Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts

Tuesday, 30 July 2013

KELENTONG "OF THE YEAR 2013" ANWAR!

-MIMPI LAH HAMPA NUAR! AKU HAMPIR-HAMPIR TERBATAL PUASA HARI NI SEBAB NAK TERMUNTAH BILA TERBACA ARTIKEL TENTANG KHABAR ANGIN YANG KONON-KONONNYA PM NAJIB MENAWARKAN ANWAR JADI TIMBALANNYA! APASAL NUAR MEROYAN SAMPAI TAHAP NI YER? ORANG-ORANG TUA PESAN KALAU TETIBA JE BUANG TABIAT, ITU TANDA-TANDA ORANG NAK "KENA SERU" TAK LAMA LAGI! KEKEKE!!!-

Ada cakap-cakap kata ini mungkin satu kepakaran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ramai tidak sedar. Semua ini gara-gara Ketua Umum PKR itu selalu dilihat ada saja akai untuk pastikan cerita mengenai 'kehebatan' sepak terajang politiknya dikagumi dan menjadi inspirasi pada penyokong-penyokong setia beliau.

'Wayang' ini dikatakan muncul dalam pelbagai bentuk dan rupa.Ada melalui bisik-bisik,ada dari mulut ke mulut dan macam-macam lagi.Selalunya penyokong taksub akan terus percaya tanpa menilai merit berita tersebut. Entah ya, entah dongeng.

Apa sekali andaian dari gaya politiknya maka menjalarlah cerita-cerita 'kehebatannya' disampaikan dari mulut ke mulut oleh penyokong dan simpatisannya.

Ketika saya mula bertugas sebagai pemberita di organ parti PKR awal tahun 2001, cerita-cerita 'israiliyat' ini selalu kami dengar tatkala minum bersama 'pembawa wahyu' Anwar dari penjara Sungai Buloh..

Antara yang saya tidak boleh lupa adakah kisah seorang Timbalan Menteri yang kononnya melawat sel Anwar di penjara bersama seorang ketua bahagian UMNO, yang tiba-tiba menitis air mata 'mengenangkan' penderitaan yang ditanggung bekas 'bosnya' itu. Kami yang mendengar lebih sedih lagi, dan sudah tentu bertambah kagum dengan Anwar.

Ada banyak lagi cerita begitu, termasuk konon menantu bekas Presiden Indonesia Suharto, Prabowo Subianto bersama bekas menteri luar Thailand, Dr Surin Pitsuwan telah berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad yang masih jadi PM ketika itu untuk melobi supaya Anwar dibebaskan.

Sudah tentu Dr Mahathir tidak layan. Moral kisah itu, bukan soal Dr Mahathir, tapi soal konon betapa pengaruhnya Anwar di kalangan pimpinan Asean sehingga tokoh-tokoh politik negara jiran juga ambil berat tentang dirinya. Dan cerita yang tiada siapa dapat sahkan ini adalah paling kerap digunakan terutamanya dikalangan penyokong dan teman rapat beliau.

Sebab itu, saya tidak terkejut tiba-tiba muncul  'khabar angin' terbaru yang  tidak masuk akal dari kem Anwar kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar.

Selain TPM, PKR juga akan dapat empat kementerian jika menyertai BN bentuk kerajaan perpaduan. Kisah ini 'diasam-garam' dengan kononnya Najib menunggu untuk bertemu dengan Anwar. Ia digoreng konon lama Perdana Menteri menunggu dan menunggu dan Anwar tidak pergi untuk jumpa Najib. Jangan ketawa. Ini cerita yang disiarkan oleh portal pembangkang Malaysiakini.

Perkara itu dinyatakan oleh seorang penulis pembangkang, Terence Netto dalam tulisannya. Terence mendakwa tawaran Najib itu kemudiannya disampaikan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Anwar ketika diminta mengulas perkara tersebut dengan terus kata bahawa beliau menolak sama sekali untuk diberi sebarang jawatan dalam kerajaan, seperti yang didakwa telah ditawarkan kepadanya bulan lalu.

"Kalau ada pun kita tolak, kita tidak bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO-BN." kata Anwar. Bunyinya memang hebat bagai kilat sabung-menyabung. Hello...soalnya betul ke ada tawaran seumpama itu dari Najib?

Sebagai seorang yang mengikuti gaya sepak terajang Anwar dengan dekat, saya punya teori sendiri, mengenai kisah Anwar dan jawatan TPM ini.

Teori saya begini, kisah konon Najib tawar Anwar jawatan TPM ini adalah lanjutan dari kisah mereka berdua kebetulan berada di Indonesia pada tarikh yang sama, 14 dan 15 Jun lalu. Jika kita ingat, pada hari yang sama, sebuah lagi portal pro pembangkang, The Malaysian Insider, siarkan cerita bahawa Najib jumpa Anwar dalam satu pertemuan yang kononnya diatur oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (SBY).

Berita tersebut memetik sumber. Al-kisahnya pengarang portal yang menulis berita itu dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai-pegawai Anwar. Berita itu nyata tidak benar. Tapi tidak pernah ada 'ralat' oleh pengarang mahupun portal tersebut. Ia berkembang, bermutasi, ke versi baru, yang lebih sensasi lagi.

Mengenali cara dan rentak Anwar, khabar angin akan disebar dengan cara bersahaja. Entah ia, entah tidak, tapi sensasinya ada, membuatkan kita akan bercerita. Plot-plotnya tidak pernah membosankan. Pengalaman saya dulu, beliau pernah memberitahu, kononnya ada satu 'Tan Sri Cina' beri duit RM100 juta pada UMNO untuk menjahanamkan karier politiknya. Cerita ini diberitahu pada saya, sambil-sambil pakai kasut hendak keluar dari rumahnya.

Ketika itu, sedang panas, kes video mengenai seorang peguam kanan yang kononnya 'mengatur' hakim-hakim yang didedahkan beliau. Sambil-sambil pakai kasut, keluar rumah, selepas interbiu, keluar cerita itu. Belum sempat tanya lanjut, beliau sudah masuk ke kereta, dan meninggalkan kita dengan kisah sensasi, yang tidak boleh ditentukan kesahihannya. Maka sudah pasti kisah itu akan 'disebarkan' dengan cara tidak rasmi dalam perbualan.

Sebab itu, bila dengar cerita konon Najib tawar Anwar jawatan TPM, yang disebarkan oleh kem Anwar, saya ketawa sendiri. Nampaknya, tak habis-habis Anwar cuba tebarkan personanya, melalui cerita dongeng, yang dipercayai oleh pengikut taksub. Teringat dulu, tahun-tahun awal Anwar bebas dari penjara, beliau menghabiskan banyak masa di Amerika. 

Satu hari beliau pulang ke Malaysia. Dalam satu majlis makan-makan, beliau cerita, al kisah, sahabat karibnya, penganut faham Neo-Con Paul Wolfowitz, ketika kali pertama bertemu dengannya secara berhadapan, berlaga lutut, menangis mengenang penderitaan Anwar di penjara.

Arkitek Perang Iraq itu, kononnya, rasa amat bersalah, kerana tidak buat apa-apa, untuk menekan kerajaan Malaysia, Dr Mahathir terutamanya, ketika Anwar dipenjara. Sungguh sedih mendengarnya.Kesan pada yang mendengar kisah itu, di meja makan ada terdengar berbisik, "power la Anwar ini, Wolfowitz menangis dia kena penjara..." keh keh keh...

Anwar oh Anwar...tak sudah-sudah .. (sumber

PS: Kalau Nuar berniat nak menganggu-gugat hubungan baik Najib dan Muhyiddin dengan cara murahan macam ni, jangan harap ler rancangan jahatnya menjadi! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Tuesday, 1 January 2013

DASAR TRANSFORMASI KERAJAAN DIYAKINI BERI BN KEMENANGAN DALAM PRU KE-13

-TPM TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MERASA OPTIMISTIK INISIATIF & PENDEKATAN PM DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK SUDAH MULA DITERIMA OLEH SELURUH LAPISAN MASYARAKAT-
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengariskan beberapa faktor dan kelebihan yang menunjukkan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam kedudukan yang memihak parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka amat mencabar.
 
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, kelebihan yang dilihat menyebelahi BN, berbanding 2008 itu, adalah apabila rakyat terus menerus memberi sokongan kepada BN selepas kerajaan memperkenalkan pelbagai program transformasi menyeluruh yang memberi faedah kepada seluruh lapisan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
 
Beliau berkata, inisiatif dan pendekatan kepimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memfokuskan usaha membela nasib rakyat amat serasi diterima dan diterjemahkan dalam bentuk dasar-dasar baru dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP), transformasi politik serta tranformasi luar bandar.
 
"...pelbagai bentuk program yang menjurus kepada masyarakat dengan 111 inisiatif dalam perbentangan Belanjawan 2013 yang menyenaraikan semua lapisan masyarakat mendapat semua faedah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ke-15 di Dewan Masyarakat Keningau semalam, lapor Bernama.
 
Beliau berkata usaha itu turut disokong menerusi soal perpaduan kaum yang menjadi teras pembangunan nasional negara yang sentiasa diperkukuhkan malahan tiada perpecahan berlaku walau pun terdapat usaha pihak tertentu merosakkan semangat perpaduan kaum.
 
Beliau berkata, situasi turut jelas positif di mana tiada masalah dalaman antara parti komponen BN yang tidak dapat diatasi dan diselesaikan secara baik.
 
Antara faktor selebihnya, Muhyiddin berkata pencapaian luar biasa kedudukan ekonomi negara yang berkembang sebanyak lima peratus menerusi program GTP dan peningkatan hasil pelaburan domestik dan antarabangsa.
 
Katanya, jumlah pelaburan dalam negara lebih besar dan kukuh berdasarkan perkembangan pelaburan domestik dan antarabangsa selain pendapatan perkapita negara meningkat kepada AS$9,700 berbanding AS$7,500 pada dua tahun lepas.
 
"Kalau kita senaraikan, inilah perkara asas yang menunjukkan parti kita bertambah kukuh dan penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri agak jelas dan mendapat respons positif. Bagi saya suasananya amat baik (berbanding 2008)," katanya.
 
Terdahulu, ketika berucap, beliau berkata kedudukan BN yang kuat itu harus didorong oleh semangat yang kental bagi kesemua 13 parti komponen BN termasuk parti 'kerdil' seperti PBRS yang harus memainkan peranan besar seumpama parti besar lain.
 
"Kita harus bertekad BN tidak boleh boleh kalah, sebab itu kita harus bangun dari tidur selepas leka dengan kejayaan-kejayaan dan mungkin sebab kita kerajaan, kita tidak beri perhatian hal-hal rakyat, tetapi kini kita telah turun padang dan membantu masyarakat.
 
Tuhan beri kita isyarat dan kita sedar, isyaratnya kalau tidak berusaha, mungkin juga boleh kalah, jadi Umno bangkit dan semua komponen-komponen parti sedar, jumpa, berbincang soal perkukuh parti dan usaha kembalikan keyakinan rakyat," katanya sambil menambah kerajaan berada pada 'lokomatif' betul yang dipandu Najib ke arah mencapai negara maju menjelang 2020.
 
Muhyiddin turut mengingatkan anggota parti komponen BN agar jangan 'berperang' sesama sendiri, sebaliknya membantu menjaga hati pengundi, tidak melakukan sesuatu yang menyentuh kehendak mereka, sentiasa mendengar dan menyelesaikan setiap permasalahan pengundi kawasan mereka.
 
Sambil mengakui beliau di samping Najib dan pemimpin negara lain yang mengamalkan sikap turun padang berjumpa rakyat atas faktor kepastian " kita kekal (sebagai kerajaan) adalah kerana rakyat jelata".
 
"...sebab itu apa saja kita dengar (peringkat akar umbi) kita beri perhatian. Najib sendiri selepas balik dari lawatan kerja ke negeri-negeri dari Johor mahupun Sabah atau Kedah, beliau akan membuat keputusan dengan cepat," katanya.
 
Sumber: KL Pos

-UnReportedNews™®

PERUTUSAN PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA TAHUN BARU 2013

-"UNTUK KESINAMBUNGAN AGAR MALAYSIA TERUS MENJADI TEMPAT TERBAIK UNTUK KEHIDUPAN, MAKA SELURUH RAKYAT SEHARUSNYA MEMBERI MANDAT KEPADA BARISAN NASIONAL," TEGAS DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK-

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Rakyat Malaysia Sekalian,
1. Alhamdullilah, beberapa jam lagi kita akan menyambut tahun baru 2013. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana kita akan menyambut tahun baru ini dengan berlatarbelakangkan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang telah kita tempa dengan berkat usaha bersama di sepanjang Tahun 2012.
2. Tahun 2012 telah menyaksikan tamatnya fasa pertama Prakarsa Transformasi yang melibatkan lapangan Kerajaan, Ekonomi dan Politik. Kesan inisiatif ini amat positif. Di peringkat antarabangsa misalnya, angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang telah meningkat secara yang membanggakan. Laporan Bank Dunia, "Doing Business 2013" misalnya, telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan "World Competitiveness Yearbook 2012" telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.
Rakyat Malaysia Yang DiKasihi,
3. Dalam menangani cabaran yang bakal mendatang untuk Tahun 2013,serta dalam rangka membina kejayaan yang berterusan, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman yang lalu. Apa yang baik dan telah terbukti berjaya perlulah kita teruskan dan tambahbaik dengan segala kelemahan yang ada dibaiki. Sementara apa yang terbukti gagal patut ditamatkan dan diambil teladan daripadanya. Untuk meneruskan usaha bagi memastikan wawasan nasional Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai, kita perlu membina di atas asas yang telahpun diletakkan melalui lembayung Dasar Transformasi Nasional.
4. Bagi Tahun 2013, kita perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan Kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan Falsafah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
5. Kedua,meneruskan usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial di mana setiap rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan akan memperolehnya, di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan dan diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan.
6. Ketiga, meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu hanya dihadkan oleh daya imaginasi, daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individu berkenaan untuk bekerja keras, di mana kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.
7. Keempat,untuk memastikan Malaysia akan menjadi tempat terbaik untuk membina sebuah kehidupan.Tempat terbaik untuk berkeluarga dan membesarkan anak-anak,sebuah negara yang mempunyai masyarakat penyayang, sistem keluarga yang kukuh,kejiranan dan jalan yang selamat dari jenayah, alam sekitar yang lestari, sekolah dan institusi pendidikan yang berkualiti serta sistem perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkemampuan.
Rakyat Malaysia Yang DiHormati,
8. Saya yakin dan percaya bahawa fajar kejayaan akan sentiasa menyinari Malaysia dan kehidupan rakyatnya. InsyaAllah,dengan perancangan yang rapi serta teliti dan pelaksanaan yang berkesan, hari ini akan lebih baik dari hari semalam dan hari esok akan menjanjikan kemungkinan yang berterusan.
9. Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai.Tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan melakukan sesuatu. Negara memerlukan tuan-tuan dan puan-puan. Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti. Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita.
10. Saya dan Kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dokongan padu tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Berikanlah kami mandat yang jelas dan kami berjanji akan menggunakan kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan itu dengan sebaik-baiknya bagi membina sebuah Malaysia untuk semua. Selama inipun, telah terbukti kami menepati segala janji dan komitmen yang diberi.
Rakyat Malaysia Sekalian,
11. Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen.Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan halatuju yang jelas. Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak di bawa. Bapa-bapa dan ibu-ibu pengasas negara telah mengemudi Malaysia ke mercu jaya dengan keringat, air mata dan darah. Hari ini tanggungjawab terletak pula di bahu kita. Sama ada Malaysia terus mara ke hadapan atau berundur.
12. Malaysia sesungguhnya ialah sebuah negara di mana peluang, tanggungjawab, kemakmuran dan nilai murni dikongsi bersama oleh warga yang majmuk, dipenuhi jutaan peluang di sebalik pelbagai kemungkinan yang terbentang. Kemungkinan itu suatu rahmat. Kemungkinan itu asas aspirasi.Saya menyeru untuk kita bersama-sama mencorakkan dalam merealisasikan destini Malaysia muncul sebagai sebuah kemungkinan yang terus menyinar.
13. Akhir kata,saya mendoakan agar Tahun 2013 ini menjanjikan kerahmatan kepada semua rakyat Malaysia. Selamat Tahun Baru 2013.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sumber: Badut Rakyat
-UnReportedNews™®

Thursday, 26 July 2012

HALF-MONTH BONUS FOR CIVIL SERVANT

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has announced a half-month bonus, with a minimum of RM500, for civil servants as well as a special payment of RM500 for government pensioners.

In a statement Wednesday, Najib, who is also the Finance Minister, said payment would be made on Aug 9.

The bonus and special payment will benefit 1.27 million civil servants and 657,000 government pensioners, respectively.

Najib said the payments were being made in view of the financial capability and fiscal position of the government.

He said the payments would involve an estimated cost of RM2.2bil.

Najib said the bonus and special payment represented the Government's appreciation for all civil servants and pensioners.

"The Government always has deep concern for and gives much emphasis to the welfare of civil servants and government servants," he said.

Najib said he hoped that the payments would help the people make the necessary preparations to celebrate Aidilfitri.

He said the bonus for civil servants was also in appreciation of their contribution to and dedication in implementing the national development programme. 

Source: Bernama





-UnReportedNews™®



Saturday, 28 April 2012

FOTO DI SEPANJANG JELAJAH JANJI DITEPATI DI SARAWAK SIANG TADI

-DIANGGARKAN LEBIH DARI 10,000 RAKYAT DARI SEGENAP PELUSUK NEGERI INI DATANG MEMBANJIRI TAPAK LETAK KERETA BERDEKATAN WISMA BAPA MALAYSIA DI BANDARAYA KUCHING SIANG TADI MENGHADIRI PROGRAM JELAJAH JANJI DITEPATI PERINGKAT NEGERI SARAWAK YANG DIRASMIKAN OLEH PERDANA MENTERI DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK & JUGA DIHADIRI OLEH KETUA MENTERI PEHIN SERI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD-









PS: Pesanan & azimat DS Najib khas buat Pakatan Rakyat ketika berucap di Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Sarawak di Bandaraya Kuching pagi tadi akan di post jam 11 malam nanti..Apa pesanan beliau? Tunggu...

-UnReportedNews™®

Monday, 16 April 2012

G5 TETAP AKAN PERTAHANKAN MAS GADING PADA PRU KE 13

-MEREKA AKAN MENCADANG NAMA PENYANDANG KERUSI TERSEBUT IAITU DATO' TIKI LAFE KEPADA BN PUSAT KERANA BELIAU ADALAH "WINNABLE CANDICATE"-

Peter Nansian Ngusie bersama  Dr Tiki Lafe, Sylvester Entri,
Rosey Yunus & Paulus Palu Gumbang
Kumpulan wakil rakyat yang dilabel Geng 5 (G5) tetap lantang menyuarakan hak mereka mencadangkan nama calon bagi kawasan Parlimen Mas Gading kepada Barisan Nasional (BN) sebagai calon alternatif.

Bekas Naib Presiden Kanan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang juga jurucakap kumpulan itu, Datuk Peter Nansian Ngusie bertegas adalah tidak menjadi kesalahan kepada mereka untuk mencadangkan nama penyandang kerusi berkenaan, Dato' Dr Tiki Lafe memandangkan beliau merupakan calon yang  paling boleh menang.

Menurutnya, sama ada BN akan menerima atau sebaliknya, G5 tetap akur dengan sebarang keputusan yang bakal diputuskan kerana apa yang penting kini ialah Dr Tiki masih mempunyai sokongan padu dari semua jentera  kepimpinan peringkat akar umbi.

"Tidak salah kami (G5) untuk mencadangkan nama Dr Tiki sebagai calon alternatif kepada calon yang bakal diletakkan oleh SPDP. Bagi masyarakat di Mas Gading beliau (Dr Tiki) merupakan calon yang paling boleh menang.

"Dr Tiki bukan sahaja boleh menang, tetapi akan menang dengan kelebihan undi yang paling besar. Lihat sahaja malam ini, semua pemimpin di Mas Gading hadir di sini, jelas membuktikan kita masih memiliki sokongan kuat dan keyakinan daripada mereka," katanya sambil mengakui keputusan muktamad masih terpulang kepada pimpinan tertinggi BN.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam jamuan malam Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Redeems, Kampung Apar yang turut dihadiri ahli lain dalam G5, Datuk Sylvester Entri Muran, Rosey Yunus dan Paulus Palu Gumbang yang masing-masing merupakan wakil rakyat Marudi, Bekenu dan Batu Danau dekat sini pada malam semalam.

Mengulas lanjut, Menteri Muda Pembangunan Komuniti itu juga memberitahu G5 tidak pernah berniat untuk melawan 'bapa' seperti mana yang sering dicapkan sebelum ini, sebaliknya akan mengambil langkah ke hadapan dengan mengesyor nama Dr Tiki pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, meskipun Presiden SPDP Tan Sri William Mawan mengatakan adalah tidak logik bagi kumpulan lima bekas pemimpin parti itu untuk menamakan calon, namun ia sebenarnya tidak tepat memandangkan mereka hanya akan mencadangkan nama calon bukannnya menentu atau menamakan calon.

"Kita (G5) tidak pernah menyatakan untuk menamakan Dr Tiki sebagai calon sebaliknya hanya mencadangkan nama beliau sebagai calon alternatif kepada pucuk tertinggi BN. Terpulang kepada BN untuk memutuskan senarai akhir calon kelak.

"Apa yang mustahak, kita tidak membudayakan politik negatif dengan perjuangan kita tidak akan terkeluar dari prinsip BN, katanya.

Nansian menambah, populariti seseorang tidak semestinya membolehkannya menang dalam pilihan raya umum nanti.

Sebaliknya ujarnya, jika mereka menang kerana mereka berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira waktu, orang seperti ini boleh menang apabila dipilih sebagai calon, jelasnya lagi.

Dalam majlis sama, kira-kira 1,200 anggota SPDP dari kawasan N1 Opar dan N2 Tasik Biru telah mengumumkan keluar parti itu dengan menyerahkan kad keahlian masing-masing dan melafazkan ikrar taat setia dan sokongan kepada Kelab BN.

Dr Tiki menerima kad keahlian SPDP N1 Opar yang keluar parti
& menyertai Kelab BN di Bau
Pada majlis tersebut, Dato' Dr Tiki Lafe juga menegaskan dia tetap bersemangat untuk berkhidmat untuk rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar dan Tasik Biru meskipun sering kali dilabel sebagai 'orang jahat'.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara itu juga memberitahu pandangan orang lain yang seumpamanya tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus turun padang menemui rakyat dan mendengar permasalahan mereka.

Malah dedahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan empat mata dengannya pada 25 Mac lalu telah mengarahkannya meneruskan program turun padang di kawasan Mas Gading bagi menyelami sendiri permasalahan penduduk serta mencari jalan untuk mengatasinya dengan kadar segera.

"Saya tidak akan menjauhkan diri daripada rakyat kerana itu bukan sikap pemimpin atau wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Walaupun tidak berparti lagi, namun kerajaan BN masih menyalurkan peruntukan sama kepada saya seperti mana sebelum ini.

"PM sendiri berjanji akan menolong saya malah mengarahkan saya mengemukakan senarai projek di kawasan Mas Gading untuk kemudahan serta keselesaan rakyat," katanya semasa berucap pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, Dr Tiki mengakui kerusi yang disandangnya selama tiga penggal perlu dikekalkan dalam tangan BN.

Katanya, persoalan siapakan yang bakal mengibar panji BN dalam pilihan raya umum akan datang tidak perlu diperdebatkan secara ekstrim memandangkan keputusan itu terletak pada budi bicara pucuk kepimpinan tertinggi BN.

"Kita mesti kekalkan Mas Gading di bawah BN. Jangan biarkan pihak lain mengambil peluang dengan situasi semasa dengan merampas kerusi di kubu kuat BN ini," jelasnya.

Baru-baru ini, Tan Sri William dipetik sebagai berkata bahawa penyandang kerusi Parlimen Mas Gading Dr Tiki tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang mahu pun sebagai calon terus BN tanpa persetujuan parti itu.

Mawan, yang juga Menteri Pembangunan Sosial menegaskan Dr Tiki, yang diberi surat tunjuk sebab kerana didakwa ingkar, akan digantikan oleh dua bakal calon boleh menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Sumber: Utusan Sarawak

-UnReportedNews™®

Wednesday, 30 November 2011

P193 SANTUBONG'S "PARLIAMENT VISIT 2011" PROGRAM

-Various local delicacies and “kerepek” production centre at Kampung Banghuris-

KAMPUNG Banghuris Homestay in Sepang, Selangor here were visited by more than 80 participants, comprising of respective Community leaders and Barisan Nasional (BN) party branches from Santubong Parliamentary constituency  taking part in “Parliament Visit 2011” program yesterday.

The four-day “Parliament Visit 2011” program organised by the Santubong Parliament is an annually event with the objective to give exposures to the participants on the processes on our Parliamentary systems.

Apart from that, the participants are scheduled to meet Member of Parliament from Sarawak such as Deputy Speaker of Parliament and Member of Parliament for Santubong Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Minister of Natural Resources and Environment Datuk Douglas Embas Ungah, Deputy Minister of Science Technology and Innovation Datuk Haji Fadillah Yusof, to name a few.

On the first day of the program, almost immediately upon arrival, all the participants were introduced to their “adopted family” and their hosts for the night.

They were brought to several local delicacies and “kerepek” production centre at the village before being entertained with a “Chempuling” musical show, which is a local traditional musical instrument combination with a twist of modern instruments.

-UnReportedNews™® 

Monday, 28 November 2011

PM APPROVES RM15 MILLION ALLOCATION FOR DEVELOPMENT PROJECTS IN SANTUBONG

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
THE people in Santubong have something to look forward in the near future soon as Prime Minister Datuk Sri Haji Najib Tun Razak had recently approved an allocation of RM15 million for more than 50 development projects in the Santubong Parliamentary constituency just last Monday.

Member of Parliament for Santubong who is also Deputy Speaker of Parliament Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar was said to have met with Najib in a "one by one" discussion/meeting earlier that day to go through the several "inches-thick" of document relating to these projects.

The details of the projects were still not availed however, to my understanding these projects will be distributed fairly in the State Legislative Constituencies namely ; Pantai Damai, Tanjung Datu and Demak Laut, any latest development on this matter would be updated from time to time.

-UnReportedNews™® 

Wednesday, 23 November 2011

PM-SKUAD "CYBER-TROOPER" MENJADI "BONUS PENILAIAN" PRESTASI AHLI PARLIMEN

-NAJIB-Squad Pahlawan-Maya memberi "bonus penilaian" kepada Ahli-ahli Parlimen-

PERDANA Menteri Datuk Sri Haji Najib Tun Razak menyatakan walaupun ianya tidak menjadi satu kemestian bagi setiap pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN), Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mempunyai skuad "Cyber-Trooper" masing-masing, tapi sekiranya ada, ia akan menjadi satu "bonus' untuk laporan penilaian mereka.
"Dengan trend terkini yang diamalkan oleh pihak pembangkang dengan "menyerang" pemimpin-pemimpin BN melalui artikel-artikel yang berbaur "fitnah yang tidak berasa", serangan pribadi, memanupulasikan fakta" yang boleh mengelirukan masyarakat menerusi laman maya, hanya satu cara bagi kita (BN) untuk mempertahan serta membela diri kita sendiri dari "serangan-siber" pembangkang mempersiapkan diri dengan pahlawan-pahlawan maya."

Najib berkata demikian dalam ucapannya dihadapan hampir 2,000 blogger pro-BN dari seluruh Malaysia, termasuk Sarawak yang menghadiri Konvensyen Media Social 1Malaysia yang diadakan baru-baru ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

“Squad Pahlawan-Maya dapat memberi respon yang pantas terhadap mana-mana isu yang "dimainkan" dalam laman-maya oleh pembangkang ke atas mana-mana pemimpin BN yang di sasarkan dan "Cyber-Trooper" BN juga boleh memberi penerangan yang labih mendalam kepada pihak masyarakat tentang keadaan sebenar isu atau tuduhan-tuduhan yang di lemparkan."

Kamu semua adalah  Pahlawan-Maya BN yang menjadi benteng hadapan utama


"Pemimpin-pemimpin BN sendiri patut melangkah seiring dengan generasi muda yang nyata lebih cenderung berhubungan menerusi laman-laman maya, mereka seharusnya mempersiapkan diri dengan squad "Cyber-Trooper" masing-masing terutamanya untuk menyampai maklumat sehingga ke akar umbi," kata Najib memberi peringatan.

"HANYA SATU CARA SAHAJA BAGI KITA MEMPERTAHANKAN DIRI KITA  DARI "SERANGAN-SIBER" PEMBANGKANG IAITU DENGAN MEMPERSIAPKAN DIRI DENGAN PAHLAWAN-PAHLAWAN SIBER KITA"


-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List