Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Sunday, 29 September 2013

RAMAI JUGA YANG "TERTIPU" SERTAI DEMO 20 SEN?!

-JUMLAH PESERTA YANG SERAMAI TIDAK LEBIH DARI 40 ORANG YANG BERDEMO ATAUPUN DENGAN LEBIH TEPAT LAGI, "AKTIVITI JALAN-JALAN CARI MAKAN" YANG TURUT DISERTAI OLEH PENYELARAS PUSAT KHIDMAT DAP TUPONG AZIZ ISA NYATA MENDAPAT SAMBUTAN HAMPEH! IRONINYA, BOSS AZIZ, CHONG CHENG JEN TIDAK PULA MENYERTAI MEREKA BERJALAN KAKI SEBALIKNYA MENAIKI KERETA MEWAHNYA SEBAIK SAHAJA DEMO ITU BERMULA! KEKEKE!!!-

Fuh, "meriah" sungguh program "demo 20-sen" anjuran bersama beberapa NGO tempatan sebagai tanda protes terhadap dakwaan "kenaikan harga petrol" baru-baru ini di Bandaraya Kuching tengahari semalam.

Biarpun mendapat respon hambar dari peserta-peserta yang jumlahnya tidak sampai 40 orang itu, penganjur, yang pasti tidak mahu air-mukanya jatuh jika demo tersebut dibatalkan berkeras meneruskan demo.

Kehadiran kelibat Ahli Parlimen Bandar Kuching dan juga ADUN Kota Sentosa (DAP) Chong Chieng Jen serta pembantunya Abdul Aziz Isa yang tiba berdekatan sebuah komplex membeli-belah di Jalan Haji Taha pada jam 1 tengahari semalam pada mula bagaikan memberi semangat kepada peserta-peserta demo itu.

Namun, keadaan bertambah sadis juga apabila Chong dilihat menaiki sebuah kenderaan meninggalkan tempat tersebut setelah ditemubual oleh seorang wartawan sebaik sahaja peserta ingin memulakan acara berjalan kaki mereka.

Mungkin itulah sebabnya Aziz yang telah dilantik sebagai penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong baru-baru ini kelihatan tersengih-sengih seorang diri sepanjang perjalanan mereka yang melewati sejauh hampir tiga kilometer sebelum menamatkannya di Padang Merdeka.




Ramai yang tertanya-tanya, apakah sebenarnya mesej ingin mereka sampaikan dengan mengadakan aktiviti sedemikian? Selain dari bersenam serta membakar beberapa ratus kalori setelah berjalan  kaki beramai-ramai sebegitu sambil menyalahkan kerajaan sebagai dalang "menaikkan" harga petrol, apa lagi yang keuntungan yang mereka dapat?

Tindakan pendemo-pendemo tersebut, yang rata-ratanya orang muda-muda belaka termasuk panganjur, Chong dan Aziz nyata mereka "tidak memahami sepenuhnya" apa sebenarnya yang berlaku, khususnya berkaitan dengan harga minyak petrol yang mereka dakwa telah "dinaikkan" oleh kerajaan.

Istilah "kenaikan harga petrol" dalam perkara ini sebenarnya tidak begitu tepat kerana kerajaan sebaliknya telah "mengurangkan" subsidi petrol sebanyak 20 sen dari jumlah 83 sen sebelum ini dan dua perkara ini walaupun nampak sama tapi sesungguhnya ianya amat berbeza kerana ianya bergantung kepada niat seseorang itu, sama ada ingin menimbulkan rasa amarah orang lain atau mengambil perkara ini secara positif.

Telah berkali-kali kerajaan menjelaskan pengurangan subsidi petrol tidak dapat dielakkan dek kemerunduman ekonomi dunia yang menjejaskan semua negara namun nampaknya masih ada pihak yang tidak dapat menerima penjelasan ini ataupun tidak kurang juga yang sengaja buat-buat tidak paham!

Admin UnReportedNews™® pula menganggap demo tersebut mungkin sebenarnya lebih kepada "memperkenalkan" Abdul Aziz Isa, yang ditelah mula dicanangkan bakal menjadi calon DAP di DUN Tupong dalam pilihanraya yang diadakan kurang dua tahun lagi.

Aziz yang sebelum ini tidak dikenali langsung tiba-tiba mencanak naik namanya setelah perlantikannya dan dimata beberapa rakan pemerhati politik menjangka beliau bakal menjadi "senjata rahsia" DAP untuk menembusi kawasan majoriti Melayu (Tupong) serta dilihat berpotensi tinggi serta mempunyai kelainan dari mana-mana "produk DAP" sebelum ini.

Namun begitu, tindakan anak muda graduan berlulusan sains-politik untuk ikut berdemo semalam secara automatik bagai telah mengepamkan ekspektasi-ekspektasi tinggi terhadapnya ke dalam lubang tandas serta beliau sebenarnya, takler seterrer mana yang dijangka tapi hanya sekadar "cukup syarat" untuk menjadi pembangkang.

-UnReportedNews™®

Friday, 27 September 2013

ASYIK ORANG LAIN JER KENA LABEL RASIS, BILER LAGI SI BAPAK RASIS KIT SIANG DI SIASAT?

-SEORANG PENOLONG PENGETUA DI SIASAT KERANA TEGUR PELAJAR "BALIK INDIA, BALIK, CHINA"! YANG SI BABI KIT SIANG MENGHINA MELAYU SECARA TERANG-TERANGAN SEHINGGA MENGAKIBATKAN RUSUHAN KAUM PADA 13 MEI DULU TAK DI AMBIL TINDAKAN? KEKEKE!!!-

Seorang penolong pengetua di sebuah sekolah menengah disiasat atas dakwaan menegur sebahagian pelajarnya supaya "balik India, China."

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, kementerian sedang menunggu laporan berhubung perkara itu daripada para pegawainya yang mengendalikan kes berkenaan.

"Jika didapati dakwaan itu adalah benar, maka kementerian akan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya kepada The Star Online.

Guru terbabit didakwa berang selepas sebahagian pelajar tidak turut serta menyanyi lagu Negaraku semasa perhimpunan mingguan di SMK Engku Husain di Semenyih, Kajang beberapa hari lalu.

Pengetua sekolah, Abdul Ghafar Kunchi Mohd memberitahu The Star Online bahawa sekolah tersebut sudah melaporkan perkara itu kepada kementerian dan Jabatan Pelajaran Selangor.

Beliau berkata, satu mesyuarat diadakan pada Khamis mengenai perkara itu bersama wakil kementerian dan wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) di mana ia turut disertai beliau dan penolong pengetua terbabit.

Beliau enggan mengulas lanjut dan memberitahu bahawa perkara tersebut kini dikendalikan oleh kementerian.

Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan mengecam tindakan guru-guru yang merasakan sesuatu yang boleh diterima dengan memberitahu para pelajar supaya pulang ke negara asal nenek moyang mereka.

"Pada pendapat saya, mereka perlu dilatih semula untuk mempelajari tentang kelakukan yang sepatutnya diamalkan membabitkan guru dan pelajar," katanya.

Ali berkata, guru-guru dan pendidik-pendidik yang didapati mencetuskan perkauman dalam pendidikan seharusnya ingat tentang peranan mereka memberi panduan kepada pelajar.

"Semangat bangsa Malaysia sepatutnya disemai dalam diri mereka, supaya ia dapat dimaklumkan kepada pelajar berbanding mencetuskan isu perkauman."

Beliau berkata, pendidik yang mencetuskan isu perkauman perlu diatasi tanpa mempedulikan apakah jawatannya sekalipun.

Kejadian yang berlaku selepas beberapa insiden yang berbaur perkauman yang melibatkan beberapa sekolah, termasuk satu kes pada Ogos lalu apabila seorang pengetua sekolah di Shah Alam memohon maaf kepada para pelajar kerana memberitahu mereka supaya "balik ke India, China atau Indonesia".

Satu lagi kes apabila SK Seri Pristana, di mana guru besarnya, Mohd Nasir Mohd Noor dituduh bersifat rasis selepas pelajar bukan Islam didapati makan di bilik persalinan pada bulan Ramadan. 

Baru cakap macam tu nak di ambil tindakan? Macamana pula dengan kata-kata Kit Siang yang nyata berbaur menghina Bangsa Melayu dulu? 

SEJARAH LIM KIT SIANG YANG RAKYAT MALAYSIA HARUS TAHU!!

Di bawah adalah ayat-ayat cercaan Lim Kit Siang, ahli-ahli DAP dan Gerakan sewaktu berarak meraikan kemenangan mereka di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969 yang dipetik daripada Laporan MAGERAN...
1. Menggunakan slogan “Malai-Si” yang membawa maksud “Mati Melayu”.
2. “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” – 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.
3. “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”– 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.
4. “KL sekarang cina punya” – 11 Mei, Jalan Changkat Dollah.
5. “Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” – 12 Mei, Jalan Tunku Abdul Rahman.
6. “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…” – 12 Mei, Jalan Khir Kampung Baru.
7. “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” – 12 Mei, depan Balai Polis Jalan Pudu.
8. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!” – 12 Mei.
9. “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…” – 12 Mei, Jalan Canvel.
10. “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” – 12 Mei Jalan Bukit Bintang.

Kerana provokasi-provokasi yang didalangi oleh Lim Kit Siang inilah dikatakan telah menyebabkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 dahulu.

Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan itu, padanlah ramai pemimpin-pemimpin DAP yang sensitif dan mahu menutup sejarah ini serapat-rapatnya.

Jangan terpedaya dengan janji-janji manis Pakatan, nanti negara hancur menyesal pun takder guna....Fikir-fikirkanlah! -The Unspinners 

-UnReportedNews™®

Friday, 20 September 2013

BANGSAT PUNYA DAP ANGGAP MELAYU "ANGGOTA 50 SEN"

-NI BUKAN AKU YANG CAKAP YER! BEKAS NAIB PENGERUSI KEBANGSAAN DAP YANG KATA BEGITU! DALAM ERTIKATA YANG LAIN, MANA-MANA ORANG MELAYU DI SARAWAK YANG JADI AHLI DAP SEMUA DI ANGGAP "ANGGOTA 50 SEN" LER? HMM, AKU RASE AKU KENAL SORANG DARIPADA ORANG YANG DIMAKSUDKAN TUH! KEKEKE!!!-

Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Zulkifli Mohd Noor menyifatkan kepimpinan parti itu melihat penyertaan orang Melayu dalam DAP sebagai “anggota 50 sen” yang tidak membawa kepentingan.

Katanya perkara itu dapat dilihat dengan jelas dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) tahun lepas, apabila semua calon Melayu kalah.

“Bagi mengaburi mata rakyat dan menunjukkan DAP sebuah parti berbilang bangsa, tiga atau empat anggota Melayu diangkat menjadi pemimpin parti tetapi itu sekadar satu pembohongan,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Katanya bagi menguji dakwaan itu, beliau akan sekali lagi bertanding pada pemilihan semula CEC yang dijadualkan 29 Sept ini.

Saya ingin melihat ketelusan perwakilan dalam menterjemah ideologi ‘Malaysian Malaysia’ semasa pemilihan itu kelak, katanya.

Zulkifli yang kalah dalam pemilihan yang diadakan Disember, berkata beliau juga akan berkempen dalam pemilihan kali ini.

“Selama 26 tahun dalam parti, saya tidak pernah sekalipun berkempen untuk sebarang pemilihan, tetapi kali ini saya akan berkempen demi menguji ketelusan parti dalam memperjuangkan ideologi itu,” katanya.

Beliau juga mendakwa berdasarkan perjumpaannya dengan anggota DAP di beberapa kawasan di Kedah dan Perak, mereka mahu Lim Guan Eng melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dan tidak bertanding pada pemilihan semula CEC.

“Bagi mereka Lim gagal menjalankan tanggungjawab dalam mengemudi proses pemilihan pada Disember lepas hingga melibatkan campur tangan ROS (Pendaftar Pertubuhan) dan hampir-hampir DAP dibatalkan,” katanya. 

-UnReportedNews™®

Saturday, 14 September 2013

APA LAGI MELAYU & BUMIPUTERA MAU?

-MELAYU & BUMIPUTERA WAJIB MEMBACA NIH! PENGUMUMAN PERDANA MENTERI NAJIB TUN RAZAK MENGENAI BERPULUH BILION RINGGIT UNTUK BUMIPUTERA DALAM PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA! SIAPA KATA NAJIB TAK TOLONG MELAYU & BUMIPUTERA? KEKEKE!!!-

Berikut adalah 34 Touch Points yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena Majlis Permerkasaan Ekonomi Bumiputera yang berlangsung di Dewan Canselor, UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Fokus Pemerkasaan Pertama: Mendaya Modal Insan Bumiputera.

1. Memperbanyakkan Program Latihan Peningkatan Kemahiran.

2. Mempergiatkan Program Latihan Semula atau Re-Skilling.

3. Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil.

4. Memperluaskan Program Pendidikan Lepas Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan.

5. Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) diperluaskan.

Fokus Pemerkasaan Kedua: Memantapkan Pemilikian Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat.

6. Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham.

7. Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

Fokus Pemerkasaan Ketiga: Memperkukuh Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera.

8. Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia.

9. Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad(PHB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.

10. Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan Kerajaan Negeri.

11. Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah.

12. GLC yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera.

Fokus Pemerkasaan Keempat: Memperhebatkan Keusahawanan dan Perniagaan Bumiputera.

13. Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.

14. Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta.

15. Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta.

16. Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor.

17. Memastikan jangkamasa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank.

18. Melonjakkan program VDP di bawah PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM).

19. Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan Bumiputera sebagai KPI.

20. Program VDP PETRONAS RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk Bumiputera.

21. GLC dan GLIC menerajui usaha mengwujudkan konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor rangkaian perbekalan.

22. Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan Kerajaan secara terpilih.

23. Memperluaskan dasar carve out.

24. Membina satu komuniti baru entrepreneur Bumiputera.

25. Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).

Fokus Pemerkasaan Kelima: Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan.

26. Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan konstraktif

27. Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian.

28. Meningkatkan enrolmen pelajar UiTM kepada 250,000 menjelang 2020.

29. Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM.

30. Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion.

31. Membestarikan TERAJU.

32. Mewujudkan komuniti entreprenuer Bumiputera.

33. Meletakkan INSKEN dan SUPERB di bawah TERAJU.

34. Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 10 July 2013

TU DIA .. DAP SUDAH MULA

-KOR MING/DAP PERSOALKAN MENGAPA KERAJAAN TIDAK MELIBERALISASIKAN TANAH RIZAB MELAYU! NAH, BAGI LAGI MUKA KAT PUAK NIH! KEKEKE!!!-

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming melontarkan persoalan mengapa kerajaan tidak melaksanakan liberalisasi ke atas tanah rizab Melayu walaupun dibenarkan Majlis Tanah Tenaga bagi tujuan pembangunan.

Kor Ming yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, jika kerajaan tidak berhasrat melaksanakan liberalisasi ke atas tanah rizab Melayu apa gunanya Majlis Tanah Negara memutuskan bahawa tanah rizab Melayu boleh dipajak untuk tempoh 60 tahun.

“Merujuk kepada Majlis Tanah Negara yang meluluskan liberalisasi tanah rizab Melayu dengan membenarkan dipajak 60 tahun tetapi sehingga kini masih tergantung. Apa perkembangan terkini dasar ini kerana ia sudah berlarutan 10 tahun?,” katanya.

Beliau melontarkan persoalan itu ketika mencelah semasa Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. James Dawos Mamit menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat hari ini.

James bagaimana pada mulanya tidak menjawab persoalan tersebut menyebabkan Kor Ming bangkit semula dan mendakwa keputusan Majlis Tanah Negara itu sekadar indah khabar dari rupa jika kerajaan tidak berminat untuk meliberalisasikannya.

“Soalan saya mengapa keputusan Majlis Tanah Negara tidak dilaksanakan? Apa sebab kerajaan tidak mahu melaksanakan? Ini indah khabar dari rupa. Majlis sudah buat keputusan tetapi kementerian tidak laksanakannya,” katanya.

“Dahulu kerajaan negeri Perak (semasa ditadbir pembangkang) hendak bagi geran kekal kepada Kampung Tersusun dan Kampung Baru majlis kata tak boleh. Sini kata boleh. Apa bidang kuasa majlis dan di manakah sikap konsisten dalam isu ini,” soalnya.

Susulan desakan tersebut, James menafikan kerajaan Persekutuan membenarkan geran kekal dikeluarkan kerana tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri manakala kerajaan Pusat hanya berkuasa untuk memastikan segala undang-undang dan polisi dipatuhi.

Terdahulu beliau memberitahu, jumlah tanah rizab Melayu di seluruh negara ketika ini ialah 4.36 juta hektar tetapi penggantian semula tanah rizab yang sudah ditukar status sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan adalah bidang kuasa kerajaan negeri. (sumber)  

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List