Showing posts with label Parliament Santubong. Show all posts
Showing posts with label Parliament Santubong. Show all posts

Tuesday, 21 February 2017

Fitnah Setiausaha Politik Menteri Untuk Jejaskan BN Sarawak


Semalam keluar cerita di dalam sebuah blog di mana kononnya seorang setiausaha politik menteri kanan dari Sarawak yang dikatakan telah mengumpul berjuta-juta ringgit dalam masa yang singkat sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penulis blog tersebut juga mendakwa pejabat Menteri tersebut di Putrajaya minggu lepas kononnya telah diserbu SPRM.

Biarpun tidak menyebut nama, penulis blog menggunakan gambar yang sudah dikaburkan namun penulisan tersebut jelas menunjukkan ia menjurus kepada Setiausaha Politik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu Dato Sri Syed Hamzah Al-Yahya. 

(Kalau tak percaya cuba google image "wan hamzah unreportednews", keluarlah gambar di bawah ni).



Penulis blog itu juga mendakwa setiausaha politik berkenaan kononnya disiasat kerana beliau meminta rasuah dalam tender dan projek di kementerian itu.

Ironinya, setiausaha politik tersebut ketika saya hubungi petang tadi masih bertugas seperti biasa dipejabatnya di Putrajaya dan agak terkejut dengan berita (palsu yang tersebar di media sosial berkatian dengan dirinya) yang saya sampaikan kepada beliau.

Dato Sri Syed Hamzah juga telah menafikan dengan sekeras-kerasnya apa yang telah didakwa oleh blog tersebut dan juga akan mempertimbangkan akan membuat laporan polis mengenai perkara itu serta mengambil tindakan undang-undang ke atas penulis blog tersebut kerana telah mengfitnah beliau.

Dari pemahaman saya, mana-mana kakitangan kerajaan (tolak Guan Eng DAP sebab dia ingat kerajaan Pulau Pinang bapa dia yang punya) yang dikaitkan dengan kes rasuah, lagi-lagi kes yang berprofil tinggi, suspek akan digantung kerja serta-merta kerana khuatir akan menggunakan kuasanya untuk menjejaskan penyiasatan.

Jadi sekarang kita dah tahu berita tersebut adalah palsu dan persoalan yang perlu kita tanya kini adalah, mengapakah berita palsu itu dibuat dan disebar di media sosial?

Baru-baru ini, Barisan Nasional Sarawak menerusi Datuk Amar Hajah Jamilah Anu pada PRK Tanjong Datu telah mengalahkan calon Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Johnny Aput dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit dengan majoriti 6,443 undi apabila memperoleh 6,573 undi, manakala Johnny Aput memperoleh 108 undi dan Rapelson 130 undi.

Pada pandangan saya, penyebaran berita palsu ini ada kaitan dengan kemenangan besar ini diterajui oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg bersama-sama pemimpin BN Sarawak dan Pusat yang lain yang turun berkempen.

Namun yang memainkan peranan utama kepada kemenangan tersebut adalah Pengarah Operasi Pilihanraya BN PRK Tanjong Datu Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar iaitu boss Dato Sri Syed Hamzah dimana, kedua-dua mereka telah bertungkus lumus sepanjang tempoh kempen tersebut.

Sememangnya, terdapat pihak yang tidak senang hati dengan kemenangan luar biasa ini dan khuatir ianya menjadi gelombang ikutan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang bakal diadakan bila-bila masa saja lagi dan taktik yang paling berkesan untuk menghalang kemenangan ini adalah dengan mencemarkan mereka-mereka yang telah menjadi tulang belakang kemenangan BN Sarawak...


Adios..

The Return Of The UnReportedNews™®

Monday, 7 November 2016

Kanak-kanak Belajar Atas Takungan Pembiakan Aedes


KUCHING: Lebih 20 kanak-kanak Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kampung Bintawa Ulu berhadapan dengan risiko gigitan nyamuk Aedes apabila terpaksa belajar di atas dalam kelas yang di bawah premisnya penuh sampah dan air bertakung.

Mewakili suara penduduk, Muhamad Khalikh Yakup berkata, masalah yang sudah lama diaju kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan sehingga hari ini tiada jawapan.

"Bayangkan sembilan aduan kepada Biro Aduan Awam, beberapa kali turun naik mengaju kepada pejabat tempatan, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), sehingga sekarang tiada tindakan.

"Kami bosan dengan janji ikut prosedur, bosan dengan janji akan menyelesaikan kepada pihak atasan. Kami kerap mengadakan gotong-royong tetapi ia cuma kesan sementara, airnya tetap bertakung," katanya sambil menambah, penduduk mengharap sesiapa ada kuasa dan suara didengar supaya turun padang.

Jelas Khalikh lagi, penduduk amat berharap PBT turun padang untuk melihat dengan dekat masalah berkenaan bukan sekadar menampal senarai kutipan cukai rumah.

"Jangan cuma kutip cukai, atau berjanji menyelesai masalah parit, turun ke lokasi dan tanya kami apa terjadi. Sanggupkah melihat kanak-kanak belajar atas timbunan sampah dan lubuk pembiakan Aedes.

"Mana pergi kempen hindari Aedes, cegah denggi. Kami tidak cukup tenaga dan dana untuk membaik pulih sistem peparitan ini. Makanya, merekalah yang turun padang," jelasnya sambil menambah, mereka mempunyai dokumentasi cukup berkenaan permohonan, aduan dan surat menyurat.

Jelasnya, keadaan yang sama menyebabkan banjir sering berlaku walaupun hujan sebentar apatah lagi musim tengkujuh bermula.

Khalikh berkata, bantuan banjir RM500 diterima penduduk terjejas tidak berbaloi dengan masalah yang penduduk tanggung.

Khalikh yang juga orang kuat PEKADA kawasan berkenaan juga berkata, penduduk sedia memberi kerjasama jika ada pihak yang turun untuk memberi tindakan susulan. -UnReportedNews™®


Sunday, 20 December 2015

RM39 Bilion Laksana Projek Tebatan Banjir - Wan Junaidi


KUCHING: Sejumlah RM39 bilion diperuntukan kerajaan pusat bagi melaksanakan projek tebatan banjir di seluruh negara, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau memberitahu, projek tersebut dilaksanakan secara berperingkat dan kementeriannya mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bagi mengenal pasti mekanisme pelaksanaan projek tersebut.

“Ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) datang berjumpa saya bertanyakan tentang projek tebatan banjir tetapi kita belum memutuskan bagaimana pelaksanaan dan kawasan mana akan diberi perhatian terlebih dahulu.

“Sebab itu, saya perlu mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri dan Ketua Menteri memastikan projek tebatan banjir dapat dilaksanakan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui selepas majlis penyampaian cek geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada 41 penerima berjumlah RM114,500 serta sumbangan bakti di sini semalam.

Pada masa sama, Wan Junaidi memberitahu kementeriannya juga akan melaksanakan sistem amaran banjir di seluruh negara.

Jelasnya, sistem itu membolehkan rakyat dan agensi penyelamat mengetahui bila banjir berlaku di sesebuah kawasan.

“Kita membina stesen menganalisis paras air laut dan air sungai di setiap tepian laut dan sungai seluruh Negara dan semua data dihantar terus ke stesen utama di Kuala Lumpur dan setiap negeri namun buat masa ini saya tidak dapat memaklumkan berapa jumlah akan dibina,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Wan Junaidi berkata Pertandingan Menamakan Anak Giant Panda baharu sahaja ditutup penyertaan mendapat sambutan menggalakkan.

Menurutnya, pertandingan itu berjaya menarik sebanyak 22,830 penyertaan dari seluruh negara dan antara nama untuk anak panda itu diterima daripada peserta ialah Mei Mei, Ying Ying, Xiang Xiang, Yuan Yuan, Zi Yan dan Zhen Zhen.

“Keputusan pertandingan akan diumumkan pada Februari tahun hadapan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Zoo Negara,” katanya. - Utusan Borneo
-UnReportedNews™®

Tuesday, 24 December 2013

CUBAAN PECAHMASUK RUMAH TIMBALAN MENTERI GAGAL, TEMBAKAN DILEPASKAN

-POLIS TERPAKSA MELEPASKAN TEMBAKAN SETELAH DUA SASPEK CUBA MENYERANG MEREKA DENGAN PARANG! SYABAS PDRM!-


Niat dua orang pencuri untuk memecahmasuk ke dalam rumah Timbakan Menteri KDN Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang terletak di jalan Tengah berdekatan dengan Bandaraya Kuching pada awal pagi tadi tidak kesampaian apabila kehadiran mereka di sedari oleh pihak keselamatan.

UnReportedNews™® di fahamkan, kejadian berlaku lebih kurang jam 3.15 pagi semasa dua orang anggota PGA dan tiga orang anggota rela meronda berdekatan rumah tersebut sebelum terserempak dengan dua orang lelaki bertopeng telah masuk kedalam pagar kawasan rumah berkenaan.

Apabila diarah untuk menyerah diri kedua saspek yang masing-masing bersenjata parang terus meluru kearah mereka dan salah seorang anggota PGA melepaskan tembakan ke udara menyebabkan kedua-dua saspek melompat keluar pagar dan melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Pemeriksaan lanjut oleh anggota PGA telah menjumpai satu alat pemotong besi, satu besi berhulu kayu dan beg sandang hitam yang ditinggalkan oleh saspek.

Timbakan Menteri KDN Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kini berada di London, United Kingdom mengesahkan kejadian apabila dihubungi UnReportedNews™® sebentar tadi.

-UnReportedNews™®

Monday, 9 December 2013

CHEGU BARD AKAN DITANGKAP JIKA NAK CARI "PASAL" DI SARAWAK?

-SEKIRANYA BENAR SEPERTI YANG DIDAKWA DIMANA CHEGU BARD & KUNCU-KUNCUNYA BERCADANG NAK "BERDEMO" DI HADAPAN RUMAH KETUA MENTERI SARAWAK, JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN JIKA ANDA-ANDA SEMUA AKAN DIBERKAS POLIS! KEKEKE!!!-

Sesiapa yang didapati melakukan tindakan menyalahi undang-undang yang ditetapkan akan diambil tindakan tegas dan ini termasuk mengambil bahagian dalam mana-mana demonstrasi atau perhimpunan haram.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sambil menambah bahawa mana-mana pihak mahu berdemonstrasi, mereka perlu mematuhi tempat dan masa dengan persetujuan dan keizinan polis dan mereka (penganjur demonstrasi) tidak boleh memilih di mana dan bila demonstrasi itu diadakan."

Beliau diminta mengulas mengenai mesej yang didakwa didedahkan dihantar oleh Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, seorang aktivis Malaysia dan ahli Parti Keadilan Rakyat menyeru orang ramai menyertai demonstrasi di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak pada 29 Disember ini.

Chegu Bard yang juga ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dikatakan akan mengetuai demonstrasi terhadap pimpinanan pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Sesiapa yang ingin membuat demonstrasi seharusnya berbincang dengan polis .. ini adalah undang-undang dan kerana ia diluluskan oleh Dewan Rakyat, Dewan Negara dan ditandatangani oleh Yang DiPertuan Agong."

"Kenapa marah dengan Ketua Menteri? Beliau adalah pilihan rakyat untuk mengetuai Kerajaan Negeri Sarawak," kata Junaidi semalam yang juga Ahli Parlimen bagi Santubong menambah bahawa Kerajaan Negeri secara peribadi bersetuju hak Sarawak/Sabah mesti dikekalkan.

"Saya percaya bahawa demonstrasi tersebut (di hadapan kediaman Ketua Menteri) tidak akan dibenarkan dan saya pasti polis akan memberi arahan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang meneruskannya (demonstrasi)."


"Jika demonstrasi dijalankan di hadapan rumah Ketua Menteri, ianya akan menyekat dan mengganggu aaliran trafik jalanraya, dimana hak pengguna jalan raya yang lain dari Muara Tebas dan  Sejingkat? Ini adalah undang-undang yang kita perlu mengambil kira hak rakyat," katanya.

Apabila ditanya sama ada Sarawak mempunyai hak untuk menolak kemasukan mana-mana ahli-ahli politik dari Semenanjung, Junaidi berkata Sabah dan Sarawak telah bersetuju bahawa kita mempertahankan hak rakyat kedua-dua negeri.

"Ianya adalah selaras dalam Laporan Suruhanjaya Cobolt yang telah dicapai pada tahun 1963 dimana kita mempunyai hak untuk mempertahankan hak-hak rakyat Sarawak dan Sabah yakni, kita boleh menghalang mana-mana pihak yang ingin memasuki negara kita."

"Jadi, tiada pihak lain yang boleh mempertikaikan, mencemuh atau menghina Kerajaan Negeri Sarawak .. kemasukan itu di bawah kuasa Imigresen dan walaupun agensi-agensi tersebut dibawah kuasa Kerajaan Persekutuan, mereka menerima arahan daripada Kerajaan Negeri, oleh itu Sarawak boleh menentukan siapa yang boleh dan tidak boleh memasuki negeri kita."

PS: Melihat respon dalam FB, ramai rakan-rakan aku telah nampaknya telah benar-benar bertekad untuk "menyambut" kedatangan Chegu Bard dengan secara "meriah dan besar-besaran" jika beliau ader telur nak "mencarik pasal" pasal di Sarawak! Lai lai lai!!!

-UnReportedNews™®

Saturday, 12 October 2013

OOO, RUPANYA HADI AWANG NI JAHIL!

-HADI AWANG JANGAN MAIN CAKAP SEDAP IKUT MULUT JE MENYARAN POLIS BERSILAT BILA BERTEMU DENGAN PENJENAYAH BERSENJATA! KEKEKE!!!-

Kenyataan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Dato 'Seri Haji Abdul Hadi Awang yang menyaran pihak polis mempertahankan diri dengan "bersilat" apabila berhadapan dengan penjenayah bersenjata menunjukkan kejahilannya sendiri dalam perkara yang berkaitan.

Ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada UnReportedNews™® sambil menambah dia (Hadi) patut tahu sekiranya semakin lama polis bersilat, semakin polis akan ditembak.

"Prosedur penggunaan senjata api polis amat rapi iaitu mengikut garis panduan Kanun Tatacara Jenayah," jelasnya sambil menambah terdapat juga Perintah Ketua Polis Negara, Pesuruhjaya Perintah Tetap bagi Sarawak dan Sabah dan Ketua Polis Negeri yang lain juga yang harus dituruti.

"Polis hanya bertindak balas pergi pertahanan diri mengikut "Standing Order" iaitu menembak untuk membunuh tetapi untuk melumpuhkan tetapi dalam situasi yang sukar bagaimanakah polis untuk bertindak balas, " katanya sambil menambah bahawa pembunuhan ( penjenayah ) biasanya berlaku.

"Bagaimana pula dengan penjenayah mereka adalah ganas dan keganasan yang mereka menembak untuk membunuh mangsa setiap masa yang menambah lebih banyak jenayah serta mereka  tidak mempunyai belas kasihan pada mangsa-mangsa mereka."

Menasihati Hadi dan PAS orang tidak mempolitikkan jenayah dan kegiatan jenayah untuk modal politik mereka, Junaidi berkata bahawa daripada beribu-ribu kes tangkapan polis ke atas penjenayah, hanya  peratusan kecil saja yang melibatkan pengunaan pistol digunakan.

"Polis adalah diantara pihak yang paling menggunakan senjata dan kekerasan yang melampau ," respon Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong .

Sehari sebelum Hadi dilaporkan dalam sebuah portal pro-pembangkang menasihati  polis  untuk mempertahankan diri dengan bersilat apabila berhadapan penjenayah bersenjata.

-UnReportedNews™®

Saturday, 6 July 2013

RANGKA MEKANISME TERBAIK TANGANI TENTERA SIBER!

-TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR MENEGASKAN SKMM PERLU MEWUJUDKAN MEKANISME TERBAIK UNTUK MENANGANI TENTERA SIBER YANG DIKAITKAN DENGAN PEMBANGKANG YANG MENGENENGAHKAN AGENDA MENIMBULKAN KETEGANGAN DALAM MASYARAKAT!-

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu merangka mekanisme terbaik untuk memantau serta menangani pelbagai isu yang dicetuskan di alam siber bagi memastikan ia tidak menggugat kestabilan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata SKMM perlu lebih proaktif dalam tindakan mereka, terutama dalam menangani propaganda 'tentera siber' yang dikaitkan dengan pembangkang. 

Ini bagi memastikan agenda yang cuba diketengah tidak menjurus kepada timbulnya ketegangan dalam masyarakat. 

"Memang daripada sudut yang kita lihat, ada tindakan pihak tertentu cuba mempromosi kempen politik mereka sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara, jadi dalam hal ini, SKMM perlu bertindak mengawal perkara itu.

"Sekiranya ini sudah tidak boleh dikawal sehingga menjejaskan keselamatan dalam negeri, maka pihak polis akan bertindak," katanya kepada Bernama. 

Wan Junaidi berkata segala tohmahan keterlaluan yang dilempar di media sosial, jika tidak dibendung, boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat. 

"Walaupun kita bukan seperti sesetengah negara lain yang menyekat kebebasan dunia multimedia, tetapi ia bukanlah satu tiket kepada tentera siber ini untuk menyalahgunakan segala kelebihan yang diberi," katanya.

Beliau berkata media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan beberapa laman sosial lain perlu dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelak ia terus disalah guna sehingga menjejaskan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini. 

-UnReportedNews™®

Tuesday, 2 July 2013

ISU PENCEROBOH SULU GAMATKAN PARLIMEN!

-IANYA TERCETUS APABILA AHLI PARLIMEN KINABATANGAN/BN BUNG MOKTHAR RADIN ENGGAN MENERIMA JAWAPAN TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR-

Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa gamat apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mempersoalkan kelewatan kerajaan menangani isu pencerobohan pengganas Sulu di Pantai Timur Sabah.

Menurut laporan mStar, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mula mencetuskan kekecohan apabila enggan menerima jawapan yang diberikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaffar berhubung prosedur rundingan yang diambil pihak berkuasa dalam isu tersebut.

"Jawapan ini tidak boleh diterima. Kenapa ambil masa yang lambat? Kenapa masih perlu ada rundingan dengan orang penceroboh?" katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Terdahulu ketika menjawab soalan Bung, Wan Junaidi memberitahu Dewan bahawa pihak keselamatan hanya mengetahui kawasan persempadanan negara diceroboh pengganas selepas anggota polis diserang.

"Pada mulanya kita tak mengetahui, hanya selepas penyelidikan pertama baru kita tahu bahawa mereka bersenjata dan cuba hancurksn negara.

"Selepas itu polis memulakan penyiasatan dan apabila polis diserang baru kita tahu kelompok ini adalah pengganas," katanya.

Selain itu menurut Wan Junaidi, pihak berkuasa Malaysia perlu bekerjasama dengan kerajaan Filipina dalam menyelesaikan konflik pencerobohan Sulu di Lahad Datu.

"Menerusi semangat Asean dan serantau, kita mesti melibatkan Filipina. Sebab itulah siasatan yang kita buat memakan masa yang banyak.

"Kita tidak mengetahui siapa mereka yang berada di dalam hutan dan di tepian pantai yang menyerang kita. Kita kena bekerjasama dengan mereka dalam siasatan ini," katanya.

Jawapan Wan Junaidi sekali lagi mengundang rasa tidak puas hati ahli Dewan apabila Datuk Ghaffur Salleh (BN-Kalabalakan) berterusan mempertikaikan langkah pencegahan yang diambil kerajaan terutama dalam menjamin keselamatan rakyat Sabah.

"Kalau orang masuk rumah saya dengan senjata, apa saya buat? Mereka buli saya lagi. Mahu runding lagi? Tentu tidak boleh. Saya ambil short gun, saya terus tembak sahaja.

"Ini bererti kita lalai, kita biarkan rundingan terlalu lama. Mereka mahu tuntut Sabah. Kenapa ambil masa lama. Ada Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) pun belum rasa selamat," kata Ghaffur.

Bagaimanapun usaha Wan Junaidi untuk cuba meredakan kemarahan Ghaffur dengan memberi jaminan bahawa rakyat Sabah boleh berasa selamat dengan kewujudan Esscom, mengundang celahan sinis ahli politik senior Sabah itu.

"Kita tak rasa terjamin. Jadi kita tak mahu timbalan menteri kata kita rasa terjamin," tegas Ghaffur.

Selain itu Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) turut membangkitkan mengenai kecekapan agensi penguatkuasa negara menangani pencerobohan di Lahad Datu.

Menjawab mengenai persoalan itu, Wan Junaidi berkata, kewujudan Esscom yang meliputi kawalan ketat sepanjang 1,400 kilometer merupakan langkah terbaik yang diambil kerajaan.

Katanya, kawasan keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad Datu, sementara empat lagi daerah yang termasuk dalam Esscom ialah Kudat, Kunak, Sandakan dan Tawau.

"Jangan kita kata kerajaan tak ambil tindakan, apa yang berlaku boleh disebut sebagai 'wake up call' kepada kita untuk memperketatkan kawasan sempadan, sebab itulah kita tubuhkan Esscom," katanya.

PS: Yang lebih arif, sepatutnya DS Hisyamuddin yang patut menjawab segala soalan tersebut sebab ianya berlaku semasa beliau menjadi Menteri KDN, tambahan beliau masih didalam barisan kabinet menteri sekarang!

-UnReportedNews™®

Monday, 10 June 2013

AKTA KEHARMONIAN NASIONAL RELEVAN DALAM USAHA MEMUPUK KEHARMONIAN NEGARA

-IANYA MEMBERI PENEKANAN KEPADA PEMUPUKAN SEMANGAT HARMONI & SALING MENGHORMATI DALAM MASYARAKAT MALAYSIA YANG BERBILANG BANGSA & AGAMA-

Pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan akta baru yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional masih dalam kajian untuk mencari satu mekanisme yang boleh menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kajian masih dibuat dan tiada keputusan undang-undang yang telah dibuat (lagi) yang sebelum ianya dikemukakan kepada Parlimen kerana proses tersebut memerlukan maklum balas daripada setiap golongan masyarakat.

"Saya telah ditugaskan khusus untuk mengkaji semula semua undang-undang di bawah kementerian termasuk Akta Hasutan untuk mereliasasikan proses pemansuhan Akta Hasutan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional," katanya sambil menambah bahawa mereka harus bekerjasama dengan Peguam Negara (AG) yang akan merumuskan undang-undang ini.

"Walaupun Kementerian Kementerian Dalam Negeri mempunyai barisan peguam serta penasihat undang-undang sendiri namun AG ang sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam penggubalan undang-undang sebelum mereka boleh dibawa ke Parlimen dan Kabinet untuk diluluskan oleh Jemaah Menteri sebelum dibawa ke Parlimen untuk digazetkan."

"Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan tentang perbezaan antara Akta Hasutan dan Akta Harmoni Negara dan kami masih belum membuat keputusan untuk meminda undang-undang ini kerana kami perlu mendapatkan maklum balas daripada masyarakat dan semua pihak dan tujuannya adalah untuk mewujudkan undang-undang untuk menggerakkan kita ke masa depan yang boleh membawa keharmonian dalam masyarakat. "

Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian kepada pemberita semasa majlis penyampaian MRP dan Bantuan Kecemasan kepada persatuan-persatuan dan individu dari kawasan beliau yang diadakan di sebuah hotel di bandaraya Kuching ini pagi semalam.

Pada majlis tersebut, Junaidi yang diiringi oleh isterinya Datin Hajah Feona Sim Abdullah telah menyerahkan cek berjumlah RM 294,350.00 kepada 98 persatuan, 42 pelajar institut pengajian tinggi dan tujuh unit kerusi roda.

Beliau berkata ianya adalah masa yang sangat tepat dan sesuai untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 kerana ia tidak lagi mempunyai ciri-ciri lama walaupun pada dasarnya setiap institusi dikekalkan oleh undang-undang undang-undang lama masih dikekalkan walaupun oleh undang-undang yang akan kita lakukan, tetapi dalam baru bentuk.

Menjelaskan bahawa beliau untuk mengkaji semula semua undang-undang daripada 42 jabatan di bawah kementerian sebelum membentanginnya kepada AG, Junaidi berkata, pada masa kini, mereka terpaksa melalui kajian terperinci dalam proses penggubalan undang-undang tersebut.

Pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan akta baru yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Negara yang telah diumumkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membolehkan kerajaan untuk menjadi lebih bersedia dalam menangani masalah yang berkaitan dengan menggunakan tuduhan hasutan untuk mengekang individu yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

Akta Keharmonian Nasional juga dilihat untuk membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian dalam agama namun, keseimbangan yang sesuai adalah amat perlu untuk mengelakkan kegagalan dan kebebasan bersuara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan yang menumpulkan kreativiti dan sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme.

Terdahulu, dalam ucapannya, Junaidi menasihatkan para pelajar untuk memberi tumpuan kepada pelajaran mereka dan bukannya secara serius terlibat dalam politik terutamanya dalam demonstrasi jalanan kerana pendidikan mereka adalah kunci kejayaan untuk masa depan mereka.

Mengingatkan orang ramai untuk menghargai kestabilan ini aman dan politik di negara ini, beliau berkata, suasana ini perlu dikekalkan bagi membolehkan negara untuk membangunkan dan bergerak ke hadapan.


-UnReportedNews™®

Friday, 7 June 2013

PAKATAN: ANGKAT SUMPAH ATAU GUGUR MANDAT MP?!

-WAN JUNAIDI YANG MEMEGANG PORTFOLIO TIMBALAN SPEAKER DEWAN RAKYAT PADA PENGGAL LEPAS MENYIFATKAN TINDAKAN ANWAR IBRAHIM & KUNCU-KUNCUNYA INGIN MEMBOIKOT SESI MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI MP HANYA MEMBUANG MASA KERANA KALAU PARLIMEN CUKUP KORUM, IANYA AKAN BERSIDANG SEPERTI BIASA! PADAN MUKA, SALAH STRATEGI! KEKEKE!!!-

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan hasrat Ketua Umum PKR untuk memboikot sesi mengangkat sumpah Parlimen ke-13 sebagai tidak wajar.

Namun katanya, tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak akan memberi kesan kepada sesi sidang Parlimen negara sebaliknya beliau bakal berhadapan dengan pilihan raya semula di kawasan yang diwakili sekiranya enggan mengangkat sumpah.

"Saya tidak lihat kewajaran itu sebab kewajaran itu atas (pilihan) dirinya sendiri.

"Walaupun orang tidak datang, ahli Parlimen lain cukup korum, dia tetap akan bersidang seperti biasa. Yang penting, korum itu ada.

"Tindakan sedemikian tidak akan mendatangkan kesan apa-apa. Itu hanya akan membuang masa sendiri sahaja. Kalau tujuan untuk mengadakan pilihan raya semula, tidak boleh. Ia hanya akan diadakan pilihan raya untuk kawasan (Parlimen) orang yang tidak mengangkat sumpah, itu sahaja," kata beliau ketika dihubungi Antarapos.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan berhasrat untuk memboikot sesi mengangkat sumpah Parlimen ke-13 pada 24 Jun ini sebagai tanda protes terhadap keputusan pilihan raya umum, 5 Mei lalu yang disifatkan sebagai tidak telus.

Memetik laporan TMI hari ini, Ahli Parlimen DAP Anthony Loke berkata wakil pembangkang akan memboikot taklimat Parlimen yang dijadualkan Selasa depan sebagai simbolik menunjukkan ketegasan untuk mendesak reformasi pilihan raya.

“Majlis Pimpinan PR merasakan kita perlu mengenakan tekanan sebanyak mungkin yang kita boleh lakukan bagi memastikan kerajaan memberi respon kepada tuntutan kita untuk reformasi pilihan raya," kata Anthony.

Mengulas lanjut Wan Junaidi berkata sidang Parlimen tetap akan berlangsung seperti biasa walaupun pembangkang bertindak untuk memboikot.

Malah katanya tindakan memboikot itu tidak sesekali akan mengubah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.

Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya terdapat pemimpin yang memenangi kerusi Parlimen pada PRU13 lalu tidak mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen, mandat tersebut akan tergugur dan pilihan raya kecil akan diadakan semula di kawasan itu.

"Kalau tidak mahu angkat sumpah, berdasarkan Perlembagaan, genap hari tertentu tidak mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen, dengan sendirinya pemilihannya sebagai ahli Parlimen tergugur dan pilihan raya akan diadakan di kawasan-kawasan orang tidak mahu mengangkat sumpah, itu sahaja,

"Ia tiada kena mengena dengan perkara lain. Dalam perlembagaan, kita tidak boleh ubah perlembagaan begitu sahaja untuk penuhi kehendak politik kita," ujarnya.

Pakatan Rakyat enggan menerima keputusan PRU-13 lalu dan mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dalam mengendali proses pilihan raya sekali gus memberikan kemenangan majoriti mudah kepada Barisan Nasional. (sumber) 

-UnReportedNews™®

Wednesday, 15 May 2013

SENARAI RASMI KABINET MALAYSIA TERKINI 2013

-TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! TERIMAKASIH BUAT PM NAJIB DARI RAKYAT SARAWAK!-


BERIKUT adalah senarai menteri dan timbalan menteri bagi Kabinet baharu penggal 2013-2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak:

Perdana Menteri & Menteri Kewangan I:
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

Timb. Perdana Menteri:
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN


JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

RINGKASAN:

PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)
TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN
JUMLAH 57 JAWATAN
JUMLAH KEMENTERIAN 24
JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANG
JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI)
JUMLAH BACKBENCHERS 82 ORANG


-UnReportedNews™®

Sunday, 5 May 2013

PRU-13 SARAWAK: PESANAN BUAT PENGUNDI DIPARLIMEN SANTUBONG DARI CALON BN DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI



Khas Buat Semua Pengundi PRU-13 DiSeluruh Malaysia, 
Khususnya Pengundi-Pengundi Di Kawasan Parlimen P193 Santubong,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 
Selamat  Sejahtera, Salam Satu Malaysia

Tuan Puan yang dikasihi semua,

Dengan izinNYA,  Allah SWT, sekali lagi saya, Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah dipertanggungjawab untuk sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi  Parlimen P193 Santubong dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini (besok).

Alhamdullillah, Penggal Parlimen ke-12 yang lepas telah menyaksikan Kawasan Parlimen Santubong dianugerahkan dengan pelbagai projek-projek pembangunan yang merangkumi segala aspek, kehendak dan aspirasi rakyat bawah pemerintahan kerajaan BN baik pada peringkat negeri mahupun persekutuan.

Memanglah secara zahirnya, apa jua pembangunan dan bantuan kepada rakyat telah di implikasikan oleh BN, namun pada hakikatnya, yang memungkin segalanya ini sebenarnya adalah Tuan-tuan dan Puan-Puan sendiri, dengan memberi mandat kepada BN pada PRU-12 yang lepas untuk menjadi kerajaan.

Dengan itu, sekali lagi, saya tampil dan memohon sokongan dari pengundi-pengundi di Kawasan Parlimen Santubong agar keluar melaksanaan tanggungjawab anda semua untuk membuang undi dan seperkara lagi paling utama, adalah agar Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian membuat pilihan yang tepat mengikut penilaian yang sejujur-jujurnya terhadap prestasi BN di Santubong selama ini.

Sebenarnya perjalanan pembangunan di Santubong masih jauh lagi dan banyak pembaikan serta agenda yang harus dilaksanakan, ditambahkan lagi dengan perancangan jangka-panjang 20 tahun pembinaan Projek Mega Darul Hana di Santubong yang pastinya akan mengerakkan dan merubah sebahagian besar kehidupan masyarakat di kawasan tersebut.

Dengan rasa rendah-hati, saya mohon seluruh warga Santubong di atas nama masadepan dan segala harapan rakyat Santubong sendiri. Kuasa yang menentukan kerajaann yang akan menerajui Negara dalamempoh lima tahun yang akan datang kini terletak dalam tangan Tuan-tuan dan Puan-puan.

Saya juga mohon kerjasama dari semua warga Parlimen Santubong agar memberi mandat yang besar kepada BN pada PRU-13 agar agenda-agenda yang telah dirancangkan dapat di realisasikan.

Salam Takzim, 
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Calon Barisan Nasional (BN)
P193 Santubong

(Posting ini disedian pada 02hb Mei 2012)
 -UnReportedNews™®

Friday, 3 May 2013

PRU-13 SARAWAK: SELAMAT BERKUBUR PKR SARAWAK!

-BILIK GERAKAN PKR CAWANGAN KAMPUNG SEJINGKAT DIBUBARKAN SERTAMERTA & 34 BEKAS AHLI TEGAR PKR YANG SUDAH MENYERAHKAN BORANG KEAHLIAN PBB SERTA BERIKRAR AKAN MENYOKONG PENYANDANG & CALON BN DI PARLIMEN SANTUBONG DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR! PETANDA BURUK BUAT CALON PKR ZULRUSDI HOL .. WHAT DO SAY TO THAT PKR? KEKEKE!!!-

KEMBALI PADA BN ... Karim menerima borang keahlian menyertai PBB daripada bekas Ketua Cawangan PKR Kampung Sejingkat, Wan Razali Tuanku Hamid sambil disaksikan oleh Dr. Hazland dan Wan Hamzah Wan Paiee (paling kiri) di Kampung Sejingkat di Kuching.
Seramai 34 ahli PKR cawangan Kampung Sejingkat, Jalan Bako di sini, yang hilang keyakinan terhadap parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN), hari ini. 

Ketua Cawangan PKR Kampung Sejingkat, Wan Razali Tuanku Hamid berkata, mereka kecewa dengan kepimpinan parti lalu mengisytiharkan keluar parti kerana mendakwa tidak yakin dengan perjuangan PKR bersama pakatan pembangkang dalam memperjuangkan rakyat di negeri ini.

Borang keahlian menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut diserahkan kepada Menteri Muda Perumahan, Haji Abdul Karim Rahman Hamzah sambil disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr. Hazland Abang Hipni serta Haji Wan Hamzah Wan Paiee yang mewakili calon Parlimen Santubong.

 “Ahli PKR cawangan Kampung Sejingkat mengambil tindakan keluar parti serta membubar bilik gerakan PKR Kampung Sejingkat selepas hilang kepercayaan terhadap parti itu, selain berikrar akan menyokong calon BN Parlimen Santubong, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar. 

“Kami akan membantu BN terus berkuasa di kawasan Parlimen Santubong. Tindakan keluar parti juga adalah demi mengekalkan semangat perpaduan masyarakat terutama di Kampung Sejingkat,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak di Kampung Sejingkat.

Pendapat Wan Razali itu turut disokong oleh timbalan beliau, Wan Hamzah Wan Mahbar yang mendakwa memperjuangkan PKR sejak dari arwah bapanya. 

“Sekarang kami sedar bahawa semua perancangan PKR tidak dilaksanakan seperti hanya janji kosong, berbeza dengan pendekatan BN yang terbukti mampu dilaksana dengan jaya,” tegasnya.

Sementara itu, Karim menyifatkan tindakan ahli-ahli PKR tersebut yang keluar parti dan menyertai PBB merupakan hari yang sangat bersejarah. 

“Rakyat seharusnya bijak menilai taktik penipuan manifesto pembangkang yang terbukti tidak memberi manfaat kepada rakyat Sarawak,” katanya sambil berharap tindakan ahli PKR cawangan Sejingkat itu diikuti oleh ahli parti pembangkang lain di negeri ini. 

Terdahulu, Karim turut mengumumkan pelan pembangunan bandar baharu di kawasan Sejingkat seluas 300 ekar. 

“Kawasan pembangunan bandar baharu ini turut melibatkan pembinaan pusat Islam, bangunan komersial, kompleks sukan, banglo serta beberapa kemudahan lain. Bagaimanapun, maklumat terperinci berhubung pembangunan ini akan dibentangkan oleh kementerian,” tambahnya. 

Dalam pada itu, suasana majlis sayu seketika apabila Wan Hamzah Wan Paiee yang juga anak jati kampung itu mengimbas kembali keperitan yang pernah dilaluinya serta penduduk Kampung Sejingkat.

“Kesengsaraan yang pernah anak yatim ini (beliau sendiri) akan menjadi penyuntik semangat saya untuk terus berbakti dan memastikan kemajuan kampung ini terus terbela di bawah BN. 

“Justeru, perpaduan sangat penting kerana perpecahan yang berlaku hanya akan menjadikan kita lemah seteruskan diperkotak-katik oleh pihak lain,” tegasnya. 

Dr. Hazland pula menambah, peruntukan sejumlah RM620,000 diluluskan oleh kerajaan di Kampung Sejingkat pada 2012."

 “Sejumlah RM13 juta peruntukan disalurkan di kawasan Parlimen Santubong dengan RM6 juta untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut,” tambahnya. 

Kawasan Parlimen Santubong dalam PRU-13 yang dijadualkan pada 5 Mei akan menyaksikan perebutan sengit empat penjuru; penyandang Kerusi Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar PBB-BN, Zulrusdi Hol PKR-PR, Affendi Jeman (Bebas) dan Mura Kadir (STAR).

Junaidi, yang dalam penggal Parlimen yang lepas telah dipertanggungjawab menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat dalam PRU ke-12, pada tahun 2008 Parlimen Santubong yang meliputi kawasan (N.03 Tanjung Datu, N.04 Pantai Damai dan N.05 Demak Laut), dengan jumlah keseluruhan 30,836 pengundi berdaftar dan memperlihatkan Junaidi menang dengan majoriti 11,945 pengundi.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List