Showing posts with label PRU-14. Show all posts
Showing posts with label PRU-14. Show all posts

Sunday, 2 October 2016

Komplot Melawan Ahli Parlimen BN "Dari Dalam" Terbongkar...?


Dengan jangkaan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dilangsungkan pada tahun hadapan, terdengar desas-desus terdapat gerakan yang dilancarkan oleh seorang individu di dalam parti komponen BN Sarawak berniat dan sudah memasang langkah untuk menentang Ahli Parlimennya sendiri pada PRU14 tersebut.

Individu tersebut juga dikatakan telah mula "mengambil hati" beberapa orang pemimpin di bahagian ranting dan bahagian parti berkenaan.

Sumber dalaman juga mendedahkan, bahkan beberapa orang dari mereka telah pun dibawa melancung ke luar negara dan beberapa siri sesi melancung ke luar negara seumpama itu juga dalam masa yang terdekat sedang dalam perancangan individu tersebut.

"Saya percaya, mereka yang dibawa melancung ke luar negara ini sedang dipujuk oleh individu tersebut agar memberi sokongan terhadapnya pada PRU14 nanti."

Ditanya samaada ADUN atau Ahli Parlimen tersebut mengetahui akan "komplot" tersebut, sumber tersebut menyatakan, "kita orang parti telah memaklumkan perkara tersebut kepada mereka (ADUN dan Ahli Parlimen) tapi tak tahulah samaada ianya diambil serius atau sebaliknya."

"Sebenarnya individu ini telah lama bergerak dan memasang niat untuk menjadi wakil rakyat, baik di peringkat DUN atau Parlimen," dedahnya lagi.

Sumber tersebut mendakwa, "Bahkan terdapat satu ranting (dari peringkat pemimpin hinggalah ke akar umbi) yang sudah bersetuju menyokong individu tersebut sementara yang lain-lainnya (pada masa ini) hanyalah pada peringkat pemimpin."

"Saya juga percaya individu ini sanggup keluar parti dan bertanding atas tiket bebas pada PRU14 nanti," katanya di akhir perbualan kami. -UnReportedNews™®

Monday, 19 August 2013

PSYWAR PR BARU, CODENAME: SEEK & KILL!

-PAKATAN RAKYAT DAH MEMULAKAN LANGKAH UNTUK MENGHADAPI PRU-14! AWAS! GERAK KERJA TERBARU PSYWAR MEREKA IAITU SEEK & KILL! BN BILA LAGI? TAKKAN NAK TUNGGU SEBULAN DUA NAK PRU TU? KEKEKE!!!-

Maklumat gerak kerja cyber war team Pakatan Rakyat PRU14 .. codename SNK (seek n kill) .. Berikut maklumat gerak kerja mereka.

1. Mewujudkan pasukan disetiap DUN dengan anggota minima 5 orang (kerja tetap dengan party min gaji rm3k)

2. Mempersiap command center disetiap DUN

3. Menyediakan infrastruktur komunikasi server, handphone maxis celcom digi, laptop,digital camera, video recorder, digital line.

4. Melatih pasukan dengan kemahiran komunikasi internet, hacking, attack and defend.

5. Mendengar, mengenalpasti dan memanipulasi segala masalah dalaman parti UMNO,MCA,MIC dan lain lain secara mingguan dan bulanan.

6. Mewujudkan gerak saraf dgn memanipulasi isu bagi memporak perandakan serta menggoncang kekuatan dalaman UMNO, MIC,MCA.

7. Membangkitkan isu perkauman dan menjadikan UMNO, MIC,MCA sebagai kuda hitam- info

Berikut pula usaha gerak kerja untuk pemilihan UMNO:

PKR sedang memantau mesyuarat cawawangan2 UMNO yang sedang berlangsung untuk mencari kesilapan dalam perlaksanaan mesyuarat.

Komen serta kritikan oleh ahli UMNO sendiri yang dibuat melalui laman sosial akan diguna untuk dilapor kepada pihak ROS.Ini sebagai satu tindakbalas utk memastikan ROS mengambil tindakan terhadap UMNO sama seperti tindakannya terhadap DAP.

Tujuan mereka adalah untuk meletakkan UMNO dalam permasaalahan. 

Hal parti kita dan hal masalah kita tak usahlah nak dimasukkan dlm fb, twitter atau blog.

Harap pihak berkuasa tidak melakukan perkara dan agenda mesyuarat yang mencurigakan hingga menimbulkan ketidak puas hati ahli-ahli.

Pastikan tiada usaha untuk "bulldozer" sesuatu agenda. -The Unspinners 

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List