Showing posts with label Saiful Bukhari. Show all posts
Showing posts with label Saiful Bukhari. Show all posts

Tuesday, 10 February 2015

Anwar Ke Penjara Hari Ini


 
Mahkamah Persekutuan tengahari tadi memutuskan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan terhadap Anwar Ibrahim kerana disabit kesalahan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu kekal.
 
Penghakiman itu dirumuskan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai lima anggota panel hakim, membuat keputusan tersebut kerana mengambilkira terdapat bukti kukuh bahawa Saiful diliwat, justeru itu rayuan terhadap sabitan itu ditolak.
 
Hujahnya, Anwar tidak mempertikaikan bahawa beliau berada di kondominium tempat kejadian didakwa berlaku dan dia juga tidak mempertikaikan keberadaan Saiful di situ dan "tiada merit" bagi dakwaan terdapat konspirasi politik dalam kes itu.
 
"Penafian semata-mata daripada Anwar tidak boleh diterima. (Dakwaan) konspirasi politik kekal tidak berasas," katanya.
 
Sebentar tadi, Astro Awani melaporkan penyokong Anwar yang dianggarkan lebih kurang 1,000 orang yang pada mulanya berhimpun di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya mula bergerak ke bahagian bangunan tersebut untuk bertemu dengan Anwar sebelum beliau dihantar ke Penjara Sungai Buluh, petang nanti. - Sarawakiana
 
-UnReportedNews™®
 
 
 
 
 

Habislah Anwar Ibrahim Kali Ini!!!



Tinggal beberapa jam sahaja lagi Anwar Ibrahim akan diputuskan sama ada bersalah atau pun tidak dalam kes liwat beliau yang berlanjutan sehingga mengambil masa 6 tahun untuk di selesaikan.

Seperti yang telah sudah, Anwar akan melakukan perjumpaan akhir dan akan berucap di khalayak ramai terutamanya pada pengikut beliau untuk mencari sokongan dan untuk menghimpunkan pengikut pengikut beliau ke Istana Kehakiman esok.

Tapi nampaknya tidak seperti himpunan yang lalu, kali ini nampaknya sokongan terhadap Anwar semakin hilang jauh apabila ceramah beliau tidak lagi mendapat sokongan.

Malam ini ceramah ceramah yang diadakan dikayakan hambar dengan kehadiran tidak melebihi 3 ribu orang seperti yang dulu.

Apa dah jadi dengan pengikut Anwar? Kemana mereka semua? Adakah Anwar kini sudah tidak lagi menyengat seperti dahulu.

Dari pengamatan Sangkakala, rakyat Malaysia sudah mula merasa muak dengan perhimpunan perhimpunan yang diadakan oleh pakatan pembangkang yang jelas menunjukkan bahawa ianya hanyalah agenda untuk membela Anwar Ibrahim

Cuba kita fikir, selama 6 tahun kes ini berjalan dan lebih daripada 60 kali ditangguhkan dan beberapa pendengaran telah dilakukan semuanya hanya untuk Anwar Ibrahim

Dimana agenda untuk memperjuangkan rakyat sepertimana yang disebut sebut oleh pakatan rakyat selama ini?

Apa apa pun kita semua dengar sama ada Anwar bersalah atau tidak esok, dan rakyat sebenarnya boleh menilai jika Anwar dibebaskan sekalipun, hakim pernah mengatakan bahawa perkara (liwat) itu berlaku. - sumber 

-UnReportedNews™®

Thursday, 6 November 2014

LIVE From Putrajaya: Nak Kelirukan Guna Sampel Label


Jam 1215: Ram Karpal guna hujah orang salah pilih sampel

1213 Ramkarpal & judges discussing the labelling by Dr & relabelling by IO as to whether chemist would know where the swabs were taken.

4 Drs said no penetration. Saiful was not sodomised.

Jabatan Kimia's guidelines were not followed & it is all the more crucial in technical matters like DNA analysis. Even prosecution did not say that guidelines were followed but argued that guidelines need not be followed, only guidelines. Setting bad precedent if Jab Kimia's own guidelines need not be followed. People would be hanged, jailed based on bad reports.

12.12pm: Ram notes that what the HKL doctors had labelled on the sample is different.

This is because DSP Jude had relabelled them when he cut open the big plastic bag containing the HKL samples at his office.

Justice Abdull Hamid asks based on (chemist) Seah's analysis and what the HKL doctors testified that there could be penetration, could it have been heresay evidence.

Ram agrees.

This reinforces what we say that they cannot be the same samples, as Saiful was not sodomised, adds the lawyer.

 12.20pm: Ram warns that chemist guidelines should be followed and a copy should be made available to the defence.

The effect of not giving the guidelines will result in people being convicted of murder or other crimes just because the department does not want to give the guidelines or they (chemists) do not follow them, he adds.

Jam 1215: Ram Karpal buat2 tak faham hujah  

1213: Shafee is not a Dr - he cant give evidence from the bar that Saiful was suffering from Stockholm Syndrome.

Ramkarpal - Dr's pro forma form said coitus lasted 30 mins - not that whole incident, shower etc lasted 30 mins as submitted by Shafee.

Jam 1200 Dengan harapan ujian DNA tak diterima, Ram Karpal cuba nak persoal samada ada penetrasi pula. Kalau DNA ada, takyah kot hujah penetrasi ni ... Sg BUloh saja!

1201: Ramkarpal - there was no proof of penetration & thus no offence. Semen in anus is a red herring. Samples contaminated, analysis flawed.

Ramkarpal - all Drs found Saiful's anus as normal, no penetration. Doubt as to whether KY jelly was even used.

12 noon: Now, Ram submits on the issue of penetration.

He says there is no medical evidence to suggest previous encounters.

He (Shafee) was just giving a statement from the bar, says the defence lawyer.

"Previous encounter should not be taken into consideration that penetration did take place," he adds.

What is important, he says, is that four doctors (one from Pusrawi) and three from HKL said there was no penetration.

Shafee had pointed to Saiful's testimony that Anwar ejaculated inside his anus "as always".

12.07pm: Hence, Ram says there is the question whether actual penetration took place. - Unspinner

-UnReportedNews™®

Tuesday, 4 November 2014

Yuktes Vijay : Saksi Anwar Dalam Kes Liwat, Dr Osman Tiada Kredibiliti


Yuktes Vijay – Tertera di bawah adalah daripada salinan Mahkamah soal balas Dr Osman oleh Karpal Singh:

KS: May I refer the witness to IDD 16?

Q: From that document, IDD 16

A: This is a hospital file. On 28th June Saiful came to see me. He presented to me pain in the anus when passing motion for one week and there is no blood in the stool, nothing. Bowel regulation is normal; this is not in the file.

Q: You examine him?

A: Yes.

Q: After the examination did he tell you anything?

A: After examination I inform my patient, “Your anus is normal and healthy. I did not see any injury or anything.” While he was putting on his trousers and I’m washing my hand he said, “No, doctor. This is sodomy.” From his action and words I understand it is sodomy. He continues and talked to me saying a VIP is involved, he is scared to go to the police to report. I’m very shock because I put the protoscope into the patient’s anus to check before he told me the story. If he tell me that story I won’t touch his anus because it is normal procedure if it is a legal case we have to send to government hospital.

Q: I refer you to IDD16. The first page. Is that your handwriting?

A: Yes.

Q: There’s something here that you have recorded. “Patient was alleged assaulted by insertion of plastic into the anus”.

A: Yes.

Q: Saiful told you this?

A: Yes.

Q: And you recorded it as in here?

A: Yes.

Q: Can you read the complete recording?

A: Patient was alleged assaulted by of plastic into the anus.

Q: Anything else there?

A: Willing to do report. That means willing to do police report. After I examine him I wrote this down.

Q: After you examine him?

A: Yes.

Q: And he told you this?

A: Yes.

Tan Sri Shafee Abdullah telah selar kredibiliti Dr Osman hari ini di Mahkamah. Dr Osman adalah doktor pertama yang Saiful jumpa sebelum dihantar ke HKL.

Menurut Dr Osman, dubur Saiful tidak ada apa-apa kecederaan. Satu aspek penting yang harus diberi perhatian kerana tanpa kecederaan, susah nak buktikan liwat berlaku. Payah nak sabitkan seseorang itu bersalah mengikut peruntukkan undang-undang.

Namun, apa yang dapat ditafsir daripada soal balas di atas adalah Dr tersebut tidak membuat inferens yang dubur Saiful ‘disumbat’ dengan barang plastik berdasarkan hasil pemeriksaan yang dijalankannya.

Dia hanya tulis apa yang Saiful beritahunya. Setahu saya, tidak ada doktor di dunia ini yang akan tulis apa yang pesakit dia beritahu tapi endahkan kesimpulan yang diperoleh daripada hasil pemeriksaan yang dijalankan!

Adakah Saiful bodoh untuk beritahu Dr Osman yang dia disumbat oleh plastik selepas beritahunya yang dia telah diliwat?

Dr Osman seorang penipu!

Rujuk bawah. Ada petikan lagi daripada soal balas ketika di Mahkamah

Q: Is it a practice for you to come out with a report without being requested? Is it a practice for you to come out with a proper report after examining a patient?

A: No.

Q: But this one you were asked?

A: Yes

Q: By whom?

A: By Azlan, he is the officer in the hospital.

Q: And you give it to him?

A: Yes.

Q: What is he at the hospital?

A: I work there for 6 months, I don’t know, he is an officer in charge of record or something. I’m not sure.

Q: You didn’t know who this person is, to whom you prepare the report?

A: I know he is an officer of Pusrawi, I didn’t know exactly his position.

Q: Is he your superior?

A: No.

Q: Is he authorized to ask a report from you?

A: No.

Daripada petikan di atas, apa yang boleh ditafsirkan adalah :

Dr Osman telah lakukan pemerikasaan walaupun diberitahu pesakitnya yang dia telah diliwat

Dr Osman boleh dibuli oleh staf Hospital yang mungkin hanya sekadar jaga rekod untuk buat laporan yang bukan prosedur biasa. Fikirkan lah apa yang boleh seorang yang berkuasa dan berpengaruh seperti Anwar boleh buat untuk Dr Osman menari ikut rentaknya

Ini satu lagi bukti kenapa Dr Usman adalah ‘puppet’ Anwar.

Q: Did you also prepare a statutory declaration with regard to your examination?

A: Yes.

Q: Why was there a need to prepare a statutory declaration?

A: This is a long story. I went back to Myanmar and while I was there IDD16 come out in the internet which is not a doctor’s practice so that is my respond. At that time I was very scared.

Q: So, who ask you to prepare?

A: One is a commissioner of oath [], another one is one is one lawyer, I forgot his name.

Q: Who is the lawyer?

A: Malay lawyer.

Q: Why must he ask you to prepare the statutory declaration?

A: They forced me, no, I was forced by this file in the internet that they advised me to prepare a statutory declaration.

Q: Who ask you? I mean, did the police ask you?

A: No, not police.

Q: Then, who are they?

A: One is a commissioner of oath [] I forgot his name, and is a lawyer.

Q: So it would seem you would do anything for anybody, right? One, is by this officer earlier who are not your superior to prepare a medical report and you prepare it for him. And one lawyer came to see you and ask you to prepare and sign the statutory declaration and you sign it?

A: They made me to believe it was made to keep in the confidential file, Azlan. The lawyer is Anuar and another one Yusri, I think.

Q: And you said it wasn’t the police who ask you?

A: No, they never ask me anything.

Anwar telah hantar dua orang ke Mynmar untuk ambil Akuan Bersumpah daripada Dr Osman. Akuan bersumpah yang dirujuk di atas tidak pernah digunakan di Mahkamah kerana tidak diminta oleh peguambela Anwar ketika di Mahkamah Tinggi.

Kenapa? Sebab Anwar telah halang kita daripada buat sedemikian.

Di sini turut tertera satu lagi pembohongan Anwar. Menurut Anwar, dia tidak bawa mana-mana saksi alibi dia ke Mahkamah kerana mereka telah ditakutkan dan diberi tekanan oleh pihak polis.

Namun, nampak tak apa yang Dr Osman cakap? NO THEY NEVER ASK ME ANYTHING

Takkan polis nak buli saksi alibi walhal “saksi penting” seperti Dr Osman yang merupakan orang pertama yang telah periksa dubur mangsa liwat tidak diusik?

Yang hantar dan beri tekanan untuk buat akuan bersumpah adalah Anwar.

Tapi, polis yang dikecam oleh Anwar. Ini logik? Ini gelagat seorang yang sah bersalah dan sekarang cari jalan untuk ‘escape’ !

Tan Sri Shaffee adalah betul! Dr Osman saksi yang tiada kredibiliti!! (sumber)

-UnReportedNews™®

Monday, 3 November 2014

Rayuan Kes Liwat Anwar Masuk Hari Ke-5


PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki hari kelima hari ini dengan pihak pendakwaan meneruskan hujah mengapa Mahkamah Persekutuan patut mengetepikannya.

Jumaat lepas, ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu wartawan beliau telah menyampaikan 20 peratus daripada 205 muka surat hujahannya.

Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria mendengar rayuan untuk mengetepikan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar yang disabitkan bersalah kerana meliwat.

Empat lagi hakim di dalam panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Friday, 31 October 2014

Selepas DiLiwat, Saiful Dinasihat Anwar Jangan Tinggalkan Solat ...


Antara hujah menarik perhatian kita dari Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah di pagi hari Jumaat, 31 Oktober 2014

(Hujahnya akan disambung di sebelah pagi hari Isnin (petang Isnin tiada pendengaran) kemudian diikuti hujjah penggulungan oleh ketua pembelaan Anwar iaitu Datuk Gopal Sri Ram pada pagi Selasa)

1. Anwar Ibrahim bukanlah individu biasa. Beliau seorang yang berkarismatik dan berupaya untuk mempengaruhi pemikiran seorang budak muda seperti Saiful. Selepas meliwat Saiful, Anwar berpesan kepada Saiful supaya jangan meninggalkan solat.
(Nota: Bukan saja saja Saiful, malah orang lain juga yang tidak mengenali siapa Anwar sebenarnya)

2. Saiful yang gagal menamatkan pengajian degreenya dilantik oleh Anwar sebagai Pembantu Peribadi dengan gai gaji lumayan, elaun yg tinggi dan pelbagai lagi kemudahan lebih daripada staf Anwar yg lain.

3. Saiful dibawa ke mana saja oleh Anwar. Singapura, Hong Kong dan lain-lain negara.

4. Anwar juga memberikan Saiful sut Brioni yang bernilai hampir Rm 24,000 (USD 7,700) yang pada mana sebahagian daripada mereka yang hadir ke mahkamah hari ini tidak pernah dengar pun jenama ini. Tetapi mengapa Anwar hendak menjaga dengan baik hubungan beliau dengan Saiful, soal Shafee.
http://www.brioni.com/

5. Selepas Saiful menguruskan jadual perjalanan seharian, Anwar telah bertanya, “Can I f*ck you today?” Ini jelas menunjukkan keintiman perhubungan tersebut, ujar Shafee.

Saiful agak keberatan dan ini telah menimbulkan kemarahan Anwar di mana Saiful telah didominasi sepenuhnya (secara mental) oleh Anwar dan mereka ke bilik tidur utama untuk melakukan aktiviti liwat tersebut.

6. Shafee berkata bahawa kejadian liwat itu telah berlaku di antara 3 petang sehingga 4.30 petang di Kondominium Damansara. Hujah Shafee menyatakan bahawa Anwar meliwat Saiful tanpa kerelaan Saiful tetapi tidak bermaksud tanpa kebenaran. Ini adalah satu dilema psikologi dan moral apabila seorang individu yang dominan, majikan dan juga idola seperti Anwar Ibrahim mahu meliwat Saiful.

Perbuatan meliwat ini tidak ada kaitan dengan kebenaran kerana pada waktu ini Saiful telah tergamam dan tindakan tanpa melawannya itu dianggap tanda persetujuan oleh Anwar Ibrahim.

Liwat tersebut berlaku dengan tanpa kerelaan Saiful Bukhari. Maka dengan itu, Saiful bukanlah bersubahat dalam melakukan aktiviti liwat tersebut.

Atas bukti-bukti seperti ini, apa yang dikatakan oleh Saiful ada kebenarannya. Saiful takut kepada Anwar. Ini dapat dijelaskan dengan baik oleh gambar yang pihak peguambela sendiri bawa pada hari pertama yang menunjukkan Saiful masih menghidangkan air di rumah Anwar sehari selepas diliwat.

Muka Saiful bukanlah muka individu yang gembira ataupun ceria. Tetapi muka seseorang yang terpaksa berselindung di atas kejaidan trauma yang berlaku kepada dirinya sehari sebelum itu.

7. DNA ‘Lelaki Y’ yang ditemui di dalam dubur Saiful adalah sama dengan DNA yang diperoleh dari lokap Anwar Ibrahim. Anwar sama sekali tidak mahu sebarang benda (saliva, darah dsb.) diambil darinya untuk dibuat DNA profiling).

8. Bahan bukti yang didapati dari hospital seperti semen adalah intact dan tidak compromised sebagaimana yang telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini. - sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 28 October 2014

Apa? Kes Rayuan Anwar Mungkin Berlanjutan Hingga Jumaat?


PUTRAJAYA: Kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, mungkin disambung sehingga Jumaat ini.

Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata ini kerana giliran pasukannya berhujah yang dijadualkan pagi esok mungkin akan ditunda kepada Khamis dan pasukan pembelaan pula perlu menjawab hujah berkenaan sebelum keputusan dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan.

"Jadi, mereka (pihak mahkamah) akan memanjangkan kes ini sehari lagi iaitu sehingga Khamis atau kemungkinan pada Jumaat.

"Seperti yang anda tahu... ini adalah rayuan terakhir. Jadi banyak isu yang akan timbul dan juga isu yang tidak pernah berbangkit sebelum ini," katanya kepada pemberita ketika keluar dari Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman di sini, sebentar tadi. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Friday, 24 October 2014

Apa Je Setakat Pegang Anjing Tu, Meliwat Pun Sanggup


Aku heranlah si Anwar Ibrahim bagaikan sudah tiada pedoman lagi sehinggakan bab hukum-syarak pun beliau dah stat main spin-spin dah.

Mungkin dier neves kot sebab hari "penghakiman buat dirinya" pada 28 Oktober ini berkaitan kes meliwat Saiful Bukhari semakin rapat so dier main belasah je semua untuk mencarik sokongan.  

Terbaru, beliau kelihatan agak merapu semasa berucap pada himpunan Rakyat Hakim Negara yang dihadiri oleh lebih kurang 500 hadirin di Seberang Jaya semalam.

Nuar Brahim seolah-olah memandang enteng mengenai hukum syarak memegang anjing.

"Apa susahnya nak sentuh anjing, lepas sentuh samaklah .. kalau takut nak sentuh anjing macam mana nak sentuh Lim Guan Eng," katanya.

“Dia peluk saya bila kami bertemu maka adakah perlu saya samak selepas itu?,” kata Anwar lagi.

Kalau mengikut pemahaman Nuar Brahim berkaitan dengan hukum haram dan halal, kalau macam tu, selepas makan daging babi, telan jer tanah kuning nak menyamakkan perut .. tak gitu?

Hah, dalam aku kesyokkan berbincang dengan rakan-rakan aku, tetibe jer sorang member aku selambe je berkata, "Ala, apa je setakat memegang anjing tu, meliwat pon dier sanggup." 

Ye tak ye kan, sedangkan membuat penetrasi empat inci ke dalam tubuh kaum sejenis menerusi lubang najis pun dier sanggup buat kerana nafsu tanpa rasa takut dilaknati dan dihukumi Allah apatah lagi hukuman memegang seekor anjing yang beliau samakan macam Guan Eng ... kahkahkah.

-UnReportedNews™®

Thursday, 21 November 2013

PETANDA "KURANG BAIK" BUAT ANWAR

-ANWAR GAGAL DALAM USAHANYA MENGHALANG TAN SRI MUHAMMAD SHAFIE DARI MENGETUAI PENDAKWAAN PADA PENDENGARAN RAYUAN KES LIWATNYA DI MAHKAMAH TINGGI RAYUAN PADA 11 & 12 DISEMBER DEPAN! HABISLAH KALI NI! KEKEKE!!!-

Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam percubaan terakhirnya untuk melucutkan kelayakan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pendakwaan dalam rayuan berhubung pembebasan ketua pembangkang itu daripada satu pertuduhan liwat.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, sebulat suara menolak rayuan Anwar.

Ini bermakna Muhammad Shafee boleh mengetuai pendakwaan pada pendengaran rayuan kes liwat Anwar di Mahkamah Rayuan pada 11 dan 12 Dis depan.

Dalam penghakimannya, Md Raus yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Seri Abu Samah Nordi, berkata tidak ada alasan yang munasabah bagi melucutkan kelayakan Muhammad Shafee daripada tampil sebagai pendakwa raya dalam kes itu.

Md Raus berkata isu yang dibangkitkan peguam Karpal Singh bahawa Muhammad Shafee tidak boleh tampil sebagai pendakwa raya kerana merupakan saksi penting pada perbicaraan kes liwat Anwar, bukan isu kerana pihak pendakwaan dan pembelaan telahpun memutuskan beliau bukanlah seorang saksi yang relevan.

Md Raus juga berkata hujah Karpal Singh bahawa pelantikan Muhammad Shafee sebagai pendakwa raya adalah terbatal kerana Seksyen 379 Kanun Tatacara Jenayah tidak lagi terpakai, tidak mempunyai merit.

Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara secara ‘fiat’ untuk mengetuai pendakwaan mengikut Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 Kanun Tatacara Jenayah serta Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Surat pelantikan beliau ditandatangani Peguam Negara pada 2 julai tahun ini.

Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar, 66, daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang memutuskan terdapat penetrasi zakar namun fakta itu tidak disokong bukti lain.

Oleh itu, Mohamad Diah berkata mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana ia mungkin diganggu sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.- BERNAMA

-UnReportedNews™®

Sunday, 24 March 2013

PKR DI SEBALIK INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU?

-KEHADIRAN SIVARASA & TIAN CHUA DI MANILA PADA 7HB FEBUARI 2013, DUA HARI SEBELUM INSIDEN ITU BERLAKU DIKATAKAN HANYA UNTUK MENYERAH SEJUMLAH WANG KEPADA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM KEJADIAN ITU?- 


Anwar Turut Jumpa Nur Misuari Di Manila
Manila – Philippine Military Intelligence mengesahkan kehadiran Sivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013, yakni dua hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9 Februari 2013. 


Media antrabangsa seperti Reuters, Inquirer  Manila Times, The Philipine.ABC.CBN, Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan “Pembabitan Individu Pembankang dari Malaysia”. Kemudiannya individu pembangkang ini dikenalpasti sebagai Tian Chua, R. Sivarasa dan Bapa Pengkhiamat Negara Anwar Ibrahim. 

Dua hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Mahkamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi. 

Pada 8.2.2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan Kelompok-Kelompok MNLF, dipercayai memberikan Sejumlah Wang yang maha besar kepada MNLF untuk mengkucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononnya pada 1.3.2013. 

Perjumpaan pada 7 Feb 2013 merupakan janji manis Buku Jingga ke-2, dua orang pengkhianat kepada penceroboh untuk menceroboh negara sendiri. 

Begitu juga bapa segala pengkhianat negara Anwar Ibrahim turut bersama-sama berada di Manila bertemu Nur Misuari. Ini juga dipantau oleh Philipine Militarry Intelligent dan dilapor oleh media-media cetak antarabangsa. 

Mereka Ke Manila Membawa Wang pada 7.2.2013…2 Hari Sebelum Pendaratan Pertama Pengganas Kiram 

RM 20 JUTA ANWAR BAYAR LAJIM

Ramai orang di luar sana tidak mengetahui bahawa Bapa Pengkhianat Negara Anwar Ibrahim, telah membayar Lajim sejumlah Wang RM20 Juta untuk melompat lagi kepada PKR. Info ini diberitahu kepada kami oleh Salah Seorang Pegawai Tinggi Lajim di Kementerian Perumahan…(Kinabaluboy akan ulas perkara ini kemudian). 

Maknanya, jika Anwar boleh bayar Lajim RM20 Juta supaya melompat parti. Maka anda teka berapa Jumlah Wang yang Anwar usahakan kepada Kelompok MNLF ini? 

Mereka hendak membeli sesiapa sahaja sekarang, bapa Saiful mereka beli, dan cubaan membeli Dato’ Eskay turut dibuat. Sekali lagi janji Buku Jingga Bapa Pengkhianat Negara Nombor 1, bukan sahaja Sabah malahan Sarawak juga mahu dituntut oleh Misuari. Maka terancamlah keselamatan Sabah & Sarawak. Di Sarawak, NDI melalui Global Witness yang dibiayai oleh (George Soros) yang merupakan penyagak matawang turut fokus kepada Sarawak, turut mengkucar-kacirkan negeri Sarawak. 

Isu ini Kinabaluboy akan sambung dua tiga hari lagi, krew strategik kami baru sahaja terbang ke Sarawak untuk mendapatkan maklumat eksklusif untuk anda. Sabah & Sarawak adalah fix deposit BN mereka hendak meruntuhkan secara kejam, pertumpahan darah dan menggadaikan negara.

Is Money An Issue? NO. Lihat kepada kesanggupan membayar bapa Saiful berapa juta!. Juga Offer membayar Dato Eskay any amaunt to any account in any country. Bermaksud unlimited budget ditaja oleh siapa? Bersambung… (sumber)

-UnReportedNews™®

* LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

Friday, 8 March 2013

LIWAT TETAP LIWAT!!!

-BIARPUN BAPA KANDUNGNYA SENDIRI BERDIRI KINI DISEBELAH GELANGGANG ANWAR IBRAHIM YANG TIDAK LAMA LAGI AKAN DIPERDENGARKAN SEMULA KES TUDUHAN MELIWAT, MANGSA LIWAT SAIFUL BUKHARI AZLAN AKAN TERUS BERDOA, ISTIQAMAH & SABAR SERTA MENERUSKAN DAKWAAN SAYA , KETERANGAN MAHKAMAH & SUMPAH LAKNAT SAYA-

Ini adalah kenyataan Media Saudara Saiful Bukhari Azlan.

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.

2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah lima tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.

5. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.

6. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun. 

7. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa. 

8. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

9. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini. 

10. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan. 

Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar

8 Mar 2013

Mohon maaf Saudara Saiful kerana apa yang akan aku tulis ini mungkin kurang enak didengar maklumlah apabila ianya melibatkan keluarga kita tapi demi perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan menghalang manusia durjana agar dia tidak diberi peluang dan ruang untuk terus memporak perandakan negara ini, aku menulis secara tanpa terus tanpa kengkangan.

Perubahan dari segi pendirian yang begitu ketara oleh Azlan Mohd Lazim, bapa kepada mangsa liwat Saiful Bukhari yang membuat "konar 180 darjah" dengan meminta maaf dengan DS Anwar Ibrahim, lelaki yang disyaki telah memasukkan *****nya ke ***** ***** anaknya sendiri pasti ada sebabnya.

Permohonan maaf Azlan yang kononnya baru menyedari anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab turut mendakwa seorang pegawai perdana menteri turut terlibat dalam "menfitnah" Anwar Ibrahim terlalu "obvious" bagaikan "ditanam" oleh sesorang di bibir Azlan untuk "dikokokkan!".

Semua perubahan drastik ini membayangkan dia juga bagaikan telah "diliwat" Anwar Ibrahim dari "segi mental" atau dalam ertikata lain, tindakan Azlan menyebelahi orang yang dituduh meliwat anaknya sendiri seumpama berada didalam bilik tersebut dan hanya "melihat" anaknya sedang diliwat!

Berikut adalah kenyataan Saiful Bukhari yang (aku petik dari sumber) memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalau selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga. 

Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim. 

Dan tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari ini melaporkan Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim seperti berikut:

“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Rakyat pasti peristiwa peguamcara II Mohd Yusuf yang juga dibayar oleh Anwar Ibrahim kembali lagi demi untuk memertabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.Dalam keadaan bapa Saiful Azlan Mohd Lazim mengalami masalah Johari Bendul berjaya menangkapnya dan diberikan 'sesuatu' dengan hanya mengaku bahawa Liwat adalah konspirasi sahaja....selesai masalah.

Semalam Ng Lum Yong juga mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim mengarahkan SUARAM membayar kepada pemberontak Sulu supaya membuat kekecohan demi untuk menggugatkan ketenteraman awam.

Rakyat perlu tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan rakyat meminta jika benar itu adalah konspirasi Azlan Mohd Lazim dicabar bersumpah sambil menjunjung Al-Quran sepertimana yang anaknya Saiful Azlan lakukan. 

Demi duit apa pun boleh jadi sanggup gadaikan maruah keluarga sendiri.Saiful Bukhari ketika dihubungi mengatakan bahawa bapanya Azlan Mohd lazim telah dipergunakan oleh kuncu-kuncu Anwar Ibrahim yang sentiasa berkeliaran.

Azlan mengaku bahawa bapanya sebelum ini bergaduh dengan keluarga sehingga keluar dari mulut Azlan, aku akan musnahkan "UMNO dan kau sekali" dan beliau terus keluar.Saiful Bukhari akan memberi tindakbalas.

-UnReportedNews™®

Saturday, 23 February 2013

MASIHKAH KAU INGAT DENGAN SAIFUL BUKHARI, ANWAR?

-TEPAT LIMA BULAN LAGI RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN PERTUDUHAN ANWAR IBRAHIM MELIWAT BEKAS PEMBANTUNYA, MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN AKAN DIPERDENGARKAN SEMULA .. RAMALAN AKU YANG TAK SEBERAPA NI, TIME TU DAH LEPAS PRU KE-13 & DAP DAH TAK MEMERLUKAN "KHIDMAT" ANWAR LAGI .. MMM .. APA AKAN JADI YER? LU ORANG PIKIRLAH SENDIRI! KEKEKE!!!-

Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Putrajaya yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, didengar 22 Julai ini.

Menurut KL Pos, Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan N.Kanageswari menetapkan tarikh tersebut ketika pengurusan kes itu, Jumaat lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin hadir bagi pihak pendakwaan dan Anwar diwakili oleh peguam Zaleha Al- Hayat.

Menurut Noorin, mahkamag menetapkan 26 April ini sebagai tarikh untuk pengurusan kes bagi membolehkan kedua-dua pihak memuktamadkan nota prosiding.

Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar, 65, daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 20 Jan tahun lepas dan petisyen rayuan pada 9 Julai 2012 yang mengandungi sembilan alasan.

Penghakiman bertulis Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah setebal 80 muka surat mendedahkan dalam kes itu, 'ada berlaku penetrasi' namun ia tidak disokong bukti lain.

Hakim itu berkata mahkamah tidak boleh yakin sepenuhnya terhadap integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana ia mungkin boleh terjejas sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

-UnReportedNews™®

Saturday, 14 July 2012

TAKTIK MERUSUH NAK ELAK PENJARA!

-AGAK-AGAK JE KES LIWAT ANWAR IBRAHIM “MENCECAH” KE MAHKAMAH, PASTI ANWAR & KUNCU-KUNCUNYA AKAN MERANCANG PERHIMPUNAN SEAKAN “BEBASKAN ANWAR 901” DULU GAK .. MALEH AKU .. PERANCANGAN MEREKA NI DAPAT DI “ PREDICT” MACAM PLAN BUDAK TADIKA! BANG ANU-BANG ANU, MELIWAT NAK, MASUK PENJARA TAK NAK .. KEKEKE!-


Pada 9hb Januari lepas,iaitu hari di mana keputusan kes liwat Anwar Ibrahim bakal diumumkan,Anwar telah bersedia untuk masuk penjara sementara orang-orangnya pula bersedia untuk merusuh untuk membebaskannya.Bagi memberi impak yang lebih bermakna,hari tersebut diberi nama ‘901’ iaitu simbol pembebasan seorang ‘wira’. Malah,sebuah bom juga telah diletupkan sebagai ‘memeriahkan’ lagi rusuhan yang dirancang.Rancangan Anwar ialah agar seluruh dunia menyaksikan pemenjaraannya dan seterusnya rusuhan besar-besaran sehingga akhirnya kuasa asing masuk campur lalu membebaskan dan menobatkannya sebagai hero sekali gus pemerintah Malaysia yang baru.Namun,rancangan tersebut gagal kerana Anwar telah dibebaskan atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu kerana sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis.

Bagaimanapun,Kelmarin pihak pendakwaan telah memfailkan petisyen rayuan yang bertujuan memohon Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat.Petisyen tersebut ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa Raya,Noorin Badarudin dengan menyenaraikan sembilan alasan berupa kekhilafan Hakim iaitu Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dari segi undang-undang dan fakta dalam membuat keputusan tersebut. Petisyen tersebut juga memohon agar Anwar disabitkan dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan berdasarkan alasan-alasan berikut:

1.Hakim Mohamad Zabidin di akhir kes pendakwaan telah memutuskan bahawa tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat DSP Blacious Judy Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperolehi dari sel lokap itu untuk mengusik sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful.Hakim juga telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa pegawai penyiasat dapat memperolehi sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh Anwar yang diambil dari lokap itu.

2.Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mendapati terdapat keraguan terhadap integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful sedangkan hakim itu telahpun memanggil Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat itu di akhir kes pendakwaan. "Yang arif hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan," kata pihak pendakwaan.

3.Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam menilai semula keseluruhan keterangan berkaitan dengan pengutipan, pengendalian dan analisis sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.

4.Hakim telah memberi pertimbangan yang salah kepada keterangan-keterangan saksi-saksi pembelaan iaitu Dr David Wells and Dr Brian Mc Donald, yang menyatakan pendapat mereka yang berdasarkan teori-teori yang tidak lengkap dan tidak menyeluruh tanpa mengambil kira teori-teori-teori dan penulisan-penulisan oleh lain-lain pakar yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

5.Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menilai kepakaran dan pengalaman Dr Brian dalam pemeriksaan DNA.

6.Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menimbangkan bahawa Dr Seah dan ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon telah memberikan pendapat mereka berdasarkan pemeriksaan dan analisis yang dibuat oleh mereka sendiri ke atas sampel-sampel DNA tersebut berbanding dengan Dr David and Dr Brian yang memberikan pendapat mereka hanya berdasarkan teori-teori sahaja.

"SP5 (Dr Seah) dan (Dr Nor Aidora) SP6 juga telah mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang ditimbulkan oleh saksi-saksi pembelaan semasa membuat pemeriksaan dan analisis ke atas sampel-sampel DNA tersebut," kata pihak pendakwaan lagi.

7.Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa tidak ada keterangan yang menunjukkan mana-mana bekas-bekas sampel DNA yang telah dimeteri itu telah dikacau ganggu.Ini kerana Dr Seah dan Dr Nor Aidora telah mengesahkan bahawa meteri pada bekas-bekas sampel DNA yang mereka perolehi daripada DSP Judy masih utuh.

8.Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa terdapat lain-lain keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful sepertimana yang telah dinyatakan oleh hakim itu dalam penemuannya di akhir kes pembelaan.

9.Hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan beban pembuktian yang lebih tinggi dari beban pembuktian melampaui keraguan yang munasabah ke atas pihak pendakwaan dalam membuktikan kes mereka.

Jika pihak pendakwa berjaya dalam rayuan ini,maka Anwar boleh menerima hukuman sehingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan. Pastinya, ini adalah alasan yang kuat untuk Anwar menggerakkan satu rusuhan mengikut perancangan asal ‘901’. Mungkin nama ‘901’ perlu diubah memandangkan tarikh tersebut sudah tidak relevan lagi. Nampaknya masih ada harapan untuk Anwar menjadi hero dengan cara yang dramatik sepertimana yang diimpikannya selama ini.Cuma yang perlu diingatkan ialah,jika impian Anwar untuk mencipta huru-hara ini menjadi nyata, masih tidak ada jaminan yang Anwar akan berjaya bebas mengikut skrip asal yang dibayangkannya iaitu dengan campurtangan asing menobatkannya sebagai pemerintah.Tidak mustahil huru-hara akan berlaku juga tetapi hanya dalam lingkungan 500m di luar mahkamah dalam tempoh 1 – 2 jam dan Anwar menjadi hero yang meracau sendirian dari dalam penjara selama 20 tahun yang akan datang.

Sumber: Badut Rakyat


-UnReportedNews™®



Thursday, 12 July 2012

NAFAS ANWAR SEMAKIN SESAK!

-TUHAN MEMANG ADIL .. SATU DEMI SATU MUSIBAH (YANG DICARINYA SENDIRI) TERUNGKAI .. KINI KES ANWAR IBRAHIM DITUDUH MELIWAT SAIFUL BUKHARI AZLAN DIBUKA SEMULA WALAUPUN PUAK-PUAK PEMBANGKANG DAH MENGANGGAP IANYA TERKUBUR .. DENGAN PRU KE-13 HAMPIR TIBA, MALAPETAKA YANG MENIMPA PR SEMAKIN MENJADI & NYATA MEMBUATKAN ANWAR SESAK DADA! .. KEKEKE!-


Saya bersyukur kehadrat Allah SWT dan menerima baik keputusan Pihak Peguam Negara didalam memfailkan Petisyen Rayuan ke Mahkamah Rayuan kelmarin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9hb Januari 2012 yang telah melepas dan membebaskan tertuduh.


Saya dan keluarga ingin menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Petisyen Rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat Mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana.

Kami berharap, tarikh rayuan yang bakal ditetapkan kelak tidaklah terlalu lewat dan prosiding berjalan dengan lancar.

Untuk rekod, pada 28 Jun lepas, genap 4 tahun dari hari saya membuat laporan polis. Walaupun ia satu tempoh yang lama, namun saya akan terus berdoa, istiqamah dan sabar, tidak sesekali saya akan menyerah kalah.

Akhir kalam, Saya dan keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.

Kepada Allah saya berserah.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
11hb Julai 2012

(Warkah Saiful) Sumber: PAPA GOMO


-UnReportedNews™®


UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List