Saturday 23 March 2013

TERKINI: WAJAH JENERAL MILITAN & TALIBARUT KUMPULAN PENGGANAS SULU DIDEDAHKAN!

-AMBIK KAW! MERENGKOK & MEREPUT DALAM PENJARA SEBELUM DI HUKUM BUNUH! ITU HUKUMAN YANG SETIMPAL KEPADA MEREKA YANG MENGISTIHAR PERANG TERHADAP DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG & KERAJAAN MALAYSIA!-


Menurut rakan blogger Empayar Pemuda, berikut adalah dua keping gambar yang memperlihatkan wajah Jeneral Perang Dan Menteri Pertahanan Sulu yang dikenali sebagai Datuk Amir Baha@Datuk Bahang.

Jeneral itu ditahan di satu kawasan paya bersama isterinya pukul 1.30 pagi, Sabtu lalu.

Jika benarlah engkau ni talibarut lanun-lanun Sulu yang mengkordinasikan semua perancangan serangan Lahad Datu, Sabah (ptuiiiih), ko memang layak mati sahaja!
Turut ditahan ketika itu ialah seorang talibarut (warga tempatan) yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.

Penahanan itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata, kejayaan itu menandakan pergerakan pengganas di kawasaN Lahad Datu sebagai lumpuh.

“Dengan penahanan ‘military commander’ atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini pagi tadi.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List