Showing posts with label Ops Daulat. Show all posts
Showing posts with label Ops Daulat. Show all posts

Monday, 25 March 2013

SELAMAT HARI POLIS KE 206

-SELAMAT HARI POLIS KE 206-

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersalaman dengan anggota polis yang bertugas dalam Ops Daulat semasa sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di Tungku, Lahad Datu 

Jasa dan baktimu pada negara, agama dan bangsa tiada hadnya,
Nyawamu dipergadaikan demi maruah Malaysia,
Dikaulah satria sejati, wira abadi di hati kami,
Pantang mengundur, menghunus senjata demi ibu pertiwi,
Gugurmu kau redakan demi tanah airmu,
Walau diiringi tangisan sebak isteri serta anak-anak kalian,
Doa kami rakyat Malaysia agar semua angota PDRM walau dimana saja berada sentiasa dilindungiNYA,
Agar kembali selamat ke pangkuan keluarga,
Selamat Hari Polis.

-UnReportedNews™®

SIAPA ANWAR NAK TAWAR SABAH KEPADA KIRAM III & MISUARI?

-SABAH BUKANNYA MILIK PAK IBRAHIM UNTUK ANWAR BERI-BERIKAN KEPADA ORANG ASING! RAKYAT SABAH TELAH MEMILIH MALAYSIA MENERUSI PEJANJIAN COBBOLT 1963 MAKA MALAYSIA ADALAH MILIK MALAYSIA, SEBAHAGIAN DARIPADA MALAYSIA! KEKEKE!!!-

Krisis pencerobohan yang berlaku di Sabah kian menarik untuk diikuti apabila bekas pemimpin utama MNLF iaitu Nur Misuari semakin berani memperlihatkan sikap permusuhannya dengan negara ini.

Rakan baik kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim itu tanpa berselindung telah menuduh Malaysia adalah penjajah di Sabah, satu tuduhan yang jelas bermotifkan niat jahat selain tersirat keinginan Misuari untuk merampas Sabah.

Baru-baru ini media perdana telah mendedahkan perancangan Nur Misuari sekitar tahun 2007 untuk menawan Sabah dalam tempoh beberapa jam. Dan pencerobohan yang berlaku kali ini juga menunjukkan wujudnya kaitan langsung dengan bekas pemimpin MNLF itu.

Itu cukup membuktikan Nur Misuari bukannya seorang rakan sejiran yang baik sebaliknya bekas pemimpin MNLF itu lebih layak digelar sebagai musuh negara yang wajar diperangi.

Menariknya selepas kenyataan Nur Misuari yang memperolokkan Malaysia, tiba-tiba sahaja Ketua Umum PKR mengeluarkan kenyataan seperti bersetuju dengan pandangan rakannya itu apabila menyatakan kesediaannya merundingkan kedudukan Sabah dengan Filipina.

Jika isi rundingan bertujuan untuk membincangkan pasukan pengganas Sulu pro Jamalul Kiram III menyerah diri, tentunya rakyat menyambut baik, tapi bila tujuannya bermaksud merundingkan kedudukan Sabah sesuai dengan tuntutan Filipina dan Jamalul Kiramm III, itu namanya pengkhianatan.

Siapa Anwar dan siapa Misuari? Adakah kedua-duanya rakyat Sabah? Tentu sahaja bukan. Jadi mereka tidak berhak untuk menentukan kedudukan Sabah. Apa lagi yang hendak dirundingkan, sedangkan keputusan Suruhanjaya Cobbold pada 1963 telah mengesahkan rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia.

Bagi rakyat Sabah isu penjajahan langsung tidak timbul sejak 1963 secara automatik Sabah adalah milik sah Malaysia. Itu kehendak rakyat Sabah yang tidak perlu dipertikaikan oleh Anwar dan tidak layak di tukar ganti oleh Nur Misuari.

Malah tuduhan Misuari kononnya Malaysia memperalatkan MILF semata-mata untuk mengekalkan penguasaan ke atas Sabah juga tidak benar sama sekali memandangkan perjanjian damai di antara MILF dengan Kerajaan Filipina sama sekali tidak melibatkan isu mengenai Sabah.

Sekalipun Filipina pernah menuntut kedaulatannya ke atas Sabah konon dengan menggunakan alasan ia milik Kesultanan Sulu, namun perkara ini sudah pun selesai selepas Filipina menggugurkan tuntutannya pada 1989, manakala Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2001 pula berpihak kepada Malaysia.

Berdasarkan rentetan sejarah ini jelas sekali Sabah kekal milik Malaysia dan isu penjajahan langsung tidak timbul. Sebaliknya yang terang-terangan cuba mengganggu ketenteraman di Sabah ialah geng pengganas Sulu Jamalul Kiram III yang mendapat dukungan Nur Misuari.

Isu yang sepatutnya ditekankan sekarang ialah Misuari dan Jamalul Kiram III telah menceroboh kedaulatan Malaysia, dan mereka adalah musuh negara. Soalnya sekarang kenapa Anwar beria-ia mahu merundingkan kedudukan Sabah dengan musuh negara? (sumber)

-UnReportedNews™®

PERANG GERILA PENGGANAS SULU HANYA SIA-SIA!

-PESANAN BUAT KIRAM III & PENGGANAS SULU, HATI & MINDA RAKYAT MALAYSIA SUDAH BERSAMA KERAJAAN WALAUPUN TERDAPAT PIHAK TERMASUK PEMBANGKANG TETAPI MEREKA TIDAK MAMPU MEMPENGARUHI MINDA & HATI RAKYAT! KEKEKE!!!-

Hello, Dah nak kebulur? Macam mana "beta" nak hantar makanan ni?
Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, pada tahun 1990, ketika dia bertemu kali pertama dengan Nelson Mandela selepas pembebasannya, perkara pertama yang beliau (Mandela) tanyakan kepadanya adalah bagaimana Malaysia mengalahkan gerila (komunis).

Menurutnya beliau telah dilatih di Yugoslavia dan Libya, dan beliau diberitahu bahawa gerila tidak boleh dikalahkan. Jadi bagaimana Malaysia mengalahkan gerila?

Saya menjelaskan bahawa dua perkara yang membantu dalam mengalahkan gerila di Malaysia.

Pertama ialah keputusan untuk memindahkan semua penduduk yang tinggal di pinggir hutan dan meletakkan mereka di kampung-kampung baru yang dikawal. Kedua adalah kempen untuk memenangi hati dan minda rakyat.

Hati rakyat bersama Kerajaan Malaysia-Mahathir
Mungkin Jamalul Kiram tidak tahu apa-apa mengenai bagaimana Malaysia menguruskan gerila. Seruan beliau untuk melaksanakan perang gerila di Malaysia berdasarkan kejahilan.

Ya, di Filipina, Moro menjalankan perang gerila selama beberapa dekad. Namun ia tidak menyebabkan mereka mencapai kemerdekaan. Akhirnya, MILF memutuskan untuk menerima pakai cara rundingan dan autonomi untuk wilayah tersebut.

Malaysia mengikuti perjuangan Moro sangat rapat dan sedar bahawa perang gerila boleh terjadi. Ia boleh menyebabkan Malaysia kurang stabil dan selamat. Tetapi keadaan hari ini adalah memihak kepada Malaysia untuk mengalahkan sebarang cubaan kepada perang gerila oleh Kiram dan Suluk.

Pertamanya hati dan minda rakyat sudah bersama kerajaan. Benar terdapat beberapa pihak termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak dengan kerajaan tetapi mereka tidak mampu untuk mempengaruhi minda dan hati majoriti rakyat.

Kita tahu bagaimana mahu menempatkan semula orang-orang yang terdedah kepada keganasan atau dijadikan sandaran untuk menyokong penceroboh dan kita mempunyai wang untuk melakukannya.

ATM
Dan yang paling penting adalah kita mempunyai pasukan keselamatan untuk melawan sebarang tindakan gerila yang mungkin dipujuk dan membahayakan nyawa mereka untuk perjuangan yang sia-sia.

Askar dan polis yang terlibat memerangi pengganas di Lahad Datu amat terlatih dan dilengkapi dengan baik. Pasukan keselamatan Malaysia telah mewarisi pengetahuan dan kemahiran dalam peperangan anti-gerila. 

Semangat pasukan keselamatan Malaysia adalah sangat baik dan cubaan untuk menakut-nakutkan mereka dengan merosakkan jasad rakan-rakan mereka tidak berkesan. Ia bahkan menyebabkan pasukan keselamatan kita sangat marah dan lebih bersemangat untuk mengalahkan musuh. Ia hampir menjadi perang peribadi untuk mereka.

PDRM
Rakyat Malaysia mesti berterima kasih kepada 'anak-anak lelaki kita' yang sanggup mati untuk negara. Ia bukan satu sandiwara. Ia adalah benar. Kematian dan kecederaan sebenar. Jika kita merasa selamat dan terjamin, jika kita merasa stabil dan bebas daripada ketakutan serangan gerila tersebut ia adalah kerana askar dan polis bersedia untuk mati mempertahankan kita.

Jika mereka tiada, apa yang berlaku di Filipina boleh berlaku di sini juga. Kami tidak akan tenteram untuk menjalani kehidupan harian tanpa kepastian mengenai keselamatan kita.

Keamanan dan kestabilan tidak berlaku begitu sahaja. Ada yang bekerja untuknya. Mereka bergantung kepada kesedaran kita dan sikap tidak mengambil mudah. Lihatlah sekeliling kita, lihatkan Timur Tengah atau Asia Selatan atau Amerika Latin. Lihat juga masalah ekonomi dan kewangan di Amerika dan Eropah.

Kemudian melihat semula ke dalam negara kita. Saya fikir terdapat banyak peluang untuk kita bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjamin keamanan dan kestabilan. (sumber

-UnReportedNews™®

Sunday, 24 March 2013

SEKEPING PUN KIRAM III DAH TERKENCING! BAYANGKAN...

-MINGGU LEPAS FILIPINA DIGEMPAR OLEH KIRAM III YANG TERKENCING DALAM SELUAR KERANA DEK KETAKUTANNYA GARA-GARA SEKEPING DUIT SILING 50 SEN MALAYSIA YANG BARU! KEKEKE!!!-

Gempar, seluruh Filipina gempar apabila seorang budak menunjukan wang syiling 50sen yang baru milik Malaysia yang diberikan kepadanya dihadapan rumah Kiram oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam.

Lelaki yang tidak dikenali itu kemudiannya dikatakan juga telah mengambil gambar rumah Kiram dari jarak dekat. 

Mahu terkencing Kiram bila tengok budak ni pegang Syiling 50 Sen Malaysia berada di hadapan rumahnya.

Kiram III yang nyata berniat untuk mengeruhkan keadaan di antara kedua kerajaan Filipina dan Malaysia dengan sewenangnya menuduh tanpa sebarang bukti lelaki tersebut adalah "komando Malaysia" yang diarah untuk membunuhnya!

Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dalam responnya terhadap dakwaan orang tua gila itu menegaskan, Malaysia adaah kerajaan yang diiktiraf dunia dan menghormati undang-undang dan kedaulatan negara-negara lain dan langsung tiada niat sebesar hama pun nak melibatkan diri dengan Kiram III!

Itu baru sekeping duit siling 50 sen. Bayangkan kalo dia menerima banyak ni?


Innalillahwainnarojjiunnn....

-UnReportedNews™®

TERKINI: EMPAT LAGI LANUN SULU MATI DIBUNUH DALAM PERTEMPURAN HARI INI

-AHLI KUMPULAN PENGGANAS SULU YANG DI ARAH OLEH ORANG TUA GILA YANG PERASAN DIA SULTAN SULU; KIRAM III MENCEROBOH LAHAD DATU SEJAK BULAN LALU YANG KINI BERSEMBUNYI KETAKUTAN DALAM HUTAN BERPAYA SETELAH DIJEJAKI & DIHAPUSKAN OLEH ANGGOTA KESELAMATAN KITA! PANDAI TEBANG PANDAI LAH PIKUL OI! KEKEKE!!!-

Menurut rakan blogger The Flying Kick, ini berita yang baru diterima...

Satu pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dengan lanun-lanun Sulu di sebuah kawasan berpaya. Dalam pertempuran pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh empat orang lanun Sulu, manakala seorang anggota tentera  mengalami kecederaan

Tembakan dilepaskan oleh lanun-lanun Sulu tersebut, dan kemudian melarikan diri ke dalam sebuah rumah penduduk tempatan. Kemudian, rumah tersebut dibakar bagi tujuan melengah-lengahkan pasukan keselamatan Malaysia.

Lanun-lanun Sulu yang berjaya ditembak dan dibunuh itu, tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan merupakan warga asing.

Berita kejayaan pasukan keselamatan Malaysia itu, menyusul selepas desakan mula dibuat agar Kerajaan mewujudkan sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat pembabitan Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Tian Chua dan Sivarasa Rasaiah yang dilaporkan telah menghantar sejumlah wang tunai dalam pertemuan dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III pada Julai 2012.

Semalam, pasukan keselamatan Malaysia telah berjaya menahan Komander utama Jamalul Kiram III bersama-sama isterinya yang telah menjadi talibarut dan pemberi maklumat serta perancang utama bersama-sama Agbimuddin Kiram dalam serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu tersebut.

Saki-baki lanun Sulu yang masih bebas, dilaporkan berada dalam keadaan yang amat terdesak serta kebuluran. Keadaan mereka dikatakan menyerupai pengganas komunis yang ramai mati kebuluran selepas Kerajaan British di bawah Harold Briggs mewujudkan perkampungan baru di tanah-tanah 'pinjam' daripada Sultan-Sultan Melayu dan kemudian mengadakan 'PUSAT MAKANAN BERKELOMPOK' apabila tiada lagi beras yang diberikan, sebaliknya makanan yang telah siap dimasak kepada penduduk kampung-kampung baru.

Di Filipina pula, golongan Kiram semakin kelam-kabut dan cuba untuk mewujudkan suasana yang menyebelahi mereka. Namun berdasarkan kepada senario yang dihidangkan, keluarga Kiram sebenarnya sangat layak menjadi badut sarkas kalau tidak pun, pak lawak, memandangkan kebanyakan cerita yang dikhabarkan semuanya bersifat lawak-lawak belaka terutama sekali yang membabitkan Jacel Kiram yang perasan dia adalah seorang puteri raja.

-UnReportedNews™®

KRONOLOGI BUTIRAN ISU PENCEROBOHAN PENGGANAS SULU DI LAHAD DATU

-SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS PENGLIBATAN ANWAR KE ATAS PENCEROBOHAN PENGGANAS KIRAM DI LAHAD DATU WAJAR DISEGERAKAN-

16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG"

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence. Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013.

              - Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA.

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA.

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu.

               - Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina.

28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita.

               - Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung.

               - Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG"

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence!

              - Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA!

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"!

7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul.

             - Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar!

10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih, memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF.

             - Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu!

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau.

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.

13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari!

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu!

20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari !

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan Dijanjikan bayaran.

22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu).

*Nota : Pertemuan Anwar dengan Nur Misuari ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada pertengahan tahun 1990an tidak disertakan.

Bersambung... (sumber

-UnReportedNews™®

* LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®


PKR DI SEBALIK INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU?

-KEHADIRAN SIVARASA & TIAN CHUA DI MANILA PADA 7HB FEBUARI 2013, DUA HARI SEBELUM INSIDEN ITU BERLAKU DIKATAKAN HANYA UNTUK MENYERAH SEJUMLAH WANG KEPADA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM KEJADIAN ITU?- 


Anwar Turut Jumpa Nur Misuari Di Manila
Manila – Philippine Military Intelligence mengesahkan kehadiran Sivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013, yakni dua hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9 Februari 2013. 


Media antrabangsa seperti Reuters, Inquirer  Manila Times, The Philipine.ABC.CBN, Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan “Pembabitan Individu Pembankang dari Malaysia”. Kemudiannya individu pembangkang ini dikenalpasti sebagai Tian Chua, R. Sivarasa dan Bapa Pengkhiamat Negara Anwar Ibrahim. 

Dua hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Mahkamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi. 

Pada 8.2.2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan Kelompok-Kelompok MNLF, dipercayai memberikan Sejumlah Wang yang maha besar kepada MNLF untuk mengkucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononnya pada 1.3.2013. 

Perjumpaan pada 7 Feb 2013 merupakan janji manis Buku Jingga ke-2, dua orang pengkhianat kepada penceroboh untuk menceroboh negara sendiri. 

Begitu juga bapa segala pengkhianat negara Anwar Ibrahim turut bersama-sama berada di Manila bertemu Nur Misuari. Ini juga dipantau oleh Philipine Militarry Intelligent dan dilapor oleh media-media cetak antarabangsa. 

Mereka Ke Manila Membawa Wang pada 7.2.2013…2 Hari Sebelum Pendaratan Pertama Pengganas Kiram 

RM 20 JUTA ANWAR BAYAR LAJIM

Ramai orang di luar sana tidak mengetahui bahawa Bapa Pengkhianat Negara Anwar Ibrahim, telah membayar Lajim sejumlah Wang RM20 Juta untuk melompat lagi kepada PKR. Info ini diberitahu kepada kami oleh Salah Seorang Pegawai Tinggi Lajim di Kementerian Perumahan…(Kinabaluboy akan ulas perkara ini kemudian). 

Maknanya, jika Anwar boleh bayar Lajim RM20 Juta supaya melompat parti. Maka anda teka berapa Jumlah Wang yang Anwar usahakan kepada Kelompok MNLF ini? 

Mereka hendak membeli sesiapa sahaja sekarang, bapa Saiful mereka beli, dan cubaan membeli Dato’ Eskay turut dibuat. Sekali lagi janji Buku Jingga Bapa Pengkhianat Negara Nombor 1, bukan sahaja Sabah malahan Sarawak juga mahu dituntut oleh Misuari. Maka terancamlah keselamatan Sabah & Sarawak. Di Sarawak, NDI melalui Global Witness yang dibiayai oleh (George Soros) yang merupakan penyagak matawang turut fokus kepada Sarawak, turut mengkucar-kacirkan negeri Sarawak. 

Isu ini Kinabaluboy akan sambung dua tiga hari lagi, krew strategik kami baru sahaja terbang ke Sarawak untuk mendapatkan maklumat eksklusif untuk anda. Sabah & Sarawak adalah fix deposit BN mereka hendak meruntuhkan secara kejam, pertumpahan darah dan menggadaikan negara.

Is Money An Issue? NO. Lihat kepada kesanggupan membayar bapa Saiful berapa juta!. Juga Offer membayar Dato Eskay any amaunt to any account in any country. Bermaksud unlimited budget ditaja oleh siapa? Bersambung… (sumber)

-UnReportedNews™®

* LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

Saturday, 23 March 2013

TERKINI: WAJAH JENERAL MILITAN & TALIBARUT KUMPULAN PENGGANAS SULU DIDEDAHKAN!

-AMBIK KAW! MERENGKOK & MEREPUT DALAM PENJARA SEBELUM DI HUKUM BUNUH! ITU HUKUMAN YANG SETIMPAL KEPADA MEREKA YANG MENGISTIHAR PERANG TERHADAP DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG & KERAJAAN MALAYSIA!-


Menurut rakan blogger Empayar Pemuda, berikut adalah dua keping gambar yang memperlihatkan wajah Jeneral Perang Dan Menteri Pertahanan Sulu yang dikenali sebagai Datuk Amir Baha@Datuk Bahang.

Jeneral itu ditahan di satu kawasan paya bersama isterinya pukul 1.30 pagi, Sabtu lalu.

Jika benarlah engkau ni talibarut lanun-lanun Sulu yang mengkordinasikan semua perancangan serangan Lahad Datu, Sabah (ptuiiiih), ko memang layak mati sahaja!
Turut ditahan ketika itu ialah seorang talibarut (warga tempatan) yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.

Penahanan itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata, kejayaan itu menandakan pergerakan pengganas di kawasaN Lahad Datu sebagai lumpuh.

“Dengan penahanan ‘military commander’ atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini pagi tadi.

-UnReportedNews™®

TERKINI: KUMPULAN PENGGANAS SULU LUMPUH!

-BERIKUTAN DENGAN TERTANGKAPNYA DUA INDIVIDU PENTING; SEORANG KOMANDER MILITAN & KORDINATOR TEMPATAN BERSAMA ISTERI MASING-MASING SEMALAM! KEKEKE!!!-

Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal hari Sabtu. 

Menurut laporan Bernama,Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai. 

Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini. 

Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam Jumaat. 

"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan. 

"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Sabtu. 

Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan. 

Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi. 

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang. 

Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu. 

Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. 

Gambar Hiasan
"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya. 

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk. 

Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya. 

Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan.

-UnReportedNews™®

* LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

JEMBALANG YANG DILEPAS LANUN SULU BERJAYA DI TANGKAP!

-MANA ADA KEJADIAN SURIRUMAH DITAHAN PENGGANAS! BERITA ANGIN YANG DISEBARKAN MENGENAI INSIDEN SURIRUMAH DIJADIKAN TEBUSAN SEKADAR NAK MELEPAS SALAH SEORANG SASPEK LANUN SULU YANG KENA TANGKAP! KEKEKE!!!-

Bingong kah apa dia orang lanun Sulu ni? 

Dia ingat polis Malaysia ni bodoh macam dia orang jugak ker?  

Bila salah seorang daripada pengganas wanita Sulu kena tangkap, mereka sebarkan cerita seorang surirumah telah ditahan sebagai tebusan dengan berharapan saspek itu boleh dilepaskan begitu saja!

Bodoh punya lanun Sulu!

Kalau dekat rumah Kiram III bolehlah kau buat macam tu, tapi ini Malaysia babe! 

Jadi mereputlah kau dalam penjara sebelum kena gantung mati!

Sehubungan itu, Agenda Daily melaporkan, seorang daripada lapan tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.

Bernama melaporkan sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.

Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.

Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas.

Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.

Sementara itu Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa.

Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.

Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan.

Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan 'straight jacket' seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan berulang kali dalam bahasa Suluk.

Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod.

Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya.

Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain.

Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan 'nothing to say' (tiada apa yang hendak dicakapkan).

Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.

Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan.

Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin.

Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.

Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan.

Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini.

Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 

-UnReportedNews™®

RAFIZI TERLEPAS CAKAP ATAU BUAT-BUAT TERLEPAS KATA?

-SEMUA RAHSIA GELAP ANWAR IBRAHIM TERBONGKAR KERANA MENGAITKANNYA PROJEK IC DENGAN TUN MAHATHIR! NGAPA? TAK TAHAN LAGI DENGAN ANWAR KER? KEKEKE!!!-

Sejak pencerobohan di Lahad Datu berlaku, pelbagai spekulasi timbul akibat maklumat yang samar-samar yang diberikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, sebagai penjawat awam tertinggi yang bertanggungjawab kepada rakyat.

Salah satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan bersenjata ini. Walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu, banyak spekulasi timbul apabila ada tokoh-tokoh pimpinan tertentu dari kumpulan itu yang dikatakan rakyat Malaysia.

Perkara ini penting kerana ia membayangkan kesan sampingan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan setakat ini disahkan oleh keterangan-keterangan kepada Suruhanjaya diRaja Mengenai Kerakyatan di Sabah. Wujudnya tokoh-tokoh dari kumpulan bersenjata Sulu ini dari kalangan rakyat Malaysia mengesahkan keresahan rakyat bahawa pemberian kerakyatan bagi tujuan politik tanpa melalui proses yang sah mengundang ancaman keselamatan.

Sejak tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu, KEADILAN telah mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan untuk cuba mendapat maklumat lanjut mengenai latar belakang tokoh-tokoh ini. Salah seorang yang sering disebut ialah ketua kumpulan itu sendiri yang menggelarkan dirinya Raja Muda Sulu, bernama Agbimudin @ Azzimuddie Kiram.

Maklumat awal penduduk tempatan menyatakan bahawa dia pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Kudat dan mengesahkan bahawa dia adalah rakyat Malaysia setelah diberikan kad pengenalan.

Dari maklumat tersebut, Timbalan Setiausaha Agong KEADILAN, Sdr Darell Leiking telah menjejaki maklumat kakitangan Kerajaan Negeri Sabah di beberapa tempat termasuklah di Jabatan Arkib Negara Sabah.

Dari maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.Dengan maklumat ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh bersembunyi disebalik alasan keselamatan nasional untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan yang berlegar di pemikiran rakyat:

1. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru seperti Agbimudin Kiram?

2. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata rakyat Malaysia itu adalah ahli Umno?

3. Kenapa Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru?

Penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini yang jelasnya mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan Umno.

http://rafiziramli.com/2013/03/raja-muda-sulu-agbimudin-azzimuddie-kiram-adalah-rakyat-malaysia-kakitangan-awam/


Disini penulis nak tanya Rafizi yang tak habis-habis nak salah kan UMNO.

1.BILAKAH UMNO MASUK SABAH?

2.ADAKAH TUN MAHATHIR DAH JADI PERDANA MENTERI PADA TAHUN 1975?

3.ADAKAH MENJADI KESALAHAN KEPADA KERAJAAN JIKA SEORANG RAKYAT MALAYSIA MELEPASKAN KEWARGANEGARAANNYA UNTUK MENJADI RAKYAT NEGERI LAIN SEDANGKAN WAKIL RAKYAT DAP, PHEE BOON POH (ADUN SUNGAI PUYU) JUGA SEORANG PENDUDUK TETAP NEW ZEALAND SEBAGAIMANA YANG DIDAKWA OLEH AKHBAR CINA?

Ini baru 3 soalan asas. Ada 20 lagi soalan yang akan menyusul sekiranya Rafizi dapat jawab soalan ini.

Diingatkan juga pada tahun 1975, Tun Dr. Mahathir hanyalah seorang Menteri Pelajaran (dari tahun 1974-1978). Sebelum itu, Tun Dr. Mahathir dilantik oleh Tun Abdul Razak sebagai Senator (1973) selepas kemasukan kembali beliau dalam UMNO pada tahun 1972. Pembaca harus mengikuti sejarah hidup Tun Mahathir untuk memastikan anda tidak ditipu oleh Rafizi yang buta sejarah.

UMNO pula memasuki Sabah pada tahun 1994. Pada 15 Julai 1975, Naib Presiden USNO, Haris Salleh dan Tun Fuad menubuhkan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA). Tun Fuad (nama baru Donald Stephens yang memeluk Islam pada tahun 1971) kemudiannya meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri untuk memimpin BERJAYA. Ketika itu parti yang kuat di Sabah adalah USNO di bawah kepimpinan Tun Mustapha. Namun setelah wujudnya BERJAYA, pada pilihan raya negeri bulan April 1976, USNO memperoleh 20 kerusi dan BERJAYA mendapat 28 kerusi dan Tun Fuad dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah kali ke-2. Jadi penulis tak tahu dari buku sejarah mana Rafizi baca sehingga dia boleh mengaitkan UMNO dengan Azzimudie pada tahun 1975.

Itu baru permulaan. Oleh kerana Rafizi Ramli mengimbau sejarah tahun 1974-1975, Penulis ingin berkongsi dengan pembaca, SIAPA SEBENARNYA MUSUH NEGARA PADA TAHUN TERSEBUT. Bukan Azzimudie kerana dia adalah ADO ketika itu. Jika disemak dalam sejarah negara, peristiwa besar berlaku pada tahun tersebut adalah DEMONSTRASI BALING TAHUN 1974. Siapa dalang dalam demonstrasi tersebut?

Inilah gambar dalang yang mengkucar kacirkan negara sejak tahun 70an lagi. Lebih hina lagi, dalang di atas mereka cerita bahawa penduduk mati kelaparan kerana Kerajaan gagal membela nasib rakyat. Apabila disiasat oleh Zainuddin Maidin (wartawan Utusan Melayu ketika itu) ternyata kematian tersebut hanya fitnah semata-mata untuk membuatkan pelajar universiti marah kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada siasatan yang dilakukan pada 5/6/7 Januari 1975 setelah dijalankan operasi di sekitar daerah Baling hingga ke pendalaman Kampung Weng Dalam dan Tanjung Pari, tiada kedapatan seorang pun rakyat Baling mati kebulur. Penolong Perubatan Daerah Baling Dr Tan Ah Hock dalam laporannya mengakui memang ada faktor kemiskinan dikalangan rakyat tetapi untuk sampai ke tahap mati kebuluran dia menafikan dakwaan.

Jadi apa kaitan demonstrasi BALING dengan Tun Mahathir sebagai Menteri Pelajaran dalam permulaan artikel? Untuk makluman pembaca, Tun Dr. Mahathirlah pemimpin yang ditugaskan untuk menyiasat DEMONSTRASI BALING oleh Tun Razak sebagai Perdana Menteri ketika itu. Ini kerana ketika itu belum ada Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti dan Kolej Universiti terletak di bawah portfolio yang dijaga oleh Tun Mahathir.

Sebagai penutup, Penulis menggalakkan pembaca supaya mengkaji sejarah. Jika tahun 1975, kaji sejarah tahun tersebut. Jangan jadi macam Rafizi Ramli yang belajar sampai luar negara. Tetapi bila dapat dokumen tahun 1975, terus tuduh Tun Mahathir dan UMNO yang bersalah. Sedangkan ketika itu Tun Mahathir sedang sarat memikirkan bagaimana nak mengatasi masalah kekacauan, rusuhan dan demonstrasi yang ditimbulkan oleh dalang bernama Anwar Ibrahim. Penulis harap artikel ini dipanjang-panjangkan supaya lebih ramai rakyat tahu hakikat sebenar dan siapakah manusia bernama ANWAR BIN IBRAHIM!

*Sebar-sebarkan. Kalau boleh tanya balik Rafizi apa yang berlaku tahun 1975 dan siapakah musuh negara ketika itu? Adakah Azzimudie Kiram atau orang yang menfitnah Kerajaan bahawa rakyat Baling mati kebuluran? (sumber)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List