Showing posts with label Zuraida Kamarudin. Show all posts
Showing posts with label Zuraida Kamarudin. Show all posts

Wednesday, 3 February 2016

Malu Di Halau Dari Sarawak, Mak Lampir Nak Saman Idris Buang Pulak?


Mungkin merasa malu kerana dihalau dari Sarawak baru-baru ini, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin ataupun nama glamournya "Mak Lampir" bagaikan cuba menutup "kemaluan"nya dengan mendakwa akan mengambil tindakan undang-undang ke atas ahli Majlis Tertinggi PBB Dato' Idris Buang kerana kononnya Idris sengaja mengambil kenyataannya di luar konteks.

Zuraida yang dipetik dari Facebook rasmi PKR Sarawak semalam sebagai berkata, Idris Buang sengaja mengambil kenyataannya di luar konteks dan beliau akan mengambil tindakan undang-undang akan diambil terhadap Idris yang juga merupakan bekas Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri dan bekas Senator.


Beliau juga mendakwa, pakatan pembangkang Pakatan Harapan, seperti sebelumnya Pakatan Rakyat, amat komited untuk menyokong autonomi penuh daripada negeri-negeri di Malaysia Timur Sarawak dan Sabah, dalam semangat Persekutuan Malaysia yang telah dijanjikan kepada mereka oleh pengasas-pengasas negara ini, menjaga hak dan kepentingan yang lebih besar kepada rakyat Sarawak dan Sabah, mengadakan sebuah negara yang adil, saksama dan bebas daripada skandal politik, rasuah, pembaziran dana awam dan eksploitasi ahli-ahli masyarakat yang lemah.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau menyokong penuh langkah kerajaan negeri yang melarang Ibrahim Ali dan Ridhuan Tee Abdullah, yang dikenali sebagai fanatik perkauman dan agama daripada memasuki Sarawak.

"Semua pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah berikrar memberi sokongan penuh untuk autonomi imigresen kedua-dua negeri di Malaysia Timur, tetapi kami akan terus menyuarakan bantahan kami kuat untuk penyalahgunaan kuasa yang terletak hak di negeri ini, dan keputusan-keputusan sewenang-wenangnya untuk menghalang demokrasi ahli-ahli parlimen yang dipilih dan aktivis dari memasuki Sarawak dan Sabah untuk menjalankan aktiviti sah dan halal."

"Pemimpin-pemimpin Malaysia Barat politik dan aktivis hak sosial dan awam akan terus ke Sarawak dan Sabah untuk menyokong perjuangan yang adil dan sah rakyat Sarawak dan Sabah untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat. Ini ahli-ahli parlimen yang dipilih secara demokrasi dan aktivis tidak seperti golongan fanatik perkauman dan agama seperti Perkasa dan mana-mana pihak yang seperti mereka.

"Rakyat Sarawak harus berjaga-jaga bahawa BN menyalahgunakan kuasa autonomi untuk tujuan politik sendiri...blablablabla...."


Namun begitu, Zuraida dengan jelas dipetik dari KLExpress sebagai berkata, “Apabila pembangkang mengambil alih kerajaan, parti akan memastikan mengubah undang-undang berkenaan (menghapuskan keistimewaan Imigresen) kerana tidak adil kepada rakyat Malaysia."

Pada pandangan peribadi penulis, Zuriada membuat kenyataan "U-turn" ini apabila menyedari kenyataan asalnya (iaitu untuk mengubah undang-undang menghapuskan keistimewaan Imigresen Sarawak) mendapat respon negatif dari rakyat Sarawak khususnya di media sosial.

Rata-rata rakyat Sarawak berpendapat sekiranya pembangkang berjaya mentadbir negara, semestinya 18 Perkara yang dimiliki Sarawak selama ini akan dihapuskan sama sekali sepertimana yang telah digambarkan oleh Zuraida dalam kenyataannya.

Menyedari kenyataannya mungkin akan memudaratkan PKR dalam PRN11 Sarawak nanti, Zuraida pula berdolak-dalih menyatakan Idris Buang telah sengaja mengambil hanya sebahagian daripada kenyataannya dan sebaliknya hendak mengertak untuk menyaman Idris yang juga seorang peguam.

"Hidung tak mancung, Pipi tersorong-sorong, Orang Sarawak janganlah kau nak cong, Silap-silap palak ko kenak pangkung".  -UnReportedNews™®

Tuesday, 2 December 2014

Memang Patut Pun "Mak Lampir" Diharamkan Dari Memasuki Sarawak


Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato Sri Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan larangan Kerajaan Negeri ke atas Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin dari memasuki Sarawak baru-baru ini adalah tindakan yang wajar.

"Tindakan melarang Zuraidah adalah satu langkah mempertahankan Sarawak dan masyarakatnya kerana ia sememangnya adalah tugas dan tanggungjawab Pentadbiran Negeri Sarawak."

"Mereka (Kerajaan Negeri Sarawak) lebih arif untuk menilai apa yang mereka rasakan baik untuk negeri dan rakyat Sarawak."

"Kerajaan Negeri Sarawak berkuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Sarawak," jelasnya lagi. (Baca seterusnya

-UnReportedNews™®

Thursday, 16 October 2014

Memalukan: PKR Mahu BR1M DiLanjutkan


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan agar pemberian wang tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) diteruskan dan ditambah secara khusus untuk golongan wanita.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dipetik portal The Malaysian Insider berkata, melalui pemberian BR1M kepada wanita, mereka juga akan menikmati kuasa beli.

"Wanita turut menyumbang kepada pembangunan negara, mereka perlu mempunyai kuasa beli.

"Jadi saya cadangkan supaya BR1M itu diteruskan dan ditambah kepada golongan wanita," katanya ketika Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat, semalam.

Zuraida dan PKR sebelum ini dengan lantang membantah serta mengkritik pemberian wang tunai BR1M oleh kerajaan BN kepada rakyat berpendapatan rendah, kerana menurut mereka BR1M bukan penyelesaian ekonomi jangka panjang. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Saturday, 11 October 2014

PANAS!!! Apa Kata Pembangkang Tentang Bajet 2015


Umum tahu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan bajet 2015 di Dewan Rakyat semalam yang meintikberat Ekonomi Keperluan Rakyat.

Bajet kaw-kaw sebanyak RM273.9 billion meliputi hampiir segala keperluan rakyat di Malaysia.

Namun apa agaknya kata beberapa pemimpin/ahli parlimen pembangkang mengenainya ye? Jom kita survey ...


ZZzzzzzzzzzz


ZZZZzzzzzzz...krohhhhhh

Kahkahkah...

(Nota: Gambar diambil di kaca TV siaran langsung TV1 ketika Najib membentangkan bajet 2015 semalam)

-UnReportedNews™®

Wednesday, 12 June 2013

MAK LAMPIR AKAN ENGKARI ARAHAN ANWAR IBRAHIM?!

-ZURAIDAH BERPENDAPAT SEMUA AHLI PARLIMEN SEHARUSNYA HADIR ADA UPACARA  ANGKAT SUMPAH PARLIMEN! HAA! TAU TAK PE! KEKEKE!!!-

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin berkata semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak seharusnya memboikot upacara angkat sumpah Parlimen pada 24 Jun ini.

"Pada pendapat saya, kita harus menghadiri majlis angkat sumpah kerana hanya selepas kita mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, baru kita boleh berada di dalam Dewan," katanya dilaporkan oleh mStar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun beliau menyokong tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang tidak menghadiri taklimat Dewan Rakyat pada Selasa.

"Semua kami dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak menghadiri taklimat itu.

"Tetapi majlis mengangkat sumpah adalah penting kepada rakyat kerana mereka mengundi supaya kita membawa isu dan masalah mereka di Parlimen," katanya.

Naib Presiden PKR, Tian Chua sebelum ini mencadangkan bahawa semua Ahli Parlimen Pakatan memulaukan majlis itu, namun idea itu ditolak sekutu mereka daripada DAP dan PAS.

-UnReportedNews™®

Thursday, 21 February 2013

AKIBAT TSUNAMI AH JIB GOR

-MAK LAMPIR OH MAK LAMPIR! KALAU YE PUN NAK TIRU PM NAJIB MEMUKUL GENDANG, INGAT-INGATLAH SIKIT AWAK POMPUAN, JANGANLAH GOYANG LEBIH-LEBIH SANGAT KERANA IANYA SUNGGUH MEMALUKAN! KEKEKE!!!-

Betul kata rakan blogger aku Medan Tempur Kedah (tempat aku cilok video kat bawah nih!), sapa-sapa pun boleh keras perut dek ketawa tengok Mak Lampir beraksi!!!

Tersebur air kopi dari mulut aku pagi tadi tengok video nih!

Tapi yang menghairankan, siap ada gimmick pulak tu! 

PM Najib punya iklan tak sampai ada adegan mengutip kayu pemukul gendang, video MP Ampang si Zuiraida Kamaruddin ni ada .. fuhhh sungguh kreatif sekali .. sebijik macam Mak Lampir!

Apa boleh buat, trend masakini, kalau dia boleh aku pun boleh jugak! Ambik kaw!


Sumber: Medan Tempur Kedah


-UnReportedNews™®

Monday, 18 February 2013

BENARKAH MAK LAMPIR ZURAIDAH KAMARUDDIN BERPATAH ARANG DENGAN AMK SARAWAK?!

-SEMUANYA DEK KELANTANGAN INTIPATI CERAMAH KETUA AMK SARAWAK NAZIB JOHARI  MENYALAHKAN ORANG INDONESIA & ASING LAIN DAPAT IC SEGERA MENENTUKAN KEMENANGAN BN PADA SEBULAN DUA DULU MEMBUAT MAK LAMPIR, AHLI PARLIMEN AMPANG ZURAIDA KAMARUDDIN, ANAK KELAHIRAN BENGKULU, SUMATERA INDONESIA YANG ADA DISITU PADA MALAM ITU MARAH?! KEKEKE!!!-

Kita "reblog"kan kisah tersebut ya, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak si Ahmad Nazib Johari ketika berceramah di Desa Ilmu dalam Ceramah Merdeka Rakyat dengan lantang mempersoalkan yang kononnya 42,000 orang Indonesia telah di beri IC segera untuk menjadi pengundi agar menentukan kemenangan BN dalam PRU akan datang.

Nazib oh Nazib, jagalah mulut kau sikit kerana ianya membuat Zuraida Kamaruddin yang duduk lebih kurang 10 kaki dari pentas di mana Nazib berucap kelihatan berpura-pura sibuk memerhati talipon bimbitnya ketika Nazib menyebut perkara tersebut seolah-olah menahan bahana malu akibat kerakyatan asalnya di ungkit. (sila klik sini

Nasib baik ketika Nazib memohon orangramai menjadi "mata-mata" PR supaya melaporkan kepada PR sekiranya mereka mensyaki ada kes sebegitu di Samarahan, tiada penonton yang bangun menjerit sambil menunjukkan Zuraida Kamaruddin adalah seorang daripada "orang yang disyaki" itu kalau tidak, kan jadi kes naya!

Berbalik kepada Nazib, mukadimahnya mengenai "bertapa beryukurnya beliau kerana ramai rakyat P194 Samarahan" hadir ke ceramah tersebut menampakkan kecetekan fikirannya, berucap main hentam kromo saja serta tidak membuat "homework" sebelum berucap kerana kenyataannya di perbetulkan oleh pelajar-pelajar yang menjerit "bukan P194 (Petra Jaya) tapi P197 Samarahan"! Aduh, malunya!

Mungkin kerana terlalu "excited" dan ingin "menunjuk pandai" dengan kehadiran kelibat Ketua Umum PR DS Anwar Ibrahim ataupun mungkin Nazib benar-benar tiada modal memaksa beliau membangkit semua isu-isu yang kesemuaan faktanya tidak boleh dipakai dan hanya persepsi serta mengandungi undur fitnah!

Mungkin jua Nazib sudah terlalu lama "bertapa" di Semenanjung sehingga terikut-ikut budaya hentam kromo dan fitnah puak pembangkang Semenanjung sehinggakan dia menggula-gulakan rakyat Samarahan termasuk golongan cerdik pandai pelajar universiti dengan mengatakan Kerajaan Malaysia berhutang sebanyak RM470 bilion.

Sedangkan sebelum itu pada pada ceramah bersama Rafizi Ramli, Nazib mengatakan hutang negara sebanyak RM500 bilion, malah "best-friendnya" Arip Ameran juga menyatakan "RM500 belliun" (ini bukan salah ejaan tapi memang sebutan si Arip). Fakta yang kononnya amat penting bagi pihak PR untuk "menumbangkan" Kerajaan BN tidak pernah konsisten jumlahnya ataupun sememangnya kerajaan Malaysia telahpun membayar RM30 bilion dek "kelantangan" Nazib & Arip membangkitkan perkara ini? Chewah!!!

Aku dah naik malas nak menulis panjang-lebar tentang "kekurengan kepintaran orang" nih so kalo korang nak detail korang baca blog brother seperjuangan aku dalam team Bloggers Anak Sarawak™®, Wira Kenyalang™ okay!

Jangan ingat apabila Anwar Ibrahim datang ke Sarawak maka kau boleh tunjuk lagak? Orang Sarawak tidak suka dengan Anwar Ibrahim apatah lagi dengan warganegara Sarawak sendiri yang cuba menipu rakyat Sarawak!!!

PS: Pesanan aku pada AMK Sarawak, ini sebagai contoh penangan dari aku ada banyak lagi dan aku tak kisah menulisnya sepanjang masa kerana memang menulis tu kerja aku, persoalannya korang sanggup tak menerimanya hari-hari so hentikan mainan ciplak FB bodoh korang tu! Peace!!!

Arikel berkaitan: 

UNTUK AMK/PKR SARAWAK SAHAJA! TAKKAN TERDESAK SAMPAI BEGITU SEKALI!!!


-UnReportedNews™®

Tuesday, 8 January 2013

INTIPATI CERAMAH KETUA AMK SARAWAK BUAT MAK LAMPIR TERSIPU-SIPU MALU

-NAZIB OH NAZIB .. BERFIKIRLAH MEMBUKA MULUT .. MANA KE TIDAK, SEDAP JE MENYALAHKAN ORANG INDONESIA & ASING LAIN DAPAT IC SEGERA MENENTUKAN KEMENANGAN BN SEHINGGA BELIAU BOLEH LUPA AHLI PARLIMEN AMPANG ZURAIDA KAMARUDDIN, RAKAN PENCERAMAHNYA PADA MALAM ITU ADALAH ANAK KELAHIRAN BENGKULU, SUMATERA INDONESIA! KEKEKE!!!-
 
 
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak Ahmad Nazib Johari ketika berceramah di Desa Ilmu dalam Ceramah Merdeka Rakyat dengan lantang mempersoalkan yang kononnya 42,000 orang Indonesia telah di beri IC segera untuk menjadi pengundi agar menentukan kemenangan BN dalam PRU akan datang.
 
Ini membuat Zuraida Kamaruddin yang duduk lebih kurang 10 kaki dari pentas di mana Nazib berucap kelihatan berpura-pura sibuk memerhati talipon bimbitnya ketika Nazib menyebut perkara tersebut seolah-olah menahan bahana malu akibat kerakyatan asalnya di ungkit. (sila klik sini)
 
 
Nasib baik ketika Nazib memohon orangramai menjadi "mata-mata" PR supaya melaporkan kepada PR sekiranya mereka mensyaki ada kes sebegitu di Samarahan, tiada penonton yang bangun menjerit sambil menunjukkan Zuraida Kamaruddin adalah seorang daripada "orang yang disyaki" itu kalau tidak, kan jadi kes naya!
 
Berbalik kepada Nazib, mukadimahnya mengenai "bertapa beryukurnya beliau kerana ramai rakyat P194 Samarahan" hadir ke ceramah tersebut menampakkan kecetekan fikirannya, berucap main hentam kromo saja serta tidak membuat "homework" sebelum berucap kerana kenyataannya di perbetulkan oleh pelajar-pelajar yang menjerit "bukan P194 (Petra Jaya) tapi P197 Samarahan"! Aduh, malunya!
 
Mungkin kerana terlalu "excited" dan ingin "menunjuk pandai" dengan kehadiran kelibat Ketua Umum PR DS Anwar Ibrahim ataupun mungkin Nazib benar-benar tiada modal memaksa beliau membangkit semua isu-isu yang kesemuaan faktanya tidak boleh dipakai dan hanya persepsi serta mengandungi undur fitnah!
 
Mungkin jua Nazib sudah terlalu lama "bertapa" di Semenanjung sehingga terikut-ikut budaya hentam kromo dan fitnah puak pembangkang Semenanjung sehinggakan dia menggula-gulakan rakyat Samarahan termasuk golongan cerdik pandai pelajar universiti dengan mengatakan Kerajaan Malaysia berhutang sebanyak RM470 bilion.
 
Sedangkan tempohari pada pada ceramah bersama Rafizi Ramli, Nazib mengatakan hutang negara sebanyak RM500 bilion, malah "best-friendnya" Arip Ameran juga menyatakan "RM500 belliun" (ini bukan salah ejaan tapi memang sebutan si Arip). Fakta yang kononnya amat penting bagi pihak PR untuk "menumbangkan" Kerajaan BN tidak pernah konsisten jumlahnya ataupun sememangnya kerajaan Malaysia telahpun membayar RM30 bilion dek "kelantangan" Nazib & Arip membangkitkan perkara ini? Chewah!!!
 
Aku dah naik malas nak menulis panjang-lebar tentang "kekurengan kepintaran orang" nih so kalo korang nak detail korang baca blog brother seperjuangan aku dalam team Bloggers Anak Sarawak™®, Wira Kenyalang™ okay!
 
Jangan ingat apabila Anwar Ibrahim datang ke Sarawak maka kau boleh tunjuk lagak? Orang Sarawak tidak suka dengan Anwar Ibrahim apatah lagi dengan warganegara Sarawak sendiri yang cuba menipu rakyat Sarawak!!!
 
Peace!!!

-UnReportedNews™®

Monday, 7 January 2013

MAK LAMPIR CEMUH ROSMAH MANSUR

-DASAR PENDATANG TAK SEDAR DIRI, ZURAIDA KAMARUDDIN BESELINDUNG DI SEBALIK TUDUNGNYA MEMBAWA PERWATAKAN SEORANG WANITA ISLAM TAPI MULUTNYA "NAUZUBILLAH" MACAM LONGKANG KEHILANGAN PENUTUPNYA .. KEKEKE!!!-

Zuraida Kamaruddin, anak kelahiran Bengkulu, Sumatera Indonesia yang kini Ahli Parlimen Ampang dengan lantang memutarbelitkan fakta dalam ucapannya pada Perhimpunan Merdeka Rakyat PR di Desa Ilmu, Kota Samarahan di Sarawak malam semalam.
Sedap jer si Mak Lampir ni melabelkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur wanita pemusnah negara NO.1 yang kononnya mempunyai sikap pemboros.
UnReportedNews™® nak tanya satu jer .. maner buktinya IBUKKKK! Apa-apaan tuduhan sebegitu tanpa buktinya?
Tapi bukti menyatakan Mak Lampir yang pemboros ader ler..Kok mengata orang awak yang lebih-lebihan! Dalam masa empat tahun jer jadi MP, Mak Lampir bershopping sakan..kalau di tukar dalam rupiah mahunya berbilion-billion rupiah jadinye..kekeke!!


 
No kenderaan : WRL 575
No enjin : B5254 T2 A027402
Model : VOLVO XC90 2.5 T
Tarikh daftar : 01.07.2008
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan : RM 355,000.00



No kenderaan : WTY 1547
No enjin : 2KD650 8915
Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT
Tarikh daftar : 31.05.2010
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan: RM 99,000.00

(Nak tahu lebih lanjut klik sini)

-UnReportedNews™®

GAMBAR-GAMBAR DI SEPANJANG HIMPUNAN MERDEKA RAKYAT PR DI SAMARAHAN

-LEBIH BANYAK JANJI MANIS DI TABUR, SEMAKIN BANYAK FAKTA DI PUTAR BELIT .. TEAM Bloggers Anak Sarawak™® TURUN KE PADANG MEMBUAT LIPUTAN .. NANTIKAN HURAIAN INTIPATI CERAMAH TERSEBUT DI POSTING-POSTING KAMI YANG AKAN DATANG .. HANYA DI Bloggers Anak Sarawak™®! KEKEKE!!!-



 
 
 
-UnReportedNews™®

Monday, 18 June 2012

CERAMAH PR DI KUCHING SARAWAK MENYEDIHKAN!!

-PELBAGAI ALASAN DI BERI; SALAH KOMUNIKASI LAH, DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (DBKU) MENCABUT BENDERA PR “PENANDA” LAH MALAH MENJUAL NAMA YB AZMIN ALI YANG KONONNYA AKAN MEMBERI CERAMAH MALAM TADI PUN TAK BERJAYA MENARIK MINAT ORANG UNTUK MENGHADIRI PROGRAM TERSEBUT-


Hanya lebih kurang 300 orang hadir ke Ceramah Merdeka Rakyat II PR yang di anjurkan oleh Wanita PKR Sarawak di Satok semalam dan malangnya hamper separuh daripada mereka yang hadir itu adalah “hadirin import” yang pastinya bukannya warga Satok.

Selain daripada beberapa orang pemimpin pembangkang tempatan Sarawak, pihak penganjur mempertengahkan beberapa penceremah wanita pembangkang dari Semenanjung Malaysia yang kurang di kenali sehinggakan petugas pembangkang sendiri yang mengendali acara tersebut apabila di tanya nama penceramah yang berceramah hanya mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak tahu dan seolah-olah “blur”.

Tempat yang di pilih untuk membuat ceramah amat “menyedihkan” iaitu di petak letak kereta bersebelahan dengan Wisma Satok berbackdropkan wajah Anwar Ibrahim.

Pelbagai isu-isu nasional dan tempatan yang kebanyakannya diputar belitkan fakta-fakta di pertengahkan (yang akan di kupaskan satu-persatu oleh UnReportedNews™® dalam posting yang akan datang….tungggguuu).

Yang nyata ceramah PR malam tadi gagal kerana sejurus mendengar Azmin Ali sebenarnya tidak akan berceramah sebahagian daripada hadirin yang ada termasuk saya sendiri meninggal majlis itu (tambahan ceramah-ceramah yang disampaikan amatlah membosankan).

Klimax ceramah itu adalah penceramah yang terakhir iaitu YB Zuraida Kamaruddin-PKR namun pada masa itu saya sudah balik (hahaha!) namun saya akan cuba mendapat isi-isi ceramahnya menerusi rakan-rakan Cybertroopers saya yang lain yang seakan-akan seperti memaksa diri mereka untuk berada di program berkenaan sehingga ke penghujungnya.

-UnReportedNews™®



UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List