Showing posts with label Accident. Show all posts
Showing posts with label Accident. Show all posts

Saturday, 24 August 2013

HERO-HERO DISEBALIK KEMALANGAN MAUT BAS EKSPRES GENTING

-MANUSIA, TERUTAMANYA PEMBANGKANG MUDAH LUPA AKAN KEBAIKAN & JASA MEREKA-MEREKA YANG MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA DENGAN CEKAP SEBAGAI CONTOHNYA KEJADIAN TEMBAK-MENEMBAK PENJENAYAH, MUDAH SAJA MENUNDING JARI MENGATAKAN POLIS TIDAK SEHARUSNYA BERBUAT BEGITU! HABIS, NAK IKUT "SOP DAP" KER? KIRA UNDI CEC PUN TAK BETUL NAK MENGAJAR POLIS ILMU KEPOLISIAN PULAK! KEKEKE!!!-

Entri posting aku kali ini, aku tujukan sebagai tribute khas buat semua anggota-anggota keselamatan yang bertugas dengan begitu cemerlang ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa nahas bas di Km 3.5 Jalan Genting Highlands, Rabu lepas.

Walaupun kejadian yang terjadi pada 2.40 petang itu dimana bas terbabit terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter ketika menuruni puncak pusat pelancongan berkenaan telah mengorbankan 37 nyawa, jika pasukan penyelamat tidak efisyen, berkemungkinan jumlah yang terselamat mungkin kurang dari 16 orang.

Sejurus meneima panggilan kecemasan, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan kakitangan hospital digegaskan ke tempat kejadian dan terus memulakan operasi menyelamat.

Cuba korang masuk dalam pengangkut besi ni! Ada beran?
Respon pantas mereka, secara keseluruhan telah berjaya mengeluarkan mangsa dalam tempoh enam jam sekalipun keadaan tempat yang sukar dan berbahaya.

Biarpun, menyelamat nyawa adalah tanggungjawab mereka, kerajaan disaran melihat kewajaran memberi penghargaan (dalam bentuk imbuhan bukan sekadar sijil penghargaan) bagi setiap mereka yang terbabit secara langsung atau tidak dalam operasi menyelamat itu kerana komitmen serta dedikasi yang mereka telah pertunjukan dalam menjalani tugasan mereka.

Janganlah kerajaan seperti pihak "sebelah lagi" yang hanya pandai mengherdik mencari salah orang lain namun apabila kebaikan dilakukan, tiada penghargaan yang diberi. 

PS: Tak rugi pun kerajaan sekiranya memberi imbuhan kepada mereka yang betul-betul berdedikasi menjalani tugasan menyelamat tu. 

-UnReportedNews™®

Friday, 23 August 2013

AMARAH APEK DRIVER BAS EKSPRES PUNCA KEMALANGAN MAUT GENTING?

-PENUMPANG TERSELAMAT KONGSI KISAH PEMANDU BERANG SEBELUM NAHAS! APEK DRIVER NI MATI JUGAK DALAM KEMALANGAN TU NAMUN APAKAH  PEMBANGKANG NAK MEMBELA APEK NI SEKIRANYA BELIAU DIPERSALAHKAN SEBAGAI PUNCA KEMALANGAN YANG MERAGUT 37 NYAWA (SETAKAT INI)! PASTI PEMBANGKANG NAK JADI HERO NANTI KAN? KEKEKE!!!-

Mangsa kemalangan bas di Genting Highlands memberitahu kisah ngeri mengenai pemandu bas Lim Kok Ho (gambar) yang marah, seolah-olah tidak stabil dalam tindakannya - sejurus sebelum tragedi yang mengorbankan banyak nyawa pada pukul 2.20 petang Rabu.

"Ia seperti dia sengaja mahu membunuh kami. Dia tidak usaha membelok ke arah laluan kecemasan sebelum tiba ke kawasan di mana bas terjunam ke dalam gaung," kata Tan Ming Shing.

Tan, 26, mendakwa pemandu itu yang turut terbunuh dalam kemalangan itu, mempercepatkan kelajuan ketika menuruni cerun walaupun dia tahu brek gagal berfungsi.

"Beberapa minit minit sebelum bas terjunam ke dalam gaung, bas hampir melanggar tiang.

"Beberapa ratus meter selepas itu, pemandu membuat belok secara tiba-tiba dan menyebabkan sebuah Honda City hampir melanggar kami," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur.

Tan, seorang pekerja dapur di Genting, berkata kedua-dua pemandu itu memberhentikan kenderaan mereka dan mula menjerit dan menunjukkan isyarat marah kepada antara satu sama lain sebelum meneruskan perjalanan masing-masing.

Tan mendakwa bahawa pemandu ada menyebut sesuatu mengenai brek yang tidak berfungsi, tetapi tidak membenarkan sesiapa untuk keluar dari bas.

"Dia (pemandu) kemudiannya secara tiba-tiba membelok lagi, dan ramai antara kami yang menjerit ketakutan. Dan bas terjunam ke dalam gaung."

Di Hospital Selayang, Kanada Rwaanok Arefin yang berusia 14 tahun berkata, pemandu memandu dalam keadaan marah selepas bersemuka dengan pemandu Honda City.

"Beberapa penumpang memarahi dia dan meminta dia untuk memperlahankan pemanduan.

"Ini menimbulkan kemarahan lagi kepada itu membuatkan dia memandu dengan lebih laju. Dia kemudiannya hilang kawalan dan bas terjunam ke dalam gaung," kata Rwaanok yang bercuti bersama keluarga di Malaysia buat kali pertama.

Bapa Rwaanok, 55, Rafiq Ali Buhyia, meninggal dunia dalam kemalangan itu.

Ibunya Buhyia Rashidah, 50, dan adik Rezyan Arefin, 24, terselamat.

Bagaimanapun, Rezyan dalam keadaan kritikal.

Seorang lagi penumpang yang terselamat, Nur Syamimi Ja'afar, 25, turut meluahkan mengenai perkara yang sama.

"Saya melihat pemandu bas memberi isyarat marah kepada pemandu Honda City," katanya.

Selepas itu, pemandu bas kendengaran merungut marah dan Nur Syamimi berkata, pemandu itu memandu lebih laju.

Nur Syamimi bersama adiknya, Nur Fathiah, 21, di dalam bas ketika kemalangan berlaku.

Nur Syamimi patah lengan dalam kemalangan itu.

"Mayat-mayat yang ditemui berlumuran darah dan ramai yang menjerit kesakitan. Saya ada terdengar seorang lelaki menjerit meminta pertolongan di luar bas. Dia mungkin tercampak keluar tetapi saya tidak dapat membantunya. Saya tidak dapat menggerakkan tangan kiri saya."

Nur Syamimi, dari Terengganu, berkata bas itu sememangnya sarat dengan penumpang, kira-kira tujuh orang berdiri di dalam bas sebelum nahas berlaku. (sumber)

-UnReportedNews™®

Wednesday, 21 August 2013

GAMBAR-GAMBAR DI LOKASI KEMALANGAN BAS EKSPRES DI GENTING

-SALAH SATU KEMALANGAN TERBURUK DALAM SEJARAH MALAYSIA YANG MELIBATKAN PENGANGKUTAN AWAM DIMANA BAS EKSPRES YANG MEMBAWA 53 PENUMPANG MENJUNAM KE GAUNG SEDALAM 30 METER ITU TELAH MENGORBANKAN 37 ORANG!-









Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan angka kematian tragedi nahas bas perlancongan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang.

Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan adalah seramai 53.

Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan.

Mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang Rabu, bas ekspress yang membawa penumpang turun dari pusat peranginan menuju ke Kuala Lumpur itu terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List