Showing posts with label Timbalan Menteri KDN. Show all posts
Showing posts with label Timbalan Menteri KDN. Show all posts

Tuesday, 8 April 2014

"SERANGAN" FACEBOOK TERHADAP TIMBALAN MENTERI

-MENUNDING JARI KEPADA KESILAPAN ORANG LAIN MEMANG MUDAH TAPI JIKA BENAR-BENAR HENDAK MEMBANGKITKAN SESUATU ISU ITU HARUSLAH BERFAKTA BUKANNYA MAIN HENTAM KROMO SAJA! MUKA KO DIAT JANG! KEKEKE!!!-


Terdapat pihak yang sengaja memutarbelitkan kenyataan menteri atau timbalan menteri untuk membangkit sesuatu isu agar menyemarakkan amarah rakyat terhadap kerajaan.

Dalam hal ini, ada pihak yang cuba pemimpin memburukkan imej dan kredibiliti Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar sehingga menggesa beliau meletak jawatan.

Sehubungan ini, admin UnReportedNews™® berasa tergerak untuk menjawab satu persatu "isu-isu" yang telah dibangkitkan oleh pihak-pihak yang menganggap diri mereka "lebih hebat" dari Timbalan Menteri KDN.

Terdapat empat isu (jawapan Timbalan Menteri Dalam Negeri) yang dibangkitkan yang kononnya telah "memalukan rakyat Sarawak" iaitu; "Orang bukan Melayu boleh terima isu rogol bawah umur", "Rakyat di Sarawak tiada hak langsung untuk menyoalkan Perjanjian Malaysia 1963", "Penjara di Malaysia adalah penjara yang terbaik di dunia" dan "Esscom tak boleh jamin keselamatan pelancong, lebih baik tutup resort di pulau terpencil di Sabah".

Bagi menjawab isu jawapan "Orang bukan Melayu boleh terima isu rogol bawah umur", di bawah tertera kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut oleh SUK Timbalan Menteri KDN Dato' Haji Wan Hamzah Wan Paie. Admin UnReportedNews™® akan menjawab isu-isu yang lain pada posting-posting yang akan datang, InsyaAlah.

Saya selaku Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri membuat sidang akhbar ini bagi memberi penjelasan yang betul mengenai isu terhadap jawapan YB Timbalan Menteri Dalam Negeri mengenai statistik kes rogol gadis bawah umur.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa sewaktu menjawab soalan, YB Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh, YB Setiu di Parlimen pada 18 Mac yang lepas, YB Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak pernah menyebut dalam jawapan beliau bahawa golongan bukan melayu tidak sensitif ataupun menerima aktiviti-aktiviti seks gadis bawah umur dalam masyarakat mereka. YB Datuk Wan Junaidi tidak pernah menyebut ayat-ayat tersebut dalam jawapan beliau. Semua ayat tersebut ada dalam ulasan kata-kata YB Chong Chieng Jen (YB DAP Bandar Kuching) sewaktu  mengulas jawapan YB Datuk Wan Junaidi. YB Chong menyatakan apa yang beliau faham dari jawapan yang diberikan oleh YB Datuk Wan Junaidi tetapi kata-kata tersebut bukanlah kata-kata dari YB Datuk Wan Junaidi sendiri. Malangnya beberapa pihak portal news dalam alam maya dan sebahagian pengguna facebook telah merujuk kata-kata YB Chong ini sebagai perkataan asal Datuk Wan Junaidi. Untuk mendapatkan kebenaran perkara ini saya ingin merujuk semula jawapan YB Datuk Dr. Wan Junaidi seperti yang terdapat dalam Hansard parlimen Malaysia bertarikh 18 & 19 Mac 2014 (dikepilkan hansard tersebut).

Apabila kita merujuk kepada keseluruhan konteks perenggan itu, maka kita dapati perenggan tersebut adalah menyentuh mengenai statistik tindakan membuat laporan kepada pihak polis. Maka apabila Datuk Wan Junaidi menyebut “Pihak lain kurang sensitif kepadanya” dan “perkara yang berlaku itu boleh di terima oleh pihak lain” maka yang dimaksudkan oleh Datuk wan Junaidi melalui ganti nama “nya” dan “perkara yang berlaku itu” adalah tidak sensitif untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis dan bukanlah tidak sensitif terhadap gejala rogol gadis bawah umur sepertimana yang difahami oleh YB Chong. Sesungguhnya pemahaman dan tafsiran serta kata-kata YB Chong terhadap jawapan Datuk Wan Junaidi adalah jauh tersasar dan terpesong dari maksud sebenar Datuk Wan Junaidi.

2.  Dalam berhadapan dengan kebenaran jawapan Datuk Wan Junaidi ini, saya memuji pendekatan YB Gobind Singh  Deo yang lebih rasional dan waras di mana beliau mempersoalkan apakah bukti yang menunjukkan golongan bukan melayu kurang sensitif dalam melaporkan kes rogol bawah umur ini kepada pihak polis. Untuk menjawab soalan ini saya menyeru semua pihak merujuk kepada perangkaan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara mengenai jumlah anak luar nikah yang dilahirkan oleh gadis bawah umur dan kita bandingkan jumlah laporan polis bagi kes rogol bawah umur mengikut statistik kaum seperti berikut:

Kelahiran anak luar nikah oleh gadis bawah umur (16 tahun ke bawah) Tahun 2012 – 2013

AGENDA 1. Jumlah anak luar nikah oleh gadis bawah umur (perangkaan dari Jabatan Pendaftaran Negara).
MELAYU -1490 BUKAN MELAYU-1836

AGENDA 2.Jumlah kes rogol bawah umur yang dilapor kepada polis.
MELAYU-2390 BUKAN MELAYU-584 

AGENDA 3.Jumlah kes rogol dalam ruangan 1 yang tidak di lapor kepada pihak polis.
MELAYU-Tiada BUKAN MELAYU-1252

Inilah yang dimaksudkan oleh Datuk Wan Junaidi bahawa kaum Melayu sensitif dalam membuat laporan manakala kaum bukan melayu kurang sensitif untuk melaporkan kes rogol bawah umur ini kepada pihak polis. Maka tafsiran terhadap perkataan beliau yang dibuat oleh YB Chong adalah salah dan terpesong dari maksud sebenar Datuk Wan Junaidi.

3. Ada sesetengah pihak menyatakan bahawa jawapan Datuk Wan Junaidi mengenai kes rogol bawah umur ini yang berdasarkan kepada statistik kaum adalah sebagai tindakan rasis dan maka dengan ini saya menyangkal dan menolak sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Statistik berdasarkan kaum telah menjadi amalan dalam Negara kita dalam usaha memacu Negara kita ke arah Negara kita Negara maju. Statistik berdasarkan kaum telah digunakan dalam sistem negara kita sama ada dalam bidang ekonomi, pendidikan mahupun sosial.

Statistik ekonomi berdasarkan kaum di gunakan  di Negara kita maka atas dasar itu kita mempunyai Tabung Ekonomi Bumiputera, Tabung Ekonomi India, Dewan Perniagaan Cina, Dewan Perniagaan Melayu dan banyak lagi inisiatif yang berbeza untuk kaum yang berbeza. Tiada yang berkata ini rasis.

Statistik pendidikan berdasarkan kaum digunakan di Negara kita, maka atas dasar ini sistem pendidikan Negara mempunyai SK (J) Cina, SK (J) Tamil, Sekolah Kebangsaan, Tabung Pendidakan Masyarakat India, Persatuan-Persatuan Pendidikan Cina contohnya Dong Zong dan tiada yang berkata rasis.

Statistik sosial berdasarkan kaum juga digunakan dalam Negara kita makanya kita mempunyai Persatuan Belia Cina, Belia India, Dan Belia Melayu bahkan parti politik kita juga berdasarkan kepada statistik kaum menyebabkan kita menerima dan mengamalkan parti berasaskan kaum. Tiada yang berkata ini rasis.

Maka atas dasar apa apabila Datuk Wan Junaidi membentangkan statistik rogol bawah umur berdasarkan kaum maka beliau di tuduh rasis. Makanya saya memuji kenyataan akhbar dari:
Presiden Persatuan Peguam Wanita iaitu Meersamatan dalam The Star semalam,
Pengarah Program Sister In Islam , Suri Kempe
Presiden Organisasi Bantuan Wanita, Mok Chuang

Di mana ketiga-tiga mereka di atas menyeru agar statistik yang dikeluarkan oleh Datuk Wan Junaidi itu tidak di lihat dari aspek perkauman tetapi di gunakan untuk lebih memahami masalah dan mencari penyelesaian untuk masyarakat kita yang mempunyai pelbagai kaum di peringkat akar umbi.

4. Datuk Wan Junaidi juga telah menjawab dalam parlimen mengenai statistik rogol ini secara berani dan jujur tanpa menyembunyikan apa-apa fakta walaupun beliau tahu jawapan tersebut mungkin tidak popular dan membuka pekung sesetengah pihak namun yang jelas beliau menjawab atas dasar kebenaran. Adakah wajar seseorang yang telah membantu kita untuk memahami kebenaran mengenai masyarakat kita sendiri dikondem dan dilabel rasis semata-mata demi kepuasan nafsu politik individu tertentu. Seharusnya kita berterima kasih kepada Datuk Wan Junaidi kerana telah membuka mata kita dalam isu ini dengan harapan semua agensi, NGO, individu yang memperjuangkan pembinaan masyarakat Malaysia akan dapat menggunakan fakta ini dalam mencari penyelesaian yang betul dan bersesuaian dengan akar umbi masyarakat kita.

5. Kita juga belajar dari perkara ini betapa mudahnya masyarakat kita di hasut dan di provok atas nama perkauman. Dengan hanya di hidangkan dengan beberapa perkataan hasutan maka kita hilang pertimbangan dan kewarasan dalam menilai dan mencari kebenaran. Semoga Allah S.W.T melindungi Negara kita dari anasir merbahaya ini.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 2 April 2014

JANGAN TAKUT NUAR, PENJARA MALAYSIA ANTARA YANG TERBAIK DI DUNIA

-SEMUA PENGHUNI DILAYAN DENGAN ADIL MENGIKUT PROSEDUR STANDARD TANPA MENGIRA BANGSA, JANTINA ATAU FAHAMAN POLITIK! DENGAR TU NUAR? KEKEKE!!!-


Penjara Malaysia telah diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia untuk menjaga kebajikan dan hak-hak banduan dan memenuhi piawaian antarabangsa, parlimen diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, program pemulihan itu bukan hanya dibuat kursus untuk pegawai-pegawai penjara Asia Pasifik di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), tetapi juga diterima pakai oleh beberapa negara.

"Jabatan Penjara Malaysia sangat sensitif tentang hak-hak dan kebajikan penghuni dan menyediakan perkhidmatan profesional berdasarkan nilai-nilai manusia keadilan dan saksama.

"Semua penghuni dilayan dengan adil mengikut prosedur standard tanpa mengira bangsa, jantina atau fahaman politik ," katanya menjawab Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR- Bukit Katil) yang bertanya sama ada rawatan penghuni memenuhi piawaian di bawah Piawaian Bangsa-Bangsa Bersatu Peraturan minimum (UNSMR).

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) juga mengesahkan bahawa Malaysia telah diberikan banduan dengan perkhidmatan yang terbaik.

Ketika ditanya sama ada Shamsul Iskandar penghuni yang mendaftar sebagai pengundi akan mendapat untuk mengundi, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan pihak-pihak yang berkaitan.

Pada banduan dan pegawai penjara dijangkiti batuk kering, Wan Junaidi berkata kementerian itu akan bertemu dengan pihak yang berkaitan untuk menangani masalah tersebut.

"Saya telah mengarahkan Jabatan Penjara untuk mengatur pertemuan dengan Kementerian Kesihatan untuk menyediakan imunisasi untuk mereka yang dijangkiti dan mengambil langkah-langkah pencegahan."

Ketika menjawab soalan tambahan Mas Ermieyati Samsudin (BN- Masjid Tanah) mengenai rawatan bagi wanita penghuni, beliau berkata Jabatan Penjara sentiasa mengambil berat untuk keperluan mereka, khususnya mereka yang hamil.

"Kami memberikan mereka dengan layanan yang sama seperti yang diberikan kepada wanita di luar penjara. Jika mereka memerlukan rawatan setiap minggu, mereka akan menerimanya," katanya.

Diterjemahkan dari sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 5 March 2014

POLIS TERKORBAN, PEMBANGKANG "GHAIB"?

-SELAMA INI, SEGELINTIR PEMBANGKANG MEMPERSOALKAN SOP POLIS KETIKA MENJALANKAN TUGAS LEBIH-LEBIH LAGI BILA BERHADAPAN DENGAN PENJENAYAH! SEKARANG, ANGGOTA POLIS DAH TERBUNUH & CEDERA, BELALAH LAGI PENJENAYAH ATAU PALING SENANG, LU ORANG SENDIRI PERGI BURU PENJENAYAH! KEKEKE!!!-

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar melawat Koperal Mohd Aidil Mustafa yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari menegaskan anggota polis telah mengikut "Standard Operation Procedure" (SOP) ketika menjalankan tugas dalam insiden di Klang dimana seorang anggota polis terbunuh dan seorang tercedera manakala dua orang suspek penjenayah ditembak mati.

Dalam kejadian tersebut, Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, yang cedera di kepala maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), manakala Koperal Mohd Aidil Mustafa, 47, ketika ini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi hospital sama.

Kedua-dua anggota dari unit kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan pada awalnya melihat sekumpulan warga asing, termasuk tiga wanita, sedang berada dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan dan cuba untuk memeriksa mereka.

Kesemua mereka ini berjalan dalam satu kumpulan, selepas memeriksa dan cuba menahan tiga wanita daripada kumpulan itu, beberapa orang lelaki telah menyerang anggota menggunakan parang dan pisau rambo sebelum menikam Raja Aizam di bahagian kepala dan menetak muka Mohd Aidil.

Mungkin ramai, terutamanya pihak pembangkang tak terfikir yang setiap hari, anggota-anggota polis kita bagaikan memperjudi nyawa sendiri demi untuk menjaga ketenteraman awam. 

Adalah lebih baik bagi pembangkang agar cuba memahami tanggungjawab dan menghargai jasa pihak polis dari mempersoalkan cara polis menjalankan tugas! Pendekata, kalo dah pandai sangat, lu sendirilah pergi buru penjenayah, baru lu rasa! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Wednesday, 15 January 2014

MABUK & TERTIDUR, ANGGOTA POLIS KEHILANGAN SENJATA API

-SUSULAN KEJADIAN TERSEBUT, SOP PENGGUNAAN SENJATA API POLIS AKAN DI KAJI  & DI PERKETATKAN! GARA-GARA SEGELINTIR ANGGOTA POLIS YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SEBEGINILAH YANG TERUS MENCEMAR IMEJ & KREDIBILITI PASUKAN PDRM!-


Seorang anggota polis yang dilaporkan mabuk sehingga tak sedarkan diri dan tertidur dalam keretanya telah kehilangan senjata apinya dicuri oleh dua orang lelaki pada hujung minggu lepas.

Sumber memaklumkan kepada UnReportedNews™®, anggota yang berusia 40-an berkenaan bertugas di sebuah balai di sebuah kawasan di Sarawak sebelum itu telah memenangi nombor ekor dan minum hingga mabuk.

Beliau kemudiannya dikatakan telah tertidur didalam keretanya sebelum senjata apinya yang disimpan dalam sebuah beg kecil dalam kenderaannya dicuri.

Sehubungan itu, kes kehilangan senjata ini turut dikaitkan dengan penemuan dua kelopak pistol yang mengandungi 21 butir peluru hidup jenis P99 yang difahamkan sama dengan peluru yang dikeluarkan untuk kegunaan polis di negara ini.

Kelopak pistol itu dipercayai tercicir dari salah seorang saspek dalam satu kes cubaan mencuri kereta di sini semalam, di mana saspek berkenaan telah mengeluarkan sepucuk pistol dalam usahanya meloloskan diri semasa bergelut dengan polis.

Saspek berumur 24 tahun dari Jalan Astana, Kuching itu telah dikenalpasti identitinya dan kini sedang diburu polis, manakala rakan sepenjenayahnya yang berumur 29 tahun dari Matang Jaya, Kuching telah berjaya diberkas polis.

Dalam respon terhadap kejadian ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata SOP berkenaan perlu dikaji semula dengan mengambilkira tahap disiplin di kalangan anggota dan pegawai polis yang diamanahkan membawa senjata berkenaan.

"Prosedur Kendalian Standard (SOP) penggunaan dan penjagaan senjata api yang digunapakai Polis sekarang masih gagal mengelakkan kehilangan aset berkenaan dan perlu diperketatkan lagi."

Junaidi berkata kejadian terbaharu ini sudah menampakkan keperluan untuk mengkaji semula latihan kepolisan bagi memastikan anggota dan pegawai yang terlatih juga mempunyai disiplin dan jati diri yang tinggi.

"Saya melihat polis sekarang berada dalam zaman yang keterlaluan. Orang polis (sepatutnya) perlu sentiasa berwaspada. (Tetapi) Semua benda (sudah menjadi) keterlaluan. Minum (arak) pun sampai mati," katanya. 

-UnReportedNews™®

Wednesday, 8 January 2014

CUBA PECAHMASUK RUMAH TIMBALAN MENTERI, DUA ANGGOTA RELA DIHUKUM ENAM BULAN PENJARA

-HARAP PAGAR, PAGAR MAKAN PADI! ITULAH ISTILAH YANG TEPAT DITUJUKAN KEPADA DUA ANGGORA RELA YANG DIDAPATI BERSALAH CUBA MEMECAHMASUK RUMAH TIMBALAN MENTERI KDN!-

Dua anggota Rela dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di Kuching hari ini kerana menceroboh dan cuba merompak rumah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 24 Disember lepas.

Aloi Ali, 42, dan Nurul Azmie Tahir, 30, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.

Majistret Maris Agan diberitahu bahawa kedua-dua lelaki itu yang merupakan anggota Rela sedang bertugas mengawal rumah berkenaan apabila mereka cuba mengumpil tingkap rumah itu pada 3.15 pagi.

Percubaan mereka terbantut apabila sistem penggera di rumah itu berbunyi, menyebabkan mereka lari lintang pukang.

Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun ditangkap Sabtu lepas dan seterusnya ditahan reman sebelum didakwa hari ini. 

Sebelum itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Deputi Supritenden Amihizam Abd Shukor berkata kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek pertama yang berumur 34 tahun dan mempunyai 12 rekod jenayah lampau ditangkap di Meludam (kira-kira 250 km dari Kuching), manakala seorang lagi yang berumur 30 tahun mempunyai dua rekod jenayah.

“Suspek ketiga berumur 36 tahun dan mempunyai dua rekod jenayah,” katanya lagi.


-UnReportedNews™®

Saturday, 21 December 2013

KENDERAAN MENTERI MUDA SARAWAK YANG DIROMPAK DITEMUI KEMBALI, DUA SASPEK DIBERKAS

-SYABAS PDRM DAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DI ATAS PERKEMBANGAN INI! HASRAT DUA PENCURI KENDERAAN MENIKMATI HASIL JUALAN BARANG YANG DIROMPAK MEREKA YANG DIANGGAR JUTAAN RUPIAH TIDAK KESAMPAIAN APABILA KANTOI DI SEKATAN JALANRAYA! KEKEKE!!!-


Polis telah menemui semula kenderaan curi milik seorang Menteri Muda Sarawak serta menahan dua suspek di sempadan Sarawak- Kalimantan Barat siang tadi.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dua suspek lelaki tempatan tersebut telah ditahan di sebuah sekatan jalan raya oleh Tentera Tentera Malaysia berhampiran dengan sempadan pos Serikin.

"Suspek yang berumur 29 dan berusia 47 tahun dari Kampung Suba, Bau dan Kampung Semariang Batu, Petra Jaya telah diberkas sewaktu menaiki kenderaan Toyota Fortuner yang dipercayai milik Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Liwan Lagang pada hari Isnin lepas."

Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong telah dihubungi oleh UnReportedNews™® untuk diminta mengulas mengenai perkara ini.

"Suspek yang dipercayai dalam perjalanan ke sebelah Indonesia telah ditahan pada kira-kira jam 6 pagi selepas menunjukkan dokumen kenderaan dan cukai jalan yang meragukan," katanya sambil menambah bahawa pemeriksaan awal kereta mendapati bahawa nombor casis siri adalah kenderaan yang telah dilaporkan dicuri.

"Siasatan polis awal percaya bahawa suspek telah merancang untuk menjual kenderaan tersebut di negara jiran," katanya sambil menambah bahawa polis masih lagi membruru suspek-suspek yang lain berkaitan dengan kes ini.

Dalam kejadian rompakan berprofil tinggi ini, menteri muda berkenaan dirompak oleh dua pencuri yang tidak dikenali bersenjatakan pisau ketika beliau keluar dari kenderaannya untuk membeli surattkhabar di Kota Sentosa.

-UnReportedNews™®

Monday, 9 December 2013

CHEGU BARD AKAN DITANGKAP JIKA NAK CARI "PASAL" DI SARAWAK?

-SEKIRANYA BENAR SEPERTI YANG DIDAKWA DIMANA CHEGU BARD & KUNCU-KUNCUNYA BERCADANG NAK "BERDEMO" DI HADAPAN RUMAH KETUA MENTERI SARAWAK, JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN JIKA ANDA-ANDA SEMUA AKAN DIBERKAS POLIS! KEKEKE!!!-

Sesiapa yang didapati melakukan tindakan menyalahi undang-undang yang ditetapkan akan diambil tindakan tegas dan ini termasuk mengambil bahagian dalam mana-mana demonstrasi atau perhimpunan haram.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sambil menambah bahawa mana-mana pihak mahu berdemonstrasi, mereka perlu mematuhi tempat dan masa dengan persetujuan dan keizinan polis dan mereka (penganjur demonstrasi) tidak boleh memilih di mana dan bila demonstrasi itu diadakan."

Beliau diminta mengulas mengenai mesej yang didakwa didedahkan dihantar oleh Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, seorang aktivis Malaysia dan ahli Parti Keadilan Rakyat menyeru orang ramai menyertai demonstrasi di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak pada 29 Disember ini.

Chegu Bard yang juga ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dikatakan akan mengetuai demonstrasi terhadap pimpinanan pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Sesiapa yang ingin membuat demonstrasi seharusnya berbincang dengan polis .. ini adalah undang-undang dan kerana ia diluluskan oleh Dewan Rakyat, Dewan Negara dan ditandatangani oleh Yang DiPertuan Agong."

"Kenapa marah dengan Ketua Menteri? Beliau adalah pilihan rakyat untuk mengetuai Kerajaan Negeri Sarawak," kata Junaidi semalam yang juga Ahli Parlimen bagi Santubong menambah bahawa Kerajaan Negeri secara peribadi bersetuju hak Sarawak/Sabah mesti dikekalkan.

"Saya percaya bahawa demonstrasi tersebut (di hadapan kediaman Ketua Menteri) tidak akan dibenarkan dan saya pasti polis akan memberi arahan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang meneruskannya (demonstrasi)."


"Jika demonstrasi dijalankan di hadapan rumah Ketua Menteri, ianya akan menyekat dan mengganggu aaliran trafik jalanraya, dimana hak pengguna jalan raya yang lain dari Muara Tebas dan  Sejingkat? Ini adalah undang-undang yang kita perlu mengambil kira hak rakyat," katanya.

Apabila ditanya sama ada Sarawak mempunyai hak untuk menolak kemasukan mana-mana ahli-ahli politik dari Semenanjung, Junaidi berkata Sabah dan Sarawak telah bersetuju bahawa kita mempertahankan hak rakyat kedua-dua negeri.

"Ianya adalah selaras dalam Laporan Suruhanjaya Cobolt yang telah dicapai pada tahun 1963 dimana kita mempunyai hak untuk mempertahankan hak-hak rakyat Sarawak dan Sabah yakni, kita boleh menghalang mana-mana pihak yang ingin memasuki negara kita."

"Jadi, tiada pihak lain yang boleh mempertikaikan, mencemuh atau menghina Kerajaan Negeri Sarawak .. kemasukan itu di bawah kuasa Imigresen dan walaupun agensi-agensi tersebut dibawah kuasa Kerajaan Persekutuan, mereka menerima arahan daripada Kerajaan Negeri, oleh itu Sarawak boleh menentukan siapa yang boleh dan tidak boleh memasuki negeri kita."

PS: Melihat respon dalam FB, ramai rakan-rakan aku telah nampaknya telah benar-benar bertekad untuk "menyambut" kedatangan Chegu Bard dengan secara "meriah dan besar-besaran" jika beliau ader telur nak "mencarik pasal" pasal di Sarawak! Lai lai lai!!!

-UnReportedNews™®

Thursday, 31 October 2013

BENARKAH MALAYSIA DI INTIP AMERIKA SYARIKAT?

-AGENSI KESELAMATAN AMERIKA (NSA) DIDAKWA AKHBAR AUSTRALIA MENJALANI AKTIVITI PENGINTIPAN DI SELURUH DUNIA & MALAYSIA JUGA DILAPORKAN TIDAK TERLEPAS DARI DIRISIK & DINTIP! MEMANG PUN DAH DASAR NEGARA TU JENIS "PENYIBOK" & KUANG AJOR KAN? KEKEKE!!!-


Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur telah dilaporkan menjadi salah satu kedutaan Amerika dipasang dengan kemudahan komunikasi di seluruh dunia perisikan.

Akhbar Australia Sydney Morning Herald ( SMH ) dan rakan penerbitannya Fairfax Media mendedahkan dalam laporan mereka bahawa peta rahsia juga menyenaraikan kedutaan Amerika di Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan juga Yangon turut juga di pasng alat peranti perisikan.

Peta yang bertarikh 13 Ogos 2010 yang diterbitkan dalam laman web majalah Jerman Spiegel pada mulanya tidak menunjukkan sebarang eralatan perisikan yang didakwa terletak di Australia, New Zealand, Britain, Jepun dan Singapura yang merupakan sekutu rapat AS.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam reaksinya memberi respon terhadap perkara berkenaan menyelar sekiranya itu adalah benar, Malaysia perlu membuat bantahan rasmi kepada kerajaan Amerika untuk tindakan nyata tidak beretika itu.

"Kita (Malaysia) selama ini, begitu tulus dalam hubungan dua hala kedua buah negara malah kita sering membantu mereka dalam agenda mereka namun jika semuanya (pemasangan alat perisikan) benar-benar dilaakukan, nampaknya tidak mengamalkan apa yang mereka sering laung-laungkan."

Nyata berang dengan kemungkinan berlakunya "pencerobohan privasi" ke atas mana-mana perbualan peribadi menerusi talipon, Junaidi menegaskan, "Mengintip secara individu juga tidak dapat diterima kerana ia adalah bertentangan dengan nilai privasi individu sepertimana yang telah "diajar" oleh barat selama ini."


-UnReportedNews™®

Saturday, 12 October 2013

OOO, RUPANYA HADI AWANG NI JAHIL!

-HADI AWANG JANGAN MAIN CAKAP SEDAP IKUT MULUT JE MENYARAN POLIS BERSILAT BILA BERTEMU DENGAN PENJENAYAH BERSENJATA! KEKEKE!!!-

Kenyataan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Dato 'Seri Haji Abdul Hadi Awang yang menyaran pihak polis mempertahankan diri dengan "bersilat" apabila berhadapan dengan penjenayah bersenjata menunjukkan kejahilannya sendiri dalam perkara yang berkaitan.

Ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada UnReportedNews™® sambil menambah dia (Hadi) patut tahu sekiranya semakin lama polis bersilat, semakin polis akan ditembak.

"Prosedur penggunaan senjata api polis amat rapi iaitu mengikut garis panduan Kanun Tatacara Jenayah," jelasnya sambil menambah terdapat juga Perintah Ketua Polis Negara, Pesuruhjaya Perintah Tetap bagi Sarawak dan Sabah dan Ketua Polis Negeri yang lain juga yang harus dituruti.

"Polis hanya bertindak balas pergi pertahanan diri mengikut "Standing Order" iaitu menembak untuk membunuh tetapi untuk melumpuhkan tetapi dalam situasi yang sukar bagaimanakah polis untuk bertindak balas, " katanya sambil menambah bahawa pembunuhan ( penjenayah ) biasanya berlaku.

"Bagaimana pula dengan penjenayah mereka adalah ganas dan keganasan yang mereka menembak untuk membunuh mangsa setiap masa yang menambah lebih banyak jenayah serta mereka  tidak mempunyai belas kasihan pada mangsa-mangsa mereka."

Menasihati Hadi dan PAS orang tidak mempolitikkan jenayah dan kegiatan jenayah untuk modal politik mereka, Junaidi berkata bahawa daripada beribu-ribu kes tangkapan polis ke atas penjenayah, hanya  peratusan kecil saja yang melibatkan pengunaan pistol digunakan.

"Polis adalah diantara pihak yang paling menggunakan senjata dan kekerasan yang melampau ," respon Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong .

Sehari sebelum Hadi dilaporkan dalam sebuah portal pro-pembangkang menasihati  polis  untuk mempertahankan diri dengan bersilat apabila berhadapan penjenayah bersenjata.

-UnReportedNews™®

Sunday, 22 September 2013

TIADA PREJUDIS KAUM HALANG ABU CHIN PENG MASUK MALAYSIA!

-TIMBALAN MENTERI KDN DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI YANG JUGA BEKAS PEGAWAI POLIS MENEGASKAN SECARA PERIBADI MENYOKONG PENDIRIAN KERAJAAN MENGHALANG KEMASUKAN ABU MAYAT CHIN PENG KE MALAYSIA KERANA RAKYAT TETAP TIDAK DAPAT MEMAAFKAN PERBUATAN KETUA KOMUNIS MALAYA DI MASA LAMPAU! STEADY DATUK WAN! KEKEKE!!!-

Tindakan kerajaan menghalang pembawaan masuk abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini bukan kerana persoalan sesebuah bangsa tetapi sebagai menghormati perasaan perajurit dan keluarga mangsa yang terkorban ketika menentang komunis.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, isu bangsa bukan persoalan utama namun fahaman yang dibawanya serta penentangan terhadap kerajaan dahulu perlu dijadikan titik rujukan sebelum menyokong usaha pembawaan masuk abu mendiang.

"Saya pernah ditanya sebelum ini, adakah layanan yang sama akan diberikan sekiranya Chin Peng itu berbangsa Melayu, Iban, Kadazan mahupun Dayak?"

"Hakikatnya sekarang adalah kekejaman yang beliau lakukan bersama dengan pengganas komunis terhadap rakyat suatu ketika dahulu merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Penangguhan Karnival Kerjaya di Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam  Shah (Komplek Islam Sarawak).

Jelasnya, sejarah mungkin akan berbeza sekiranya perjuangan Chin Peng berhenti sehingga Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, namun Ketua Komunis itu masih memperjuangkan idea beliau meskipun negara telah mencapai kemerdekaan sehingga tahun 1989.

"Jesteru walau apapun alasan yang diberikan, perbuatan beliau dahulu tetap tidak dapat diterima dan saya secara peribadi menyokong pendirian kerajaan yang menghalang kemasukan beliau ke negara ini," katanya.

"Persemadian mendiang Chin Peng di negara ini dikhuatiri akan menyemarakkan semula fahaman komunis sekali gus memberi idea bahawa perjuangan ketua komunis ini dapat diteruskan."

"Kita takut ia akan membangkitkan sentimen kepada penyokong Chin Peng untuk membina sebuah tugu peringkatan yang akan dijadikan sebagai pusat perjuangan beliau yang belum berakhir".

-UnReportedNews™®

Sunday, 1 September 2013

AHLI-AHLI KONGSI GELAP SARAWAK AKAN MULA DIBURU?

-KDN SEDANG BERUSAHA KE ARAH PENGUNAAN AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 YANG SECARA TEKNIKALNYA, HANYA BOLEH DIPERGUNAKAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA UNTUK MEMBOLEHKAN IANYA DAPAT DILAKSANAKAN JUGA DI SABAH & SARAWAK! AMBIK KORANG! KEKEKE!!!-

Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang sedang digunapakai pihak polis di sepanjang "Ops Cantas" dalam skala besar-besaran di seluruh Malaysia, khususnya di Semenanjung Malaysia bagi membentras ahli-ahli kongsi gelap akan di"lebar"kan perggunaannya di negeri Sarawak dan Sarawak, dalam masa yang terdekat ini.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, secara teknikal, Sarawak tidak "terikat" dengan akta berkenaan yang telah dilulus serta diwartakan oleh kerajaan pada tahun 1959.

"Akta Pencegahan Jenayah 1959 telah awal diwartakan sebagai undang-undang di institusi perundangan negara ini (Tanah Malaya)iaiu empat tahun (pada tahun 1963) sebelum Sarawak "bergabung" dengan Tanah Malaya, Sabah dan Singapura untuk membentuk Negara Malaysia."

"Dari segi teknikal, Akta Pencegahan Jenayah 1959 tidak meliputi Sarawak dan Sabah dan selama ini, ianya hanya dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia," jelas Junaidi sambil menambah, keadaan ini telah mendorong Kementeriannya berusaha kearah penggunaan akta berkenaan akan dikuatkuasakan di kedua negeri tersebut.

"Keputusan ini (untuk mengusul cadangan meminda Akta tersebut untuk dipergunakan juga di Sarawak dan Sabah) begitu tepat pada masanya, selari dengan usaha kerajaan dalam memerangi jenayah terancang serta menjamin keselamatan rakyat pada tahap lebih tinggi."

"Disamping itu, ianya akan memudah dan memperkasakan pihak polis dalam menjalani tugasan mereka, terutamanya yang berkaitan dengan pencegahan jenayah," jelas Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong kepada UnReportedNews™® semalam.

Dalam perkara yang sama, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata "Ops Cantas" yang dilancarkan pada bulan ini di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 dalam usaha membentras kegiatan jenayah kongsi-kongsi gelap di seluruh negara namun buat negeri Sabah dan Sarawak, polis telah menggunakan  pendekatan yang lain dalam usaha yang sama kerana Akta tersebut tidak meliputi kedua negeri di Pulau Borneo ini.

"Setakat ini, jumlah keseluruhan individu yang telah disoalsiasat  berkaitan jenayah kongsi gelap di Sarawak sejak Operasi-operasi Anti-Jenayah dilancar secara bersiri dari 19 dan 28 Ogos adalah 1,425 orang dan daripada jumlah itu, 55 individu telah ditahan bagi membantu dalam penyiasatan ke atas pelbagai spates jenayah seperti pecah rumah, rompakan dan kecurian kenderaan," jelas Bakri kelmarin ketika dalam lawatan rasminya selama sehari di Sarawak sebagi tetamu terhormat di majlis penyerahan tugas antara bekas Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Acryl Sani Abdullah Sani kepada Datuk Muhammad Osman.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 28 August 2013

SELUDUP DADAH DAPAT "BONUS" PISTOL PERCUMA!

-SECARA TIDAK LANGSUNG, IANYA MENYUMBANG KEPADA PENINGKATAN JENAYAH BERKAITAN SENJATA API! SELAIN DARIPADA GANJARAN WANG YANG LUMAYAN JIKA DAPAT MENYELUDUP DADAH DALAM KUANTITI YANG BESAR, PENYELUDUP BERKENAAN AKAN DI "HADIAH"KAN SAMAADA SENJATA API JENIS BARETTA, SMITH & WESSO0N, GLOCK ATAU COLT! WOW! SEMACAM SISTEM JUALAN TERUS JER, ADA BAGI BONUS! KEKEKE!!!-


Peningkatan kejadian jenayah tembak di Kelantan dipercayai ada kaitan dengan hadiah pistol yang diberikan sindiket pengedaran dadah kepada anggota mereka yang berjaya menyeludup masuk dadah dari Thailand ke Malaysia. 

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar berkata, risikan pihak berkuasa mendapati selain menerima ganjaran wang, penyeludup dadah juga diberi pistol sebagai hadiah bonus. 

Menurutnya, jika pengedar dadah itu berjaya menyeludup masuk dadah bernilai RM100,000 mereka akan diberi upah wang tunai serta hadiah tambahan atau bonus iaitu sepucuk pistol jenis Baretta, Smith & Wesson, Glock atau Colt. 

“Jika dadah yang diseludup bernilai RM200,000, mereka diberi hadiah senjata lebih canggih termasuk yang dilengkapi teropong khas,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nilai upah wang tunai yang diterima penyeludup terbabit, namun menegaskan jumlah upah yang lumayan itu berserta pemberian pistol sebagai hadiah tambahan, nyata berjaya menarik minat penduduk tempatan untuk terbabit dalam aktiviti itu. (sumber

-UnReportedNews™®

Sunday, 28 July 2013

PENANTIAN 14-TAHUN BERAKHIR!

-BAGAIMANAKAH PERASAAN ANDA JIKA ANDA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG KERAKYATAN? PASRAH KAN? ITU YANG DIALAMI OLEH SEORANG GADIS DI MALAYSIA! IRONINYA, RAMAI WARGA NEGARA INI PULA YANG TAK MENGHARGAI STATUS WARGANEGARA MEREKA! TAK PAYAHLAH AKU SEBUT NAMA-NAMA MEREKA, KORANG PUN DAH DAPAT AGAK DAH! KEKEKE!!!-

Penantian selama 14 tahun menunggu untuk diperakui sebagai warganegara Malaysia buat Aishah Nachiar Jameel Ahmed berakhir apabila permohonan beliau untuk kewarganegaraan Malaysia telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri pada petang Jumaat lepas.

Dokumen kelulusan rasmi untuk permohonan Aishah, 20 tahun untuk mendapat status warganegara Malaysia yang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Alhamdulillah (segala puji kepada Allah), dan berkat kesabaran kami sekeluarga selama lebih daripada satu dekad yang telah berbaloi dan di sini, saya ingin mengambil peluang yang untuk mengucapkan penghargaah dari  keluarga saya dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menjadikan ianya satu realiti," kata bapa Aishah itu, Jameel Ahmed.

Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong menyerahkan dokumen itu kepada Jameel, warga India dengan isterinya Maryam Abdullah, tempatan Sarawak semasa majlis berbuka puasa bersama media yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di bandaraya Kuching di sini.

Bercakap kepada UnReportedNews™®, Jameel mendedahkan bahawa dalam tempoh 14 tahun yang lalu, dia telah memohon kerakyatan Malaysia untuk anak perempuannya sebanyak tiga kali bagaimanapun hanya selepas Junaidi semula Timbalan Menteri pejabat Kementerian Dalam Negeri bahawa masalah mereka telah "diselesaikan".

Aishah, seorang pelajar kolej swasta, anak yang tertua sekalin daripada tiga adik-beradik dilahirkan di United Kindgdom manakala adik-beradiknya yang lain telah dilahirkan di Malaysia mempunyai kerakyatan Malaysia.

Dengan dokumen kelulusan rasmi untuk permohonan warganegara Malaysia, Aishah boleh pergi ke mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara dan memohon kad pengenalan Malaysia.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah isteri Junaidi Datin Hajah Feona Sim Abdullah dengan ahli keluarga mereka.

-UnReportedNews™®

Saturday, 6 July 2013

RANGKA MEKANISME TERBAIK TANGANI TENTERA SIBER!

-TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR MENEGASKAN SKMM PERLU MEWUJUDKAN MEKANISME TERBAIK UNTUK MENANGANI TENTERA SIBER YANG DIKAITKAN DENGAN PEMBANGKANG YANG MENGENENGAHKAN AGENDA MENIMBULKAN KETEGANGAN DALAM MASYARAKAT!-

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu merangka mekanisme terbaik untuk memantau serta menangani pelbagai isu yang dicetuskan di alam siber bagi memastikan ia tidak menggugat kestabilan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata SKMM perlu lebih proaktif dalam tindakan mereka, terutama dalam menangani propaganda 'tentera siber' yang dikaitkan dengan pembangkang. 

Ini bagi memastikan agenda yang cuba diketengah tidak menjurus kepada timbulnya ketegangan dalam masyarakat. 

"Memang daripada sudut yang kita lihat, ada tindakan pihak tertentu cuba mempromosi kempen politik mereka sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara, jadi dalam hal ini, SKMM perlu bertindak mengawal perkara itu.

"Sekiranya ini sudah tidak boleh dikawal sehingga menjejaskan keselamatan dalam negeri, maka pihak polis akan bertindak," katanya kepada Bernama. 

Wan Junaidi berkata segala tohmahan keterlaluan yang dilempar di media sosial, jika tidak dibendung, boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat. 

"Walaupun kita bukan seperti sesetengah negara lain yang menyekat kebebasan dunia multimedia, tetapi ia bukanlah satu tiket kepada tentera siber ini untuk menyalahgunakan segala kelebihan yang diberi," katanya.

Beliau berkata media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan beberapa laman sosial lain perlu dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelak ia terus disalah guna sehingga menjejaskan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini. 

-UnReportedNews™®

Tuesday, 2 July 2013

ISU PENCEROBOH SULU GAMATKAN PARLIMEN!

-IANYA TERCETUS APABILA AHLI PARLIMEN KINABATANGAN/BN BUNG MOKTHAR RADIN ENGGAN MENERIMA JAWAPAN TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR-

Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa gamat apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mempersoalkan kelewatan kerajaan menangani isu pencerobohan pengganas Sulu di Pantai Timur Sabah.

Menurut laporan mStar, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mula mencetuskan kekecohan apabila enggan menerima jawapan yang diberikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaffar berhubung prosedur rundingan yang diambil pihak berkuasa dalam isu tersebut.

"Jawapan ini tidak boleh diterima. Kenapa ambil masa yang lambat? Kenapa masih perlu ada rundingan dengan orang penceroboh?" katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Terdahulu ketika menjawab soalan Bung, Wan Junaidi memberitahu Dewan bahawa pihak keselamatan hanya mengetahui kawasan persempadanan negara diceroboh pengganas selepas anggota polis diserang.

"Pada mulanya kita tak mengetahui, hanya selepas penyelidikan pertama baru kita tahu bahawa mereka bersenjata dan cuba hancurksn negara.

"Selepas itu polis memulakan penyiasatan dan apabila polis diserang baru kita tahu kelompok ini adalah pengganas," katanya.

Selain itu menurut Wan Junaidi, pihak berkuasa Malaysia perlu bekerjasama dengan kerajaan Filipina dalam menyelesaikan konflik pencerobohan Sulu di Lahad Datu.

"Menerusi semangat Asean dan serantau, kita mesti melibatkan Filipina. Sebab itulah siasatan yang kita buat memakan masa yang banyak.

"Kita tidak mengetahui siapa mereka yang berada di dalam hutan dan di tepian pantai yang menyerang kita. Kita kena bekerjasama dengan mereka dalam siasatan ini," katanya.

Jawapan Wan Junaidi sekali lagi mengundang rasa tidak puas hati ahli Dewan apabila Datuk Ghaffur Salleh (BN-Kalabalakan) berterusan mempertikaikan langkah pencegahan yang diambil kerajaan terutama dalam menjamin keselamatan rakyat Sabah.

"Kalau orang masuk rumah saya dengan senjata, apa saya buat? Mereka buli saya lagi. Mahu runding lagi? Tentu tidak boleh. Saya ambil short gun, saya terus tembak sahaja.

"Ini bererti kita lalai, kita biarkan rundingan terlalu lama. Mereka mahu tuntut Sabah. Kenapa ambil masa lama. Ada Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) pun belum rasa selamat," kata Ghaffur.

Bagaimanapun usaha Wan Junaidi untuk cuba meredakan kemarahan Ghaffur dengan memberi jaminan bahawa rakyat Sabah boleh berasa selamat dengan kewujudan Esscom, mengundang celahan sinis ahli politik senior Sabah itu.

"Kita tak rasa terjamin. Jadi kita tak mahu timbalan menteri kata kita rasa terjamin," tegas Ghaffur.

Selain itu Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) turut membangkitkan mengenai kecekapan agensi penguatkuasa negara menangani pencerobohan di Lahad Datu.

Menjawab mengenai persoalan itu, Wan Junaidi berkata, kewujudan Esscom yang meliputi kawalan ketat sepanjang 1,400 kilometer merupakan langkah terbaik yang diambil kerajaan.

Katanya, kawasan keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad Datu, sementara empat lagi daerah yang termasuk dalam Esscom ialah Kudat, Kunak, Sandakan dan Tawau.

"Jangan kita kata kerajaan tak ambil tindakan, apa yang berlaku boleh disebut sebagai 'wake up call' kepada kita untuk memperketatkan kawasan sempadan, sebab itulah kita tubuhkan Esscom," katanya.

PS: Yang lebih arif, sepatutnya DS Hisyamuddin yang patut menjawab segala soalan tersebut sebab ianya berlaku semasa beliau menjadi Menteri KDN, tambahan beliau masih didalam barisan kabinet menteri sekarang!

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List