Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Monday, 4 August 2014

BELUM REDA ISU #MH370 & #MH17, MASUE PULAK "MENUBA" MAS?


Belum reda kesedihan warga syarikat penerbangan negara, MAS, menghadapi dugaan pesawat terhempas dan menyebabkan ratusan jiwa terkorban, Kesatuan Pekerja Syarikat Penerbangan Malaysia (MASEU) cuba tambah pedih di dada.

Kali ini bukan lagi di kalangan media tempatan, MASEU adu domba pula pada media antarabangsa seperti Wall Street Journal, DowJones dan media di Singapura, seolah-olah cuba menambah tekanan terhadap syarikat GLC kebanggaan negara itu.

Dalam kenyataan terbaru, Ketua MASEU, Alias Malek mendakwa dia hanya berniat mahu mengutamakan kebajikan kakitangan MAS dan kerana itulah dia meminta supaya CEO MAS, Ahmad Jauhari dipecat selain marahkan syarikat itu kerana tidak membentang pelan pemulihan kepada pihak MASEU.

Disaat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan CEO MAS, Ahmad Jauhari, sedang bertungkus lumus memikirkan tragedi MH17, MASEU pula berulang kali “tunjuk perangai” begini? “Penawar yang diperlukan, tuba pula yang diberi”?

Soalnya, kebajikan siapa yang lebih utama perlu dijaga? Kebajikan MAS atau kebajikan kakitangan MAS sedia ada yang melimpah ruah bagai anak emas intan payung? Survival MAS untuk kekal bernyawa atau “agreement” dengan MASEU yang berat sebelah?

Logiknya, sekiranya kebajikan MAS terjaga dan syarikat itu kembali teguh mencatat keuntungan, barulah segala kebajikan kakitangannya akan terbela, bukan? Bagaimana sebuah syarikat yang “nyawa-nyawa ikan” mahu menjaga kebajikan para pekerjanya?

Mungkin Alias perlu mencari alasan yang lebih konkrit untuk bersuara selepas ini berbanding memberikan alasan yang sangat dangkal untuk diterima pakai atau dipertimbang pihak atasan. Mungkin juga sebab itu kontraknya untuk terus bekerja ditolak sebelum ini?

Kenapa perlu pihak atasan MAS bentangkan pelan pemulihan syarikat kepada Alias dan konco-konconya? Berapa banyak saham yang Alias pegang di dalam MAS? 70 peratus?Kerana pelan itu melibatkan kakitangan MAS maka ia perlu dibentang terlebih dahulu pada Alias?

Peliknya, ketika pihak atasan MAS memberikan “duit raya” sebanyak RM2,000 kepada setiap kakitangan syarikat tanpa mengira pangkat atau darjat baru-baru ini sebagai penghargaan khidmat mereka, mengapa MASEU tidak minta bincang terlebih dahulu dengan mereka?

Bukankah kedudukan kewangan MAS sedang kritikal? Bukankah elok kalau MASEU desak pihak atasan untuk berbincang terlebih dahulu dengan Alias dan Jabarullah? Mungkin kepimpinan MASEU boleh tolak pemberian penghargaan itu berdasarkan keadaan MAS yang sedang rugi?

Atau MASEU sebenarnya mengambil pendekatan “dapat duit terus diam, tak payah bincang pun tidak mengapa”? Begitu? Ikhlaskah MASEU untuk menyelamatkan MAS?

MASEU minta MAS tunjukkan jabatan mana yang dikatakan terlebih kakitangan? Kenapa MASEU tidak bandingkan operasi dan kakitangan MAS dengan Singapore Airlines (SIA)? Semuanya hampir serupa saja, namun peliknya MAS memiliki lebihan hampir 5,000 kakitangan berbanding SIA?

Jabarullah rasanya boleh tinjau sendiri persoalan yang dilontarkan. Dia “orang lama” MAS, bukan? Takkan tak boleh tengok, bilang dan bandingkan dengan SIA?

Agak menyedihkan melihat sikap kepimpinan MASEU jika dibandingkan dengan kesatuan-kesatuan syarikat penerbangan antarabangsa yang setaraf dengannya dalam menghadapi krisis syarikat sebegini. SIA dulu pun pernah mengalami keadaan yang hampir serupa, tapi tidaklah “meroyan” begini, bukan? (sumber

-UnReportedNews™®

ISRAEL BLOK RAKYAT MALAYSIA DARI LAYARI LAMAN FACEBOOK IDF

                       
Israel hari ini nampaknya telah menghalang pelayar dari Malaysia dari melayari laman Facebook IDF. Mungkin mereka telah goyang apabila banyak kali 'troll' ataupun laman Facebook mereka dikatakan telah digodam sebelum ini. Atau mungkin ada helah yang mereka tidak mahu rakyat Malaysia tahu.


Sememangnya ada ciri yang membolehkan Admin page Facebook mengehadkan negara mana yang boleh melayari laman Facebook mereka.

Hal ini dapat dilihat jika pengguna dari Malaysia pergi ke  laman Facebook IDF secara terus, pengguna akan dibawa ke Laman Utama, bukan page berkenaan.

Tetapi jika menggunakan proksi dari luar negara  seperti ini dan memasukkan alamat (URL) laman facebook IDF, iaitu https://www.facebook.com/idfonline , laman berkenaan masih lagi kelihatan berfungsi dengan elok.

Sebab kenapa mereka melakukan perkara itu tidak diketahui. Tapi nampaknya Malaysia telah berjaya memberi sedikit gentar kepada Zionis. Malaysia Boleh. (sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 26 March 2014

#MH370 : BANGKAI PESAWAT BELUM DIJUMPAI, ADA YANG DAH NAK SAMAN MAS & BOENG?

-MENGAPA PULA ADA PIHAK YANG "MEMANDAI-MANDAI" TELAH MENGKLASIFIKASIKAN KEHILANGAN MH370 DISEBABKAN "KEGAGALAN MEKANIKAL" BIARPUN BUKAN SAJA "KOTAK HITAM" PESAWAT TERSEBUT BELUM DITEMUI MALAH PINPOINT KAWASAN DIMANA KONONNYA PESAWAT TERSEBUT TERHEMPAS PUN BELUM DIKENALPASTI? AIH, AMBIK KESEMPATAN NAMPAK?-

Lebih ramai keluarga penumpang MH370 menghubungi firma guaman yang berpangkalan di Chicago untuk membantu mereka memfailkan saman terhadap pembuat pesawat itu, Boeing dan Malaysia Airlines (MAS) kerana yakin tragedi berlaku kerana kegagalan mekanikal.

Keluarga – dari China, Malaysia dan Indonesia – adalah yang terakhir menghubungi Ribbeck Law Chartered, iaitu pakar undang-undang penerbangan, selepas firma itu memfailkan petisyen penemuan dalam Mahkamah Negeri Circuit of Cook, Illinois, bagi pihak Dr Januari Siregar yang hilang anak berusia 25 tahun apabila pesawat MH370 terhempas.

Dr Januari yang juga seorang peguam, menghubungi Ribbeck kerana dia bekerja dengan mereka semasa pesawat Garuda Indonesia terhempas lima tahun lalu.

Petisyen itu bertujuan untuk mendapatkan rekabentuk dan pembuatan bermasalah yang mungkin menyebabkan tragedi melibatkan 239 penumpang dan anak kapal di atas pesawat itu.

Seramai 239 penumpang di atas pesawat itu termasuk 153 warganegara China dan 12 anak kapal yang semuanya rakyat Malaysia.

Pemfailan ini, kata Ketua Litigasi Penerbangan Global Ribbeck, Monica Kelly, adalah tindakan pra-litigasi untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi itu.

Boeing dinamakan sebagai defendan pertama manakala MAS, sebagai syarikat penerbangan dinamakan sebagai defendan kedua.

“Kami yakin kedua-dua defendan bertanggungjawab ke atas tragedi pesawat MH370,” kata Kelly.

Beliau mendedahkan, pihak yang terlibat mempunyai masa 30 hari untuk menjawab petisyen ini, di mana selepas ini firma itu akan memfailkan saman bernilai jutaan ringgit bagi pihak keluarga terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Kami jangka akan mewakili lebih 50% daripada keluarga penumpang yang berada di atas pesawat itu,” tambahnya.

“Keluarga nampanya menerima hakikat bahawa pesawat itu terhempas dan mereka sedia menerima punca sebenar mengapa ia berlaku dan tindakan ini akan memberikan mereka maklumat.

“Kami akan buktikan kegagalan mekanikal dalam rekabentuk pesawat adalah punca kapal terbang ini terhempas,” katanya.

MH370, pesawat Boeing 777-200ER, hilang daripada radar pada 8 Mac selepas terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing.

Selepas 17 hari pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berdasarkan bukti baru, pesawat MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi, tenggara Perth, Australia, tanpa ada yang terselamat.

Bagaimanapun, tiada sebarang cebisan ditemui sehingga kini walaupun beberapa satelit berjaya merakam objek di kawasan dinyatakan. (sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 25 March 2014

TEORI KONSPIRASI #MH370

-KONSPIRASI & PERISIKAN DIKATAKAN ADA KAITAN DENGAN KEHILANGAN PESAWAT TERSEBUT. MOHON BACA DENGAN HATI & MINDA YANG TERBUKA!-

Terdapat pelbagai teori dan versi mengenai kehilangan pesawat MH370, lebih-lebih lagi selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengenai pesawat tersebut dipercayai terhempas di Lautan Hindi.

Salah satu versi yang dikira logik yang menarik perhatian saya adalah ianya berkaitan dengan dunia perisikan kuasa-kuasa besar dunia.

Sepertimana yang kita tahu, Amerika kini dalam proses pengunduran dari Afghanistan dan dalam usaha tersebut, salah satu peralatan mereka iaitu alat kawalan sistem drone (digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh pihak Taliban dalam satu serang hendap ke atas konvoi pengangkutan Amerika yang membawa peralatan tersebut di salah satu markas Amerika di sebuah bukit di Afghanistan.

Kejadian ini berlaku kira-kira sebulan yang lalu pada Februari 2014 di mana dua anggota SEAL Amerika juga dikatakan terbunuh ketika pihak Taliban merampas peralatan serta senjata termasuk alat kawalan sistem drone yang beratnya di anggarkan kira-kira 20 tan yang tersimpan rapi dalam enam peti berasingan.

Pihak Taliban hanya mahukan wang lantas mereka mahu menjual sistem tersebut kepada Rusia atau China namun ketika ini, umum tahu yang Rusia terlalu sibuk dengan masalah di Ukraine maka China yang dahagakan teknologi sistem berkenaan adalah pembeli yang tepat.

Bayangkan jika China menguasai teknologi alat kawalan sistem drone? Pasti semua drone Amerika akan tidak akan dapat digunakan lagi. Untuk urusniaga pembelian peralatan tersebut, lapan orang saintis pertahanan China dikatakan telah memeriksa peralatan sistem berkenaan yang kemudiannya membuahkan persetujuan teknologi tersebut dibayar dengan bayaran berjuta-juta dollar.

Dikatakan juga, kumpulan saintis tersebut telah memeriksa peralatan berkenaan awal Mac 2014 dan mereka berserta peralatan tersebut berjaya tiba ke Malaysia dan disimpan dengan Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik sementara cara yang terbaik untuk membawa teknologi tersebut balik ke China secara terselindung untuk mengelakkannya daripada dikesan adalah ianya dijadikan barangan kargo menerusi penerbangan komersial (MH370).

Sementara itu, Amerika, dengan bantuan perisikan Israel juga sudah maklum dengan keadaan dan situaisi ini dan mereka bersama-sama berazam merancang untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut dengan apa cara sekali pun.

China mengambilkira bahawa ianya akan selamat untuk mengangkutnya melalui pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing hanya mengambil masa empat setengah jam sahaja dan berpendapat Amerika tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu maka MH370 adalah syarikat penerbangan yang sempurna untuk tujuan tersebut.

Dikatakan juga terdapat lima agen Amerika dan Israel di atas kapalterbang tersebut yang sudah biasa dengan operasi Boeing termasuk dua warga "Iran" yang dikatakan mengguna dua pasport yang telah dilaporkan dicuri.

Apabila pesawat MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melaporkan kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWAC (Airborne Warning And Control System) Amerika menyekat isyarat MH370 dan melumpuhkan sistem kawalan juruterbang dan bertukar kepada mod kawalan jauh (dan ini menyebabkan pesawat yang tiba-tiba hilang ketinggian seketika).

Bagaimana AWAC boleh melakukannya? Ingat insiden 911? Selepas kejadian itu 911, semua pesawat Boeing (dan mungkin semua Airbus) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menghindar rampasan pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh dikawal jauh oleh menara kawalan tanah. Sistem kawalan jauh sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan pesawat.

Lima agen Amerika/Israel kemudiannya mengambil alih kapalterbang tersebut dan mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, berubah arah dan terbang ke arah barat. Mereka tidak berani terbang timur ke Filipina atau Guam kerana ruang udara Laut China Selatan secara keseluruhan telah dilindungi oleh radar pengawasan dan satelit China.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya berjaya mengesan pesawat tersebut yang tidak dikenali tetapi tidak bertindak balas secara profesional.

Pesawat itu terbang merentas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung mendakwa menyaksikan pendaratan pesawat berkenaan) sebelum ianya mengisi semula minyak dan meneruskan penerbangannya ke untuk Diego Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. 

Kargo dan kotak hitam telah dikeluarkan sementara semua penumpang telah "dikorbankan" secara "semulajadi" dengan memutuskan bekalan  oksigen dalam pesawat kerana perampas tidak mahu meninggalkan sebarang saksi.

Pesawat MH370 dengan "penumpang-penumpang"nya sekali lagi diterbangkan dengan melalui kawalan jauh dan merentas Selatan Lautan Hindi sebelum "dihempaskan" ke dalam laut untuk memberi gambaran kepada dunia pesawat tersebut sudah kehabisan bahan api dan terhempas, dan berkemungkinan akan menjadikan kapten serta  dan pembantu juruterbang sebagai "kambing hitam" dalam kejadian ini.

Amerika telah melakukan "persembahan yang terbaik" dengan mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan ketika pesawat tersebut yang diterbangkan dengan "cara mereka" ke Lautan Hindi. 

Amerika kemudiannya mengeluarkan beberapa kenyataan yang bercanggah dan bukti untuk mengelirukan dunia serta dibantu oleh  Australia yang dipercayai turut terbabit dalam lakonan ini.

Usaha China, dari segi bilangan pesawat, kapal dan satelit, mencari yang pertama di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi tidak pernah berlaku sebelum menunjukkan China amat prihatin bukan saja kerana pesawat tersebut membawa ramai banyak penumpang warga China namun terhadap kargo yang bernilai serta lapan orang saintis pertahanan mereka.

Hebatkan konspirasi ini? Namun jangan terlalu percaya akan cerita ini kerana sepertmana yang saya katakan pada mula posting ini, ini hanya salah satu daripada teori yang amat menarik di sebalik kehilangan pesawat MH370.

-UnReportedNews™®

#MH370 : PESAWAT TERSEBUT DI AKUI TERHEMPAS!

-AL-FATIHAH BUAT PENUMPANG PESAWAT MALANG ITU. KINI, PERSOALAN UTAMANYA, MENGAPA IANYA TERSASAR JAUH DARI LALUAN ASAL KE BEIJING, APAKAH FAKTOR PENYEBABNYA? APAKAH IANYA TELAH DIRAMPAS?-

Teka teki misteri kehilangan pesawat MH370 selama lebih dua minggu akhirnya terungkai malam tadi dengan kesudahan yang menyedihkan.

Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan telah terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi di Barat Perth, Australia dengan semua penumpang dan anak kapalnya dikhuatiri terkorban.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Perdana Menteri menyatakan kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Kita cuma mengharapkan pasukan percari dapat mengesan kotak hitam secepat mungkin, ia akan menyelesaikan segala misteri, tentang apa yang terjadi di dalam pesawat MH370, kenapa pesawat berpindah haluan, kenapa boleh hilang dari radar.

Sebelum ini, pelbagai andaian dan spekulasi mengenai kehilangan  MH370 dan pastinya, selepas ini, 1,001 lagi spekulasi yang akan dilontarkan terhadap kejadian ini.

Walauapapun, sebagai orang Islam, kita patut tidak lupa bersedekah Al-Fatihah kepada semua mangsa (beragama Islam) yang terkorban dalam pesawat malang MH370 agar roh mereka dicucuri rahmat. 

Al-Fatihah.

-UnReportedNews™®

Saturday, 14 December 2013

KISAH SEBENAR INSIDEN "BLACK HAWK DOWN", AMERIKA AKHIRNYA IKTIRAF KEHEBATAN TENTERA MALAYSIA!

-SELEPAS 20 TAHUN INSIDEN BLACK HAWK DOWN DI SOMALIA, AMERIKA SYARIKAT BARU AKHIRNYA MENGAKUI KEHEBATAN & PERANAN TENTERA MALAYSIA DALAM MISI MENYELAMAT TENTERA MEREKA YANG TERBABIT DALAM INSIDEN TERSEBUT! MALU LER TU! KEKEKE!!!-


Amerika Syarikat (AS) akhirnya menyatakan penghargaan terhadap pengorbanan dan sumbangan tentera pengaman Malaysia yang terbabit dalam misi menyelamatkan anggota tentera kuasa besar dunia itu di Mogadishu, Somalia pada 3 Okt 1993.

Penghargaan dan ucapan terima kasih itu diutarakan oleh Pemangku Penolong Setiausaha Negara bagi Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly hari ini setelah lebih 20 tahun kejadian itu berlaku.

Katanya, tentera pengaman Malaysia yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Somalia ketika itu telah membuktikan keberanian dan kehebatan mereka dalam menjalankan tugas.

“Dalam operasi keamanan global, kami sentiasa mengagumi peranan pasukan pengaman Malaysia, dan kami juga mendapat manfaat daripada keberanian dan keperwiraan anggota pasukan pengaman Malaysia.

“Dan seorang anggota pengaman Malaysia terkorban dalam usaha menyelamatkan tentera Amerika di Mogadishu, 20 tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan pengiktirafan ‘Full Training Capability’ dan pelancaran pelan induk Pusat Latihan Pengaman Malaysia, di sini hari ini. Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Dalam kejadian 20 tahun lalu, sekumpulan askar AS terperangkap di kawasan musuh iaitu tentera militan Somalia selepas dua helikopter Black Hawk mereka ditembak jatuh di bandar Mogadishu.

Pasukan pengaman Malaysia bersama pasukan pengaman Pakistan dan AS yang menyertai operasi UNOSOM II di bawah PBB kemudian ditugaskan menyelamatkan kumpulan askar terbabit.

Operasi menyelamat tersebut akhirnya berjaya bagaimanapun seorang tentera pengaman Malaysia terbunuh sementara lapan lagi mengalami kecederaan.

Biar pun sudah 20 tahun berlalu, tiada penghargaan rasmi diberikan oleh pihak AS terhadap pasukan pengaman Malaysia yang telah menyelamatkan tentera mereka dan langsung ‘dilupakan’ dalam sebarang babak dalam filem ‘Black Hawk Down’ arahan pengarah Ridley Scott pada 2001 yang kononnya memaparkan kisah
benar kejadian itu.

Kelly berkata, pasukan pengaman Malaysia kini sudah menerajui di peringkat rantau ini dan global dan dengan kewujudan Pusat Latihan Pengaman Malaysia, di sini membuktikan Malaysia mempunyai pasukan pengaman yang terbaik.

“Saya fikir semua rakyat Malaysia harus berbangga dengan apa yang telah dicapai pasukan pertahanan Malaysia,” katanya. (sumber)

-UnReportedNews™®

Wednesday, 6 November 2013

ANAK CINA LUPA DIMANA BUMI DIPIJAK!

-SEDAP MULUT JER ANAK CINA NI MENGHINA ISLAM! CINABENG NI NAK APA SEBENARNYA? NAK GADUH KER? DAH LUPA KE TRAJEDI MEI 13? LU ORANG MEMANG PUK!MAK LEH!-

(sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 29 October 2013

HIDUNG ANWAR MESTI KELUAR DARAH BILA TERBACA NIH!

-APA LAGI LU ORANG MAU HAA! SEGALA PENCAPAIAN NEGARA YANG TERSENARAI DI BAWAH NI ADALAH ATAS USAHA KEPIMPINAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL! KEKEKE!!!-

Malaysia melonjak ke tempat keenam daripada tangga ke-12 dalam kalangan 189 ekonomi dari segi mudah menjalankan perniagaan, demikian menurut edisi terkini Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2014.

Tempat keenam itu daripada tangga ke-12 sebelumnya juga merupakan bukti kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kejayaan program transformasi ekonomi dan kerajaan beliau, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia berada di kedudukan ke-23 semasa Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengambil alih kepimpinan pada 3 April, 2009.

Malaysia mencapai kedudukan ini lebih awal daripada sasarannya untuk berada dalam kalangan 10 teratas pada 2015, kata beliau dalam satu kenyataan mengenai laporan tersebut yang dikeluarkan pada hari ini.

“Pada tangga ke-6, Malaysia berada setaraf dengan Singapura, Hong Kong, New Zealand, Amerika Syarikat dan Denmark.

“Ranking ini juga menempatkan Malaysia mendahului ekonomi-ekonomi seperti Korea Selatan, Norway, United Kingdom, Australia dan Finland,” katanya.

Mustapa berkata Malaysia juga meraih tempat pertama dari segi mendapatkan kredit dan keempat dari segi melindungi pelabur enam tahun berturut-turut.

“Dalam bahagian dagangan rentas sempadan, Malaysia mencatatkan kejayaan di tempat kelima, dan peningkatan ketara dicatatkan dalam bahagian memulakan perniagaan, berurusan dengan permit pembinaan, menguatkuasakan kontrak, menyelesaikan ketakmampuan bayar dan mendapatkan bekalan kuasa elektrik,” katanya.

Beliau berkata Malaysia telah menjadikan langkah untuk memulakan perniagaan lebih murah dengan mengurangkan yuran pendaftaran syarikat, manakala ketika berurusan dengan permit pembinaan, penubuhan pusat sehenti telah memudahkan proses pembinaan.

“Malaysia menyambut baik laporan Bank Dunia itu. Ia merupakan bukti kepada usaha yang dijalankan oleh sektor awam dan swasta untuk membantu Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

“Pasukan Petugas Khas untuk Memudahkan Perniagaan (Pemudah) telah terbukti menjadi platform di mana sektor awam dan swasta bekerjasama untuk mewujudkan tindakan segera dalam menambah baik penyediaan perkhidmatan kerajaan, meningkatkan daya saing Malaysia serta memastikan perniagaan dapat dipermudahkan dengan cekap,” katanya.

Sejak dimulakan pada 2007, prestasi Malaysia dalam laporan Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia telah meningkat daripada tempat ke-25 ke tangga keenam.

Tahun ini merupakan lonjakan terbesar negara dalam rangking daya saing, memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pilihan bagi perdagangan dan pelaburan dalam kalangan pelabur tempatan dan asing.

“Walau apa pun peningkatan ketara ini, kerajaan sedar bahawa ia tidak boleh cepat berpuas hati.
“Ketika kita melangkah ke hadapan, kami akan cuba melakukan lebih banyak lagi, menyedari persaingan yang dihadapi Malaysia di peringkat serantau dan global.

“Cabaran utama kita bukan hanya sekadar menangani ketidakcekapan operasi dalam penyediaan perkhidmatan tetapi juga dalam mengkaji semula peraturan bagi mengurangkan lagi beban menjalankan perniagaan di Malaysia,” kata Mustapa. -Bernama

-UnReportedNews™®

Sunday, 22 September 2013

SIAPA YANG BABI SANGAT NAK ABU BANGKAI CHIN PENG DIBAWA KE MALAYSIA NI?

-PART MANA LAGI KORANG LABU-LABU TAK FAHAM NI? STATUS BAPAK KOMUNIS-CHIN PENG MEMANG JELAS TAK SAMA DENGAN STATUS DR AZAHARI ATAU NOORDIN MOHAMAD TOP YANG SEMEMANGNYA WARGA NEGARA MALAYSIA! TU MASIH TAK PAHAM-FAHAM LAGI KER? KEKEKE!!!-

Keputusan kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng dibawa pulang ke negara ini adalah tindakan tepat memandangkan dia bukan warganegara Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menegaskan ini berbeza dengan langkah kerajaan membenarkan jenazah dua suspek pengganas, Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dikebumikan di negara ini setelah ditembak mati pasukan keselamatan Indonesia.

Beliau berkata Allahyarham Azahari dan Nordin adalah rakyat Malaysia, sebab itu kerajaan tidak membantah apabila keluarga mereka mengebumikannya di Melaka dan Pontian.

“Berbeza dengan Chin Peng, selain daripada bukan rakyat negara ini, dia juga adalah orang bertanggungjawab menyebabkan ribuan anggota pasukan keselamatan termasuk Askar Melayu Diraja terbunuh ketika darurat dahulu,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Razali mengulas mengenai gesaan Naib Presiden MCA Gan Ping Siew yang mahukan kerajaan membenarkan mayat atau abu pemimpin komunis itu dibawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai.

Malah katanya semasa bersetuju meletakkan senjata dalam perjanjian di Selatan Thailand pada tahun 1989, pemimpin komunis itu tetap memperjuangkan ideologinya dan tidak segera mengemukakan permohonan untuk menjadi warganegara Malaysia.

“Ini menunjukkan Chin Peng tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengakui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini,” katanya. – Bernama

-UnReportedNews™®

APA LER, TARIKH MAMPUS BAPAK KOMUNIS PUN NAK DITIPU?

-GEMPAR! TARIKH KEMATIAN CHIN PENG SEBENARNYA BUKAN 16 SEPTEMBER TAPI SEHARI SEBELUM ITU! RANCANGAN MENUKAR TARIKH TERSEBUT AGAR SAMA DENGAN HARI MALAYSIA ADALAH SEBAGAI SATU PROPAGANDA JAHAT KOMUNIS & MEREKA-MEREKA YANG SEWAKTU DENGANNYA! MUKA PUAK TAK MALU NAK KAITKAN KOMUNIS DENGAN MALAYSIA! KALAU DAH MAMPUS, MAMPUSLAH! KEKEKE!!!-

Kematian bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang sebelum ini dilaporkan pada 16 September menimbulkan keraguan berikutan desas-desus mengatakan tarikh kematian itu sebenarnya telah dirancang.

Dipercayai pemimpin PKM itu meninggal dunia di Hospital Bangkok di Thailand pada petang Ahad (15 September).

Bagaimana pun menurut sumber, kematiannya telah dilaporkan pada awal pagi Isnin (16 September) di mana ketika rakyat negara ini menyambut Hari Malaysia pada hari tersebut.

"Dipercayai tarikh (kematian) pada hari Isnin itu dipilih supaya Chin Peng diingati oleh penyokongnya yang secara kebetulan jatuh pada hari penting buat seluruh rakyat Malaysia menyambut hari pembentukan negara Malaysia.

"Pihak kami mendapat maklumat ini merupakan agenda terancang pihak-pihak tertentu kononnya mahu mengaitkan kematian Chin Peng sebagai semangat nasionalisme," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang hidup dalam buangan di Thailand dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bangkok pada awal pagi 16 September lalu akibat sakit tua.

Sepanjang mengepalai komunis semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989, pelbagai kekejaman telah dilakukan Chin Peng serta pengikutnya terhadap anggota keselamatan negara serta orang awam.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya bagaimanapun akan cuba bekerjasama dengan hospital di Bangkok bagi mendapatkan kesahihan maklumat yang diterima mengenai tarikh sebenar kematian pemimpin kanan PKM itu.

Sumber turut memberitahu bahawa Chin Peng sempat menulis wasiat yang dipamerkan di Kuil Wat That Thong yang mengandungi hasratnya untuk diingati sebagai orang yang berani dan mahu generasi muda mengikut jejak langkahnya dalam 'memperjuangkan idealisme".

"Apa yang diwasiatkan oleh Chin Peng itu sangat berbahaya dan boleh mengundang ancaman kepada negara lebih-lebih lagi generasi muda mudah terpengaruh kononnya apa yang diperjuangkan itu adalah benar sedangkan perjuangannya amat kejam dan bertentangan dengan nilai kemanusiaan," kata sumber itu.

Kuil tersebut akan menjadi lokasi persemadian terakhir bagi bekas setiausaha agung PKM itu sebelum upacara pembakaran mayatnya yang dijadualkan pada petang Isnin ini - UM 

-UnReportedNews™®

Saturday, 21 September 2013

VIDEO: CINTA PASANGAN GAY MELAYU!

-LAKNAT DUA EKOR MAMAT NIH! PASANGAN GAY MELAYU YANG MEMANGGIL MEREKA SENDIRI DENGAN PANGGILAN MANJA "HUBBY & DADDY" (MELUAT AKU!) BANGGA PAMER CINTA SONGSANG MEREKA DI YOUTUBE! MANUSIA AKHIR ZAMAN! KEKEKE!!!-

Suatu ketika dahulu, hubungan cinta terlarang seperti homoseksual dianggap tabu dalam masyarakat kita.

Pendek kata, memang berani matilah jika ada pasangan gay atau lesbian yang mengaku secara terang-terangan mengenai hubungan mereka.

Namun sekarang tidak lagi apabila ada di kalangan mereka yang sudah semakin berani mencanang hubungan jijik itu seperti yang dilakukan pasangan gay, Qied Nazz dan Syakie Syah.

Video ‘keindahan alam percintaan’ kedua-duanya dapat disaksikan di laman YouTube dengan tajuk “Qied Nazz & Syakie Syah – “GAY”licious Yang Terindah Is Love”.

Pasangan ini juga menggunakan panggilan ‘hubby’ dan ‘daddy’ berdasarkan minit ke 0:39.

Tidak diketahui sama ada video itu dimuat naik sendiri oleh pasangan tersebut atau pihak lain, namun kami percaya video itu dibuat sendiri oleh mereka.

Ini dibuktikan melalui sebaris ayat pada minit terakhir video tersebut iaitu, “Thank’s to whacting present video from us ; Syakie Syah & Qied Nazz”.

Abaikan kesilapan ejaan kerana itulah yang mereka sampaikan melalui video yang sangat ‘romantis’ ini.

Penulis percaya, sokongan daripada ramai pihaklah yang menjadikan gejala songsang ini semakin berleluasa.

Jika diperhatikan di laman sosial, siap ada komen-komen yang mendoakan kebahagian pasangan homoseksual kerana merasakan ia merupakan hak mereka.


Hak bercinta, hak kami katanya. Hai, nampaknya semakin hebat teknologi, semakin cetek akal dan fikiran sesetengah manusia.


(sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 17 September 2013

TAHNIAH NAJIB TEGAS, ABU "BANGKAI" CHIN PENG TAK DIBENARKAN JEJAK MALAYSIA!

-KERAJAAN TIDAK MEMBENARKAN MAYAT ABU MAYAT CHIN DIBAWA KE MALAYSIA! KOMUNIS KEPARAT DIHARAMKAN KE MALAYSIA! JANGAN KATA "BANGKAI" BAPAK KOMUNIS TU, ABU BANGKAI DIER PUN TAK BOLEH JEJAK MALAYSIA! KOMUNIS BOLEH "GO TO HELL!" KEKEKE!!!-


Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak akan terbabit sama sekali dalam urusan pengebumian Chin Peng yang meninggal dunia di Bangkok, pagi tadi.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan juga percaya urusan pengebumian bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu akan dilakukan di Thailand.

“Kerajaan tidak akan membenarkan mendiang dikebumikan di Malaysia atas faktor sejarah dan kekejaman yang dilakukannya,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga tidak akan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke negara ini walaupun diminta ahli keluarga mendiang.


-UnReportedNews™®

Sunday, 15 September 2013

MALAYSIA JUARA PESTABOLA MERDEKA 2013

-TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! ALHAMDULLILLAH! SETELAH SEKIAN LAMA MENANTI, MALAYSIA MERANGKUL KEMBALI GELARAN JUARA PESTABOLA MERDEKA 2013! TERUSKAN! KEKEKE!!!-

Pasukan Harimau Muda (A) bergambar bersama Piala Pesta Bola Merdeka Ke-41 selepas menundukkan Myanmar dengan 2-0 dalam perlawanan akhir kejohanan itu di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Sabtu

Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka Edisi ke-41 selepas menewaskan Myanmar 2-0 pada aksi akhir di Stadium Darul Makmur, Sabtu.

Percaturan ketua jurulatih Harimau Muda A ini ternyata berbeza daripada perlawanan sebelum ini dengan menggandingkan dua penyerang di bahagian atas, Wan Zack Haikal dan Rozaimi Ab Rahman.

Rozaimi yang meledakkan dua gol pada aksi sebelum ini menjadi pilihan untuk diturunkan dalam barisan kesebelasan utama.

Juga peluang kepada pemain kelahiran Kelantan, Syahrul Azwari Ibrahim yang diturunkan buat kali pertama dalam barisan utama di bahagian kiri yang sebelum ini dimainkan oleh D. Saarvindran.

Junior Eldstal yang tidak beraksi pada perlawanan menentang Thailand Rabu lalu kelihatan masih belum cergas sepenuhnya selepas mengalami cirit-birit dua hari lalu.

Ternyata permainan kali kedua selepas aksi peringkat kumpulan sebelum ini lebih sengit dengan menyaksikan serangan dilancarkan sebaik sahaja wisel mula dibunyikan oleh pasukan Myanmar.

Kad kuning pertama dilayangkan oleh pengadil, dari Thailand Teetichai Nualjan pada minit kelima kepada Rozaimi selepas pemain itu cuba menyentuh bola menggunakan tangan ketika di depan gol lawan.

Corak permainan agresif skuad kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Park Sung Hwa itu tidak menghalang skuad negara untuk melakukan cubaan ke arah gol oleh Junior pada minit ke-16 namun gagal.

Selepas berhempas-pulas cuba mencari gol pertama, cubaan Wan Zack Haikal ditepis penjaga gol Myanmar, Pyaye Phyo Aung namun Rozaimi yang berada berdekatan dengan gol menyempurnakan bola muntah tersebut.

Dengan kehadiran lebih kurang 30,000 penyokong serta sokongan padu Ultras Malaya menjadikan kerancakan permainan berterusan ke babak kedua.

Aksi kemas penjaga gol negara, Mohd Izham Tarmizi menambah tekanan pasukan Myanmar mencari gol penyamaan.

Minit ke-62 jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee melakukan pertukaran pemain pertama dengan mengeluarkan Rozaimi dan memasukan S.Sivanesan.

Biarpun hujan renyai-renyai berterusan, skuad Bawah 23 kebangsaan ini terus mendominasikan permainan.

Minit ke-80 Kim Swee sekali lagi melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Saarvindran menggantikan Syahrul Azwari.

Selepas bebebrapa kali percubaan, Junior akhirnya berjaya menjaringkan gol kedua pasukan Malaysia sekaligus mencapai impian untuk meraikan gol pertamanya kejohanan ini pada minit ke-93 permainan.

Dengan kemenangan ini melayakkan pasukan meraih hadiah wang tunai ASD50,000 (RM164,500) selain daripada trofi kejohanan.

Naib juara, Myanmar meraih wang ASD 30,000 (RM987,00), tempat ketiga, Singapura juga meraih wang tunai ASD 20,000 (RM65,800) manakala tempat keempat, pasukan Thailand ASD10,000 (RM329,00)

Sementara itu, Wan Zack Haikal dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai kejohanan, manakalah Rozaimi dipilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan tiga gol.

Senarai pemain:

Malaysia: T. Reuben, Md Fadhli Shas, Mohd Irfan Fazail (kapten), A.Thamil Arasu, Wan Zack Haikal Wan Nor, Md Rozaimi Ab Rahman, Junior Eldstal, Mohd Zubir Mohd Azmi, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Izham Tarmizi, Syahrul Azwari Ibrahim

Myanmar: Pyaye Phyo Aung, Zaw Min Tun, Aung Hein Kyaw, David Htan, Yan Aung Win, Kyaw Zayar Win (kapten), Kyi Lin, Kyaw Ko Ko, Ye Lin Aung, Htoo Htoo Aung, Thein Than Win (sumber

-UnReportedNews™®

Sunday, 1 September 2013

VIDEO: PADAN MUKA JUAK PEMBANGKANG TAK TAHU MALU!

-WA SALUTE SAMA BRADER YANG DENGAN SELAMBER JER MERAMPAS BENDERA SANG SAKA MALAYA YANG DIKIBAR-KIBAR OLEH JUAK PEMBANGKANG PADA MALAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SEMALAM! BUAT BRADER DALAM VIDEO NI (WHOEVER YOU ARE) WA RESPEK HABIS SAMA LU YANG MEMBUAT PAK JANGGUT & ADAM ADLI SERTA PENGIKUT-PENGIKUTNYA TERLOPONG KAKU! KEKEKE!!!-

Di celah-celah kemeriahan sambutan kemerdekaan ke-56 semalam, kumpulan pembangkang tampil dengan idea serupa pada tahun lepas iaitu mengibarkan bendera yang digelar 'Sang Saka Malaya' bagi menggantikan jalur gemilang.

Bendera itu turut dikibarkan ketika Sasterawan Negara, A. Samad Said membaca puisi.

Namun tidak semena-mena, seorang lelaki berbadan tegap muncul lalu merampas bendera berkenaan lalu menggumpalkannya penuh perasaan. Jika dilihat pada ekspresi lelaki itu, jelas dia sangat terganggu dan emosi melihat Jalur Gemilang dipinggirkan pada hari kemerdekaan sekaligus mencabar perasaan patriotiknya.

"Ini bukan bendera Malaysia, itu bendera Malaysia!" tegas lelaki itu kepada kelompok pembangkang sambil menunjukkan Jalur Gemilang yang sedang berkibar.

Tindakan beraninya itu mengejutkan orang ramai namun tiada siapa berani membantah. Kejadian yang direkodkan seseorang dan dimuat naik ke You Tube ini, serta merta menjadi viral di internet.

Bendera merah putih yang cuba diangkat oleh pembangkang sebagai ganti Jalur Gemilang ini, sebenarnya pernah digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

Perjuangan KMM adalah memerdekakan Tanah Melayu dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju dengan perjuangan ini kerana mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam. Justeru, majoriti Melayu memilih untuk mengangkat UMNO sebagai parti yang mewakili mereka untuk menuntut kemerdekaan. (sumber


-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List