Showing posts with label Petronas. Show all posts
Showing posts with label Petronas. Show all posts

Saturday, 13 August 2016

Adenan Beri Amaran Akan Batal Permit Kerja Jika Petronas Degil


JOHOR BAHARU : Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memberi amaran lebih tegas akan membatalkan semua permit kerja petugas Petronas dari luar Sarawak, jika arahan moratorium yang dilaksanakan kini gagal.

Beliau bercakap demikian di hadapan kira-kira lebih 400 anak-anak Sarawak di dalam program Ngabas@Johor anjuran Persatuan Anak Sarawak Semenanjung di sini, malam tadi.

Adenan turut menegaskan anak-anak Sarawak sendiri akan mengambil alih tugas tersebut sekiranya Petronas masih berdegil dengan memberhentikan anak Sarawak yang menjadi kakitangan syarikat itu dan menggantikannya dengan petugas dari luar Sarawak.

“Kita sentiasa mahukan rakyat Sarawak diberikan keutamaan. Dan, jika anda gagal berbuat demikian, kami akan bekukan permit kerja anda (Petronas),” katanya dengan nada tegas.

Ketika ini kebanyakan sumber petroleum dan gas Petronas di negara ini datangnya dari Bumi Kenyalang, terutamanya dari Miri dan Bintulu.

“Kita tidak lakukan tindakan ini serentak sekali gus. Kita laksanakannya satu per satu, dengan tindakan awal adalah melaksanakan arahan moratorium.

“Selepas ini kita akan meminta royalti kepada negeri Sarawak sebanyak lima peratus hari ini, ditingkatkan melebihi jumlah itu,” tegasnya.

Adenan sebelum ini melaksanakan serta-merta arahan moratorium terhadap permit kerja warga Petronas dari luar Sarawak berikutan tindakan syarikat minyak dan gas utama itu memberhentikan sekurang-kurangnya 13 pekerja anak Sarawak di negeri ini, lanjutan penstrukturan semula syarikat tersebut.

Biarpun mendapat kecaman sesetengah pengamal dan pengkaji ekonomi termasuk dari negeri itu senditi, namun majoriti rakyat Sarawak menganggap tindakan Ketua Menteri itu sebagai patriotik, demi melindungi masa depan rakyatnya.

Dalam ucapan sekitar 15 minit itu, Adenan turut menerangkan tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan pimpinannya sebelum ini dalam menegakkan kebajikan rakyat.

“Yang paling penting adalah untuk menuntut autonomi daripada kerajaan Pusat berhubung kuasa-kuasa yang terhakis daripada kita, walhal ia telah dipersetujui dalam perjanjian Malaysia, Akta Malaysia 1963 dan dimeterai dalam cadangan dan laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan pada 1963,” tegasnya.

Adenan berada di Johor selama sehari atas tugasan rasmi, termasuk merasmikan penutupan Bengkel High Performance Team penjawat kanan Kerajaan Negeri Sarawak, selain mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin.


Turut hadir sama Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri James Masing dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof. - KLXpress

-UnReportedNews™®

Thursday, 11 August 2016

Sarawak Masih Kekal Dengan Pendirian Dapatkan Penjelasan Daripada Petronas


KUCHING:  Sarawak masih kekal dengan pendirian untuk mendapatkan penjelasan daripada Petronas walaupun syarikat itu telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu permohonan permit pekerjaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, ia hanya kenyataan yang dikeluarkan syarikat berkenaan namun mereka masih belum memberi sebarang alasan mengenai menamatkan perkhidmatan rakyat Sarawak daripada operasinya di negeri ini.

“Kita masih menunggu butiran atau penjelasan alasan mereka, yang hari ini (semalam) hanya kenyataan akhbar yang dikeluarkan mereka.

“Menurut kenyataan itu keputusan (moratorium) mungkin berdasarkan tanggapan salah terhadap penstrukturan semula ini dan ini bermakna mereka (Petronas) harus ada alasan untuk menyatakan perkara berkenaan.

“Kita masih menunggu butiran dan selepas itu baharu kita akan membuat keputusan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai perkembangan isu Petronas,  di mana kerajaan negeri telah membekukan serta-merta permohonan permit kerja baharu untuk kakitangan Petronas dari luar Sarawak.

Langkah itu ekoran aduan bahawa Petronas menamatkan perkhidmatan rakyat Sarawak daripada operasinya di Sarawak walaupun jumlah rakyat tempatan sudah cukup rendah.

Sementara itu, semalam dalam kenyataan yang dikeluarkan Kumpulan Komunikasi Strategik Jabatan Perhubungan Media Petronas menyatakan, Petronas bimbang dengan keputusan kerajaan negeri melaksakanakan moratorium ke atas semua permohonan permit baharu pekerjaan untuk pekerja luar Sarawak bekerja di negeri ini.

Syarikat itu percaya keputusan yang diumumkan pada hujung minggu lepas mungkin dibuat berdasarkan tanggapan salah terhadap penstrukturan semula perniagaan kumpulan itu yang telah secara tidak adil memberi kesan kepada pekerjanya dari Sarawak.

Sementara itu berhubung penubuhan parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia di bawah naugan Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi berkata, ia terpulang kepada mereka untuk berbuat demikian.

“Ia terpulang kepada mereka untuk berbuat demikian dan ia tidak ada kaitan dengan Sarawak.


“Asalkan perkara itu tidak mengganggu keamanan dan ketenteraman rakyat negeri ini,” tegasnya. - UB

-UnReportedNews™®

Wednesday, 10 August 2016

Tunggu Penjelasan Berhubung Pemberhentian Pekerja Sarawak



Sarawak setakat ini masih menunggu Petronas tampil memberi penjelasan mengenai isu menamatkan perkhidmatan rakyat Sarawak daripada operasinya di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang turut menafikan mengadakan pertemuan bersama Petronas semalam (9 Ogos) menjelaskan, beliau sendiri tidak menerima sebarang jadual perjumpaan berkenaan.

“Kita masih menunggu mereka datang dan tampil memberi penjelasan, sama ada mereka datang berjumpa atau tidak, saya tidak tahu.

“Hari ini saya seharian di Lundu dan belum ada jadual mesyuarat bersama saya buat masa ini.

Tindakan kita setakat ini masih sama iaitu moratorium permit sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Tunai Elaun Sara Hidup Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sematan/Lundu di Dewan Persatuan Chung Hua di sini, semalam.

Uggah berkata demikian bagi  mengulas mengenai perkembangan isu Petronas berkenaan di mana kerajaan negeri telah membekukan serta-merta permohonan permit kerja baharu untuk kakitangan Petronas dari luar Sarawak.

Jelas beliau, Sarawak perlu tampil dengan strategi bagi menyelesaikan perkara itu dengan lebih baik.

“Masalah ini telah dibangkitkan dalam akhbar, maka Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merasakan kita perlu menampilkan strategi.

“Strategi itu adalah dengan moratorium bagi permohonan permit kerja baharu dan dari situ kita akan tampil ke hadapan untuk mencari bagaimana menyelesaikan masalah ini,” tegasnya.

Sebelum ini Uggah dalam satu kenyataan mengumumkan moratorium kerajaan negeri itu berkuat kuasa serta-merta bagi semua permohonan permit kerja baharu untuk kakitangan Petronas dari luar Sarawak yang berhasrat bekerja di Sarawak.

Beliau berkata kerajaan negeri telah meminta penjelasan daripada Petronas dan syarikat minyak itu berkata pemberhentian pekerja adalah sebahagian daripada usaha mengurangkan kos. - UB

-UnReportedNews™®

Sunday, 27 May 2012

PETRONAS BIAYAI ANWAR?


-BENARKAH PETRONAS SECARA TIDAK LANGSUNG MENAJA SEORANG PENGKHIANAT, PELIWAT & PENZINA UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI NEGARA INI?-


Buku dalam talian The ‘I’ Files oleh Jonathan Smith yang membongkar kisah-kisah Anwar kini mula diperkatakan umum. Seperti yang penulis sentuh sebelum ini, iaitu kebanyakan kisah yang diceritakan adalah rahsia umum, setidak-tidaknya bagi para pemerhati politik veteran seperti penulis.


Kisah Anwar kahwin lari, bapa Wan Azizah mengamuk ingin menembak Anwar bukanlah sulit walaupun mungkin ramai anak-anak muda hari ini belum pernah mendengarnya. Malah, kisah-kisah bagaimana beliau ditaja oleh kumpulan ektremis Islam, pendokong Wahhabi juga sudah pernah didedahkan.


Penglibatan beliau dengan International Institute of Islamic Thought (IIIT) sememangnya diketahui ramai. Apa yang menarik ialah Smith tidak pula (atau belum lagi) menghuraikan berkenaan IIIT secara terperinci. Kita percaya bahawa lokasi IIIT di Langley, yang juga menempatkan pejabat CIA bukanlah satu kebetulan. IIIT adalah diwujudkan oleh CIA. Menurut beberapa sumber, hasil penyelidikan pemikiran umat Islam oleh IIIT digunakan oleh CIA untuk memanipulasi, melaga-lagakan dan memusnahkan negara-negara Islam secara halus dan tersusun.


Melalui IIIT juga diwujudkan Muslim fanatik, Muslim liberal di seluruh dunia bagi mengekang Muslim fundamental iaitu yang berfahaman sederhana selaras dengan ajaran Islam sebenar.


CIA tahu bahawa Muslim fanatik akan secara automatik akan bertelagah dengan Muslim fundamental. Jika perlu, CIA akan menimbulkan isu melalui agen-agen mereka di negara-negara berkenaan, menyemarakkan kebencian sehingga memabawa kepada kekecohan dan mungkin juga perang saudara dan pemberontakan.


Apabila negara-negara Islam mula lemah akibat pertelagahan sesama sendiri, barat akan memberi sokongan, bantuan malah dana untuk mengembangkan fahaman liberal di negara-negara tersebut melalui berbagai sudut, bentuk dan cara.


Maka kita wajar faham bahawa tajaan wang yang dikatakan diterima oleh Anwar dari kumpulan ektremis Islam tadi adalah berakar umbi dari barat, iaitu CIA juga - mungkin pada ketika itu, tanpa disedari oleh Anwar mahupun kumpulan-kumpulan ektremis Arab itu sendiri.


Yang jelasnya, hari ini, kita tahu bahawa Anwar memang cukup sedar mengenai tangan-tangan CIA di dalam IIIT. Tidak mungkin beliau tidak tahu kedudukan sebenar apabila namanya terletak sebaris dengan tokoh-tokoh Yahudi Zionis dan Muslim liberal di dalam beberapa pertubuhan yang berkait rapat dengan CIA.


Selain wang dari kumpulan ektremis Islam, Smith menyebut satu lagi punca kewangan Anwar yang mungkin belum pernah diketahui sebelum ini, iaitu Petronas.


Dan bagi pihak rakyat Malaysia keseluruhannya, penulis yakin inilah yang menjadi persoalan utama yang timbul dari 4 bab buku ini.


Menurut Smith, data kewangan Petronas yang memusykilkan telah pun dibawa ke perhatiannya lama sebelum Anwar mula menunjukkan warna sebenar kepada Malaysia. Pada mulanya, pekerja bawahannya telah mengesan penjualan minyak petronas dalam jumlah yang kecil, tetapi di bawah harga pasaran. Namun, beliau telah menganggap bahawa ianya terlalu kecil untuk dikesan atau diberi perhatian pada waktu itu.


Nama Hassan Marican kemudiannya muncul di dalam fail risikannya pada tahun 1990, sebagai seorang yang berkait rapat dengan Anwar yang merupakan juniornya di MCKK. Menurut rekod juga, bapa Hassan pernah bekerja dengan bapa Wan Azizah pada tahun 1970an. Anwar dikatakan membawa Hassan masuk ke Petronas dan menolaknya terus ke tampuk kuasa tertinggi syarikat tersebut pada 1995.


Tun Dr. Mahathir agak sangsi pada mulanya kerana Hassan baru berumur 43 tahun pada waktu itu, bagaimanapun, beliau mempercayai penilaian Timbalannya lalu bersetuju dengan perlantikan Hassan.


Memainkan harga minyak hanyalah perkara kecil bagi kedua-dua bekas MCKK ini. Apa yang lebih hebat ialah bagaimana mereka membentuk rangkaian yang melibatkan pembinaan, pembelian dan perkhidmatan melalui Petronas yang bernilai berbillion pound.


Dana dari rangkaian Wahhabi/CIA dan Petronas serta entah berapa billion lagi dari berbagai sumber lain itulah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu, untuk membina sokongan dan empayar tersendiri sekali gus, menjatuhkan Tun Dr. Mahathir.


Memandangkan Wahhabi atau CIA bukanlah perkara yang dekat dengan rakyat Malaysia, maka kita letakkan dua perkara ini ke tepi dan biarlah Anwar atau kerajaan atau entiti yang lebih besar menangani mereka.


Sebagai rakyat marhaen, kita hanya ingin tahu apakah benar Petronas telah secara tidak langsung menaja seorang pengkhianat, peliwat dan penzina untuk menjadi Perdana Menteri negara kita? Dan benarkah Hassan Marican terlibat sama?


Petronas dan Hassan wajib menjawab kemusykilan rakyat.


Sumber: Cik Zah

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List