Showing posts with label Sarawak Report. Show all posts
Showing posts with label Sarawak Report. Show all posts

Monday, 20 July 2015

Laman Sarawak Report Disekat


Akhirnya kerajaan Malaysia mengambil keputusan menyekat laman sesawang Sarawak Report yang didakwa telah menyebar fitnah dan berita palsu berkaitan dengan kerajaan dan pemimpin negara ini. 

Difahamkan, laman sesawang yang dikendali oleh Clare Rewcastle Brown yang berpusat di London, England tersebut tidak dapat di akses sejak enam jam yang lepas (10 malam semalam).

Pada skrin sekatan laman sesawang tersebut tertera, "Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara."

Sejak beberapa tahun yang lalu, Sarawak Report dilihat telah banyak "menyerang" mantan Ketua Menteri Sarawak iaitu (Tun) Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang kini telah dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak namun "serangan" tidak mampu memgugat kepimpinan beliau.

Hanyasejak beberapa bulan yang lepas, serangan Sarawak Report bertumpu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1MDB.

Syabas kepada SKKM kerana mengambil tindakan ini. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Thursday, 16 July 2015

Video: Pengakuan Bekas Konspirator Sarawak Report


Petang tadi kami melaporkan satu Laporan Polis Ke Atas Konspirasi Jatuhkan Perdana Menteri telah dibuat bersama bukti komunikasi e-mel dan video wawancara.

Sebentar tadi kami menerima mesej memaklumkan sebuah blog telah menerbitkan bahagian pertama wawancara dengan bekas “editor” Sarawak Report, Lester Melanyi yang kini sedang sakit.

Video bahagian pertama itu telah diterbitkan di http://lestermelanyi.blogspot.com/.


Berikut ialah video terbabit:

MYKMU
-UnReportedNews™®

Editor Sarawak Report Dakwa Dibayar £500 (RM2,975) Seminggu


Bekas editor Sarawak Tribune, Radio Free Sarawak dan Sarawak Report Lester Melanyi mendakwa beliau menerima £500 Pound Sterling (RM2,975) setiap minggu dari pengendali web Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

Bayaran tersebut dipercayai adalah sebagai "gaji atau ganjarannya" ketika bekerja sebagai editor di Sarawak Report.

Lester membuat pengakuan tersebut dalam blog beliau baru-baru ini.

Beliau menulis:

"Saya terima 500 pound sterling seminggu dari pengendali web Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown semasa di London." 

"Saya menyunting bahan-bahan Sarawak Report sebelum diterbitkan." 

"Saya tidak boleh bersengkongkol dengan skim menjatuhkan Najib Razak secara jahat biarpun saya sayang Anwar Ibrahim." - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Video: Bekas "Editor" Sarawak Report Akui Skandal 1MDB Adakah Fitnah


Petang tadi kami melaporkan satu Laporan Polis Ke Atas Konspirasi Jatuhkan Perdana Menteri telah dibuat bersama bukti komunikasi e-mel dan video wawancara.

Sebentar tadi kami menerima mesej memaklumkan sebuah blog telah menerbitkan bahagian pertama wawancara dengan bekas “editor” Sarawak Report, Lester Melanyi yang kini sedang sakit.
Video bahagian pertama itu telah diterbitkan di http://lestermelanyi.blogspot.com/.

Berikut ialah video terbabit:
MYKMU
-UnReportedNews™®

Friday, 10 July 2015

Clare Rewcastle Brown: Penyiasat Yang Kini Sedang Disiasat


Oleh Raja Petra Kamarudin.

Semalam, terdapat dua posting blog menarik yang bertajuk "Jutaan Ringgit Dalam Akaun Rosmah - Mana datangnya? EKSKLUSIF!" dan "Pendakwaan mengejutkan oleh Sarawak Report".

Selama enam tahun atau lebih, Clare Rewcastle Brown telah menggunakan Sarawak Report menyerang Abdul Taib Mahmud, bekas Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya, dengan hanya satu objektif: untuk menjatuhkan Barisan Nasional Sarawak dan menyerahkan negeri itu kepada PKR.

Matlamatnya hanya satu dan 'kuda' yang akan menjadi Ketua Menteri Sarawak baru sebaik PKR mengambil alih kerajaan negeri ialah Baru Bian yang telah mengadakan lawatan beberapa kali ke London untuk berjumpa Clare.

Pada suatu ketika, ketua umum PKR, Anwar Ibrahim, membuat keputusan untuk membatalkan rancangan menjadikan Baru Bian sebagai ketua PKR Sarawak dan menggantikannya dengan calon Islam. Clare marah dengan keputusan itu. Dia menghentikan operasi Sarawak Report serta-merta dan menelefon Anwar bagi membantah keputusannya. Jika Anwar tidak menaikkan Baru Bian sebagai Ketua PKR Sarawak mengikut rancangan asal, maka Sarawak Report akan terus ditutup dan Clare tidak akan membantu PKR menjatuhkan Taib.

Anwar mengalah dan beberapa hari kemudian, Sarawak Report kembali beroperasi.

Tun Dr Mahathir Mohamad melihat Sarawak Report sebagai kenderaan yang sesuai untuk digunakan dalam misi menjatuhkan Perdana Menteri, jadi dia bertemu dengan Clare untuk membincangkan kemungkinan Sarawak Report bekerjasama dengan pakatan anti-Najib.

Kemungkinan sentiasa ada, sudah tentu, tetapi semuanya bergantung pada isu wang. Sarawak Report juga dibiayai oleh pihak yang mahu menyingkirkan Taib dan mahu PKR mengambil alih Sarawak. Untuk melakukan perkara yang sama dalam kempen menggulingkan Najib, pembiayaan yang lebih besar amat ditagih.

Selama ini, Sarawak Report melakukan serangan sehala dengan menyerang Taib dan keluarganya tetapi Taib tidak melawan. Sebaliknya, dalam siri serangan Najib, penyokong Najib tidak akan membenarkan Clare terus menyerang Perdana Menteri dan keluarganya tanpa sebarang tindak balas.

Para penyiasat kini sedang menyiasat jumlah wang yang diterima Clare dan Sarawak Report untuk beberapa tahun ini dan siapa pembiayanya (walaupun identiti pembiaya itu lebih-kurang sudah diketahui). Penyiasat tahu Clare memperolehi wang dari luar UK tetapi apa yang mereka mahu tahu adalah berapa banyak daripada wang itu tidak diisytiharkan dan telah disembunyikan dari pengetahuan pengutip cukai UK.

Penyiasat juga sedang menyiasat bagaimana Clare yang bermula sebagai seorang wartawan telah menjalani gaya hidup yang berbeza selepas dia mula menyerang Taib dan kini, selepas dia mula menyerang Najib, gaya hidupnya mirip dengan gaya hidup sasaran serangannya. Tidak syak lagi bahawa Clare menerima wang dan ada seseorang yang membelanjakan wang yang banyak untuk membiayai serangan ke atas Najib, kata para penyiasat.

Penyiasat mahu membuktikan Clare adalah seorang mata duitan dan motivasi utamanya adalah wang, bukan mencari kebenaran. Malah, kata para penyiasat, Clare yang kononnya sentiasa mencari kebenaran, sanggup menggunakan taktik penipuan dan dokumen palsu bagi menyerang sasarannya.

Apa pun, semoga berjaya kepada penyiasat kerana saya yakin orang yang licik seperti Clare tahu cara menutup jejak langkah dan tidak akan meninggalkan sebarang bukti. Lagipun, kerjanya selama ini adalah menyiasat orang lain jadi dia mesti tahu apa kesilapan yang sering dibuat orang, yang juga bermaksud dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.

Pasukan penyiasat bagaimanapun berkata ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk membuktikan dakwaan itu. Mereka merujuk kepada pangsapuri mewah bernilai jutaan paun yang didiaminya yang tidak mungkin dapat dimiliki orang biasa kecuali mereka yang berada dalam kategori jutawan.

Setelah jumlah hartanya dikenal pasti, tindakan undang-undang akan difailkan terhadap Clare. Para penyiasat mengatakan peguam sudah pun meneliti perkara ini dan mereka merancang untuk mengambil tindakan ke atasnya. Mereka tidak akan mendedahkan strategi tetapi penyiasat percaya Clare telah melampaui batas dalam pendedahan terbarunya mengenai akaun bank Rosmah.

Nampaknya saman juga mungkin akan difailkan terhadap Affin Bank Berhad kerana bekerjasama dengan Clare mendedahkan butiran perbankan peribadi pemegang akaun mereka. Jika mereka memutuskan untuk mendakwa pihak dari Affin Bank yang terlibat dalam koloborasi ini dengan pendakwaan jenayah, pesalah yang terlibat mungkin sanggup membuat perjanjian agar tidak dipenjarakan dengan mendedahkan pihak berkaitan yang turut terlibat dan segala urusan dengan Clare, yang akan mengukuhkan lagi kes terhadap pengasas Sarawak Report itu.

Sementara itu, pihak polis Thai telah meminta polis Malaysia beberapa nama rakyat Malaysia yang boleh membantu mereka dalam siasatan terhadap Xavier Andre Justo. Pembantu Dr Mahathir, Sufi Yusuf dikatakan adalah antara lima rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dalam jenayah mencuri data dan jenayah pemalsuan emel. Hmm ... adakah Sufi akan menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur atau di Bangkok tahun ini?

Selain itu, polis Thailand juga sedang menyiasat aliran wang kepada Justo. Polis mahu tahu berapa banyak yang dibayar dan bagaimana ia dibayar, melalui wang tunai atau pemindahan elektronik. Mereka mahu tahu siapa lagi yang membayar kepada Justo selain RM15 juta yang diterimanya dan sudah diketahui umum. Sekiranya wang tunai diseludup ke Thailand untuk membayar Justo, ia akan menjadi satu lagi kes jenayah kerana menyeludup wang tunai ke Thailand tanpa mengisytiharkannya adalah menyalahi undang-undang negara itu.

Plot semakin rancak dan kita mungkin di ambang melihat perkembangan yang lebih menarik dalam isu 1MDB ini. Ya, cerita ini masih belum berakhir. Sebaliknya ia baru bermula. Dijangkakan ia akan menjadi lebih panas dalam tempoh beberapa minggu akan datang. - Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

Monday, 6 July 2015

1MDB: Taktik Terkini Sarawak Report Tidak Menjadi


Mungkin niat mereka menyebarkan gambar Najib dan Jho Low bersama sebelum usahasama PetroSaudi-1MDB dilaksanakan dalam entri terkini mereka akan memberi persepsi negatif kepada umum namun taktik Sarawak Report kali ini tidak menjadi sebaliknya telah memakan diri mereka sendiri.. 

Tidak kira berapa kacak Jho Low dalam gambar ini, jangan lihat dia dulu. Tumpukan perhatian anda kepada lelaki macho yang tinggi di sebelah dia. PM Najib juga adalah seorang yang tinggi namun orang itu lebih tinggi daripada dia. Siapa dia?

Sarawak Report mungkin berfikir bahawa dengan menyiarkan gambar-gambar Najib sekeluarga bersama-sama dengan Jho Low pada Ogos 2009 sebelum usahasama PetroSaudi-1MDB ditandatangani, ia akan merosakkan reputasi Najib.

Sebenarnya, ia adalah sebaliknya ..

Hari ini, Sarawak Report sebenarnya telah membuktikan PetroSaudi dimiliki oleh Putera Turki bin Abdullah Al Saud.

Malah, Sarawak Report sendiri telah menulis: "Dari kiri ke kanan adalah Putera Turki, pemilik PetroSaudi; Jho Low ..." (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Sunday, 5 July 2015

Sarawak Report: Beza Orang Sarawak Dan Orang Semenanjung


Seluruh dunia kini sedang gempar dengan "pendedahan sensasi" Sarawak Report mengenai 1MDB yang kononnya wang berbilion-bilion ringgit di "songlap" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ironinya, Sarawak Report juga pernah (bertahun-tahun) menyerang bekas Ketua Menteri Sarawak (Tun) Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (yang kini dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak) namun serang-serangan serta fitnah-fitnah yang dilemparkan tidak menjadi.

Persoalannya mengapa pula fitnah Sarawak Report ke atas Taib tidak menjadi dan mengapa pula fitnah terhadap Najib seakan "berjaya" pula? 

Jawapannya adalah kerana ramai rakyat Sarawak tidak percaya kepada media asing yang kesahihan maklumatnya amat di ragui dan kami penuh yakin dengan pucuk pimpinan kami.

Biarpun terdapat juga segelintir pembangkang dan rakyat Sarawak yang cuba membangkit isu-isu yang dimain oleh Sarawak Report namun keyakinan dan kesabaran kami membuahkan hasil dan Sarawak Report sudah berkali-kali didapati menipu dalam serangan mereka terhadap Taib.

Memang semestinya terdapat sedikit keraguan namun kami telah memberi ruang dan masa yang secukupnya bagi Taib dan Alhamdullillah, akhirnya segala fitnah dan serangan Sarawak Report tersebut terbukti tiada kebenaran langsung.

Kami sayang akan negeri kami, kami mempertahankan kedaulatan negeri Sarawak, kami tak izin orang asing masuk campur hal Sarawak.

Berlainan dengan situasi yang di alami oleh Najib, sadisnya, ramai pula (bukan semua) rakan-rakan di Semenanjung sana terus percaya dengan tuduhan dan fitnah Sarawak Report.

Baru sekali jentik, terus percaya? Janganlah kerana hasutan orang asing kita terus seakan hilang pedoman. Janganlah kerana serangan dari "orang dalam" (orang yang berkepentingan) kita terus hilang kepercayaan kepada Najib.

Jelas, mereka-mereka (Sarawak Report dan orang-orang berkepentingan) ini tidak akan henti-henti menyerang Najib dengan apa jua cara pun.

Satu demi satu isu mereka pertengahkan, belum dijawab satu isu mereka dah mengeluarkan isu yang lain, tidakkah itu menjadi satu keganjilan?

Yakinlah dengan Najib, berilah ruang dan masa yang secukupnya bagi dirinya dan InsyaAllah, segalanya akan terhurai jua akhirnya.

"Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai); (Al-Quran: Surah Qalam – Ayat 11)."

-UnReportedNews™®

Friday, 3 July 2015

Tuduhan Ke Atas Perdana Menteri Adalah Satu Cubaan Sabotaj Politik


Dakwaan bahawa dana 1MDB telah dipindahkan kepada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu “sabotaj politik,” kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

The Wall Street Journal dan Sarawak Report menerbitkan artikel pada hari Jumaat mendakwa bahawa hampir US $ 700mil (RM2.63bil) dana 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun-akaun peribadi Perdana Menteri.

“Walaupun kepimpinan Perdana Menteri berjaya menghalangi kemerosotan ekonomi global terhadap ekonomi Malaysia seperti yang diiktiraf minggu ini dengan kenaikan taraf Fitch – ada usaha bersepadu oleh individu-individu tertentu untuk melemahkan keyakinan para pelabur terhadap ekonomi negara kita, menjatuhkan kredibiliti Kerajaan, dan juga cubaanm untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

“Dakwaan terkini, oleh penyiasat yang tidak dinamakan sebagai asas untuk menyerang Perdana Menteri, adalah kesinambungan daripada cubaan sabotaj politik ini,” kata PMO dalam satu kenyataan pada hari ini.

Ia adalah satu jenayah pemalsuan dokumen, pendoktoran dan pemerasan yang “mengelirukan media dan orang ramai”.

“Oleh itu adalah wajib bagi media yang bertanggungjawab untuk tidak menerima sebarang dokumen tersebut sebagai tulen melainkan jika telah disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri juga menyatakan bahawa 1MDB juga telah menyatakan bahawa syarikat itu tidak menyediakan dana kepada Najib dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lebih awal pada hari ini.

Kenyataan Akhbar 1MDB

1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menafikan pernah menyalurkan dana ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

“Merujuk kepada laporan media yang diterbitkan awal hari ini, 1MDB ingin memperjelaskan bahawa syarikat ini tidak pernah menyalurkan dana kepada perdana menteri,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report hari ini mendakwa, siasatan ke atas syarikat itu mendapati berbilion ringgit telah disalurkan ke dalam beberapa akaun peribadi Najib.

Menurut 1MDB, laporan yang dikeluarkan beberapa agensi media dan blog seperti Sarawak Report adalah tidak benar dan merupakan tuduhan liar terhadap syarikat serta kerajaan.

“Kami terkejut apabila dokumen seperti ini, di mana kewujudan dan kesahihannya belum dipastikan, masih diguna untuk memfitnah 1MDB,” kata 1MDB.

WSJ dan Sarawak Report memetik dokumen yang kononnya diperoleh daripada siasatan ke atas 1MDB.

WSJ melaporkan, dokumen menunjukkan hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke agensi milik kerajaan dan kemudiannya ke akaun peribadi perdana menteri dalam beberapa deposit berasingan.

Sarawak Report pula mendakwa, RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib daripada SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan. - MYKMU 

-UnReportedNews™®

Thursday, 28 May 2015

1MDB: Sarawak Report Berbohong Lagi




Portal Sarawak Report menyiarkan maklumat yang salah dan dakwaan yang tidak berasas mengenai penyata bank dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

“Ini suatu pembohongan. Saya tidak pernah memberikan sebarang penyata kepada Bank Negara. Pihak yang mendakwa hal yang sebaliknya adalah ternyata palsu dan salah, termasuklah sebarang pertuduhan berdasarkan hal tersebut,” kata Arul Kanda dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arul Kanda, pihaknya telah memberikan kerjasama penuh dalam penyiasatan oleh Jabatan Audit Negara dan bersedia untuk berdepan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Siasatan PAC yang telus dan terdiri daripada pelbagai parti yang seharusnya mencari jawapan kepada pelbagai soalan yang dilontarkan kepada syarikat ini,” katanya.

Arul Kanda juga meminta semua pihak agar menunggu hasil siasatan bebas ini dan tidak mengeruhkan keadaan dengan membuat dakwaan yang tidak bertanggungjawab serta tidak berasas buat masa ini.

Sebelum ini, dalam laporannya, Sarawak Report mendakwa Arul Kanda telah menyediakan memberikan penyata bank palsu kepada Bank Negara bagi menggambarkan bahawa 1MDB mempunyai simpanan tunai dalam akaun Bank BSI di Singapura.

Portal itu mendakwa 1MDB memberikan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya kepada cawangan Bank BSI, selain menyatakan terdapat bukti BSI menolak dokumen 1MDB ‎mengenai akaun Brazen Sky Limited di Singapura. - Awani

-UnReportedNews™®

Monday, 23 September 2013

JAMINAN MUFTI SARAWAK KEPADA PENYUMBANG ZAKAT

-ORANG-ORANG KAFIR YANG DENGKI DENGAN PENCAPAIAN EKONOMI MASYARAKAT ISLAM DI SARAWAK AKAN MENGGUNAKAN APA JUA CARA UNTUK MENGGANGGU-GUGATKAN KEKUATAN INI TERMASUK MEMPERGUNAKAN INDIVIDU YANG SEAGAMA & SEBANGSA KITA SENDIRI! BAHLUL BETUL! KEKEKE!!!-

Putit, Shibli & Kipli memerhati akaun penyata tahunan TBS siang tadi
Semua wang kutipan zakat Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang digunakan ke arah bantuan dan pembangunan masyarakat Islam telah mendapat persetujuan dari Pejabat Mufti Negeri untuk mematuhi tuntutan dan kehendak Syariah.

Memberi jaminan ini, Mufti Negeri Sarawak Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Haji Yassin berkata bahawa semua penyumbang zakat tidak perlu was-was atau bimbang dengan pengagihan atau pengunaan dana zakat dan dana perbendaharaan mesti mendapat kelulusan dari Pejabat Mufti Negeri.

"Dalam erti kata lain, setiap permohonan mengenai pengagihan segala tindakan dalam operasi hariannya dikawalselia oleh undang-undang dan peruntukan yang sewajarnya dan pematuhan kepada undang-undang kita."

Di samping itu, semua dana TBS diuruskan dengan sewajarnya kepada undang-undang dan piawaian yang ditetapkan dan semua hasil resit rasmi penerimaan telah direkodkan untuk tujuan penyediaan penyata kewangan dan audit oleh Jabatan Audit Negara, katanya.

Kipli berkata kepada pemberita pada majlis perasmian Kiosk Maklumat Baitulmal (MBB) yang terletak di tingkat bawah bersebelahan dengan ruang legar Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (Komplleks Islam Sarawak) pagi tadi.

-UnReportedNews™®

SARAWAK REPORT PENGFITNAH BESAR!

-TABUNG BAITULMAL SARAWAK (TBS) SEDANG MENIMBAL SAMAADA AKAN MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP SARAWAK REPORT & INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU YANG TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN BERKAITAN TBS YANG NYATA BERNIAT UNTUK MENGELIRUKAN RAKYAT, TERUTAMANYA MASYARAKAT ISLAM! AMBIK KORANG! KEKEKE!!!-

Pengurus Besar TBS Datu Haji Abang Mohammad Shibli Haji Abang Mohd Nailie menafi sekeras-kerasnya ke atas segala tuduhan-tuduhan portal Sarawak Report, terutamanya mengenai penyalahgunaan Dana Zakat.

Beliau, dalam sidang Media yang di adakan di Majlis Islam Sarawak (MIS) sebagai maklum balas kepada portal tersebut menegaskan TBS sedang menimbal samaada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan serta individu-individu tertentu yang telah membuat tuduhan-tuduhan tersebut yang jelas berniat untuk mencemarkan TBS.

Sementara itu, Yang Di Pertua MIS Datu Haji Putit Matzen menyelar tindakan individu-individu mereka yang "bersubahat" dan "diperggunakan" oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk memburukkan Institusi Kewangan Islam yang selama ini telah memberi bantuan kepada masyarakat Islam di Sarawak.

Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut adalah Mufti Sarawak Datu Haji Kipli Haji Yassin.

1) Beberapa hebahan telah dibuat dalam Sarawak Report berhubung dengan pengagihan Dana Zakat dan penggunaannya untuk tujuan projek pembangunan. masyarakat ingin tahu tentang kedudukan sebenar hal ini.

Penjelasan: Hebahan yang terkandung dalam Sarawak Report, dengan pelbagai kenyataan mereka adalah dinafikan dengan sekeras-kerasnya dan didapati maklumat tidak tepat dan bukan daripada sumber rasmi daripada Majlis Islam Sarawak.

Untuk makluman, Majlis Islam Sarawak melalui Tabung Baitulmal Sarawak mengikut kehendak Ordinan MIS 2001 telah melaksanakan segala pematuhan ndan peruntukan yang termaktub dalam Ordinan MIS tersebut. Dalam erti kata lain, semua tindak tanduk dalam operasi hariannya dikawal selia melalui peraturan-peraturan dan peruntukan Ordinan MIS tersebut.

Dalam perkara pematuhan Syariah, segala pengagihan Dana Zakat dan Dana Baitulmal, setiap penggunaan adalah berdasarkan kepada Garis Panduan Agihan yang telah diluluskan oleh Pejabat Mufti Negeri Sarawak.

2) Atas dasar kewajipan untuk menyumbang kepada TBS, orang awam merasa berhak untuk mengetahui ketulusan penggunaan wang sumbangan itu.

Penjelasan: Sumbangan wang daripada masyarakat Islam, samaada dalam pembayaran Zakat, Sedekah (sumbangan wajib) dan Wakaf diuruskan mengikut peraturan dan piawaian yang telah ditetapkan. Semua kutipan tersebut mempunyai resit rasmi penerimaannya yang direkodkan bagi tujuan penyediaan Penyata Kewangan dan proses Pengauditan oleh Jabatan Audit Negara.

Semua maklumat yang berkaitan dengan kutipan dan juga penggunaan hasil kutipan dinyatakan dalam Penyata Kewangan yang akan diaudit secara tahunan oleh Jabatan Audit Negara (JAN).

Berhubung dengan pengagihan Dana Zakat, ia dikawal selia dengan Garis Panduan Agihan (GP Agihan) yang telah mendapat persetujuan daripada Pejabat Mufti Negeri Sarawak. Terdapat syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi setiap pemohonan bagi mengenalpasti sama ada seseorang pemohon itu layak atau sebaliknya. Tambahan pula TBS telah mendapat Pensijilan ISO dalam urusan yang berkaitan dengan pengagihan Dana Zakat, iaitu: Pewnsijilan ISO 9001 : 2000 pada 24 Oktober 2005 dengan skop Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) iaitu Pengurusan Agihan wang Zakat (Bantuan IPT) dan Tabung Baitulmal Sarawak telah mendapat pensijilan MS 9000:2005 (Perspektif Islam) dengan skop Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) iaitu pengurusan Agihan Wang Zakat (Bantuan IPT) dan Pengurusan Kutipan Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji pada tahun 2010 dengan tujuan untuk memantap dan memantau proses pengagihan bantuan.

Selain itu, paparan maklumat berkaitan Agihan dan Kutipan ada dikeluarkan dalam Al-Mal yang diterbitkan beberapa bulan sekali.

Putit, Shibli & Kipli melihat penyata tahunan TBS sebentar tadi
3) Difahamkan TBS telah melabur dan terlibat dalam projek pembangunan.

Penjelasan: MIS seperti dalam Ordinannya mempunyai kuasa untuk mengurus dana, hartanah dan segala pemilikannya. TBS telah diamanahkan oleh MIS untuk menjalankan usaha ini. Salah satu daripada usaha-usaha untuk program pengembangan aset pemilikannya, maka MIS sepertimana organisasi lain juga turut berusaha mengekal serta seterusnya mengembangkan aset-asetnya. Manakala dari segi pematuhan Syariah, segala cadangan untuk projek-projek yang hendak dilaksanakan dimestikan melalui beberapa siri perbincangan Jawatankuasa Khas sebelum ia mendapat kelulusan dan pihak Lembaga hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam Ordinan MIS, di samping mendapat persetujuan Mufti Negeri Sarawak bagi mematuhi tuntutan dan kehendak Syariah.

4) Dana Baitulmal sepatutnya digunakan untuk tujuan tertentu sahaja.

Penjelasan: MIS melalui TBS, sebenarnya mengendalikan 3 jenis dana, iaitu Dana Zakat, Dana Baitulmal dan Dana Wakaf. Semua dana ini diakaunkan secara berasingan. Mengenai Dana Zakat, ia dikhususkan untuk diagihkan kepada 8 Asnaf seperti yang ditetapkan dalam Al-Quran (Surah At-Taubah, ayat 60). Dana Baitulmal pula adalah Tabung Am yang boleh digunakan bagi apa sahaja tujuan untuk kemaslahatan ummah sebagai yang termaktub dalam peruntukan Ordinan MIS. Manakala Dana Wakaf, pula boleh digunakan mengikut sighah (dokumentasi) sebagaimana yang diniat dan dilafazkan oleh pewakif.

5) TBS patut men yiarkan Penyata Kewangan kepada pihak awam.

Penjelasan: TBS selaku agensi pelaksana di bawah MIS sepertimana kelaziman organisasi lain yang dibadankan melalui ordinan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya perlu mematuhi pelaporan tertakluk kepada peruntukan dalam ordinan tersebut. Dan sebagai makluman awam, TBS melalui penerbitan Buletin Al-Mal telah pun memuatkan laporan yang berkaitan dengan data kutipan dan juga agihannya.

Di atas kejayaannya dalam pengurusan kewangan, Tabung Baitulmal Sarawak telah dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2009 daripada Jabatan Audit Negara Malaysia. Dan seterusnya Tabung Baitulmal Sarawak telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) di Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam 2010. Di samping itu, TBS juga telah menerima Sijil Bersih 12 tahun berturut-turut sejak tahun 2000.

6) Tabung Baitulmal sarawak dilihat sebagai agensi yang juga memungut hasil cukai.

Penjelasan: MIS melalui TBS tidak bolehn disamakan dengan agensi pengutipan cukai. Kutipan yang dibuat oleh TBS mengikut peruntukan ordinan adalah bagi mereka yang melaksanakan tuntukan dan kewajipan beragama. Ini bermakna, ia dikhususkan untuk orang Islam sahaja seperti pembayaran Zakat, Sedekah dan Wakaf. Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) ditubuhkan oleh kerajaan negeri Sarawak (Pemerbadanan) (Pindaan) 1984, berperanan dan bertanggunajawab dalam Pengurusan Zakat, Wakaf dan Sedekah di negeri Sarawak, Malaysia.

7) Adakah projek pembangunan MIS dibiayai melalui sumbangan Kerajaan?

Penjelasan: Tidak. Ia dibiayai melalui Dana Baitulamal dam Dana Wakaf. Manakala dana Zakat dikhususkan agihannya untuk Asnaf Zakat sahaja sebagaimana yang telah ditentukan dalam Al-Quran, (Surah At-Taubah, ayat 60)

8) Apakah ada peruntukan dalam Islam yang membenarkan wang Zakat bagi tujuan pembangunan?

Penjelasan: Berdasarkan Pembentangan Kertas Kerja "Dana Zakat Untuk Pelaburan" yang telah dibentangkan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Kipli bin Haji Yassin (Datu) pada 16 Julai 2012 semasa taklimat Amil Bahawa:
- Pelaburan Wamng Zakat hendaklah menepati Hukum Syarak.
- Keputusan untuk melaburkan Wang Zakat hendaklah dilakukan oleh pihak yang dilantik oleh pemerintah.
- Pengurus dan pengendali pelaburan terdiri daripada mereka yang berkebolehan, pakar dan amanah.
- Hendaklah dijalankan penyelidikan terperinci sebelum Wang Zakat dilaburkan dalam setiap projek. Keutamaan pengagihan Zakat hendaklah diberikan kepada golongan Asnaf.
- Wujud lebihan dari Wang Zakat setelah diagihkan kepada golongan Asnaf.
- Modal pelaburan Wang Zakat mudah dicairkan jika diperlukan.
- Pelaburan Wamg Zakatyang selamat dan memberi pulangan atau keuntungan yang terjamin.
- Sebelum keputrusan pelaburan dibuat dalam setiap projek hendaklah dirujuk ke Pejabat Mufti Negeri Sarawak (dalam konteks negeri Sarawak).

Walaupun terdapat keharusan untuk menggunakan Wang Zakat bagi tujuan tersebut, MIS melalui TBS, sehingga ke hari ini belum lagi menggunakan Wang Zakat bagi tujuan pembangunan hartanah dan sebagainya. dalam pada itu, hendaklah dimaklumi bahawa setiap usaha pembangunan  yang telah dilaksanakan oleh MIS telah pun mendapat pengesahan dan perakuan daripada Pejabat Mufti terlebih dahulu.

9) Adakah Majlis Islam Sarawak (MIS) melalui Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) terlibat dalam melaksanakan projek Baitul Makmur II?

Penjelasan: MIS melalui TBS tidak ada kaitan langsunag dengan pelaksanaan projek pembangunan Baitul Makmur II. Projek tersebut diusaha dan dikendalikan oleh agensi lain.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 18 September 2013

SARAWAK REPORT ANTI-PEMBANGUNAN EKONOMI BUMIPUTERA SARAWAK? (SIRI I)

-BOLEH DIKATAKAN SETIAP ARTIKEL SARAWAK REPORT CUBA MENGONDEMKAN USAHA-USAHA KERAJAAN YANG DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN BUMIPUTERA! APAKAH SARAWAK REPORT SEBENARNYA SEBENARNYA ANTI-BUMIPUTERA? KEKEKE!!!-
Berlagak baik, mengata pembela bangsa tapi perangai sebijik macam komunis moden, menggunakan alam maya internet untuk meracuni fikiran mangsa-mangsa mereka yang membaca portal Sarawak Report untuk membenci kerajaan, kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat secara demokrasi.

Siapakah sebenarnya penulis-penulis Sarawak Report ini? Jika dilihat dari segi penulisan, sememangnya mereka ini adalah penulis tempatan termasuk pengumpul-pengumpul maklumatnya dan juga "tukang bancuh" cerita ataupun tok dalang yang menyusun jalan cerita sehingga ianya sebegitu sensasi sekali dibaca. Penajanya juga mungkin orang tempatan walaupun dengas-dengus mengatakan ianya tajaan dari Britain tapi secara logiknya, adalah orang Malaysia sendiri.

Jika seseorang yang tidak kuat iman, pasti akan terhangguk-hangguk kepala mengiyakan tanda setuju apabila membaca tulisan Sarawak Report. 

Target Sarawak Report kali ini adalah Tabung Baitulmal Sarawak, sebuah institusi kewangan Islam negeri ini. Mengapa ya? Sarawak Report tahu yang "money talks", Tabung Baitul Sarawak di antara institusi pengurusan kewangan yang terbaik di Malaysia, ekonomi serta bantuan untuk orang Islam yang benar-benar memerlukannya terjamin.

Mungkin kerana andaian sekiranya berjaya merenjat pengurusan atau menimbul syak wasangka kepada masyarakat islam tentang Tabung Baitulmal akan melumpuhkan institusi kewangan Islam yang selama ini telah memang pun telah banyak memberi bantuan kewangan kepada orang Islam.

Secara rawak, kita boleh anggap Sarawak Report sebenarnya bekerjasama dengan DAP Sarawak kerana sejak kebelakangan ini ada juak-juak Islam/DAP membangkitkan pengurusan dana Tabung Baitulmal Sarawak.

Umumnya, masyarakat, terutamanya yang beragama Islam tahu yang setiap sen yang dikutip atau dibelanjakan oleh Tabung Baitulmal Sarawak telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara.

Apakah Sarawak Report mempertikaikan laporan audit Jabatan Audit Negara? Kita berhenti setakat ini dan InsyaAllah, UnReportedNews™® akan mengupas mengapa Sarawak Report beria-ia sangat nak "menghentam" Tabung Baitulmal Sarawak dalam siri-siri yang akan datang. Wassallam.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 17 September 2013

CUBAAN SARAWAK REPORT MENGAIBKAN MENTERI MUDA HAL EHWAL ISLAM SARAWAK?

-MENGAPA BERITA YANG KONONNYA "PENYALAHGUNAAN DANA BAITULMAL SARAWAK BERKENAAN PEMBANGUNAN KOMPLEX ISLAM SARAWAK" SENGAJA DIKELUAR PADA HARI YANG SAMA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG MERASMIKAN BANGUNAN TERSEBUT? NAK SABOTAJ DATUK DAUD KER? PLEASE CHECK YOUR FACTS FIRST! KEKEKE!!!-

Sekali lagi Sarawak Report cuba memberi gambaran buruk terhadap pemimpin Melayu/Islam Sarawak melalui penulisannya "How The Baitulmal Chief Raided Sarawak’s Islamic Fund – EXCLUSIVE EXPOSE" dan kali ini menggambarkan projek-projek mega "diserah" begitu saja syarikat-syarikat yang kepunyaan pemimpin negeri dan dalam perkara ini; Menteri Muda (Hal Ehwal Islam) di Jabatan Ketua Menteri Datuk Haji Daud Abdul Rahman.

Siasatan awal UnReportedNews™® mendapati syarikat Eastbourne memanglah kepunyaan Datuk Daud, tapi Eastbourne telah mendapatkan kontrak tersebut secara sah melalui proses tender terbuka namun tuduhan Sarawak Report mengenai Eastbourne mendapat projek secara terus daripada Tabung Baitulmal Sarawak amatlah mengelirukan!

Eastbourne mempunyai lesen kontrator kelas A dan seperti mana-mana syarikat yang lain, mereka layak untuk menghantar tender untuk mendapatkan kontrak tersebut. Eastbourne bersaing secara sihat untuk mendapatkan tender berkenaan dan menang. Apakah Sarawak Report sakit hati apabila tender tersebut dimenangi oleh syarikat kepunyaan orang Islam/Melayu? 

Mengenai tuduhan Sarawak Report kemanakah perginya RM25 juta dari jumlah asal projek Baitul Makmur II bernilai RM253 juta sebelum diserahkan oleh Eastbourne kepada Hock Seng Lee dengan nilai RM228 juta itu, takkan Eastbourne bodoh sangat tak mengambil kontrak membuat sampingan seperti pembinaan site office untuk projek tersebut dan projek-projek support yang lain  projek berkenaan?

Sekiranya Sarawak Report ada mempunyai apa-apa "bukti-bukti" ke atas mana-mana tindakan yang menyalahi undang-undang seperti yang digembar-gemburkan dalam portalnya, sila bawa ke mahkamah, jangan suka-suka nak membuat tuduhan yang melulu sebegitu.

Pesanan UnReportedNews™® kepada Sarawak Report janganlah nak menyeluk hak ke dalam urusan orang lain.

Setiap apa saja keputusan yang bakal di ambil berkaitan dengan penggunaan dana Tabung Baitulmal Sarawak telah ditimbal secara halus oleh Mufti Negeri samaada ianya bertentangan dengan syariah ataupun menyalahi agama.

Kompleks Islam Sarawak adalah projek Lembaga Masjid Negeri dan pembiayanya adalah Tabung Baitulmal Sarawak. Difahamkan dana yang digunakan untuk projek tersebut adalah dana "reserve" Tabung Baitulmal Sarawak dan sewaan pejabat di Kompleks ialam Sarawak boleh menjanakan dana sebanyak RM7 hingga RM 8 juta setahun balik kepada Tabung Baitulmal Sarawak. 

Bayangkan Sarawak mendapat dana tambahan sebanyak itu buat Tabung Baitulmal Sarawak? Mengapa Sarawak Report mesti iri-hati tentang perkara baik buat umat Islam di Sarawak?

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pengumuman Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dan Melayu ada menyatakan Tabung-tabung Baitulmal Negeri harus berkecimpung dalam projek-projek pembangunan agar dapat menjanakan dana yang sedia ada dalam memperkasakan ekonomi diri.

Tidakkah Sarawak Report (yang menggunakan nama "Sarawak" pada portalnya ataupun ianya hanya sekadar nama saja) merasa bangga yang Tabung Baitulmal Sarawak menjadi perintis dalam perkara ini sebelum ianya diumumkan lagi?

Memang dana Tabung Baitulmal Sarawak khusus untuk membantu fakir miskin di negeri ini namun pembabitannya dalam projek-projek pembangunan tidak sama sekali membantutkan bantuan-bantuan yang disalurkan malah ianya akan dipertingkatkan lagi.

UnReportedNews™® ada menghubungi Datuk Haji Daud Abdul Rahman mengenai perkara ini siang dan jawapan beliau pendek, "Allah mengetahui segalanya apa yang saya buat selama ini namun setahu saya segala yang saya lakukan berlandaskan undang-undang dan tidak bertentangan dengan agama."

"Sorry, it (Sarawak Report) doesn't deserve my reply as the writer cannot distinquish Tabung Baitulmal Sarawak and the other agencies."

InsyaAllah, UnReportedNews™® akan mengupas lagi perkara ini dengan lebih mendalam dalam siri-siri yang akan datang. Wassalam.

-UnReportedNews™®

Thursday, 4 July 2013

PENULIS SARAWAK REPORT DIUSIR KELUAR!

-KEDATANGAN BROWN YANG "DISAMBUT" OLEH PEMIMPIN PKR SARAWAK DI LTAK SECARA TIDAK LANGSUNG MEMBONGKARKAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PKR SARAWAK SELAMA INI YANG BERSELINDUNG DISEBALIK PROPAGANDA SARAWAK REPORT! KANTOI! BROWN KEMUDIANNYA DIUSIR PULANG MENGGUNAKAN PENERBANGAN KE SINGAPURA! PADAN MUKA ENGKO! SEDAP TAK "MAKAN ANGIN" KAT SINI? KEKEKE!!!-


Pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dilarang daripada memasuki negeri Sarawak.

Menurut laporan mStar Brown, yang datang dari Britain, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dari Singapura pada pukul 1.15 petang Rabu dan dikeluarkan notis penolakan masuk oleh jabatan imigresen.

Beliau diusir pulang menggunakan penerbangan ke Singapura yang berikutnya pada pukul 3.40 petang.

Brown berkata, beliau mahu memasuki negeri itu untuk berjumpa dengan peguamnya berhubung tindakan saman yang difailkan terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini pada Mei.

What's the "rush" Brown? Kekeke!!!
“Saya datang dalam usaha untuk melindungi diri saya dalam kes ini. Tetapi saya diberitahu bahawa saya telah disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan memasuki Sarawak,” katanya dalam satu video temu ramah yang dirakamkan oleh Naib Pengerusi PKR negeri, See Chee How yang menemuinya di lapangan terbang.

Beliau menambah, ia merupakan salah guna kuasa dan proses mahkamah kerana menyekat kemasukannya ke negeri itu.

PS: Boleh tahan YB SCH mengambil video, nak tukar profession ker? Congratulation for listed in the world record by making "the shortest trip ever in Sarawak after travelling for thousand of kilometres"! How the weather down there dear? By the way Brown, your presence here in Sarawak is unwanted so stay away and keep away, understand? Like I always said, "Muka ko diat!" Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Saturday, 8 June 2013

IDENTITI SEBENAR PENERBIT PORTAL SARAWAK REPORT!

-ADAKAH BETUL-BETUL MILIK PR ATAU ADA ORANG BN SENDIRI YANG MENJALANKAN AGENDA TERTENTU? SIAPA "TALAM DUA MUKA" INI? KEKEKE!!!-

Rakan Blogger; Pecah Palak Mikir (PPM) mungkin ada jawapannya.. (Dipetik dari entri terbaru PPM)-  PPM pernah terbaca berbagai cerita yang dimainkan oleh pelbagai sumber blog dan portal samada dari BN, PR dan Sumber Naungan Diragui. 

Kenapa dikatakan sumber portal diragui? Kerana dikalangan komuniti blogger Sarawak dan orang-orang politik Sarawak masih tertanya-tanya dengan pelbagai bukti, siapa sebenar penerbit Sarawak Report.

Adakah betul-betul milik PR atau ada orang BN yang menjalankan demi agenda tertentu? Sampai sekarang sukar untuk dijawap. Tetapi peranan Sarawak Report cukup menghuru-harakan dunia cywar Sarawak. PPM akan bukakan nanti...nak baca lanjut klik sini.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List