Showing posts with label QZ8501. Show all posts
Showing posts with label QZ8501. Show all posts

Tuesday, 30 December 2014

QZ8501: Setakat Jam 5 Petang, Enam Mayat Sudah Ditemui


JAKARTA: Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia mengesahkan penemuan enam mayat, dipercayai penumpang pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak dua hari lalu.

Jelas agensi itu, tiga daripada enam mayat yang ditemukan telah dibawa keluar dari lokasi nahas.

Stesen televisyen tempatan, TVone dalam laporannya turut menyiarkan rakaman video seorang anggota penyelamat cuba mengangkut seorang mayat penumpang di zon pencarian. - AGENSI

-UnReportedNews™®


QZ8501: Objek Menyerupai Bahagian Dan Barangan Pesawat Dikesan


PANGKALAN BUN: Beberapa objek menyerupai peluncur kecemasan, pintu pesawat dan barangan lain telah dikesan semasa pencarian udara pesawat AirAsia QZ8501 pada pagi tadi.

Pihak berkuasa Indonesia memberitahu, barangan menyerupai peluncur kecemasan, pintu pesawat dan objek-objek lain telah dikesan semasa pencarian udara pesawat AirAsia QZ8501 pada pagi tadi.

"Kami mengesan lebih dari 10 objek dan pelbagai objek berwarna putih namun ianya tidak dirakam gambarnya," kata Ketua Tentera udara Indonesia Agus Dwi Putranto dalam sidang akhbar sebentar tadi. (Baca sepenuhnya)

 -UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List