-DATO' LIOW MELULUSKAN TIGA KLINIK TERSEBUT BERIKUTAN PERTEMUAN "EMPAT MATA" ANTARA SAYA & DIA. KLINIK 1MALAYSIA DI ILHAMKAN OLEH KERAJAAN BN UNTUK MENYEDIAKAN SEGALA KEMUDAHAN KESIHATAN & BANTUAN KEPADA RAKYAT SERTA AKSES KESIHATAN YANG BERPATUTAN-
Dua dari tiga Klinik 1Malaysia yang telah diluluskan oleh
Kementerian Kesihatan di kawasan Parlimen Santubong iaitu Kampung Tabuan Melayu
di Demak Laut dan Kampung Pulo di Pantai Damai dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya
pada bulan Jun tahun ini.
Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku
Jaafar berkata sambil menambah Klinik 1Malaysia yang ketiga iaitu di Kampung
Sebat di Tanjung Datu bagaimanapun, akan mula beroperasi dalam masa terdekat
sebaik sahaja tapak lokasi yang sesuai untuk klinik tersebut telah dikenalpasti.
"Ketiga-tiga Klinik 1Malaysia berkenaan telah dilulus
secara serentak oleh Menteri Kesihatan Dato' Sri Liow Tiong Lai berikutan dengan
perjumpaan “empat mata” di antara saya dan Dato’ Sri Liow untuk berbincang perkara
berkenaan di pejabat saya di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada April 9hb
baru-baru ini.”
"Saya menganggap pertemuan saya dengan Dato' Liow amat
berhasil kerana lima hari kemudian (April 14hb), beliau mengarahkan
Ketua Pengarah (KP) Kementerian Kesihatan Dato' Sri Dr Hasan Abdul Rahman untuk
datang ke sini.”
“DG Hasan sebenarnya telah di arahkan untuk memeriksa
sendiri kedua tapak yang di sediakan untuk klinik-klinik di Kampung Tabuan
Melayu dan Kampung Pulo namun saya tidak sempat menemuinya kerana secara
kebetulan, saya membuat “routine walkabout” di Kampung Rambungan pada hari yang
sama.”
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana DG Hasan memberi
penilaian yang begitu positif pada kedua-dua tapak tersebut dan ianya amat sesuai
untuk mendirikan Klinik 1Malaysia yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya selewat-lewatnya
pada bulan Jun tahun ini," tambah ahli politik veteran.
Junaidi menggumuman berita gembira semasa berucap di Program
“Lan Minum Petang ngan Datuk Wan Junaidi bersama Masyarakat Kampung Tabuan Lot”
yang dihadiri oleh lebih dari 300 penduduk di kampung tersebut petang semalam.
Mengenai kelewatan mendirikan Klinik 1Malaysia di Tanjung
Datu, Junaidi, yang juga Timbalan Speaker Parlimen menerangkan mereka masih
dalam proses untuk mengenalpasti tapak yang sesuai bagi klinik tersebut namun
memberi jaminan ianya akan mula beroperasi serta-merta sebaik sahaja mereka menemui
lokasi yang sesuai.
"Klinik 1Malaysia didirikan untuk menyediakan kemudahan kesihatan dan bantuan
kepada rakyat, sekaligus ianya dapat mengurangkan kesesakan pesakit di klinik
kerajaan," katanya lagi sambil menjelaskan bahawa penubuhan klinik ini
adalah untuk memudahkan masyarakat dengan akses kesihatan yang berpatutan.
PERBINCANGAN SECARA INFORMAL DI TAPAK KLINIK TERSEBUT |
Junaidi, yang ditemani isterinya Datin Hajah Feona Sim
Abdullah turut menyampaikan peruntukan sebanyak RM150,000 untuk menukar pendawaian
elektrik di Dewan Masyarakat kampung tersebut, (RM83,000) juga untuk menukar pendawaian elektrik di surau kampung itu selain menghulurkan bantuan kewangan untuk 32 kanak-kanak daripada
ibu-ibu tunggal dari sekitar kampung itu.
Kemudian pada hari yang sama, Junaidi yang disertai oleh
Jabatan Kerja Raya (JKR) wakil Abdul Kamal Mohammad dan Kuching Jabatan
Kesihatan wakil Dr Ruziana Miss melawat sebuah kedai-lot berdekatan di mana
Klinik 1Malaysia akan ditubuhkan. Menurut kepada Ruziana, kini terdapat tiga
klinik itu yang beroperasi di kawasan Kuching; Matang, Padawan dan Bintawa.
Terima Kasih Bro kerana menjadi teman blog saya baru berusia hampir 2bln, semoga kerjasama kita memberi mamfaat dan saling membantu menyebar isu masing2. bukan soal siapa paling bermamfaat, yang penting kita seperjuang. Selamat berjuang
ReplyDelete