Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Monday, 21 September 2015

Azizah Ajak Ahli Parlimen Sabah Dan Sarawak Khianati BN


Memang muka tak tahu malu, setelah gagal memenangi Pilihan Umum secara adil, gagal menjatuhkan kerajaan menerusi serangan fitnah, gagal menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi, kini Jijah Kipas tanpa segan dan silu secara terbuka mengajak Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menyertai pembangkang dan mengkhianati Barisan Nasional (BN) pula.

Azizah menyaran agar Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menjadi "47 Ronin Jepun" yang sanggup berjuang dan mati kononnya untuk membela nasib rakyat dan maruah negara.

Secara umumnya, semua rakyat tahu yang perjuangan pembangkang khususnya PKR pimpinan Jijah Kipas adalah untuk menobatkan suaminya Anwar Ibrahim yang kini terperuk didalam penjara rakyat kerana menjalani hukuman di atas kesalahan meliwat (kali kedua) menjadi Perdana Menteri.

Dalam erti kata lain, Jijah mengajak Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak mengkhianati BN demi untuk membela dan membebaskan suaminya seperti dalam filem 47 Ronin.

Untuk makluman Jijah Kipas, pemimpin Jepun Asano Naganori yang kematiannya telah dibela oleh 47 Ronin tersebut tidak meliwat seperti suaminya.

Banyaklah cikadak Ronin si Jijah Kipas ni..cukuplah dengan "Geng Ronin PAN" inspirasi DAP yang telah memecahkan PAS menjadi dua.

Janji Jijah kipas kepada Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yakni dia akan menunaikan janji kemerdekaan sekiranya pembangkang berkuasa adalah bagaikan umpanan murahan kerana masih banyak manifesto pembangkang yang telah dijanjikan sejak sedekad lalu pun tidak tertunai. -UnReportedNews™®

Thursday, 16 July 2015

Video: Pengakuan Bekas Konspirator Sarawak Report


Petang tadi kami melaporkan satu Laporan Polis Ke Atas Konspirasi Jatuhkan Perdana Menteri telah dibuat bersama bukti komunikasi e-mel dan video wawancara.

Sebentar tadi kami menerima mesej memaklumkan sebuah blog telah menerbitkan bahagian pertama wawancara dengan bekas “editor” Sarawak Report, Lester Melanyi yang kini sedang sakit.

Video bahagian pertama itu telah diterbitkan di http://lestermelanyi.blogspot.com/.


Berikut ialah video terbabit:

MYKMU
-UnReportedNews™®

Video: Bekas "Editor" Sarawak Report Akui Skandal 1MDB Adakah Fitnah


Petang tadi kami melaporkan satu Laporan Polis Ke Atas Konspirasi Jatuhkan Perdana Menteri telah dibuat bersama bukti komunikasi e-mel dan video wawancara.

Sebentar tadi kami menerima mesej memaklumkan sebuah blog telah menerbitkan bahagian pertama wawancara dengan bekas “editor” Sarawak Report, Lester Melanyi yang kini sedang sakit.
Video bahagian pertama itu telah diterbitkan di http://lestermelanyi.blogspot.com/.

Berikut ialah video terbabit:
MYKMU
-UnReportedNews™®

Saturday, 7 March 2015

Pendemo #KitaLawan Biadap Dengan Agong!!!


Kalo korang nak menyokong peliwat sokonglah, kalo nak meliwat sekali pun itu korang punya pasal tapi tak usahlah nak biadap dengan Yang Dipertuan Agong!!! Ni kurang hajar nama dier!!!

Gambar sekumpulan pendemo #KitaLawan membawa gambar Yang Di-Pertuan Agung di Sogo, Kuala Lumpur hari ini yang menyokong solidariti Anwar Ibrahim yang kini dihukum penjara selama lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembatu khasnya!!! -UnReportedNews™®

Tuesday, 10 February 2015

Anwar Ke Penjara Hari Ini


 
Mahkamah Persekutuan tengahari tadi memutuskan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan terhadap Anwar Ibrahim kerana disabit kesalahan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu kekal.
 
Penghakiman itu dirumuskan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai lima anggota panel hakim, membuat keputusan tersebut kerana mengambilkira terdapat bukti kukuh bahawa Saiful diliwat, justeru itu rayuan terhadap sabitan itu ditolak.
 
Hujahnya, Anwar tidak mempertikaikan bahawa beliau berada di kondominium tempat kejadian didakwa berlaku dan dia juga tidak mempertikaikan keberadaan Saiful di situ dan "tiada merit" bagi dakwaan terdapat konspirasi politik dalam kes itu.
 
"Penafian semata-mata daripada Anwar tidak boleh diterima. (Dakwaan) konspirasi politik kekal tidak berasas," katanya.
 
Sebentar tadi, Astro Awani melaporkan penyokong Anwar yang dianggarkan lebih kurang 1,000 orang yang pada mulanya berhimpun di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya mula bergerak ke bahagian bangunan tersebut untuk bertemu dengan Anwar sebelum beliau dihantar ke Penjara Sungai Buluh, petang nanti. - Sarawakiana
 
-UnReportedNews™®
 
 
 
 
 

Habislah Anwar Ibrahim Kali Ini!!!



Tinggal beberapa jam sahaja lagi Anwar Ibrahim akan diputuskan sama ada bersalah atau pun tidak dalam kes liwat beliau yang berlanjutan sehingga mengambil masa 6 tahun untuk di selesaikan.

Seperti yang telah sudah, Anwar akan melakukan perjumpaan akhir dan akan berucap di khalayak ramai terutamanya pada pengikut beliau untuk mencari sokongan dan untuk menghimpunkan pengikut pengikut beliau ke Istana Kehakiman esok.

Tapi nampaknya tidak seperti himpunan yang lalu, kali ini nampaknya sokongan terhadap Anwar semakin hilang jauh apabila ceramah beliau tidak lagi mendapat sokongan.

Malam ini ceramah ceramah yang diadakan dikayakan hambar dengan kehadiran tidak melebihi 3 ribu orang seperti yang dulu.

Apa dah jadi dengan pengikut Anwar? Kemana mereka semua? Adakah Anwar kini sudah tidak lagi menyengat seperti dahulu.

Dari pengamatan Sangkakala, rakyat Malaysia sudah mula merasa muak dengan perhimpunan perhimpunan yang diadakan oleh pakatan pembangkang yang jelas menunjukkan bahawa ianya hanyalah agenda untuk membela Anwar Ibrahim

Cuba kita fikir, selama 6 tahun kes ini berjalan dan lebih daripada 60 kali ditangguhkan dan beberapa pendengaran telah dilakukan semuanya hanya untuk Anwar Ibrahim

Dimana agenda untuk memperjuangkan rakyat sepertimana yang disebut sebut oleh pakatan rakyat selama ini?

Apa apa pun kita semua dengar sama ada Anwar bersalah atau tidak esok, dan rakyat sebenarnya boleh menilai jika Anwar dibebaskan sekalipun, hakim pernah mengatakan bahawa perkara (liwat) itu berlaku. - sumber 

-UnReportedNews™®

Wednesday, 4 February 2015

Anwar Semakin Lama, Semakin Hampeh Dan Hangit


Ceramah Anwar bertajuk 'Ini semua salah UMNO' mendapat sambutan Hangit dari penyokong PAS Terengganu.

Program ceramah perdana 'Rakyat Hakim Negara' jelas terlihat sebagai satu program bagi meraih sokongan dan simpati rakyat terhadap kes liwat Anwar yang akan diketahui keputusannya 10 Februari ini.

Sehinggakan para penyokongnya telah menguar-uarkan di media sosial kehadiran mencecah sehingga 10000 ribu dalam siri ceramahnya di Kemaman, Terengganu semalam bagi menampakkan Anwar masih relevan sebagai seorang pemimpin.

Kenyataan tersebut merupakan satu jenaka apabila hakikatnya hanya lebih kurang 200 hadirin sahaja yang hadir. 

Gerakan boikot oleh penyokong PAS yang digembar-gemburkan sebelum ini terhadap siri ceramah Anwar jelas menampakkan kesan kerana rakyat sudah mual dengan maki hamun dan ceramah 'ketulaannya'.

Kebanyakan intipati ceramah hanya bermodalkan 'INI SEMUA SALAH UMNO' dan kritikan terhadap kerajaan dengan menjaja isu semasa seperti tragedi pesawat mas MH17 dan kehilangan MH370, banjir yang berlaku di beberapa negeri yang disebabkan kelemahan pentadbiran kerajaan.

Kenyataan Menteri Perdagangan dan Kepenggunan mengenai boikot peniaga tidak turunkan harga barang diputarbelit bagi menunjukkan Datuk Ismail sebagai rasis.

Anwar turut masih tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum yang ke 13 dengan menuduh wujud unsur-unsur penipuan.

Anwar kali ini dilihat sangat terdesak dengan kes liwat ini, bibit-bibit ke penjara semakin hampir, dan seperti kebiasaanya, rakyatlah yang diheret untuk menjadi benteng mempertahankan dirinya atas kepentingan peribadinya sendiri.-UnReportedNews™®

Sunday, 30 November 2014

Anwar Ibrahim "Merayu" Ketua Menteri Sarawak


Dah Kerajaan Sarawak tak bagi masuk ke negeri ni, janganlah dok meroyan lagi Nuar...

Isu halangan beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang dari Semenanjung untuk memasuki Sarawak oleh kerajaan negeri ini menjadi salah satu dari tajuk utama ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Baca sepenuhnya)

"Saya rayu agar Ketua Menteri Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem agar mengkaji semula keputusan kerajaan negeri menghalang beberapa orang pemimpin pembangkang dan individu pro pembangkang dari memasuki negeri ini."

"Saya amat kesal dengan pendirian kerajaan negeri yang masih mengekang kemasukan ahli Parlimen dari PKR ke Sarawak walaupun kedatangan mereka bukan untuk mengundang ancaman keselamatan."

Mengakui yang kerajaan negeri Sarawak sememangnya mempunyai bidang kuasa untuk menjaga keselamatan negeri, Anwar berkata namun ianya sepatutnya bukan untuk disalahgunakan bagi mempertahankan kuasa. Baca sepenuhnya 

-UnReportedNews™®

Thursday, 6 November 2014

LIVE From Putrajaya: Nak Kelirukan Guna Sampel Label


Jam 1215: Ram Karpal guna hujah orang salah pilih sampel

1213 Ramkarpal & judges discussing the labelling by Dr & relabelling by IO as to whether chemist would know where the swabs were taken.

4 Drs said no penetration. Saiful was not sodomised.

Jabatan Kimia's guidelines were not followed & it is all the more crucial in technical matters like DNA analysis. Even prosecution did not say that guidelines were followed but argued that guidelines need not be followed, only guidelines. Setting bad precedent if Jab Kimia's own guidelines need not be followed. People would be hanged, jailed based on bad reports.

12.12pm: Ram notes that what the HKL doctors had labelled on the sample is different.

This is because DSP Jude had relabelled them when he cut open the big plastic bag containing the HKL samples at his office.

Justice Abdull Hamid asks based on (chemist) Seah's analysis and what the HKL doctors testified that there could be penetration, could it have been heresay evidence.

Ram agrees.

This reinforces what we say that they cannot be the same samples, as Saiful was not sodomised, adds the lawyer.

 12.20pm: Ram warns that chemist guidelines should be followed and a copy should be made available to the defence.

The effect of not giving the guidelines will result in people being convicted of murder or other crimes just because the department does not want to give the guidelines or they (chemists) do not follow them, he adds.

Jam 1215: Ram Karpal buat2 tak faham hujah  

1213: Shafee is not a Dr - he cant give evidence from the bar that Saiful was suffering from Stockholm Syndrome.

Ramkarpal - Dr's pro forma form said coitus lasted 30 mins - not that whole incident, shower etc lasted 30 mins as submitted by Shafee.

Jam 1200 Dengan harapan ujian DNA tak diterima, Ram Karpal cuba nak persoal samada ada penetrasi pula. Kalau DNA ada, takyah kot hujah penetrasi ni ... Sg BUloh saja!

1201: Ramkarpal - there was no proof of penetration & thus no offence. Semen in anus is a red herring. Samples contaminated, analysis flawed.

Ramkarpal - all Drs found Saiful's anus as normal, no penetration. Doubt as to whether KY jelly was even used.

12 noon: Now, Ram submits on the issue of penetration.

He says there is no medical evidence to suggest previous encounters.

He (Shafee) was just giving a statement from the bar, says the defence lawyer.

"Previous encounter should not be taken into consideration that penetration did take place," he adds.

What is important, he says, is that four doctors (one from Pusrawi) and three from HKL said there was no penetration.

Shafee had pointed to Saiful's testimony that Anwar ejaculated inside his anus "as always".

12.07pm: Hence, Ram says there is the question whether actual penetration took place. - Unspinner

-UnReportedNews™®

Tuesday, 4 November 2014

Yuktes Vijay : Saksi Anwar Dalam Kes Liwat, Dr Osman Tiada Kredibiliti


Yuktes Vijay – Tertera di bawah adalah daripada salinan Mahkamah soal balas Dr Osman oleh Karpal Singh:

KS: May I refer the witness to IDD 16?

Q: From that document, IDD 16

A: This is a hospital file. On 28th June Saiful came to see me. He presented to me pain in the anus when passing motion for one week and there is no blood in the stool, nothing. Bowel regulation is normal; this is not in the file.

Q: You examine him?

A: Yes.

Q: After the examination did he tell you anything?

A: After examination I inform my patient, “Your anus is normal and healthy. I did not see any injury or anything.” While he was putting on his trousers and I’m washing my hand he said, “No, doctor. This is sodomy.” From his action and words I understand it is sodomy. He continues and talked to me saying a VIP is involved, he is scared to go to the police to report. I’m very shock because I put the protoscope into the patient’s anus to check before he told me the story. If he tell me that story I won’t touch his anus because it is normal procedure if it is a legal case we have to send to government hospital.

Q: I refer you to IDD16. The first page. Is that your handwriting?

A: Yes.

Q: There’s something here that you have recorded. “Patient was alleged assaulted by insertion of plastic into the anus”.

A: Yes.

Q: Saiful told you this?

A: Yes.

Q: And you recorded it as in here?

A: Yes.

Q: Can you read the complete recording?

A: Patient was alleged assaulted by of plastic into the anus.

Q: Anything else there?

A: Willing to do report. That means willing to do police report. After I examine him I wrote this down.

Q: After you examine him?

A: Yes.

Q: And he told you this?

A: Yes.

Tan Sri Shafee Abdullah telah selar kredibiliti Dr Osman hari ini di Mahkamah. Dr Osman adalah doktor pertama yang Saiful jumpa sebelum dihantar ke HKL.

Menurut Dr Osman, dubur Saiful tidak ada apa-apa kecederaan. Satu aspek penting yang harus diberi perhatian kerana tanpa kecederaan, susah nak buktikan liwat berlaku. Payah nak sabitkan seseorang itu bersalah mengikut peruntukkan undang-undang.

Namun, apa yang dapat ditafsir daripada soal balas di atas adalah Dr tersebut tidak membuat inferens yang dubur Saiful ‘disumbat’ dengan barang plastik berdasarkan hasil pemeriksaan yang dijalankannya.

Dia hanya tulis apa yang Saiful beritahunya. Setahu saya, tidak ada doktor di dunia ini yang akan tulis apa yang pesakit dia beritahu tapi endahkan kesimpulan yang diperoleh daripada hasil pemeriksaan yang dijalankan!

Adakah Saiful bodoh untuk beritahu Dr Osman yang dia disumbat oleh plastik selepas beritahunya yang dia telah diliwat?

Dr Osman seorang penipu!

Rujuk bawah. Ada petikan lagi daripada soal balas ketika di Mahkamah

Q: Is it a practice for you to come out with a report without being requested? Is it a practice for you to come out with a proper report after examining a patient?

A: No.

Q: But this one you were asked?

A: Yes

Q: By whom?

A: By Azlan, he is the officer in the hospital.

Q: And you give it to him?

A: Yes.

Q: What is he at the hospital?

A: I work there for 6 months, I don’t know, he is an officer in charge of record or something. I’m not sure.

Q: You didn’t know who this person is, to whom you prepare the report?

A: I know he is an officer of Pusrawi, I didn’t know exactly his position.

Q: Is he your superior?

A: No.

Q: Is he authorized to ask a report from you?

A: No.

Daripada petikan di atas, apa yang boleh ditafsirkan adalah :

Dr Osman telah lakukan pemerikasaan walaupun diberitahu pesakitnya yang dia telah diliwat

Dr Osman boleh dibuli oleh staf Hospital yang mungkin hanya sekadar jaga rekod untuk buat laporan yang bukan prosedur biasa. Fikirkan lah apa yang boleh seorang yang berkuasa dan berpengaruh seperti Anwar boleh buat untuk Dr Osman menari ikut rentaknya

Ini satu lagi bukti kenapa Dr Usman adalah ‘puppet’ Anwar.

Q: Did you also prepare a statutory declaration with regard to your examination?

A: Yes.

Q: Why was there a need to prepare a statutory declaration?

A: This is a long story. I went back to Myanmar and while I was there IDD16 come out in the internet which is not a doctor’s practice so that is my respond. At that time I was very scared.

Q: So, who ask you to prepare?

A: One is a commissioner of oath [], another one is one is one lawyer, I forgot his name.

Q: Who is the lawyer?

A: Malay lawyer.

Q: Why must he ask you to prepare the statutory declaration?

A: They forced me, no, I was forced by this file in the internet that they advised me to prepare a statutory declaration.

Q: Who ask you? I mean, did the police ask you?

A: No, not police.

Q: Then, who are they?

A: One is a commissioner of oath [] I forgot his name, and is a lawyer.

Q: So it would seem you would do anything for anybody, right? One, is by this officer earlier who are not your superior to prepare a medical report and you prepare it for him. And one lawyer came to see you and ask you to prepare and sign the statutory declaration and you sign it?

A: They made me to believe it was made to keep in the confidential file, Azlan. The lawyer is Anuar and another one Yusri, I think.

Q: And you said it wasn’t the police who ask you?

A: No, they never ask me anything.

Anwar telah hantar dua orang ke Mynmar untuk ambil Akuan Bersumpah daripada Dr Osman. Akuan bersumpah yang dirujuk di atas tidak pernah digunakan di Mahkamah kerana tidak diminta oleh peguambela Anwar ketika di Mahkamah Tinggi.

Kenapa? Sebab Anwar telah halang kita daripada buat sedemikian.

Di sini turut tertera satu lagi pembohongan Anwar. Menurut Anwar, dia tidak bawa mana-mana saksi alibi dia ke Mahkamah kerana mereka telah ditakutkan dan diberi tekanan oleh pihak polis.

Namun, nampak tak apa yang Dr Osman cakap? NO THEY NEVER ASK ME ANYTHING

Takkan polis nak buli saksi alibi walhal “saksi penting” seperti Dr Osman yang merupakan orang pertama yang telah periksa dubur mangsa liwat tidak diusik?

Yang hantar dan beri tekanan untuk buat akuan bersumpah adalah Anwar.

Tapi, polis yang dikecam oleh Anwar. Ini logik? Ini gelagat seorang yang sah bersalah dan sekarang cari jalan untuk ‘escape’ !

Tan Sri Shaffee adalah betul! Dr Osman saksi yang tiada kredibiliti!! (sumber)

-UnReportedNews™®

Monday, 3 November 2014

Gambar: Anak Patung Dibalut Kain Kuning Ditemui Di Tepi Mahkamah



Angkara siapa pulak ni? Sapa yang khurafat terdesak sangat nak mempengaruhi keputusan hakim berkaitan kes liwat sehingga menggunakan khidmat iblis ni? (sumber)

-UnReportedNews™®

Rayuan Kes Liwat Anwar Masuk Hari Ke-5


PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki hari kelima hari ini dengan pihak pendakwaan meneruskan hujah mengapa Mahkamah Persekutuan patut mengetepikannya.

Jumaat lepas, ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu wartawan beliau telah menyampaikan 20 peratus daripada 205 muka surat hujahannya.

Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria mendengar rayuan untuk mengetepikan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar yang disabitkan bersalah kerana meliwat.

Empat lagi hakim di dalam panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Friday, 31 October 2014

Selepas DiLiwat, Saiful Dinasihat Anwar Jangan Tinggalkan Solat ...


Antara hujah menarik perhatian kita dari Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah di pagi hari Jumaat, 31 Oktober 2014

(Hujahnya akan disambung di sebelah pagi hari Isnin (petang Isnin tiada pendengaran) kemudian diikuti hujjah penggulungan oleh ketua pembelaan Anwar iaitu Datuk Gopal Sri Ram pada pagi Selasa)

1. Anwar Ibrahim bukanlah individu biasa. Beliau seorang yang berkarismatik dan berupaya untuk mempengaruhi pemikiran seorang budak muda seperti Saiful. Selepas meliwat Saiful, Anwar berpesan kepada Saiful supaya jangan meninggalkan solat.
(Nota: Bukan saja saja Saiful, malah orang lain juga yang tidak mengenali siapa Anwar sebenarnya)

2. Saiful yang gagal menamatkan pengajian degreenya dilantik oleh Anwar sebagai Pembantu Peribadi dengan gai gaji lumayan, elaun yg tinggi dan pelbagai lagi kemudahan lebih daripada staf Anwar yg lain.

3. Saiful dibawa ke mana saja oleh Anwar. Singapura, Hong Kong dan lain-lain negara.

4. Anwar juga memberikan Saiful sut Brioni yang bernilai hampir Rm 24,000 (USD 7,700) yang pada mana sebahagian daripada mereka yang hadir ke mahkamah hari ini tidak pernah dengar pun jenama ini. Tetapi mengapa Anwar hendak menjaga dengan baik hubungan beliau dengan Saiful, soal Shafee.
http://www.brioni.com/

5. Selepas Saiful menguruskan jadual perjalanan seharian, Anwar telah bertanya, “Can I f*ck you today?” Ini jelas menunjukkan keintiman perhubungan tersebut, ujar Shafee.

Saiful agak keberatan dan ini telah menimbulkan kemarahan Anwar di mana Saiful telah didominasi sepenuhnya (secara mental) oleh Anwar dan mereka ke bilik tidur utama untuk melakukan aktiviti liwat tersebut.

6. Shafee berkata bahawa kejadian liwat itu telah berlaku di antara 3 petang sehingga 4.30 petang di Kondominium Damansara. Hujah Shafee menyatakan bahawa Anwar meliwat Saiful tanpa kerelaan Saiful tetapi tidak bermaksud tanpa kebenaran. Ini adalah satu dilema psikologi dan moral apabila seorang individu yang dominan, majikan dan juga idola seperti Anwar Ibrahim mahu meliwat Saiful.

Perbuatan meliwat ini tidak ada kaitan dengan kebenaran kerana pada waktu ini Saiful telah tergamam dan tindakan tanpa melawannya itu dianggap tanda persetujuan oleh Anwar Ibrahim.

Liwat tersebut berlaku dengan tanpa kerelaan Saiful Bukhari. Maka dengan itu, Saiful bukanlah bersubahat dalam melakukan aktiviti liwat tersebut.

Atas bukti-bukti seperti ini, apa yang dikatakan oleh Saiful ada kebenarannya. Saiful takut kepada Anwar. Ini dapat dijelaskan dengan baik oleh gambar yang pihak peguambela sendiri bawa pada hari pertama yang menunjukkan Saiful masih menghidangkan air di rumah Anwar sehari selepas diliwat.

Muka Saiful bukanlah muka individu yang gembira ataupun ceria. Tetapi muka seseorang yang terpaksa berselindung di atas kejaidan trauma yang berlaku kepada dirinya sehari sebelum itu.

7. DNA ‘Lelaki Y’ yang ditemui di dalam dubur Saiful adalah sama dengan DNA yang diperoleh dari lokap Anwar Ibrahim. Anwar sama sekali tidak mahu sebarang benda (saliva, darah dsb.) diambil darinya untuk dibuat DNA profiling).

8. Bahan bukti yang didapati dari hospital seperti semen adalah intact dan tidak compromised sebagaimana yang telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini. - sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 28 October 2014

Apa? Kes Rayuan Anwar Mungkin Berlanjutan Hingga Jumaat?


PUTRAJAYA: Kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, mungkin disambung sehingga Jumaat ini.

Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata ini kerana giliran pasukannya berhujah yang dijadualkan pagi esok mungkin akan ditunda kepada Khamis dan pasukan pembelaan pula perlu menjawab hujah berkenaan sebelum keputusan dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan.

"Jadi, mereka (pihak mahkamah) akan memanjangkan kes ini sehari lagi iaitu sehingga Khamis atau kemungkinan pada Jumaat.

"Seperti yang anda tahu... ini adalah rayuan terakhir. Jadi banyak isu yang akan timbul dan juga isu yang tidak pernah berbangkit sebelum ini," katanya kepada pemberita ketika keluar dari Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman di sini, sebentar tadi. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Monday, 27 October 2014

TERKINI: Demi Anwar Ibrahim, Pintu Pagar UM Dirempuh






9.20 malam: Pintu pagar Universiti Malaya telah dirempuh dan roboh. 

9.00 malam: Wakil mahasiswa mula berucap mendesak kebebasan mahasiswa. Mendesak Anwar Ibrahim dibenarkan berucap di Dataran Universiti Malaya.

8.50 malam: Pihak keselamatan UM benarkan mahasiswa sebelah dalam kampus keluar. Selain mahasiswa UM, dikesan juga mahasiswa UIA, UKM dan Unisel. Keseluruhan mereka dianggarkan 600 orang sehingga sekarang. Belum ada tanda kehadiran Anwar Ibrahim. Setakat ini pemimpin PKR yang kelihatan ialah Ahli Parlimen Sungai Petani, YB Johari Abdul dan Chegu Bard. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Friday, 24 October 2014

Apa Je Setakat Pegang Anjing Tu, Meliwat Pun Sanggup


Aku heranlah si Anwar Ibrahim bagaikan sudah tiada pedoman lagi sehinggakan bab hukum-syarak pun beliau dah stat main spin-spin dah.

Mungkin dier neves kot sebab hari "penghakiman buat dirinya" pada 28 Oktober ini berkaitan kes meliwat Saiful Bukhari semakin rapat so dier main belasah je semua untuk mencarik sokongan.  

Terbaru, beliau kelihatan agak merapu semasa berucap pada himpunan Rakyat Hakim Negara yang dihadiri oleh lebih kurang 500 hadirin di Seberang Jaya semalam.

Nuar Brahim seolah-olah memandang enteng mengenai hukum syarak memegang anjing.

"Apa susahnya nak sentuh anjing, lepas sentuh samaklah .. kalau takut nak sentuh anjing macam mana nak sentuh Lim Guan Eng," katanya.

“Dia peluk saya bila kami bertemu maka adakah perlu saya samak selepas itu?,” kata Anwar lagi.

Kalau mengikut pemahaman Nuar Brahim berkaitan dengan hukum haram dan halal, kalau macam tu, selepas makan daging babi, telan jer tanah kuning nak menyamakkan perut .. tak gitu?

Hah, dalam aku kesyokkan berbincang dengan rakan-rakan aku, tetibe jer sorang member aku selambe je berkata, "Ala, apa je setakat memegang anjing tu, meliwat pon dier sanggup." 

Ye tak ye kan, sedangkan membuat penetrasi empat inci ke dalam tubuh kaum sejenis menerusi lubang najis pun dier sanggup buat kerana nafsu tanpa rasa takut dilaknati dan dihukumi Allah apatah lagi hukuman memegang seekor anjing yang beliau samakan macam Guan Eng ... kahkahkah.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 22 October 2014

Seminggu Nak "Penjara-Kajang-Move", Nuar Brahim Mula Meroyan


Entah apa yang difikirkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga beliau semalam mengeluarkan kenyataan yang "tiada sebab lagi" untuknya di penjarakan.

Yakin akan keputusan Mahkamah Persekutuan pada minggu depan akan memihak kepadanya dan beliau tidak akan dipenjarakan, Anwar berkata, tiada lagi sebab yang timbul, sama ada dari segi perundangan mahupun politik untuk menyabitkan dirinya dengan kesalahan itu.

Anwar yang dipetik dari Malaysiakini sebagai berkata, "Keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara ke atas saya awal tahun ini hanyalah untuk menghalang saya dari bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang."

"Kenapa tak berjaya? Fakta tak ada. Tiada bukti. Dia nak guna alasan apa? Pilihan raya (kecil) Kajang dah lepas." katanya kepada pemberita.

Kita semua tahu siapa Anwar sebenarnya, kita tahu bertapa bergeliganya Anwar Ibrahim, lebih-lebih lagi apabila masuk bab-bab memberi alasan nak melepaskanj diri, memanipulasikan orang dan sebagainya.

Anwar hanya ingin meracuni pemikirannya penyokongnya yang hukuman penjara yang telah dijatuhkan terhadapnya hanya dirancang untuk menghalang beliau bertanding di PRK Kajang.

Perlu di ingatkan, proses undang-undang berkaitan kes liwat ini telah begitu lama dijalankan (itupun setelah lebih daripada 6o kali penundaan kes atas permintaan pihak Anwar), jauh lebih lama dari PRK Kajang (yang juga telah dirancang oleh pihak Anwar sendiri).

Jadi alasan "tiada sebab lagi" untuk beliau dipenjarakan tidak boleh digunapakai dalam hal ini kerana beliau sememangnya telah didapati salah oleh mahkamah kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan!

Liwat tetap liwat! 

-UnReportedNews™®

Tuesday, 21 October 2014

Selepas Karpal, Azmin Pula Gesa Anwar Ibrahim Supaya Bertaubat?


Sebuah laman Facebook, El Haraki membuat satu pendedahan yang mengejutkan hari ini mengenai cara Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberikan reaksi kepada kes liwat membabitkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam statusnya hari ini, laman itu mengatakan ada kemungkinan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR sudah mula muak dengan permainan politik yang cuba ditunjukkan Anwar.

Dakwa status tersebut, satu rombongan yang hadir ke pejabat Menteri Besar Selangor di Bangunan SUK di Shah Alam merah muka dan menanggung malu apabila Azmin tidak memberi respon positif kepada kempen membebaskan Anwar dari hukuman penjara sebaliknya diberikan ‘tazkirah’ pula.

“Rombongan kecil tersebut terpaksa menerima syarahan Azmin tentang keperluan manusia insaf dengan kesilapan lalu dan tidak mengulanginya lagi,” katanya.

Laman itu turut memaparkan beberapa intipati tazkirah Azmin kepada rombongan itu:

- Bezakan kesilapan sendiri, dengan kesilapan parti
- Allah tidak jadikan taubat Nasuha sebagai perkara main-main
- Tak ada pemimpin yang lebih besar daripada harakah perjuangan
- Berapa banyak peluang yang perlu diberi
- PKR sudah perlu berubah, tidak ‘person-centric’ tetapi ‘perjuangan-centric’. (Baca sepenuhnya)


-UnReportedNews™®

Saturday, 11 October 2014

PANAS!!! Apa Kata Pembangkang Tentang Bajet 2015


Umum tahu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan bajet 2015 di Dewan Rakyat semalam yang meintikberat Ekonomi Keperluan Rakyat.

Bajet kaw-kaw sebanyak RM273.9 billion meliputi hampiir segala keperluan rakyat di Malaysia.

Namun apa agaknya kata beberapa pemimpin/ahli parlimen pembangkang mengenainya ye? Jom kita survey ...


ZZzzzzzzzzzz


ZZZZzzzzzzz...krohhhhhh

Kahkahkah...

(Nota: Gambar diambil di kaca TV siaran langsung TV1 ketika Najib membentangkan bajet 2015 semalam)

-UnReportedNews™®

Sunday, 5 October 2014

Nuar Brahim Sembat RM15 Juta Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor?


Nah, ambik kau!!!

Sebelum ini, Khalid Ibrahim cuba menyembunyikan fakta sebenar bagaimana Anwar Ibrahim menyalahgunakan wang rakyat Selangor dalam usahanya memuaskan nafsu serakahnya bebas pergi ke luar negara dengan perbelanjaan rakyat.

Berstatus  Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Anwar Ibrahim seringkali bercakap besar kononnya dia boleh membawa masuk pelaburan berbilion-bilion ringgit ke negeri Selangor jikalau dia menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Malangnya, sepanjang dia menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dan sekalipun mendabik dada dia kenal baik semua orang di dunia ini, haram tak satu sen pun Anwar Ibrahim bawa masuk pelaburan ke Selangor selepas enam tahun menjadi Penasihat Ekonomi Selangor. Dan dia begitu marah apabila Faekah Hussin memansuhkan Pejabat Penasihat Ekonomi yang hanya makan duit rakyat Selangor tanpa menghasilkan keuntungan.

Dengan menggunakan remote control ke atas Azmin Ali, Anwar Ibrahim merebut kembali jawatan yang telah dimansuhkan. Sebabnya mudah, Anwar mahu menggunakan wang RM3.2 bilion yang telah dikumpul daripada peruntukan-peruntukan Kerajaan Pusat yang tidak dibelanjakan oleh Khalid Ibrahim untuk rakyat Selangor.

Dan Faekah Hussin membuka rahsia besar yang sebelum ini hanya kedengaran sayup-sayup!

Azmin Ali tak mahu saman Faekah? Anwar Ibrahim berani ke buat apa-apa kepada Faekah yang banyak tahu kerenah serta penyalahgunaan wang rakyat Selangor demi kepuasan nafsunya?

Sudah tentu tidak, sebaliknya, baik Azmin mahupun Anwar akan cuba buat-buat pekak badak... macam biasa, setiap kali mereka terkantoi! - The Flying Kick

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List