Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Tuesday, 10 March 2015

MH370: Video Dokumentari Paparkan Pesawat Dirampas


KUALA LUMPUR: Kapten Zaharie Ahmad Shah diandaikan ‘merampas’ MH370 sebelum beliau sendiri pengsan dan pesawat itu kemudian digambarkan terjunam ke dalam laut dan hancur berkecai.

Demikian antara paparan yang terkandung dalam dokumentari terbaru rangkaian televisyen National Geographic berjudul ‘Air Crash Investigation: Where Is Malaysian 370?’.

Dokumentari berdurasi 44 minit 25 saat berkenaan yang sepatutnya disiarkan pada 8 Mac ini sempena ulang tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu, bocor dan dimuatnaik sejak 16 Februari lalu.

Dalam paparan dokumentari itu, Kapten Zahari yang sudah berkhidmat kira-kira 33 tahun dengan MAS, digambarkan mengunci pintu kokpit selepas Pembantu Juruterbang, Farid Abdul Hamid, keluar untuk mengambil minuman, ketika pesawat berada di suatu kawasan.

Lakon semula menunjukkan Kapten Zahari (lakonan Von Flores) kemudian memakai topeng oksigen selepas pesawat berada pada ketinggian tertentu.

Beg oksigen penumpang juga ditunjukkan jatuh dari tempatnya, sementara Farid (lakonan Adriano Sobretodo Jr) dan anak kapal (lakonan Lisa Lau) mengetuk dan berusaha membuka pintu kokpit sebelum kedua-duanya tidak sedarkan diri akibat kekurangan oksigen.

Paparan dokumentari kemudian beralih ke dalam kokpit yang menunjukkan Kapten Zahari membuka topeng oksigen, sebelum beliau juga tidak sedarkan diri dan pesawat itu terus menjunam ke laut.

Sebelum ini, akhbar dan portal berita melaporkan bahawa rangkaian televisyen itu akan menyiarkan dokumentari berkenaan pada 8 Mac, untuk tontonan umum, namun kemudian mereka menyatakan bahawa dokumentari itu hanya akan disiarkan di Britain sahaja.

Dokumentari berdurasi 44 minit 25 saat itu bakal disiarkan sempena ulang tahun pertama kehilangan MH370 dengan menyediakan bukti terbaru bahawa pesawat berkenaan terbang ke Antartika pada hari kehilangannya.

Dokumentari itu menemubual beberapa personaliti terkenal dalam siasatan nahas pesawat, termasuk bekas penyiasat kanan NTSB, Malcolm Brenner; Naib Presiden Kanan Inmarsat, Chris McLaughlin dan Penganalisis Penerbangan ABC News, John Nance.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bejing pada 8 Mac tahun lalu.

Selain daripada teori baharu daripada pakar, National Geographic juga mendedahkan data satelit bagi menyokong dokumentari berkenaan. - Sarawakiana


Air Crash Investigation New 2015 Malaysia... by suaratv2014

-UnReportedNews™®

Wednesday, 20 August 2014

TU DIA .. PASANGAN YANG MENCURI WANG AKAUN BANK MANGSA MH370




KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan melakukan pelbagai kesalahan antaranya mencuri, memindahkan, menggunakan dokumen palsu dan menggunakan kad bank milik empat penumpang pesawat MH370 membabitkan wang berjumlah RM110,643.

Nur Shila Kanan dan suaminya, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan.

Nur Shila didakwa dengan 12 pertuduhan manakala Basheer menghadapi tiga pertuduhan.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing dijamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport milik mereka diserahkan kepada mahkamah.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud dan Muhd Ilmami Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hakeem Aiman Mohd.

Mahkamah menetapkan 25 Ogos ini bagi sebutan kes. – BH online

-UnReportedNews™®

Saturday, 16 August 2014

INI BARU SIAL .. PASANGAN CURI DUIT DALAM AKAUN BANK MILIK MANGSA MH370


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank dan suaminya yang dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun milik penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 ditahan, Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghani berkata, pegawai bank itu yang bekerja di bank berkenaan sejak 10 tahun lalu ditahan di rumahnya di Ampang kira-kira 4 petang.

"Suaminya yang berusia 33 tahun turut ditahan di bengkel kereta di Ampang ketika membaiki keretanya. Polis percaya suaminya mungkin turut terlibat.

"Polis masih belum mendapat rakaman kamera litar tertutup (cctv) daripada pihak bank. Ia akan mengambil masa sedikit," katanya kepada Bernama dan menambah kedua-dua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Izany menasihati keluarga penumpang MH370 yang pesawat itu masih belum ditemui supaya meneliti kenyataan akaun bank penumpang.

"Keluarga mereka boleh periksa kenyataan bank penumpang. Kita minta mereka berwaspada," katanya.

Rabu lepas media melaporkan sebanyak RM110,643 milik empat penumpang pesawat MH370 lesap daripada akaun bank dipercayai dipindahkan oleh kakitangan bank tanpa kebenaran.

Siasatan mendapati wang dari akaun milik penumpang dipindahkan ke akaun penumpang lain melalui perbankan Internet melibatkan jumlah keseluruhan RM110,643.

Akaun berkenaan masing-masing milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun serang pramugara.

Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan dari empat akaun berkenaan. (sumber)

-UnReportedNews™®

Monday, 4 August 2014

BELUM REDA ISU #MH370 & #MH17, MASUE PULAK "MENUBA" MAS?


Belum reda kesedihan warga syarikat penerbangan negara, MAS, menghadapi dugaan pesawat terhempas dan menyebabkan ratusan jiwa terkorban, Kesatuan Pekerja Syarikat Penerbangan Malaysia (MASEU) cuba tambah pedih di dada.

Kali ini bukan lagi di kalangan media tempatan, MASEU adu domba pula pada media antarabangsa seperti Wall Street Journal, DowJones dan media di Singapura, seolah-olah cuba menambah tekanan terhadap syarikat GLC kebanggaan negara itu.

Dalam kenyataan terbaru, Ketua MASEU, Alias Malek mendakwa dia hanya berniat mahu mengutamakan kebajikan kakitangan MAS dan kerana itulah dia meminta supaya CEO MAS, Ahmad Jauhari dipecat selain marahkan syarikat itu kerana tidak membentang pelan pemulihan kepada pihak MASEU.

Disaat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan CEO MAS, Ahmad Jauhari, sedang bertungkus lumus memikirkan tragedi MH17, MASEU pula berulang kali “tunjuk perangai” begini? “Penawar yang diperlukan, tuba pula yang diberi”?

Soalnya, kebajikan siapa yang lebih utama perlu dijaga? Kebajikan MAS atau kebajikan kakitangan MAS sedia ada yang melimpah ruah bagai anak emas intan payung? Survival MAS untuk kekal bernyawa atau “agreement” dengan MASEU yang berat sebelah?

Logiknya, sekiranya kebajikan MAS terjaga dan syarikat itu kembali teguh mencatat keuntungan, barulah segala kebajikan kakitangannya akan terbela, bukan? Bagaimana sebuah syarikat yang “nyawa-nyawa ikan” mahu menjaga kebajikan para pekerjanya?

Mungkin Alias perlu mencari alasan yang lebih konkrit untuk bersuara selepas ini berbanding memberikan alasan yang sangat dangkal untuk diterima pakai atau dipertimbang pihak atasan. Mungkin juga sebab itu kontraknya untuk terus bekerja ditolak sebelum ini?

Kenapa perlu pihak atasan MAS bentangkan pelan pemulihan syarikat kepada Alias dan konco-konconya? Berapa banyak saham yang Alias pegang di dalam MAS? 70 peratus?Kerana pelan itu melibatkan kakitangan MAS maka ia perlu dibentang terlebih dahulu pada Alias?

Peliknya, ketika pihak atasan MAS memberikan “duit raya” sebanyak RM2,000 kepada setiap kakitangan syarikat tanpa mengira pangkat atau darjat baru-baru ini sebagai penghargaan khidmat mereka, mengapa MASEU tidak minta bincang terlebih dahulu dengan mereka?

Bukankah kedudukan kewangan MAS sedang kritikal? Bukankah elok kalau MASEU desak pihak atasan untuk berbincang terlebih dahulu dengan Alias dan Jabarullah? Mungkin kepimpinan MASEU boleh tolak pemberian penghargaan itu berdasarkan keadaan MAS yang sedang rugi?

Atau MASEU sebenarnya mengambil pendekatan “dapat duit terus diam, tak payah bincang pun tidak mengapa”? Begitu? Ikhlaskah MASEU untuk menyelamatkan MAS?

MASEU minta MAS tunjukkan jabatan mana yang dikatakan terlebih kakitangan? Kenapa MASEU tidak bandingkan operasi dan kakitangan MAS dengan Singapore Airlines (SIA)? Semuanya hampir serupa saja, namun peliknya MAS memiliki lebihan hampir 5,000 kakitangan berbanding SIA?

Jabarullah rasanya boleh tinjau sendiri persoalan yang dilontarkan. Dia “orang lama” MAS, bukan? Takkan tak boleh tengok, bilang dan bandingkan dengan SIA?

Agak menyedihkan melihat sikap kepimpinan MASEU jika dibandingkan dengan kesatuan-kesatuan syarikat penerbangan antarabangsa yang setaraf dengannya dalam menghadapi krisis syarikat sebegini. SIA dulu pun pernah mengalami keadaan yang hampir serupa, tapi tidaklah “meroyan” begini, bukan? (sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 1 August 2014

MUSLIHAT ISRAEL MENGAITKAN MALAYSIA DENGAN HAMAS


Jerusalem Post semalam melaporkan yang kononnya seorang pejuang Hamas yang berpangkat komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan oleh Isreal di Khan Younis telah mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa.

Apa sebenarnya muslihat Israel "mengfitnah" Malaysia, sebuah negara yang dianggap bukan negara berkuasa besar di dunia ini dengan kumpulan pejuang Hamas?

Apakah disebabkan Malaysia, di antara negara-negara Islam yang paling lantang dan berani membantah sekeras-kerasnya ke atas ketidakadilan tindakan Israel terhadap negara Palestine selama ini telah menekankan Israel sehinggakan memaksa mereka untuk mencipta fitnah tersebut?

Umum tahu Israel sememangnya adalah pakar dalam sesuatu konspirasi dimana mereka berkemampuan dan tidak mustahil boleh merancang sesuatu kejadian atau keadaan biarpun di dalam sesebuah negara asing yang lain, lebih-lebih lagi ke atas sebuah negara kerdil seperti Malaysia.

Setiap tindak-tanduk Israel pasti ada motif yang terselindung dan jika difikirkan kembali, adalah tidak mustahil kedua kejadian; kehilangan pesawat MH370 dan penembakan jatuh pesawat MH17 adalah hasil "kerjatangan" Israel jahanam itu. 

China adalah kuasa negara yang terbesar di Asia yang selama ini menjadi rakan perniagaan utama dan mempunyai hubungan dua-hala yang baik dengan Malaysia dan alasan yang terbaik untuk memusnahkan hubungan tersebut adalah dengan "menghilangkan" pesawat MH370 yang membawa 153 warganegara China.

Setelah berjaya mencalarkan imej Malaysia di mata dunia serta mengikis sokongan China terhadap Malaysia menerusi tragedi MH370, mempengaruhi puak-puak pemisah di Ukraine untuk menembak jatuh pesawat MH17 adalah sesuatu yang di anggap mudah bagi Israel dimana pengaruh Zionist/Israel sememangnya sudah meresapi ke dalam kerajaan negara Ukraine.

Bagi Israel, penembakan pesawat MH17 bagaikan melontar "seketul batu ke arah dua burung", dimana mereka boleh mencalarkan kredibilti Malaysia dan menuduh puak pro-Rusia/Rusia yang sebenarnya dalang tragedi tersebut dalam masa yang sama.

Jika direnungkan kembali, permainan Israel ini bagaikan satu skrip drama lama yang boleh di jangka dimana pada akhir babak nanti Amerika Syarikat, rakan sekutu Israel akan bertindak sebagai hero dunia dan cuba menyelesaikan masalah ini.

Rakyat Malaysia janganlah memandang enteng di atas perkara ini kerana Amerika Syarikat yang telah sebegitu lama mengidam dan mengintai peluang untuk memperluaskan pengaruh mereka di rantau ini menerusi Malaysia sememangnya tidak akan melepaskan peluang untuk menjadikan alasan Malaysia sebagai sarang latihan pejuang Hamas untuk campurtangan serta memberi tekanan kepada negara ini agar mengikuti telunjuk mereka.

Bersedialah, Malaysia akan ditekan oleh Israel, Amerika Syarikat serta sekutu-sekutu mereka yang lain dan selain dari berdoa, apa yang rakyat Malaysia boleh lakukan adalah bersatu, ketepikan ideologi dan politik kerana sesungguhnya Malaysia akan menghadapi "serangan susulan" selepas ini. 

-UnReportedNews™®

Saturday, 14 June 2014

VIDEO: ANWAR IBRAHIM "DITELANJANGKAN" OLEH PEMBERITA BBC


Amik ubat !!! kan dah kena belasah dengan pemberita BBC.lai kali burukkan malaysia lagi.di bawah adalah point beliau kena belasah dan video penuh.jom kita lihat

1. anwar tuduh kerajaan kejam,tetapi pengacara berkata dia yang melawan sistem sedia ada.sebagai contoh beberapa kali bukti dikemukakan mahkahmah memang anwar meliwat'.

2. orang melaysia sudah menyampah dengan anwar dan demo jalanan kerana seperti anwar ingin elak dari isu peribadinya.

3. kata anwar menang undi popular.ia tak di layan kerana sistem di sana England juga tidak mengira kemenangan melalui undi popular.

4. anwar tuduh kerajaan kuku besi,tetapi tidak cukup bukti terus menukar kepada topik mh370.pengacara perli "interesting you brought up mh370" dan terus mengatakan malaysia menanganinya dengan baik.tentulah pak liwat membuak marah

5. kemudian pengacara menegur mengapa anwar sanggup mempolitikkan isu seperti mh370 demi kepentingan politknya.

selepas beberapa hari anwar balik ke malaysia tanpa sambutan "hidup anwar".yang menyambutnya che gu bard,itu pun kena tindakkan displin oleh PKR kerana buat laporan pemilihan PKR penuh rasuah. apa kata macai ??? apa kata macai kepada macai PAS ??? muahahaha

(sumber



-UnReportedNews™®

Thursday, 12 June 2014

TUJUH WARIS PENUMPANG MH370 TERIMA BAYARAN PENDAHULUAN PAMPASAN US$50,000


PUTRAJAYA: Tujuh waris penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 telah menerima bayaran pendahuluan pampasan sebanyak US$50,000 seorang melalui insurans syarikat penerbangan.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin pada Khamis berkata waris itu enam dari Malaysia dan seorang dari China.

"Sebelum membuat pembayaran, kami perlu mengesahkan kesahihan waris mengikut undang-undang. Kami harus memastikan mereka adalah waris yang sah. Ia mengambil masa.

"Mengenai pembayaran akhir, kami harus menunggu sehingga isu MH370 selesai. Sama ada pesawat dijumpai atau kami mengumumkan bahawa pesawat hilang, kami akan membuat pengumuman," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Waris penumpang MH370 di sini.

Beliau berkata 40 lagi tuntutan waris penumpang dari China masih dalam proses sementara menunggi pengesahan daripada kerajaan China sementara waris dari negara lain telah melantik peguam sebelum jawatankuasa menanganinya.

Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dan 153 warga China hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 dipercayai telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Mengenai Voice 370, kumpulan yang mendakwa mewakili keluarga mereka yang menaiki penerbangan MH370, yang mendesak untuk menemui Najib, Hamzah meminta kumpulan itu mengamalkan sikap 'telus', mendedahkan dan menyatakan identiti diri mereka.

"Saya ada terima e-mel mereka tanpa sebarang tandatangan  Saya minta penghantar e-mel menjelaskan siapakah beliau. Berapa ramaikah waris yang diwakili mereka," katanya.

Sebagai pengerusi jawatankuasa waris, Hamzah berkata beliau bersedia mewakili perdana menteri dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk menemui Voice 370.

Beliau berkata jawatankuasa itu telah menemui anggota keluarga secara individu sama ada melalui Malaysia Airlines atau jawatankuasa teknikal.

Bagi ahli keluarga penumpang warga China di Beijing, beliau berkata Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik untuk menemui mereka sementara duta-duta dari Malaysia juga menemui keluarga penumpang dari negara lain.

"Kami telah melibatkan diri secara aktif dengan ahli keluarga dari China. Hampir setiap hari, kami menerima hampir 20 panggilan dan kadang-kadang ahli keluarga datang secara sendirian untuk menemui kami dengan purata 30 ahli keluarga setiap hari.

"Setakat ini, kami telah melibatkan diri dengan hampir semua ahli keluarga dari China...Saya tidak faham mengapa Voice 370 mahu menemui perdana menteri," kata beliau.

Beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengadakan 43 sesi pertemuan dengan waris penumpang di Malaysia. -Bernama

-UnReportedNews™®

Tuesday, 8 April 2014

KRONOLOGI PERISTIWA KEHILANGAN #MH370


Berikut adalah kronologi insiden kehilangan MH370:

* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).


* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.

* 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* 10 Mac - APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.

* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

* 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* 16 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang

Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.

Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

* 21 Mac - Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasaAustralia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang penumpang berkenaan bersih.

* 22 Mac - transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.
    
Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.

* 23 Mac - Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

* 24 Mac - Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

*  25 Mac - Pengerusi MAS berkata syarikat penerbangan itu mengisytiharkanpesawatnya bagi penerbangan MH370 bersama-sama 239 penumpang serta anak kapal 'hilang' berdasarkan bukti daripada Inmarsat dan AAIB

Najib berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbot memberi jaminan negara itu akan meneruskan usaha mencari MH370.
- Hishammuddin berkata kedudukan terakhir MH370 akan dikenal pasti menerusi kaedah 'Kesan Doppler' oleh AAIB dan pencarian MH370 di koridor utara ditamatkan
- Muka depan akhbar arus perdana Malaysia dicetak hitam putih sebagai tanda media berkabung dengan berita tragedi yang menimpa pesawat malang MAS itu.

*  26 Mac - Najib berkata Malaysia dan China akan terus menjalin kerjasama rapat dalam pencarian MH370.

- Hishammuddin berkata imej satelit mengesan 122 objek berpotensi yangmungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth, Australia.

*  27 Mac - Hishammuddin berkata Malaysia sedia menghantar satu pasukan ke Perth, Australia yang terdiri daripada DCA, MAS, TLDM dan TUDM.
- Satu satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,700 kilometer (1,680 batu) di barat daya Perth.

* 28 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian bagi menjejaki pesawat MH370 memfokus kepada mendapatkan serpihan yang dikesan di selatan Lautan Hindi berikutan laporan beberapa negara.

- Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia T.S. Tirumurti berkata kerajaan India menzahirkan penghargaan kepada Malaysia berhubung cara ia mengendali tragedi pesawat MH370, yang disifatkannya sebagai "tugas amat penting."

* 29 Mac - Hishammuddin berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan bermula dengan sistem radar hinggalah kepada keupayaan teknologi.

- Hishammuddin menasihati media, terutama media antarabangsa, agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau membuat spekulasi berhubung kehilangan MH370.

* 30 Mac - Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata beberapa objek yang diperoleh kapal HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu, dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 selepas diperiksa.

- Anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menggesa kerajaan menunjukkan bukti bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.

* 31 Mac - Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagaipegawai khas Malaysia ke China bagi bertemu anggota keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang.

- Hishammuddin mengeluarkan transkrip perbualan terakhir antara pengawaltrafik udara dan kokpit pesawat  MH370 pada jam 0119 (waktu Malaysia) pada 8 Mac iaitu "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong".

- PM Australia menyokong pandangan Najib bahawa penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi yang terpencil.

* 1 April - Kementerian Pengangkutan mengeluarkan transkrip penuh perbualanradiotelefon antara juruterbang MH370 dan pengawal trafik udara, tanpa petunjuk terdapat sebarang perkara yang tidak normal.

- MAS berkata ia dimaklumkan bahawa satu petisyen yang difail bagi pihak seorang penumpang pesawat MH370 ditolak oleh sebuah mahkamah di Amerika Syarikat.

* 2 April - Sebuah kapal selam kelas Trafalgar, HMS Tireless, tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat MH370 di kawasan itu masuk hari ke-26.

- Polis mendapati semua penumpang pesawat Malaysia yang hilang "bersih"daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi namun masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.
- Pihak berkuasa mengendalikan penyiasatan dan pencarian pesawat MH370bertemu lebih 40 anggota keluarga penumpang di Hotel Bangi-Putrajaya, di mana mereka ditempatkan, kebanyakannya warga China.
- Perkataan "berakhir" di selatan Lautan Hindi yang dipilih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerangkan nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 adalah pilihan terbaik, kata Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang.

* 3 April - Operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang masuk hari ke-27, dengan kawasan pencarian meliputi kira-kira 223,000 kilometer persegi kira-kira 1,680 kilometer di barat laut Perth, Australia.

- Operasi pusat media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini akan dihentikan mulai 8 April.
- Najib berkata teknologi dron bawah air diperlukan untuk fasa seterusnyadalam operasi mencari dan mengesan di selatan Lautan Hindi memandangkan hayat pinger bateri kotak hitam akan kehabisan dalam tempoh empat hari.
- Malaysia dan Australia berikrar akan meneruskan usaha mencari pesawat MH370 tanpa garis masa.
- Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) menyatakan tiada sebarang objek dikesan di kawasan pencarian hari ini.

* 4 April - Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Datuk Dr Hasan Madmeminta media tempatan agar proaktif menangkis semua laporan negatif dan tidak tepat oleh media asing berhubung kehilangan pesawat Mh370 sejak 8 Mac lepas.

- Australia hari ini berkata pihaknya sedang merangka satu perjanjian komprehensif untuk berkhidmat sebagai 'wakil bertauliah' dalam penyiasatan mengenai kehilangan pesawat MAS.

Angus Houston, ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di sini, berkata perjanjian itu akan membolehkan Australia membantu Malaysia dalam menjalankan penyiasatan mengenai Penerbangan MH370 dengan berlandaskan undang-undang antarabangsa.

- Usaha menjejaki pesawat MH370 kini diperluas kepada pencarian di dalam air bagi mengesan kotak hitam yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi itu.

* 5 April - Hishammuddin mengumumkan bahawa Malaysia akan melantik seorang 'Penyiasat Bertanggungjawab' yang bebas bagi mengetuai pasukan penyiasatan merangkumi kumpulan layak terbang, kumpulan operasi serta kumpulan perubatan dan faktor manusia bagi menyiasat kehilangan MH370.  

- Pasukan itu akan turut disertai negara bertauliah seperti Australia, China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.
- Kerajaan juga mewujudkan tiga jawatankuasa peringkat menteri iaitu Jawatankuasa Waris, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Penempatan Aset dalam usaha memperkemas serta memperkukuh usaha berterusan pencarian pesawat itu.
- Hishamuddin juga berkata penyiasatan ke atas anak kapal penerbangan MH370 masih berjalan dan tiada siapa telah dibersihkan.
- Alat pengesan kotak hitam yang digunakan kapal peronda China Haixun 01, mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.

* 6 April - Pencarian MH370 dipertingkat di selatan Lautan Hindi membabitkan 112 pesawat dan 13 kapal meliputi kawasan seluas 134,000 batu persegi.

- Satu lagi isyarat detik dikesan di selatan Lautan Hindi oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield kira-kira 300 batu nautika dari isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01
- Pusat Penyelerasan Agensi Bersama (JACC) bagaimanapun belum dapat mengesahkan sama ada isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01 dan Ocean Shield adalah dari pesawat MAS penerbangan MH370. - Bernama

-UnReportedNews™®

Monday, 7 April 2014

#MH370 : ISYARAT TERKINI YANG ‘PALING MENYAKINKAN’ DI KESAN DI DASAR LAUT


PERTH – Kapal Tentera Laut Australia mengesan isyarat di dasar laut yang konsisten dengan isyarat yang dipancarkan dari sebuah kotak hitam sebuah pesawat, kata Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.

Bunyi itu datang dari kedalaman 4,500 meter di dasar laut.

” Kita ada petunjuk visual di skrin, kita juga memperoleh bunyi, ” katanya.

Beliau berkata, isyarat itu adalah “amat menggalakkan” tetapi memerlukan beberapa hari untuk mengesahkan sama ada isyarat itu adalah dari kotak hitam pesawat MH370.

Katanya, lokasi isyarat itu perlu dikaji lebih mendalam dan selepas itu, peralatan dasar laut boleh dihantar untuk menyiasat. – AP

-UnReportedNews™®

Wednesday, 26 March 2014

#MH370 : BANGKAI PESAWAT BELUM DIJUMPAI, ADA YANG DAH NAK SAMAN MAS & BOENG?

-MENGAPA PULA ADA PIHAK YANG "MEMANDAI-MANDAI" TELAH MENGKLASIFIKASIKAN KEHILANGAN MH370 DISEBABKAN "KEGAGALAN MEKANIKAL" BIARPUN BUKAN SAJA "KOTAK HITAM" PESAWAT TERSEBUT BELUM DITEMUI MALAH PINPOINT KAWASAN DIMANA KONONNYA PESAWAT TERSEBUT TERHEMPAS PUN BELUM DIKENALPASTI? AIH, AMBIK KESEMPATAN NAMPAK?-

Lebih ramai keluarga penumpang MH370 menghubungi firma guaman yang berpangkalan di Chicago untuk membantu mereka memfailkan saman terhadap pembuat pesawat itu, Boeing dan Malaysia Airlines (MAS) kerana yakin tragedi berlaku kerana kegagalan mekanikal.

Keluarga – dari China, Malaysia dan Indonesia – adalah yang terakhir menghubungi Ribbeck Law Chartered, iaitu pakar undang-undang penerbangan, selepas firma itu memfailkan petisyen penemuan dalam Mahkamah Negeri Circuit of Cook, Illinois, bagi pihak Dr Januari Siregar yang hilang anak berusia 25 tahun apabila pesawat MH370 terhempas.

Dr Januari yang juga seorang peguam, menghubungi Ribbeck kerana dia bekerja dengan mereka semasa pesawat Garuda Indonesia terhempas lima tahun lalu.

Petisyen itu bertujuan untuk mendapatkan rekabentuk dan pembuatan bermasalah yang mungkin menyebabkan tragedi melibatkan 239 penumpang dan anak kapal di atas pesawat itu.

Seramai 239 penumpang di atas pesawat itu termasuk 153 warganegara China dan 12 anak kapal yang semuanya rakyat Malaysia.

Pemfailan ini, kata Ketua Litigasi Penerbangan Global Ribbeck, Monica Kelly, adalah tindakan pra-litigasi untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi itu.

Boeing dinamakan sebagai defendan pertama manakala MAS, sebagai syarikat penerbangan dinamakan sebagai defendan kedua.

“Kami yakin kedua-dua defendan bertanggungjawab ke atas tragedi pesawat MH370,” kata Kelly.

Beliau mendedahkan, pihak yang terlibat mempunyai masa 30 hari untuk menjawab petisyen ini, di mana selepas ini firma itu akan memfailkan saman bernilai jutaan ringgit bagi pihak keluarga terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Kami jangka akan mewakili lebih 50% daripada keluarga penumpang yang berada di atas pesawat itu,” tambahnya.

“Keluarga nampanya menerima hakikat bahawa pesawat itu terhempas dan mereka sedia menerima punca sebenar mengapa ia berlaku dan tindakan ini akan memberikan mereka maklumat.

“Kami akan buktikan kegagalan mekanikal dalam rekabentuk pesawat adalah punca kapal terbang ini terhempas,” katanya.

MH370, pesawat Boeing 777-200ER, hilang daripada radar pada 8 Mac selepas terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing.

Selepas 17 hari pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berdasarkan bukti baru, pesawat MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi, tenggara Perth, Australia, tanpa ada yang terselamat.

Bagaimanapun, tiada sebarang cebisan ditemui sehingga kini walaupun beberapa satelit berjaya merakam objek di kawasan dinyatakan. (sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 25 March 2014

TEORI KONSPIRASI #MH370

-KONSPIRASI & PERISIKAN DIKATAKAN ADA KAITAN DENGAN KEHILANGAN PESAWAT TERSEBUT. MOHON BACA DENGAN HATI & MINDA YANG TERBUKA!-

Terdapat pelbagai teori dan versi mengenai kehilangan pesawat MH370, lebih-lebih lagi selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengenai pesawat tersebut dipercayai terhempas di Lautan Hindi.

Salah satu versi yang dikira logik yang menarik perhatian saya adalah ianya berkaitan dengan dunia perisikan kuasa-kuasa besar dunia.

Sepertimana yang kita tahu, Amerika kini dalam proses pengunduran dari Afghanistan dan dalam usaha tersebut, salah satu peralatan mereka iaitu alat kawalan sistem drone (digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh pihak Taliban dalam satu serang hendap ke atas konvoi pengangkutan Amerika yang membawa peralatan tersebut di salah satu markas Amerika di sebuah bukit di Afghanistan.

Kejadian ini berlaku kira-kira sebulan yang lalu pada Februari 2014 di mana dua anggota SEAL Amerika juga dikatakan terbunuh ketika pihak Taliban merampas peralatan serta senjata termasuk alat kawalan sistem drone yang beratnya di anggarkan kira-kira 20 tan yang tersimpan rapi dalam enam peti berasingan.

Pihak Taliban hanya mahukan wang lantas mereka mahu menjual sistem tersebut kepada Rusia atau China namun ketika ini, umum tahu yang Rusia terlalu sibuk dengan masalah di Ukraine maka China yang dahagakan teknologi sistem berkenaan adalah pembeli yang tepat.

Bayangkan jika China menguasai teknologi alat kawalan sistem drone? Pasti semua drone Amerika akan tidak akan dapat digunakan lagi. Untuk urusniaga pembelian peralatan tersebut, lapan orang saintis pertahanan China dikatakan telah memeriksa peralatan sistem berkenaan yang kemudiannya membuahkan persetujuan teknologi tersebut dibayar dengan bayaran berjuta-juta dollar.

Dikatakan juga, kumpulan saintis tersebut telah memeriksa peralatan berkenaan awal Mac 2014 dan mereka berserta peralatan tersebut berjaya tiba ke Malaysia dan disimpan dengan Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik sementara cara yang terbaik untuk membawa teknologi tersebut balik ke China secara terselindung untuk mengelakkannya daripada dikesan adalah ianya dijadikan barangan kargo menerusi penerbangan komersial (MH370).

Sementara itu, Amerika, dengan bantuan perisikan Israel juga sudah maklum dengan keadaan dan situaisi ini dan mereka bersama-sama berazam merancang untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut dengan apa cara sekali pun.

China mengambilkira bahawa ianya akan selamat untuk mengangkutnya melalui pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing hanya mengambil masa empat setengah jam sahaja dan berpendapat Amerika tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu maka MH370 adalah syarikat penerbangan yang sempurna untuk tujuan tersebut.

Dikatakan juga terdapat lima agen Amerika dan Israel di atas kapalterbang tersebut yang sudah biasa dengan operasi Boeing termasuk dua warga "Iran" yang dikatakan mengguna dua pasport yang telah dilaporkan dicuri.

Apabila pesawat MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melaporkan kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWAC (Airborne Warning And Control System) Amerika menyekat isyarat MH370 dan melumpuhkan sistem kawalan juruterbang dan bertukar kepada mod kawalan jauh (dan ini menyebabkan pesawat yang tiba-tiba hilang ketinggian seketika).

Bagaimana AWAC boleh melakukannya? Ingat insiden 911? Selepas kejadian itu 911, semua pesawat Boeing (dan mungkin semua Airbus) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menghindar rampasan pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh dikawal jauh oleh menara kawalan tanah. Sistem kawalan jauh sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan pesawat.

Lima agen Amerika/Israel kemudiannya mengambil alih kapalterbang tersebut dan mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, berubah arah dan terbang ke arah barat. Mereka tidak berani terbang timur ke Filipina atau Guam kerana ruang udara Laut China Selatan secara keseluruhan telah dilindungi oleh radar pengawasan dan satelit China.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya berjaya mengesan pesawat tersebut yang tidak dikenali tetapi tidak bertindak balas secara profesional.

Pesawat itu terbang merentas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung mendakwa menyaksikan pendaratan pesawat berkenaan) sebelum ianya mengisi semula minyak dan meneruskan penerbangannya ke untuk Diego Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. 

Kargo dan kotak hitam telah dikeluarkan sementara semua penumpang telah "dikorbankan" secara "semulajadi" dengan memutuskan bekalan  oksigen dalam pesawat kerana perampas tidak mahu meninggalkan sebarang saksi.

Pesawat MH370 dengan "penumpang-penumpang"nya sekali lagi diterbangkan dengan melalui kawalan jauh dan merentas Selatan Lautan Hindi sebelum "dihempaskan" ke dalam laut untuk memberi gambaran kepada dunia pesawat tersebut sudah kehabisan bahan api dan terhempas, dan berkemungkinan akan menjadikan kapten serta  dan pembantu juruterbang sebagai "kambing hitam" dalam kejadian ini.

Amerika telah melakukan "persembahan yang terbaik" dengan mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan ketika pesawat tersebut yang diterbangkan dengan "cara mereka" ke Lautan Hindi. 

Amerika kemudiannya mengeluarkan beberapa kenyataan yang bercanggah dan bukti untuk mengelirukan dunia serta dibantu oleh  Australia yang dipercayai turut terbabit dalam lakonan ini.

Usaha China, dari segi bilangan pesawat, kapal dan satelit, mencari yang pertama di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi tidak pernah berlaku sebelum menunjukkan China amat prihatin bukan saja kerana pesawat tersebut membawa ramai banyak penumpang warga China namun terhadap kargo yang bernilai serta lapan orang saintis pertahanan mereka.

Hebatkan konspirasi ini? Namun jangan terlalu percaya akan cerita ini kerana sepertmana yang saya katakan pada mula posting ini, ini hanya salah satu daripada teori yang amat menarik di sebalik kehilangan pesawat MH370.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List