Tuesday 7 May 2013

TERIMAKASIH MELAYU/BUMIPUTERA PKR & PAS, DAP KINI MELANGKAH SETAPAK LAGI KE MATLAMAT MEREKA!

-KEPUTUSAN PRU-13 SEMALAM DIMANA BN KALAH HAMPIR SEMUA KAWASAN DOMINAN MAJORITI KAUM CINA BUKAN SAJA DI SARAWAK, MALAH DISELURUH NEGARA JELAS MENUNJUKKAN KESAN KEMPEN BERSENTIMEN PERKAUMAN MELAMPAU YANG DIKATAKAN DIGERAKKAN OLEH DAP SUDAH SEKIAN LAMA BERJAYA  MENYATUKAN MEREKA DEMI UNTUK MENCAPAI SATU TUJUAN IAITU MENGAMBIL-ALIH KERAJAAN & MENGHAPUSKAN "PERKARA 153" PERLEMBAGAAN MALAYSIA YANG SELAMA INI MELINDUNGI ORANG-ORANG MELAYU & BUMIPUTERA!-

Suka atau tidak, kita terpaksa mengakui yang DAP telah berjaya memanipulasikan beberapa parti Melayu dan Bumiputera untuk memecahkan undi agar berpihak kepada mereka seperti yang kita dapat lihat dari keputusan PRU-13 yang lepas demi untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perkara ini sepatutnya membuka mata kita rakyat Sarawak terutamanya golongan Melayu dan Bumiputera agar kita sebenarnya tidak boleh leka bercakaran sesama sendiri sedangkan "musuh" sebenar kita sedang mengatur rancangan dan agenda utama mereka dengan begitu rapi dan senyap tanpa disedari untuk "memusnahkan" kita semua.

Cukuplah dengan ENAM kawasan Parlimen (termasuk satu dimenangi PKR di Miri) di Bumi Sarawak yang mereka sudah jajahi selepas PRU-13, dari sekarang kita seharusnya semua bersatu hati bernekad bukan saja untuk menghalang mereka mara biar seinci pun malah memberi komiten sepenuhnya untuk merampas balik KEENAM-ENAM kawasan Parlimen mereka tawan itu demi bangsa dan masa depan anak cucu kita.

Matlamat utama DAP adalah untuk menguasai kerajaan dengan "cara yang sah" iaitu menerusi Pilihanraya kerana mereka sedar mereka tidak mampu mengambil alih tampuk kerajaan secara kasar seperti mereka pelajari dari "Peristiwa 13 Mei" dan kaedah yang paling terbaik mereka rumuskan adalah menggunakan PKR dan PAS agar menghentam sesama bangsa sendiri.

Mengenai samada pemimpin-pemimpin PKR atau PAS sedar atau tidak akan perkara ini, Allahuallam, tapi secara logiknya jikalau penulis artikel ini yang tiada berpendidikan yang setinggi atau sehebat pemimpin-pemimpin Melayu parti pembangkang itu boleh "sedar dan peka" akan rancangan jahat ini, agak mustahillah jika mereka mengatakan mereka tidak boleh membaca "permainan" DAP.

Apakah matlamat DAP jika mereka ditakdirkan menguasai kerajaan Malaysia? Sudah tentulah mereka ingin menghapuskan "Perkara 153" ataupun Artikel 153 Perlembagaan Malaysia dan kepada sesiapa yang masih samar-samar akan "Perkara 153", berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

Sekiranya "Perkara 153" ini dihapuskan, hak kita orang Melayu dan Bumiputera semua akan hilang dan ketika itu, kalau menangis sampai terkeluar airmata darahpun, tiada sesiapa pun yang mampu akan membantu. 

Sedangkan kini kita dilindungi "Perkara 153", ekonomi kita telahpun dikuasai mereka, cuba bayangkan jika tiada apa-apa yang melindungi kita semua, sekarang kita masih mempunyai masa untuk menghalang semua itu dengan bersatu! Ya, benar kata DAP! Ubah! Ubah! Ubahlah mentali orang Melayu dan Bumiputera Sarawak agar menyedri perkara ini! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List