Tuesday 24 April 2012

ANWAR IBRAHIM, SHAMSIDAR TAHRIN & AIS KRIM...?

-NALLAKARUPAN MENDAKWA VIDEO RAKAMAN ITU ADA ADEGAN DI MANA ANWAR & SHAMSIDAR "MAKAN AIS KRIM" BERSAMA-

Senator Datuk S. Nallakaruppan semalam tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan sekeping pita video VHS kepada peguamnya Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah.yang di dakwanya mengandungi “bahan bukti” berhubung salah laku moral dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penyerahan bahan bukti tersebut yang di percayai mengandungi “babak-babak dan adegan hangat” kelas “XXX strictly for 18 & above only” lakonan hero Malaya a.k.a “anugerah tuhan” atau  nama glamornya “Bang Anu” bersama isteri salah seorang pemimpin kanan PKR di perkarangan lobi Mahkamah Tinggi.

“Ini (pita rakaman) saya serahkan kepada peguam saya Shafee akan bawa ke mahkamah. Semua bukti ada dalam pita ini. Saya berikan tanggungjawab ini kepada Shafee untuk menjaga dan menyimpan bukti ini dengan baik,” kataNallakaruppan ketika menyerah tape “blue” berbungkus kertas putih kepada penguamnya.

Walaupun enggan mendedahkan isi kandungan pita video secara terperinci sehingga tiba waktu perbicaraan nanti, Nallakarupan seolah menyampaikan peringatan secara terus kepada “kedua-dua pelakon” dengan ungkapan berbunyi, “Video ini ada babak ‘makan ais krim’! ingat tak?”

Pada masa yang sama, Nallakaruppan sekali lagi mencabar Anwar untuk mempercepatkan tindakan saman terhadapnya yang dibuat oleh Penasihat PKR itu.

“Saya sedang menunggu ketibaan Anwar di mahkamah dan saya mahu Anwar percepatkan perbicaraan kes saman beliau terhadap saya. Jangan gantung kes ini tak bertali. Saya cabar Anwar saman saya RM500 juta. Saya juga cabar Anwar membuat kenyataan terbuka mengatakan saya seorang pembohong.

“Saya tidak sabar mahu menceritakan di mahkamah berkenaan hubungan sulit Anwar dengan Shamsidar Taharin. Saya ingin menceritakan bagaimana Anwar makan ais krim bersama Shamsidar,” katanya lagi.

Beliau menegaskan dia tidak akan berganjak sekali-kali dari keputusannya untuk membongkar sikap Anwar meskipun sudah diugut sebanyak dua kali pada bulan lepas termasuk insiden khianat ke atas kereta sahabatnya, U. Thanothaaran telah dipecahkan oleh tiga orang samseng pada 5 April lalu di Sri Gombak.


Nallakaruppan di beri notis saman sebanyak RM100 juta daripada Anwar pada bulan lepas di atas tindakannya menuduh secara terbuka yang pemimpin PKR itu sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi pemimpin negara ini.

Dia juga mencabar Anwar agar mempercepatkan saman dan prosiding perbicaraan mahkamah agar beliau boleh membuat pendedahan yang Anwar sebagai biseksual dan juga sebagai pesalah laku moral dengan “bukti-bukti” yang di dakwa ada di dalam simpanannya.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List