Showing posts with label Husam Musa. Show all posts
Showing posts with label Husam Musa. Show all posts

Friday, 26 July 2013

IDENTITI ORANG DI UPAH CHE LONG JADI WAKIL JIKA MENANG DIKENALPASTI?

-PRK KUALA BESUT SUDAH DIMENANGI BN DENGAN BERGAYA TAPI NAMUN MUNGKIN RAMAI YANG MASIH TERTANYA-TANYA SIAPAKAH INDIVIDU YANG MAHU DI "UPAH" CALON PAS TERSEBUT MENJADI WAKILNYA SEKIRANYA BELIAU MENANG! JOM KITA BONGKAR BERSAMA! KEKEKE!!!-

Isu akan "mengupah" seorang wakil berbangkit apabila calon PAS Che Long atau Azlan Yusof yang telah kalah dalam PRK Kuala Besut baru-baru ni secara spontan menjawab pertanyaan media dalam satu temuramah.

Kenyataan beliau yang "meminta izin untuk berniaga" dan akan mengupah seorang wakil sekiranya beliau terlalu sibuk dengan perniagaannya nanti adalah sesuatu yang amat luarbiasa bagi mana-mana calon yang akan bertanding dalam mana-mana pilihanraya.

Jika dikaji secara mendalam, "kesilapan" beliau pada sesi temuramah tersebutlah yang benar-benar menyebabkann beliau kalah dalam PRK berkenaan.

Alhamdullillah, BN telah menang bergaya dengan majoriti yang lebih besar dalam PRU ke 13 yang lepas dan PAS ditolak sekali lagi oleh penduduk Kuala Besut.

Hanya sekadar buat renungan, sekiranya tertakdirnya Azlan menang hari tu, ye ler YB sibuk berniaga, siapakah agak-agaknya akan diupah beliau ye?

Mungkin kah individu di bawah ni? Penat-penat beliau jadi Pengarah PRK PAS Kuala Besut kan? Maklumlah, kalau tak dapat jadi MP, jadi "wakil" kepada ADUN pun jadi ler ...


Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Friday, 12 July 2013

PRK KUALA BESUT: PAS GANU DI BULI PAS KELATE!

-NAK TEMBERANG APA, PAS KELANTAN TAK PERCAYA DENGAN PAS TERENGGANU DI KUALA BESUT! PAS TERSILAP PILIH MEREKA YANG TERLIBAT DALAM PRK TERSEBUT, DARI PEMILIHAN PENGARAH PILIHANRAYA HINGGALAH KE CALON PAS DALAM PRK KUALA BESUT! KEKEKE!!!-


Benarlah seperti kenyataan seorang sahabat dari PAS bahawa pencalonan Che Long sebagai calon PAS adalah satu kesilapan besar. 

Begitu juga dengan perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah Pilihanraya PAS di PRK DUN Kuala Besut juga adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh PAS Pusat. 

Dan sahabat berkenaan menelah bahawa kehadiran dan perlantikan gerombolan dari Kelantan, hanya akan menyukarkan PAS di Kuala Besut.

Ahli-ahli PAS ramai yang tidak tahu tentang perkara berkenaan. SMS yang dihantar oleh Wahid Endut menyatakan ketidakpuasan hati berhubung keputusan PAS Pusat untuk melantik Husam Musa atau lebih tepat lagi memberikan kuasa kepada PAS Kelantan untuk berkuasa di Terengganu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu itu juga mengungkit tentang kesamsengan PAS Kelantan dalam PRK Manek Urai beberapa tahun lalu apabila PAS Kelantan dengan bongkaknya menghalang PAS Terengganu daripada masuk campur dalam urusan pilihanraya kecil itu.

Bagaimanapun, dalam PRK DUN Kuala Besut, lain pula ceritanya.

Sebenarnya bukan Wahid Endut sahaja yang tidak berpuas hati berhubung keputusan PAS Pusat melantik Husam Musa dan gerombolannya dari Kelantan untuk bekerja dalam PRK DUN Kuala Besut. 

Sedar tentang hal berkenaan, pada 11 Julai 2013, lebih kurang pukul 2:00 petang di Masjid Haji Yaacob, peti undi Tok Saboh, Wan Nik Yusuf Ngah yang merupakan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kelantan telah mendedahkan rahsia bahawa perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah PRK DUN Kuala Besut dibuat oleh PAS Pusat.

Perlantikan berkenan dibuat untuk mengelakkan isu Husam Musa disingkirkan oleh PAS Kelantan. 

Justeru PRK DUN Kuala Besut telah dijadikan sebagai topengnya, memandangkan PAS Kelantan amat tahu bahawa kelebihan di Kuala Besut lebih berpihak kepada UMNO berbanding PAS.

Menariknya, selain daripada menyatakan bahawa PAS Kelantan sedang berusaha menyelesaikan atau mengelakkan isu-isu yang akan digunakan oleh UMNO-BN dalam pilihanraya kecil itu, Wan Nik Yusuf Ngah secara terang-terang MENGECAM kepimpinan PAS Terengganu yang disifatkannya tidak bersungguh-sungguh menerima kehadiran petugas dan pembantu dari Kelantan.

Bahkan Wan Nik Yusuf Ngah turut mendedahkan bahawa operasi kempen PAS di Kuala Besut setakat ini langsung tidak mendapat sokongan kewangan dari PAS Terengganu.

Pada masa yang sama, maklumat juga mendedahkan tiada sebarang arahan dari peringkat Pusat untuk jentera PKR turun berkempen di Kuala Besut bagi membantu jentera PAS. 

Buat masa ini, hanya kepimpinan PKR Pahang dan Terengganu sahaja yang telah mengluarkan arahan untuk petugas dan jentera parti turun. 

Selain daripada itu, tiada sebarang peruntukan atau bajet disalurkan dari Pusat, sebaliknya terpaksa mengharapkan bantuan daripada Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PKR dari Pahang dan Terengganu.

Nampaknya awal-awal lagi calon PAS di DUN Kuala Besut sudah berhadapan dengan sabotaj daripada parti sendiri, bahkan PKR yang sakit hati kerana kerusi DUN Kuala Besut yang mereka rebut, kekal di tangan PAS untuk ditandingi, turut melakukan kekejaman yang serupa. (sumber

-UnReportedNews™®

Saturday, 22 June 2013

BLACK505: HUSAM "SYAHID" MENGEMBEK DARI DALAM LOKAP!

-AMBIK KOW! DIFAHAMKAN SI HUSAM SYAHID TELAH DI TANGKAP DI BALAI POLIS AMPANG & AKAN DI BAWA KE KELANTAN UNTUK SIASATAN! KEKEKE!!!-

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa telah ditangkap oleh Polis Cawangan Bukit Aman dan dibawa ke Balai Polis Ampang untuk Laporan tangkapan, beliau ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana dipercayai telah mengeluarkan kenyataan sesat yang berbaur hasutan.

Waran tangkap ke atas beliau telah dikeluarkan oleh IPD Cawangan Kota Bharu pada 20hb. Jun, 2013. Beliau akan dibawa ke kelantan untuk disiasat bawah Akta Hasutan. Bagaimanapun dilaporkan NGO R tajaan beliau akan berhimpun di Balai Polis Ampang pada malam ini.

Sementara itu penganjur himpunan blackout  turut mengesahkan menerima laporan penahanan bekas Exco Kerajaan Kelantan itu.

Pengerusi majlis, Chegu Bard memberitahu AJK Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Sepang, Mohd Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah sedang berurusan dengan polis berhubung penahanan itu.

Berita terdahulu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengesahkan beliau sebentar tadi ditahan polis ketika dalam perjalanan ke Padang Merbok dan akan disiasat mengikut Akta Hasutan.

Husam dalam satu kiriman SMS kepada portal pembangkang berkata, beliau kini dibawa ke balai polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan satu fatwa syahidnya sebagaimana yang disiarkan Harakahdaily. http://gelombangkick.blogspot.com/2013/06/video-husam-fatwa-mati-syahid-di.html

Dalam kenyataan yang disiarkan Jumaat lalu, Husam antara lainnya berkata: "Setakat yang saya baca buku-buku, penentangan kita ini adalah satu jihad, penentangan kita adalah gerakan fi sabilillah, penentangan kita adalah untuk al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar, kalau saudara tak nak hadir, saudara duk diam, jangan buat kenyataan pelik-pelik."

"Jadi saudara adik-adik semua jangan ragu, jangan ragu, dan kalau polis bertindak kasar, walaupun niat kita dalam perhimpunan aman, menghantar mesej perjuangan kita, menentang penipuan ini, kita terkorban andaikata, satu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah". (sumber


-UnReportedNews™®

Thursday, 9 May 2013

NIK AZIZ SEBENARNYA DIPECAT SULTAN BUKAN BERSARA?

-PADANLAH MARAH SANGAT SAMPAI NAK MELUDAH MUKA ORANG, RUPANYA  MURSYIDUR AM PAS NI DIPECAT SEBENARNYA, DAH, DAH, DAH, TUHE TAK SUKE ORE MARAH-MARAH NI! SELAMAT -AHEMM-"BERSARA" POK NIK! KEKEKE!!!-


Sumber dalaman PAS di Kelantan yang mengatakan Nik Aziz sekarang ni tengah kecewa teruk sebab tak dapat sambung jadi MB Kelantan hingga hujung nyawa.

Tak dapat sambung jadi MB Kelantan satu hal..Calon pilihannya pun kena reject juga...

Khabarnya Nik Aziz memang berhasrat nak menjadi MB Kelantan satu penggal lagi dan kemudiannya menyerahkan jawatan tersebut kepada Husam, itupun kalau semuanya okay, kalau tak okay, jawatan tersebut akan diserahkan pada Husam seperti yang dijanjikan.

Tapi, ingatkan cerah hingga ke petang...rupa-rupanya hujan di tengah hari. Segala perancangan Nik Aziz hancur berderai. Nik Aziz dipaksa bersara awal dan kerana dilihat menjadi ejen kepada pepecahan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. 

Jadi tidak hairanlah mengapa penyokong Husam mengamuk sakan, menuntut penjelasan dan Nik Aziz hanya mampu menjawab, "itu bukan kerja saya"...

Patut la kenyataan Nik Aziz sampai sanggup nak meludah muka orang, rupa-rupa marah sangat setelah dicop menjadi ejen kepada pepecahan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. (sumber

-UnReportedNews™®

Thursday, 21 February 2013

HUSAM MUSA MENJILAT LUDAH & KAHAK SENDIRI! SEDAP TAK?

-SELAMA INI PAS MENGFITNAH KETUA MENTERI SARAWAK PEHIN SRI HAJI TAIB MAHMUD & DAH NAK MENJELANG PRU KE 13 DENGAN SELAMBA MEMBAWA MUKA TEBAL BERJUMPA TAIB! BOLEH JALAN LAH! KEKEKE!!!-

Setelah mengecam hebat Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Pakatan Rakyat kini cuba berjinak dengan beliau menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut nukilan rakan blogger Semut Hitam mengatakan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dikerah untuk tugas itu dan beliau berjumpa dengan Taib di Pejabat Ketua Menteri itu pada Isnin lalu.

Menurut Harakah Daily, perjumpaan itu diadakan untuk  membincangkan pendirian kedua-dua negeri terhadap Akta Wilayah Laut 2012 yang diluluskan oleh Parlimen untuk memelihara keutuhan wilayah Malaysia.

Harakah yang banyak menyiarkan laporan membidas Taib pada pilihan raya negeri tahun lalu menyifatkan pertemuan itu “satu kunjungan yang penting antara PAS dan pemimpin Sarawak itu.”

Husam adalah Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Roadmap to Putrajaya yang dibentuk oleh PAS.

Beliau banyak terlibat dalam membentuk strategi PAS untuk membuka jalan yang luas bagi membolehkan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya selepas pilihan raya umum ini.

Sumber-sumber kerajaan negeri Sarawak menegaskan hasrat Husam untuk berjumpa Taib mencerminkan rasa terdesak PAS dan Pakatan Rakyat untuk cuba meraih sokongan beliau  menjelang PRU13.

“Sebagai pemimpin negeri yang bertanggungjawab, sudah tentu Taib tidak akan menolak permintaan mana-mana pihak untuk berjumpa dengan beliau, tidak kira dari pihak mana,” kata sumber itu.

Ditanya kenapa Pakatan Rakyat tiba-tiba mahu bertemu Taib, sumber itu berkata “pilihan raya umum sudah dekat dan Taib masih gagah lagi.”    

“Tapi ini semua diketahui oleh Taib dan beliau arif mengenai politik pembangkang di dalam Sarawak dan di peringkat nasional,” tambah sumber itu.

Taib menjadi sasaran utama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan DAP serta PAS yang bertegas Ketua Menteri itu harus berundur setelah memimpin Sarawak lebih tiga dekad.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum negeri 2011, Barisan Nasional pimpinan Taib terus mengekalkan majoriti dua pertiga.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu yang diterajui oleh Taib menyapu bersih kesemua 35 kerusi DUN yang ditandinginya di kawasan majoriti Melayu/Melanau dan Dayak.

Ps: Huh! Mengabihkan masa betul Si Husam Kambing ni yek. Masalah Negeri sendiri pun tak selesai, ada hati nak mengorat orang lain pulak? 

Dia ingat dia mampu ke nak ambik hati Pehin Seri dengan cara macam tu? Jangan harap la!!! Pehin Seri ni orang yang ada maruah. Bukan macam pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang!!!

Artikel berkaitan:


-UnReportedNews™®

Tuesday, 19 February 2013

HUSAM MUSA AKHIRNYA "MENYEMBAH" TAIB MAHMUD!!!

-TANPA SEGAN SILU (BIASA LAH ORANG PAS NI!) HUSAM MUSA MENGEPIL FAIL DIKETIAKNYA UNTUK BERJUMPA KETUA MENTERI SARAWAK PEHIN SERI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD, INDIVIDU YANG SELALU DIHINA & DIFITNAH OLEH PAS TERUTAMANYA PADA PRN KE 10 DULU .. PERTEMUAN DIADAKAN DI PEJABAT TAIB DI WISMA BAPA MALAYSIA, PETRA JAYA YANG BEGITU INDAH SEMALAM SEHINGGAKAN KAKI HUSAM PUN TERSIMPUL MALU (LIHAT GAMBAR) KEKEKE!!!-


Mengikut nukilan rakan blogger Wira Kenyalang™, pertemuan Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan dengan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Kuching telah menggemparkan penyokong PAS dan Pakatan Pembangkang.

Lebih mendukacitakan apabila penyokong Pakatan Pembangkang di Sarawak membantah pertemuan Husam Musa dengan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan membuat pelbagai spekulasi. 

Paling menggembirakan rakyat Sarawak, ada di kalangan penyokong Pakatan Pembangkang menyatakan pertemuan itu adalah untuk meminta maaf setelah sebelum ini Pehin Sri Abdul Taib Mahmud diasak bertubi-tubi dengan tanggapan negatif semasa PRN Sarawak Ke-10.

Bagaimanapun, di pihak BN dan penyokongnya mengaggap pertemuan Husam Musa itu adalah sebagai pertemuan dua kerajaan negeri yang membabitkan Kerajaan Kelantan dan Sarawak. 

Pastinya ini membincangkan mengenai kerjasama mahupun persefahaman antara kedua-dua negeri biarpun diperintah dua parti yang berlainan.

Paling mengejutkan Husam Musa yang juga Exco Negeri Kelantan itu ialah layanan dan persetujuan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berjumpa biarpun sebelum ini pelbagai kecaman buruk yang dilemparkan PAS dan Pakatan Pembangkang kepada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Bagi Pehin Sri pula yang pada PRN Sarawak Ke-10 yang lepas kerap menerima kecaman dan tohmahan sedikitpun tidak menghiraukannya. Itu adalah dosa pemimpin Pakatan Pembangkang dan PAS kepada Allah s.w.t yang ternyata akan membuktikan kebenarannya suatu hari nanti.

Dan, ketika ini Allah s.w.t telah menunjukkan kebenarannya bahawa Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berada di pihak yang benar.

PS: Anak aku Syazlan cakap Husam Musa (dalam gambar) takut sampai nak terkencing dalam seluar sebab jumpa Taib! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®


Wednesday, 18 July 2012

HUSAM TEWAS DITANGAN BLOGGER RBF ONLINE!

-SYABAS RBF ONLINE .. KEKEKE!-


Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa tewas di tangan blogger apabila kes samannya terhadap Mohd Faisal Mohd Rohban Ahmad ditolak Mahkamah Tinggi Kota Bharu apabila Naib Presiden PAS itu gagal membuktikan Mohd Faisal adalah blogger RBF (Ruang Bicara Faisal).

Faisal ketika bercakap dengan Kickdefella hari ini membina azam baru, dia mahu bersama Kickdefella dan rakan-rakan media sosial di Kelantan untuk menentang kemungkaran terutamanya yang menyelebungi aktiviti-aktiviti Husam Musa.

Pada Oktober 2009, Husam pernah meminta Kickdefella menjejaki seorang pemuda bernama Mohd Faisal Bin Rohban Ahmad.

Bahkan pada satu malam Husam telah mengarahkan Kickdefella pergi ke sebuah rumah berdekatan Jalan Kebun Sultan pada jam hampir sebelas malam dengan menyamar sebagai pegawai kebajikan untuk mendapat maklumat mengenai pemuda itu.

Tidak cukup dengan itu,Husam juga telah menghantar ‘orangnya’ di Hospital Kota Bharu untuk menjejaki dan mengintip arwah ayah Mohd Faisal yang ketika itu terlantar sakit.

“Sebelum ini penyokong-penyokong Husam menghukum saya lebih awal dalam laman facebook mereka berdasarkan laporan harakahdaily.net sedangkan mahkamah masih belum membuat sebarang keputusan yang mengatakan saya adalah pemilik blog ruangbiacarafaisal,” kata Faisal.

"Saya pun belum memberikan keterangan di mahkamah ketika itu. Blog tersebut pun bukan milik saya, nama blog ruangbicarafaisal dan nama saya adalah Mohd. Faisal Rohban Ahmad dan hari ini Mahkamah telah buat keputusannya.

Pada 23 Oktober lalu harakahdaily.net dan Sinar Harian menyatakan saya pemilik blog sedangkan itu salah,” tambah Faisal.

Mohd Faisal sekarang sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas Harakahdaily dan Sinar Harian. 

Pada Disember 2011, Husam mengemukakan saman terhadap Mohd Faisal yang didakwa menulis artikel berunsur fitnah terhadapnya dalam blog ruangbicarafaisal.blogspot.com bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”

Dalam saman itu Husam menuntut Mohd Faisal memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama serta membayar ganti rugi sebanyak RM500,000. – AIDC

Sumber: Badut Rakyat


-UnReportedNews™®



UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List