Friday 30 August 2013

AKHIRNYA SWP TUNJUK BELANG SEBENAR, TIADA KEJUJURAN DALAM GABUNGAN SWP/DAP!

-SEBELUM PRU13, SWP MENGAKU "MESRA BN" TAPI LETAK CALON TENTANG BN! BERDASARKAN JUMLAH UNDI YANG HAMBAR DIHAMPIR SEMUA KAWASAN YANG DITANDINGI, RAKYAT NYATA MENOLAK SWP! MUNGKIN MENYEDARI HAKIKAT SEMEMANGNYA TIADA SEBARANG RUANG DALAM BN SARAWAK BUAT SWP YANG TELAH MENDORONG MEREKA UNTUK BERGABUNG PULA DENGAN PEMBANGKANG! KEKEKE!!!-

Hasrat Parti Pekerja Sarawak (SWP) menyertai Parti Tindakan Demokratik Negeri (DAP) negeri ini jelas mengambarkan SWP tidak jujur serta dilihat sebagai satu tindakan yang amat "terdesak" yakni hanya untuk satu sebab iaitu demi untuk survival dan sinambungan kewujudan parti tersebut.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam Datuk Haji Daud Abdul Rahman berkata mengatakan pendekatan SWP untuk menyertai DAP membuktikan SWP tidak pernah ikhlas dengan segala yang telah mereka perkatakan dan secara tidka langsung ianya memperlihatkan SWP bagaikan tidak berpegang kepada perinsip.

"Sebagi sebuah parti politik, SWP selama ini sememangnya bersikap tidak ikhlas dan jujur lebih-lebih lagi dalam hubungan mereka dangan Barisan Nasional (BN) Sarawak dan lebih sadis lagi, biarpun SWP mengumumkan mereka adalah "Mesra BN" dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang lepas, mereka masih meletakan calon mereka bertanding menentang calon BN di beberapa kawasan parlimen."

"Boleh dikatakan, SWP telah kalah teruk di semua 11 kerusi Parlimen Sarawak yang mereka pertandingkan dalam PRU-13 dan saya percaya mereka telah kehilangan arah dan matlamat, lantas itulah mereka mengambil keputusan untuk bergabung dengan DAP Sarawak," jelas daud sambil menambah semuanya ini dilakukan hanya untuk satu sebab utama iaitu demi untuk mendapat sokongan rakyat.

"Saya yakin pengabungan dengan DAP/PR hanyalah satu strategi politik SWP yang mungkin berharapan mereka akan diberi peluang untuk meletakkan calon-calon mereka bertanding dalam Pilihan-Pilihan Raya yang akan datang, khususnya di bahagian pedalaman Sarawak di mana majoriti penduduknya adalah Iban adalah majoriti di kawasan berkenaan."

Daud, yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Naib Presiden berkata demikian ketika ditanya oleh pemberita mengenai kenyataan Presiden SWP Larry Sng pada hari Rabu yang lepas diatas kerjasama dan pengabungan SWP dan DAP Sarawak.

"Menyedari sikap ketidakikhlasan SWP yang sebaliknya membelakangi perinsip yang telah mereka lafazkan, majoriti rakyat jelas menolak SWP dan ini telah mereka terjemahkan menerusi PRU-13 lalu dan terus menerus memneri sokongan kepada Bn."

Dalam sidang akhbar SWP tempoh hari, Larry yang juga mendedahkan beberapa sesi mesyuarat di antara kedua-dua pihak telah diadakan selepas PRU-13 membincangkan akan kerjasama mereka juga mendakwa beberapa parti politik yang lain juga telah menunjukkan minat untuk menyertai PR dalam usaha pembangkang untuk menawan Putrajaya.

Menjelaskan keputusan pengabungan tersebut juga telah dibuat atas dasar rasa hormat kepada Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Bandar Kuching & ADUN Kota Sentosa), Larry mengakui secara amnya, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama demi memaksima jumlah penyokong disamping untuk mengelakkan dari "pertindihanh kawasan & pertandingan sesama sendiri.

"SWP mempunyai kekuatan dan pengaruh tersendiri di bebrapa kawasan, terutamanya di bahagian pedalaman dan ini akan memberi kelebihan kepada DAP dan PR, secara amnya maka disebabkan ini, SWP harus mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan dengan parti-parti pembangkang yang lain," kata Larry yang jus menyuarakan keyakinan beliau mengenai kepimpinan Chong akan mencapai mereka sokongan penuh rakyat dalam merealisasikan impisan PR di Sarawak.

Pada masa ini di peringkat negeri, SWP hanya mempunyai satu kerusi DUN Palagus yang diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri mereka iaitu George Lagong yang telah menumpaskan calon Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada Pilihan Raya Negeri tahun 2011.

Menyuarakan keyakinan serta jaminan bahawa langkah pengabungan SWP/DAP Sarawak tidak akan memberi apa-apa impak kepada BN Negeri ini, Daud menegaskan ini berdasarkan dengan kegagalan semua barisan calon SWP yang bertanding di beberapa buah kawasan Parlimen dalam PRU-13 dan lebih malangnya sokongan yang mereka perolehi amatlah sedikit dan jauh dari apa yang memreka telah gambarkan kepada umum sebelum ini.

"Dalam PRU13 yang lepas SWP ketara hanya memberi fokus dan tumpuan di beberapa kawasan terutamanya yang terletak dii bahagian pendalaman Sarawak tetapi sekali lagi masysrakat dikawasan-kawasan tersebut, terutamanya kaum Bumiputera/ethnik menyedari yang pada hakikatnya, selama ini, hanya BN yang telah dan tidak henti-henti menunjukkan keikhlasan dalam menyampaikan pelbagai-bagi penbangunan rakyat."

"Secara dasarnya, tindakan SWP menyertai pembangkang Sarawak adalah kerana mereka mempunyai satu persamaan atau motif yang sama iaitu untuk menentang BN namun begitu, saya percaya semua golongan masyarakat, khususnya di negeri ini menyedari dan peka akan perkembangan ini, menjuruskan sokongan berterusan pada BN."

Walaupun situasi terkini yang nyata memihakkan sokongan padu rakyat kepada BN, Daud menegaskan serta memberi jaminan yang BN negeri ini tidak akan leka malah akan terus bekerja lebih keras lagi dalam memperkasakan BN dengan mengandakan sokongan rakyat.

Berkaitan dengan kelulusan pendaftaran 20 parti yang baru oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dimana lima darinya berpangkalan di Sarawak, Daud berkata ini (memohon pendaftaran parti baru) adalah amalan demokrasi di negara kita dan sesiapa sahaja boleh menubuhkan parti asalkan memenuhi ssyarat-syarat yang sedia ada.

"Ia (penubuhan parti baru) adalah perkara yang normal dimana sesetengah pihak akan "mencuba nasib" dalam arena politik terutamanya menjelang pilihan raya negeri yang akan datang dalam tempoh dua tahun ini .. ianya adalah okay, ianya adalah baik," katanya lagi dan apabila diaju soalan berkaitan, Daud menjelaskan ianya bergantung kepada parti-parti baru tersebut sama ada mahu "Mesra BN" atau sebaliknya tetapi perlu diingatkan, BN Sarawak mempunyai parti-parti komponen yang tersendiri.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List