Showing posts with label Shahrizat Jalil. Show all posts
Showing posts with label Shahrizat Jalil. Show all posts

Sunday, 16 March 2014

#PRKBALINGIAN : JENTERA PILIHANRAYA WANITA BN SIAP SEDIA

Photo by: Azmin Ramlie

Sayap Wanita BN akan berhabis-habisan membantu calon Barisan Nasional (BN) Yussubnosh Balo berkempen agar memenangini PRK Balingian dengan majoriti yang lebih besar.

Ketua Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan untuk PRK Balingian Wanita BN akan mengunakan pendekatan berkempen dari rumah ke rumah.

"Stratergi ini memang berkesan kerana kami dapat berinteraksi secara terus dengan masyarakat," katanya lagi.

"Selama ini, BN telah membawa pembangunan serta menyediakan kemudahan ke Balingian yang begitu drastik sekali."

"Dan kesinambungan pembangunan ini harus diteruskan dengan kepimpinan BN di Balingian," katanya lagi.

Shahrizat berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Berambeh dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Wanita BN untuk PRK Balingian di Kampung Setellian di Mukah.

Antara yang turut serta di majlis tersebut adalah Menteri Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Keluarga Datuk Hajah Fatimah Abdullah dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Sharifah Hasidah Aman Ghazali.

-UnReportedNews™®

Sunday, 13 October 2013

KJ & KAK IJAT KEKAL JAWATAN, ERMIEYATI KETUA PUTERI UMNO BARU!

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!- 


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal menyandang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut kekal menerajui kepimpinan sayap pemuda parti itu.

Calon Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin pula memenangi jawatan itu sekaligus menjadi Ketua Puteri UMNO yang baru.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Timbalan Presiden UMNO turut hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Keputusan rasmi mengenai kejayaan dibuat lewat pagi tadi.

Setakat pukul 11 malam tadi, dilihat kepada trend pengundian, maka barisan kepimpinan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bagi tempoh 2013 hingga 2016 adalah seperti berikut (ramalan, belum muktamad):-

Pergerakan Wanita UMNO
Ketua – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Naib Ketua – Datuk Azizah Mohd Dun

Pergerakan Pemuda UMNO
Ketua – Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Naib Ketua – Khairul Azwan Harun

Pergerakan Puteri UMNO
Ketua – Mas Ermieyati Samsudin
Naib Ketua – Zahida Zarik Khan 

(sumber

-UnReportedNews™®

Thursday, 19 September 2013

SEPULUH KENDERAAN MEWAH YANG DIRAMPAS BUKAN MILIK SAYA!

-SUHAIMI IBRAHIM MENEGASKAN BELIAU TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEIKRANYA LAPORAN YANG TIDAK BENAR ITU TERUS BERULANG! KEKEKE!!!-

Suhaimi mempersoalkan laporan The Star semalam 
Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim menegaskan sebanyak 10 kenderaan mewah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) bukan miliknya.

Beliau yang kesal dengan laporan media berhubung perkara itu berkata, kenderaan mewah tersebut milik individu lain yang turut disiasat dalam kes berkenaan sambil menegaskan tiada sebuah kereta, harta atau sebarang dokumen miliknya dirampas SPRM sehingga kini.

Menurutnya, kesemua 10 kenderaan mewah tersebut juga bukan milik proksi beliau sebagaimana dakwaan pihak tertentu.

Sehubungan itu, Suhaimi yang juga bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) meminta media berhati-hati melaporkan perkara tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya laporan tidak benar tersebut terus berulang.

Tambahnya, beliau tampil memberi penjelasan kerana yakin bebas daripada amalan rasuah selain mengambil sikap berani kerana benar walaupun mengakui dugaan yang diterima kali ini paling mencabar sepanjang hidupnya.

"Saya beritahu terus terang, 10 buah kenderaan mewah itu bukan milik saya tetapi milik individu lain yang turut disiasat dalam kes ini. Tapi media melaporkan seolah-olah hanya saya seorang sahaja yang disiasat. Lebih tujuh individu yang disiasat oleh SPRM dalam kes ini.

"Boleh tanya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau sahkan sendiri dengan SPRM. Tiada sebuah kereta atau harta benda saya yang dirampas. SPRM juga tidak merampas sebarang dokumen. Saya datang memberi keterangan dengan sukarela," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri Kabinet dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000 selepas ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana program 1Azam dengan 10 buah kenderaan mewah turut dirampas.

Menurut Suhaimi, jika benar terbabit dalam penyelewengan dana projek 1Azam, beliau tidak mungkin hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya Jumaat lalu berseorangan tanpa ditemani peguam.

"Pegawai SPRM telefon minta saya hadir. Saya datang sukarela tanpa ditemani peguam. Saya bagi kerjasama sebaik mungkin ketika disiasat selama lima hari kerana percaya saya bersih daripada rasuah. Selebihnya, biarlah SPRM buat kerja kerana saya tidak mahu ganggu siasatan," katanya.

Mengenai dakwaan rumahnya di Taman Melawati dekat sini, juga ada kaitan dengan penyelewengan dana program 1Azam, Suhaimi berkata, pihak yang membuat fitnah itu sepatutnya sedar beliau sudah terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti pembinaan, restoran dan pertanian sejak 1995.

"Tiada satu pun perniagaan itu ada kaitan dengan tugas saya sebagai bekas setiausaha politik sebelum ini. Saya beli rumah terbabit hasil rezeki melalui perniagaan. Jangan membuat tuduhan melulu tanpa siasatan," katanya. -UM 

-UnReportedNews™®

Wednesday, 21 August 2013

DEMI RAIH UNDI UMNO, MENTERI SARAWAK DIJADIKAN "KORBAN"?

-APAKAH PELANTIKAN DATUK SERI SHAHRIZAT JALIL YANG JUGA MERUPAKAN KETUA WANITA UMNO DENGAN JAWATAN "PEMBANTU ATAU PENASIHAT KHAS" BAIK DI JPM ATAUPUN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT SEBENARNYA BERMOTIF MERAIH UNDI WANITA DALAM PEMILIHAN AGONG UMNO (PAU) TIDAK LAMA LAGI? JANGANLAH MACAM NI KAWAN! KEKEKE!!!-

Ini berkaitan dengan maruah beb! Bukannya aku sengaja nak carik pasal atau apa dan bagi mereka yang memandang enteng perkara ni, wa tak kisah pun, korang boleh stop membaca kat sini.. dan campak cerita aku ni dan pamkan ke dalam lubang tandas je tapi jika anda-anda yang rasa aku ada "arguement" dalam perkara ni, sila baca dengan teliti dengan hati yang terbuka!

Secara logiknya, mengapa pulak menteri dari Sarawak, dalam perkara ini melibatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Datuk Hajah Rohani Abdul Karim memerlukan Datuk Shahrizat Jalil sebagai "pembantu/penasihat khas"nya? Atau sebagai "pembantu/penasihat khas" kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak? Pelik betullah!

Ini pandangan aku sendiri, "I have nothing personal against Datuk Seri Shahrizat, she's a good and hard-working lady, I sincerely respect her for her courageous effort to "rise again" after the alleged NFC scandal but when it involves the dignity of any of my Sarawakian Ministers and in this case, Rohani Karim, a good humble, dedicated hardworking minister like Shahrizat herself, I felt I have to say something even to the circumstances that I might be "booed" by certain parties for doing so!"

Manakala, Rohani pula begitu professional tidak mahu menyinggung mana-mana pihak ketika ditanya media mengenai komen Menteri Perlancongan Datuk Seri Nazri Aziz dalam perkara tersebut apabila beliau hanya memberi jawapan demikan, "Shahrizat bukanlah penasihat kepada kementerian saya, itu hanyalah pendapat beliau (Nazri)". 

Jikalah Shahrizat berada diposisi Rohani sekarang dan Najib pula melantik seorang "pembantu khas" beliau, apakah agaknya perasaan Shahrizat yer? Perlu di ingatkan, semasa Shahrizat meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dulu, Najib seperti agak keberatan dan enggan melantik penggantinya sebaliknya, beliau sendiri kemudiannya yang menjadi pemangku jawatan tersebut. Mengapa yer? Adakah hanya untuk "menjaga hati" Shahrizat?

Yang pastinya, setelah PRU-13 dulu Najib telah melantik Rohani sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat di atas kewibaan, kreditabiliti dan kemampuan yang ditunjukkan oleh Rohani sendiri yang sebelum ini telah memegang jawatan Timbalan Menteri KPNDKK .. full stop. Naper nak ubah-ubah atau nak tambah-tambah jawatan yang sebelum ini memang tak pernah wujud pun? Kecualilah sememangnya ada "game" lain disebalik perlantikan jawatan "semadi nadai" (bahasa Iban bermaksud "daripada takde") baru tu?

Ditambah lagi dengan komen Nazri Aziz, "Rohani is from Sarawak. Probably her focus of work does not cover many of the Peninsula aspects, the Ministry is used to the management done by those from the Peninsula". 

Sebagai seorang menteri yang dianggap veteran dalam kabinet kerajaan, Nazri seharusnya lebih sensitif dan tidak patut memberi komen sedemikian unlesslah, beliau sebenarnya ada niat disebalik memberi sokongan terhadap "pelantikkan" Shahrizat itu.

Kalau asal tempat dari mana si penjawat tu datang jadi isu yang menyebabkan seseorang itu tak boleh perform dalam penugasannya, punyalah ramai orang Semenanjung yang memegang jawatan tinggi di jabatan kerajaan negeri kat Sarawak ni, tak pernah pulak aku dengar ada "pembantu khas tempatan" yang dilantik untuk membantu mereka sepertimana terjadi dalam kes Rohani & Shahrizat!

Nak dipotongkan cerita aku menjadi pendek, secara jujur hati kecil aku merasakan semuanya ini bermotifkan untuk mendapat undi dari Wanita UMNO just in case manalah tahu ada "kejadian gempak" dalam PAU nanti! Begitu juga dengan si Nazri yang dikatakan sedang "nazak" dan amat "ketandusan" sekarang yang inginkan sokongan untuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan tersebut.

Aku tak kisah wal-hal internal UMNO kerana bagi aku, "the best and deserved person will win in PAU", tapi janganlah nak jadikan mana-mana menteri Sarawak ataupun sesiapa saja dalam BN sebagai batu loncatan untuk kesinambungan politik kalian! Beringatlah sikit yang kemenangan yang kita capai pada PRU-13 yang lalu adalah atas kerjasama di antara kita semua bukannya kerana usaha satu pihak atau seseorang individu tertentu semata-mata! Wassalam.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 20 August 2013

NAZRI NAK BUAT APA LAGI NI HAH?!

-JANGANLAH SEAKAN NAK MELAGA-LAGAKAN ROHANI & SHAHRIZAT PULAK! KONTROVERSI ANAKNYA SENDIRI BELUM SELESAI LAGI .. KALO NAK "DIVERT" PUN AGAK-AGAKLAH, JANGANLAH SAMPAI MELIBATKAN ORANG BN SENDIRI & JUAL NAMA PM! KEKEKE!!!-

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bukan merupakan penasihat kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, kata menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim.

Shahrizat, yang sebelum ini merupakan seorang menteri, dilaporkan akan dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai hal ehwal wanita.

"Beliau bukan penasihat kepada kementerian saya, jadi saya tidak boleh mengulas tentang itu," kata Rohani pada sidang akhbar di Sidang Kemuncak Wanita ke-11 pada Selasa.

Apabila ditanya mengenai kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang Perdana Menteri telah melantik Shahrizat untuk membantu Rohani, beliau berkata: "Itu adalah pendapat beliau". (sumber

PS: JANGAN CAKAP OTAK AKU NI MACAM TAIK LEMBU PULAK, RASE-RASENYA ORANG YANG MAIN CAKAP TANPA BERFIKIR TU MUNGKIN ADA POTENSI MEMPUNYAI OTAK SEBEGITU! KAN? KAN? KAN? KEKEKE!!!

-UnReportedNews™®

Monday, 4 February 2013

CALON PBB UNTUK PARLIMEN SAMARAHAN SARAWAK DISAHKAN SEORANG WANITA?

-MEMANG DASAR PBB & BN SARAWAK MELETAKKAN SEBERAPA RAMAI CALON-CALON WANITA DALAM MANA-MANA PILIHANRAYA-

Seorang calon wanita disebut-sebut untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan satu daripada 14 kerusi yang akan dipertahankan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, adalah menjadi dasar parti PBB dan Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk cuba meramaikan calon-calon wanita dalam pilihan raya nanti.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan mengumumkannya (senarai calon PBB), jangan bimbang, pada asasnya beliau telah bersetuju mengenai perkara itu," kata Taib yang juga pengerusi BN negeri dan presiden PBB kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Jentera Wanita BN Sarawak di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, Petra Jaya di sini, hari ini.

"Ia (pengumuman itu) tidak lama lagi mungkin dalam masa dua atau tiga minggu lagi," katanya mengulas ucapan terdahulu bahawa seorang calon wanita mungkin menggantikan seorang calon lelaki sedia ada dalam satu daripada 14 kerusi yang akan ditandingi PBB.

Kini, PBB mempunyai tiga anggota parlimen wanita iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Karim yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar, Nancy Shukri (Batang Sadong) dan Norah Abdul Rahman (Tanjong Manis).

Sementara itu, Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut hadir pada majlis itu yakin rakyat Sarawak akan terus memilih dan menyokong BN pada PRU13.

Katanya, keyakinan tersebut hasil maklum balas yang diterima daripada Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita BN Sarawak bahawa golongan wanita, yang membentuk 49.97 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi di negeri ini, akan memilih parti yang membawa kepada kestabilan dan perpaduan.

"Akan ada tohmahan, serta fitnah terhadap kerajaan daripada pembangkang, namun saya percaya mereka (wanita) tidak akan perjudikan masa hadapan anak, keluarga, serta komuniti, dan terus memilih BN," katanya.

Mengulas mengenai calon wanita baru PBB pada PRU13 nanti, Shahrizat mengucapkan terima kasih dan pengumuman itu satu peningkatan kepada kuota calon wanita di Sarawak.

"Tapi apapun yang paling mustahak, kita mesti menang pada pilihan raya, dan jentera wanita BN Sarawak saya lihat berada dalam keadaan siap siaga dan sangat komited," katanya.

Sumber: Bernama

-UnReportedNews™®

Monday, 10 December 2012

PERSIAPAN WANITA BN MENJELANG PRU KE 13

-SAYAP WANITA BN MEMBANTU JENTERA PILIHANRAYA BN DENGAN MENGENALPASTI PERMASALAHAN RAKYAT!!-

Seluruh sayap wanita Barisan Nasional (BN) Sarawak di gesa mengadakan gerakan "dari rumah ke rumah" dengan secara lebih intensif lagi dalam mengenalpasti golongan yang benar-benar memerlukan bantuan dari kerajaan.

Ketua wanita UMNO Dato’ Seri Sharizat Abdul Jalil berkata dengan cara pergi sendiri ke akar-umbi, mereka boleh mengenalpasti dan menyalurkan bantuan kepada pihak-pihak yang benar-benar memerlukan dan berhak menerima bantuan tersebut.

Sharizat menyatakan Sarawak adalah negeri yang pertama yang beliau lawati setelah Mesyuarat Agung UMNO AGM yang baru diadakan baru-baru ini dan beliau juga bercadang akan mengadakan siri lawatan yang sama di negeri-negeri yang lain untuk menyampaikan pesanan beliau.

"Selain dari pegamalan (lawatan dari rumah ke rumah) yang lebih effektif, kita boleh memahami setiap permasalahan yang timbul lantas sedikit sebanyak ianya akan membantu jentera-jentera parti bagi mebnghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang."

Beliau memberitahu pemberita ketika melawat pusat Anjung Singgah Sarawak di Jalan Rubber di bandaraya ini pagi tadi.

Sharizat juga menyatakan beliau akan mengadakan satu mesyuarat dengan semua sayap Wanita BN Sarawak petang ini.

-UnReportedNews™®

Friday, 20 January 2012

CERITA SEBENAR NFC (BAHAGIAN I)

I COULD NOT RESIST MYSELF TO COPY PASTE THIS ARTICLE WRITTEN BY FELLOW BLOGGER-RBF ON THE "SO-CALLED NFC SCAM" IN SIMPLE LAYMAN WORDS, PLEASE READ THEN YOU'LL UNDERSTAND..
Isu NFC ini sebenarnya senang sahaja.
Jika ianya milik suami kepada Jenab Binti Abu atau milik Chin Min Hiu , maka isu tersebut tidak akan menjadi masalah besar.

Akan tetapi oleh kerana ianya milik suami dan anak-anak kepada Shahrizat Jalil, seorang pemimpin besar Umno , maka perkara tersebut perlu ditumis, digoreng dan digulai sampai lunyai.

Pembangkang harus mencari jalan dalam keadaan apa sekali pun untuk memastikan Shahrizat berundur. Jika Shahrizat berundur , maka lemahlah Wanita Umno. Apabila lemah Wanita Umno maka lemahlah Umno untuk menghadapi PRU akan datang. Ini kerana kekuatan jentera pilihanraya Umno dikuasai oleh Wanita Umno.

Jika anda betul-betul memahami isu ini , ianya tidak timbul isu kegagalan atau salah guna kuasa atau kronisme seperti yang dicanangkan oleh pembangkang.

Ada dua NFC yang mempunyai entiti yang berbeza.

NFC - National Feedlot Centre (Pusat Fidlot National) - Di bawah Kerajaan Pusat.

NFC - National Feedlot Corporation ( Perbadanan Fidlot Kebangsaan) - Sebuah syarikat perniagaan swasta milik Datuk Seri Mohd Salleh dan anak-anaknya. Boleh dilihat di sini.

Sudah berpuluh tahun Malaysia menghadapi masalah kekurangan bekalan daging. Untuk mengatasinya maka diimport daging dari India , New Zealand dan Australia.

Dalam setahun lebih dari RM 1 Bilion wang kita bertukar menjadi Rupee India serta Dollar Australia dan New Zealand hasil dari pengimportan daging dari negara-negara mereka.

Satu masalah besar dengan daging import yang tidak selesai-selesai sehingga ke hari ini adalah berkenaan dengan status halal. Cara penyembelihan mereka yang diragui. Waktu wakil negara kita pergi melawat mereka sembelih dengan baik. Bila wakil kita balik , apa yang mereka buat kita pun tak tahu.

Beberapa tahun lepas timbul satu isu di India, dimana sebuah NGO antarabangsa membantah tindakan penyembelih lembu disana yang menyembur bahagian mata lembu dengan sejenis spray sebelum disembelih. Tujuan dilakukan begitu adalah untuk memudahkan kerja mereka menyembelih.

Satu lagi masalah adalah, daging-daging yang diimport dari India bukannya daging lembu , sebaliknya itu daging kerbau. Di sana mereka tak sembelih lembu kerana lembu tuhan mereka.

Untuk mengatasi masalah status halal diragui, masalah pengaliran keluar wang negara serta masalah kekurangan daging lembu tempatan, maka pada tahun 2006 kerajaan telah mengambil insiatif untuk mewujudkan Pusat Fidlot Nasional di Gemas.

Dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan tanah seluas 5000 ekar telah diperuntukkan untuk menjayakan projek berkenaan.

Kerajaan telah membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengemukakan cadangan dan membentangkan kertas kerja projek mereka. Sebanyak 6 buah syarikat menghantar proposal mereka.
Akhirnya kerajaan memutuskan untuk melantik dua syarikat bagi menjayakan projek berkenaan berdasarkan tawaran terbaik yang dikemukakan mereka.

Dua syarikat berkenaan adalah Agroscience Industries yang kemudiannya menubuhkan NFCorp Sdn Bhd. Manakala sebuah syarikat lagi adalah Lambert Agriculture (M) Sdn Bhd, tetapi menarik diri kemudian.

Pada tahun 2007 MOF telah meluluskan pinjaman sebanyak RM 250 juta kepada NFCorp bagi memulakan projek. Disini anda perlu faham , apabila disebut lulus bukannya mereka dapat seketul wang itu RM 250 juta. Mereka dapat berperingkat-peringkat berdasarkan kemajuan projek. Sehingga ke hari ini NFCorp menerima wang sebanyak RM 181 juta. Masih ada berbaki RM 69 juta di tangan kerajaan.

Pembangkang dok gebang,

Keluarga Shahrizat dapat 250 juta duit rakyat.....

Keluarga Sharizat dapat tanah 5000 ekar.....

Lembu hanya ada seekor....

Tak betul....

Itu semua tak betul.....

RM 250 juta itu adalah pinjaman yang perlu dibayar balik dalam masa 17 tahun dengan kadar interest sebanyak 2 % setahun.

Tanah 5000 ekar itu adalah tanah milik Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI)  yang diperuntukkan untuk disewa oleh pengusaha-pengusaha fidlot. NFCorp memajak tanah tersebut dengan keluasan 1500 ekar dari MBI. Yang baki 3500 ekar itu masih lagi milik MBI.

Tentang dakwaan Rafizi dan Zuraidah kononnya projek tersebut gagal dan lembu hanya seekor sahaja telah lama dijawab oleh rakan-rakan blogger saya. Anda boleh lihat gambar di sini.

Yang gagal adalah projek kambing janapari yang diusahakan Kerajaan Kelantan. Jangan kata seekor kambing, difahamkan tahi kambing pun tak nampak. Bab ini mungkin blogger kickdefella boleh terangkan dengan lanjut.

Selain projek kambing janapari , apa telah jadi kepada projek Kelantan Koridor Depu ? Berapa banyak duit rakyat Kelantan yang terbarai hasil kegagalan projek itu ? Kalau boleh kita minta blogger kickdefella tolong jawab.

Bab pelaburan dalam bidang hartanah oleh ahli perniagaan perkara biasa. Kerajaan beri pinjaman kepada NFCorp sebanyak RM 250 juta untuk projek yang memakan masa 30 tahun. Sudah tentu angka itu tak cukup. Itu terpulang kepada mereka bagaimana cara untuk mereka membiakkan duit tersebut bagi menjayakan projek mereka.

Lainlah sekiranya mereka ambil duit pinjaman dari kerajaan dan pergi beli kondo serta tanah, tapi projek tidak laksanakan. Kalau begitu caranya sebelum dapat kepada PKR dan Pas, awal-awal lagi aku dulu yang 'sembelihkan' mereka.

Jika mereka tidak serius untuk menjayakan projek, tidak mungkin mereka sudah habiskan berpuluh-puluh juta untuk membangun segala kemudahan dan membawa lembu-lembu dari luar negara masuk. Melakukan kacukan baka-baka lembu dan pelbagai kerja-kerja lain lagi. Jika mereka tidak serius tidak mungkin anak lelaki Datuk Saleh yang juga anak seorang menteri yang hidup selesa di bandaraya KL sanggup pergi tinggal di rumah kakitangan dalam ladang lembu di Gemas untuk memastikan segala urusan perniagaan berjalan lancar.

Berbalik kepada kisah hartanah yang mereka beli. Dimanakah lokasi yang mereka beli  ? Kondo di Bangsar dan di Singapura , serta tanah di Putrajaya. Tempat-tempat yang hartanah bernilai tinggi dan mudah untuk dijual. Tidakkah itu satu pelaburan yang bijak ? Tindakan mereka perlu dipuji kerana berusaha cari jalan untuk menambah wang bagi menjayakan perniagaan, dan bukannya dengan cara meminta kerajaan menambah pinjaman kepada mereka.

Apakah ahli perniagaan Ah Seng dan Ah Hock tidak melakukan perniagaan sedemikian cara ? Sudah tentu ya. Jika Ah Seng dan Ah Hock boleh melakukan begitu, kenapa pula Saleh tak boleh ?

Bersambung....



-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List