Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Tuesday, 4 October 2016

Tertekan, Chong Label Bekas Rakan DAP Sabahnya "Katak Mengejar Kekayaan"


Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menyifatkan tindakan ADUN Likas Junz Wong (DAP) dan timbalan Pengerusi DAP Sabah Joan Goh Penn Nee meninggalkan DAP untuk menganggotai sebuah parti tempatan baharu sebagai "katak yang mengejar kekayaan".

Chong menganggap, alasan mereka masuk ke parti tersebut untuk memperjuangkan hak rakyat tempatan (Sabah) hanyalah satu alasan namun hakikatnya, mereka sebenarnya mengejarkan kekayaan bekas Naib Presdien Umno Datuk Safie Afdal, yang dikatakan akan menubuh dan menerajui parti baru berkenaan.

Beliau yang dipetik dari Malaysiakini sebagai berkata, ramai politikus yang telah "kabur" dengan kekayaan Shafie, sehinggakan mereka terlupa akan matlamat asal serta agenda perjuangan mereka.

"Ini menggambarkan karekter katak politik," katanya didalam sebuah kenyataan versi bahasa Cina namun pada kenyataan media bahasa Inggeris tidak pula menyentuh langsung mengenai "katak atau Shafie".

Kelmarin, Wong dan Goh bersama beberapa orang wakil rakyat PKR Sabah mengumumkan keluar dari parti masing-masing untuk menyertai parti yang mereka belum umumkan secara rasmi lagi.

Hakikatnya, Chong sebenarnya gerun akan tsunami DAP Sabah yang kini baru menyedari perjuangan menerusi platform parti pembangkang berasaskan parti-Semenanjung tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat Sabah.

Chong khuatir mungkin fenomena keluar parti seumpama ini (biarpun tidak melibatkan barisan pemimpin DAP Sarawak), berkemungkinan besar sedikit sebanyak ianya akan memberi kesan kepada penyokong DAP, khususnya dari golongan Bumiputera di Sarawak.

Beliau juga sedar, parti tempatan yang memperjuangkan hak rakyat tempatan kini mendapat sokongan padu dari rakyat sepertimana PBB selama ini, yang diterajui oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem.

PBB mempunyai opsyen bersuara kepada Kerajaan BN Pusat, tidak seperti DAP Sarawak, yang hanya menjadi Pak Turut mengikut apa saja arahan kepada DAP Pusat.

Inilah yang paling ditakuti oleh Chong dan DAP Sarawak! -UnReportedNews™®

Monday, 25 April 2016

PKR Tipu DAP - Lim Guan Eng

 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa DAP telah ditipu oleh PKR dalam pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11.
 
"Saya amat kecewa dengan keputusan PKR untuk bertanding menentang parti itu di lima kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak .. jika satu kerusi, kita boleh memahami, kita boleh cuba untuk ketepikannya,
 
"Tetapi lima kerusi, bagaimana kita boleh ketepikannya? Kami rasa bahawa DAP telah ditipu," katanya kepada pemberita di luar pusat penamaan calon Senadin di Miri hari ini.
 
Lim, yang dipetik di MalaysiaKini sebagai berkata, PKR tidak memberi komitmen ntuk mematuhi perjanjian Pakatan Harapan supaya mereka tidak bertanding melawan antara satu sama lain.
 
Tindakan DAP dan PKR berebut kerusi sama akan mengelirukan rakyat dimana kedua parti pembangkang itu akan menghadapi satu sama lain di Mulu, Kedap, Bukit Simunja, Batu Kitang, Senadin, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum. -UnReportedNews™®

Sunday, 21 February 2016

Chong Chieng Jen Dihentam Pada "Pertemuan Rahsia" Pakatan?

 
Satu pertemuan rahsia di antara PAS, PKR, DAP dan Amanah mengenai perundingan kerusi pada PRN11 Sarawak telah berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.
 
Lokasi pertemuan tersebut tidak didedahkan namun difahamkan, agenda utama pertemuan tersebut adalah untuk mendamaikan persengketaan diantara PKR dan DAP Sarawak.
 
Sumber dalaman mendedahkan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen teleh "dihentam" dengan teruk oleh pemimpin PKR dan Amanah dalam pertemuan tersebut.
 
 
Chong juga dikatakan didalam keadaan yang terkelu tidak terkata apabila dipersoalkan oleh pemimpin PKR Sarawak dihadapan semua yang hadir pada pertemuan berkenaan.
 
Ianya berpunca dari kedegilan dan kesombongan Chong dan DAP Sarawak terhadap pertindihan dan perebutan kerusi diantara PKR dan DAP.
 
Sumber juga menyatakan, semua yang hadir bersetuju yang Chong lah yang telah "menyerang" Baru Bian/PKR Sarawak menerusi media biarpun Baru Bian memilih untuk tidak memberi sebarang respon ke atas serangan berkenaan.
 
Jelas, kesombongan Chong dan DAP kerana memiliki kerusi pembangkang paling banyak di Sarawak telah membuat mereka berani untuk menindas rakan sepakatan mereka sendiri.
 
Kita tunggu dan lihat sama ada Chong dan DAP Sarawak akan akur dengan keputusan pertemuan rahsia tersebut atau sebaliknya. -UnReportedNews™®

Saturday, 20 February 2016

Aziz DAP Bantu PKR Berkempen?

Bagaikan menjilat kahak sendiri, Penyelaras Pusat Khidmat Tupong DAP Abdul Aziz Isa dikatakan sudah "berbaik-baik" dengan PKR Sarawak.
Dulu bukan main lagi Aziz, yang juga Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Chong Chieng Jen menghentam PKR Sarawak dengan pelbagai hinaan dan cemuhan.
"PKR hanya mementingkan diri mereka sendiri dengan mengumumkan calon mereka begitu awal sekali, tanpa sebarang perbincangan dengan pihak-pihak lain dalam Pakatan Harapan," dakwa Aziz yang dipetik sebagai berkata di Malaysiakini tidak berapa lama dulu sambil menambah bahawa PKR juga enggan melepaskan mana-mana kerusi "walaupun telah tewas" pada PRN yang lepas.
"(Ini) menunjukkan bagaimana sombong dan tidak bekerjasamanya PKR Sarawak dan mereka mungkin sebenarnya tiada langsung tidak mempunyai niat untuk bertanding disana pada mulanya namun hanya bertindak "meredah" di kawasan tersebut apabila mereka terdesak maka, pertandingan tiga penjuru akan berlaku," kata Aziz lagi.
"PKR sukar untuk didekati kerana "kebodohan otak dan keegoan" mereka," katanya sambil menambah, DAP mempunyai peluang yang lebih baik daripada PKR untuk menewaskan BN.
"DAP telah turun padang dikawasan-kawasan tersebut sejak pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013 namun PKR hanya mula turun padang dalam tempoh dua hingga tiga bulan lalu sebelum pilihan raya," dakwanya lagi.
"Amat menyedihkan kerana PKR tidak belajar untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya sambil menyifatkan PKR sebagai sombong .. PKR perlu melepaskan beberapa kerusi yang mahu ditandingi untuk DAP, kerana ia tidak memenangi kerusi-kerusi sebelum ini."
Terkini, Aziz dikatakan telah mula membantu bakal calon PKR Satok iaitu Salleh Shawkatali berkempen bagi menghadapi PRN11 Sarawak yang dijangka akan berlangsung pada bulan April tahun ini.
Malahan, Aziz juga dikatakan telah hadir pada Majlis Penubuhan Ranting PKR Kampung Kudei Lama pada 16 Febuari yang lepas.
Tidak diketahui samada "kehadiran" Aziz ini atas dasar keikhlasan atau sebagai "satu muslihat" yang mungkin berniat untuk merosakkan rancangan sepanjang kempen Salleh, yang juga merupakan AMK Sarawak.
Apa yang nyata, boss Aziz sendiri iaitu Chong tidak "sebulu" dengan Presiden PKR Datin Wan Azizah Wan Ismail kerana perebutan kerusi pada PRN kelak.
Salleh sendiri seharusnya berhati-hati dengan Aziz kerana maklumlah, DAP ini banyak helah dan muslihatnya. -UnReportedNews™®

Niat DAP Sarawak Bergabung Dengan BN, Ibarat Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-sorong

 

KUCHING: Gabungan antara Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak bagi membentuk kerajaan perpaduan adalah sesuatu yang mustahil.
 
Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pada dasarnya BN tidak akan menerima DAP menyertai kumpulan itu kerana parti dari Semenanjung Malaysia itu mempunyai objektif serta organisasi berbeza dengan BN.

Menurutnya BN dan DAP mempunyai sejarah dan objektif tersendiri, yang boleh menimbulkan masalah sekiranya kedua-dua parti itu bekerjasama membentuk satu kerajaan.

“DAP berjuang bertahun-tahun, dilihat ‘cauvanis’, parti bersifat perkauman.

“Mungkin berusaha mendekati kaum lain sejak beberapa tahun lalu untuk dilihat parti pelbagai kaum namun hakikatnya ahli parti itu sebahagian besarnya adalah Cina.

“Walaupun tiada yang mustahil dalam politik, namun melihat senario politik sekarang prospek kerajaan gabungan antara BN dan DAP nampak ‘hampir sifar’ dan mustahil,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan dengan BN Sarawak di peringkat negeri.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa, dalam akhbar kebangsaan berbahasa Cina berkata, selagi beliau pengerusi DAP Sarawak, DAP tidak akan menyertai BN.

Bagaimanapun beliau tidak menolak 100 peratus kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan dengan BN, sambil menambah dalam banyak negara, pembangkang bekerjasama dengan parti memerintah di peringkat negeri tetapi bersaing di peringkat persekutuan.

Mengulas kenyataan Chong itu, Karim yang juga ADUN Asajaya berkata: “Setahu saya, Chong bukannya presiden (DAP), saya fikir beliau hanya bermimpi.

“DAP adalah parti Semenanjung Malaysia dan sesiapa sahaja yang berasal dari Sarawak hanya bermimpi untuk dipilih menjadi presiden parti,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN Datuk Dr Stephen Rundi Utom dipetik dalam portal berita menyifatkan kenyataan Chong itu hanya gimik politik.

Rundi berkata sebagai parti komponen BN Sarawak terbesar dan mempunyai objektif yang jauh bertentangan dengan DAP, Chong orang terakhir dipilih PBB untuk bekerjasama.

“Tidak perlu untuk PBB membentuk kerajaan perpaduan dengan DAP bagi merampas kerusi Cina memandangkan sokongan komuniti itu kepada BN kini semakin meningkat berbanding Pilihan Raya Negeri 2011, disebabkan populariti Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem,” ujar setiausaha agung PBB itu. -UB
-UnReportedNews™®

Sunday, 7 February 2016

Aziz Terus Meroyan Nak Jadi Calon DAP



Teringat saya beberapa bulan yang lalu, Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak iaitu Abdul Aziz Iza begitu rajin turun ke padang di kawasan Tupong dan Satok untuk bertemu dengan penduduk disana sambil mengedar suratkhabar Roket Kini.

Pada masa itu, Aziz juga begitu yakin pemimpin PKR Sarawak akan berkompromi dengan DAP Sarawak mencapai kata sepakat dalam semangat berpasukan dan memberi laluan kepada mereka untuk bertanding di Tupong dan Satok.

Aziz, secara peribadi juga pernah menyatakan kepada penulis yang beliau akan bertanding di salah satu daripada kawasan tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 nanti.

"Kami pembangkang pasti akan mencapai kata sepakat dalam soal pembahagian kerusi kerana matlamat kami (pembangkang) adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat dan yang paling penting sekali, mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN)," itu antara kata-kata Aziz kepada saya suatu ketika dahulu.

Aziz nak jadi calon di Satok namun Salleh (PKR) sudah menempah nama di Satok
Namun kini, semuanya telah berubah, Aziz ibarat "lebih sudu dari kuah", dimana beliau dilihat mendahului Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menghentam PKR Sarawak apabila mereka bertegas akan terus mempertahankan kerusi DUN Tupong dan Satok.

Aziz, yang dipetik dari Malaysiakini sebagai berkata, PKR "mementingkan diri mereka sendiri" ketika mengumumkan calon-calon mereka untuk PRN11 yang akan datang.

"PKR hanya mementingkan diri mereka sendiri dengan mengumumkan calon mereka begitu awal sekali, tanpa sebarang perbincangan dengan pihak-pihak lain dalam Pakatan Harapan," dakwa Aziz sambil menambah bahawa PKR juga enggan melepaskan mana-mana kerusi "walaupun telah tewas" pada PRN yang lepas.

"(Ini) menunjukkan bagaimana sombong dan tidak bekerjasamanya PKR Sarawak dan mereka mungkin sebenarnya tiada langsung tidak mempunyai niat untuk bertanding disana pada mulanya namun hanya bertindak "meredah" di kawasan tersebut apabila mereka terdesak maka, pertandingan tiga penjuru akan berlaku," kata Aziz lagi.

"PKR sukar untuk didekati kerana "kebodohan otak dan keegoan" mereka," katanya sambil menambah, DAP mempunyai peluang yang lebih baik daripada PKR untuk menewaskan BN.

"DAP telah turun padang dikawasan-kawasan tersebut sejak pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013 namun PKR hanya mula turun padang dalam tempoh dua hingga tiga bulan lalu sebelum pilihan raya," dakwanya lagi.

"Amat menyedihkan kerana PKR tidak belajar untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya sambil menyifatkan PKR sebagai sombong.

"PKR perlu melepaskan beberapa kerusi yang mahu ditandingi untuk DAP, kerana ia tidak memenangi kerusi-kerusi sebelum ini."

Jelas dari kata-kata Aziz diatas mengambarkan keinginannya yang membuak-buak hendak menjadi calon DAP pada PRN11 tidak dapat disembunyikan lagi lagi sehinggakan beliau berfikir secara tidak rasional lagi.

Tidak berapa lama dahulu DAP Sarawak juga telah mengumumkan barisan calon yang akan bertanding, bahkan Aziz sendiri pada status FBnya telah "mengumumkan" beliau akan bertanding samaada di Kota Sentosa atau Batu Kitang. Jadi apa salahnya PKR mengumumkan barisan calon mereka?

Umum tahu Kota Sentosa adalah kubu kuat DAP yang majoritinya adalah pengundi Cina dan secara logiknya apakah penyandangnya iaitu bos Aziz sendiri-Chong Chieng Jen akan menyerah bulat-bulat kerusinya kepada seorang budak Melayu yang mentah dan naif seperti Aziz? (Keep on dreaming brader)

Dalam hal ini, Aziz sebenarnya kini dilihat sudah mencapai tahap "panik" dan kebimbangan beliau tidak ada peluang untuk bertanding menjadi calon DAP.

Tak apalah Aziz, saudara masih muda, sabarlah, mungkin apabila Chong Cheng Jen mencapai usia 70-han nanti mungkin anda akan diberi peluang untuk bertanding.

Sementara menanti saat tersebut, teruslah anda menjadi "maskot DAP" atau budak pengedar suratkhabar Roketkini kerana pada mata umum, itulah sahaja jawatan yang selayak-layaknya untuk anda dalam DAP Sarawak. -UnReportedNews™®


Baca artikel berkaitan-

Tuesday, 2 February 2016

PRN11 Sarawak : Harapan Aziz Jadi Calon Musnah ..


Takziah buat Abdul Aziz Isa, angan-angannya nak menjadi calon Melayu DAP pertama bertanding di Sarawak tidak menjadi apabila kerusi yang beliau idam-idamkan telah disahkan akan ditandingi PKR.

Baru-baru ini, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dalam satu sidang media yang turut dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan 22 calon yang akan bertanding di Zon Selatan pada PRN11 yang dicadangkan pada April 2016..

Calon-calon PKR terdiri daripada Francis Teron (Opar), Boniface Willie Tumek (Tasik Biru), Jajol Numan (Tanjung Datu), Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong) dan Mohd Salleh (Satok).

Turut disenaraikan See Chee How (Batu Lintang), Voon Shiak Ni (Batu Kitang), Athina Sim (Serumbu), Willie Mongin (Mambong), Musa Ngog (Tarat) dan Cyril Langin (Kedup).

Calon-calon lain Regional Abell (Bukit Semuja), Jamilah Baharuddin (Simunjan), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Lingga), Nicholas Mujah (Balai Ringin) dan Norina Utot (Simanggang).

Kolien Liong pula dicalonkan di Batang Ai, Yukub Daud (Saribas), Vernon Kedit (Layar), Neol Bucking (Bukit Saban), Jemat Panjang (Kalaka) dan Ali Biju (Krian).

Pada minggu lepas, Aziz, yang juga Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak Ching Chieng Jen dengan konfidennya mengumumkan beliau akan bertanding samaada di Kota Sentosa atau Batu Kitang.

Umum tahu Kota Sentosa yang disandang oleh Chong adalah kubu kuat DAP manakan Chong hendak menyerah bulat-bulat kerusi tersebut kepada Aziz, sedangkan Batu Kitang adalah kawasan DUN baharu dan kekuatan serta sokongan DAP di sana masih belum dapat dipastikan lagi.

Takkan Chong berani mengambil risiko untuk kalah pada PRN kelak? Takkan Chong nak duduk diluar sedangkan Azizi enak-enak saja duduk didalam DUN waktu persidangan DUN Sarawak kelak?

Penamaan Voon Shiak Ni sebagai calon PKR di Batu Kitang bagaikan paku terakhir menutup segala peluang bagi Aziz yang selama ini terkapai-kapai mencari kawasan untuk bertanding kerana sebelum ini beliau kelihatan "aktif berkempen" di Tupong dan Satok namun kedua-duanya telah di"cop" oleh PKR - Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong) dan Mohd Salleh (Satok).


Hubungan Aziz dan Voon sebenarnya tidak mesra kerana mempunyai sejarah hitam mereka sendiri dan sudah tentunya Voon tidak akan memberi sebarang muka kepada Aziz.

Aziz hampir-hampir disaman oleh Voon kerana menyelarnya (Voon) dalam status FBnya sebagai "jalang" dan perkataan kesat tidak berapa lama dulu namun difahamkan selepas Aziz memohon maaf secara terbuka maka kes tersebut dilupakan begitu saja.

Baiklah, cukup dengan sejarah silam dan lampau, kita fokus kepada masadepan pula .. setelah tidak mendapat peluang menjadi calon PRN, apakah agaknya sumbangan Aziz kepada DAP nanti? Apakah beliau rela akan terus menjadi "Maskot DAP" atau sebaliknya .. tungguuu...

-UnReportedNews™®

Wednesday, 27 January 2016

PRN11 Sarawak: Rahsia Pembangkang Sarawak Didedahkan


Dari 82 kerusi DUN yang akan dipertandingkan, Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dijangka hanya akan bertanding di 45 buah kerusi.

Sewaktu hanya diperuntukkan sebanyak 71 kerusi DUN dulu, PKR bertanding di 49 buah DUN dan logiknya, semakin bertambah kerusi (71 menjadi 82), PKR sepatutnya akan bertanding lebih 49 bukan? 

Kenapa semakin berkurang? PKR sebenarnya belajar dari kesilapan kerana mereka sudah mula menerima hakikat sebenar yakni pada PRN Sarawak ke-11 ini yang akan berlangsung tidak lama lagi, peluang untuk menang semakin kelam. 

Tiga kerusi DUN (Ba'Kalalan, Batu Lintang dan Krian) yang sedia ada pun sukar nak dipertahankan dan silap-silap pada sesi yang akan datang tiada ADUN dari PKR pada persidangan DUN Sarawak nanti.

Walaubagaimanapun, sokongan dari PKR negeri-negeri di Semenanjung dijangka amat kuat dan tersusun kali ini berbanding parti pakatan yang lain. 

Walaupun dijangka akan kalah dan hilang kerusi, PKR seperti biasa, pada luaran mereka menggambarkan mereka kuat namun hakikatnya ianya adalah sebaliknya.

Sikap mereka yang langsung tidak akan bertolak ansur kepada rakan pakatan terutama PAN adalah kekuatan mereka yang diketahui umum.

DAP Sarawak pula seperti biasa menunjukkan sikap angkuh angkuh dan sombong dengan strategi dan kekuatan diri sendiri.

Mereka masih bersikap "over-confident" dengan sokongan orang kaum Foo Chow dan Tiong Hua di bandar-bandar. 

Strategi memperkudakan Parti Amanah Negara (Pan) sebagai rakan kongsi dan "pak turut", iaitu dua parti pakatan dalam Pakatan Harapan menjadikan majoriti, bagi mengekang PKR di Sarawak agar tidak menjadi terlau kuat dari DAP.

Sumber dalaman mendedahkan, "Stratergi DAP kali ini amat mudah kerana ingin melemahkan orang Melayu dan Iban dalam Pakatan Harapan serta menjadikan mereka sebagai "Yes Man" kepada DAP. Semua kenyataan di sidang akhbar dikarang oleh DAP. Peluang Dap kali ini hanya pada kerusi di bandar. PAN langsung tidak diberimuka oleh DAP di Sarawak dan calon Melayu DAP juga akan menjadi bahan ujian bagi Dap kali ini kerana DAP ingin mencermin mereka bukanlah parti cina malah turut disertai oleh orang Melayu dan Iban."

PAS pula berhadapan dengan realiti dimana kesemua kerusi DUN yang akan mereka tandingi akan berhadapan dengan perlawanan tiga penjuru dengan PAN-PKR-DAP-Calon Bebas.

Seperti PKR, sokongan dan bantuan dari negeri-negeri Semenanjung juga amatlah kuat namun masalah utama PAS adalah mereka tiada isu untuk diketengahkan dan masih dibelenggu hudud dan juga kenyataan orang Iban di Sarawak memakai cawat oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.

Isu remeh seperti amalan dalam agama Islam dan budaya tempatan juga gagal dihayati oleh PAS dimana PAS di Semenanjung masih mengambil kira soal haram bersalam dengan orang perempuan, soal aurat dan haram mengucap selamat semasa Hari Krismas. 

Soal calon juga menjadi halangan buat PAS dimana sehingga kini, senarai calon PAS terdiri daripada mereka yang berpendidikan rendah kecuali 2-3 orang. 

Bagaimana nak berbahas dalam DUN kalau bahasa pengantar DUN pun tergagap-gagap? Kekurangan yang paling nyata bagi PAS adalah mereka tidak akan duduk semeja dengan DAP dan PAN. PAS hanya sudi duduk dengan PKR secara tidak rasmi atau di kedai-kedai kopi.

Strategi hanya memfokuskan satu kerusi DUN sahaja memberikan peluang kepada Sarawak Workers Party (SWP) untuk menang di dalam PRN nanti. 

Dengan kekuatan kewangan yang mantap walaupun jentera yang sedikit, SWP nampak bagaikan membuang masa dan tenaga, bertanding 1 daripada 82 kerusi DUN, tetapi strategi SWP ini wajar dipuji kerana mereka bagaikan sedar dan "mengukur baju di badan sendiri".

Tetapi kalau diukur betul-betul, SWP boleh bertanding separuh daripada DUN Sarawak dengan kekuatan kewangan yang ada namun, dari segi politik, satu DUN (sama ada menang atau tidak), akhirnya, SWP mesti memilih untuk berada di dalam kumpulan kerajaan atau pembangkang selepas itu namun mengenali politik Sarawak, SWP dijangka bakal akan menyertai semula BN.

Parti yang paling junior adalah PAN dan ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem telah mengklasifikasikan PAN sebagai parti dari Malaya. 

Penggerak Pan di Sarawak hanya beberapa kerat sahaja namun PAN dilihat mempunyai nafsu kuat nak bertanding mengalahkan SWP walaupun kewangan tiada. 

PAN seperti PAs di awal kewujudan mereka di Sarawak, iaitu tiada calon yang boleh diketengahkan dan prestasi dengan PAS tidak jauh mana tetapi PAN amat lemah dan tiada jentera tempatan. 

Kajian oleh Unimas membuktikan daripada 100 orang hanya tiga orang yang mengenali PAN, itupun sebab kerana ketiga orang itu adalah penggerak PAN!!!

PAN bakal bertanding di semua kerusi milik Pas walaupun mereka sedari undi PAS akan mengatasi PAN. Penggerak PAN di Sarawak rata-ratanya terdiri dari kalangan bekas ahli PAS malah ada yang dari PBB melompat ke PKR yang melompat ke PAN dan kini menjadi ahli PAN.

PAN di Sarawak semakin malang kerana tidak seperti PKR dan PAS, mereka tidak ada sokongan negeri-negeri yang kuat malah tiada kewangan pun untuk bertanding.

Jumlah kerusi yang dijangka yang akan ditandingi oleh pembangkang di Sarawak:

PKR 45
DAP 32
PAS 8
SWP 1
PAN 9

Totalnya adalah sebanyak 95 calon pembangkang yang akan bertanding tanpa mengira calon bebas atau Snap dan Star. Ini bermakna 13 kerusi akan menyaksikan perlawanan lebih daripada 2 penjuru (BN vs Pembangkang).

PKR - DAP - PAS - PAN bertembung di 1 kerusi
PKR - DAP - PAS bertembung di 1 kerusi
PKR - DAP - PAS bertembung di 2 kerusi
PKR - DAP bertembung di 5 kerusi
PKR - PAN bertembung di 2 kerusi
PKR - PAS bertembung di 2 kerusi


Dengan keadaan 5 Pembangkang yang tidak bersatu di Sarawak, BN sebagaimana dijangka akan menang mudah dan bakal membolot 69 kerusi. Dap akan kekal di 7 DUN dan baki 5 DUN akan dimenangi oleh BN atau DAP dengan majoriti tipis dan SWP menang satu DUN. -UnReportedNews™® 

Wednesday, 20 January 2016

PRN11 Sarawak: Chong Terlupa DAP Lagi Rasis


Kenyataan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen yang melabelkan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebagai rasis yang memainkan sentimen ‘parti tempatan lawan parti nasional’ bagaikan mengetuk kepalanya sendiri.

Benarkah DAP tidak rasis? Kalau tidak, masakan pembantu khasnya sendiri Abdul Aziz Isa meroyan tidak mahu hanya dijadikan "maskot' setelah kecewa kerana tidak tersenarai didalam Pemilihan Jawatankuasa DAP Sarawak 2015/2018 baru-baru ini.



Jika tidak DAP tidak rasis siapa orang Melayu yang tersenarai dalam senarai terbaru Pimpinan Tertinggi DAP Sarawak ..

Chairman : Chong Chieng Jen 张健仁
Deputy Chairman : Chiew Chin Sing 周政新
Vice Chairman : Leon Jimat Donald 里昂
David Wong Kee Woan 黄培根
Secretary : Alan Ling Sie Kiong 林思健
Vice Secretary : Yap Hoi Liong 叶海量
Treasurer : Wong Ling Biu 黄灵彪
Assistant Treasurer : Christina Chiew Wang See 周宛思
Organising Secretary : Violet Yong Wui Wui 杨薇讳
Publicity Secretary : Wong King Wei 黄庆伟
Political Education
政治教育局 : Oscar Ling Chai Yew 林财耀
Women Affair Secretary : *Irene Mary Chang Oi Ling 郑爱鸰
NCR legal Bureau Chief : Paul Raja
Committee member : Ting Tze Fui, Baru Langub, John Brian, Richard Lias
Chong Siew Chiang, Mordi Bimol
*Irene Mary, women affair sec is the late Wong Ho Leng wife.  

Bahkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pun sejak-dua menjak ini sering mengeluarkan kata-kata perkauman.

"Pilihan raya akan datang satu undi PAS sama dengan satu undi Umno-BN." - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (dipetik dari The Malaysian Insider)

Maksudnya PAS itu Islam/Melayu dan setiap undi diberi kepada PAS samalah dengan memberi kepada UMNO iaitu Islam dan Melayu juga.

Chong sepatutnya berfikir panjang sebelum mengeluarkan kenyataan yang tampak "bodoh".-UnReportedNews™®

Tuesday, 10 November 2015

PKR Akan Bertanding Di Satok, Bukan DAP?

 
Impian Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Abdul Aziz Isa untuk menjadi calon DAP di DUN Satok pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang bagaikan berkecai apabila PKR Sarawak mula mengetengahkan calon mereka sendiri iaitu Ketua AMK Satok Salleh Shawkatali.
 
Sumber dalaman PKR mendedahkan kepada UnReportedNews™®, Salleh berpotensi menjadi calon kerana sokongan anak muda di Satok serta sentimen yang PKR adalah lebih ber"keMelayuan" berbanding dengan DAP yang memberi lebih banyak peluang untuk menang jika berbanding dengan Aziz dari DAP.
 
Sumber tersebut juga mendedahkan, jentera PKR kini sudah mula digerakkan di samping Salleh telah mula turun padang menemui bakal pengundi, khususnya di kawasan Satok.
 
 
Berita ini ibarat "jatuh ditimpa tangga" bagi Aziz jelas keciwa apabila tidak tersenarai dalam barisan Majlis Tertinggi DAP Sarawak baru-baru ini.
 
Umum tahu perhubungan DAP dan PKR khususnya di Sarawak sekarang adalah pada tahap yang "tidak begitu mesra" dan terdapat pertindihan dalam meletakkan calon masing-masing.
 
Dan ini diakui sendiri oleh Aziz apabila ditemui oleh penulis di Persidangan DUN Sarawak yang lepas namun, beliau  begitu optimis yang "satu penyelesaian" akan dicapai oleh kedua pihak biarpun perhubungan mereka agak renggang.
 
Apakah ini "penyelesaian" yang Aziz nyatakan tersebut iaitu pembangkang akan meletakkan Salleh (PKR) untuk bertanding di DUN Satok?
 
Apakah Aziz akan berputih mata? Walau sesiapa pun jadi calon pembangkang, biarpun kedua-duanya sekali pun diletakkan di DUN Satok, mereka pastinya akan mendapat tentangan hebat dari penyandangnya iaitu Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg (PBB/BN). -UnReportedNews™®

Monday, 9 November 2015

Aziz Isa Keciwa Dijadikan "Maskot" DAP?

Maskot seringkalinya dikaitkan dengan ikon binatang atau haiwan untuk sesebuah pasukan, satu penugasan yang tidak kurang pentingnya, namun bagi Pembantu Khas Kepada Pengerusi DAP Sarawak Abdul Aziz Isa ianya amat tidak memadai jika dibanding dengan segala usaha yang beliau telah lakukan selama ini.
Dalam beberapa status FB terbarunya, Aziz, yang juga merupakan penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong, jelas menunjukkan kekecewaannya kerana tidak tersenarai didalam Pemilihan Jawatankuasa DAP Sarawak 2015/2018 baru-baru ini.
Luah Aziz: Saya belajar sesuatu yang baru hari ini.
Kalau nak masuk dalam satu pasukan bola sepak, kamu tak perlu berlatih main bola bersungguh-sungguh. Kamu hanya perlu duduk dan asalkan sudah ada nama, maka kamu akan masuk dalam pasukan tersebut biarpun baru masuk kelab. Apa guna berlatih bersungguh-sungguh selama bertahun-tahun kalau kamu hanya menjadi maskot kelab?
Yang sudah lama dalam kelab, selagi kamu tak ada PhD dalam Sains Sukan, kamu tak akan diambil masuk dalam pasukan walaupun kamu sudah berlatih hampir 2-3 tahun. Tak guna kamu hari-hari turun berlatih apabila pada akhirnya, orang yang jarang turun berlatih yang akan dipilih untuk bermain bola.Lebih baik berlatih berenang kerana anda mungkin lebih bagus dalam berenang daripada bola sepak. Mungkin akan ada orang melihat bakat kamu dalam renang dan akan mengambil anda sebagai perenang biarpun anda juga pandai main bola sepak.
Biar pada penghujung penulisannya, Aziz mendakwa beliau "bercakap tentang bola sepak, tak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati", umum tahu penulisan berkenaan sebenarnya menjurus kepada keputusan Pemilihan Jawatankuasa DAP Sarawak 2015/2018 tersebut.
Aziz bagaikan cuba "memujuk" dirinya sendiri dengan meluahkan, "Sabar Aziz, perjalanan masih panjang. If both Barisan, Pakatan and Borneo political parties still play racial politics, I might just quit politics and focus on business, NGO and international politics."

(Sekiranya Barisan Nasional, Pakatan (termasuk DAP kot?) dan semua parti politik di Borneo masih memainkan dasar parti perkauman, beliau mungkin akan bersara dari politik dan memberi fokus kepada perniagaan, NGO atau politik antarabangsa.)
Luahan hati Aziz tidak berhenti disitu, pada status beliau yang lain, Aziz menyatakan, "Bagus jadi tukang potong rumput. Bila dah rata, suruh saja orang lain main. Siapalah peduli pasal budak hingusan? Tak ada duit, tak ada PhD, tak pandai manis mulut. Budak hingusan yang mentah, terlalu lantang, berani bersuara, dan berani membantah akan sentiasa menjadi pemain simpanan.
Sports is about winning the game. Sports is about unity in diversity. What ever la, who cares anyway. You just a budak hingusan, jadi tukang potong rumput or coffee boy lagi bagus dan jangan cakap banyak kalau tak ada PhD. Simpan saja kebolehan, tak perlu tunjuk kelebihan lagi, you are nobody but just a rascal kid! Zip your mouth.
Hahaha Aziz, stop it! Nanti orang pikir lain pulak. Go to sleep... Esok potong rumput... Zzzzzzzzz........."
Penulis akui, selama ini, Azizlah diantara pemimpin-pemimpin muda Melayu DAP Sarawak yang agak agressif, konsisten, komited dan sering "turun-padang" (walau kadangkala menjengkilkan penulis sendiri) dalam membangkitkan sesuatu isu atau masalah masyarakat (baik yang relevan atau sebaliknya).
Aziz seharusnya mengambil ikhtibar dari kejadian ini; DAP bukan seindah yang beliau sangkakan, DAP bukanlah parti pelbagai kaum sepertimana yang diperkatakan, DAP hanya memerah keringat anak Bumiputera untuk sokongan namun untuk mengiktirafkan anak Bumiputera tersebut untuk duduk setara dengan mereka di barisan pemimpin DAP hanyalah satu mimpi retorik kosong belaka!
Belum terlambat lagi untuk Aziz "kembali ke pangkal jalan", sekiranya beliau ikhlas dalam perjuangan kepada Agama, Bangsa dan Negara sepertimana yang beliau sering dakwa, tinggalkan DAP Sarawak, jangan hanya dijadikan "maskot DAP" serta diperbodohkan dengan sedemikian rupa dan berjuanglah dari platform yang benar-benar memperjuangkan apa yang telah beliau laungkan (Agama, Bangsa dan Negara).
Jangan ibarat "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" .. jika kita mengetahui yang kehadiran kita tidak dikehendaki, disenangi, diappresiasi dan yang terpenting sekali; dipercayai, buat apa kita terus menanti di sana dan sanggup terus ditunggangi hanya untuk meraih sokongan disamping dijadikan alat untuk memburukkan pemimpin yang sebangsa dan seagama dengan kita?
So Aziz, tepuk dada tanyalah selera..
PS: Ikhlas dari aku, abaikan pujukan bos engkau nanti yang mungkin akan menawarkan langit dan bumi untuk mengambil hati engkau semula..
Untuk rekod, berikut adalah senarai Terbaru Pimpinan Tertinggi DAP Sarawak ..
Chairman : Chong Chieng Jen 张健仁
Deputy Chairman : Chiew Chin Sing 周政新
Vice Chairman : Leon Jimat Donald 里昂
David Wong Kee Woan 黄培根
Secretary : Alan Ling Sie Kiong 林思健
Vice Secretary : Yap Hoi Liong 叶海量
Treasurer : Wong Ling Biu 黄灵彪
Assistant Treasurer : Christina Chiew Wang See 周宛思
Organising Secretary : Violet Yong Wui Wui 杨薇讳
Publicity Secretary : Wong King Wei 黄庆伟
Political Education
政治教育局 : Oscar Ling Chai Yew 林财耀
Women Affair Secretary : *Irene Mary Chang Oi Ling 郑爱鸰
NCR legal Bureau Chief : Paul Raja
Committee member : Ting Tze Fui, Baru Langub, John Brian, Richard Lias
Chong Siew Chiang, Mordi Bimol
*Irene Mary, women affair sec is the late Wong Ho Leng wife.
-UnReportedNews™®

Wednesday, 7 October 2015

Pengerusi DAP Sarawak Sememangnya Angkuh

 
Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee menyifatkan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebagai seorang individu yang angkuh.
 
Menurutnya, Chong menginginkan lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tanpa memikirkan rakan pembangkang lain.
 
Dipetik dari sebuah akhbar tempatan, Jofri menyatakan PAS sememangnya menjangka keangkuhan Chong selepas memutuskan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) Sarawak yang turut dianggotai PAS dan PKR.
 
“Alasan DAP memutuskan hubungan dengan PAS disebabkan pelaksanaan rang undang-undang berkaitan hukum hudud tidak munasabah kerana ia hanya dilaksanakan di Kelantan dan tiada kaitan dengan Sarawak,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.
 
"Kenyataan Chong bahawa PAS tidak relevan di Sarawak antara kenyataan paling angkuh sejak beliau memegang jawatan pengerusi DAP," katanya lagi.
 
Jofri juga mempersoalkan apakah Chong mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan peribadi beliau dan beliau juga suka memaksa rakan pakatan lain seperti PKR untuk patuh dan tunduk kepada kehendak beliau.
 
“Tindakan DAP di bawah pimpinan Chong menyukarkan untuk pembangkang bersatu dan akan menyukarkan hasrat rakyat mengubah kerajaan yang ada sekarang,” katanya lagi sambil menambah, hudud bukan isu yang perlu dibangkitkan di Sarawak kerana Sarawak belum mampu daripada pelbagai aspek pelaksanaan hudud meskipun di kalangan orang Islam.
 
"Isu hudud hanya propaganda politik murahan Chong yang tidak rasional sebaliknya beliau sebenarnya menginginkan lebih banyak kerusi pada PRN akan datang."
 
Jofri berpendapata sekiranya DAP Sarawak terus mengikut telunjuk kepimpinan Chong kemungkinan DAP Sarawak ketinggalan dan sukar mendapat sokongan rakyat daripada kalangan orang Muslim dan Bumiputera lain.
 
"Keegoan DAP meminta semua pihak lain mengikut kehendak dan telunjuk mereka adalah suatu perkara bertentangan dengan keharmonian rakyat Sarawak," selarnya lagi.
 
Beliau juga bertegas PAS Sarawak masih menjalin hubungan dengan PKR sebagaimana diputuskan dalam Muktamar PAS Pusat dan mereka mahu bergabung bersama untuk kebaikan rakyat Sarawak. -UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List