Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts
Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts

Tuesday, 22 March 2016

Mat Sabu Dihalau Dari Sarawak



Presiden AMANAH Mohamad Sabu atau lebih dikenali lagi dengan nama glamournya "Mat Sabu" telah dihalang dari memasuki negeri Sarawak pada hari ini.

Mat Sabu, telah ditahan bersama pegawai khasnya tiba di Lapangan Terbang Sibu ketika melalui pemeriksaan Imigresen kira-kira jam 10.40 pagi tadi.

Difahamkan, beliau dijadualkan akan mengadakan beberapa siri ceramah di Sarawak sebagai persediaan Pakatan Harapan untuk menghadapi PRN Sarawak Ke-11.

Beliau juga dikatakan kini didalam proses dihantar pulang ke Semenanjung.

Selain Mat Sabu, beberapa individu seperti Ridhuan Tee, Ibrahim Ali, Zuraidah Kamaruddin dan yang lain-lain telah dihalang dari memasuki Sarawak. -UnReportedNews™®

Thursday, 20 March 2014

#PRKBALINGIAN : MAT SABU TABUR "FITNAH" DI SARAWAK!

-MAT SABU YANG PERNAH DITANGKAP KHALWAT DENGAN ISTERI ORANG NAK MENGAJAR ORANG SARAWAK BAGAIMANA NAK HIDUP BERINTEGRITI? BETUL-BETUL MACAM BABOON! KEKEKE!!!-

"Rakyat Sarawak akan terus hidup menanggung penderitaan jika masih memilih Barisan Nasional sebagai pemerintah."

Begitulah antara kata-kata Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu dalam satu ceramah yang dihadiri sekitar 100 orang di Boulevard Setia Raja Mukah pada dua malam lepas

"Sarawak tidak patut jadi negeri ketiga miskin kerana mempunyai hasil yang banyakm" kata Mat Sabu mengingatkan penduduk Mukah agar membuat perubahan sempena PRK DUN Balingian pada 29 Mac ini.

"Sudah 50 tahun Sarawak merdeka, tapi satu sekolah menengah pun tidak ada di Balingian dan kerajaan BN telah menjadikan Malaysia setaraf Afrika; mundur dan penuh dengan rasuah serta penyelewengan."

Tahukah Mat Sabu, di Mukah sudah ada MRSM? Tahukah Mat Sabu TPM Muhyiddin Yassin telah mengarahkan EPU untuk pembinaan segera sebuah sekolah menengah di Balingian? Tahukah orang Mukah Mat Sabu pernah di tangkap khalwat dengan isteri orang? Kahkahkah!

Tahukah orang Mukah bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur siang tadi telah  memerintahkan Mat Sabu dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas penjawat awam itu berhubung Projek IC di Sabah.

Di samping itu, Mat Sabu dan Mustafa juga diperintah membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Wan Ahmad.

Mat Sabu datang ke sini kononnya nak membantu calon PKR Haji  Abdul Jalal Bujang pada PRK Balingian tapi kehadiran Mat Sabu yang terkenal dan dah didakwa mengfitnah ini sebenarnya langsung memalapkan peluang mendapat undi dari penduduk Balingian.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 18 March 2014

#PRKBALINGIAN: AWAS GADIS-GADIS BALINGIAN!

-MAT SABUN IS IN THE HOUSE! KEKEKE!!!-


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu a.k.a Mat Sabu dijadualkan akan beraksi di Kuala Balingian malam ini.

Apa agaknya yang akan diperkatakan dalam ceramahnya ye? Kalau tak menghentam kerajaan memang pasti berkaitan dengan Syiah ataupun skandal-skandal seks beliau.

Di bawah ini terdapat satu transkrip perbuakan seks Mat Sabu dengan Normah Abdul Halim pada tahun 1984 di Kota Bharu Kelantan.

Mat Sabu ketika itu adalah Ahli Parlimen PAS, Nilam Puri, Kelantan, manakala Normah Abdul Halim adalah isteri kepada sahabat baik Mat Sabu sendiri iaitu Bukhari Hj Noor.

Rakaman itu bermula dengan ceramah Mat Sabu di Km 3, Jalan Putera, Mergong pada 8 April 1995 yang menceritakan kes khalwatnya bersama Normah Abdul Halim yang dibicarakan di Mahkamah Syariah, Kota Bharu.

Kemudian disertakan dengan rakaman perbualan telefon Mat Sabu-Normah – Disember 1994

Mat Sabu (MS) : Sakitlah kepala. “Kepala bawah” tak… (mereka berdua ketawa).
Ok, malam ni jumpa.
Normah : Tak cuba.
MS : Tak..tak
Normah : Tipu
MS : Tak, sungguh.
Normah : Cakap betul-betul.
MS : Ok, Mah.
Normah : Cakap betul-betul.
MS : Betul.
Normah : Tipu. You cuba tak? Cuba ke tak cuba?
MS : Tak cuba pun sakit!
Normah : Hei, mana boleh dua hari tak telefon, mesti cuba.
MS : Cuba..
Normah : Iya?
MS : Okay Mah ya..
Normah : Okay
MS : Mah rindu ?
Normah : Tipu..tipu..tipu
MS : Nak peluk, nak cium.
Normah : Tipu..
MS : Nak peluk, nak cium, nak hisap semua. Ok, baik.
Normah : Eleh…
MS : Ok, baik. Assalamualaikum.
Normah : Tu tak sakit pun.
MS : Tak nak cium, nak hisap semuanya.
(Normah ketawa).
Baik, Mah.
Normah : Nanti dulu…
MS : Okay..
Normah : Nanti dulu. Malam ni confirm dia sampai kat sini?
MS : Ok, baik..baik.

Nak baca lagi? Klik sini  

Bagaimana nak percaya dengan pemimpin yang mengurat isteri orang lain. Perlu di ingatkan perbualan talipon di atas dibuat selepas Mat Sabun membuat ceramah politik, jadi berhati-hatilah selepas dia membuat ceramah di Balingian nanti. Kekeke!!! 

-UnReportedNews™®

Tuesday, 26 February 2013

TAK TAHU SIAPA YANG JADI PM PR, ALASAN AGAR ADA "ELEMEN MENGEJUT" DIBERI!

-BENGONG-BENGONG, KALAU TAK TAHU BUATLAH CARA TAK TAHU, KAN DAH TERNAMPAK DEMO BERBOHONG MAT SABU? POK NIK & KARPAL SINGH PUN BELUM CAPAI KATA SEPAKAT, MAT SABU, DZULKEFLY & AZMIN DAH TAHU SIAPA PM PR! ELEMEN MENGEJUT MACAMANA MAT SABU MAKSUDKAN? ADAKAH IANYA SEAKAN "KEJUTAN" KETIKA SESEUATU "SERBUAN MAKSIAT" DIBUAT? KEKEKE!!!-


Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) masih lagi mengambil pendirian "mengunci mulut" dalam isu siapa yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurut laporan mStar, sebaliknya, mereka menggesa orang ramai agar bersabar dan menanti "elemen kejutan" kerana pakatan itu telah memilih calon dan bakal mengumumkan calon perdana menteri mereka apabila tiba masa yang sesuai.


"Calon dah ada...tapi belum umum.

"Biasalah, ada pandangan tertentu dan ia tidak beri masalah besar...bila PR menang ke Putrajaya...orang popular akan menerima sokongan umum," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika ditanya pemberita selepas majlis pelancaran manifesto PR "Pakatan Harapan Rakyat" di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Isnin.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata PR akan mengumumkan calon itu bila tiba masanya, namun enggan mengulas lanjut sama ada calon berkenaan akan diumum sebelum atau selepas PRU-13.

"Kita akan maklumkan di mana dan siapa calonnya," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

"Itu adalah rahsia kami...tidak perlulah (dihebahkan), elemen kejutan, elemen keterujaan perlu ada," ujarnya lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali pula beranggapan PR mempunyai barisan kepimpinan yang kukuh dan ia merupakan sebahagian pakej yang membuktikan kewibawaan parti berkenaan untuk menawan Putrajaya.

"Kita ada pakej yang kukuh dan menjadi bukti Pakatan bersedia pergi ke Putrajaya...bukan soal siapa perdana menteri," katanya.

Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR menegaskan mereka tidak mahu dilihat sebagai sebuah parti yang angkuh dan sombong dalam perkara itu sebaliknya hanya menyuarakan keyakinan untuk menawan Putrajaya dengan rasa rendah diri serta mendukung harapan rakyat.

"Soal (pemilihan perdana menteri) itu tidak timbul kerana perbincangan sebelum ini membuktikan muafakat PR itu utuh.

"Kita akan umumkan pada masa sesuai dengan elemen kejutan yang sesuai," kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi.

Dalam ucapannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sekali lagi memberi jaminan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya PR berjaya membentuk kerajaan pada PRU-13.

-UnReportedNews™®

Saturday, 12 January 2013

STADIUM MERDEKA "ROBEK" DEK KEHADIRAN SEJUTA PERSERTA HIMPUNAN #KL112?

-SETIAP PESERTA HIMPUNAN #KL112 YANG BERDIRI DI PADANG BAIK YANG DUDUK DI TEMPAT PENONTON DALAM STADIUM MERDEKA TERPAKSA MEMIKUL PESERTA YANG LAIN DI BAHU MEREKA APABILA MENDENGAR CERAMAH DI HIMPUNAN #KL112 TADI? LAWAK LAH! KEKEKE!!!-
Gambar: Sahabat Gunung
Itulah gambaran di fikiran aku apabila membaca portal-portal atau blog-blog pembangkang yang menokoktambahkan  jumlah peserta pada Himpunan #KL112 di Stadium Merdeka siang tadi.
 
Maklumlah kami di blogger-blogger Sarawak, terutamanya ahli-ahli team Bloggers Anak Sarawak™® hanya mengharapkan rakan-rakan bloggers seperjuangan di Semenanjung untuk mendapatkan material Himpunan #KL112 tanpa dapat melihat dengan mata-kepala sendiri!
 
Yeler, ada yang melaporkan 100,000 orang hingga 500,000 orang yang hadir sementara target Mat Syabu adalah satu juta orang. Wow! Optimistiknya dier!
 
Secara logiknya, tempat penonton di Stadium Merdeka boleh memuatkan 35,000 orang campur kat padang alaaa..bagi lebih lah sikit semua 50,000 orang secara keseluruhannya, mana nak letak konon-kononya yang 50,000 orang yang lebih tu?
 
Atas bumbung stadium? Dalam tandas stadium? So, yang paling logiknya adalah mereka memikul sesama sendiri atas bahu masing-masing..sengal lah otot leher tu..takpe, Selangor banyak rumah urut, langgan jer, kan dah dapat RM100 duit ganjaran kehadiran tu kan? Kekeke!!!
 
Secara overall, "Himpunan Lembu-Lembu Sedunia #KL112" gagal mencapai target. Yang berjaya adalah abang-abang Polis yang gigih mengawal keadaan. Syabas PDRM!!!

ps: Ralat pada posting pertama yang mengata Stadium Negara, Mohon maaf

-UnReportedNews™®


GAMBAR-GAMBAR TERKINI HIMPUNAN #KL112 @16HRS

-JUMLAH PESERTA HIMPUNAN #KL112 ATAU NAMA GLAMOURNYA "HIMPUNAN HALALKAN ZINA DENGAN ISTERI ORANG" DI TOKOKTAMBAH OLEH PORTAL PEMBANGKANG? NAPER? TAK MENEPATI KPI KER? KEKEKE!!!-
Menurut laporan dari PDRM, kira-kira 30,000 peserta #KL112 #HKR112 sedang berada dalam stadium merdeka. manakala sekitar 5,000 peserta masih di luar stadium.
 

Walau bagaimana pun, laman berita Malaysiakini melaporkan seramai 100,000 telah membanjiri stadium. iaitu lebih tiga kali ganda dari jumlah yang dibenarkan oleh pihak Stadium, kerana stadium merdeka hanya mampu memuatkan seramai 30,000 orang dalam satu masa. Macam mana tu...?
 
Jangan-jangan Malaysiakini berbohong...?



Lagi dahsyat, Mat Sabu tetap optimis #KL112 #HKR112 

akan berjaya mengumpul peserta seramai 1 juta orang hingga jam 5 petang ini. Ehhh... nak letak mana 1 juta tu?

Jangan-jangan Mat Sabu saja nak syok sendiri..?
 





 
Sumber: MELANAU BLOGGER™
 
-UnReportedNews™®

HIMPUNAN HALALKAN ZINA BERSAMA ISTERI ORANG LAIN

-MAT SYABUN MENYOKONG HIMPUNAN HALAKAN ZINA BERSAMA ISTERI ORANG LAIN KERANA DIA SENDIRIKAN PERNAH "TERKANTOI" DULU .. GHAPO? LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI KER ATAU NAFSU BERAHI NAIK LAGI? KEKEKE!!!-


Tidak dapat nak dinafikan bahawa himpunan Shamshidar hari ini adalah himpunan ulang tayang yang pernah dilakukan oleh Si Mat Syabun tu dulu.
Sebelum ini, kita semua dah sedia maklum bahawa Si Mat Syabun tu pernah kantoi berkhalwat dengan isteri orang di sebuah bilik hotel mewah.
Namun, kes khalwat tu berjaya diketepikan hanya kerana masalah teknikal dimana saksi penguatkuasa yang bertugas tersilap memberikan maklumat.

Walaubagaimana pun, isu tersebut jelas mencemar nama baik Si Mat Syabun sehingga terpaksa dibekukan oleh PAS dari terus bersuara lantang buat seketika.

Tetapi, dalam masa yang sama, PAS menghalalkan Mat Syabun untuk mengadakan ceramah - ceramah bagi menjelaskan keadaan tersebut kepada penyokong - penyokong mereka.

Boleh dikatakan, dalam setiap ceramah yang dibuat oleh Mat Syabun, dia berulang - ulang kali menyatakan bahawa dia telah diperangkap oleh Si Ketua Penipu tu.

Macam - macam sumpah seranah yang dihamburkan kepada Si Ketua Penipu tu sehingga timbul kes liwat Si Ketua Penipu tu yang dibangkitkan oleh DAPigs.

Si Mat Syabun pun turut menggunakan peluang tu untuk terus memburuk - burukkan Si Ketua Penipu tu dengan gelaran 'Sheikh Al Juburi" dan 'Kaki Pungkoq'.

Tapi, sekarang semuanya dah berubah. Si Mat Syabun tu tak lagi berdendam dengan Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan. Dalam hati siapa yang tau, ye tak.

Sekarang, Si Mat Syabun tu merupakan antara pemimpin tegar yang mahu mempergunakan Si Ketua Penipu tu demi mencapai tujuan mereka untuk merampas Putrajaya.

Tinggal lagi, diorang buat bukan untuk rakyat. Sebaliknya, diorang sokong Si Kaki Pungkoq tu atas dasar kepentingan diri sendiri je.

Sebab itu sehingga ke hari ini, bila didesak agar DAPigs dan Si Mat Syabun tu buat pengakuan terhadap pendedahan yang dibuat dulu, diorang hanya menguncikan mulut.

Tidak dapat dinafikan bahawa kemungkinan isu itu akan dibangkitkan kelak bagi tujuan untuk menyingkirkan Si ketua Penipu tu dari menjadi Perdana Menteri.

Al maklum la. Kita bukan tak kenal dengan puak - puak Pakatan ni. Diorang ni memag kuat menipu. Bukan dengan rakyat je diorang menipu. Sesama diorang pun macam tu jugak.

Tapi, untuk sementara waktu ni, diorang sokong je la Si Ketua Penipu tu walaupun terpaksa menghalalkan penzinaan seperti yang pernah dilalui oleh Si Mat Syabun tu dulu.

Korang bayang la. Kalau Si Mat Syabun tu pernah terlibat dalam skandal berkhalwat dengan isteri orang pun boleh jadi Timbalan Presiden PAS, inikan pulak Si Ketua Penipu tu.

Jadi, buat apa nak heran sangat kalau diorang buat Himpunan tu untuk tujuan yang sama? Dah nama pun Pakatan Penipu Rakyat. Apa lagi yang diorang mampu buat!!!
Sumber: Semut Hitam
-UnReportedNews™®

Monday, 19 November 2012

SOALAN TUN M, HADI MASIH MEMBISU

-SEWAKTU TEMURAMAH, PAS BUAT-BUAT "BODOH" DAN CUBA SPIN SOALAN!!! KEKEKE!!!-
Tun Mahathir sebelum ini meminta Pas perjelaskan konsep keadilan sepertimana Hudud yang dibawa oleh Pas -

"Saya hendak tahu hudud yang dikenakan oleh orang Islam dan bukan Islam itu sebagai adil seperti yang dikehendaki oleh agama Islam.

"Terdapat 43 ayat dalam Al-Quran iaitu kalau mahu hukum, hukumlah dengan adil dan tidak adil itu bertentangan dengan ajaran Islam,"


"Hukum orang Islam potong tangan manakala bukan Islam dikenakan penjara dua bulan akibat kesalahan mencuri.

"Itu dilihat tidak adil dan bertentangan dengan agama Islam,"
Sinar 17/11

Saya tak percaya yang Hadi ni bodoh ... sebab jawapan yang diberikan beliau tampak keanak-anakan. Saya lebih percaya yang Hadi menganggap level pemikiran orang Pas ni begitu rendah untuk menerima jawapan yang lebih kemas dan lengkap.

Ada ker diberinya contoh minum arak ...... semua orang pun tahu yang bukan Islam tidak akan dihukum sebab minum arak. Itu perbuatan yang tak bersangkut paut dengan orang lain / jenayah.

Untuk menunjukkan Keadilan Hudud yang dibawa Pas, berilah contoh yang lebih relevan, seperti yang diberi oleh Tun Mahathir diatas - Perbuatan MENCURI yang sama dilakukan oleh seorang Islam dan seorang bukan Islam , Bagaimana Hudud Pas mahu menghukum kedua2 orang itu ?

Adakah pencuri beragama Islam dihukum mengikut Hudud dan pencuri kafir dihukum ikut undang2 lain ? Hukumannya pasti berbeza. ITU YANG DIMAKSUDKAN OLEH TUN MAHATHIR.

Saya harap Hadi atau mana2 pemimpin Pas dapat menjawap sebab saya percaya ramai yang tertanya2 bagaimana Hudud Pas mahu menangani masalah seperti contoh diatas.

Jenayah SAMA yang dilakukan oleh dua orang - seorang Islam dan seorang kafir, bagaimana Pas mahu menghukum ?
 
Nak tengok video macamana cara Presiden Pas menjawab, klik sini.

Sumber: Din Turtle

-UnReportedNews™®

Sunday, 24 June 2012

MAT SABU JADI BAHAN JENAKA DI SARAWAK!

-KOK YA PUN TERKENA BUASIR TAKKAN SIAP SAMPAI TAHAP ARAHKAN BINI ORANG HANTAR UBAT BUASIR MASUK KE DALAM BILIK HOTEL JAM 3 PAGI..APA UBAT BUASIR TU MACAM UBAT PANAU SALAP KER? MAIN SAPU-SAPU? SAPU KAT MANA? KAT ANU? KEKEKE!!-

Bekas exco PAS Pahang Taharuddin Yaakob menyifatkan alasan yang di beri oleh Timbalan Presiden PAS Mat Sabu sewaktu di tangkap basah sekumpulan pencegah maksiat dan polis bersama seorang wanita di dalam sebuah bilik hotel dalam keadaan mencurigakan amatlah tidak munasabah sekali.

“Takkan pasal nak hantar ubat buasir..anda semua tahu tak apa ubat buasir tu? Ubat tu untuk orang ada masaalah buang air besar…takkan pasal ubat buang air besar, perempuan tu kena masuk dalam bilik hotel nombor 121 Mat Sabu? Siap bukak tudung lagi tu,” kata Taharuddin yang pernah bersama PAS selama 18 tahun sebelum bertindak meninggalnya parti songsang itu secara sinis.

Kata-kata Taharuddin tersebut membuatkan mereka yang menghadiri Bengkel Jentera Pilihanraya DUN Pantai Damai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang telah diadakan di salah satu hotel terkemuka di Kuching petang semalam tergelak besar!

Taharuddin adalah salah seorang daripada penceramah dalam program satu hari tersebut yang telah dirasmikan oleh Timbalan Speaker Parlimen yang juga Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“MasyaAllah..ada juga orang macam ni ya..dah kena tangkap pun dapat mengelentongkan melepaskan diri tapi yalah..inilah politik PAS..apa-apa boleh jadi,” katanya lagi.

Artikel di bawah ini di petik dari medan-info-kita.blogspot.com

Pada tanggal 31 Januari 1995, sekitar jam 2.40 pagi, Mat Sabu “check in” di Hotel Perdana Kota Bharu, bilik bernombor 121. Selepas itu, pada jam 9.00 pagi, datang seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor bersama seorang lagi anggota polis meminta receptionist hotel menyerahkan senarai nama nama hotel guest yang telah “check in”.

Tindak tanduk pegawai polis tersebut dikira biasa seandainya mereka sudah mendapat sebarang maklumat [insider information] untuk bertindak terhadap seseorang! Tidak lama selepas itu, muncul seorang wanita dalam lingkungan usia 30an dipercayai Norma, bertudung dengan memakai seluar berwarna hitam dan blouse masuk ke bilik 121 tempat Mat Sabu menginap….

Menurut penjelasan Mat Sabu selepas dicekup, pada waktu berlakunya kejadian, beliau telah tertinggal ubat di rumah salah seorang sahabatnya. Maka inilah alasan yang digunakan untuk justifikasikan kenapa Norma perlu datang ke bilik 121 untuk menghantarkan ubatnya yang “tertinggal”. Tetapi persoalannya…, kenapakah Norma perlu pergi ke bilik 121 seorang diri..? Tidakkah lebih wajar sekiranya Norma tinggalkan sahaja ubat itu di kaunter Receptionist atau pun Norma menggunakan In House Hotel Telephone minta Mat Sabu turun untuk mengambil ubatnya itu..? Ketika serbuan dibuat oleh pihak polis, media, dan 7 orang pegawai Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan [JAHEIK], pintu bilik 121 diketuk tetapi hanya berjaya dibuka selepas 20 minit…!

Apabila pintu dibuka, Mat Sabu hanya memakai tuala mandi berwarna hijau, Norma tidak memakai tudung dan keadaan katil di dalam bilik itu agak berselerak….Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz menyatakan bahawa ini semua adalah perangkap yang dikenakan kepada Mat Sabu oleh seseorang yang sangat berpengaruh kerana sewaktu serbuan dibuat sudah ada krew TV3 dan Nik Aziz mempersoalkan bagaimana boleh krew TV3 itu turut sama dalam notis yang singkat..?

Mengikut rekod, apabila kes ini bawa ke Mahkamah Syariah Kota Bharu, ianya telah digugurkan atas sebab sebab teknikal…, kenyataan bercanggah oleh beberapa saksi JAHEIK mengenai nombor bilik hotel! Dalam benak kepada Mat Sabu ketika itu beliau rasakan orang yang bertanggungjawab untuk aksi beliau ditangkap berkhalwat adalah Anwar Ibrahim….

Itulah sebabnya pada tahun 1997, Mat Sabu adalah diantara pemimpin Pas yang paling awal pergi ke pejabat Ummi Hafilda setelah tersebarnya kisah “Surat Ummi kepada Tun Mahathir” melaporkan mengenai salah laku seks Anwar Ibrahim.Malah sewaktu Mat Sabu bersama pemimpin Pas yang lain bertemu di pejabat Ummi di Danau Kota, Azizan juga turut sama hadir. Menurut cerita Ummi, pada waktu itu, Azizan telah melafazkan Sumpah Laknat….

Mat Sabu yakin dan percaya tingkah laku sebenar Anwar dan beliau telah menggunakan pertemuan di pejabat Ummi sebagai modal untuknya berceramah, malah ketika itulah Mat Sabu adalah satu satunya pemimpin Pas yang menggelar Anwar sebagai ‘Al Sheikh Al Anwar Al Juburi…!! ” Keyakinan Mat Sabu terhadap salah laku seks Anwar turut dinyatakan olehnya sewaktu ditemuramah oleh Ahmad Lutfi Othman pada 14 Jun 1998 di pejabat Majalah TAMADDUN. [Lutfi adalah bekas Editor Majalah TAMADDUN, beliau sekarang adalah Editor-In-Chief HARAKAH].

Nah…, lihatlah sendiri! Betapa indahnya dunia dan sandiwara politik, bersungguh sungguh Mat Sabu ketika itu kunuuunnya mahu mencari kebenaran mengenai kelakuan sebenar Anwar… Malah boleh kita tafsirkan bahawa kesungguhan itu natijah daripada “dendam kesumat” Mat Sabu terhadap Anwar! Sudah pasti Mat Sabu tidak akan memaafkan Anwar kerana kehadiran krew TV3 sewaktu serbuan di Hotel Perdana Kota Bharu memang wajar untuk dikaitkan dengan penguasaan “kerja tangan ghaib” Anwar.

Pada zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sudah boleh dilihat penguasaan Anwar terhadap media tanahair khususnya TV3! Mat Sabu pernah menyuarakan kebimbangan terhadap penonjolan Anwar yang beliau sifatkan lebih merbahaya dari Tun Mahathir mengikut telahan perspektif seorang musuh politik…!

Malah, Mat Sabu pernah menyatakan beliau tidak yakin bahawa Anwar Ibrahim boleh menjadi Perdana Menteri yang baik..! Menurut Mat Sabu, beliau percaya Anwar adalah manusia jenis yang sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan peribadinya…Mat Sabu juga turut meramalkan, seandainya Anwar menjadi Perdana Menteri, mimbar Masjid Negara akan digunakan untuknya membaca khutbah agar seluruh negara akan mengatakan “Anwar adalah PM yang pertama membaca khutbah Jumaat….”


-UnReportedNews™®



Friday, 27 April 2012

MAT SABU JAJA ISU BASI DI SARAWAK, BOLEH BALIK LAH!

-RAKYAT SARAWAK DAH LAMA MENOLAK PAS & MUNGKIN MEREKA NAMPAK RAMAI TURUN KETIKA CERAMAH DI ADAKAN PEMBANGKANG NAMUN BUKAN UNTUK MENYOKONG TAPI HANYA "MENDENGAR PEMBOHONGAN" YANG INGIN PEMBANGKANG JAJAKAN-



PAS di ingatkan agar jangan mempergunakan "isu basi" kerana ianya hanya membuat orang Sarawak lebih "sakit hati" dan benci kepada mereka (PAS) sahaja.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg dengan sinis menasihati PAS agar berhenti "mendendangkan lagu yang lama dengan irama yang serupa" dalam usaha mengumpan undi simpati dari rakyat Sarawak sebab ianya tidak akan menjadi.

"Semua isu-isu yang di bangkit oleh PAS adalah perkara yang sama yang mereka gunakan pada pilihanraya DUN yang lepas dimana mereka telahn dikalahkan serta dimalukan dengan teruk sekali dan kini mereka datang sekali lagi seolah ingin dimalukan semula."

Johari yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Satok merujuk kepada lawatan/ceramah serta penubuhan markas PAS oleh Timbalan Presiden PAS oleh Mohamad Sabu atau nama glamornya "Mat Sabu" di Taman Matang Jaya di sini di hujung minggu yang lepas.

“Mereka menggunakan isu yang sama dan lama (orang Sarawak kata basik!) yang penuh dengan hasutan penipuan yang mereka telah gunakan pada kempen pilihanraya DUN yang nyata-nyata di tolak oleh rakyat Sarawak melalui keputusan pilihanraya itu sendiri," kata Johari.

Beliau di tanya secara esklusif oleh UnReportedNews™® samaada lawatan/ceramah serta penubuhan markas PAS tersebut akan menberi sebarang impak kepada peratusan kemenagngan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya yang akan datang ketika melawat tapak dan persediaan program JANJI DITEPATI petang semalam.

“Saya percaya ianya tidak akan memberi sebarang impak kerana rakyat Sarawak bijak membuat penilaian dan pilihan dan mereka dah lama menolak PAS ni dan saya rasa mereka memang kelihatan turun beramai-ramai ketika ceramah di adakan oleh pembangkang namun bukan untuk menyokong tapi hanya "mendengar pembohongan" yang ingin mereka jaja," kata Johari dengan sinis sekali.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List