Showing posts with label PBB Youth. Show all posts
Showing posts with label PBB Youth. Show all posts

Saturday, 15 August 2015

Hentikan Fitnah UMNO Akan Masuk Ke Sarawak


MIRI: Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusuf menegaskan beliau tidak pernah mempromosi UMNO untuk masuk ke Sarawak. (Baca sepenuhnya)

http://www.sarawakiana.net/2015/08/hentikan-fitnah-umno-akan-masuk-ke.html

"Hentikan fitnah siber kononnya saya mempromosi UMNO ke Sarawak. Saya dan Pemuda PBB tidak akan pernah berbuat demikian."

"Seperti ditegaskan pucuk kepimpinan Pusat dan Negeri, UMNO tidak akan masuk ke Sarawak," tegasnya lagi.

Fadillah, yang juga merupakan Menteri Kerja Raya berkata demikian dalam ucapannya selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Pemuda PBB di Miri semalam.

Sejak kebelakangan ini, terdapat poster palsu yang tersebar di media sosial yang kononnya Fadillah sedang dalam usaha membawa UMNO ke Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem (Presiden PBB) juga telah acap kali menafikan yang UMNO akan masuk ke Sarawak.

Fitnah tersebut dilihat sebagai usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memecahbelahkan PBB serta mengganggu gugat hubungan rapat PBB dan UMNO. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Wednesday, 9 July 2014

AHLI PARLIMEN KUCHING (DAP) JUGA ADA "PENYAKIT KRONIK"?

-SIKAP PENAFIAN CHONG CHIENG JEN SERTA MERASA DIRI LEBIH INFERIOR DARI ORANG LAIN & MUDAH MENYALAHKAN ORANG LAIN MERUPAKAN "SIMTOM-SIMTOM" BIASA YANG SERING "DIKESAN" PADA KEBANYAKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN DAP! KEKEKE!!!-


Kenyataan Media Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak 

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak berasa terkilan dan terguris di atas tuntutan YB Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak terhadap YAB Ketua Menteri Sarawak. 

Dengan permasalahan yang sedang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Pembangkang dari segi kepimpinan dan kekecohan pentadbiran, maka sepatutnya YB Chong merasa malu untuk mengajar Kerajaan Negeri Sarawak. 

Mungkin kronisme yang dimaksudkan beliau adalah dalam kepimpinan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng dalam DAP dan Anwar Ibrahim dan isteri serta anaknya Nurul Izzah dalam PKR dan kebebasan maklumat atau ‘Freedom of Information’ adalah penggantungan terhadap Utusan Malaysia di Pulau Pinang. 

Usaha YAB Ketua Menteri Sarawak membantu keluarga mendiang YB Wong Ho Leng tatkala kepimpinan DAP lepas tangan seperti dinyatakan oleh isteri mendiang menampakkan kegagalan DAP Sarawak menangani masalah kebajikan wakil rakyatnya sendiri. 

Pemuda PBB menganggap kenyataan YB Chong itu lebih bermotifkan untuk kepentingan politik murahan pembangkang dan berniat jahat, apa lagi disertai dakwaan tidak berasas bahawa pentadbiran negeri Sarawak mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah, tanpa sebarang bukti. 

Bahkan sebahagian dari cadangan YB Chong itu sudah pun menjadi dasar dan amalan kerajaan negeri dan memang menjadi amalan Kerajaan BN untuk sentiasa berbincang dalam memikirkan penambahbaikan dasar-dasar kerajaan demi kepentingan rakyat dari masa ke semasa. 

Polisi Kerajaan Barisan Nasional selama ini yang telah antara lain, berjaya merubah lanskap negeri kita dari segi ekonomi dan sosial dengan peningkatan pelaburan luar dan seterusnya menghasilkan banyak peluang pekerjaan dan menyediakan peluang-peluang perniagaan yang meluas. 

Jesteru itu Pemuda PBB dengan itu juga menyokong penuh tindakan YAB Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, untuk meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini yang disifatkan beliau sebagai amat baik dan bergerak ke hadapan, selain yakin Sarawak mampu mencapai status negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030 dengan sokongan padu Kerajaan Persekutuan. 

-Naib Ketua Pemuda Bell Bernard Aggan, Ketua Penerangan Fazzrudin Hj Abdul Rahman​ & Setiausaha​​​​​ Agung Leonard Jambu
8 Julai 2014.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 19 February 2014

PEMUDA PBB KECAM BANTAHAN TERHADAP TAIB JADI TYT SARAWAK

-KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN PEMUDA PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB)-

Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan laman sesawang change.org sebagai wadah untuk melemparkan fitnah dan memburuk-burukkan pucuk kepimpinan negeri Sarawak.

Tindakan laman sesawang berkenaan yang mengumpul petisyen untuk dihantar kepada Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong, bagi membantah cadangan perlantikan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak selepas melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari ini, bertentangan dengan kehendak dan hasrat suara majoriti rakyat Sarawak sendiri, yang mahukan perlantikan berkenaan, sebagai tanda penghormatan kepada Pehin Sri Haji Abdul Taib, yang banyak berjasa kepada negeri Sarawak.

Pemuda PBB menganggap tindakan pihak berkenaan yang menggunakan laman sesawang change.org  untuk membuat pelbagai andaian berbaur fitnah terhadap Pehin Sri Haji Abdul Taib, sebagai keterlaluan dan harus dikecam. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap pucuk kepimpinan negeri Sarawak yang juga Presiden PBB itu tidak berasas sama sekali dan lebih bermotifkan berkepentingan politik.

Pehin Sri Haji Abdul Taib mempunyai rekod cemerlang menerajui Sarawak selama 33 tahun, malah berjaya melonjakkan ekonomi Sarawak dengan menyaksikan sejumlah RM28 bilion pelaburan sudah diterima di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) setakat ini. SCORE juga diyakini akan meletakkan Sarawak sebagai negeri terkaya di Malaysia.

Justeru Pemuda PBB menganggap pihak berkepentingan yang cuba memburuk-burukkan pucuk kepimpinan negeri Sarawak, sebenarnya cemburu dengan kekuatan Barisan Nasional (BN) di Sarawak, kemakmuran yang dinikmati rakyat Sarawak dan keharmonian  kaum di Sarawak, sehingga sanggup melakukan apa sahaja cara bagi memburuk-burukkan kepimpinan cemerlang Ketua Menteri Sarawak dan bagi mencapai cita-cita politik mereka.

Pemuda PBB yakin rakyat Sarawak tidak mahu pihak luar yang menentukan siapa patut menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dan siapa patut menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Pemuda PBB menjunjung prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara, dan akur siapa sahaja yang bakal dilantik oleh Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong ke jawatan berkenaan. Lantikan jawatan itu adalah hak dan atas kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Pemuda PBB,
YB Datuk Hj Fadillah Hj Yusof
19 Februari 2014

-UnReportedNews™®

Thursday, 9 January 2014

PENDIRIAN PEMUDA PBB KE ATAS ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

-KERAJAAN NEGERI SARAWAK MEMBERI JAMINAN APA YANG TELAH BERLAKU DI SELANGOR BARU-BARU INI, TIDAK AKAN BERLAKU DI SARAWAK !-

Saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengambil maklum mengenai perkembangan agak membimbangkan yang berlaku sejak kebelakangan ini, yang boleh menjejas semangat toleransi kaum dan perpaduan di kalangan rakyat di negara ini, membabitkan isu penggunaan kalimah Allah.

Perlembagaan negara jelas meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Namun Artikel 11 (3) (A) Perlembagaan Persekutuan turut menjelaskan bahawa setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal kegamaan mereka sendiri. Pada masa sama Artikel 11 (4) Perlembagaan turut mengenakan larangan penyebaran agama lain kepada orang Islam.

Merujuk isu larangan penggunaan Kalimah Allah, seperti ditegaskan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak sebelum ini, larangan terhadap penganut agama Kristian di Semenanjung Malaysia itu tidak terpakai di Sarawak. Bagi rakyat Malaysia di Sarawak ia bukan isu kerana rakyat Sarawak telah hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama sejak berdekad lamanya, malah sebelum Malaysia terbentuk lagi.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman, yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama di Sarawak, juga sudah menegaskan bahawa kerajaan tidak akan mengikuti tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti dilaporkan berlaku di negeri itu baru-baru ini berikutan Alkitab dalam Bahasa Indonesia sudah diguna pakai di Sarawak sejak 1847 lagi.

Hal ehwal agama adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan ia tertakluk kepada enakmen negeri masing-masing. Apa yang berlaku di Selangor baru-baru ini adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu sendiri.

Di Sarawak, tidak timbul isu berkenaan kerana perpaduan dan keharmonian kaum yang kukuh telah terjalin sejak sekian lama di kalangan penduduk berbilang kaum dan agama. Malah semangat toleransi kaum, permuafakatan dan hubungan baik antara kaum di Sarawak menjadi contoh bukan sahaja di negara ini, malah dikagumi pemimpin dan rakyat dari seluruh dunia yang pernah berkunjung ke Sarawak.

Keharmonian kaum di Sarawak juga menjadi nadi dan teras utama kepada pembangunan rancak yang berlaku di seluruh pelosok negeri Sarawak dan kejayaan Dasar Politik Pembangunan yang diasaskan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, sejak dulu lagi.

Sehubungan itu, saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda PBB menyeru penganut agama Kristian di Sarawak supaya tidak terpengaruh dengan dakyah dan hasutan pihak tidak bertanggungjawab berhubung isu berkenaan khususnya dalam konteks negeri Sarawak. Ini kerana Kerajaan Negeri Sarawak sudah memberi jaminan bahawa apa yang berlaku di Selangor itu, tidak akan berlaku di Sarawak.

Jangan sama sekali membiarkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian kaum yang kita nikmati selama ini demi memastikan anak cucu kita akan dapat terus mewarisi keharmonian kaum, keamanan dan kesinambungan pembangunan yang berlaku di Sarawak sampai bila-bila.

Ketua Pemuda PBB
Datuk Haji Fadillah Haji Yusuf

-UnReportedNews™®

Friday, 18 October 2013

GAMBAR: PEMILIHAN NAIB KETUA PEMUDA PBB & MKT PBB

-TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH BUAT PEMENANG SEMENTARA BUAT YANG TERKECUNDANG, RAPAT-RAPATKANLAH SAF UNTUK MEMANTAPKAN LAGI BARISAN PIMPINAN SAYAP PEMUDA PBB!-



Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lambir dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat telah diumumkan sebagai pemenang merebut jawatan Naib Ketua Pemuda PBB (kuota sayap Bumiputera) selepas menang besar mengalahkan tiga orang calon lain yang bertanding sebentar tadi.

Mengumumkan perkembangan ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Perwakilan PBB Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar berkata Ripin telah menang dengan kutipan sebanyak  170 undi mengalahkan pencabarnya; Helmi Morsli , Aziz Adenan dan Haider Helli.

Dua Jawatan Naib Ketua PBB Youth (kuota sayap Pesaka); Bell Bernard Aggan dan Stanley Sila yang menang tanpa bertanding telah diumumkan lebih awal beberapa hari yang lalu.

Lapan tempat untuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) kuota sayap Bumiputera Pemuda PBB adalah; Iskandar Sharkawi (200 undi), Sufian Mohat (198), Yusuf Buji (192), Merdehi mas (188), Abadul Ghani Haji Sulhi (184), Mohamed Ibrahim Husli (182), Raymund Joseph (178) dan Othman Mat (170).

Sementara itu, barisan baru untuk lima tempat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) kuota sayap Pesaka Pemuda PBB adalah Alvin Runggah Jimbun (221 undi), Allan Siden Gramong (219), Stephen Augustine Lateng (204), Imong Gani (194) dan Warren Sambau (189).




-UnReportedNews™®

Saturday, 12 October 2013

FADILLAH, EMPIANG TERUS TERAJUI PEMUDA & WANITA PBB

-MENTERI KERJA RAYA & JUGA AHLI PARLIMEN PETRA JAYA DATUK HAJI FADILLAH YUSUF & DATUK SRI EMPIANG JABU MENANG BERTANDING PADA JAWATAN PEMUDA & WANITA PBB! SYABAS & TAHNIAH PBB!-

Ketua Pergerakan Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kekal disandang masing-masing Datuk Fadillah Yusof dan Dato Sri Empiang Jabu, memandangkan tidak ada pertandingan kedua-dua jawatan bagi Konvensyen PBB-13 ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Konvensyen Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata pencalonan bagi kesemua Majlis Tertinggi kedua-dua pergerakan yang ditutup jam 5 petang semalam menyaksikan calon bagi ketua Pemuda dan Wanita masing-masing seorang.

“Bagi jawatan Ketua Pemuda kita menerima seorang calon iaitu Datuk Fadillah Yusof maka dengan itu saya mengumumkan beliau kekal menerajui Pemuda PBB.

“Begitu juga bagi Ketua Wanita PBB, kita menerima seorang sahaja calon yang sekali gus menyaksikan tidak ada pertandingan bagi jawatan ini, iaitu Dato Sri Empiang Jabu kekal menyandang jawatan Ketua Wanita PBB,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PBB di sini, semalam.

Sementara bagi Timbalan Ketua Pemuda yang dahulunya disandang Daniel Jubang Kanyan kini disandang Gerald Rentap Jabu selepas beliau menang tanpa bertanding, kata Asfia.

Manakala bagi tiga Naib Ketua Pemuda yang terdiri daripada dua kuota sayap Pesaka dan satu sayap Bumiputera akan menyaksikan lapan calon akan bertanding.

Bagi kuota Bumiputera, empat calon akan bertanding iaitu Ripin Lamat, Hilmi Morsili, Abdul Aziz Adenan dan Haidel Heli sementara bagi dua kuota sayap Pesaka diagihkan kepada satu untuk Iban dan satu untuk Orang Ulu/Bidayuh.

Bagaimanapun tidak ada pertandingan bagi Pesaka Iban selepas Bell Bernard Aggan menang tanpa bertanding sementara kuota bagi Bidayuh/Orang Ulu tiga calon bertanding iaitu Dennis Ngau, Stanley Sila dan Henry Kilau Talek.

“Bagi Majlis Tertinggi Pemuda pula, terdapat 15 jawatan iaitu lapan bagi kuota sayap Bumiputera dan tujuh jawatan bagi sayap Pesaka, kita akan menyaksikan 39 calon bertanding.

“Bagi lapan jawatan sayap Bumiputera terdapat 20 calon bertanding sementara 19 calon bertanding untuk sayap Pesaka,” kata Asfia.

Bagi Pergerakan Wanita, kebanyakan jawatan tertinggi tidak ada cabaran sekali gus menyaksikan tidak ada pertandingan termasuk Timbalan Ketua Wanita yang kekal disandang Datuk Fatimah Abdullah.

Ia termasuk juga tiga Naib Ketua Wanita yang turut tidak ada pertandingan dan mereka terdiri daripada Datuk Rohani Abdul Karim dan Senator Datuk Dayang Madinah Tun Abang Openg (sayap Bumiputera) serta Datin Catherine Gramong (sayap Pesaka).

“Untuk Majlis Tertinggi wanita pula juga sama terdapat 15 jawatan iaitu lapan dan tujuh untuk Pesaka dan untuk Bumiputera yang semuanya menang tanpa bertanding.

“Bagaimanapun bagi Pesaka, hanya menyaksikan Pesaka Iban yang mempunyai tiga kuota ada pertandingan iaitu empat calon bertanding Lindalyn Kawi, Elizabeth Nail Wen, Natasha Nasa Douglas Uggah dan Phyilis Empina Tanggai,” katanya sambil memberitahu sementara kuota bagi dua untuk Bidayuh dan dua untuk Orang Ulu tidak ada pertandingan.

Mengulas lanjut Asfia berkata, hari pembuangan undi bagi kesemua jawatan yang dipertandingkan untuk kedua-dua Pergerakan Pemuda dan Wanita akan diadakan pada 13 Oktober (Ahad ini) di Ibu Pejabat PBB pada jam 11 pagi.

“Manakala keputusan atau pemilihan bagi kesemua jawatan ini akan diadakan pada 18 Oktober ini iaitu semasa konvensyen,” katanya. (sumber

PS: Namun admin UnReportedNews™® sedikit keciwa kerana barisan Wanita PBB tiada perubahan apa-apa..emmmm

-UnReportedNews™®

Sunday, 25 August 2013

DEEJAY "CAP AYAM" DIARAH MOHON MAAF

-GARA-GARA "OVER-MELAWAK" MENGATAKAN SARAWAK MENJUARAI LIGA PERDANA DENGAN REKOD TANPA KALAH PADA MUSIM LEPAS KERANA SEMUA PASUKAN YANG BERMAIN DALAM LIGA TERSEBUT ADALAH PASUKAN "CAP AYAM" & TIDAK BERKUALITI SEWAKTU BERSIARAN DI UDARA, DEEJAY ERA FM DIARAH MOHON MAAF DARI PASUKAN BOLASEPAK SARAWAK! PADAN MUKA! KEKEKE!!!-

Deejay Era FM iaitu Johan, Ray & Hanif akan memohon maaf kepada juara Liga
Perdana Sarawak berhubung komen ‘cap ayam’ dalam rancangan Johara Pagi Era
minggu depan
Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio), Dr Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.

“Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri, Sabtu.

Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.

“Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham,” katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010.

Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah ‘cap ayam’ atau tidak berkualiti.

Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka berkunjung ke Sarawak.

Pemantauan Bernama mendapati kebanyakan blog memulakan kempen bagi memboikot Era FM sebagai tanda protes jika deejay berkenaan enggan memohon maaf ketika mereka ke udara.

Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Pandi Suhaili berkata, deejay berkenaan adalah personaliti yang dikenali ramai dan mereka sepatutnya mengetahui etika ketika bersiaran di radio.

“Pemuda PBB mendesak satu permohonan maaf dibuat secara terbuka, jika mereka bergurau, maka mereka sudah melampaui batasan, perlu ada had, mereka harus memahami sensitiviti komuniti tempatan,” katanya kepada Bernama.

Dalam perkembangan lain, Jake berkata, peluasan itu sebahagian rancangan jangka panjang Astro Radio bagi memperkukuh kedudukannya dalam industri penyiaran di negara ini.

“Visi kami ialah memiliki operasi sendiri yang bebas di Sabah dan Sarawak, mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan dalam tempoh 24 hingga 36 bulan akan datang,” katanya.

Beliau berkata pada masa ini, sesetengah program yang bersiaran adalah dari Semenanjung, dan selepas beroperasi sepenuhnya di sini, pendengar di Sarawak serta Sabah boleh menikmati kandungan tempatan 24 jam sehari.

Ketika ini, dianggar lebih 500,000 pendengar Era FM, hitz fm serta My FM di Sarawak dan Sabah. -Bernama

PS: Bukan saja deejay-deejay tersebut seharusnya diarah untuk memohon maaf dari Juara Liga Perdana-Sarawak tapi mereka sepatutnya juga disaran agar memohon maaf dari setiap pasukan-pasukan yang bermain di Liga Perdana pada musim lepas. 

-UnReportedNews™®

Sunday, 5 May 2013

PRU-13 SARAWAK: GAMBAR-GAMBAR CALON BN PARLIMEN PETRA JAYA DATUK HAJI FADILLAH YUSUF MENBUANG UNDI

-PENYANDANG & CALON BN PARLIMEN PETRA JAYA DATUK HAJI FADILLAH YUSUF SERTA ISTERINYA DATIN HAJAH RUZIAH MOHD TAHIR YANG TIBA DI TEMPAT PEMBUANGAN UNDI MEREKA DI SK RAKYAT JALAN HAJI BOLHASSAN TEPAT JAM 9:28AM MENYATAKAN KEYAKINANNYA YANG BN AKAN BERJAYA MEMPERTAHANKAN KERUSI PARLIMEN PETRA JAYA-








-UnReportedNews™®

Saturday, 4 May 2013

PRU-13 SARAWAK: PEMBANGKANG DI SARAWAK SEMAKIN TERDESAK, SEBAR SURAT & SMS TAWARAN LAPTOP 1M PALSU!

-MUNGKIN TERLAMPAU TERDESAK ATAU KURANG DIBERI DIDIKAN ORANG TUA ATAUPUN DAH DITAKDIR MEMPUNYAI TAHAP KECERGASAN OTAK MANUSIA YANG PALING MINIMA A.K.A "DUNGGU", DALANG DISEBALIK PENYEBARAN SURAT TAWARAN LAPTOP 1M MENGARAH SEMUA PENERIMA BERKENAAN BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN DI PUSAT KHIDMAT PARLIMEN PETRA JAYA YANG JUGA PEJABAT PENYANDANG & JUGA CALON BN PRU-13 DATUK HAJI FADILLAH YUSUF!- 

Fadillah menunjukkan salinan laporan polis semalam 
Kebarangkalian penyangak disebalik kegiatan penyebaran surat & SMS palsu kepada ramai warga-warga Petra Jaya yang kononnya BN telah menawarkan netbook 1M kepada orang ramai dan meminta mereka menuntutnya di Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya sejak beberapa hari lepas tergelak-melalak setelah berjaya menipu orangramai dan menyusahkan penyandang dan juga calon BN PRU-13 Datuk Haji Fadillah Yusuf memanglah agak tinggi, tapi selepas membaca posting ini, kemungkinan beliau sesal mengigit jari kerana tidak terfikirkan akan impiklasi-impliklasi yang begitu serius daripada idea "bijak" tersebut sebenarnya akan me"makan tuan"nya pada  PRU-13 kelak!

Terlebih dahulu, ingin dimaklumkan kepada orangramai secara umum, khususnya penduduk-penduduk Petra Jaya iaitu Datuk Haji Fadillah serta kakitangan Pusat Khidmat Petra Jaya tidak pernah menghantar sebarang bentuk SMS mahupun surat tawaran netbook 1M kepada orang ramai dan meminta mereka menuntutnya di Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya. Segala kesukaran yang timbul amatlah dikesalikan.

Penggunaan taktik yang sekotor ini yang begitu jelas berniat untuk menyemarakkan rasa kecewa dan marah kepada Fadillah Yusuf, yang juga merupakan Ketua Pemuda PBB dan  Pemuda BN Negeri apabila gagal mendapatkan netbook ke pejabatnya seperti yang ditawarkan melalui surat dan SMS tersebut serta dalang utama disebalik angkara keji berkenaan semestinyalah "individu" yang berkepentingan dalam PRU-13...hmmm..siapa ya?

Satu laporan polis berkaitan penyebaran surat dan SMS palsu tersebut yang dipercayai "bermotifkan politik" dibuat oleh Fadillah sendiri di Balai Polis Gita, Petra Jaya pada petang semalam dan difahamkan pihak polis telah membuka kertaskerja dan mula menjalankan siasatan mereka.

Berbalik kita kepada si "penyangak" tadi; dia (penyangak tersebut) sepatutnya mengambilkira cara dan tahap mentaliti masyarakat terkini, khususnya mereka yang dari Petra Jaya terlebih dahulu namun sebaliknya, tindakan si penyangak berkenaan bagaikan begitu memandang rendah (under-estimated) atas kebijaksanaan mereka-mereka yang telah menerima SMS atau palsu yang dikirimnya.

Mungkin penyebar SMS dan surat palsu tersebut membuat andaian yang warga-warga Petra Jaya masih hidup dizaman "barbaric" yang tak bertemadun, tidak mampu untuk berfikir secara logik kerana segala tindakannya umpama mengharapkan "mangsa-mangsa" penipuannya akan merasa marah kepada Fadillah apabila mengetahui sebenarnnya tiada tawaran laptop dan ianya akan memberi kesan kepada Fadillah dala PRU-13 nanti.

Alhamdullillah, Tuhan Maha Kaya,  segala apa yang diharapkan dari fitnah jahat tersebut tidak berlaku sebaliknya, rata-rata dari mereka yang datang ke Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya semalam dapat menerima penjelasan yang diberi oleh kakitangan pejabat dan tidak kurang juga yang tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya malahan ada juga menyebut nama dalang tersebut secara spontan!

"Ya, sekarang saya sudah paham apa semua ini. Celaka anak ***i ya, sampai tahap ni permainan politik kotor engkau ya *****!!," luah dibibir salah seorang daripada mangsa "penipuan" tersebut, seorang lelaki yang berusia dalan anggaran 50-an yang kemudiannya tersenyum sendirian sebelum menambah, "Tolong sampaikan salam ikhlas saya kepada Datuk Fadillah serta maklumkan juga, beliau akan mendapat tiga undi tambahan daripada saya sekeluarga pada PRU-13 nanti."

Tidak kurang juga mereka yang telah terpedaya oleh penipuan berkenaan secara terbuka menganggap "saspek utama dalang" disebalik angkara ini hanya ibarat "samseng-samseng politik" yang membawa taktik-taktik politik yang begitu kotor pembangkang Semenanjung yang lazimnya tidak pernah dipratik oleh ahli politikus negeri ini, lebih-lebih lagi mereka yang bernaung dibawah BN.

Bukan menuduh, bukan apa tapi, jika diambilkira akan jumlah calon-calon yang akan bertanding untuk merebutkan kerusi Parlimen Petra Jaya dalam PRU-13 kali ini hanya DUA orang; iaitu Fadillah dan Ketua AMK Sarawak Saudara Ahmad Nazib Johari. Ianya lebih menjurus ke arah SATU PIHAK (yang aku sengaja tak nak sebut disini) yang ada kepentingan dalam pekara ini namun satu perkara yang aku begitu pasti dalam perkara ini adalah angkara ini bukannya dari PBB, SUPP, SPDP, PRS ataupun UMNO, Gerakan, MIC, MCA dan PPP! Bersiap-sedialah untuk kehilangan wang cengkeram anda!!! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®


Sunday, 21 April 2013

PRU-13 SARAWAK: CALON PKR PETRA JAYA NAZIB DAH MULA "JUAL UBAT" DI SATOK!

-BAGAIKAN SEKUMPULAN "PENGHIBUR", NAZIB & RAKAN-RAKANNYA MULA MEMBUAT "PERSEMBAHAN" MEREKA, MENGHIBURKAN WARGA-WARGA BANDARAYA KUCHING DI SINI PADA MALAM MINGGU LEPAS DIMANA SEORANG DEMI SEORANG DARI KUMPULAN TERSEBUT NAIK KE PENTAS PERSIS "BADUT" & MEMBANGKIT "ISU-ISU" YANG KONONNYA DIDAKWA MEREKA ADALAH "KESALAHAN KERAJAAN BN" & JIKA MEMILIH PAKATAN, "MASALAH-MASALAH" AKAN HILANG SERTAMERTA! JENAKALAH! KEKEKE!!!-

Aduh! Baru kempen PRU-13 "round pertama" lagi, calon PKR iaitu Ketua AMK Sarawak Ahmad Nazib Johari dan rakan-rakannya yang telah membuat "persembahan" mereka bertempat disebuah tempat makan berdekatan dengan Satok di sini telah meng"kantoi"kan diri mereka sendiri dengan pemilihan "isu-isu" yang dianggap amat tidak relevan dan langsung "tk boleh dipakai" pada malam Sabtu lepas.

Cubalah pembaca-pembaca bayangkan, Nazib, seorang peguam yang berpengkalan di Kuala Lumpur sanggup menyeru rakyat Sarawak, khususnya pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Petra Jaya supaya menipu diri mereka sendiri sewaktu mengundi nanti? 

"Jangan ditipu lagi oleh BN dan ubahlah cara minda rakyat berfikir agar keadaan berubah," kata Nazib sambil menyeru kepada semua penduduk yang menghadiri ceramah tersebut yang dianggar berjumlah seramai beberapa ratus orang saja agar mengundi beliau sebagai wakil mereka Parlimen selepas PRU-13 nanti.

Mungkin kerana sudah terlalu lama "bertapa" bertahun-tahun di Kuala Lumpur telah membuat Nazib sanggup membuat saranan agar semua pakcik-pakcik, makcik-makcik, abang-abang, kakak-kakak serta adik-adik yang semuanya seNEGERI dengannya untuk membutakan mata, memekakkan telinga serta menipu naluri hati ketika membuang undi pada hari pengundi pada 5hb Mei yang akan datang nanti!

Pertembungan dua ketua pemuda -(kanan) Nazib dan Datuk Haji Fadillah
Nazib, dengan secara tidak langsung sebenarnya telah meminta agar pengundi-pengundi supaya tidak mengendahkan segala pembangunan, kemudahan, bantuan atau apa-apa saja program-program yang telah atau sedang di bawa oleh kerajaan BN Sarawak selama ini tapi hakikatnya, ianya pasti tidak akan berlaku kerana kematangan dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh pengundi-pengundi Sarawak yang dapat membezakan yang mana kebenaran ataupun bida'ah tambahan adat budaya kaum-kaum di Sarawak yang sentiasa berpegang kepada amalan, "Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa", masakan ada Nenek atau Atuk yang begitu hipokrit atau "munafiq" sanggup membohongi dirinya sendiri yang kerajaan BN selama ini tidak ada membawa pembangunan atau perubahan di Sarawak!

Penulis sebenarnya agak tidak memahami dakwaan Nazib terutamanya mengenai saranan kepada pengundi-pengundinya agar berhati-hati akan "penipuan BN" terutamanya pada hari membuang mengundi nanti kerana ianya memang mustahil buat petugas-petugas BN mahupun PM Najib atau CM Taib sekalipun untuk menghampiri kotak pengundi dan membisik ke telinga pengundi agar memangkah logo BN di kertas undi mereka!

Walaupun begitu, penulis harus memberi kredit kepada Nazib akan satu kebenaran yang beliau bangkit dalam intipati ceramahnya pada malam itu iaitu "keinginannya" yang diibaratkan "begitu berkobar-kobar" menjadi atau merasa status seorang Ahli Parlimen atau "YB" baik pada peringkat DUN dan Parlimen. 

Nurhanim nyata keciwa bila Nazib yang terpilih ditenangkan Timbalannya, Voon Shiak Ni
"Kesungguhan" dan nawaitu Nazib untuk menjadi seorang YB patut juga dipuji kerana beliau tidak berputus asa walaupun tewas setelah bertanding DUN Satok pada GE12 dalam tahun 2010 di tangan Menteri Perlancungan dan Perumahan Sarawak kini iaitu Datuk Amar Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg ditunjukkan dengan penolakkan pencalonan Ketua Wanita PKR Sarawak Norhanim Mokhsen yang pada awal-awal lagi diwar-warkan akan bertanding di Parlimen Petra Jaya setelah namanya dihantar ke PKR Pusat dengan sokongan Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Zuraida Kamaruddin namun mungkin "nasib" menyebelahi Nazib akhirnya terpilih menjadi calon PKR di Petra Jaya. mmm..

Nazib akan menentang penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya iaitu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovatif Datuk Haji Fadillah Yusuf yang juga merupakan Ketua Pemuda PBB dan Pemuda BN Negeri yang pada PRU-12 dalam tahun 2008 setelah mengalahkan calon PKR Mohamad Jolhi dengan majoriti besar sebanyak 14,397 undi.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 2 April 2013

MANA-MANA PEMBANGKANG YANG BERKENAN SANGAT, SILA DATANG

-BEGITULAH RESPON SPONTAN AHLI PARLIMEN PETRA JAYA  DATUK HAJ FADILLAH YUSUF APABILA DITANYA MENGAPA PAKATAN RAKYAT (PR) SARAWAK BELUM MENDAPAT KATA SEPAKAT MEMILIH SIAPA YANG AKAN MENJADI CALON MENENTANGNYA DALAM PILIHANRAYA UMUM (PRU) KE 13 NANTI SEDANGKAN CALON-CALON PR DI KEBANYAKAN KAWASAN PARLIMEN LAIN SUDAH DIKENAL PASTI! MUNGKIN PR SARAWAK TAKDE CALON YANG BERKALIBER KOT? KEKEKE!!!-

Barisan Nasional (BN) Sarawak begitu optimistik dapat mempertahankan kerusi Parlimen Petra Jaya dalam PRU ke 13 nanti berdasarkan dengan rekod prestasi BN mengimplimentasikan pelbagai bentuk pembangunan, kemudahan dan kemajuan samaada yang sedang dalam pembinaan mahupun yang projek-projek yang sudah disiapkan dan initiatif kerajaan yang setiap masa bagaikan tiada henti menyalurkan bantuan, khususnya buat penduduk-penduduk di kawasan Petra Jaya ini, selepas saja PRU ke 12 (tahun 2008) yang lalu.

Bukan riak ataupun bercakap sombong tapi ini adalah realiti yang amat jelas berdasarkan fakta-fakta yang sedia ada yang sememangnya tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak, jelas Ahli Parlimen Petra Jaya yang juga merangkap jawatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovatif (MOSTI) ambil menambah, Alhamdullillah, kerajaan begitu prihatin mengambil langkah untuk membangun dan membela masyarakat di kawasan Parlimen Petra Jaya.

"InsyaAllah, berdasarkan maklum balas yang kami perolehi, InsyaAllah, kali ini (pada PRU ke 13 nanti), pembangkang tidak ada langsung sebarang ruang untuk membangkitkan sebarang isu, lebih-lebih berkaitan dari aspek pembangunan, kemudahan, sosio-ekonomi mahupun kebajikan penduduk di Petra Jaya yang boleh dianggap memberi implikasi negatif kepada BN," tambahnya lagi.

"Saya percaya, masyarakat Sarawak telah sekian lama mencapai kematangan dalam politik terutamanya, sewaktu membuat penilaian (menerusi PRU) untuk memilih entiti yang akan menerajui negeri dan ini jelas digambarkan semenjak lima dekad yang lalu, pilihan mereka (BN) adalah yang terbaik dan paling tepat kerana pembangunan yang dibawa begitu ketara jika dibandingkan dari satu penggal (Parlimen) ke satu penggal yang lain."

"Saya betul-betul tak tahu dan secara jujur saya katakan, saya juga tak ingin ambil tahu mengapa PR Sarawak belum menamakan dalam PRU ke 13 nanti kerana ianya hanya membuang masa saya saja lagipun adalah lebih baik untuk saya mengfokuskan sepenuh perhatian saja kepada segala pemasalahan rakyat dari dari bermain teka-teki ini" ujar Fadilah, yang juga Pengerusi Pemuda BN Sarawak dan juga Pengerusi Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sambil tersenyum.

Mungkin juga mereka (pembangkang) belum mencapai kata sepakat untuk menentukan siapa dan dari parti mana calon mereka tapi itulah hakikatnya, istilah sepakat tersebut buat mereka(pembangkang) hanya ada pada nama (Pakatan Rakyat) untuk parti-parti mereka untuk main "akat-pakat" tapi realitinya tindakan dan reaksi mereka yang jelas berlainan dan tak seragam terhadap sesuatu isu menggambarkan yang mereka ini sebenarnya tak pernah berpakat, kata Fadillah dengan sinis.

"Tak apalah, sesiapa yang mereka (pembangkang) akan mereka pertaruhkan sebagai calon mahupun dari parti (pembangkang) mana dia datang, baik calon dari PKR, PAS mahupun DAP sekali di kawasan Parlimen Petra Jaya pada PRU ke 13 kelak tidak menjadi langsung isu kerana berkeyakinan dengan kesungguhan dan keperihatinan BN Sarawak yang membawa banyak perubahan dan pembangunan dalam pelbagai bentuk, baik dari segi kemudahan infrastuktur, kemudahan asas mahupun riadah dan lain-lain lagi."

Fadillah yang dijangka akan mempertahankan kerusi Parlimennya pada PRU ke 13 yang akan datang dalam masa yang terdekat ini sewaktu PRU ke 12 pada tahun 2008 dulu adalah diantara calon yang telah "menang besar" dengan majoriti yang begitu jauh dimana dalam perrtandingan satu lawan satu pada PRU tersebut, Fadillah memperolehi sebanyak 19,515 undi manakala pencabarnya Mohamad Jolhi (PKR) hanya mampu mendapat 5,118 undian.

Menurut maklumat dari sumber dalaman PKR, calon yang diuar-uakan untuk menentang Fadillah adalah Ketua Wanita PKR Sarawak Norhanim Mokhsen namun mendapat bantahan dari kedua parti rakannya atas sebab yang tidak dinyatakan dan ini sedikit sebanyak menjelaskan mengapa nama bakal pencabar Fadillah (Petra Jaya) mahupun nama pencabar yang akan bertanding dengan jirannya iaitu Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr Haji Wan JunaidiTuanku Jaafar yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat tiada dalam senarai calon-calon pembangkang pada PRU ke 13 (dibawah) yang UnReportedNews™® perolehi dapat dari satu sumber.

-SENARAI CALON KEADILAN-PKR SARAWAK-
(dikemas kini setakat 31 Mac 2013)*

1. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
2. Saratok - Ali Biju
3. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
4. Baram - Roland Engan
5. Limbang - Baru Bian
6. Petra Jaya - ?
7. Santubong - ?



-UnReportedNews™®

Sunday, 20 January 2013

BN SARAWAK SEBENARNYA LEKA?

-BERI PELUANG BARISAN MUDA KOMPONEN BN MENGENDALI PROGRAM MENDEKATI RAKYAT KERANA TAKTIK BERCERAMAH MENERUSI PROGRAM-PROGRAM RASMI ADUN & MP KERAJAAN TIDAK AKAN MEMBERI IMPAK YANG BESAR!-
 
Dengan momentum siri-siri ceramah politik yang di adakan oleh pihak Pakatan Rakyat di Sarawak sejak akhir-akhir ini, nyata mereka menunjuk keinginan yang bersungguh-sungguh untuk "menawan" Bumi Kenyalang ini dalam PRU-13 nanti.
 
Jika diperhatikan, Pakatan Rakyat telah begitu teliti dalam perancangan mereka dengan mengintensifkan percubaan mereka untuk menghasut rakyat menerusi program-program mereka. Ini belum lagi kita ambil kira "hasutan" menerusi rancangan Radio Free Sarawak dan Radio Kenyalang.
 
Hasutan serta fitnah yang menghentam kerajaan yang diselitkan dalam ceramah-ceramah tersebut sepatutnya tidak boleh di anggap remeh oleh BN Sarawak, kerana walaupun ianya satu pembohongan jika sering diulangi, lambat laun rakyat mungkin terpengaruh menganggap ianya adalah kebenaran dan beralih sokongan kepada pembangkang.
 
Persoalannya kini, apakah tindakbalas BN Sarawak untuk menangangi "serangan-serangan" Pakatan Rakyat ini? BN Sarawak perlu sedar bahawa mereka tidak dapat lagi menggunakan atau bergantung penuh dengan taktik lama kerajaan selama ini iaitu berceramah melalui program-program rasmi ADUN atau MP kerajaan ataupun hanya menunggu saat-saat "tempoh berkempen PRU-13" nanti kerana ianya tidak akan memberi impak yang besar dan bagaikan "bersenjatakan keris melawan musuh bersenjatakan M16"!
 
BN Sarawak seharusnya pro-aktif dan kreatif merancang program-program bertujuan mendekati rakyat, lebih-lebih lagi negara menghampiri ambang PRU 13 ini. Sebagai contoh mudah, mengapa tidak memberi peluang untuk sayap-sayap Pemuda komponen BN Sarawak bekerjasama dengan NGO-NGO untuk mengendali program membekalkan cerminmata secara percuma kepada pelajar atau rakyat di kawasan masing-masing?
 
Dalam program tersebut, selitkan juga sesi mini konsert, perlawanan futsal atau mana-mana aktiviti sukan untuk menarik minat belia-belia untk menghadiri acara tersebut dan juga sesi sembang rakyat atau dialog dan yang paling penting sekali adalah ceramah yang secara terus membentes fitnah dan hasutan yang dilemparkan oleh pembangkang.
 
Memanglah program-program sebegini memerlukan peruntukan tapi jika dibanding dengan keyakinan, kepercayaan dan sokongan rakyat yang akan "pulih semula" kepada kerajaan, ianya memang berbaloi! Pendekatan sebegini, secara tidak langsung, sedikit sebanyak boleh merapatkan lagi jurang di antara akar umbi dan kepimpinan barisan muda.

-UnReportedNews™®

Friday, 11 May 2012

PETRA JAYA READY TO "RUMBLE" IN 13TH GENERAL ELECTION

-WE ARE ALWAYS READY SINCE THE FIRST DAY AFTER THE LAST GE IN 2008 & WE WORK FOR THE PEOPLE NOT JUST FOR THE SAKE OF ANY ELECTIONS BUT WE, BN DO IT BECAUSE WE ARE SINCERE TO THE PEOPLE-



Member of Parliament for Petra Jaya Datuk Haji Fadillah Haji Yusuf said that his Petra Jaya Parliamentary election machinery is always ready for the General Election (GE) since "day one" after the last GE in 2008.


"We are always ready since the first day after the last 2008 GE and we don't do it (work for the people) just for the sake of any of the elections but we, Barisan Nasional (BN) do it because we are sincere to the people."

Fadillah, who is the Deputy Minister of Science, Technology and Innovation (MOSTI) said this to reporters after attending the "Selangkah ke University" Programme at UiTM earlier this afternoon.

"To add up to our campaign, we had just recently launched the Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Armada Pemuda Program where we meet the youths all over Sarawak," said Fadillah, who is also the PBB Youth Chief and Sarawak BN Youth Chief.

The two-term Assemblyman smiled to a question what are his hopes and chances to be re-nominated again in the forthcoming 13th GE which will be held at any time.

"It's up to the Chief Minister Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud and Prime Minister Dato' Seri Najib Tun Razak to make that decision but if I am, I will surely work even much harder for the people, Sarawak and Malaysia," he added.

Also present at the programme were his wife Datin Hajah Ruziah Mohd Tahir, Deputy Speaker of Parliament and Member of Parliament for Santubong Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar and his wife Datin Hajah Feona Sim Abdullah.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List