Showing posts with label Larry Sng. Show all posts
Showing posts with label Larry Sng. Show all posts

Tuesday, 18 February 2014

SWP SAH AKAN SERTAI PEMBANGKANG SARAWAK

-PRESIDEN SWP LARRY SNG MENGESAHKAN AKAN MENYERTAI PAKATAN RAKYAT DI SARAWAK & PERMOHONAN PENYERTAAN MEREKA AKAN DI SERAHKAN DALAM MASA YANG TERDEKAT!-


Parti Pekerja Sarawak (SWP) mengesahkan parti itu akan memohon menyertai Pakatan Rakyat (PR) Negeri tidak lama lagi.

Presidennya Larry Sng berkata, parti itu tetap dengan pendirian untuk bekerjasama dengan PR.

“Kami (SWP) konsisten dengan pendekatan untuk bekerjasama dengan PR dan kami akan memohon untuk menyertai mereka menerusi Majlis Pakatan Rakyat Negeri,” katanya menerusi kenyataan akhbar.

Sekiranya Pilihan Raya Kecil diadakan di Balingian beliau berkata, SWP tidak akan bertanding di kerusi tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara tersebut akan diperincikan pada mesyuarat Majlis Tertinggi SWP akan datang.

Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen sebelum ini berkata, SWP masih belum menyertai PR Negeri memandangkan belum ada sebarang permohonan rasmi diterima setakat ini. (sumber)

-UnReportedNews™®

Friday, 30 August 2013

AKHIRNYA SWP TUNJUK BELANG SEBENAR, TIADA KEJUJURAN DALAM GABUNGAN SWP/DAP!

-SEBELUM PRU13, SWP MENGAKU "MESRA BN" TAPI LETAK CALON TENTANG BN! BERDASARKAN JUMLAH UNDI YANG HAMBAR DIHAMPIR SEMUA KAWASAN YANG DITANDINGI, RAKYAT NYATA MENOLAK SWP! MUNGKIN MENYEDARI HAKIKAT SEMEMANGNYA TIADA SEBARANG RUANG DALAM BN SARAWAK BUAT SWP YANG TELAH MENDORONG MEREKA UNTUK BERGABUNG PULA DENGAN PEMBANGKANG! KEKEKE!!!-

Hasrat Parti Pekerja Sarawak (SWP) menyertai Parti Tindakan Demokratik Negeri (DAP) negeri ini jelas mengambarkan SWP tidak jujur serta dilihat sebagai satu tindakan yang amat "terdesak" yakni hanya untuk satu sebab iaitu demi untuk survival dan sinambungan kewujudan parti tersebut.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam Datuk Haji Daud Abdul Rahman berkata mengatakan pendekatan SWP untuk menyertai DAP membuktikan SWP tidak pernah ikhlas dengan segala yang telah mereka perkatakan dan secara tidka langsung ianya memperlihatkan SWP bagaikan tidak berpegang kepada perinsip.

"Sebagi sebuah parti politik, SWP selama ini sememangnya bersikap tidak ikhlas dan jujur lebih-lebih lagi dalam hubungan mereka dangan Barisan Nasional (BN) Sarawak dan lebih sadis lagi, biarpun SWP mengumumkan mereka adalah "Mesra BN" dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang lepas, mereka masih meletakan calon mereka bertanding menentang calon BN di beberapa kawasan parlimen."

"Boleh dikatakan, SWP telah kalah teruk di semua 11 kerusi Parlimen Sarawak yang mereka pertandingkan dalam PRU-13 dan saya percaya mereka telah kehilangan arah dan matlamat, lantas itulah mereka mengambil keputusan untuk bergabung dengan DAP Sarawak," jelas daud sambil menambah semuanya ini dilakukan hanya untuk satu sebab utama iaitu demi untuk mendapat sokongan rakyat.

"Saya yakin pengabungan dengan DAP/PR hanyalah satu strategi politik SWP yang mungkin berharapan mereka akan diberi peluang untuk meletakkan calon-calon mereka bertanding dalam Pilihan-Pilihan Raya yang akan datang, khususnya di bahagian pedalaman Sarawak di mana majoriti penduduknya adalah Iban adalah majoriti di kawasan berkenaan."

Daud, yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Naib Presiden berkata demikian ketika ditanya oleh pemberita mengenai kenyataan Presiden SWP Larry Sng pada hari Rabu yang lepas diatas kerjasama dan pengabungan SWP dan DAP Sarawak.

"Menyedari sikap ketidakikhlasan SWP yang sebaliknya membelakangi perinsip yang telah mereka lafazkan, majoriti rakyat jelas menolak SWP dan ini telah mereka terjemahkan menerusi PRU-13 lalu dan terus menerus memneri sokongan kepada Bn."

Dalam sidang akhbar SWP tempoh hari, Larry yang juga mendedahkan beberapa sesi mesyuarat di antara kedua-dua pihak telah diadakan selepas PRU-13 membincangkan akan kerjasama mereka juga mendakwa beberapa parti politik yang lain juga telah menunjukkan minat untuk menyertai PR dalam usaha pembangkang untuk menawan Putrajaya.

Menjelaskan keputusan pengabungan tersebut juga telah dibuat atas dasar rasa hormat kepada Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Bandar Kuching & ADUN Kota Sentosa), Larry mengakui secara amnya, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama demi memaksima jumlah penyokong disamping untuk mengelakkan dari "pertindihanh kawasan & pertandingan sesama sendiri.

"SWP mempunyai kekuatan dan pengaruh tersendiri di bebrapa kawasan, terutamanya di bahagian pedalaman dan ini akan memberi kelebihan kepada DAP dan PR, secara amnya maka disebabkan ini, SWP harus mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan dengan parti-parti pembangkang yang lain," kata Larry yang jus menyuarakan keyakinan beliau mengenai kepimpinan Chong akan mencapai mereka sokongan penuh rakyat dalam merealisasikan impisan PR di Sarawak.

Pada masa ini di peringkat negeri, SWP hanya mempunyai satu kerusi DUN Palagus yang diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri mereka iaitu George Lagong yang telah menumpaskan calon Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada Pilihan Raya Negeri tahun 2011.

Menyuarakan keyakinan serta jaminan bahawa langkah pengabungan SWP/DAP Sarawak tidak akan memberi apa-apa impak kepada BN Negeri ini, Daud menegaskan ini berdasarkan dengan kegagalan semua barisan calon SWP yang bertanding di beberapa buah kawasan Parlimen dalam PRU-13 dan lebih malangnya sokongan yang mereka perolehi amatlah sedikit dan jauh dari apa yang memreka telah gambarkan kepada umum sebelum ini.

"Dalam PRU13 yang lepas SWP ketara hanya memberi fokus dan tumpuan di beberapa kawasan terutamanya yang terletak dii bahagian pendalaman Sarawak tetapi sekali lagi masysrakat dikawasan-kawasan tersebut, terutamanya kaum Bumiputera/ethnik menyedari yang pada hakikatnya, selama ini, hanya BN yang telah dan tidak henti-henti menunjukkan keikhlasan dalam menyampaikan pelbagai-bagi penbangunan rakyat."

"Secara dasarnya, tindakan SWP menyertai pembangkang Sarawak adalah kerana mereka mempunyai satu persamaan atau motif yang sama iaitu untuk menentang BN namun begitu, saya percaya semua golongan masyarakat, khususnya di negeri ini menyedari dan peka akan perkembangan ini, menjuruskan sokongan berterusan pada BN."

Walaupun situasi terkini yang nyata memihakkan sokongan padu rakyat kepada BN, Daud menegaskan serta memberi jaminan yang BN negeri ini tidak akan leka malah akan terus bekerja lebih keras lagi dalam memperkasakan BN dengan mengandakan sokongan rakyat.

Berkaitan dengan kelulusan pendaftaran 20 parti yang baru oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dimana lima darinya berpangkalan di Sarawak, Daud berkata ini (memohon pendaftaran parti baru) adalah amalan demokrasi di negara kita dan sesiapa sahaja boleh menubuhkan parti asalkan memenuhi ssyarat-syarat yang sedia ada.

"Ia (penubuhan parti baru) adalah perkara yang normal dimana sesetengah pihak akan "mencuba nasib" dalam arena politik terutamanya menjelang pilihan raya negeri yang akan datang dalam tempoh dua tahun ini .. ianya adalah okay, ianya adalah baik," katanya lagi dan apabila diaju soalan berkaitan, Daud menjelaskan ianya bergantung kepada parti-parti baru tersebut sama ada mahu "Mesra BN" atau sebaliknya tetapi perlu diingatkan, BN Sarawak mempunyai parti-parti komponen yang tersendiri.

-UnReportedNews™®

Thursday, 29 August 2013

SWP UMPAMA PARASIT "BERGABUNG" DENGAN DAP SARAWAK!

-SWP BAGAIKAN "BERCABANG LIDAH" SEMASA PRU-13 DULU DENGAN MENYATAKAN PENDIRIAN "MESRA BN" TAPI TETAP BERTANDING & KINI MENGUMUMKAN AKAN BERGANDING BAHU DENGAN DAP! KINI MEREKA MEMPAMIRKAN SIKAP "PARASIT" MEREKA PULA! KEKEKE!!!-

Parti Pekerja Sarawak (SWP) bukan lagi mesra Barisan Nasional (BN) sekali gus menamatkan spekulasi mengenai hala tuju ahli-ahlinya.

Presiden SWP Larry Sng berkata, partinya bersedia untuk barganding bahu dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri, malah menunjukkan rasa hormat terhadap Pengerusinya, Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa.

“SWP dan DAP bersetuju untuk bekerjasama untuk memaksimumkan kekuatan dari segi jumlah penyokong dan tidak perlu bagi parti pembangkang berebut sesama sendiri dalam kancah politik yang kini begitu sesak,” ujar Larry ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, pihak pembangkang seharusnya mengumpul segala sumber dan menyalurkan mesej sebagai satu kumpulan dan DAP sebagai tulang belakang Pakatan Rakyat (PR) harus mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan bersama parti-parti pembangkang lain.

“Ia juga tepat pada masanya kerana kini kami sedang berkembang ke arah kerusi di kawasan pedalaman dan saya yakin kepimpinan Chong akan menerima sokongan penuh daripada kami dalam me- realisasikan impian PR di Sarawak,” tambahnya.

Beliau turut memberitahu, beberapa mesyuarat di antara SWP dan DAP telah diadakan selepas PRU13 bagi membincangkan kerjasama di antara kedua-dua parti tersebut.

Larry berkata, parti politik lain yang berkongsi pendapat dan idealogi yang sama iaitu menawan Putrajaya adalah dialu-alukan untuk menyertai PR.

Selain itu, beliau memberitahu SWP mempunyai kekuatan dan pengaruh di kawasan pedalaman Sarawak yang mungkin akan memberi kelebihan kepada PR.

“Secara prinsipnya, kita harus bergabung tenaga bagi menentang BN,” ujar Chong ketika ditemui pemberita di ibu pejabat DAP kelmarin.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu, SWP yang menyatakan pendirian mesra BN tetap bertanding namun tewas di semua kerusi yang diperuntukkan kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS), salah satu parti komponen BN negeri. (sumber)

-UnReportedNews™®

Monday, 6 August 2012

BELANG SEBENAR SWP IAITU “MUSUH” BN MULA MENAMPAK?

-PRESIDEN SWP LARRY SNG DENGAN SINIS MENYELAR SALAH SEORANG PEMIMPIN PRS/BN YANG SWP TIDAK MENGAMALKAN AMALAN “TOWKAY” .. YE KE NI LARRY? .. JANGANLAH CAKAP BERBELIT-BELIT, KALAU BETUL-BETUL SETIAKAWAN PADA BN MENGAPA NAK LAWAN PRS? SUDAH-SUDAH LAH PASAL DENDAM LAMA TU YE .. KEKEKE-

Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng berkata parti yang baru ditubuhkan  bersedia untuk membuat penampilan sulung dalam pilihan raya umum akan dating tidak mengamalkan politik "Towkay" seperti yang didakwa oleh beberapa ahli politik yang menyalahkannya berniat memecah Dayak perpaduan.

Bekas pembantu menteri negeri semalam menjelaskan SWP adalah untuk menyediakan perkhidmatan kepada rakyat dengan melanjutkan dana pendidikan dan perlindungan insurans kepada ahli-ahli parti.

Selain daripada memberi perkhidmatan dengan lebih baik dengan menambah baik sistem penyampaian kerajaan pembiayaan, membanteras rasuah dan menggalakkan kerajaan yang lebih besar ketelusan.

"Kami mahu semua Sarawak untuk berjaya. Kami mesra perniagaan dan yang lebih penting, mesra rakyat," katanya dalam status terkininya di akaun rasmi media social Facebooknya.

Larry, 33, yang meletak jawatan sebagai Penasihat Khas (Belia) kepada kerajaan negeri apabila dipilih sebagai SWP president pada bulan Mei tahun ini menegaskan bahawa SWP akan menjadi parti mesra Barisan Nasional (BN) tetapi akan bertanding mencabar parti komponen BN negeri, Parti Rakyat Sarawak (PRS), dalam semua tempat duduk enam parlimen.

"Kami tidak mengamalkan politik lapuk, dan sudah tentu bukan politik 'Towkay'," katanya, sambil menambah bahawa ia juga akan membangkitkan isu-isu yang penting kepada rakyat semua kaum dan lapisan masyarakat.


-UnReportedNews™®



Friday, 20 July 2012

HELI TERHEMPAS DALAM SUNGAI, NASIB TIGA PENUMPANG BELUM DIKETAHUI

-HANYA JURUTERBANG HELIKOPTER RICO STEGER, 35, WARGANEGARA JERMAN BERJAYA BERENANG MEREMPUH ARUS DERAS SUNGAI TERSEBUT SEBELUM DI SELAMATKAN OLEH NELAYAN TEMPATAN .. SEHINGGA KINI TIGA PENUMPANG LAIN BELUM DI TEMUI-


Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120 syarikat keselamatan “Sebiro” milik Datuk Sng Chee Hua dilaporkan terhempas di dalam Sungai Lingga, Sri Aman dalam cubaannya membuat pendaratan cemas pagi tadi.

Menurut laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pesawat terbabit yang dipandu juruterbang warga asing bersama tiga lagi penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada jam 8.57 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Abdullah Sani ketika mengesahkan kejadian itu tersebut menyatakan dia dimaklumkan oleh DCA, helikopter itu dalam perjalanan ke Nanga Merit, Kapit dari KIA.

“Helikopter tersebut  dinaiki oleh seorang juruterbang dan tiga penumpang namun  juruterbang terbabit diselamatkan oleh sekumpulan nelayan selepas empat jam berenang di muara sungai itu dan seterusnya dibawa ke Kampung Tebelu, Sebuyau.”

Menurut Acyril lai gerakan mencari tiga lagi penumpang yang hilang masih diteruskan dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)

Anak kepada pemilik syarikat helikopter berkenaan, Larry Sng dalam laman twitternya juga mengesahkan kes helikopter syarikat Sebiro yang terhempas di mana juruterbang yang hanya di kenali sebagi Rico selamat.

“Kesemua empat penumpang terselamat setelah terhempas ke dalam sungai yang arusnya begitu deras, namun hingga kini, Rico saja yang disahkah terselamat,” tambah Larry lagi.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List