Showing posts with label Institusi Raja-Raja. Show all posts
Showing posts with label Institusi Raja-Raja. Show all posts

Saturday, 21 April 2012

TERKANTOI BIADAP KAT RAJA, UMNO PULA YANG DIPERSALAHKAN!

-AMALAN MENYALAHKAH UMNO APABILA TERKANTOI DI DALAM SESEBUAH ISU SEAKAN MENJADI DOKTRIN PEMBANGKANG, MENUNDING JARI KE ARAH ORANG LAIN NAMUN PADA HAKIKATNYA, MEREKA SENDIRI YANG SEBENARNYA BERSALAH!

Isu pembangkang yang bersikap biadap ketika menghadiri hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, baru-baru ini terus dibidas. Semalam, ahli Parlimen P. Kamalanathan telah pun membuat laporan polis terhadap ahli pemimpin pembangkang yang terlibat bersikap biadap pada hari pertabalan tersebut.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din, mengucapkan tahniah di atas keberanian Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan kerana telah membuat laporan polis di atas sikap biadap ahli pembangkang terbabit.

“Memang jika kita lihat sejak akhir-akhir ini, budaya politik yang dibawa oleh pembangkang, terutama di kalangan pemimpin DAP dan PKR lebih bersifat budaya politik kurang ajar. Apa saja yang ada di Malaysia ini semuanya ingin dilanggar dan disanggah mereka. Tidak ada sesuatupun yang baik bagi mereka di dalam negara ini.

“Puak pembangkang dalam berpolitik hari ini sudah tidak ada batasan. Atas nama politik, mereka rasa mereka boleh menghina, mengeji dan mengejek mana-mana pemimpin termasuklah Raja-Raja Melayu, walhal undang-undang dan sistem perlembagaan di negara ini telah diterima secara sepakat  oleh semua  kaum sejak sekian lama.

“Budaya tidak beradap yang dibawa oleh pembangkang ini  tidak boleh diterima dalam budaya masyarakat di negara ini. Inilah budaya politik baru, politik kurang ajar yang cuba dibawa oleh pembangkang hari ini,” katanya.

Tambahnya  lagi, sudah pasti, pembangkang akan menafikan perkara ini dan mengatakan bahawa isu ini adalah isu yang cuba dibangkitkan oleh UMNO, sedangkan Dr.  Rahman Kadir yang membangkitkan isu ini merupakan bekas ahli parti pembangkang.


“Seperti biasalah, puak pembangkang ini akan menyalahkan UMNO setiap kali timbul isu salah laku yang berlaku di kalangan pemimpin mereka. Menyalahkan UMNO sudah menjadi budaya dan di doktrinkan masuk dalam pemikiran pemimpin dan ahli-ahli pembangkang.

“Namun  mereka tidak sedar, rakyat sudah mulai muak dengan sikap mereka itu yang suka menuding jari pada orang lain sedangkan hakikatnya mereka sendiri yang bersalah,” ujarnya.
Justeru itu   beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak berkata sememangnya pemimpin parti pembangkang ini tidak layak untuk menjadi pemimpin, lantaran sikap mereka yang tidak menghormati hak dan pendapat orang lain, serta suka menimbulkan isu-isu  sensitif yang menyentuh soal Islam dan Raja-Raja Melayu sebagai gimik politik mereka.

“Macam mana kita nak jadikan mereka ini pemimpin negara, kalau sikap dan kelakuan mereka seperti orang yang tak ada tamadun dan budaya.

DAULAT TUANKU
“Mereka bercakap sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain, mudah menuduh dan membuat fitnah serta merasakan diri mereka itu lebih baik dari orang lain. Ini sifat-sifat orang yang sombong dan orang seperti ini tidak layak untuk memimpin dan mentadbir negara,” jelasnya lagi.


Tambah beliau lagi, sepatutnya mana-mana pemimpin pembangkang yang terbabit dalam kes penghinaan Raja-Raja baru-baru ini, apatah lagi ia berlaku di dalam Istana, perlulah disiasat dan dibawa ke muka pengadilan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

“Bagi saya, mereka ini langsung tidak layak untuk menjadi rakyat di negara ini. Sikap mereka yang suka membuat provokasi bertujuan  memecah belahkan rakyat  dengan tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan negara sudah cukup untuk membuktikan, tiada kesetiaan dan kehormatan dalam diri mereka kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.

“Jadi untuk apa mereka terus menjadi rakyat di negara jika undang-undang dan perlembagaan negara, malah  Raja-Raja Melayu di mata mereka adalah sesuatu yang boleh dibuat main-main dan diperlekehkan,” tegas beliau.

Sumber: Sahabat-Gunung


-UnReportedNews™®


PS: Tabiat asyik menuding jari kepada orang lain walaupun ternyata ianya kesalahan sendiri sebenarnya mengajar kita menjadi "denial", hidup dalam kepuraan serta tidak berpijak di bumi yang nyata

Saturday, 14 April 2012

TINDAKAN KERAS PADA MEREKA YANG BIADAP & KURANG AJAR PADA RAJA?

-BAGUS LAH TU..BIAR JANGAN ADA YANG MEMPELEKEHKAN INSTITUSI DI RAJA MELAYU-

(SEKADAR HIASAN) JANGAN KURANG AJAR & BIADAP
Majlis Jaksa Pendamai Kelantan mahu pemimpin pembangkang yang didapati mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu dikenakan tindakan keras sebagai pengajaran kepada semua pihak.

Timbalan Presidennya, Datuk Dr. Mohd. Kaisan Ab. Rahman berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia seperti mempersenda kedudukan raja-raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.

Selain itu, kata beliau, tindakan tersebut juga seolah-olah mempersendakan ketuanan Melayu yang mendukung institusi raja berperlembagaan.

“Tindakan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia tidak menghormati kedaulatan dan kedudukan raja-raja Melayu. Tindakan tersebut juga memalukan orang Melayu.

“Jika zaman dahulu mana-mana pihak mempersendakan raja-raja boleh dikenakan hukuman keras termasuk buang daerah, maka tindakan serupa perlu dikenakan kepada mereka terlibat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN MALAYSIA.

Sumber: MedanTempur Kedah


-UnReportedNews™®

Friday, 13 April 2012

INSTITUSI BERAJA AKAN BERAKHIR JIKA PR BERKUASA?

-ORANG MELAYU KENA BERINGAT, PEMBANGKANG SUDAH MULA MENUNJUK BIADAP & TIDAK MENGHORMATI HAK ORANG MELAYU LAGI-

Daulat Tuanku 
BENCINYA Pakatan kepada institusi beraja di Malaysia bukanlah satu perkara rahsia. Perbincangan ini bukan berdasarkan apa yang keluar dari mulut Anwar, tapi juga berdasarkan kepada beberapa kejadian yang telah berlaku sebelum ini menunjuk kepada hakikat tersebut.  Kalau ikut apa cakap Anwar, semuanya pun dia akan turut, dia akan pertahankan (kita semua tahupun Anwar cakap saja lebih).

Paling jelas tentulah mengambil iktibar apa yang berlaku Perak bila kerajaan DAP (ber menteri besarkan PAS), runtuh kerana keengganan DYMM Sultan Perak memperkenankan permintaan Datuk Seri Nizar Jamaludin untuk membubarkan dewan setelah 3 ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan, melompat menjadi Bebas mesra Barisan Nasional (BN).

Ditambah dengan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan untuk menyaman Sultan Perak berhubung perkara yang sama pada 2009, sehingga dituduh di bawah Akta Hasutan di Mahkamah.

Terbaru, blog AIDC mendedahkan disini sikap kurang ajar ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak menghormati majlis Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di Istana Negara Jalan Duta semalam.  Dilaporkan beberapa ahli Parlimen Pakatan, ‘menghina’ setiap raja-raja Melayu dan pemimpin negara yang berjalan masuk ke dewan tempat istiadat pertabalan dijalankan.

Semua ini mencetus persoalan, adakah kita rakyat Malaysia dapat sekali lagi melihat istiadat pertabalan yang unik di dunia ini berlaku lagi di negara kita jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dalam pilihanraya umum yang akan datang?  Bertahan lagikan institusi beraja yang menjadi payung kepada ketuanan Melayu di negara kita ini?

Ketuanan melayu dalam erti kata Sultan dan Raja mestilah terdiri daripada orang Melayu sahaja, bukan konsep ‘tuan dan hamba’ yang cuba diputar belitkan Pakatan Rakyat.
Memang proses untuk menukar kerajaan beraja kepada republik itu panjang, tapi itu bukanlah mustahil untuk dilakukan. 

Sekarang pun cakap-cakap mengenai penubuhan republik itu sudah menjadi rahsia umum di kalangan pemimpin pembangkang, terutama DAP.  Antara sebab kenapa Datuk Dr Hasan Ali dan NGO Jatinya memilih pendekatan IMR (Islam, Melayu & Raja) kerana beliau sedar dengan agenda jahat DAP semasa menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dulu.

Usaha yang bakal dilakukan begitu sistematik, bermula dengan mengikis sedikit demi sedikit hak Melayu dan Islam di negara ini.  Sebab itu perkara-perkara berkaitan ibadah yang dulu boleh dilakukan di negara ini oleh umat Islam tanpa halangan, kini menjadi kesalahan di negeri atau kawasan yang dikuasai DAP.

Betul-betul kurang ajar & biaDAP!!
Antaranya tradisi bertakbir dari rumah ke rumah pada malam sambutan Hari Raya Aidilfitri, malah mengaji sebelum kedatangan Azan pun kini sudah menjadi satu ‘kesalahan’.

DAP tidak akan bising kalau tidur diganggu dengan bunyi letupan mercun setiap kali malam perayaan, tapi akan bising (malah membuat laporan polis) kalau pembesar suara masjid berhampiran mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum Azan atau jemaah bertakbir dari rumah ke rumah.

Peliknya, parti yang majoriti dianggotai orang Melayu dan Islam, PAS dan PKR redha dengan semua tindakan DAP ini.  Paling jijik tentulah PAS, sanggup mencari ayat-ayat al-Quran yang boleh ditunggang terbalik untuk menyokong tindakan DAP itu.

Pakatan, terutama DAP tahu, selagi orang Melayu dan institusi Islam di negara ini kuat, selagi itulah sistem beraja ini tidak akan dapat disentuh.  Maka itu mereka mengambil pendirian menyerang Melayu dan Islam untuk melemahkan yang di atas (sistem beraja).  Malang dan sedihnya, masih ada segelintir orang Islam dan Melayu sendiri yang bersekongkol dengan puak-puak ini tanpa menyedari mereka sendiri bakal menjadi mangsa penindasan jika penubuhan republik itu  menjadi kenyataan.

Kalau ikut cakap memanglah semua akan nafikan tapi itu semua demi undi.  Kalau sebut terus terang nanti, undi lari dengan sendiri.  Contoh DAP dan Malaysian Malaysia.  Terang-terang konsep Malaysian Malaysia itu mengikis hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan tapi selamba Lim Kit Siang boleh kata DAP akan sokong perlembagaan persekutuan.

Logiknya, kalau nak bagi semua sama rata (Malaysian Malaysia), bagaimana pula dalam masa yang sama kekalkan hak keistimewaan melayu?

Justeru, WAJIB semua orang Melayu dan Islam di negara ini bersama-sama dengan UMNO, Barisan Nasional dan NGO-NGO yang berjuang mempertahankan perlembagaan Malaysia dan institusi beraja/Islam di negara ini demi masa depan negara yang lebih baik. - GAP


-UnReportedNews™®

Thursday, 12 April 2012

ANWAR, DALANG PENDERHAKA MELAYU SEBENARNYA

-ANWAR, KETIKA MENJADI NAIB PRESIDEN UMNO PADA TAHUN 1993, BERLEBIH-LEBIH DALAM KESUNGGUHAN MENGAJAK SELURUH RAKYAT MALAYSIA MELAKUKAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN MENGHAKIS KUASA RAJA-RAJA-


SIAPA sebenarnya penderhaka kepada Institusi Raja-Raja? Baca sipnosis-sipnosis kejadian ini:

Asal ditegur tindakan mereka menderhaka pada Sultan, mereka segera menuduh UMNO pernah derhaka kepada Raja.

Memang ada isu perlembagaan dimasa lepas apabila berdepan dengan salahlaku pihak Raja Melayu yang sudah melampaui ruang kuasa seperti memukul rakyat (pemain hoki) dan menghalang kuasa rakyat (parlimen) meluluskan undang-undang.

Hasilnya adalah institusi raja dapat dipelihara dengan pengemasan undang-undang dan peraturan untuk mengekalkan penghormatan rakyat kepada sovereign.

Ruang kuasa raja mengikut perlembagaan dan sentiasa dihormati dan diakur.

Bandingkan dengan beberapa kes dimana melibatkan pihak Pakatan Rakyat dalam isu yang melibatkan ruang kuasa Sultan.

Pada bulan Disember 2010, dalam isu perlantikan Dato Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan negeri Selangor, kerajaan negeri mahu melampaui kuasa Raja untuk melantik SUK.

Lalu timbul kata-kata ugutan terhadap Sultan oleh ADUN Suhaimi Shafie. Baca sepenuhnya di GAP sini.

Diakhir tulisan blognya, dia menulis ugutan:

Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlansung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.

Shuhaimi Bin Haji Shafiei
ADUN Sri Muda
30hb Disember 2010

Ini tidak termasuk pelanggaran nasihat Sultan agar Masjid tidak dijadikan tempat untuk politik benci yang hanya memecahbelahkan rakyat.

Bila ditegur menjawab pula.

Terus diengkari titah Tuanku ...

Banyak sekali titah perintah Tuanku diengkar oleh puak pentadbir negeri Selangor yang didalang DAP dan pemimpin bukan ISlam PKR serta disokong oleh puak Erdogan PAS dan melayu PKR.

Bila kehendak mereka tidak tercapai, mereka cuba meminda undang-undang hanya untuk mengingkari titah perintah dan pilihan Tuanku.

Ingat balik kita ke peristiwa Perak dimana kerajaan perak Pakatan hilang tiga ADUN untuk lompat keluar parti menjadi bebas dan menyokong BN. 

Nizar sepatutnya tahu dia sudah hilang majoriti tetapi tak tahu malu untuk meletak jawatan hingga dititah oleh Sultan. Nizar enggan dan melakukan 'sembah derhaka.'

Dia cuba mengkaburi rakyat dengan percubaan membubarkan dewan undangan negeri sesuka hati seolah Sultan tidak tahu sudah itu helah mereka untuk mengundur diri dari menyerahkan kuasa pada BN.

Undang Tubuh Negeri jelas memberi kuasa tertentu kepada Sultan. Pakatan Rakyat membuat penderhakaan untuk menggantung ADUN2 BN sesuka hati untuk mengekal kuasa, memanggil DUN sesuka hati mereka dan pelbagai gimik mengadakan sidang DUN di hotel dan bawah pokok.

Mereka menghina Raja Nazrin yang terpaksa menunggu satu hari menunggu untuk membuka sidang DUN. DUN di jadikan macam zoo. Sikap biadap di DUN dikekalkan hingga hari ini.

Mereka hilang majoriti tetapi enggan serahkan kuasa. Itu saja isunya, bukan pasal kuasa rakyat dinafikan. rakyat dah lakukan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat dan terpulang kepada wakil2 rakyat untuk mendirikan kerajaan.

Peristiwa di Perak itu dirancang dan didalang oleh Anwar Ibrahim dari belakang. Anwar ada bersama dalam pengisytiharan perang terhadap Sultan Azlan Shah kerana ia mahu jadinya pemula REVOLUSI MENJATUHKAN RAJA-RAJA MELAYU!

'Ketuanan rakyat' yang digemburkan sebagai platform kebangkitan rakyat menentang pemerintahan negara dengan slogan 'KUASA KEMBALI KEPADA RAKYAT' kerap dicanang. Ia tersirat cita-cita Anwar untuk menjadi KETUA YANG BERKUASA TERHADAP RAKYAT DENGAN ERTIKATA LAIN MENJADI 'PRESIDEN OF MALAYSIA' !

Pada tahun 1993, Anwar telah memberi sokongan kepada agenda menarik balik kuasa Raja-Raja Melayu. Ketika dia adalah Naib Presiden UMNO, dialah yang berlebih-lebih dalam kesungguhan mengajak seluruh rakyat melakukan demonstrasi besar-besaran menghakis kuasa raja-raja.

Seluruh Sultan-Sultan Melayu terpaksa tunduk ke tangan Anwar. Imej mahu menumbangkan kuasa Raja yang diguna untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden UMNO.

Dia telah menyambung usaha-usaha regim kafir dari barat untuk menghakis kedaulatan Raja-Raja Melayu. Ketuanan rakyat bermakna berakhir Ketuanan Melayu yang berlandaskan kedaulatan raja-raja Melayu yang mempunya tuntutan sejarah terhadap kerajaan.

Konsep 'Ketuanan Rakyat' Anwar ada persamaan dengan Malayan Union.

Bila berkuasa sikit, sewenang-wenang saja mereka singgung perasaan raja

Bila berpihak kepada mereka dan untuk tujuan jahat, mudah saja nama Raja dijaja. Adakah betul Sultan Kedah sebagai ketua Ugama rela masjid 100 tahun Madrasah Salsiah diruntuhkan jadi kompleks shopping kepada developer DAP dari Pulau Pinang? Ingat apa DAP mahu? -The Unspinners

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List