosi Pendidikan Teknikal Datu Len Talif Salleh. (sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 20 June 2014

BARISAN NASIONAL SARAWAK KINI DALAM DILEMMA?


Ditelan mati emak, diluah mati bapa, begitulah gambaran UnReportedNews™® meninjau perkembangan lanskap politik Barisan Nasional (BN) Sarawak terkini dengan kewujudan parti baru iaitu Parti Tenaga Rakyat (TERAS).

Masakan tidak, tika dan saat ini, TERAS sedang "mengintai" ruang dan peluang untuk menyertai BN Sarawak namun umum tahu (seperti yang tersirat dalam perlembagaan BN) untuk menjadi parti komponen baru BN, ianya perlu mendapat "restu" dari semua parti-parti komponen BN.

Untuk empat parti komponen BN Sarawak yang sedia ada, selain dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bagaikan memilih untuk "berdiam diri" mengenai perkara ini, Parti Demokratik Progressif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan lantang telah menyuarakan pendirian mereka yakni mereka tidak akan sesekali menerima TERAS sebagai rakan parti komponen BN Sarawak mereka, malah mereka juga bertekad jika perlu, mereka tidak akan teragak-agak "menentang" TERAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka akan diadakan dalam setahun dua ini.

Secara umum, TERAS dilihat bukanlah sebuah parti yang calang-calang kerana ianya diketuai oleh bekas Presiden SPDP yang juga Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri Datuk Sri William Mawan Ikom serta dianggotai oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti dan bekas Pengerusi SUPP Sibu Dato Seri Wong Soon Koh, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Datuk Peter Nansian Ngusie, Menteri Muda Kemudahan Awam Datuk Sylvester Entri, Menteri Muda Pendidikan Awal Rosey Yunus dan Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr. Jerip Susil, Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan Adun Pelagus George Lagong.

Sejujurnya, pandangan UnReportedNews™® yang tidak seberapa ini, dalam hal ini, berpegang kepada perinsip adalah jalan yang terbaik sekali dimana sesuatu perlembagaan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia itu sendiri haruslah di patuhi. Yang tidak dibolehkan seharusnya tetap tidak dibolehkan, jangan kerana sesuatu situasi atau keadaan maka undang-undang atau perlembagaan itu di "bengkok"kan dan tidak berlandaskan dengan undang-undang atau perlembagaan yang sedia ada.

Mungkin pandangan UnReportedNews™® ini akan mendapat reaksi yang negatif dari sesetengah pihak namun ini adalah realiti kerana sekiranya BN Sarawak tidak mematuhi perlembagaan mereka sendiri, ianya mungkin akan menjadi "benchmark" serta memulakan "trend yang baru" pada masa yang akan datang dimana sekiranya ada ahli-ahli parti komponen BN yang tidak bersependapat lagi, mereka akan dengan senang-lenang keluar dari parti komponen BN yang sedia ada untuk mewujudkan sebuah parti yang baru sebelum memohon kembali sebagai sebuah parti komponen BN.

Walaubagaimanapun, UnReportedNews™® tetap yakin Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem menpunyai resolusinya yang tersendiri dalam permasalahan ini di mana beliau akan "menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak" untuk menyelesaikannya dengan cara yang bijaksana bagi pihak-pihak yang berbalah agar tidak merugikan BN Sarawak dan sebaliknya, akan menguntungkan pula pihak pembangkang.

-UnReportedNews™®

Sunday, 15 June 2014

TIGA BEKAS WAKIL RAKYAT SUPP DIPECAT!


KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) semalam memecat tiga bekas wakil rakyatnya iaitu Datuk Dr Jerip Susil (ADUN) Bengoh), Ranum Mina (ADUN Opar) dan Dr Johnical Rayong Ngipa (ADUN Engkilili).

Presidennya Tan Sri Peter Chin berkata, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) setelah kegagalan parti mendapatkan penjelasan daripada ketiga-tiga wakil rakyat itu berhubung sama ada mereka menyertai atau menyokong parti baharu, Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

“Kami (parti) telah menghantar tiga surat kepada tiga ADUN iaitu bekas ADUN SUPP Datuk Dr Jerip Susil, Ranum Mina dan Dr Johnichal Rayong untuk memberi penjelasan kepada kami dengan memberi tempoh 14 hari daripada tarikh surat dihantar iaitu 20 Mei lepas.

“Sehingga kini kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada mereka dan disebabkan kegagalan mereka berbuat demikian hasil mesyuarat CWC hari ini kami memutuskan mereka bertiga dipecat daripada parti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan CWC di Ibu Pejabat SUPP di sini, semalam.

Chin menegaskan, surat yang dihantar itu bagi mendapatkan penjelasan kerana sebelum ini parti mempunyai bukti jelas bahawa mereka menyokong atau menyertai TERAS kerana mereka berada pada sidang media mengenai TERAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 15 Mei lepas.

“Keputusan juga diambil kerana selepas itu mereka pernah membuat kenyataan pada sidang media dan CWC memutuskan untuk memecat mereka.

“Mereka adalah wakil rakyat yang dipecat parti selepas bekas ahli SUPP Dato Sri Wong Soon Koh yang disinggirkan daripada parti oleh CWC pada mesyuarat sebelum ini iaitu 31 Mei lepas,” tegas beliau.

Sementara itu pada sidang media yang sama Chin turut memberitahu, terdapat tiga cawangan parti sehingga kini belum mengemukakan senarai kutipan yuran ahli kepada parti pusat untuk dikemas kini sebelum Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) akan datang.

Ia kata beliau bagi memudahkan parti pusat menyemak sama ada mereka benar-benar ahli atau tidak yang akan menjadi penanda aras sama ada mereka layak menyertai pemilihan atau tidak.

“Tiga cawangan terbabit adalah Belaga, Kemena serta Sibu dan apabila mereka tidak menghantar senarai maka ahli-ahli cawangan terbabit tidak boleh terlibat dalam pemilihan akan datang,” katanya.

Chin memberitahu, pemilihan pada peringkat cawangan dan cawangan kecil SUPP akan diadakan bermula pada 15 Julai hingga 3 Ogos 2014 dan sehingga kini parti mempunyai 43 cawangan.

“Selain itu bagi memastikan pemilihan dijalankan dengan baik di peringkat cawangan, kami mengeluarkan satu panduan sebanyak 14 perenggan agar pemilihan dijalankan mengikut perlembagaan.

“Ia bagi memastikan pemilihan dijalankan dengan lancar dan tidak ada sesiapa akan mempersoalkan tentang pemilihan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) lagi seperti yang berlaku pada TDC pada tahun 2011,” tegasnya. (sumber)

-UnReportedNews™®

Tuesday, 10 June 2014

PRS, SPDP & SUPP MENENTANG TERAS SERTAI BN, PBB?!


Impian Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) untuk menyertai Barisan Nasional (BN) pasti menemui ‘jalan mati’.

Perkara itu ditegaskan oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing yang memberitahu, tiga daripada empat parti komponen BN di negeri ini tidak menyokong parti itu menyertai BN.

“PRS, SPDP dan SUPP menentang TERAS menyertai komponen BN dan hanya PBB yang belum membuat kenyataan secara umum mengenai perkara ini.

“Bagaimanapun, untuk menjadi komponen BN ia memerlukan 100 peratus persetujuan semua pihak (parti komponen lain), namun permohonan TERAS untuk menyertai BN hanya menemui jalan mati,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kelmarin.

Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah berkata TERAS akan menjadi tentangan kepada SUPP dan SPDP pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

“TERAS akan menentang SUPP (19 kerusi DUN) dan SPDP (lapan kerusi) menggunakan simbol masing-masing dan parti yang menang akan menyertai BN.

“Itulah formula yang diguna pakai untuk BN Plus 1983 lalu seperti PBDS menentang SNAP dahulu,” jelasnya.

Namun, beliau memberitahu bahawa pemenang yang sebenar adalah pembangkang kerana berjaya menghuru-harakan BN sendiri. (sumber)  

-UnReportedNews™®

Monday, 19 May 2014

FITNAH KE ATAS TERAS BERMULA?

-BELUM APA-APA LAGI, PARTI TERAS TELAH DI FITNAH SEBAGAI PARTI RASIS YANG BERKEPENTINGAN UNTUK KAUM DAYAK SAHAJA! DENGKI LAH TU! KEKEKE!!!-


Surat layang ini dikatakan telah diedarkan di Bandaraya Kuching memburukkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) yang baru di anggotai bekas Presiden Parti Demokratik Progressif Sarawak (SPDP) yang juga Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri Datuk Sri William Mawan Ikom.

Surat tersebut secara terang-terangan memburukkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan komuniti dan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Sibu Dato Seri Wong Soon Koh serta tidak menggalakkan ahli-ahli SUPP menyertai TERAS dengan alasan berbaur perkauman.

Sekata ini, TERAS dianggotai Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Datuk Peter Nansian Ngusie, Menteri Muda kemudahan Awam Datuk Sylvester Entri, Menteri Muda Pendidikan Awal Rosey Yunus,  ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan ADUN Pelagus George Lagong.


Sementara itu, siang tadi Pengerusi SPDP Bahagian Pending Athanasius Audie Chua berserta semua ketua sayap wanita, pemuda, putera dan puteri SDPD Bahagian Pending telah meletakkan jawatan secara rasmi untuk mengikuti langkah Mawan menyertai TERAS.

"Setakat ini 86 ahli SPDP Bahagian Pending telah mengembalikan kad keahlian SPDP mereka untuk menyertai TERAS," kata Audie sambil menegaskan penyertaan mereka ini bukanlah untuk "mencari musuh" namun  atas dasar kepercayaan dan kesetiaannya kepada kepimpinan Mawan.

-UnReportedNews™®

Thursday, 15 May 2014

ENAM MENTERI KABINET SARAWAK KELUAR PARTI!



Enam Menteri kabinet negeri Sarawak mengumumkan keluar parti bagi menubuhkan sebuah parti baharu.
Mereka adalah Presiden Parti Demokratik Progressif Sarawak, SPDP yang juga Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom, Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan komuniti dan pengerusi parti Rakyat Bersatu Sarawak cawangan Sibu, Dato Sri Wong Soon Koh.
Manakala empat menteri kabinet lain adalah, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian, Datuk Peter Nansian Ngusie, Menteri Muda kemudahan Awam, Datuk Sylvester Entri, Menteri Muda Pendidikan Awal, Rosey Yunus dan Menteri Muda Kesihatan Awam, Datuk Dr. jerip Susil.
Selain itu, Adun Batu Danau, Paulus Palu Gumbang dan Adun Pelagus, George Lagong turut membuat keputusan keluar parti.
Ekoran perkembangan ini mereka akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baharu iaitu Parti Tenaga Rakyat Sarawak, Teras.
Pengumuman ini dibuat dalam sidang media tergempar yang diadakan sejurus berakhirnya persidangan dewan undangan negeri Sarawak petang tadi.
Tan Sri Mawan menyatakan keputusan itu dibuat berikutan kemelut yang melanda SPDP yang diterajuinya 10 tahun yang lalu menemui jalan buntu.
Alasan yang sama turut diberikan oleh Dato Sri Wong Soon Koh mengenai kemelut SUPP yang tidak berkesudahan.
Mengenai parti yang bakal ditubuhkan Tan Sri Mawan menyatakan TERAS merupakan parti mesra BN.
Sementara itu, Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dalam reaksinya menyatakan beliau akan mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkara ini dari semua pihak sebelum memberikan sebarang ulasan.
Katanya satu sidang media khas akan diadakan berhubung perkara tersebut apabila tiba masa sesuai.


-UnReportedNews™®

Saturday, 17 August 2013

KETERANGAN CHONG MENGENAI "SANDIWARA BN" DI AMBIL POLIS!

-SYABAS PEMUDA SUPP KERANA MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP CHONG! HAA YB .. BERPADA-PADALAH KALAU NAK MEMBUKAK MULUT TU YE! KEKEKE!!!-

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen telah diambil keterangan oleh pihak polis di atas kata-kata beliau yang berbaur tuduhan yang kononnya BN telah "membenarkan" kadar jenayah yang semakin meningkat untuk membenarkan pengenalan semula EO seperti undang-undang pencegahan.

Ahli Parlimen Bandar Kuching tersebut disertai oleh ahli-ahli parti dan penyokong tiba di balai polis di sini pada kira-kira jam 11 pagi tadi.

Kira-kira setengah jam sebelum itu, ahli-ahli pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) membuat laporan polis terhadap kenyataan Chong yang sama.

Ini adalah laporan polis pertama yang dibuat terhadap Chong di Sarawak.

"Selain daripada meletakkan semua menyalahkan kerajaan, YB Chong juga dibuat spekulasi liar dan tidak bertanggungjawab, mengatakan bahawa kerajaan BN sengaja menutup sebelah mata untuk membenarkan aktiviti-aktiviti jenayah meningkat.

"Tuduhan beliau boleh mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Bukan sahaja boleh ini teruk memutarbelitkan persepsi orang ramai terhadap kerajaan, ia juga boleh membangkitkan sentimen di kalangan orang-orang yang sudah berasa tidak selamat," kata SUPP dalam satu kenyataan.

Diwakili oleh Ketua Pemuda SUPP Tan Kai dan dua orang ahli jawatankuasa yang lain, mereka meminta pihak polis untuk mengambil tindakan berkenaan terhadap Chong.

Negeri Timbalan Pesuruhjaya Polis DCP Datuk Law Hong Soon telah mengesahkan bahawa tiga laporan polis, semua dibuat di Semenanjung Malaysia, telah diterima dan mereka telah diarahkan untuk menjalankan siasatan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Salah satu daripada pengadu adalah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang telah berkata bahawa kenyataan Chong adalah hasutan dengan niat untuk memanipulasi orang ke dalam membenci BN, sebuah kerajaan yang dipilih secara sah dalam pilihan raya lepas.

"Saya menggesa pihak polis untuk menangani kepada isu sebenar, saya menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk menumpukan perhatian kepada isu yang sebenar. Iaitu keselamatan semakin merosot dalam masyarakat kita. Dan satu cadangan adalah untuk meningkatkan bilangan polis dalam penyiasatan jenayah," kata Chong kepada pemberita selepas memberi kenyataan polis.

Pada Isnin, Chong memberitahu sidang akhbar bahawa beliau mengesyaki Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah dengan sengaja "mengambil mudah" memerangi jenayah dan "membenarkan" Kadar jenayah meningkat supaya membenarkan pengenalan semula EO seperti undang-undang pencegahan.

Chong sebelum ini telah menjelaskan bahawa beliau tidak berkata BN kejuruteraan kadar jenayah tetapi dia meletakkan di atas ketidakcekapan pihak polis untuk mengendalikan keselamatan.

"Daripada mengambil tindakan serius untuk menyelesaikan isu jenayah, Menteri Dalam Negeri seolah-olah hanya berkenaan dengan meletakkan menyalahkan kadar jenayah yang semakin meningkat setelah pemansuhan Ordinan Darurat  (EO) untuk memperkenalkan semula undang-undang seperti EO," kata Chong. (sumber

-UnReportedNews™®

Saturday, 27 July 2013

GABUNGAN MCA, GERAKAN & SUPP AKAN DIREALISASI SEMINGGU-DUA LAGI?

-JIKA DIKAJI SECARA MENDALAM, IANYA AKAN MEMBERI IMPAK KEPADA SARAWAK! SEANDAINYA IANYA DIREALISASIKAN, IA AKAN MEMECAHKAN KEUNIKAN TRADISI BN SARAWAK SENDIRI YAKNI PARTI KOMPONEN BN SARAWAK PERTAMA YANG "SEMENANJUNG-BASED"!-

Semalam, aku berbual dengan seorang ahli SUPP yang berpengaruh dan topik perbualan kami tertumpu kepada cadangan pengabungan MCA, Gerakan dan SUPP yang sedang hangat diperkatakan.

Bila aku bertanyakan dia apakah beliau secara peribadi bersetuju dengan cadangan itu atau sebaliknya, dia enggan menjawabnya cuma beliau menyatakan yang dalam seminggu dua kemungkinan ada "berita besar" mengenai perkara ini!

Aku rasa ramai rakyat Sarawak tidak bersetuju dengan cadangan ini dan secara peribadi, aku rasa tindakan ini adalah hanya untuk "menyelamat" (dengan tiada niat menghina) serpihan-serpihan atau whatever is left dalam MCA, Gerakan dan SUPP saja tanpa mengira implikasi kepada polarisasi politik Sarawak itu sendiri.

Bukannya mendabik dada atau apa, kekuatan BN Sarawak selama ini adalah keunikan keadaan politik negari ini yakni parti-parti komponen BN Sarawak semuannya adalah local-based.

Bukannnya aku ini anti-Semenanjung atau apa tapi aku rasa kepimpinan atau dasar yang dijalankan komponen parti-parti tempatan BN Sarawak inilah yang menjadi tunjang kekuatan sebenar BN Sarawak selama ini!

Jadi, pengabungan ini hanya akan membuka ruang kepada mana-mana parti BN komponen Semenanjung-based akan "menerokai" peluang bertapak disini dan ianya boleh memberi impak yang sebaliknya kepada negeri ini!

Dalam PRU-13 yang lepas, BN Sarawak telah membantu BN pusat dengan menyumbang 25 kerusi. 

PBB (14), PRS (6) dan SPDP (4) memenangi seratus peratus kerusi Parlimen yang mereka pertandingkan dan SUPP hanya satu kerusi (itupun dengan menerusi calon Bumiputera di kawasan Bumiputera) sementara semua enam kerusi lain di kawasan Cina semuanya dibaham DAP.

Berbalik kepada tajuk entri ini, apakah objektif sebenar cadangan gabungan ini?  Adakah gabungan ini akan memberi kebaikan/perubahan secara keseluruhannya kepada BN Sarawak ddan BN Pusat? Apakah ini satu-satunya cara sahaja yang boleh "menyelamat" parti-parti Cina dalam BN?

Jadi, mengapa kita harus mengambil risiko atau membuat eksperimen terhadap sesuatu perkara yang tidak menjamin kebaikan?

Kepada rakan-rakan MCA, Gerakan dan SUPP, pernah tak dengar peribahasa "kerana seekor nyamuk, kelambu di bakar?", sebenarnya bukannya entiti parti itu yang mungkin bermasalah dan harus dimansuhkan sama sekali dan masalahnya (bukan menuduh tapi sekadar pandangan) mungkin ada pada pucuk pimpinan, dasar/polisi ataupun pendekatan yang seharus di tukar.

Tidak dinafikan, rakan-rakan kaum Cina memang bijak berniaga maka falsafah Start Small In The Beginning harus dipraktikkan dalam menangani permasalahan ini tapi bukannya menerusi penggabungan tiga parti. 

-UnReportedNews™®

Monday, 1 July 2013

SUPP USAH MAIN "TARIK TALI" LAGI!

-DULU PRESIDEN SUPP TAN SRI DATUK SRI PETER CHIN MENYATAKAN SUPP BOLEH BERSATU KEMBALI TAPI HABUK PUN TARAK, SEKARANG NI BEKAS TIMBALAN PRESIDEN SUPP DATO SRI WONG SOON KOH PULA YANG BERKATA PENYATUAN SUPP TAK MUSTAHIL! JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN! JANGAN BUANG MASA MAA KERANA PRN DALAM DUA TAHUN SAJA LAGI! STOP TALKING & START TAKING ACTIONS! KEKEKE!!!-

Usaha untuk memperkasa penyatuan ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tidak mustahil sekiranya semua pihak komited ke arah tersebut.

Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh yang dilapor Utusan Borneo sebagai berkata ini bertujuan memastikan Barisan Nasional (BN) mempunyai masa depan yang cerah.

Wong berkata, beliau kini terpaksa menggalas tanggungjawab yang cukup besar ekoran kekalahan dua calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Katanya, beliau perlu memastikan Sibu terus berada di bawah payung pemerintahan BN untuk memastikan kesinambungan pembangunan.

“Saya mengakui tugas yang dipikul kini semakin berat untuk memastikan nasib rakyat Sibu terbela.

“Justeru, saya menyeru ahli-ahli parti serta ketua-ketua masyarakat agar terus menyokong kepimpinan saya,” katanya pada Majlis Penyerahan Geran MRP kepada tuai-tuai rumah di Kawasan DUN  Bawang Assan di sini semalam.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Andrew Shilling Bangit yang juga pengerusi Unit Bumiputera SUPP Sibu.

Sejumlah RM350,000 telah diserahkan kepada 96 orang tuai rumah di kawasan DUN berkenaan.

Menurut Wong, pemberian geran MRP yang pertama pada tahun ini dan penyerahan geran MPR untuk penggal kedua dijadualkan sebelum penghujung tahun ini.

Sementara itu, Andrew dalam ucapannya berkata secara keseluruhan jumlah undi yang disumbangkan kaum Bumiputera masih tinggi.

“Pada PRU13 lalu undi kaum Bumiputera menang dengan majoriti kira-kira 1,000 undi.

“Ini terbukti, kita (Iban) terutama di kawasan luar bandar masih setia dengan BN,” katanya.

-UnReportedNews™®

Sunday, 26 May 2013

"GABUNGAN PARTI KOMPONEN BN" MENJADI "1PARTI TUNGGAL BERBILANG KAUM" TIDAK RELEVAN?

-MAAF, AKU BUKAN RASIS CUMA AKU SAYANGKAN BANGSA AKU, AKU ADA RAMAI KAWAN-KAWAN BANGSA LAIN TERUTAMANYA MEREKA YANG BERBANGSA CINA TAPI PERSOALANNYA, JIKA KAUM CINA YANG TELAH DIBERI PELUANG BERDIRI DIATAS PLATFOM SENDIRI (MCA & SUPP) NAMUN GAGAL DITERIMA OLEH KAUM CINA SENDIRI MENGAPA NAK "JEOPERDISE"KAN PARTI-PARTI YANG SUDAH SEKIAN TERBUKTI KUKUH PERPADUANNYA? KEKEKE!!!-

Walaupun ramai pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan idea penggabungan semua parti komponen menjadi sebuah parti tunggal berbilang kaum, pada pandangan aku yang tak seberapa ini, ianya tidak begitu relavan buat masa ini.

Konsep BN yang ada kini tidak merugikan pelbagai kaum, terutamannya pelbagai peribumi di Sarawak, jadi apa masalahnya?

Kita akui MCA dan SUPP ternyata gagal dalam PRU-13 untuk menarikkan hati pengundi-pengundi kaum Cina tapi wajarkah kita "memperjudikan" nasib parti-parti komponen yang berpaksikan sesebuah kaum yang selama ini terbukti berjaya demi untuk rakan-rakan kita yang telah terkecundang bekenaan?

Secara ikhlas, aku rasa memadailah kita "membantu" MCA dan SUPP untuk "bangkit semula" tapi janganlah kita cuba membuat sesuatu "eksperimen" ke atas sesuatu yang nyata sudah baik yang keputusannya belum pasti berkesudahan dengan sesuatu yang "lebih baik" tapi berkemungkinan "sesuatu yang lebih buruk"!

Sepatutnya sekarang, orang-orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia lebih bersatupadu, merapatkan barisan mempertahankan hak keistimewaan kita yang termaktub dalam perlembagaan negara dan pastikan melukut-melukut ditepi gantang yang menumpang makan dinegara ini, tidak bisa menggangu-gugatkan perpaduan kita yang sedia ada!

-UnReportedNews™®

Tuesday, 7 May 2013

PRU-13 SARAWAK: KEPUTUSAN MENYELURUH 31 PARLIMEN

-MUNGKIN ADA PIHAK YANG TIDAK SENANG DENGAN KENYATAAN INI TAPI IA SATU REALITI YANG KEKAL YANG HARUS DIHADAPI, JIKA DIBIAR AKAN MENULAR MENJADI KRONIK & TAK USAHLAH KITA BERPURA-PURA BERGEMBIRA & MASIH MENGANGGAP KITA TELAH "MENANG" DALAM PRU-13 BARU-BARU INI KERANA MAKSUD SEBENAR MENANG ADALAH MENGALAHKAN LAWAN! ISTILAH YANG TERBAIK BAGI SITUASI INI ADALAH KITA SEBENARNYA TELAH "DISIAT-SIAT" SEDIKIT DEMI SEDIKIT! KEKEKE!!!-

Daripada 29 kerusi Parlimen, kini hanya menjadi 25 kerusi Palrimen yang didominasikan Barisan Nasional (BN) Sarawak dan segala keperihatinan terhadap Sarawak dan rakyatnya yang telah ditunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Pusat bagaikan di"pam" ke dalam lubang tandas sahaja oleh segolongan masyarakat, khususnya majoriti kaum Cina di kawasan bandar-bandar.

Pihak berwajib, khususnya BN Negeri dan parti-parti komponennya bukan sahaja harus mengadakan "post-mortem" ke atas punca kekalahan tapi mencari jalan bagaimana menggelakkannya ianya daripada berlaku lagi lebih-lebih lagi dengan Sarawak akan menghadapi PRN (dengan bersendirian) dalam tempoh dua tahun ini.

Dua tahun adalah satu jangkamasa yang pendek, persiapan hendaklah dibuat mulai dari sekarang, salah satu daripada cara kita menyekat kemaraan DAP adalah menyatukan kedua kaum Melayu dan Bumiputera (yang telah dipecahbelahkan oleh DAP), dengan memberi kesedaran kepada mereka akan implikasi-implikasi yang bakal menimpa jika DAP terus dibiarkan menakluki "sedikit demi sedikit" daripada negeri ini.
   
Berikut adalah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi kesemua 31 kerusi Parlimen di Negeri Sarawak dan statistik perbezaan jumlah majoriti berbanding PRU-12 tahun 2008:

Kawasan Barisan Nasional Kawasan Pembangkang Kawasan yang harus diberi perhatian

P. 192 - MAS GADING
1. NOGEH ANAK GUMBEK - BN (8,265) MAJORITI: 2,156 
2. PATRICK ANEK UREN - STAR (462) (HILANG DEPOSIT)
3. MORDI ANAK BIMOL - DAP (5,293)
4. TEKHEE @ TIKI ANAK LAFE - BEBAS (6,109)
(MEROSOT BERBANDING PRU-12/08-TIKI ANAK LAFE- BN: 8,551 MAJORITI : 4,301)

P. 193 - SANTUBONG
1. WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR - BN (24,655) MAJORITI:20,936  
2. AFFENDI JEMAN - BEBAS (233) (HILANG DEPOSIT)
3. ZULRUSDI MOHAMAD HOL - PKR (3,719)
4. MURA KADIR - STAR (206) (HILANG DEPOSIT)
(MENINGKAT BERBANDING PRU-12/08-WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR-BN: 15,800 MAJORITI: 11,945)

P. 194 - PETRA JAYA
1. AHMAD NAZIB JOHARI - PKR (8,116)
2. FADILLAH YUSOF - BN (29,559) MAJORITI: 21,443 
(MENINGKAT BERBANDING PRU-12/08-FADILLAH YUSOF-BN: 19,515 MAJORITI: 14,397)

P. 195 - BANDAR KUCHING
1. TAN KAI - BN (10,491)
2. CHONG CHIENG JEN - DAP (30,133) MAJORITI: 19,642 
(MENINGKAT BERBANDING PRU-12/08-CHONG CHIENG JEN-DAP: 22,901 MAJORITI: 9,952)

P. 196 - STAMPIN
1. YONG KHOON HIAN @ YONG KHOON SENG - BN (22,993)
2. JULIAN TAN KOK PING - DAP (41,663) MAJORITI: 18,670 
3. SOO LINA - STAR (239) (HILANG DEPOSIT)
(MENINGKAT BERBANDING PRU-12/08-YONG KHOON HIAN @ YONG KHOON SENG-BN: 21,966 MAJORITI: 3,070)

P. 197 - KOTA SAMARAHAN
1. RUBIAH WANG - BN (24,202) MAJORITI:17,401 
2. ABANG AHMAD KERDEE ABANG MASAGUS - PAS (6,801)
(MENINGKAT BERBANDING PRU-12/08-SULAIMAN ABDUL RAHMAN ABDUL TAIB-BN: 15,559 MAJORITI: 11,411)

P. 198 - MAMBONG
1. WILLIE ANAK MONGIN - PKR (10,740)
2. DRIPIN ANAK SAKOI - STAR (704) (HILANG DEPOSIT)
3. JAMES DAWOS MAMIT - BN (20,461) MAJORITI: 9,721 
(MENINGKAT BERBANDING PRU-12/08-JAMES DAWOS MAMIT-BN:14,182 MAJORITI: 6,657) 

P. 199 - SERIAN
1. EDWARD ANAK ANDREW LUWAK - DAP (6,343) 
2. JOHNNY ANAK APUT - STAR (390) (HILANG DEPOSIT)
3. RICHARD RIOT ANAK JAEM - BN (19,494) MAJORITI: 13,151 
(MEROSOT BERBANDING PRU-12/08-RICHARD RIOT ANAK JAEM-BN: 15,793 MAJORITI: 13,427)

P. 200 - BATANG SADONG
1. MOHAMAD JOLHI - PAS (2,017)
2. NANCY SHUKRI - BN (13,277) MAJORITI: 11,260 
(MENINGKAT BERBANDING PRU-12/08-NANCY SHUKRI- BN: 8,183 MAJORITI: 5,425)

P. 201 - BATANG LUPAR
1. ABANG ZULKIFLI ABANG ENGKEH - PKR (4,661)
2. ROHANI  ABDUL KARIM - BN (15,625) MAJORITI: 10,964 
(MENINGKAT BERBANDING PRU-12/08-ROHANI ABDUL KARIM-BN: 11,015 MAJORITI: 8,092)

P. 202 - SRI AMAN
1. NICHOLAS MUJAH ANAK ASON - PKR (5,618)
2. MASIR ANAK KUJAT -BN (12,168) MAJORITI: 6,550 
3. WILFRED STEPHEN - SWP (476) (HILANG DEPOSIT)
4. DONALD LAWAN - BEBAS (3,867)
(MENINGKAT BERBANDING PRU-12/08-MASIR ANAK KUJAT-BN: 9,700 MAJORITI: 4,252)

P. 203 - LUBOK ANTU
1. NICHOLAS BAWIN ANAK ANGGAT - PKR (2,530)
2. WILLIAM @ NYALLAU ANAK BADAK - BN (8,278) MAJORITI: 4,091 
3. LARRY SOON @ LARRY SNG WEI SHIEN - SWP (4,187)
(MENINGKAT BERBANDING PRU-12/08-WILLIAM @ NYALLAU ANAK BADAK-BN: 6,769 MAJORITI: 1,610)
 
P. 204 - BETONG
1. DOUGLAS UGGAH EMBAS - BN (15,476) MAJORITI:10,887 
2. CECILIA SITI UNA @ SITTIE ENDEK - PKR (4,589)
(MEROSOT BERBANDING PRU-12/08-DOUGLAS UGGAH EMBAS-BN: 13,708 MAJORITI: 11,709)

P. 205 - SARATOK
1. ALI ANAK BIJU - PKR (9,519)
2. ROSLI LEK @ ABG ROSELIE ABG PALENG - BEBAS (681) (HILANG DEPOSIT)
3. WILLIAM IKOM - BN (11,600) MAJORITI: 2,081 
(MEROSOT BERBANDING PRU-12/08-JELAING ANAK MERSAT-BN: 12,470 MAJORITI: 8,706)

P. 206 - TANJONG MANIS
1. JURINA MUT - PAS (1,571)
2. NORAH ABD RAHMAN - BN (12,535) MAJORITI: 10,964 
(NORAH ABD RAHMAN - BNMENANG TANPA BERTANDING PRU-12/08)
   
P. 207 - IGAN
1. WAHAB HAJI DOLAH - BN (11,896) MAJORITI: 10,149 
2. AJIJI FAUZAN - PAS ( 1,747)
(WAHAB HAJI DOLAH - BN MENANG TANPA BERTANDING PRU-12/08)
 
P. 208 - SARIKEI
1. DING KUONG HIING - BN (13,758)
2. WONG LING BIU - DAP (14,263) MAJORITI: 505  
(MEROSOT BERBANDING PRU-12/08-DING KUONG HIING- BN: 10,588 MAJORITI: 51)

P. 209 - JULAU
1. WONG ANAK JUDAT - SWP (3,936)
2. WONG HONG YU - PKR (2,852)
3. JOSEPH SALANG ANAK GANDUM - BN (9,891) MAJORITI: 5,955 
(MEROSOT BERBANDING PRU-12/08-JOSEPH SALANG ANAK GANDUM-BN: 10,351 MAJORITI: 7,584)

P. 210 - KANOWIT
1. ELLISON LUDAN ANAK MUYAN - SWP (417) (HILANG DEPOSIT)
2. THOMAS LAJA ANAK BESI - PKR (5,004)
3. AGO ANAK DAGANG - BN (8,046) MAJORITI: 3,042 
(AGO ANAK DAGANG - BN MENANG TANPA BERTANDING PRU-12/08)

P. 211 - LANANG
1. TIONG THAI KING - BN (17,983)
2. ALICE LAU KIONG YIENG - DAP (26,613) MAJORITI: 8,630
(MENINGKAT BERBANDING PRU-12/08-TIONG THAI KING- BN: 19,476 MAJORITI: 4,864)

P. 212 - SIBU
1. LAU LEE MING - BN (23,967)
2. OSCAR LING CHAI YEW - DAP (26,808) MAJORITI: 2,841 
3. NARAWI HARON - BEBAS (203) (HILANG DEPOSIT)
(MEROSOT BERBANDING PRU-12/08-ROBERT LAU HOI CHEW- BN: 19,138 MAJORITI: 3,235)

P. 213 - MUKAH
1. SYLVESTER AJAH SUBAH @ AJAH BIN SUBAH - BEBAS (2,219)
2. HAI MERAWIN @ BONAVENTURE - DAP (2,219)
3. MUHAMMAD LEO MICHAEL TOYAD ABDULLAH - BN (14,983) MAJORITI: 12,764 
(MENINGKAT BERBANDING PRU-12/08- MUHAMMAD LEO MICHAEL TOYAD ABDULLAH- BN: 10,090 MAJORITI: 6,298)
 
P. 214 - SELANGAU
1. JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN - BN (12,040) MAJORITI: 7,555 
2. SNG CHEE HUA - SWP (4,485)
3. JOSHUA ANAK JABING @ JOSHUA JABENG - PKR (3,891)
(JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN- BN MENANG TANPA BERTANDING PRU-12/08)

P. 215 - KAPIT
1. ALEXANDER NANTA LINGGI - BN (13,446) MAJORITI: 9,731  
2. RAMLI ANAK MALAKA - DAP (3,715)
(ALEXANDER NANTA LINGGI- BN MENANG TANPA BERTANDING PRU-12/08)

P. 216 - HULU RAJANG
1. GEORGE ANAK LAGONG - SWP (2,129)
2. ABUN SUI ANYIT - PKR (3,283)
3. UGAK ANAK KUMBONG - BN (9,117) MAJORITI: 5,834 
(MENINGKAT BERBANDING PRU-12/08-ABIT JOO- BN: 6,590 MAJORITI: 2,164)

P. 217 - BINTULU
1. TIONG KING SING - BN (26,458) MAJORITI: 7,433 
2. JOHN BRIAN ANTHONY ANAK JEREMY GUANG - DAP (19,025) 
(MEROSOT BERBANDING PRU-12/08-TIONG KING SING- BN: 23,628 MAJORITI: 14,965)

P. 218 - SIBUTI
1. MUHAMMAD ZAID TANDANG - PAS (7,282)
2. AHMAD LAI BUJANG - BN (13,348) MAJORITI: 6,066 
(MENINGKAT BERBANDING PRU-12/08-AHMAD LAI BUJANG- BN: 8,238 MAJORITI: 3,648)


P. 219 - MIRI
1. MICHAEL TEO YU KENG - PKR (26,909) MAJORITI: 1,992 
2. SEBASTIAN TING CHIEW YEW - BN (24,917)
3. CHONG KON FATT - STAR (306) (HILANG DEPOSIT)
(MEROSOT BERBANDING PRU-12/08-PETER CHIN FAH KUI-BN: 19,354 MAJORITI: 5,216)

P. 220 - BARAM
1. ANYI NGAU - BN (9,182)  MAJORITI:194 
2. PATRICK SIBAT SUJANG - BEBAS (363) (HILANG DEPOSIT)
3. ROLAND ENGAN - PKR (8,988)
(MEROSOT BERBANDING PRU-12/08-JACOB DUNGAU SAGAN-BN: 7,996 MAJORITI: 4,044)  

P. 221 - LIMBANG
1. BARU BIAN - PKR (4,698)
2. HASBI HABIBOLLAH - BN (12,999) MAJORITI: 8,301 
(MENINGKAT BERBANDING PRU-12/08-HASBI HABIBOLLAH-BN: 6,427 MAJORITI: 676 )

P. 222 - LAWAS
1. HENRY SUM AGONG - BN (9,928) MAJORITI: 6,030 
2. BARU LANGUB- DAP - LAYAK (3,898)
3. ALIRAHMAN KAMSEH - STAR (69) (HILANG DEPOSIT)
(MEROSOT BERBANDING PRU-12/08-HENRY SUM AGONG-BN: 8,526 MAJORITI: 7,792)

*Kawasan ditanda sebagai "Kawasan yang harus diberi pehatian" berdasarkan penurunan majoriti secara drastik ataupun menang tipis.

BN harus sedar bahawa cara berkempen konvensional melalui ceramah sesuatu majlis rasmi kerajaan sudah tidak memberi impak besar lagi kepada rakyat khususnya di kawasan bandar-bandar sebaliknya, program-program yang lebih "kurang-formal" agar boleh menarik generasi muda yang boleh diselitkan mesej (dengan secara tidak langsung) akan bertapa pentingnya rakyat negeri ini, khususnya masyarakat Melayu dan  Bumiputera memperkasakan diri dengan bersatu dalam mempertahankan hak kita sepertimana yang telah tertera dalam perlembagaan Malaysia serta implikas-implikasinya jika gagal berbuat demikian.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List