Demonstrasi Bantahan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan 20 sen harga petrol RON95 yang dijadualkan hari ini nampak mendapat sambutan yang hambar.
Sumber Sarawakiana memberitahu setakat ini, demonstrasi anjuran beberapa Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijadualkan berarak ke Jalan Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan mengenai kenaikan minyak hanya di hadiri hanya lebih kurang 200 orang.
Sebelum ini, Pengarah penerangan dan penganjur bersama demontrasi tersebut Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Reduan berkata mereka akan menyerah memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kumpulan tersebut dikatakan telah berkumpul di Tugu Negara pada pukul 10 pagi sebelum berarak ke bangunan Parlimen.
Setakat berita ini di tulis, tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku sementara pihak polis memantau sepanjang demonstrasi ini di adakan.
Beberapa hari yang lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa menggesa kumpulan yang merancang untuk mengadakan demontrasi tersebut agar mematuhi kehendak Akta Perhimpunan Aman 2012 jika mereka mahu meneruskan perhimpunan bantahan ini.
"Kami tetap memantau (perarakan berkenaan) dan bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya memberi peringatan tersebut NGO-NGO berkenaan. - Sarawakiana
-UnReportedNews™®
buang masa, buang tenaga, buang duit saja! berjuta lagi rakyat Malaysia yang berang dgn tindakan PM punnn Najib pink buat tak dengar, inikan pulak sekumpulan 200-hingga 300 orang cengitu! Memorandum bakul sampah aje oiii!
ReplyDeletekesian aku tengok puak2 ni berdemo untuk menurun harga minyak .bermakna menolong golongan berkereta mendapat subsidi sedangkan mereka bermotosikal berapa sen sangat sedangkan golongan berkereta ini mendapat puluhan ringgit subsidi sekali isi minyak.menolong orang kaya
ReplyDeletesubsidi hapuskan teruslah.... bagi saja harga sebenar minyak pasaran
ReplyDeletehehe... baru ngam ho kah kahhh... kami tak suka kerajaan bagi subsidi
kami mampu hidup sendiri...kami strong, kuat haha
tak payah nak kesian sgt