-TIDAK MAHU MEMBAYAR BALIK APA YANG KITA TELAH PINJAM? IANYA BERTENTANGAN SEKALI DENGAN AMALAN BANGSA CINA YANG DI KENALI DENGAN KEMAHIRAN PERNIAGAAN. PATUTLAH TAK NAMPAK PUN STUDENT U BANGSA CINA WAKTU DEMO TU & MENURUT PENULIS ASAL ARTIKEL INI, “MALANGNYA TERDAPAT SEGELINTIR PEMIMPIN PKR CINA SEOLAH YANG MENCAMPAK BUDAYA ‘MEMBAYAR SETIAP APA YANG DIPINJAM’ KE DALAM LUBANG NAJIS DENGAN MENYOKONG DEMO ITU-
Perhimpunan pelajar di Dataran Merdeka disebabkan mahu mansuhkan pinjaman PTPTN, mereka telah bermastautin di Dataran Merdeka selama beberapa hari, tidak disangka boleh berlaku kejadian rusuhan yang tidak diingini, tiba-tiba pihak polis menjadi mangsa yang dikecam, sekali lagi kerajaan BN dituduh menjadi penjahat, secara menyeluruh semua pihak “mengecam” tindakan itu. Lakonan seperti ini diharap semua orang dapat memahaminya dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan itu.
Kembali kepada isu perhimpunan, apa yang boleh disebut di sini dengan jelas ialah “camping”, dan beberapa orang ahli parlimen pembangkang termasuk Anwar Ibrahim menghadirkan diri di tempat kejadian, ada yang belikan khemah serahkan kepada pelajar-pelajar, saya tidak tahu apa tujuan dan maksud mereka.
Ini bukan bermaksud kebebasan dalam masyarakat,ini dinamakan mereka telah menduduki kawasan awam, memburukkan suasana dan peraturan di situ. Suara seperti ini seperti keluar dari mulut pihak polis, tetapi pada hakikatnya bukankah memang benar begitu? Sekarang satu dunia sudah tahu apa yang mereka mahukan, saya tidak faham apa maksud dan tujuan mereka menduduki tempat itu. Hari ini semua orang tahu maksud perhimpunan dan kebebasan bersuara, jika keadaan itu sudah wajar sepatutnya hentikan di situ sahaja, apabila maklumat telah disebarkan, apa yang masih mereka mahukan lagi? Persoalan ini, saya harap pemimpin PakatanRakyat dapat menjawabnya.
Tiru Cara Yang Sama Tanpa Pembaharuan
Kita jangan lupa, apa yang mereka maksudkan kebebasan “menduduki kawasan” itu jika diizinkan, bukankah alasan yang dibuat itu sama sahaja seperti alasan yang lama yang langsung tiada sebarang pembaharuan?
Contohnya saya boleh panggil beberapa orang, dengan pergunakan isu “pemimpin Pakatan Rakyat perbodoh-bodohkan rakyat”, berhimpun dan berkemah di Dataran Merdeka, laksanakan apa yang disebut hak kebebasan “perhimpunan kebebasan bersuara”, mahu Pakatan Rakyat dan sekutunya sokong permintaan saya, jika tidak saya akan berterusan berkemah di situ, ataupun orang lain teruskan kempen itu secara bersilih ganti.
Sudah tentu kita berharap jika diizinkan Fong Kui Lun (DAP Bukit Bintang) beri kita 10 buah khemah, dan Anwar Ibrahim boleh datang beri kita semangat dan galakkan, bagi menunjukkan beliau dan rakan-rakan seperjuangan beliau menyokong perhimpunan menuntut hak kebebasan bersuara yang lakukan itu.
Tetapi kita memang sudah sangat faham: bagaimana kita boleh terus mendirikan khemah untuk hentikan cara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang terus mahu perbodoh-bodohkan rakyat itu, bagaimana pula kita mesti mahu mengharapkan Pakatan Rakyat beri khemah dikatakan memberi sokongan dan galakkan kepada kita?
Di dalam jiwa saya saya lebih memahaminya, jika saya gunakan taktik yang sama untuk sergah pemimpin Pakatan Rakyat, walaupun perhimpunan itu bukan sebagai perhimpunan utama untuk hak kebebasan bersuara, adakah perbuatan kita itu akan dituduh dan dikecam, dianggap sebagai melawan arus demokrasi, dituduh menjadi tali barut BN.
Tidak Hiraukan Pandangan Orang Ramai
Tidak kira apa yang berlaku, mahasiswa ini telah menguasai Dataran Merdeka dan mendapat sokongan dari pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terbongkarlah dimana pemimpin itu dapat capai matlamat politik mereka, sedangkan decency peraturan yang paling asas pun mereka tidak hiraukan.
Pakatan Rakyat menyokong segelintir mahasiswa, telah meninggalkan mesej yang agak mencurigakan semua orang:
1, pinjam duit tak mahu bayar balik;
2, walaupun isu ini tertumpu kepada kumpulan minoriti, pihak kerajaan terpaksa “selamatkan keadaan”, pihak kerajaan tidak lagi menghiraukan pandangan majoriti;
3, tidak perlu bertanggungjawab terhadap kelakuan diri mereka,yang penting dapat laksanakan hak-hak diri sendiri.
Sebab yang pertama 1, apa yang saya rasa kesal ialah terhadap beberapa wakil rakyat dari kalangan orang-orang Cina, sedangkan budaya kaum Cina yang begitu mulia dan indah “ada pinjam ada pulang”, telah dicampakkan ke dalam lubang najis, rupa-rupanya mereka meyokong pinjam duit tidak perlu pulangkan.
Yang kedua 2,sudah banyak kita lihat tetapi tidak ramai yang tahu, mereka fikirkan mereka simpati dengan isu-isu itu boleh menutupi semua usaha-usaha kerajaan, dimana pihak kerajaan ada banyak lagi isu dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
Yang ketiga 3, sedangkan di tempat itu ada anggota-anggota polis, samseng-samseng langsung tidak hiraukan anggota polis, yang ambil bahagian dalam rusuhan begitu ramai, pemusnah khemah adalah satu kesalahan, selain dari itu mereka tidak ikut arahan dan peraturan pihak polis, kenapa mesti mahu salahkan pihak polis yang berjaga di kawasan itu?
(Terjemahan dari artikel) Bantah Pemimpin Pakatan Rakyat Perbodoh-Bodohkan Rakyat -Oleh Chang Long Yan (Nanyang Siangpau)
Perkara: rusuhan di Dataran Merdeka-PR-BN?
Ruangan: Opinion Yuanlun m/s C7
Tarikh: 21 April 2012 (Sabtu)
Sumber: bru
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®