Showing posts with label Zulkifli Nordin. Show all posts
Showing posts with label Zulkifli Nordin. Show all posts

Monday, 13 May 2013

PERHIMPUNAN BANTAH KEPUTUSAN PRU-13 PR HANYA USAHA MEMESONGKAN KES "DERHAKA TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG"?!

-BERSIRI PERHIMPUNAN ANJURAN PR, RIBUAN PENYOKONG TEGAR HADIR, WAIMA ZAHIRNYA CELIK BELAKA SADISNYA MEREKA "BUTA HATI & AKAL, MALAH "SENGAJA" BUTA MATA" KERANA GAGAL MENGESAN "KEJANGGALAN" MATLAMAT UTAMA PERHIMPUNAN "MEMBANTAH KEPUTUSAN PRU-13", NGAPE PULA PR KELANTAN & P. PINANG TERIMA WATIKAH PERLANTIKAN MENTERI BESAR & KETUA MENTERINYA? NYATA SEMUA USAHA "MELENCONG" KES PENCEROBOHAN PENGANAS SULU DI LAHAD DATU YANG DIKAITKAN PEMBABITAN BEBERAPA PEMIMPIN TERTINGGI PR TERMASUK ANWAR SENDIRI? PATUTLE SPIN LEBIH-LEBIH, NAK ELAK KENA GANTUNG RUPENYE! KEKEKE!!!-

Jika dikaji atau perhatikan dengan secara yang lebih mendalam, secara logiknya kita tidak dapat mengenalpasti dengan tepat apakah matlamat atau objektif sebenarnya siri perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini yang telah berpihak kepada Barisan Nasional (BN) yang mendapat majoriti mudah dengan memenangi 133 kerusi Parlimen dari keseluruhan 222 kerusi yang dipertandingkan berbanding dengan Pakatan Rakyat (PR) yang menang 89 kerusi (PKR- 30, PAS- 21 dan DAP- 38).
  
Iya, memang siri-siri perhimpunan anjuran PR tersebut yang nyata dirancang serta dikemudikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk "Membantah Keputusan PRU13"  tapi persoalannya, jika PR benar-benar tidak redha dengan keputusan Keputusan PRU13, mengapakah Kerajaan PR Kelantan dan Pulau Pinang diantara negeri-negeri yang terawal yang menerima watikah perlantikan Menteri Besar (MB) dan Ketua Menteri negeri masing-masing? Dan malangnya bagi Selangor, jika tiada perbezaan pendapat antara PAS, PKR dan DAP mengenai perlantikan Menteri Besarnya, pasti Selangor juga telah terawal menyusuli tindakan kedua negeri PR menerima watikah perlantikkan MBnya.


Selepas perhimpunan siri pertama diadakan di Kelana Jaya pada Rabu lalu diikuti dengan perhimpunan siri yang kedua di Pulau Pinang pada Sabtu lepas, PR kemudiannnya telah mengadakan siri perhimpunan ketiga di hadapan ibu pejabat PKR Perak bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 selepas pilihan raya dengan orang ramai memenuhi jalan-jalan di sekitar Medan Istana di Ipoh di sini semalam dan turut dilaporkan bahawa siri-siri perhimpunan yang telah diadakan tidak mendapat kebenaran daripada pihak polis dan pada masa yang sama, siri-siri perhimpunan itu seterusnya dijadualkan akan diadakan secara berasingan di Kuantan dan Johor Baru iaitu pada Selasa dan Rabu ini. 

Dilaporkan juga pada perhimpunan siri yang kedua di Pulau Pinang pada Sabtu lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang baru menerima watikah perlantikkannya dengan  secara rasminya daripada TYT Negeri Pulau Pinang beberapa hari sebelum ini juga hadir pada perhimpunan tersebut! Lihatlah, bertapa hipokritnya golongan pemimpin-pemimpin tertinggi PR ini dan sadisnya, mengapa penyokong-penyokong tegar PR gagal melihat dari perspektif ini ataupun hakikatnya, mereka sebenarnya sedar namun sengaja buat-buat tak tak tahu. 

Ataupun kehadiran Guan Eng sebenarnya hanya untuk meng"iya"kan apa yang telah dilaung-laungkan Anwar iaitu "Membantah Keputusan PRU13" dalam perhimpunan tersebut tapi bukankah ianya tidak logik bagi diri Guan Eng dan DAP Pulau Pinang yang secara langsung sebenarnya tidak mengiktiraf kemenangan mereka di negeri mutiara itu?! Hakikatnya, PR  sebenarnya kini sedang meraikan kemenangan atas kejayaan mereka mencapai lebih dari PRU-12 dahulu mereka dan walaupun apa saja alasan Guan Eng dan sesiapa saja pemimpin untuk menghadiri perhimpunan tersebut termasuk Anwari Ibrahim sendiri, objektif utamanya bukanlah "Membantah Keputusan PRU13" tetapi lebih berniat menjurus kepada usaha untuk menyembunyikan sesuatu agenda pula.

Rakyat Malaysia seharusnya mengetepikan kebimbangan berhubung 'tragedi 13 Mei' dan biarlah 13 Mei menjadi hari baru untuk semangat yang baru di Malaysia, menolak semua bentuk perkauman, demikianlah mukadimah Anwar, seperti lazimnya beliau begitu bijak berkata-kata dalam ucapannya dengan memainkan perasaan setiap individu yang kebanyakan mereka berpakaian serba hitam, kononnya tanda "Berkabung Membantah Keputusan PRU13" yang ada diantara mereka hadir seawal pukul 7 malam semalam pada perhimpunan dimana Pengerusi PKR Perak, Dr Muhamad Nur Manutty dan Badrul Hashim Shaharin yang juga dikenali sebagai Chegu Bard juga telah memberi ceramah manakala, kehadiran Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya seakan memberi sokongan moral sahaja.

Jika dihayati "permainan" Anwar yang lampau, dimana beliau begitu bijak dan licik sekali membangkitkan isu-isu yang dianggap tidak relevan hanya sebagai "diversion" atau untuk memesongkan perhatian umum dari sesuatu "kesalahannya" yang lebih nyata, maka dari berdasarkan "sejarah permainan" Anwar, adalah amat logik sekali mengapa "perhimpunan PR yang sememangnya patut dan perlu diadakan" telah dianjurkan iaitu ianya lebih cenderung berniat untuk memesong satu isu yang teramat serius sebelum PRU-13 diadakan yang melibatkan "penderhakaan, pengkhianatan, ancaman serta mengisytiharkan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong" iaitu insiden pencerobohan kumpulan pengganas Sulu bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Memandangkan ianya adalah satu kes yang teramat serius membabitkan keselamatan negara, lebih-lebih lagi insiden tersebut juga telah mengorbankan lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia, satu suruhanjaya khas sepatutnya ditubuhkan sebaik sahaja tamatnya PRU-13 baru-baru ini untuk menjalankan siasatan mencari dalang-dalang yang terdiri dari orang-orang tempatan yang telah dikenalpasti atau disyaki membantu kumpulan pengganas lanun Sulu sewaktu mendarat dan "bermaharajalela" di Lahad Datu, Sabah agar mengheret pihak terbabit ke muka pengadilan namun bagaimana suruhanjaya khas berkenaan hendak ditubuhkan dan sejauh mana keberkesanan siasatan yang bakal dijalankan dengan keadaaan kestabilan terkini politik negara yang "tidak seberapa" dek asakan perhimpunan PR yang kononnya "Membantah Keputusan PRU13"?!

Sewaktu kemuncaknya insiden pencerobohan kumpulan pengganas Sulu bersenjata di Lahad Datu terdapat sumber-sumber dari risikan Filipina yang mendedahkan terdapatnya bukti-bukti yang menjuruskan penglibatannya sekurang-kurangnya tiga pemimpin Pakatan negara ini dan daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari dan hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama wujud dan diketahui umum dan mereka dipercayai menerima bantuan senjatapi dari satu elemen luar dan perkara ini yang dijangka ingin dihindari PR, terutamanya Anwar sendiri kerana hukuman terhadap mana-mana warga Malaysia, jika disabit dengan apa-apa tindakan yang menjurus kepada "penderhakaan, pengkhianatan, ancaman kepada keselamatan negara serta mengisytiharkan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong" maka mereka dikategorikan sebagai pembelot dan wajar dilucutkan kerakyatan serta hukuman yng menanti adalah penjara seumur hidup atau mati mandatori!

Anwar Ibrahim, yang juga penasihat PKR sendiri awal-awal lagi tidak menolak kemungkinan yang dirinya akan didakwa berhubung dakwaan penglibatannya dengan insiden penceroboh pengganas Sulu bersenjatapi di Lahad Datu, Sabah (sumber) dan secara logik, hanya dua saja motif mudah yang didapat dilihat dari segala yang yang diharap dari siri-siri perhimpunan "Membantah Keputusan PRU13" PR tersebut iaitu satu; melambatkan penubuhan suruhanjaya khas berkenaan untuk sehingga datang "ilham baru" atau dua; cuba menghuru-harakan keadaan negara ini agar campurtangan kuasa asing yang kemudiannya "menabal"kan PR sebagai kerajaan sah atas dasar" undi popular" PRU-13 yang telah memihak kepada PR.

Dipendekkan cerita, semua perancangan ini adalah memastikan Anwar Ibrahim yang dilaksanakan bagai pungguk rindukan bulan agar menjawat jawatan Perdana Menteri setelah beberapa insiden beliau tersungkur tika benar-benar hampir mencapainya biarpun "sementara"; kedudukan yang diidam-idaminya selama lebih dari dua dekad sebelum "menyerahkannya" (mungkin dengan cara teknikal yang tidak ketara) kepada DAP yang juga telah lama mengimpikan kuasa mutlak kerjaan Malaysia hanya untuk satu tujuan iaitu menghapuskan "Perkara 153" ataupun Artikel 153 Perlembagaan Malaysia iaitu Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. (sumber)

Saranan yang dibuat oleh Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin semalam agar siasatan suruhanjaya khas berkaitan dalang insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah perlu disegerakan bagi mengheret pihak terbabit ke muka pengadilan kerana terdapat dakwaan pemimpin pembangkang terbabit dalam isu insiden itu, yang mengorbankan lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban selepas bertempur dengan musuh tidak begitu keterlaluan malah dirasakan begitu wajar dan seharusnya dipertimbangkan oleh kerajaan dengan segera sebelum keadaan berlarutan menjadi lebih kronik lagi.

Zulkifli, yang juga bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang ditemui pemberita selepas menghadiri program 'Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara di Kuala Lumpur disini juga menyarankan agar Polis perlu bertindak tegas dengan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menyaman kerana tindakan yang mempertikai keputusan PRU13 ke atas Anwar Ibrahim kerana tindakannya menganjurkan siri perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini tanpa mendapat kebenaran daripada pihak polis bukan saja seakan mencabar kewibaan pihak berkuasa malah merupakan suatu penghinaan dan  pengkhianatan secara langsung kepada rakyat yang telah memilih BN untuk terus berkuasa.

Kita boleh memahami mengapa "DAP" berbuat begitu tapi yang musykilnya kemanakah hala-tuju"PKR dan PAS", sebuah parti yang majoritinya adalah golongan berbangsa Melayu dan ironinay, dipimpin oleh orng Melayu sendiri, takkan mereka tak menyedari mereka secara tidak langsung turut terbabit didalam kemusnahan yang merugikan bangsa sendiri. Apakah kebencian kepada BN berbaloi dengan kemusnahan yang bukan saja akan menjejaskan kita pada masa kini tapi anak-cucu serta keturunan kita sendiri, generasi bangsa Melayu yang seterusnya selepas kita?!

Monday, 8 April 2013

PEMALSUAN SURAT ULAMA ISLAM TERKEMUKA DR YUSOF AL QARDAWI BERTUJUAN "MEMULIH IMEJ KOTOR" ANWAR IBRAHIM

-DASAR MUKA PENIPU YANG JENIS LANGSUNG TAK TAHU ERTI MALU, NYATA  ANWAR BERSUNGGUH-SUNGGUH BERUSAHA UNTUK MENYAKINKAN ORANGRAMAI YANG BELIAU MENDAPAT SOKONGAN ULAMA ISLAM TERKEMUKA BERKENAAN TERSEBUT AGAR MENGHILANGKAN IMEJ "PELIWAT" (KES SAIFUL BUHARI) MENYELUBUNGINYA KINI! TAKKANLAH SAMPAI TAHAP SERENDAH & SEHINA TU PERMAINAN PEMBOHONGAN ANWAR. DAH TERDESAK KOT? APASAL TAK MINTAK SURAT SOKONGAN DARI PEJABAT RESIDEN ATAU DO SEKALI? KEKEKE!!!-

Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin mendakwa pakatan pembangkang telah memalsukan satu surat kononnya datang dari ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qardawi ulama terkemuka dunia Islam sebagai tanda sokongannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Zulkifli yang juga bekas peguam bela Anwar dalam kes liwat I di petik AIDC sebagai berkata, pihaknya telah mendapat salinan ‘surat’ bertarikh 2 Mac 2013 tersebut yang telah dicetak kira-kira satu juta sebagai bahan kempen pakatan untuk Pilihanraya Umum ke-13.

“Mereka telah cetak hampir satu juta risalah, konon cerita syeikh Yusof Al Qardawi, ulama besar akan menyokong Anwar Ibrahim.

“Mereka palsukan…kononnya Syeikh Yusof Qardawi menulis surat menyokong seorang peliwat, seorang biseksual, seorang yang rosak akhlak untuk menjadi Perdana Menteri kita,”katanya dalam Perhimpunan Selamatkan Selangor di Shah Alam, 6 April.

Allah Maha Kaya, Maha Adil dan Maha Menyayangi, kerana sebaliknya, ulama terkemuka dunia Islam tersebut dilihat memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak menerusi surat penghargaan peribadinya kepada Najib sebagai respons dan pengiktirafan di atas keberanian Najib melawat Semenanjung Gaza, Palestin berserta isterinya Datin Seri Rsmah Mansur tidak berapa lama dulu.

Menerima surat penghargaan peribadi dari ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qardawi, ulama terkemuka dunia Islam adaah satu penghormatan yang tertinggi dar sudut mata masyarakat Islam seluruh dunia dan ya, Najib telah menerima surat penghargaan peribadi dari ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qardawi dan ya, surat tersebut sememangnya asli dan bukan palsu, sepertimana yang di dakwa oleh Datuk Zulkifli Noordin mengenai surat milik Anwar Ibrahim yang kononnya dari Prof Dr Yusuf al-Qardawi sebenar surat palsu untuk beberapa tuuan tertentu.

Dalam permulaan surat itu, tanpa berselindung Al-Qaradawi memanjatkan doa memohon kepada Allah S.W.T semoga terus mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Dato’ Seri Najib dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global.

Al-Qaradawi 
Surat penghargaan Al-Qaradawi ini merupakan tamparan hebat kepada pembangkang. Ia langsung tak terjangka oleh sesiapa memandangkan selama ini gerombolan pembangkang sering menggambarkan ulama tersohor itu agak dingin dengan kepimpinan negara.

Adalah satu kebiasaan Anwar memanipulasi nama Al-Qaradawi dalam usaha mencipta persepsi umum supaya dirinya dilihat berada di pihak yang benar dan mendapat sokongan ulama terkemuka itu dalam usahanya menjatuhkan kepimpinan Najib dan Kerajaan Malaysia.

Lantaran itu tidaklah menghairankan apabila ramai di kalangan pemimpin pembangkang sering mendabik dada konon perjuangan mereka menentang Barisan Nasional (BN) sentiasa mendapat sokongan dan restu dari tokoh ulama terkemuka dunia Islam itu.

Malah gerombolan pembangkang sering mempropagandakan kononnya Al-Qaradawi mempunyai hubungan yang agak akrab dengan ketua Umum PKR dan amat bersimpati dengan nasib Anwar yang dikatakan telah dianiaya oleh Najib dalam isu liwat.

Tanpa disedari umum, khilaf pandangan Al-Qaradawi dalam isu liwat Anwar itu sebenarnya tercetus dari kejayaan manipulasi hubungan rapat beberapa pemimpin PAS dan PKR dengan seorang anak Al-Qaradawi. Dari situlah munculnya desas desus hubungan dinginnya dengan Kerajaan Malaysia.

Lagi pun jika benar Al-Qaradawi berpegang teguh pada pandangan bahawa pertuduhan liwat terhadap Anwar adalah konspirasi Kerajaan Malaysia, tentunya tidak sesekali ulama terkemuka itu sanggup mendoakan kebaikan untuk sebuah pemerintahan yang dikatakan zalim, bukan begitu?. 

Berkemungkinan besar perubahan pandangan ulama tersohor ini bertitik tolak dari perilaku Anwar sendiri yang pernah mengikrarkan kesediaannya untuk menjaga keselamatan negara Israel, satu ikrar yang bersifat pengkhianatan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Selain itu, kesediaan Ketua Umum PKR itu mengambil mudah mengiktiraf aktiviti LGBT dan turut memberi sokongan terhadap kegiatan liberalisme dan pluralisme juga diketahui amat tidak disenangi Al-Qaradawi dan ramai ulama lain di dunia Arab.

Ternyata kebenaran sememangnya pahit bagi penyokong pembangkang. Realiti sebenar langsung tidak seperti yang digambarkan oleh Anwar, sebaliknya amat tinggi pengharapan Al-Qaradawi untuk melihat Malaysia di bawah kepimpinan Najib terus memacu kebangkitan dan ketamadunan umat Islam.

Kegelojohan Anwar mahu mendaki puncak pemerintahan telah menjerat dirinya sendiri, langkah mendekati golongan LGBT , liberalisme dan pluralisme tidak menjadikannya berada di pihak yang benar sebaliknya mendedahkan lagi dirinya di pihak yang songsang dan bersalah.

Doa yang dilafazkan oleh Al-Qaradawi itu cukup simbolik dan bagaikan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib dan Kerajaan Malaysia. Paling penting ia menunjukkan keyakinan ulama tersohor itu yang Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib sudah berada di landasan yang betul dan benar. (sumber)

-UnReportedNews™®

Sunday, 24 March 2013

SEPULUH MUSLIHAT ANWAR MENJELANG PRU 13

-SEPERTIMANA YANG DIBONGKAR AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BARU ZULKIFLI NORDIN BARU-BARU INI UNTUK MERAIH UNDI, SOKONGAN SERTA KEYAKINAN RAKYAT! LICIK BETUL KAN? SEBIJIK MACAM DAJAL! KEKEKE!!!-

(dibawah adalah ringkasan ucapan beliau)

1 - Akan menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. (TELAH BERLAKU).

2 - Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. Dia akan rancang suasana dimana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, tetapi tembakan tak kena kat dia, akan kena isteri atau anak dia... SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM.

3 - Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata - mata. (usaha memujuk pegawai berkenaan sedang dijalankan).

4 - Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA "Demi Allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA" tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful).

5 - Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat - saat akhir sebelum hari mengundi. (menurut orang dalam pembangkang, mereka dah beli jam yg sama macam yg dijumpai oleh Datuk Eskay. Tetapi dia tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis boleh siasat dan tunjuk jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru dikeluarkan dan beliau akan kata, "INI DIA JAM ITU, SAYA DI FITNAH SEBENARNYA").

6 - Memujuk YB PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. (mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dulu kerana Najib bayar duit. Calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan oleh pihak-pihak tertentu. mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.)

7 - Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. (Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom sedang pengsan dan tak sedar. Azmin datang bawak media, kamera dia ambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.)

8 - Peguam-peguam/polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Dato' Seri Najib terlibat dlm kes tersebut. (Maklumat yang diterima berkemungkinan besar menunjukkan bahawa pembangkang sedang cuba pujuk pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya bahawa pembangkang sedang cuba pujuk dengan membayar mereka supaya mereka keluar dan membuat kenyataan memang Najib terlibat kes Altantuya.)

9 -Mereka akan hina dan fitnah Rosmah bahawa Rosmah terlibat dgn skandal (Seorang bekas pegawai isteri PM akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara )

10 - Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU nanti. (mengikut maklumat yang diterima daripada org dalam PAS, bahawa setiap ahli PAS akan diminta bersumpah "Wallahi, Wabillahi, Watallahi, aku ahli PAS, bersumpah dengan nama Allah, dalam pru 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ......... " (Nauzubillah Min Zalik). begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke Putrajaya.) (sumber)

-UnReportedNews™®

Thursday, 21 February 2013

MASYAALLAH NIK AZIZ, MENGUCAPLAH!

-POK NIK HARUS INGAT, POLITIK-POLITIK JUGAK TAPI JANGAN NAK MERAIH POPULARITI DI KALANGAN PENGUNDI KAFIR, NABI MUHAMMAD SAW SANGGUP POK NIK PERLEKEHKAN!-

Nukilan Ahli Parlimen Kulim Zulkifli Noordin dalam blognya, Salam 2 all.

Rasulullah saw bersabda dalam satu hadis daripada Saidina Ali karamallah huwajhah, diriwayatkan oleh Al-Baihaqi iaitu:

"Nanti akan datang kepada manusia dalam waktu yang terdekat, suatu zaman dimana Islam tidak tinggal kecuali namanya sahaja, dan tidak tinggal pada Al Quran kecuali huruf dan tulisannnya sahaja. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk.

Ulama' mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada dibawah langit ini. Daripada mereka datangnya fitnah, dan kepada mereka kembalinya fitnah itu!".

Rasulullah saw telah memberikan kita suatu gambaran dimana akan datang nanti satu masa, satu zaman dimana manusia yang paling buruk akhlak, yang paling rosak perangainya, yang menjadi punca dan penyebar fitnah ialah ulama'! Merekalah yang menjadi punca fitnah dan kekeliruan umat manusia termasuk Islam. Dan mereka kelak nanti akan ditimpa fitnah yang sama!


Kata Datuk Nik Aziz, Muhammad Bin Abdullah (iaitu Rasulullah saw) semasa lahir serupa saperti Mat-Mat kampung lain sahaja

Semasa timbul isu kerajaan cauvinis biaDap Pulau Pinang berura-ura mahu membatalkan perarakan sambutan maulidurrosul peringkat negeri Pulau Pinang sekitar awal 2008, iaitu selepas PRU 12 yang menyaksikan Guaneng diangkat menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, umat Melayu-Islam bangkit menyatakan kemarahan dan bantahan mereka.

Isu itu mendapat liputan meluas media. Kemarahan umat Melayu-Islam terhadap sikap yang dilihat sebagai anti-Islam kaum cauvinis biaDap makin meluap-luap.

Dalam keadaan itu, Datuk Nik Aziz, selaku Mursyidul Am PAS, rakan sekongkol parti cauvinis DAP membuat suatu kenyataan pada 28 Mac 2008 (bersamaan dengan Jumaat 20 Rabi'ul Awal 1429 iaitu bulan sambutan Maulidurrosul) dalam satu kuliah di Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan. Untuk lebih jelas, mike boleh klik sendiri rakaman kenyataan tersebut yang teman muat-turun diatas.

Secara verbatim, Datuk Nik Aziz menyatakan saperti berikut:

"Rasulullah adalah jawatan yang dilantik oleh ALLAH. ALLAH Ta'ala sendiri tengok, dalam ribu-ribu juta entah trillion manusia ni ada seorang atas dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah saw. Beliau telah dilantik jadi Nabi bila umor dia 40 tahun. Waktu dia beranak, jadi 40 tahun belum dia jadi Nabi ni dia beranak, bonda dia pun tak tahu anak dia akan jadi Nabi.

Jadi kita ni dok sambut maulid Nabi maulid Nabi ni kerja tak sudah!

Kalau Nabi Muhammad ni waktu dia beranak tu serupa Muhammad-Muhammad lain. Kampung kita ada Muhammad, ada Mat, orang Melayu ada panggil Mat. Mat anak kita, Mat budak kampung kita dengan Muhammad Bin Abdullah di tanah 'arab tu waktu dia beranak serupa je.

Yang jadi masalah yang jadi kita terikat rapat ni setelah 40 tahun kemudian, bila beliau menjadi Nabi dengan turunnya ayat "iqro' bismirobbikallazikholak" sampai 30 juzu', dalam masa 23 tahun Quran tu dibagi-bagi diagih-agih, tika tulah, sejak tu lah hubungkait kita dengan dia! " (na'uzubillah minzalik).

Datuk Nik Aziz memotong kek sempena menyambut hari lahirnya ke 82 dirumah Karpal Singh dihari kaum kristian memenuhi gereja di hari Ahad sewaktu perayaan Thaipusam oleh kaum hindu!



Ringkasnya kalau ikut kata Datuk Nik Aziz diatas, kita tidak perlu sambut Maulid Nabi! Kerana kelahiran Nabi Muhammad dengan Mat kampung kita sama sahaja sewaktu dia beranak! Malah ada puak yang lebih ekstrim menyatakan menyambut dan memperingati harijadi Nabi saw ini adalah suatu bida'ah, suatu amalan yang meniru kristian, na'zubillah minzalik!

Benarkah kelahiran Nabi Muhammad saw dengan Mat kampung kita tu sama sahaja? Jom kita perhatikan sirah kelahiran Rasulullah saw.

1. Betul-betul sebelum sebelum kelahiran Nabi saw, terjadi peristiwa tentera bergajah Abrahah daripada Yemen menyerang bumi Makkah untuk meruntuhkan Ka'bah. Tentera ini dimusnahkan saperti api memakan daun kering dan dikisahkan oleh ALLAH didalam Surah Al-Fiil. Tahun itu adalah tahun kelahiran Nabi saw, dan dipanggil Tahun Gajah;

2. Di pagi kelahiran Rasulullah saw, suatu bintang yang terang muncul menerangi alam sehingga diriwayatkan ianya saperti terang matahari diwaktu siang. Kemunculan bintang terang itu tercatat dalam kitab terdahulu sebagai tanda kelahiran Nabi akhir zaman yang mereka nanti-nantikan. Diriwayatkan bagaimana kaum Yahudi di Yathrib meraikan kemunculan bintang itu dengan menceritakan kepada penduduk Yathrib kaum Auz dan Khazraj bahawa itu tanda Nabi yang mereka tunggu sudah dilahirkan. Sebab itulah kaum Auz & Khazraj mudah menerima kenabian Rasulullah saw apabila Baginda membawa risalah Islam;

3. Diwaktu subuh kelahiran Nabi saw, empat belas lingkungan gerbang istana Kisra telah bergegar dan retak, api yang disembah oleh kaum majusi begitu lama terpadam dan gereja-gereja sekitar Bahirah Sawah telah runtuh setelah ia mendap kebumi.

4. Sewaktu Nabi mencapai umur sekitar 6 tahun, Baginda dibawa bapa saudaranya oleh Abu Tolib dalam misi perdagangan, dan sewaktu singgah di Buhara, seorang pendita Yahudi mengecam Raulullah dengan tanda-tanda kenabian ditubuh Rasulullah saw;

5. Antara tanda kenabian Rasulullah sejak bayi lagi ialah apabila keluarga Halimatussa'adiah yang menyusukan Nabi dapat melihat mukjizat Baginda dengan ternakan mereka yang kurus menjadi gemuk dan mengeluarkan susu yang banyak.

Sebenarnya kita boleh bariskan senarai yang panjang untuk membuktikan bahawa kelahiran Rasulullah saw sehinggalah Baginda mencapai umur 40 tahun tidak sama macam Mat-Mat kampung kita saperti kata Datuk Nik Aziz. Malah kelahiran Baginda penuh dengan rahmat dan keberkatan diiringi dengan mukjizat yang membuktikan tanda-tanda kenabian Baginda!

Ringkasnya, pada teman kenyataan Datuk Nik Aziz didalam videoklip diatas jelas telah menimbulkan fitnah keatas hari kelahiran Rasulullah saw. Fitnah kerana kelahiran Nabi saw disamatarafkan dengan kelahiran Mat-Mat kampung.

Sehingga ada pengikut yang taksub dan fanatik mengiyakan kenyataan tersebut, malah sehingga menyokong dan mempertahankan ura-ura tindakan kerajaan cauvinis rasis Pulau Pinang untuk melarang perarakan sambutan sempena memperingati hari kelahiran Nabi saw. Sambutan Mauliddur Rosul menerima bahana fitnah dari mulut seorang yang diangkat sebagai tok guru oleh partinya! Seorang yang ditabalkan sebagai ulama' oleh pengikutnya!

Lima tahun berlalu sejak kenyataan Datuk Nik Aziz tersebut. Tiba-tiba pada hari Ahad 27 Januari 2013 berlaku sesuatu yang kita tidak pernah terfikir akan berlaku!

Di hari Ahad, hari pengikut agama kristian memenuhi gereja, dihari kaum Hindu menyambut perayaan Taipusam, tiba-tiba Datuk Nik Aziz muncul dirumah Karpal Singh di Pulau Pinang. Dan dirumah pemimpin DAP yang disanggah oleh ahli Majlis Syuro PAS yang dipecat Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai kafir harbi yang anti-Islam, pemimpin yang pernah membuat kenyataan dan masih berpegang kepada kenyataan "Islam over my dead body", Datuk Nik Aziz menyambut harijadinya yang ke 82.

Datuk Nik Aziz, yang lahir pada 10 Januari 1931, meraikan harijadinya dirumah seorang kafir yang tegar dan konsisten menentang penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hudud yang kononnya diperjuangkan (tetapi kini dilongkangkan) oleh parti Datuk Nik Aziz!

Pemimpin kafir yang menyelar keputusan Majlis Syuro PAS yang mana Datuk Nik Aziz menjadi mursyidnya dalam isu kalimah ALLAH; pemimpin harbi yang mendesak Presiden PAS supaya meminta Majlis Syuro PAS menarik balik "patwa" yang dibuat pada 13 Januari 2013 melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh non-muslim termasuk kaum kristian!.

Dirumah Karpal Singh itulah dipagi Ahad hari kaum kristian memenuhi gereja dihari sambutan Taipusam oleh kaum hindu Datuk Nik Aziz meraikan sambutan hari lahirnya yang ke 82!

Persoalannya ialah, apakah hadis yang disabdakan Rasulullah saw itu telah berlaku didepan mata kita? Apakah kata-kata Datuk Nik Aziz menyamatarafkan kelahiran Nabi saw dengan Mat-Mat kampung telah kembali semula kepada Datuk Nik Aziz apabila dia sendiri menyambut harijadinya dirumah seorang kafir harbi dihari gereja dipenuhi kaum kristian dalam keadaan kaum hindu sedang meraikan Taipusam!!!

Adakah fitnah keatas maulidurrosul telah kembali menjadi fitnah maulid Datuk Nik Aziz? Adakah ALLAH telah membayar tunai kepada Datuk Nik Aziz tak sampai lima tahun yop?

Na'uzubillah mkin zalik - moga ALLAH menjauhkan kita daripada fitnah hidup dan mati, fitnah alam barzakh, fitnah neraka jahanam, dan fitnah Dajjal Al-Masih!

Kepada Datuk Nik Aziz, cuba perhatikan dan hayati semula hadis riwayat Al-Baihaqi tersebut. Perhalusi hadis itu dengan 'ainul-iman, dan berdoalah semoga ALLAH memberikan petunjuk, hidayah dan kekuatan untuk bermuhasabah diri dikala umur yang sudah senja ini!

Kepada pengikut tegar yang taqsub dan fanatik, ingatlah bahawa tiada ulama' yang maksum, yang kebal dari kesalahan dan kesilapan. Jangan kita ulangi kesilapan umat dahulu yang tersesat dan disesatkan oleh rahib dan pendita mereka, sehingga akhirnya mereka menjadi kaum PBB - Pekak, Bisu & Buta kepada yang haq dan kebenaran!

Berhentilah "mempertuhankan" agamawan dan pemimpin mike yop! Kembalilah kepada Islam yang sebenar, berdasarkan Al Quran & Sunnah Rasulullah saw.

Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH terus memperkukohkan iman dan aqidah kita, dan memberikan kita anugerah istiqomah dalam iman! Ameen!

Zulkifli
Aamantu billah summastaqeem!

Adios amigos, grasias senorita!
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
08 Rabi'ul Akhir 1434
19 Februari 2013

P/s-kebetulan hari ini 19 Feb adalah hari ulangtahun kelahiran teman mengikut kalendar masihi (mengikut kalendar Islam teman lahir hari Isnin 14 Ramadhan 1381H). 

Semoga ALLAH menjauhkan teman daripada segala macam fitnah fiddunya wal akhirah, dan memelihara iman dan aqidah teman, serta memberikan kesihatan jiwa, minda dan tubuh badan yang sihat demi untuk perjuangan risalah tauhid dan syariat Islam ini insya ALLAH.

-UnReportedNews™®

Saturday, 17 November 2012

WUJUDNYA PERJANJIAN "PEMBUANGAN HUDUD" PAS-DAP?

-SEMUA AHLI PAS/PK/DAP ISLAM DARI SARAWAK HARUS BACA NI SUPAYA TAK "DIPERKELDAIKAN" LAGI OLEH PR..TAKKAN GILA KUASA SAMPAI TAHAP NAK GADAI AGAMA KOT!! KEKEKE!!!-
AIDCNews – 16/11/12 – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin mengesahkan beliau menjadi saksi wujudnya perjanjian sulit Pakatan Rakyat (PR) pada 18 Disember 2009 untuk membuang perjuangan hudud dan Negara Islam yang menjadi tunggak PAS.

"PAS sendiri sanggup korbankan perjuangannya..Pada 18 Disember 2009, secara sedar, pimpinan PAS menandatangani perjanjian persefahaman pakatan DAP dan PAS, jika membentuk kerajaan, Negara Islam, hudud, Qisas dan takzir tak ada dalam agenda.

"Dia (PAS) tahu tu, bukan dia tak tahu, tapi dia tandatangan juga," katanya ketika ditemui media UMNO hari ini.

Zulkifli melihat PAS berbohong kepada ahli-ahlinya, apabila mendakwa parti itu masih meneruskan agenda hudud dan Negara Islam, sedangkan telah menandatangani perjanjian dengan rakan sekutu PR untuk menggugurkan kedua-dua asas perjuangan itu.

"Nak cakap pasal hudud, nak bohong siapa ? Awak sudah tandatangan dengan DAP dan PKR tak mahu hudud, dekat luar awak kata nak hudud. Kan bohong namanya itu.

"Saya antara orang yang menyaksikan perjanjian tersebut. Saya tahulah tentang perkara itu. Bahkan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang berulang kali mengatakan bahawa persepakatan antara PAS, DAP dan PKR tidak termasuk agenda Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam!," tegasnya.

Beliau juga turut menggesa kepimpinan PAS memberitahu secara telus kepada ahli-ahlinya tentang pengguguran kedua teras perjuangan parti itu.

"Kepimpinan PAS perlu dedahkan kepada ahli akar umbi bahawa di dalam Pakatan Pembangkang bahawa hudud dan negara Islam tidak ada dalam agenda sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi PRU yang akan datang ini.

"Beritahu pada ahli, bahawa Anwar sebagai ketua pembangkang, berpendirian bahawa tidak akan melaksanakan hudud dan negara Islam sekiranya mereka berkuasa," tegasnya lagi.

Semalam, AIDCNews menyiarkan
pendedahan seorang ahli seumur hidup PAS, Zainon Ismail
yang mendakwa PAS telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan kedua asas perjuangan parti itu.

Zainon Ismail yang lebih dikenali sebagai CN Al-Afghani mendedahkan perjanjian sulit itu diadakan pada pada 18 Disember 2009 yang ditandatangani oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam," dedahnya dalam Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November.


Sumber: Din Turtle

-UnReportedNews™®

Thursday, 14 June 2012

PR SPIN ISU SCORPENE KAITKAN PM?

-ISU TERGEMPAR SUPAYA KEMENTERIAN PERTAHANAN MENJAWAB DAKWAAN PENJUALAN DOKUMEN RAHSIA BERKAITAN KAPALSELAM SCORPENE KEPADA SYARIKAT PERTAHANAN PERANCIS DI TOLAK-




YB Zulkifli Noordin semalam telah menangkis tuduhan tidak berasas yang ditimbulkan terhadap isu kapal semalam Scorpene dan kes yang berlaku di mahkamah Perancis yang dibuat oleh pihak pembangkang.

Bekas peguam bagi Ketua Pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata bahawa beliau tahu akan strategi pembangkang di mana tujuan mereka untuk meraih kembali isu ini adalah untuk mengaitkan Datuk Seri najib Tun Razak.

"Sudah saya ulang beberapa kali, kes ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PM. Jika ada, sudah tentu saya telah mempersoalkan tentang perkara ini dahulu. Saya tidak membuat sebarang persoalan kerana ia tidak mempunyai sebarang kaitan langsung" kata Zulkifli.

Zulkifli, yang ditemuramah di lobi Parlimen semalam berkata bahawa isu kapal selam Scorpene di Perancis bukanlah satu isu yang besar di sana kerana pihak berkuasa masih lagi sedang menjalankan siasatan, bukannya sedang dibicarakan di mahkamah.

"Di Perancis, pihak mahkamah mempunyai kuasa dalam menjalankan siasatan, perkara ini masih lagi dalam siasatan, bukannya sedang dibicarakan.

"Ia hanyalah siasatan biasa.

Jadi, mereka mungkin atau tidak mungkin akan menjalankan sebarang perbicaraan terhadap perkara ini.

"Semuanya bergantung kepada mereka." kata beliau.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima dua buah kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak pada tahun 2009.

Selain itu, Zulkifli, ahli Parlimen bebas bagi Kulim Bandar Baru, mencadangkan agar Majlis Peguam, seperti di Sabah dan Sarawak, perlu ditubuhkan di setiap negeri bagi menggantikan Majlis Peguam sekarang.

Ini, menurut beliau, mampu memberikan autonomi yang lebih besar bagi setiap negeri.

"Majlis Peguam di Sabah dan Sarawak telah membuktikan bahawa mereka adalah efektif dan mampu mengawal ahli-ahli mereka dengan baik.

"Tiada aduan yang dibuat terhadap Majlis Peguam di kedua-dua negeri tersebut. Bukan seperti apa yang sedang berlaku di Semenanjung sekarang."


Sumber: Minda Hijrah


-UnReportedNews™®



UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List