Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

TIADA ISTILAH "JIHAD-SEX" DALAM ISLAM



Umat Islam terutamanya di Malaysia diseru tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan wujudnya "jihad seks" bagi golongan wanita Islam seperti mana yang didedahkan di media baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dalam Islam, hubungan seks hanya dihalalkan melalui perkahwinan yang mana tidak ada timbul soal dalam bentuk jihad sedemikian.

"Ia menggunakan pendekatan yang bukan dalam konteks yang dibenarkan dalam hukum dan perkahwinan ada rukunnya seperti wali, akad ijab dan qabul, lelaki dan perempuan," jelasnya lagi.

"Kita tidak mahu perkataan jihad tersebut disalahgunakan sehingga ada timbul istilah "jihad seks" dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Imam, Guru Takmir dan Kafa di Pusat Latihan Sarawak hari ini.

Baru-baru ini, dilaporkan dalam sebuah laman portal berita terdapat tiga wanita negara yang pergi ke Timur Tengah bagi melakukan 'jihad seks' menyertai Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menafikan laporan tersebut yang memetik sumber jabatan itu berhubung pembabitan tiga wanita Malaysia sebagai hamba seks kumpulan ISIS malah, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga telah menegaskan laporan berkenaan bukannya diperoleh daripada sumber rasmi jabatan polis berkenaan. - Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

Thursday, 12 June 2014

"INI KAKI BABI LEH"?, AWAS UMAT ISLAM MAKAN DI FOODCOURT DI KUCHING?


Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuhu.
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ya ALLAH ampunilah dosa saya seandai apa yang apa saya tulis ini tidak tepat dan seandai nya tepat ia nya keizinan yang maha-Esa.

1.Kejadian ini berlaku di pusat membeli belah The Spring, Jalan Simpang Tiga, Kuching. Pada 10 /06/14 saya bersama dua orang rakan lebih kurang jam 7:40 pm ketika menikmati makanan di WARUNG **** ********* yang terletak di Tingkat 1 The Spring Foodbazaar (Food Court) saya merasa curiga dan mengesyaki menu SOTO AYAM SEMARANG yang dihidangkan menggunakan sup kaki khinzir dan bukannya sapi (Lembu).


2.Kejadian di sedari apabila salah seorang rakan saya telah ternampak "tulang yang agak meragukan" dalam periuk belanga sup restoren tersebut dan memberitahu saya. Perasaan was-was membuatkan saya terus pergi ke kaunter warung tersebut dan menggesa petugas warung berkenaan membuka periuk belanga serta mengaut isi sup itu. MASYA ALLAH, terkejut saya kerana "keping-kepingan daging" sup tersebut tidak langsung menyerupai potongan-potongan daging lembu atau ayam.

3.Lagi mengeruhkan keadaan apabila salah seorang pekerja di premis tersebut berbohong mendakwa dirinya sebagai seorang penganut agama Islam berasal daripada Indonesia. dan berkahwin dengan orang tempatan berbangsa Cina yang empunya warung tersebut. Saya dan rakan terus menyiasat latar belakang suaminya dan mendapati beliau mengusahakan sebuah non-halal restoran yang terletak di Batu Tiga. (Nama kedai tersebut saya akan dedahkan nanti).

4.Sebelum meninggalkan permis berkenaan, saya menunjukkan gambar tersebut dan bertanya apakah makanan itu kepada sorang amoi Cina yang berkebetulan lalu di sana. Dia memerhati gambar tersebut dan tanpa ragu menjawab, "INI KAKI BABI LEH!!!"

5.Aduan secara resmi telah saya laporkan semalam di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bhg Penguatkuasaan Halal, Tingkat 12 Kompleks Islam Sarawak agar tindakan dan siasatan lanjut dapat diambil untuk memastikan tiada lagi umat Islam di negeri ini tertipu demi agama, bangsa dan negara.

6. Lokasi premis tsb terletak di kawasan masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan kepercayaan agama. Sepatutnya sbg kewajipan pengusaha premis meletakan tanda amaran "Non Halal Food" kpd pelanggan. (sumber)

PS1: Pihak pengurusan The Spring membuat penafian mengenai perkara ini dan menegaskan bahan makanan yang digunakan adalah halal.

PS2: Tindakan susulan menjurus kepada posting ini; Menteri Hal Ehwal Islam Datuk Haji Daud Abdul Rahman mengesahkan  SEMUA permis makanan di The Spring TIDAK memnpunyai sijil halal.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 10 June 2014

ANALISIS NEGARA BRUNEI SAHKAN COKELAT CADBURY TIADA DNA BABI

Prihatin dengan isu DNA babi dalam cokelat Cadbury yang menggemparkan Malaysia sebelum ini, negara Brunei turut mengambil inisiatif sendiri untuk kebajikan rakyatnya.

Berdasarkan satu kenyataan media dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei, mereka telah mengambil sampel cokelat Cadbury terbabit lalu dihantar ke Pusat Sains Halal, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama untuk dianalisis.

Keputusannya, tiada DNA babi dikesan sekaligus membuktikan ia halal dimakan tanpa was-was. 


Nampaknya status halal Cadbury semakin jelas. Baik di Malaysia mahupun Brunei, masyarakat Islam tak perlu lagi risau untuk menikmati cokelat kegemaran mereka ini. (sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 3 June 2014

AMBIK KORANG! PEGAWAI JAKIM SEDIA MAKAN COKLAT CADBURY!

-PADA SESIAPA YANG TAK PERCAYA KEPADA STATUS HALAL COKLAT CADBURY LAGI, PEGAWAI JAKIM SUDI MEMAKAN COKLAT ITU UNTUK MEMBUKTIKAN KEHALALANNYA!-


Bagi membuktikan status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap coklat Cadbury benar-benar meyakinkan, pegawai jabatan itu sedia pada bila-bila masa untuk membuat demonstrasi memakan coklat tersebut.

Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal.

Mohd Amri berkata, proses memberikan status halal kepada sesuatu produk dibuat setelah prosedur dan standard yang ditetapkan ditepati.

“Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

“Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.

“Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan,” katanya ketika kepada Astro AWANI menerusi AWANI745 malam tadi.

Mohd Amri berkata keputusan yang dibuat oleh Jakim terhadap coklat Cadbury itu adalah sama dengan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia.

Katanya, ini bermakna JAKIM membuat keputusan berdasarkan apa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kimia dan prosedur lain yang perlu dipatuhi.

“Untuk keputusan pensijilan halal ini, pihak JAKIM hanya menggunakan makmal jabatan kimia yang dibenarkan sahaja.

“Standard dan prosedur yang JAKIM gunakan untuk memberikan pensijilan halal ini adalah sama dengan apa yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Beliau juga menafikan keputusan yang dibuat JAKIM pada Isnin merupakan satu tindakan membuat pusingan U sepertimana yang didakwa sesetengah pihak.

Selain itu Mohd Amri masyarakat juga perlu faham bahawa semua perkara berkaitan pensijilan halal perlu dirujuk kepada JAKIM iaitu pihak yang diberi kuasa dalam bidang itu.

“JAKIM diibaratkan sebagai imam, pengguna adalah sebagai makmum, perlu mengikut apa yang ditentukan JAKIM dalam soal halal atau haram ini.”

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA babi (porcine) bagi tujuan pemantauan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin bagaimanapun mengumumkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury berkenaan. Pengumuman dibuat selepas ujian dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas sampel yang diambil dari kilang.

Namun pengumuman yang dibuat oleh Jamil Khir itu masih menimbulkan was-was di kalangan pengguna berkenaan status coklat Cadbury. (sumber

-UnReportedNews™®

Monday, 31 March 2014

RAHSIA DI SEBALIK GURAUAN HARI "APRIL FOOL"?

-KETAHUILAH, AMALAN HARI "APRIL FOOL" BERMULA DENGAN KEJADIAN PENDUDUK ISLAM KOTA GRANADA DI TIPU & DI BUNUH! MEMPRAKTIKKAN AMALAN INI (BESOK) SEUMPAMA MENGTERTAWAKAN SAUDARA-SAUDARA ISLAM KITA YANG TELAH DI KORBANKAN DENGAN BEGITU KEJAM!-

Pada abad ke-8 Masehi Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir. 

Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak juga. 

Satu persatu wilayah Spanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada. 

Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol. 

Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan. 

Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi. 

Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa.

Kapal yang dijanjikan juga dibakar. Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. 

Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. 

Granada jadi medan darah Umat Islam sehingga laut berwarna merah darah. 

TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN. 

Jadi umat Islam sekalian apakah kita turut terikut ikut dengan 1st April ini dengan mengenakan orang lain dan tertawa. 

Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu lagi memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan PENIPUAN.

Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya.

-UnReportedNews™®

Thursday, 9 January 2014

PENDIRIAN PEMUDA PBB KE ATAS ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

-KERAJAAN NEGERI SARAWAK MEMBERI JAMINAN APA YANG TELAH BERLAKU DI SELANGOR BARU-BARU INI, TIDAK AKAN BERLAKU DI SARAWAK !-

Saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengambil maklum mengenai perkembangan agak membimbangkan yang berlaku sejak kebelakangan ini, yang boleh menjejas semangat toleransi kaum dan perpaduan di kalangan rakyat di negara ini, membabitkan isu penggunaan kalimah Allah.

Perlembagaan negara jelas meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Namun Artikel 11 (3) (A) Perlembagaan Persekutuan turut menjelaskan bahawa setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal kegamaan mereka sendiri. Pada masa sama Artikel 11 (4) Perlembagaan turut mengenakan larangan penyebaran agama lain kepada orang Islam.

Merujuk isu larangan penggunaan Kalimah Allah, seperti ditegaskan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak sebelum ini, larangan terhadap penganut agama Kristian di Semenanjung Malaysia itu tidak terpakai di Sarawak. Bagi rakyat Malaysia di Sarawak ia bukan isu kerana rakyat Sarawak telah hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama sejak berdekad lamanya, malah sebelum Malaysia terbentuk lagi.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman, yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama di Sarawak, juga sudah menegaskan bahawa kerajaan tidak akan mengikuti tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti dilaporkan berlaku di negeri itu baru-baru ini berikutan Alkitab dalam Bahasa Indonesia sudah diguna pakai di Sarawak sejak 1847 lagi.

Hal ehwal agama adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan ia tertakluk kepada enakmen negeri masing-masing. Apa yang berlaku di Selangor baru-baru ini adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu sendiri.

Di Sarawak, tidak timbul isu berkenaan kerana perpaduan dan keharmonian kaum yang kukuh telah terjalin sejak sekian lama di kalangan penduduk berbilang kaum dan agama. Malah semangat toleransi kaum, permuafakatan dan hubungan baik antara kaum di Sarawak menjadi contoh bukan sahaja di negara ini, malah dikagumi pemimpin dan rakyat dari seluruh dunia yang pernah berkunjung ke Sarawak.

Keharmonian kaum di Sarawak juga menjadi nadi dan teras utama kepada pembangunan rancak yang berlaku di seluruh pelosok negeri Sarawak dan kejayaan Dasar Politik Pembangunan yang diasaskan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, sejak dulu lagi.

Sehubungan itu, saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda PBB menyeru penganut agama Kristian di Sarawak supaya tidak terpengaruh dengan dakyah dan hasutan pihak tidak bertanggungjawab berhubung isu berkenaan khususnya dalam konteks negeri Sarawak. Ini kerana Kerajaan Negeri Sarawak sudah memberi jaminan bahawa apa yang berlaku di Selangor itu, tidak akan berlaku di Sarawak.

Jangan sama sekali membiarkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian kaum yang kita nikmati selama ini demi memastikan anak cucu kita akan dapat terus mewarisi keharmonian kaum, keamanan dan kesinambungan pembangunan yang berlaku di Sarawak sampai bila-bila.

Ketua Pemuda PBB
Datuk Haji Fadillah Haji Yusuf

-UnReportedNews™®

Monday, 6 January 2014

PENUBUHAN BIRO AGAMA WANITA PBB, KUKUHKAN KEHARMONIAN MASYARAKAT

-BIRO AGAMA WANITA PBB DIYAKINI AKAN MEMASTIKAN PERPADUAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI SARAWAK! SYABAS PBB ATAS INISIATIF INI!-

Penubuhan Biro Agama Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini diyakini mampu memastikan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak.

Setiausaha Pergerakan Wanita PBB Nancy Shukri berkata, isu kalimah Allah dan rampasan kitab Injil kini menjadi buah mulut kebanyakan masyarakat di negara ini.

Justeru, katanya penubuhan biro itu merupakan langkah segera memperkukuhkan lagi keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

“Biro Agama Wanita PBB yang dipengerusikan oleh ADUN Lingga Simoi Peri dan Esther Balan dilihat mampu memastikan objektif perjuangan memperkasakan lagi keharmonian dapat dicapai,” katanya menerusi kenyataan akhbarnya semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, biro berkenaan akan mengawal selia hal ehwal berhubung agama serta menyusun atur strategi serta langkah terbaik bagi memastikan perpaduan kaum di peringkat akar umbi terus terpelihara.

Nancy menjelaskan bahawa Biro Agama Wanita PBB berkonsepkan hubungan antara agama yang meletakkan nilai murni sejagat yang dikongsikan dalam setiap agama.

“Konsep ini melihat kepada aspek para penganut agama yang menghayati agama akan menjadi insan yang mencintai keamanan dan nilai murni sejagat tidak kira apa juga pegangan agama yang kita amalkan,” tegasnya.

Beliau memberitahu, penubuhan itu juga membuktikan kesungguhan parti dalam memastikan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak dipertahankan.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada ahli Wanita PBB agar menggunakan pendekatan termasuk teknologi media baharu untuk memperjelaskan dan menarik golongan muda supaya tidak terpengaruh dengan isu-isu sensitif berkaitan agama.

“Kita harus menjuarai teknologi agar golongan ini tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang, isu kalimah Allah dan hal berkaitan agama boleh membangkitkan kemarahan anak-anak muda yang tidak mengetahui kronologi yang sebenar,” ujarnya. (sumber)

-UnReportedNews™®

Saturday, 4 January 2014

PENIAGA CINA JUAL ARAK DALAM KAWASAN MELAYU/ISLAM?

-WA TAU LU MAU UNTUNG TAPI TAKKAN LU BODOH SANGAT TAK TAU ARAK ITU HARAM BAGI ORANG BERAGAMA ISLAM IAITU PENDUDUK MAJORITI DI MANA LU BERTAPAK SEKARANG IAITU DI DEMAK LAUT? ALANG-ALANG, BAIK LU JUAL DAGING BABI SEGAR KAT KEDAI LU! KEKEKE!!!-


Admin UnReportedNews™® ada menerima maklumat dari salah seorang pembaca mengenai sebuah kedai kepunyaan peniaga Cina yang beroperasi di sebelah pasar ikan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK)Bako di Demak Laut yang ada menjual minuman keras sebentar tadi.

Amboi, sedap jer si Al-Kafirin ni menjual arak di kawasan kediaman majoriti 99 peratus Melayu/Islam.

Persoalan kini, apakah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi berkaitan tidak membuat sebarang pemantauan ke atas premis-premis sebegini sehingga arak boleh dijual dengan sewenang-wenangnya secara terbuka?

Adakah pihak-pihak berkaitan hanya akan "buat-buat sibuk" sekiranya sudah terjadi kes bunuh, rogol atau jenayah yang disebabkan oleh arak di kawasan itu terjadi?

Perkara in janganlah dianggap enteng kerana jika kita sendiri yang beragama Islam tidak menghormati larangan agama kita sendiri, bagaimana kita hendak mengharap orang beragama lain menghormati agama kita?

"You, yourself should respect your own believes and religion before expecting others to respect them!" 

Admin UnReportedNews™®  mohon ADUN Demak Laut YB Hazland Abang Hipni untuk campurtangan dalam perkara ini agar perkara yang lebih buruk lagi tidak akan berlaku. Wassallam.

-UnReportedNews™®

Friday, 20 December 2013

AWAS! KEDAI MAKANAN SEAFOOD DI SARAWAK TAK HALAL?

-ALANG-ALANG MENIPU ORANG ISLAM MENGATAKAN MAKANAN YANG DIJUAL ITU HALAL, BAIK LU ORANG JUAL DAGING KHINZIR SEKALI KAT TOPSPOT SEAFOOD CENTRE, SEBUAH PUSAT MAKANAN YANG TERKEMUKA DI BANDARAYA KUCHING INI! CIS! KEMBANG AIR LIUR AKU! KEKEKE!!!-

Tiga buah premis makanan laut di Jalan Bukit Mata di sini, diberi amaran oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana gagal mematuhi standard dan prosedur persijilan Halal termasuk menyalahgunakan perbahasan halal.

Ketua Unit Pembangunan Halal JAIS, Asmawati @ Siti Asmah Ahmad berkata, hanya enam buah premis mempunyai sijil halal daripada 12 buah premis yang beroperasi di tempat itu.

"Dua daripadanya tidak mematuhi standard dan prosedur persijilan halal, manakala satu lagi tidak mempunyai sijil halal tetapi menggunakan logo halal.

"Bagi premis yang melanggar prosedur persijilan halal akan dibawa kepada Panel Pengesahan Halal Majlis Islam Sarawak (MIS)" katanya selepas mengetuai Operasi Bersepadu Halal, malam tadi.

Bagaimanapun katanya, bagi perbahasan halal perlu diteliti untuk membuat penguatkuasaan halal kerana kesalahan tersebut telah dimaklumkan dalam program yang dianjurkan oleh JAIS dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Mengulas lanjut berkenaan hasil pemeriksaan, Asmawati berkata, pihaknya menemui bahan-bahan masakan yang meragukan kerana tidak mempunyai logo halal.

"Kita menjumpai barangan yang meragukan seperti sos dan cuka yang tiada logo halal yang dapat membuktikan bahan yang digunakan sememangnya halal," katanya.

Beliau menambah, bahan-bahan tersebut akan di bawa ke Jabatan Kimia untuk siasatan bagi mengesahkan sama ada ia halal atau tidak.

Namun, premis-premis berkenaan masih dibenarkan untuk beroperasi disebabkan status halal premis itu masih belum dapat diputuskan .

Ditanya tentang jumlah sijil halal yang ditarik balik bagi negeri Sarawak bagi tahun 2013, beliau memberitahu bahawa daripada 10 operasi yang dijalankan, enam sijil halal ditarik balik, manakala satu lagi masih dalam siasatan.

Premis yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah Perihal Dagangan atau Perakuan dan Penandaan Halal 2011 serta denda sebanyak RM200,000 bagi kesalahan pertama dan kedua, sebanyak RM500,000.

Operasi selama dua jam tersebut turut disertai 38 pegawai daripada JAIS dan PPDNKK yang bertujuan membuat pemantauan terhadap pemegang-pemegang sijil halal di premis makanan di kawasan tersebut.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 11 December 2013

VIDEO: PESALAH SUMBANG MAHRAM DIPANCUNG DI ARAB SAUDI

-PESALAH TERSEBUT DIDAPATI TELAH MENGHAMILKAN PASANGANNYA!-



Pihak berkuasa Arab Saudi hari ini melaksanakan hukuman pancung ke atas seorang pesalah sumbang mahram, menurut kementerian dalam negeri negara itu.

Hukuman tersebut dijatuhkan ke atas Hasan Ghazwani dan telah dilaksanakan di bandar Jizan.

Difahamkan perbuatan tersebut telah menyebabkan pasangannya hamil.

Menurut kementerian berkenaan, hukuman berkenaan dijatuhkan berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang menyatakan mereka yang terlibat dalam sumbang mahram perlu dijatuhkan hukuman mati.

Tahun ini sahaja, pihak berkuasa Arab Saudi telah memancung 74 orang atas pelbagai kesalahan berat.

BERIKUT ADALAH SEDUTAN FUTEJ HUKUMAN PANCUNG DI ARAB SAUDI.



VIDEO 18SG: Arab Saudi PANCUNG Pesalah Sumbang Mahramhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/hukuman-pancung.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/hukuman-pancung-150x150.jpgMyNewsHubJenayahKisah TeladanUtama,
(sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 16 October 2013

SIAPA DALANG PENGHASUT ISU KALIMAH "ALLAH"?

-SIAPAKAH DALANG YANG SEBENARNYA MENGHASUT PENGANUT KRISTIAN DI SEMENANJUNG BERKERAS UNTUK MENGGUNAKAN KALIMAH "ALLAH"? SAJA-SAJA NAK "MENYUSAHKAN" KERAJAAN KER?

Kenal tak siapa yang menjadi tetamu kehormat Anwar Ibrahim pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2007 (dalam gambar)? 

Selain menulis sebuah eksklusif semasa pilihan raya kecil permatang pauh walaupun wujudnya perintah vatican yang menghalang paderi dari penglibatan politik, beliau juga telah memfailkan kes di mahkamah seolah-olah penggunaan sebuah nama suci adalah sesuatu yang baru di Malaysia dan tidak pernah diungkap sebelum ini di Sabah & Sarawak. 

Sebuah gambar boleh melahirkan ribuan makna. 

Tapi gambar ni menimbulkan ribuan soalan.

Apakah kaitan Anwar dengan isu Kalimah Allah? Percaya ke Pengasas ABIM yang memberi kenyataan sebegini: 

"Ketua Pembangkang di Parlimen, Anwar Ibrahim berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ iaitu istilah Bahasa Arab untuk Tuhan dalam ritual mereka".

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Yang dipersoalkan di sini dalang di sebalik isu ini.

Kalau berjuang demi agama, keikhlasan dan ketulusan hati amat penting. Yang diburu saya, dalang yang menggunakan agama untuk tujuan politik. -Yuktes Vijay 

PS: Kalo tak silap, bukankah yang dalam gambar tuh yang bersama Nuar Brahim si editor The Herald- Father Lawrence Andrew? Hmmm

-UnReportedNews™®

Saturday, 12 October 2013

GAMBAR-GAMBAR YANG BUAT DAP SARAWAK "SAKIT HATI"?

-PULUHAN LOT KEDAI DI KOMPLEKS ISLAM SARAWAK DISEWA KEPADA PENIAGA-PENIAGA. YANG MAJORITINYA ADALAH ORANG ISLAM. SEBAGAI SEORANG YANG BERAGAMA ISLAM SEPATUTNYA TUMPANG BANGGA DENGAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM NEGERI INI!-


Mula-mula musykil jugak, kenapalah dengki sangat DAP Sarawak dengan Kompleks Islam Sarawak (KIS) nih tapi bila dikaji secara mendalam rupa dier orang takut dengan kestabilan ekonomi orang Islam, khususnya di Sarawak nih.

Dengan adanya, sewa kedai dan ruang-ruang pejabat (jika penuh) di KIS, ianya boleh menjanakan RM800 ribu setiap bulan, (kalau setahun dengan RM10 juta tu), eh bukan masuk kat poket individu, tapi masuk ke dalam Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).


Usah risau, usah was-was, setiap sen TBS yang keluar atau masuk dikira dan di audit oleh Jabatan Audit Negara.  Jom layan gambar ..














Cantik & bersih kan keadaan infrastruktur kompleks nih, tapi ada part  yang paling seronok lagi iaitu ianya adalah hak milik Islam. Best kan? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Monday, 23 September 2013

JAMINAN MUFTI SARAWAK KEPADA PENYUMBANG ZAKAT

-ORANG-ORANG KAFIR YANG DENGKI DENGAN PENCAPAIAN EKONOMI MASYARAKAT ISLAM DI SARAWAK AKAN MENGGUNAKAN APA JUA CARA UNTUK MENGGANGGU-GUGATKAN KEKUATAN INI TERMASUK MEMPERGUNAKAN INDIVIDU YANG SEAGAMA & SEBANGSA KITA SENDIRI! BAHLUL BETUL! KEKEKE!!!-

Putit, Shibli & Kipli memerhati akaun penyata tahunan TBS siang tadi
Semua wang kutipan zakat Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang digunakan ke arah bantuan dan pembangunan masyarakat Islam telah mendapat persetujuan dari Pejabat Mufti Negeri untuk mematuhi tuntutan dan kehendak Syariah.

Memberi jaminan ini, Mufti Negeri Sarawak Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Haji Yassin berkata bahawa semua penyumbang zakat tidak perlu was-was atau bimbang dengan pengagihan atau pengunaan dana zakat dan dana perbendaharaan mesti mendapat kelulusan dari Pejabat Mufti Negeri.

"Dalam erti kata lain, setiap permohonan mengenai pengagihan segala tindakan dalam operasi hariannya dikawalselia oleh undang-undang dan peruntukan yang sewajarnya dan pematuhan kepada undang-undang kita."

Di samping itu, semua dana TBS diuruskan dengan sewajarnya kepada undang-undang dan piawaian yang ditetapkan dan semua hasil resit rasmi penerimaan telah direkodkan untuk tujuan penyediaan penyata kewangan dan audit oleh Jabatan Audit Negara, katanya.

Kipli berkata kepada pemberita pada majlis perasmian Kiosk Maklumat Baitulmal (MBB) yang terletak di tingkat bawah bersebelahan dengan ruang legar Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (Komplleks Islam Sarawak) pagi tadi.

-UnReportedNews™®

Friday, 20 September 2013

PASANGAN PROFESOR SYIAH BERKAHWIN MUTAAH ADAKAN SEKS DI PEJABAT!

-KEDUA-DUA PENSYARAH YANG BERGELAR PROFESSOR BERKHIDMAT DI SEBUAH UNIVERSITI TERKEMUKA DI LEMBAH KELANG TELAH BERKAHWIN MUTAAH & SERING MENJADIKAN BILIK PEJABAT SEBAGAI TEMPAT MENGHAMBATKAN NAFSU SEBELUM BERCERAI SELEPAS BEBERAPA BULAN! MACAM HAIWAN JE LAGAK MEREKA NI KAN? KEKEKE!!!-

Pensyarah bergelar profesor di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang berkahwin secara mutaah dengan pasangannya yang juga seorang pensyarah dan menjadikan bilik pejabat sebagai tempat untuk melakukan hubungan seks.

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Dr Zamihan Md Zain, berkata pasangan pensyarah berusia 40-an itu berkahwin tiga tahun lalu sebelum dikurniakan seorang anak.

Beliau berkata, pensyarah lelaki berkenaan yang bergelar profesor adalah penganut ajaran Syiah dan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur, berjaya mempengaruhi pasangannya untuk mengikuti ajaran itu.

Kahwin sementara

“Kedua-dua pensyarah ini bergelar profesor dan berkhidmat di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang. Mereka berkahwin mutaah untuk beberapa bulan dan kemudian bercerai.

“Inilah yang kita bimbang jika tidak ada satu kawalan atau undang-undang tegas mengekang penyebaran fahaman Syiah.

“Golongan cerdik pandai bertaraf profesor pun boleh terpengaruh apatah lagi kalau mereka yang cetek pengetahuan agama.

“Sebab itu kita perlukan satu undang-undang yang tegas. Ajaran Syiah dan kahwin mutaah ini boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zamihan berkata, undang-undang yang tegas diperlukan bagi menyekat penyebaran fahaman itu kerana lebih 200,000 warga Iran berada di negara ini setiap tahun termasuk pelajar.

Berdasarkan statistik tahun lalu, seramai 17,000 pelajar Iran melanjutkan pengajian di negara ini, 38,000 bermastautin secara sementara dan 150,000 lagi masuk sebagai pelancong.

Penyebaran secara senyap

Katanya, angka itu tidak termasuk warga Iraq serta beberapa negara lain yang turut mengamalkan Syiah masuk ke negara ini dan dibimbangi ia akan menyebarkan fahaman itu secara senyap kepada rakyat tempatan.

“Mereka dikesan turut menyebarkan fahaman itu di negara ini dan empat universiti awam menjadi lokasi kepada penyebaran fahaman ini membabitkan pensyarah dan juga pelajar.

“Julai lalu ulama Syiah dari Iran turut ke negara ini untuk bertemu penganut fahaman itu dan lebih malang lagi mereka turut mendapat sokongan beberapa pemimpin politik dan ahli perniagaan bergelar Datuk,” katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List