Showing posts with label Nallakarupan. Show all posts
Showing posts with label Nallakarupan. Show all posts

Tuesday, 26 June 2012

RM3 BILLION RINGGIT “BIONICMAN” MALAYSIA

-MASIH INGATKAH WATAK STEVE AUSTIN DALAM SIRI DRAMA SIX MILLION DOLLAR MAN LAKONAN LEE MAJORS PADA TAHUN 70-HAN DULU? BEGITULAH ANWAR IBRAHIM DIGAMBARKAN OLEH DATUK NALLAKARUPPAN SEBENTAR TADI .. OOO .. BIONIK RUPANYA DIA? PATUTLAH DAH TUA PUN MASIH DAPAT “BERAKSI” LAGI .. KEKEKE!!-


Sebentar tadi Datuk S. Nallakarupan menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai “RM3 Billion Ringgit Man” sama dengan watak drama siri “Six Milion Dollar Man” yang popular dalam tahun 70 han dahulu.

“Dulu ada cerita Six Million Dollar Man, kini Anwar Ibrahim adalah Three Billion Ringgit Man,” katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai dakwaan akaun-akaun bank Anwar yang dikatakan berisi RM3 Billion.


Nallakarupan juga menyatakan dia tidak heran jika Anwar benar-benar memiliki sejumlah wang sepertimana yang didakwa namun dia pasti Anwar tidak akan mengakuinya kerana itu adalah sifat Anwar yang semulajadi; suka berdalih.


-UnReportedNews™®




Tuesday, 1 May 2012

SHAMSIDAR "MAKAN AIS-KRIM", AZMIN PULA BIARKAN "AIS-KRIMNYA DIMAKAN"

-PATUTLAH PUN AZMIN TAK HIRAUKAN SKANDAL SHAMSIDAR & ANWAR YANG DIKATAKAN "MAKAN AIS-KRIM" BERSAMA DI VILLA MILIK DATUK NALLAKARUPPAN KERANA AZMIN SENDIRI RUPANYA MEMPUNYAI SKANDAL & MEMBIARKAN GADIS ITU "MAKAN AIS-KRIMNYA KETIKA DI DALAM SEBUAH TANDAS. SEMUA AKSI & GELAGAT RAKUS MEREKA BERDUA MEREKA SEMPAT DIRAKAM DALAM KLIP VIDEO- 








-UnReportedNews™®

Tuesday, 24 April 2012

ANWAR IBRAHIM, SHAMSIDAR TAHRIN & AIS KRIM...?

-NALLAKARUPAN MENDAKWA VIDEO RAKAMAN ITU ADA ADEGAN DI MANA ANWAR & SHAMSIDAR "MAKAN AIS KRIM" BERSAMA-

Senator Datuk S. Nallakaruppan semalam tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan sekeping pita video VHS kepada peguamnya Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah.yang di dakwanya mengandungi “bahan bukti” berhubung salah laku moral dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penyerahan bahan bukti tersebut yang di percayai mengandungi “babak-babak dan adegan hangat” kelas “XXX strictly for 18 & above only” lakonan hero Malaya a.k.a “anugerah tuhan” atau  nama glamornya “Bang Anu” bersama isteri salah seorang pemimpin kanan PKR di perkarangan lobi Mahkamah Tinggi.

“Ini (pita rakaman) saya serahkan kepada peguam saya Shafee akan bawa ke mahkamah. Semua bukti ada dalam pita ini. Saya berikan tanggungjawab ini kepada Shafee untuk menjaga dan menyimpan bukti ini dengan baik,” kataNallakaruppan ketika menyerah tape “blue” berbungkus kertas putih kepada penguamnya.

Walaupun enggan mendedahkan isi kandungan pita video secara terperinci sehingga tiba waktu perbicaraan nanti, Nallakarupan seolah menyampaikan peringatan secara terus kepada “kedua-dua pelakon” dengan ungkapan berbunyi, “Video ini ada babak ‘makan ais krim’! ingat tak?”

Pada masa yang sama, Nallakaruppan sekali lagi mencabar Anwar untuk mempercepatkan tindakan saman terhadapnya yang dibuat oleh Penasihat PKR itu.

“Saya sedang menunggu ketibaan Anwar di mahkamah dan saya mahu Anwar percepatkan perbicaraan kes saman beliau terhadap saya. Jangan gantung kes ini tak bertali. Saya cabar Anwar saman saya RM500 juta. Saya juga cabar Anwar membuat kenyataan terbuka mengatakan saya seorang pembohong.

“Saya tidak sabar mahu menceritakan di mahkamah berkenaan hubungan sulit Anwar dengan Shamsidar Taharin. Saya ingin menceritakan bagaimana Anwar makan ais krim bersama Shamsidar,” katanya lagi.

Beliau menegaskan dia tidak akan berganjak sekali-kali dari keputusannya untuk membongkar sikap Anwar meskipun sudah diugut sebanyak dua kali pada bulan lepas termasuk insiden khianat ke atas kereta sahabatnya, U. Thanothaaran telah dipecahkan oleh tiga orang samseng pada 5 April lalu di Sri Gombak.


Nallakaruppan di beri notis saman sebanyak RM100 juta daripada Anwar pada bulan lepas di atas tindakannya menuduh secara terbuka yang pemimpin PKR itu sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi pemimpin negara ini.

Dia juga mencabar Anwar agar mempercepatkan saman dan prosiding perbicaraan mahkamah agar beliau boleh membuat pendedahan yang Anwar sebagai biseksual dan juga sebagai pesalah laku moral dengan “bukti-bukti” yang di dakwa ada di dalam simpanannya.

-UnReportedNews™®

Friday, 20 April 2012

KELICIKAN BANG ANU BISA MENGTRANSPORMASI BANTUAN MENJADI BEBANAN DI MATA RAKYAT?

-BANG ANU SEMEMANGNYA LEBIH MEMAHAMI MASAALAH PELAJAR SEBAB DULU DIA PUN PELAJAR U & TAHU KEPAYAHAN MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN NAMUAN DEMI KEPENTINGAN POLTIK, DENGAN LICIK DIA MEMANUPILASIKAN  PTPTN SEBAGAI SATU GIMIK AGAR PELAJAR U KINI MENENTANG KERAJAAN PULA-

Saya sengaja membiarkan seharian di blog ini sepanjang hari ini berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh budak hingusan belaan Anwar Ibrahim sepertimana yang disiarkan di blog Anwar semalam.

Kita kata PTPTN dilulus dan ditubuhkan ketika Anwar mempunyai kuasa yang besar dan PTPTN mula berkuatkuasa ketika Anwar mempunyai kuasa seorang PM ketika itu. Lihat di sini.

Pendedahan tersebut telah membuatkan mereka semua tersentak, lagi-lagi apabila Tun Dr M juga turut mengulas perkara tersebut. Seperti biasalah, apa-apa sahaja yang kena atas batang hidung mereka maka jalan harus dicari agar kesalahan diletakkan kepada Umno atau pemimpin-pemimpinnya.

Mereka kata Najib selaku Menteri Pendidikan pada waktu itu yang membentangkan Rang Undang-Undang PTPTN 1997 bagi membolehkan PTPTN ditubuhkan.

Ya betul....memang betul Najib yang bentangkan kerana itu terletak dibawah kementeriannya. Jadi, apa masalahnya. Dan sampai ke hari ini pun Najib masih lagi mempertahankan apa yang beliau bentang 15 tahun lampau.

Yang kita pelik dan menjadi persoalan kenapa Anwar yang berkuasa pada masa itu tidak membantah?

Kenapa hari ini bila tiada kuasa baru nak bantah dan nak mansuhkan?

Najib pada masa itu hanya Menteri Pendidikan sahaja. Manakala Anwar pula Menteri Kewangan dan TPM. Suara dan kuasa siapa yang lebih besar?

Najib setakat mampu bentang sahaja. Yang nak tandatangan kelulusan penubuhan perbadanan adalah orang yang di Kementerian Kewangan.

Kalau Anwar betul-betul tak setuju dengan PTPTN, dia sebagai bos Najib pada waktu itu panggil Najib dan bincang.

"Jib, I rasa kita tak boleh tubuh PTPTN ni. Kita patut bagi pendidikan percuma. Takpe, U tunggu dulu, nanti I minta Sukma Darmawan dan Munawar Anes tolong I fikirkan untuk beri pendidikan percuma kepada pelajar universiti. I sebagai Menteri Kewangan tahu duit kita ada banyak mana."

Tak boleh ke nak buat begitu? U bosssss maaaa....


Nak seribu daya tak nak seribu dalih....

Najib sebagai Menteri Pendidikan pada masa itu tahu bagaimana susahnya ibu bapa nak hantar anak-anak belajar kerana masalah kos yuran pembelajaran. Ada yang jual dan cagar tanah. Ada yang jual atau gadai barang kemas serta macam-macam lagi. Ada tanah yang tergadai terus kerana anak yang belajar gagal separuh jalan dan seribu satu masalah lain lagi.

Memikir masalah yang dihadapi oleh ibu bapa maka Najib telah mengambil inisiatif sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk mencadangkan agar PTPTN ditubuhkan bagi menyediakan kemudahan pinjaman untuk mereka yang nak belajar. Maka ibu bapa pun tidak perlu risau lagi tanah-tanah mereka akan dicagar atau dijual untuk yuran pengajian anak-anak.

Anwar jadi Menteri Pendidikan dari 1986-1990 apa yang dia buat? Ada dia fikir pasal masalah ibu bapa yang kena gadai atau jual harta untuk anak-anak belajar?

Lepas jadi Menteri Pendidikan, jadi pula Menteri Kewangan tahun 1990-1998, kenapa tak fikir pada masa itu bagaimana kaedah untuk memberi pendidikan tinggi secara percuma kepada rakyat?

Jadi pula TPM dari 1993-1998 dan dalam masa yang sama Menteri Kewangan. Kuasa besar, duit negara berapa banyak dan dari mana sumber semuanya dalam pengetahuan dia. Kenapa tak fikir kaedah untuk beri pendidikan tinggi percuma?

Najib jadi Menteri Pendidikan sahaja, tapi otak dia boleh berfikir dan dia tahu beban rakyat maka dia cadangkan penubuhan PTPTN untuk mengatasi masalah.


BUKTI-BUKTI NYATA, LAGI KUKUH (DIATAS INI) PUN DAPAT DI SPIN & DI NAFI MUDAH OLEH BANG ANU.  TERBUKTI DALAM BEBERAPA INSIDEN, KELEBIHAN & KELICIKANNYA BERKATA SERTA KEPETAHANNYA BERBICARA MEMBERI 1,001 MACAM JENIS ALASAN SECARA SPONTAN TELAH MENYELAMATKANNYA DARI DIDAPATI BERSALAH. 
INIKAN PULA SESUATU YANG TIDAK DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR IAITU VISI NEGARA MALAYSIA  YANG REALISTIKNYA MUNGKIN BOLEH LAGI DAPAT DI GAMBARKAN OLEH MASYARAKAT UMUM KINI, KEPENTINGAN BANTUAN BENTUK PINJAMAN PTPTN SELARI DENGAN USAHA KERAJAAN, MEMBERI PELUANG KEPADA SEMUA GOLONGAN MASYARAKAT, TERTAMANYA GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN AGAR MEREKA JUGA MANDAPAT PELUANG YANG SAMA RATA UNTUK BERPENDIDIKAN  TINGGI & BERKUALITI DEMI MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU & BERPENDAPATAN TINGGI. 
SEKIRANYA TIDAK DITANGANI SEKARANG, HASRAT KERAJAAN MUNGKIN TERBANTUT DEK HASUTAN BANG ANU YANG TELAH MENGABURI MATA SEGOLONGAN PENUNTUT U TERHADAP VISI BAIK ITU. KETAKSUBAN MEREKA PADA BANG ANU JUGA MEMBUAT MEREKA HILANG PERTIMBANGAN & RASA SYUKUR SEUMPAMA, "KACANG LUPAKAN KULIT", MELUPAI SATU HAKIKAT-PENDIDKAN YANG MEREKA PEROLEHI SELAMA INI ADALAH ATAS USAHA KERAJAAN BARISAN NASIONAL.
Anwar jadi Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan, TPM dan Pemangku PM, tak boleh nak fikir ke bagaimana untuk mengatasi beban kos pengajian tinggi?

Jangan kata Anwar tak tahu masalah pelajar. Dia sebagai seorang budak universiti dan aktivis pelajar, segala masalah yang dihadapi student semuanya dalam poket dia, termasuklah yuran pengajian sebagai masalah paling utama. Sepatutnya apabila dia masuk ke dalam kerajaan dan dia ada kuasa, itu yang perlu dia fikirkan dulu dan cari jalan penyelesaian.

Tapi masa dia dah dalam kerajaan dan dah ada kuasa mana dia ingat lagi semua itu. Masa itu dia hanya ingat Rahim Ghouse, Nazree Abdullah, Kamaruddin Jaafar, Khalid Ahmad, Abrar, Malakoff , MRCB, Phileo Allied dan kroni-kroninya yang lain. Hari ini bila tiada kuasa baru nak berjanji dengan pelajar dan ibu bapa.


Bila kita kata dia terlibat dalam penubuhan PTPTN dan dia juga bersetuju serta meluluskan, tiba-tiba dia pusing pergi kepada Najib pula sebagai tukang cadang dan tukang bentang. Lihat di sini.

Tapi sampai ke hari ini Najib masih pertahankan apa yang dia cadang dan dia bentangkan dulu. Bukan macam Anwar yang dulu setuju dan kini nak mansuh pula. Satu lagi, zaman Anwar Menteri Kewangan kadar faedah PTPTN 4 %. Zaman Najib sebagai Menteri Kewangan pula kadar faedahnya 1% sahaja.

Yang paling mustahaknya, Najib telah menyelesaikan masalah ibu bapa yang terpaksa gadai atau jual harta untuk anak-anak belajar . Manakala Anwar pula semasa ada kuasa apa pun tak buat untuk atasi masalah tersebut. Dia hanya berfikir bagaimana untuk kayakan kroninya dan selebihnya hanya Nallakaruppan serta Azmin yang tahu.

Sumber: RBF

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List