Showing posts with label Hasan Ali. Show all posts
Showing posts with label Hasan Ali. Show all posts

Tuesday, 26 February 2013

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT HANYA UMPAN PILIHANRAYA

-SELEPAS PRU, MANIFESTO TERSEBUT OLEH DIUBAH ATAU DIIKTIRAF HANYA SEBAGAI "CADANGAN" SAHAJA DEK NAK MENGELAK DARI MENGKOTAKAN JANJI-JANJI YANG MEMANG MUSTAHIL UNTUK DIPENUHI!GULA-GULA DONG! KEKEKE!!!-

Pakatan Rakyat telahpun membentangkan manifesto mereka dalam Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada hari ini.

Penelitian ringkas yang dibuat menunjukkan bahawa manifesto tersebut tidak ada yang baru. Semuanya memang telah diwar-warkan dan menjadi pengetahuan umum sejak dari awal-awal lagi. Ianya dibuat sebagai tawaran untuk memujuk rakyat supaya berpaling kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

Yang jelasnya beberapa perkara dapat disimpulkan seperti berikut :

a. Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”.

b. Manifesto tersebut tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.

c. Manifesto Pakatan Rakyat mengenepikan langsung pembangunan keinsanan dan kerohanian. PAS sebagai salah sebuah parti Islam yang kini merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat biasanya mengutarakan konsep insan sepadu yang mesti dibangunkan seutuhnya. Ini bermakna di samping kemajuan material, pembangunan seharusnya menekankan aspek mental dan intelektual terutamanya spiritual yang akan menjamin lahirnya masyarakat yang seimbang pembangunannya. Sementara di peringkat individu seimbang juga syaksiah keperibadiannya. Rakyat sedemikianlah yang di harap mampu menjelmakan konsep “Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghaffur” seperti yang disebut berulang kali oleh pimpinan PAS.

d. Apa yang ditawarkan pada analisa akhirnya lahirlah manusia-manusia yang teguh kedudukan material yang lazimnya mudah menonjolkan sifat-sifat keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan demi mengejar “superiority material”. Akhirnya segelintir rakyat mungkin boleh mencapai kelebihan material itu dengan menidakkan sebahagian besar masyarakat yang merupakan kelompok majoriti yang tidak mempunyai persediaan untuk sama-sama merebut peluang material yang ada di hadapan mereka.

e. Kita sudah menyaksikan bagaimana masyarakat barat melalui proses untuk mencapai tahap kemajuan dan kesejahteraan material seperti yang dibangga-banggakan. Atas tekanan material semata-mata akhirnya masyarakat dibebani dengan berbagai penyakit masyarakat samada yang timbul daripada masyarakat itu sendiri atau yang diimport daripada luar.

Rata-ratanya masyarakat tidak mempunyai benteng pertahanan untuk mempertahankan keutuhan nilai-nilai sosio budaya, akhlak, budi pekerti dan tata susila dan kekuatan dalaman yang sangat diperlukan untuk menongkah cabaran abad yang berikutnya.

f. Seperti yang di ulas panjang lebar sebelum ini tawaran-tawaran yang dikemukakan tidak lebih daripada janji-janji kosong setakat untuk menggamit keyakinan pengundi untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. Yang paling mudah bagi mereka nanti bila sampai masanya bila janji-janji dituntut oleh rakyat, dengan mudah mereka akan mengatakan “manifesto bukan satu perjanjian”. Ini menggambarkan bahawa kalimat-kalimat dalam manifesto itu tidak lebih lebih daripada sususan ayat-ayat yang disalut dengan gula-gula manis untuk memikat hati rakyat. Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan.

g. Para penganalisa politik sehinggi kini menyebutkan bahawa tawaran Pakatan Rakyat dalam konteks pembangunan sebuah negara seperti Malaysia dapat disamakan seperti mimpi disiang hari. Pakar-pakar ekonomi pula menghujahkan seandaianya sebahagian apa lagi kesemua butiran-butiran manifesto itu hendak dilaksanakan, Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara muflis. Ketika itu pihak yang menawarkan bintang dan bulan tersebut mudah mencuci tangan sebaliknya rakyatlah yang akan menanggung bahana dan derita yang mungkin berpanjangan hingga ke beberapa generasi yang akan datang.

h. Bagi mereka yang belum mempunyai pengalaman mengurus dan mentadbir sebuah negara, tawaran-tawaran yang dibuat lebih mudah untuk dinukilkan. Sebaliknya kepada pihak yang sudah berpengalaman mengurus negara sudah tentu mengambil kira berbagai faktor terutamanya faktor boleh atau tidak boleh tawaran itu dilaksanakan. Kita belum melihat tawaran daripada BN lagi. Seandainya BN juga dalam masa terdekat ini dapat mengemukakan manifesto mereka, maka bolehlah rakyat membuat penelitian dan mengambil satu posisi terhadap kedua-dua manifesto tersebut. Barulah rakyat boleh menilai yang mana yang lebih munasabah dan yang mana yang boleh dipercayai serta yang mana yang mempunyai kredibiliti untuk diberi mandat di dalam PRU ke 13 nanti.

Setakat yang dapat kita saksikan di negeri-negeri dalamana Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbirnya, fakta-fakta menunjukkan bahawa sebahagaian yang dijanjikan dalam manifesto untuk masing-masing negeri tidak berjalan seperti yang diharapkan. Harga rumah yang rata-ratanya melambung tinggi menjadi penyebab orang-orang Melayu di Pualu Pinang dan Selangor keluar mencari tempat kediaman di kawasan-kawasan pinggiran bandar, luar bandar dan kawasan terpencil menghampiri hutan simpan yang mampu dimiliki sesuai dengan pendapatan isi rumah mereka.

Seperkara lagi bagi Pakatan Rakyat mereka boleh janjikan apa sahaja. Lantaran kemungkinan untuk memenangi Putrajaya masih jauh daripada yang diangan-angankan. Oleh itu tektik yang paling mudah tawarkanlah apa sahaja. Beri rakyat bulan dan bintang. Manalah tahu, kalau ada di antara rakyat yang boleh terpengaruh dengan janji-janji politik yang ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang terkenal lunak dan bijak mengabui mata dan minda rakyat.

Hanya rakyatlah yang semestinya bijak. 55 tahun kita merdeka, sepatutnya tidak ada golongan rakyat di Malaysia yang masih boleh digula-gulakan. Tidak ada lagi golongan rakyat di negara ini yang sanggup diperkotak-katikkan kebolehan minda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Rakyat Malaysia sudah dimasukkan ke dalam kumpulan rakyat yang berpendidikan. Rakyat yang boleh menentukan masa depan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negaranya sendiri.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI

Presiden JATI Malaysia

TTDI, KL

25 Februari 2013

-UnReportedNews™®

Monday, 25 February 2013

ALLAH MENYAYANGI MALAYSIA!!!

-JIKA ALLAH TIDAK MENAKDIRKAN ANWAR IBRAHIM TERSUNGKUR KETIKA "SEJENGKAL" LAGI BELIAU NAK DINOBATKAN MENJADI PM, MALAYSIA KINI SEMEMANGNYA SUDAH MENJADI SEKUTU REJIM ZIONIST! ALLAHUAKHBAR!!!-

Bagaimana seorang manusia yang dikurniakan dengan pemikiran yang sebegitu tajam dan pintar seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada masa itu (1998) bukan saja menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri bahkan memangku jawatan nombor satu negara ini boleh tersungkur?

Beliau yang terkenal sebagai seorang "pakar stratergist" telah membuat perancangan yang sebegitu rapi untuk membolehkannya menjadi PM dengan mencaturnya "orang-orangnya" memegang jawatan-jawatan penting di seluruh negara pun juga boleh tersungkur? 

Tersungkurnya dia (Anwar), bukan alang-alang lagi malah bahana-bahana yang menimpanya bagaikan semakin lama semakin "menjauhkannya" dari jawatan PM yang diidam-idamkan selama ini kerana sejak saat itu, satu demi satu "perbuatan terkutuknya" terbongkar dan diketahui umum!

Nak salahkan UMNO? Nak salahkan Barisan Nasional? Nak salahkan orang lain? Sebagai seorang yang beragama Islam, Anwar Ibrahim harus akur kepada Qada dan Qadar serta semuanya ini sudah suratan takdir yang ditentukanNYA.

Bak kata sekutunya (Karpal Singh), Anwar Ibrahim harus bertaubat namun sebaliknya, beliau jelas tidak serik dengan "kesilapannya" malah kian rakus melakukannya sehingga dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful Burhari.

Beliau sedar yang untuk "membersihkan namanya dalam komuniti Islam" beliau harus disokongi oleh satu entiti Islam yang besar maka ini menjuruskannya dengan mendekati PAS yang selama ini memang "hauskan" sokongan dalam misi "membalas dendam" terhadap UMNO!

Namun "pakatan Anwar Ibrahim dengan PAS" sebaliknya memburukkan keadaan kerana PAS kini jelas bagaikan "terikut-ikut tarian ANwar Ibrahim" dan jauh tersasar dari perjuangan asal PAS untuk menegakkan Islam ditambahkan lagi secara realiti PAS mejadi "bahaman" DAP, satu lagi sekutu ketat Anwar Ibrahim (kinilah!).

Ini terbukti kerana dengan tindakan yang di ambil oleh "wira-wira Islam PAS sejati" seperti Ustaz Nasharuddin, Datuk Hassan Ali dan nama-nama besar lain meninggalkan PAS kerana mereka menyedari "pengaruh negatif" yang telah diserapkan Anwar Ibrahim ke dalam PAS menerusi pakatan tersebut.

Secara ikhlas aku akui, ilmu Islam aku agak cetek namun pengertian umum aku akan satu perkara iaitu setiap kejadian itu adalah ketentuanNYA yang mempunyai ikhtibar yang perlu difahami dan dipelajari oleh semua manusia ciptaanNYA.

Ada sebab dan alasan mengapa ALLAH menidakkan Anwar Ibrahim agar tidak menjadi PM pada masa lalu namun dan bagaikan memberi "peringatan" kepada rakyat Malaysia dengan meredakan "setiap tindakan Anwar Ibrahim yang bertentangan dengan Islam" didedahkan satu persatu agar kita boleh memikirannya sendiri.

Kini, pilihan di tangan kita samada kita menerima "segala ikhtibar" yang diberikanNYA kepada kita atau sebaliknya pada PRU nanti. ALLAH menyayangi Malaysia! WALLAHUALAM.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 20 February 2013

PENYERTAAN ULAMA KE DALAM POLITIK DIALU-ALUKAN

-IANYA AKAN MEMBERI KESAN ASPIRASI & CITA-CITA KITA UNTUK MELIHAT ISLAM DIAGUNGKAN & BANGSA MELAYU DIMARTABATKAN!-

Berita mengenai beberapa orang ulama popular menyertai parti politik dan seterusnya bertanding dalam PRU ke 13 tidak memeranjatkan kita. Ura-ura seperti itu memang telah lama dimainkan dalam akhbar dan media sosial. Pilihan parti yang bakal disertai pun tidak memeranjatkan kita kerana selama ini ucapan dan kenyataan yang keluar daripada mulut mereka membayangkan hasrat politik mereka itu.

Kepada mereka yang faham persoalan ini dengan dada terbuka mengalu-alukan langkah sedemikian. Diharapkan penyertaan ulama-ulama popular terutamanya akan memberi kesan langsung kepada aspirasi dan cita-cita kita untuk melihat Islam diagungkan dan bangsa Melayu dimartabatkan.

Saya masih teringat bila saya mengambil keputusan menyertai PAS dahulu. Sebagai moderator forum perdana Ehwal Islam, bersama dengan ulama-ulama popular seperti Dato Dr Haron Din, Dato Ismail Kamus, Tan Sri Harussani Zakaria, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Ust Ghani Abdul Rahman dan lain-lainnya telah menempatkan forum tersebut dalam ranking teratas dari segi rating program TV ketika itu.

Langkah yang saya ambil menyebabkan ramai dikalangan ulama-ulama popular tersebut menyertai PAS dan berjuang di dalam wadah tersebut sehingga menjadikan parti itu lebih dekat dihati rakyat.

Penyertaan kami dalam PAS didorong oleh satu tujuan sahaja iaitu untuk mendaulatkan Islam, melaksanakan Negara Islam dan hudud serta membantu membina masyarakat berlandaskan Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Buat seketika jalan ke arah itu kelihatan terbuka luas sehinggalah ke saat PAS menyertai Pakatan Rakyat. Penyertaan PAS ke dalam Pakatan Rakyat telah mengubah halatuju dan rangka kerja parti Islam itu. Parti itu tidak lagi menjulang Negara Islam sebaliknya atas desakan DAP dan PKR diganti kepada Negara Berkebajikan.

Harapan saya para ulama popular ini tidak kira parti mana yang mereka pilih mereka akan menggunakan seluruh kekuatan minda, intelek, spiritual dan fizikal untuk mengagungkan agama Allah. Tidak ada tujuan lain selain daripada tujuan yang murni itu. Tugas mendakwah dan membersihkan Islam daripada segala bentuk najis seperti pluralisme agama, Islam Liberal, fahaman LBGT dan sebagainya dapat di samak dan dibersihkan oleh ulama-ulama popular ini.

Sebaliknya kalau mereka terjun ke dunia politik semata-mata untuk meraih keuntungan terdekat maka langkah mereka tidak sepatutnya diberi sokongan oleh masyarakat Melayu Islam di Negara ini.

Begitu juga sekiranya kehadiran mereka hanyalah untuk dijadikan alat oleh sesetengah pimpinan parti politik untuk mengaburi mata rakyat dengan tujuan membersihkan imej pimpinan-pimpinan yang terbabit yang sudah tercalar moral dan akhlak mereka, maka kehadiran mereka tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada para penyokong dan pimpinan parti yang dipilih termasuk ulama popular itu sendiri.

Kita tunggu dan lihat perkembangan berikutnya. Harapan kita para ulama popular ini tidak dengan begitu mudah mengkhianati ilmu dan amalan mereka sebagai ulama. Mereka perlu menghidarkan diri mereka daripada fitnah yang mungkin dilontarkan kepada mereka sebagai ulama yang sudah tentu pada analisa akhirnya menatijahkan sesuatu yang negatif terhadap Islam itu sendiri. Inilah yang perlu dielakkan oleh semua pihak yang terbabit.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI

Presiden JATI Malaysia

TTDI, KL

19 Februari 2013

-UnReportedNews™®

Saturday, 16 February 2013

SEBAB SEBENAR MENGAPA PAS DISINGKIR DARI BN DULU!

-DATO' DR HASAN ALI JUGA MENGAKUI SETAKAT INI, CUMA VERSI BEKAS PERDANA MENTERI TUN MAHATHIR MOHAMAD MENGENAI "MENGAPA PAS KELUAR DARI PERIKATAN PADA TAHUN 1978" LEBIH MENEPATI REALITI YANG BERLAKU KETIKA ITU BERBANDING DENGAN "VERSI-VERSI LAIN", TERUTAMANYA DARI PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS YANG MUNGIKIN DITOKOK TAMBAH UNTUK MEMBERI KELEBIHAN PADA PAS & SEBALINYA MEMBURUKKAN UMNO!DENGAR TU AHLI PAS SARAWAK? PERJUANGAN ANDA BERKISARKAN ATAS PEMOHONGAN PEMIMPIN PAS! KEKEKE!!!-

Banyak versi yang diberitahu kepada rakyat oleh pimpinan PAS dan UMNO mengenai kerjasama PAS bersama Barisan Nasional hinggakan kedua-duanya menjalin kerjasama politik menghasilkan Kerajaan Campuran Perikatan dari tahun 1973 – 1978. 

Isu ini kali terakhir disentuh oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed setelah isu ini ditimbulkan semula dengan versi yang berbeza. Pimpinan PAS mempunyai satu versi dan pimpinan UMNO pula mempunyai satu versi yang lain. Kedua-dua versi tersebut mempunyai perbezaan yang nyata. Dari sudut nadanya satu pihak menyalahkan satu pihak yang lain. 

Isu ini perlu diberi perhatian istimewa khususnya mereka yang meminati perjalan politik tanahair. Isu ini juga mempunyai pertalian langsung dengan masyarakat Melayu Islam kerana sejarah samada putih atau hitam yang telah terpahat mengenai kerjasama politik antara PAS dengan UMNO mempunyai implikasi yang sangat besar dan luas dalam konteks umat Melayu Islam di negara ini. 

Pimpinan PAS memberitahu rakyat bahawa kerjasama yang terjalin yang disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari itu adalah berpunca daripada UMNO/BN. UMNO melihat pimpinan PAS menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang kerjasama tersebut untuk melebarkan sayap politiknya dan tidak banyak membantu membangun negara. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed memberi versi yang lebih detail dalamana PAS juga dikatakan ketika itu hilang kekuatan dan berada dalam keadaan terumbang ambing hingga akhirnya berpecah sehingga wujudnya parti serpihan seperti Berjasa. Kecelaruan pimpinan PAS yang sedemikian rupa ketika itu menyebabkan sukar bagi parti yang bergabung dengan UMNO itu untuk memberi perhatian kepada usaha membina negara. Sebaliknya pimpinan PAS ketika itu lebih banyak memberi tumpuan kepada hal-hal politik bagi menyelesaikan masalah dalam parti itu. Antaranya termasuklah pertembungan dua pemimpin utama iaitu Dato Asri dan Dato Mohamad Nasir. Pertembungan tersebut akhirnya mengakibatkan kekalahan PAS dalam PRU ketika itu dan akhirnya untuk menyelamatkan keadaan perintah daururat terpaksa dikeluarkan di Kelantan.

Sementara pimpinan PAS terutamanya Mursyidul Amnya Dato Nik Aziz Nik Mat pula meletakkan sepenuh kesalahan keribaan UMNO dengan mengatakan bahawa UMNOlah yang bertanggungjawab menendang PAS keluar daripada Perikatan. Alasan PAS bahawa UMNO telah mengkhianati asas-asas perjanjian yang dipersetujui bersama sebelum kerjasama politik tersebut dapat direalisasikan. 

Sehingga ini versi Tun Dr Mahathir kelihatan lebih menjurus kepada sebab musabab dan beliau telah memberikan sedikit perincian terhadap perpecahan politik itu. Di pihak PAS apa yang dinyatakan oleh Dato Nik Aziz dan oleh pimpinan yang lain sebelumnya nampak begitu longgar. Pimpinan PAS perlu mengemukakan butiran lanjut terhadap peristiwa tersebut bagi membolehkan rakyat biasa membuat penilaian masing-masing. Adalah menjadi satu tanggungjawab moral bagi pimpinan tertinggi PAS menjelaskan perkara ini dengan memberikan fakta yang jelas dengan perincian kronologinya mengenai dakwaan PAS tentang penyingjkiran tersebut. 

Setakat yang saya dimaklumkan sebelum ini oleh beberapa pimpinan tertinggi PAS sendiri yang tidak pernah ditimbulkan secara terbuka, versi Tun Mahathir lebih menepati realiti yang berlaku ketika itu. 

Sebaik sahaja PAS mengemukakan kronologi dan perincian insiden getir itu, dicadangkan supaya diadakan satu pasukan penilai unyuk membuat penilaian kepada kesahihan fakta yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak PAS dan UMNO. Pasukan penilai tersebut mungkin boleh dianggotai oleh mereka yang berwibawa mewakili golongan cendikiawan, professional, pakar sejarah, agamawan dan penganalisa politik. Pasukan penilai kemudiannya akan membentangkan episod sebenar kepada rakyat. 

Fakta yang sahih amat diperlukan. Selama ini pimpinan PAS enggan menerima pelawaan UMNO untuk menjalin perpaduan mahupun untuk mewujudkan sebarang bentuk kerjasama politik kerana tidak mahu kononnya jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali setelah pernah dikhianat oleh UMNO. Atas sebab itulah PAS selamanya menganggap UMNO sebagai parti yang tidak mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai hingga menyebabkan UMNO menjadi musuh politik nombor satu bagi PAS.

Saya masih berharap agar insiden yang pernah berlaku pada tahun 1978 itu dapat dirungkaikan dan diselesaikan dengan kadar yang segera berdasarkan semangat ukhuwwah dan mahabbah sesama Muslim seperti mana yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah. Penyelesaian ini adalah penting demi kemaslahatan perpaduan dan kesatuan umat Melayu Islam dinegara kita. Perpaduan dan kesatuan umat juga amat penting demi survival dan masa depan Islam serta nasib bangsa Melayu di negara kita sendiri yang bakal ditentukan melalui PRU ke 13 nanti. 

Walaupun masa tidak menyebelahi kita tetapi dengan ruang dan peluang yang masih ada rakyat Islam Melayu perlu bersatu untuk bersama-sama menagih fakta sebenar serta perinciannya mengenai isu yang dibincangkan daripada pimpinan tertinggi PAS. Setakat apa yang telah diberi oleh mereka tidak memungkinkan rakyat Islam Melayu membuat pendirian yang teguh atas tapak yang kukuh untuk menyokong atau menolak Pas atau UMNO dalam PRU ke 13 akan datang. 

Menyorot kata-kata pemikir Islam, demi untuk Islam dan demi untuk melebarluaskan syiarnya umat Islam tidak perlu mencari-cari berbagai dalih dan berselindung disebalik dalih-dalih itu untuk menolak gagasan penyatuan umat Islam. Saya amat optimistik bahawa perpaduan masyarakat Islam seperti yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah itu begitu tinggi martabatnya dan mengatasi segala-galanya. Bagi saya apa yang berlaku adalah imbasan-imbasan keangkuhan dan kesombogan untuk mempertahankan pandangan dan pendapat masing-masing sedangkan pandangan dan pendapat itu dalam bentuk apapun masih terbuka kepada unsur-unsur penolakan dan ketidaksutujuan. Sementara perintah Allah SWT dalam hal ini berkaitan dengan penyatuan umat adalah selama-lamanya benar dan tidak boleh dipersoalkan.

Memandangkan masa yang ada begitu singkat amat mustahak pemimpin-pemimpin Islam, PAS dan UMNO menjadikan isu penyatuan umat ini sebagai agenda nombor satu dalam PRU ke 13. Kedua- dua parti atas nama demokrasi bebas menyuarakan apa isu pun namun isu-isu tersebut tidak akan dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada umat Islam Melayu di negara ini selagi agenda nombor satu penyatuan umat tidak dijunjung oleh kedua-dua parti yang mewakili sebahagian besar daripada penduduk Islam Melayu di negara ini.

Mana-mana parti yang menolak agenda nasional nombor satu ini perlu ditolak oleh rakyat yang akan menggunakan kuasa undi mereka dalam PRU ke 13 nanti.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI

Presiden JATI Malaysia

TTDI, KL

15 Februari 2013

Sumber: KL Pos

-UnReportedNews™®

Wednesday, 13 February 2013

AKAR UMBI TIDAK MAHU PAS BERSEKONGKOL LAGI DENGAN PAKATAN!

-KENYATAAN TERBARU MANTAN PESURUHJAYA PAS SELANGOR DATO' DR. HASAN MOHAMED ALI BERKAITAN DILEMA PAS SUSULAN PEMECATAN NASHARUDIN MAT ISA SELAKU AHLI MAJLIS SYURA PAS PUSAT .. APA LAGI PAS? KELUAR LE! KEKEKE!!!- 

Gesaan bekas Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa baru-baru ini supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat  dan terus berjuang bersendirian bukan perkara baru. Sebelum ini pun terutama selepas DAP menunjukkan belang sebenar mereka mengenai Islam telah menimbulkan berbagai reaksi terutamanya di kalangan ahli dan penyokong akar umbi PAS.

Rata-ratanya marah dan bosan dengan cara pimpipan PAS menangani tindakan-tindakan DAP yang tidak pernah bersetuju dengan apa sahaja tindakan PAS yang ada hubungkait dengan Islam. Bahkan lebih dari itu sebarang langkah yang di ambil oleh PAS hatta yang tidak secara langsung mempunyai gambaran atau warna-warna Islam pun  ditentang habis-habisan oleh DAP.

Hampir dalam semua insiden PAS dilihat akur dan menyerah kalah hingga  termasuk terpaksa mengorbankan dasar-dasar asasi perjuangan. Berbagai alasan diberi semata-mata untuk menjaga kesatuan komponen parti dalam Pakatan dalam mengejar cita-cita menawan Putrajaya.

Situasi yang ada sekarang menunjukkan PAS sedang berada di satu persimpangan “T”. PAS mesti memutar steering samada memutar ke kanan atau ke kiri. Memutar ke kanan ertinya balik kepangkal jalan menjunjung dasar perjuangan asal parti yang telah disuburkan buat sekian lamanya melalui taburan dan  bajaan keringat, airmata dan darah.

Membeluk ke kiri pula bermakna terus bersekongkol dengan petualang-petualang dan musuh-musuh Islam dan Bangsa Melayu.

PAS terus diperalatkan demi mencapai tujuan tersembunyi yang kini mula terserlah di kalangan pimpinan DAP dan PKR. Negara sekular republik dengan amalanfahaman liberalisme barat kemungkinan besar akan menjadi ideologi negara apabila mereka berjaya menguasai Putrajaya.

Ustaz Nasharudin dan pimpinan ulamak serta sebahagian pimpinan pemuda sememangnya memahami tektik DAP, PKR dan elemen parasit dalam PAS. Ahli dan penyokong bawahan yang selama ini merelakan diri mereka jatuh bangun bersama Parti Islam ini sedar apa yang sedang berlaku. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa lantaran pimpinan parti dikuasai oleh golongan parasit yang diketahui menjadi proksi kepada DAP dan PKR.

Pilihan yang ada yang masih terbuka luas kini ada di tangan mereka. Pertama, dari bawah mendesak pimpinan PAS mengambil langkah menyelamat parti dari terus menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR serta yang lebih penting menyelamatkan  maruah Islam dan kesucian perjuangan dengan keluar dari Pakatan Rakyat.

Kedua, jika opsyen pertama gagal, ahli dan penyokong parti tidak mempunyai banyak pilihan melainkan tanpa ada syak dan ragu tidak memberi undi kepada mana-mana calon Pakatan Rakyat sebaliknya memilih calon-calon Islam Melayu yang benar-benar dapat memartabatkan Islam diluar daripada Pakatan Rakyat.

Di dalam kepala pengundi-pengundi Islam Melayu di negara ini  perlu tertanam keyakinan dan semangat kental mempertahankan kuasa politik Islam Melayu sebagai penyelamat kepada survival Islam Melayu di bumi Malaysia ini.

Saya melihat saranan di atas mungkin lebih praktikal daripada apa yang pernah dikemukakan termasuk gesaan Ustaz Nasharudin yang terbaru itu.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
12 Februari 2013

Sumber: KL Pos

-UnReportedNews™®

Sunday, 10 February 2013

PENILAIAN MUKTAMAD MAJLIS SYURA ULAMA PAS-ANWAR TIDAK LAYAK JADI PM?

-KEMUAFAKATAN PAKATAN SEMEMANGNYA SUDAH RAPUH SEBAIK SAJA DAP, PKR & PAS "BERMADU" NAMUN KETIDAKSEFAHAMAN PAS-PKR AMAT KETARA SEKALI DIMANA KEDUANYA SERING TIDAK BERSEPENDAPAT DALAM HAL BERKAITAN ISLAM YANG DIBANGKITKAN DAP KERANA KECENDERUNGAN PKR SERING MENYEBELAHI DAP & KEPUTUSAN MAJLIS SYURA YANG DIKATAKAN MEMILIH PRESIDEN PAS HAJI AWANG HADI LEBIH LAYAK MENJADI PM DARI ANWAR IBRAHIM JIKA PAKATAN MENANG PRU KE-13 BAGAKAIKAN MENAMBAHKAN RETAK YANG MENANTI BELAH SAJA! yE LER, DAH DUA KALI DITUDUH MELIWAT, SIAPA NAK JADIKAN DIA PM! KEKEKE!!!-


Soal siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dikatakan kembali menjadi tumpuan apabila tercetusnya khabar bahawa Majlis Syura Ulama Pas menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menduduki jawatan berkenaan.

Menurut sumber, walaupun kesahihan mengenai pendirian majlis syura itu masih belum dipastikan namun ia didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan.

"Kalaupun benar pendirian Majlis Syura Ulama tersebut, ia bukanlah satu kejutan kerana sentimen dalam kalangan sebahagian besar pemimpin dan ahli parti itu, mereka sememangnya tidak mahu Anwar yang juga Ketua pembangkang menjadi Perdana Menteri.

"Ia dapat dilihat dalam muktamar lalu, apabila ada ahli Pas secara terbuka menyatakan sokongan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menduduki jawatan nombor satu negara tersebut," kata sumber berkenaan ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Khamis lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa, rakan-rakannya di dalam Pas memberitahu, penolakan Majlis Syura Ulama Pas terhadap Anwar semakin kuat.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku ekoran percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang yang lain. Kenyataan beliau itu kemudiannya disokong oleh beberapa lagi pemimpin Pas yang turut berada dalam Majlis Syura.

Malahan ketika masih di dalam Pas, bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Ketika ditanya, apakah benar dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan ada pertemuan antara Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dengan Anwar baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut, sumber itu menjelaskan, ia tidak dapat disahkan kerana Haron setakat ini tidak membuat sebarang kenyataan.

"Namun apa yang pasti, dalam kalangan ahli Majlis Syura Ulama Pas memang mereka mahukan Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

"Dalam masa sama ada khabar yang menyatakan kalau pembangkang menang mungkin orang di luar pakatan akan dilantik ke jawatan tersebut," kata sumber itu.

Ditanya siapakah pemimpin itu, sumber tersebut berkata, hanya pemimpin-pemimpin tertentu di dalam Pas sahaja yang mengetahuinya.

"Tetapi saya percaya, kalaupun majlis syura atau mana-mana juga pemimpin Pas menolak Anwar ia pasti ada kaitan dengan pelbagai isu yang melibatkan ketua pembangkang itu," kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun sumber itu berkata, 'kekuatan' Pas untuk menentukan siapakah bakal menjadi Perdana Menteri pembangkang akan menghadapi kesukaran kerana parti itu bukanlah dominan dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.

"Malahan, biarpun Pas tidak bersetuju namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana DAP dikatakan tetap menyokong penuh Anwar menjadi Perdana Menteri," kata sumber itu lagi.

Sumber: Malaysia-Instinct

-UnReportedNews™®

Saturday, 30 June 2012

AZMIN ALI AKAN KECUNDANG DI TANGAN HASAN ALI PADA PRU KE 13?

-SEKIRANYA MEREKA BERDUA DIBANDINGKAN, NYATA HASAN YANG BEGITU VOKAL & TEGAS MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM TANPA SEGAN-SILU WAIMA SEWAKTU BERSAMA PAS & SEBARISAN DENGAN DAP SUATU KETIKA DAHULU MEMANG DISENANGI MAJORITI MASYARAKAT GOMBAK MANAKALA KEADAAN AZMIN PULA ADALAH SEBALIKNYA, DAN DIPERCAYAI POPULARITINYA BEGITU MERUNDUM DEK GARA-GARA DAKWAAN SKANDAL ISTERINYA, SKANDAL JAMBANNYA & YANG TERBARU, APABILA BELIAU DIKAITKAN DENGAN AKAUN BANK RM3 BILLION ANWAR IBRAHIM .. KEKEKE!-


Cabaran politik pada masa kini dilihat paling besar berlaku dalam sejarah sepanjang 12 kali berlangsungnya Pilihan Raya Umum diadakan di Negara ini.

Cabaran minda politik dilihat benar2 dijadikan fokus utama parti2 politik terutamanya Pembangkang yang setiap hari memikirkan strategi menyerang politik berlandaskan Persepsi meracuni dan terus menanam masuk ke minda pengundi.

Ianya merupakan jalan mudah Pembangkang menawan Putrajaya. Setiap tuduhan yang dikeluarkan Anwar Ibrahim terhadap Kerajaan terus dianggap benar tanpa perlu mengeluarkan fakta jelas. Maka rakyat terus diperbodohkan Anwar demi menawan Kerajaan Pusat.

Namun satu lagi cabaran baru Politik Negara yang merancakkan perebutan kuasa ini adalah Kuasa Ketiga yang terdiri daripada pihak non partisan. Pengaruh beberapa Pemimpin yang bertindak memimpin NGO dan diperakui mempunyai penyokong tersendiri dari seluruh Negara.

Hasan Ali merupakan antara Pemimpin paling berpengaruh dalam barisan Pimpinan Kuasa Ketiga.

Beliau dilihat tegas dalam prinsip memperjuangkan Islam sebagai asas utama perlaksanaan dasar politik disokong 2 kekuatan dasar Melayu dan Institusi Raja.

Beliau yang pada awalnya menggunakan platform PAS sebagai wadah merealisasi perjuangan tersebut kelihatan secara jelas gagal hasil kemenangan Pembangkang menawan Kerajaan Negeri Selangor.

Ianya tidak mampu dilaksanakan malah timbul tekanan yang lebih keras gara2 kerjasama PAS dengan rakan2 sekutu dari PKR dan DAP.

Lantaran penubuhan NGO Jalur Tiga (JATI) dijadikan platform yang memberi fokus soal aqidah dan moral dalam melahirkan Pemimpin berlandaskan prinsip IMR.

Perjuangan yang dibawa bekas Naib Presiden PAS itu tidak harus dilihat dalam skop Negeri Selangor semata2. Malah maklum balas dari beberapa siri Jelajah Ceramah Selamatkan Aqidah di seluruh Negara membuktikan suara yang menyokong Hasan Ali lebih dari kepompong Negeri tersebut.

Maka sudah tiba masanya Hasan Ali kembali ke Parlimen. Membawa suara desakan yang lebih kental melaksanakan beberapa dasar IMR yang masih tidak diutuhkan lagi menerusi Sistem Pentadbiran.

Parlimen Gombak dilihat amat bersesuaian dipilih sebagai kawasan yang bakal dipertandingkan beliau. Atas rekod selaku Wakil Rakyat di kawasan tersebut yang disenangi penduduk, Hasan Ali juga bakal berdepan dengan Wakil Rakyat sedia ada iaitu Azmin Ali.

Azmin Ali adalah individu yang menyuarakan berbau ugutan terhadap Pimpinan PAS agar mengambil  tindakan tegas terhadap Hasan Ali yang tidak menyokong Perhimpunan 901.

Tak perlulah dibandingkan kekuatan kedua2 individu ini. Jika diambil dari sudut Moral Kepimpinan sahaja, tiada sebab mengapa pengundi harus memangkah Hasan Ali. Itu belum dibandingkan lagi dengan Moral Latarbelakang Kepimpinan Keluarga, Moral Kepimpinan Aqidah apatah lagi Moral Peribadi.

Hasan Ali adalah Winnable Candidate yang mesti diperakui pihak BN mahupun Pembangkang di kawasan Gombak.

Ini adalah sekadar pandangan dan ianya tidak langsung mengganggu apa yang dirancang Hasan Ali pada ketika ini. Akan tetapi harapan penulis blogger Gelombang Rakyat agar pandangan ini dibaca malah diambilkira Hasan Ali sendiri.

Sumber: Gelombang Rakyat

-UnReportedNews™®



UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List