Showing posts with label Deepak Jaikishan. Show all posts
Showing posts with label Deepak Jaikishan. Show all posts

Sunday, 6 January 2013

RAFIZI KETANDUSAN "PENDEDAHAN PANAS"

-"ASSANGE WANNABE" MALAYSIA KINI SEPERTI KEHABISAN MODAL SEHINGGAKAN MEMBUAT PENDEDAHAN YANG "KURANG RAPI"! LEMBU DAH HABIS SUSU KOT?! KEKEKE!!!-



Rakyat Malaysia sekali lagi dihidangkan dengan permainan wayang kulit pembangkang yang gemar mendedahkan dokumen sulit sebagai senjata politik kotor mereka. Kali ini Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli muncul lagi sebagai watak hero parti itu untuk mengelirukan rakyat dengan 'pendedahan panas' seolah-olah beliaulah Julian Assange Malaysia. Assange adalah seorang pengarang dari Australia yang juga merupakan pengasas laman web Wikipedia. 

Beliau kini bersembunyi di bawah suaka politik dalam kedutaan Ecuador kerana takut di buru pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Eropah berhubung aktiviti beliau mendedahkan banyak dokumen sulit kerajaan terutamanya berkaitan pengintipan dan ketenteraan. Mungkin Rafizi juga bercita-cita untuk mencapai status seperti Assange dan menyorok pula di dalam kedutaan Turki.

Terkini pemimpin muda kesayangan Anwar Ibrahim ini mendedahkan melalui kenyataan media isi kandungan beberapa dokumen serta invois berhubung pembelian barang kemas bernilai RM13 juta dari Hong Kong Kononnya, Rafizi mendakwa, invois tersebut adalah kepunyaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan barangan kemas tersebut adalah pemberian kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri.

Strategi yang dirancang oleh Rafizi mudah sahaja. Kaitkan Perdana Menteri, isteri atau mana-mana pemimpin kerajaan dengan amalan rasuah, jenayah dan penyelewengan kuasa dengan menggunakan dokumen sulit, milik peribadi atau rasmi. 

Tanpa mengesahkan samada dokumen yang didedahkan itu adalah sahih ataupun palsu, dan diperjelaskan dari mana sumbernya, rakyat terus diperbodohkan dengan rekaan cerita dan hikayat berunsur fitnah dan tohmahan pembangkang. Dalam pendedahan terbaru, Deepak telahpun membuat penafian bahawa dokumen dalam tangan Rafizi bukan datang darinya. Jadi persoalannya dari manakah Rafizi memperolehi dokumen-dokumen tersebut ??? 

Dalam dunia digital dengan teknologi digital komputer yang canggih,semuanya boleh menjadi kenyataan.Tidak mustahil mana-mana dokumen boleh dipalsukan menggunakan teknologi masa kini termasuk yang didakwa Rafizi sebagai kepunyaan Deepak. Jikapun benar barang kemas tersebut dibeli oleh Deepak, kemungkinan ia adalah untuk ibu atau adik beradik perempuannya atau sebagai pelaburan malah boleh juga dibeli untuk Rafizi sekalipun.

Mengapa pula tanpa sebarang bukti kukuh,pembelian barang kemas itu disabitkan pula dengan isteri Perdana Menteri ??? Apakah asas Rafizi untuk menuduh Datin Seri Rosmah menerima barangan kemas itu dari Deepak hanya berdasarkan beberapa invois yang diragukan keasliannya ??? 

Terlebih dahulu pembangkang pernah menuduh isteri Perdana Menteri kononnya memiliki cincin berlian bernilai RM73 juta yang dibeli dari Amerika Syarikat. Hanya berdasarkan cetakan dokumen yang kononnya di ambil dari skrin komputer pihak kastam, pembangkang terus mengaitkannya kepada Datin Seri Rosmah.Akhirnya isu tersebut terkubur begitu sahaja kerana nyata apa yang dituduh adalah fitnah semata-mata dengan niat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Begitu juga pendedahan terdahulu seperti isu NFC,projek LRT Ampang dan sistem kawalan trafik udara KLIA yang semuanya senyap dan tidak bersuara lagi apabila pihak kerajaan atau agensi yang dituduh melakukan penyelewengan memberi penjelasan dan kenyataan sebenar. Namun kedudukan pembangkang seolah-olahnya melebihi undang-undang negara dan mereka mampu membuat fitnah serta dakwa dakwi tanpa sebarang rasa tanggungjawab malah dan terlepas lupa daripada tindakan. 

Mereka tahu individu seperti isteri Perdana Menteri atau Perdana Menteri sendiri tidak berpeluang menjawab segala tuduhan dan dakwaan palsu yang dilempar terhadap mereka.

Oleh kerana itu pembangkang bermaharajalela memyebar sebanyak mungkin fitnah dan berita palsu mengenai pemimpin kerajaan untuk mengaburi mata rakyat demi kepentingan politik mereka. 

Pilihan Raya Umum ke-13 semakin dekat dan gendang fitnah pembangkang pun semakin kuat dan rancak. Disebabkan ketandusan isu konkrit untuk membuktikan kemampuan mereka untuik mentadbir negara, pembangkang kini tangkap muat apa sahaja isu yang boleh dieksploitasikan. 

Tidak kira isu kecil atau besar, pembangkang sekarang sudah terdesak untuk menutup segala kepincangan mereka sendiri dan penipuan yang telah mereka lakukan selama ini. Rakyat kini sudah bijak bestari membandingkan antara permata dan batu, dan tidak mungkin pembangkang boleh menggangap mereka mampu diperbodohkan selamanya.
Sumber: Badut Rakyat

-UnReportedNews™®

Friday, 4 January 2013

DEEPAK TEMPELAK ANWAR AGAR JANGAN JADI "PENAKUT"!

-BANG ANU MANA ADA TELOQ DEEPAK .. SELAMA NI PUN DIA BERANI TIBAI JER .. BINI ORANG, CHINA DOLL, OMEGA .. KAN SEMUA ISU-ISU TU BELUM TERJAWAB! KEKEKE!!!-
 
Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan kecewa dengan tindakan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan tidak berani tampil kehadapan membantunya walaupun beliau telah melakukan beberapa pendedahan sebelum ini.
 
Deepak turut kecewa dengan sikap Anwar yang didakwa mempergunakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli untuk menyampaikan perkara itu.

"Saya sangat menghargai media yang menyokong saya tetapi saya tidak nampak perkara ini daripada pembangkang.

"Saya telah memaklumkan minggu lalu hasrat agar Anwar tampil menyokong saya secara terbuka dan tidak menggunakan platform 'penafian' tidak pernah berjumpa dengan saya.

"Malangnya beliau tidak tampil kehadapan malahan menggunakan Rafizi sebagai orang tengah, dan saya tidak menghargai tindakan ini," katanya.

Beliau turut berkata sekiranya Anwar jujur dan ikhlas, beliau tidak seharusnya meletakkan Rafizi sebagai perantara dan membiarkan Pengarah Strategi PKR itu melakukan pendedahan dokumen-dokumen bukan miliknya.

"Saya mahu Anwar berani tampil kehadapan," tegas Deepak.

Ahli perniagaan permaidani ini menambah beliau kecewa dengan sikap Anwar yang tidak berani tampil kehadapan dan bersuara.

"Kebenarannya adalah Anwar pernah berjumpa dengan saya. Kebenaran mengenai apa yang telah diperbincangkan. Apa yang telah dirancang. Apa perancangan saya sepertimana yang telah dibincangkan.

"Anwar perlu meletakkan kepentingan politik disebelah dan bercakap benar," katanya.

Ditanya pemberita mengapa beliau melakukan pendedahan ini, beliau berkata "Ya, pada masa itu mereka (pembangkang) menyokong saya. Namun apabila Rafizi membuat pendedahan tersebut, mereka mulai menjauhkan diri dan ini bukanlah persetujuan asal.
 
Beliau turut mendakwa kedua-dua pihak melakukan perbincangan dan khidmat guaman PKR diberikan sebagai pertolongan. Walaubagaimanapun Deepak berfikir adalah terlalu sukar bagi seorang 'ahli politik yang jujur' untuk menanggung beban ini bersama-sama.

"Saya amat terkejut. Pertamanya saya tidak menyukai cara Anwar berselindung dibelakang Rafizi dan dalam pada masa yang sama menggunakan Rafizi untuk menyerang saya kembali.


"Keduanya jika mahu melakukan pendedahan tersebut (dokumen-dokumen yang didakwa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong bernilai RM13 juta), ianya harus berdasarkan fakta yang betul dan berdasarkan kepada kebenaran," katanya.

Deepak turut memberitahu beliau menjemput Anwar untuk bersamanya dalam perkara ini namun Ketua Pembangkang itu disifatkan sebagai banyak berdolak-dalik untuk bertemu dan menyokong pendedahan yang dilakukannya.

"Pada awalnya, sewaktu saya bertemu dengan Anwar selepas kes perbicaraan berlangsung, Anwar menafikan beliau pernah bertemu dengan saya. Dan saya amat kecewa dengan penafiannya.

"Saya akan melakukan (pendedahan ini) mengikut cara saya. Saya tidak akan menjemput lagi penakut. Apa yang boleh saya lakukan, jika seseorang itu penakut maka beliau tetap akan menjadi penakut," katanya.

Ditanya pemberita mengenai pertemuannya dengan Ketua Pembangkang itu, Deepak berkata "Saya bertemu dengannya pada malam 28 November, sehari sebelum saya tampil di mahkamah.

"Anwar baru sahaja kembali dari Jakarta. Kami berjumpa di sebuah rumah kenalan," katanya.

Deepak turut memberitahu beliau telah menjemput semua pihak termasuk dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk membantunya dalam melakukan pendedahan.
 
Sumber: KL Pos

-UnReportedNews™®

BAEK PUNYA CILOK; ANTARA RAFIZI & ANWAR, SIAPA LEBIH LEMBU?

-DOKUMEN YANG BUKAN MILIK DEEPAK DIDEDAHKAN RAFIZI KEMUNGKINAN BERIKUTAN DENGAN KEKECIWAAN ANWAR TERHADAP "CILOK" DEEPAK .. APA-APA PUN DUA-DUA MEREKA TU MACAM LEMBU!KEKEKE!!!-
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.

"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen.

"Saya juga tidak pernah melalui seseorang (proksi) memberikan sebarang dokumen itu kepadanya. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan," katanya.

Beliau yang ditanya pemberita meluahkan kekecewaan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya menggunakan Rafizi Ramli untuk mendedahkan dokumen-dokumen yang bukan miliknya.

"Secara jujur saya tidak tahu apa yang dikatakan oleh Rafizi. Saya rasa ianya bertujuan untuk mensensasikan isu (urusniaga tanah) dan saya sekali lagi berkata tidak pernah melihat dokumen itu.

"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.

Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.

Beliau juga mahu Rafizi tampil untuk menunjukkan dokumen-dokumen tersebut yang dipaparkan dalam blog beliau rafiziramli.com

Ditanya lagi mengenai kesahihan dokumen-dokumen tersebut yang turut memperlihatkan nama syarikat Carpet Raya Sdn Bhd, Deepak berkata "Syarikat itu memang milik saya, namun dokumen-dokumen yang didakwa Rafizi bukan milik syarikat saya."

Sebelum itu, Pengarah Strategi PKR itu mendakwa dokumen-dokumen pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong bernilai RM13 juta adalah untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumber: KL Pos

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List