-AMALAN MENYALAHKAH UMNO APABILA TERKANTOI DI DALAM SESEBUAH ISU SEAKAN MENJADI DOKTRIN PEMBANGKANG, MENUNDING JARI KE ARAH ORANG LAIN NAMUN PADA HAKIKATNYA, MEREKA SENDIRI YANG SEBENARNYA BERSALAH!
Isu pembangkang yang bersikap biadap ketika menghadiri
hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di
Istana Negara, baru-baru ini terus dibidas. Semalam, ahli Parlimen P.
Kamalanathan telah pun membuat laporan polis terhadap ahli pemimpin pembangkang
yang terlibat bersikap biadap pada hari pertabalan tersebut.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omar
Din, mengucapkan tahniah di atas keberanian Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.
Kamalanathan kerana telah membuat laporan polis di atas sikap biadap ahli pembangkang
terbabit.
“Memang jika kita lihat sejak akhir-akhir ini, budaya
politik yang dibawa oleh pembangkang, terutama di kalangan pemimpin DAP dan PKR
lebih bersifat budaya politik kurang ajar. Apa saja yang ada di Malaysia ini
semuanya ingin dilanggar dan disanggah mereka. Tidak ada sesuatupun yang baik
bagi mereka di dalam negara ini.
“Puak pembangkang dalam berpolitik hari ini sudah tidak
ada batasan. Atas nama politik, mereka rasa mereka boleh menghina, mengeji dan
mengejek mana-mana pemimpin termasuklah Raja-Raja Melayu, walhal undang-undang
dan sistem perlembagaan di negara ini telah diterima secara sepakat oleh semua
kaum sejak sekian lama.
“Budaya tidak beradap yang dibawa oleh pembangkang
ini tidak boleh diterima dalam budaya
masyarakat di negara ini. Inilah budaya politik baru, politik kurang ajar yang
cuba dibawa oleh pembangkang hari ini,” katanya.
Tambahnya lagi,
sudah pasti, pembangkang akan menafikan perkara ini dan mengatakan bahawa isu
ini adalah isu yang cuba dibangkitkan oleh UMNO, sedangkan Dr. Rahman Kadir yang membangkitkan isu ini
merupakan bekas ahli parti pembangkang.
“Seperti biasalah, puak pembangkang ini akan menyalahkan
UMNO setiap kali timbul isu salah laku yang berlaku di kalangan pemimpin
mereka. Menyalahkan UMNO sudah menjadi budaya dan di doktrinkan masuk dalam
pemikiran pemimpin dan ahli-ahli pembangkang.
“Namun mereka
tidak sedar, rakyat sudah mulai muak dengan sikap mereka itu yang suka menuding
jari pada orang lain sedangkan hakikatnya mereka sendiri yang bersalah,”
ujarnya.
Justeru itu
beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak berkata sememangnya
pemimpin parti pembangkang ini tidak layak untuk menjadi pemimpin, lantaran
sikap mereka yang tidak menghormati hak dan pendapat orang lain, serta suka
menimbulkan isu-isu sensitif yang
menyentuh soal Islam dan Raja-Raja Melayu sebagai gimik politik mereka.
“Macam mana kita nak jadikan mereka ini pemimpin negara,
kalau sikap dan kelakuan mereka seperti orang yang tak ada tamadun dan budaya.
DAULAT TUANKU |
“Mereka bercakap sesuka hati tanpa memikirkan perasaan
orang lain, mudah menuduh dan membuat fitnah serta merasakan diri mereka itu
lebih baik dari orang lain. Ini sifat-sifat orang yang sombong dan orang
seperti ini tidak layak untuk memimpin dan mentadbir negara,” jelasnya lagi.
Tambah beliau lagi, sepatutnya mana-mana pemimpin
pembangkang yang terbabit dalam kes penghinaan Raja-Raja baru-baru ini, apatah
lagi ia berlaku di dalam Istana, perlulah disiasat dan dibawa ke muka
pengadilan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
“Bagi saya, mereka ini langsung tidak layak untuk menjadi
rakyat di negara ini. Sikap mereka yang suka membuat provokasi bertujuan memecah belahkan rakyat dengan tidak menghormati undang-undang dan
perlembagaan negara sudah cukup untuk membuktikan, tiada kesetiaan dan
kehormatan dalam diri mereka kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang
berdaulat.
“Jadi untuk apa mereka terus menjadi rakyat di negara
jika undang-undang dan perlembagaan negara, malah Raja-Raja Melayu di mata mereka adalah
sesuatu yang boleh dibuat main-main dan diperlekehkan,” tegas beliau.
-UnReportedNews™®
PS: Tabiat asyik menuding jari kepada orang lain walaupun ternyata ianya kesalahan sendiri sebenarnya mengajar kita menjadi "denial", hidup dalam kepuraan serta tidak berpijak di bumi yang nyata
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®